Anda di halaman 1dari 2

Sokonglah barangan buatan Malaysia

Barangan tempatan ialah hasil produk rakyat negara kita


sendiri. Antara barangan tersebut termasuklah makanan, pakaian,
kenderaan dan hasil kraftangan.

Produk tempatan juga mempunyai harga yang berpatutan.


Produk tempatan tidak dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya, harga
beg tangan buatan Malaysia lebih murah daripada beg tangan import.

Produk tempatan juga berkualiti tinggi. Pengguna tidak perlu


ragu-ragu apabila membeli barangan buatan Malaysia. Produk
makanan keluaran negara kita dijamin bersih, suci dan halal. Produk
tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Produk tempatan dihasilkan mengikut ciri-ciri tempatan yang


bersesuaian dengan cita rasa pengguna. Contohnya, produk kraftangan
seperti batik, tembikar dan hasil tenunan mempunyai nilai seni yang
sangat tinggi berbanding barangan import.

Rakyat Malaysia sewajarnya menyokong hasil keluaran


tempatan dengan membeli barangan buatan Malaysia.

Soalan:
Mengapakah kita digalakkan membeli barangan buatan Malaysia?
Sokonglah barangan Malaysia

Banyak faedah yang diperoleh apabila kita membeli produk tempatan.


Harga produk tempatan seperti pakaian, makanan dan kenderaan lebih
berpatutan berbanding jenama luar negara. Kita dapat menjimatkan
perbelanjaan keluarga.
Pembelian produk tempatan dapat menyemai semangat patriotik dalam
kalangan rakyat Malaysia. Kempen Sokonglah Jenama Malaysia dapat
menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia.

Selain itu, kempen ini dapat memajukan industri tempatan. Terdapat


pelbagai produk industri desa yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas
hujan. Industri ini membantu rakyat menambah pendapatan.

Pembelian produk tempatan juga dapat meningkatkan imej negara.


Pelancong yang datang ke negara kita akan membeli produk tempatan yang
berkualiti sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke negara mereka.

Soalan:
Nyatakan 4 faedah membeli barangan tempatan.
1. ________________________________________________
2. ________________________________________________
3. ________________________________________________
4. ________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai