Anda di halaman 1dari 13

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERPADUAN

TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN

PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN


NAMA PENSYARAH : PUAN NUR SYAKIRAH BINTI AKYAN
SESI SEMESTER : 1 2021/2022

NAMA PELAJAR NO.MATRIKS

VANESSA KHOR HUI JOO 18DPM21F1065

ANNECIA A/P ALBERTSCHWEITZER 18DPM21F1001

NUR INTAN ZULAIKHA BINTI AZHAR 18DPM21F1043

INTAN FAIZATUL MAISARAH BINTI 18DPM21F1047


RAWI

1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA PAGE

1 PENGHARGAAN 3

2 PENGENALAN 4

4 KESIMPULAN

2
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan
kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

        Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami,Puan Nur Syakirah kerana telah banyak membantu dalam memberi
sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan
sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan
yang diajukan dengan jelas sekali.

          Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan
saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan e-folio
ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap
Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas
segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran.
Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.

               Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada


sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak
langsung.

3
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan
antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun
ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh
dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua
sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan
dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

          Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau


Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama,
kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen
perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa
sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

          Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara
kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.

           “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep


1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan
agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong
hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini
sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan
setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan
untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.

         Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang
merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang
cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar
yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang
kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak
kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain
bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.

4
MAKSUD SUKAN

Sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif . Sukan boleh menjadi

rekreasi, profesional, atau sebagai cara untuk meningkatkan kesihatan.

Sukan yang merangkumi pelbagai bidang masyarakat kita mempunyai kerumitan

simbolik dalam dimensi sosial dan budaya, kerana sukan kini merupakan latihan,

tontonan dan gaya hidup .

MAKSUD PERPADUAN

Perpaduan merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan

sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua perhubungan

sosial yang mengaitkan manusia.Asas perpaduan nagi sesuatu masyarakat

berbeza.Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin berdasarkan hubungan

dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.

5
1.0 TENTANG SUKAN UNTUK PERPADUAN

 Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideology 

 Menyemarakkan semangat patriotic dalam kalangan rakyat

 Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu

 Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat,

sukan adalah aktiviti kokurikulum

 Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia / MSSM

 Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada

peringkat awal, kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan

hubungan antara negeri

 Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan

pemain/penonton/penggiat sukan.

2.0 PERANAN IKON SUKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama  Negara, peranan
ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan
kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan
Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini
terdiri dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat
yang sama. Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak
dan meraikan apa jua keputusan perlawanan.

6
Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang
bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak
kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial
juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga yang
memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja
contoh ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya.
Hampir separuh keseluruhan stadium dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang
memakai jersi harimau Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara mereka
walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum dan agama.

Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan
sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai
ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar
dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi
sukan agar perpaduan tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan
jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam
melentur semangat “kekitaan”.

Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha
memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih
daripada itu, menghargai dan mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan
mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari
segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai
masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di Negara
ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.

Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan.
Disitulah mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama. Pergaulan dan
interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat.
Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati, saling
membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong dan
peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong pasukan
Negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua
pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang
kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998.

7
Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan
SUKOM sepenuhnya.

Sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi.
Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir
dalam sukan antarabangsa. Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia Berjaya
merampas piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya.
Pasukan badminton piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di
seluruh dunia. Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan
nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian
ratu skuasy Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi
juara dunia sebanyak 4 kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta
menduduki rangking pertama dunia sejak tahun 2006. Manakala Shalin Zulkifli pula
ialah seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa Malaysia dan dan bekas
pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan
kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki
kedudukan satu pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.

Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan
salah satu wadahnya. Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan
pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik
dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap Negara
mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan mengikis
perasaan perkauman.  

3.0 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT


PERPADUAN DALAM KALANGAN MURID

 Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan muruid yang


mempunyai potensi dalam bidang sukan.

 2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun 2011

 3. Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)


dianjurkan untuk mengembangkan bakat murid dalam bidang sukan.

 4. Pengenalan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP)sejak tahun


1986. 

8
4.0 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan
batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan
massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada
Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong,
Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak
dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang
berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan
menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai
pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia
Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat
penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang
pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan,


Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan
kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan
di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan
menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar
(69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang
pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan
akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian
secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam
menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat
'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus
diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan
kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah,
negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan
menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di

9
belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung
kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap
lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi
tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan
merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam
membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk
penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik.
Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu,
menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan
sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.

Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk
mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini
merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk
Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara
menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi
kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-
majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan
sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah
pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan
masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat
antarabangsa.

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program


Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan
rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan
penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai
matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan
mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang
tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan
memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu
masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan

10
memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang
melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,


kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial
dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks.

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan


di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti,
peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

5.0 SUKAN MALAYSIA

Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan
menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan
tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi
mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan
mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat
awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan
antara negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain
ataupun penonton.

Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis
Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja
Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan"
(Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang
melibatkan atlet remaja.

Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian diadakan setiap


tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.

11
6.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

 Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum.
 Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
 Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami antara kaum.
 Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain

6.2 CONTOH-CONTOH SUKAN

1) BOLA SEPAK

2) BADMINTON

3) BOLA JARING

4) OLAHRAGA

5) RAGBI

6)BOLA BALING

12
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk
memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam
semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan.
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif,
kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan
fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat
masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan
kerjasama antarabangsa.

13

Anda mungkin juga menyukai