Anda di halaman 1dari 1

Kenali Kemurungan

SP : 2.4.2 (Buku Teks Bahasa Melayu Muka Surat 24)

Kadangkala, kita terlihat orang bercakap seorang diri di


tempat-tempat awam. Mereka ini mungkin mengalami masalah
gangguan mental. Banyak punca yang menyebabkan
gangguan mental ini boleh berlaku kepada seseorang. Antara
puncanya termasuklah kemurungan.
Kemurungan atau depression merupakan satu penyakit
psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius.
Penyakit ini sukar diketahui oleh orang ramai semasa pesakit
menghadapinya. Mereka masih dapat bergaul dengan anggota
masyarakat seperti biasa.
Pesakit kemurungan mudah merasai kesedihan dan
kepiluan yang amat teruk walaupun perkara itu tidaklah
membimbangkan. Pesakit akan menangis jika memikirkan
sesuatu masalah dalam kehidupannya. Kesannya, pesakit
akan menyendiri.
Seterusnya, pesakit mudah kecewa. Pesakit sukar berasa
gembira walaupun mendapat berita yang mengembirakan.
Pesakit akan putus harapan dan hilang semangat dalam
kehidupan seharian.
Selain itu, pesakit berasa bahawa kehidupan mereka
sunyi dan kosong. Mereka tidak suka diganggu oleh kawan
kawan atau orang lain. Mereka akan berusaha untuk
menyisihkan diri mereka dan menjadi kera sumbang.
Akhirnya, kemurungan yang berlarutan dapat memberikan
implikasi yang buruk. Kemurungan ini akan mengganggu
kesihatan emosi dan mental malahan fungsi fizikal dan
interaksi sosial pesakit turut terganggu.
Oleh itu , rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi atau
kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai