Anda di halaman 1dari 2

Sokonglah barangan buatan Malaysia

Barangan tempatan ialah hasil produk rakyat negara kita sendiri. Antara
barangan tersebut termasuklah makanan, pakaian, kenderaan dan hasil kraftangan.
Produk tempatan juga mempunyai harga yang berpatutan. Produk
tempatan tidak dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya, harga beg tangan buatan
Malaysia lebih murah daripada beg tangan import.

Produk tempatan juga berkualiti tinggi. Pengguna tidak perlu ragu-ragu


apabila membeli barangan buatan Malaysia. Produk makanan keluaran negara kita
dijamin bersih, suci dan halal. Produk tersebut menepati syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Produk tempatan dihasilkan mengikut ciri-ciri tempatan yang bersesuaian
dengan cita rasa pengguna. Contohnya, produk kraftangan seperti batik, tembikar
dan hasil tenunan mempunyai nilai seni yang sangat tinggi berbanding barangan
import.
Rakyat Malaysia sewajarnya menyokong hasil keluaran tempatan dengan
membeli barangan buatan Malaysia.

Soalan:

Mengapakah kita digalakkan membeli barangan buatan Malaysia?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

Sokonglah barangan Malaysia


Banyak faedah yang diperoleh apabila kita membeli produk tempatan. Harga produk
tempatan seperti pakaian, makanan dan kenderaan lebih berpatutan berbanding jenama luar
negara. Kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga.
Pembelian produk tempatan dapat menyemai semangat patriotik dalam kalangan
rakyat Malaysia. Kempen Sokonglah Jenama Malaysia dapat menggalakkan rakyat membeli
barangan buatan Malaysia.
Selain itu, kempen ini dapat memajukan industri tempatan. Terdapat pelbagai produk
industri desa yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Industri ini membantu
rakyat menambah pendapatan.
Pembelian produk tempatan juga dapat meningkatkan imej negara. Pelancong yang
datang ke negara kita akan membeli produk tempatan yang berkualiti sebagai buah tangan
untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Soalan:
Nyatakan 4 faedah membeli barangan tempatan.

1. ________________________________________________________

2. ________________________________________________________

3. ________________________________________________________

4. ________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai