Anda di halaman 1dari 5

DRAF: ULASAN BUKU PANDUAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

KEUSAHAWANAN

1.PENGENALAN

Elemen merentas kurikulum (EMK) adalah elemen yang diterapkan di dalam bilik
darjah selain daripada mata pelajaran yang berorientasikan silibus buku teks.
Penerapan dan pelaksanaan EMK adalah bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dicorakkan serta mempunyai keupayaan menghadapi
liku Dalam melahirkan para pelajar yang berfikir, kreatif, inovatif, berdaya tahan dan
sebagainya. Elemen Merentas Kurikulum - Keusahawanan (EMK) telah diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) di tahap I (Tahun 1 sehingga Tahun 3) tahap II (Tahun 4 dan Tahun
6) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Menengah Rendah dan
Menengah Atas. EMK dilaksanakan secara formal dan dimasukkan dalam silibus
pengajaran dan pembelajaran menjadikan ia kurikulum terancang yang menjadi unsur
tambah nilai pada pembangunan kemahiran dan keterampilan modal insan (Mohd
Faiz M. Yaakob, Aliff Nawi dan Mat Rahimi Yusof, 2020).
Keusahawanan merupakan antara banyak-banyak elemen dalam elemen merentas
kurikulum yang memfokuskan kemenjadian pelajar di sekolah. Untuk melahirkan
modal insan yang cemerlang dan berdaya saing, elemen merentas kurikulum adalah
salah satu usaha KPM dalam merealisasikan falsafah kebangsaan pendidikan
iaitu “usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu” (KPM, n.d). Bersandarkan pada hakikat tersebut, hal ini
boleh dan perlu direalisasikan dan diterjemahkan dalam mempersiapkan aset-aset
penting yang bakal memimpin negara dengan elemen-elemen dan nilai-nilai yang
digazetkan dalam dunia pendidikan. Dalam kajian Jamilah Ahmad dan Siew Nyet Moi
(2022), penerapan minda keusahawanan boleh juga dilakukan dalam bidang STEM
di mana menggalakkan para pelajar menguasai pemikiran sains dengan lima konstruk
penting termasuk pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti dan nilai.

BAHASA

KEUSAHAWANAN SAINS &


NILAI MURNI TEKNOLOGI
INSAN SEIMBANG

Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif

TEKNOLOGI
KREATIVITI
MAKLUMAT &
& INOVASI
KOMUNIKASI

PATRIOTISME
PENDIDIKAN ALAM
SEKITAR
2. RINGKASAN EKSEKUTIF

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Keusahawanan merupakan usaha awal


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan modal insan yang
memiliki sikap usahawan yang sentiasa memandang ke hadapan. Hal ini penting bagi
sesebuah negara dalam menjana ekonomi dan pembangunan negara maju. Generasi
yang berwawasan mempunyai asas yang kukuh dalam nilai kehidupan seperti daya
tahan, sentiasa bersaing, positif dan sebagainya. Modal insan yang cemerlang
sentiasa berusaha untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara. Dengan
demikian, tujuh (7) objektif utama telah dihasratkan dalam Elemen Merentas
Kurikulum (EMK) Keusahawanan iaitu:

1 Menghasilkan pelajar yang mengamalkan sikap keusahawanan.

2
Menggalakkan pelajar mengamalkan cara berfikir ke arah menghasilkan
sesuatu idea.

3
Mempertingkatkan keupayaan kemahiran dan pengetahuan asas dalam
konteks perniagaan.

4 Menghasilkan produk yang berasaskan kemahiran teknologi dan vokasional.

5 Mempunyai perlakuan yang bermoral dengan nilai etika yang tinggi menerusi
topik-topik mata pelajaran yang relevan, yang dipelajari di dalam kelas.

6 Menghasilkan murid yang akan mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan budaya


kerja yang baik.

Selain daripada boleh menghasilkan inovasi, mereka cipta dan mempunyai


7
kecenderungan untuk berurus niaga.

Dengan demikian, menjadi keperluan untuk para pendidik memberi nilai


keusahawanan serta mendidik mereka seawal usia Tahun 1 di persekolahan.
Penerapan elemen ini mengambil masa untuk diamalkan dan diterima oleh para
pelajar secara individu. Minat, latar belakang, kecederungan pelajar juga berbeza
tetapi panduan elemen keusahawanan ini boleh diterapkan secara berperingkat-
peringkat dengan usaha sama semua pihak. Usaha murni ini pasti membuahkan hasil
jika semua pihak memberi kerjasama erat termasuk ibu bapa, guru-guru, masyarakat
dan kementerian.

3. KONSEP PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN

Konsep pendidikan keusahawanan ini adalah bertujuan melatih para pelajar untuk
bersaing dan menghasilkan idea serta mereka cipta produk yang berkeupayaan untuk
dijual dan dibeli oleh pelanggan. Bersandarkan kepada kesiapan modal insan pada
Revolusi Industri 4.0, adalah menjadi keperluan untuk diterapkan nilai keusahawanan
dalam diri setiap pelajar sebagai satu kemahiran hidup atau ‘survival skill’ bagi
mendepani cabaran masa hadapan (Bacigalupo et al., 2016; Buang et al., 2009).
Konsep pendidikan keusahawanan ini boleh diaplikasikan dalam semua bidang
pelajaran sekali gus belajar mengkomersialkan idea.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mempersiapkan pemikiran


keusahawanan bermula awal Tahun Satu persekolahan. Pengajaran Keusahawanan
diperkenalkan dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada awal tahun 1990-an dan diteruskan
penerapan elemen keusahawanan secara merentas kurikulum dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. Subjek Kemahiran Hidup adalah
sebagai contoh mata pelajaran berkait terus dengan keusahawanan yang diajar di
Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3). Disekolah menengah
atas pula diwujudkan dalam silibus pengajaran dan pembelajaran dalam subjek elektif
misalnya Perdagangan dan Asas Keusahawanan.

Elemen-Elemen Keusahawanan

EK1 – Mengamalkan sikap keusahawanan

EK2 – Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dlm situasi yang dioperlukan

EK3 – Mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah

EK4 – Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknologi dan


vokasional

EK5 – Mengamalkan nilai moral dan etika yg baik dlm konteks keusahawanan

Pendekatan Penerapan Elemen Keusahawanan

Penyebatian (direct ke arah keusahawanan)


• Induksi
• Perkembangan
• Penutup

Pengintegrasian (topik selain keusahawanan)


• Induksi
• Perkembangan
• Penutup

Pengaplikasian (obj guru tercapai dengan mengaplikasikan perkara yang dipelajari


dgn situasi keusahawanan)
• Penutup
4. ISU & CABARAN PELAKSANAAN

Guru belum menghayati sepenuhnya tujuan, kandungan dan kaedah


pelaksanaan dan ilmu sebelum berkongsi dengan pelajar

Isu pembelajaran yang


hanya tertumpu di
dalam bilik darjah serta
penglibatan guru Guru tidak kompeten
dengan pelajar sahaja akan menyebabkan Penguasaan kemahiran
langsung tidak pelajar menjadi tidak kebolehpasarankerja, Tiada latihan yang
membantu pelajar masa berminat terhadap persaingan sengit diberikan kepada guru
kini dalam memberikan bidang keusahawanan dalam dunia pekerjaan.
pengetahuan terutama itu sendiri.
berkaitan ilmu
keusahawanan

5. CADANGAN PEMERKASAAN PELAKSANAAN

Antara cadangan pemerkasaan yang boleh dilakukan dalam pelaksanaan bidang


keusahawanan dalam kalangan pelajar adalah seperti berikut:-

Didedahkan
dengan
silibus Program
berkaitan
keusahawana Tunas
Kemahiran Niaga
n keusahawan Usaha sama
didedahkan pihak sekolah
sejak sekolah dalam
rendah
menggalakkan
minat belia

Kreatif dan
Pemarkahan
dicatit
inovatif

Program
Hari Silibus
Usahawan tertumpu
di sekolah Pelajar
didedahkan Membuka
dengan lebih banyak
kemahiran sekolah
pengurusan kemahiran
jual beli yang seperti TVET
mudah
6. RUJUKAN

https://www.researchgate.net/profile/Nurul-Fadly-Habidin-

2/publication/361982890_Isu_dan_Cabaran_dalam_Pendidikan_Strategi_dan_Inova

si/links/62cfb7d3e2a5013989057d05/Isu-dan-Cabaran-dalam-Pendidikan-Strategi-

dan-Inovasi.pdf. (n.d.).

Bacigalupo, M., Kampylis, P., Punie, Y., & Van den Brande, G. (2016). EntreComp: The

entrepreneurship competence framework. Publications Office of the European Union.

https://doi.org/10.2791/593884

Buang, N. A., Halim, L., & Subahan, T. M. M. (2009). Understanding the thinking of scientists

entrepreneurs: Implications for science education in Malaysia. Journal of Turkish Science

Education, 6(2), 3–1

Akhsan, E. M., & Othman, N. (2019). RELATIONSHIP BETWEEN SKILLS

ENTREPRENEURSHIP WITH ENTREPRENEURIAL INTENTION IN THE

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA). International

Journal of Education, Psychology and Counseling.

https://doi.org/10.35631/ijepc.4310027

Anda mungkin juga menyukai