Anda di halaman 1dari 18

0

Hiking bukanlah suatu hobi atau kerja yang senang. Bila kita hiking, kita perlu merancang se-detail
mungkin bagi memastikan trip korang berjalan dengan baik dan teratur tanpa sebarang risiko sesat,
cedera, ration tak cukup, overtimed (OT) dan sebagainya. Paling kurang, kita dapat meminimakan
kejadian yang tak diingini berlaku dan trip berjaya dengan jayanya.

Langkah-langkah ini secara langsung atau tak langsung akan berlaku dalam mana-mana trip yang
korang join atau korang sendiri organize jadi gogo. Aku guna istilah gogo sebagai organizer atau
penganjur lebih tepat dan lebih dekat dengan kita sebagai budak gunung. Yang nubis (noobies,
novice atau budak baru) dalam dunia hiking, please take note. Aku belajar ini dari pengalaman dan
pembacaan selama aku melibatkan diri dalam dunia outdoor.

“Nak jadi Gogo bukan senang. Makan masa dan kena berani tanggung risiko...”

1) Tetapkan matlamat/objektif.
Pertama sekali, adalah berkaitan dengan matlamat dan objektif. Biasanya ia ditetapkan oleh idea
atau impian mana-mana individu yang nak tawan gunung sekian, atau individu yang nak cabar diri
menelurusi trek trans dari satu poin ke poin dalam jarak tertentu atau lain-lain keinginan yang nak
dicapai. Kemudian, bergerak ke satu fasa di mana individu tersebut mengajak orang lain untuk turut
serta. Tapi ada juga individu yang memilih untuk mendaki solo walaupun aku tak galakkan melainkan
ilmu dan pengalaman penuh di dada. Haha.

Dari impian seorang menjadi sekumpulan. Maka objektif secara berkumpulan perlu
disepakati bersama. Apabila disepakati, segala isu atau masalah yang timbul ketika
pelaksanaan ekspedisi berjalan dengan lancar dan risiko perbalahan dapat
dikurangkan. Sebab hakikatnya mesti ada isu yang berselisih masa ontrek atas
banyak faktor yang akan dijelaskan kemudian.

Jenis Ekspedisi

Ada trip yang memang diperuntukkan matlamatnya untuk mencapai matlamat yang besar.
Contohnya, ingin mendaki Gunung Tahan secara trans dari Merapoh ke Kuala Tahan. Perkara ini
perlu diperjelaskan dan dibentangkan sebaiknya dalam medium tertentu macam facebook,
whatsapp, twitter atau apa sahaja bagi memudahkan bakal peserta membuat keputusan sama ada
mahu follow atau tak.

Ada pula trip yang santai sahaja, trip yang hanya memakan masa setengah hari dan mendaki ke Bukit
Broga dan buat makan-makan di puncak. Objektif trip lebih tertumpu kepada nak rapatkan
hubungan sesama budak gunung dan nak cari kawan baru. Maka, trip itu lebih terbuka dan kurang
risiko berbanding trip yang lebih jauh dan terdedah pada bahaya yang tak dijangka.

Ada juga trip yang biasanya orang buat 3 hari, tapi nak habiskan dalam masa sehari. Macam-macam
terma dan nama orang bagi nak menggambarkan ‘kepadatan’ tentatif dan kepaduannya. Contohnya,
macam compress, daypack (depek), express, ultralight, extreme ultralight dan sebagainya. Oleh itu,
trip sebegini menuntut pengalaman dan kecergasan yang tinggi dari peserta ekspedisi. Isu pemilihan
peserta sangat penting dalam kategori ini.

1
Ada juga trip yang memerlukan lebih dari sekadar ‘kepaduan’ bahkan pengalaman yang lebih.
Contohnya ekspedisi rintis, rentis atau pasarnya orang panggil trip ‘menyondol’. Beberapa kepakaran
skil diperlukan macam ilmu navigasi, ilmu hutan, ilmu musim dan perubahan cuaca, ilmu ‘dalaman’ .
Pendek cerita mahir ilmu survival! Mahir ye, bukan sekadar tahu.

Pemilihan Ketua

Kemudian, pemilihan ketua atau merangkap sebagai GOGO


(organizer) ekspedisi. Penting untuk menetapkan seorang gogo
dan bukan ramai. Seorang sahaja. Yang akan membuat penilaian
dan membuat keputusan. Sekiranya gogo masih baru (jangan
kecam, sabar), maka perlu ada seorang lagi individu
berpengalaman yang membantu dan memandu gogo tersebut
selaku Penolong Gogo ekspedisi. Kebiasaannya dalam kalangan
guide yang dilantik atau otai (orang lama) dalam satu-satu
kumpulan hikingatau kumpulan ekspedisi. Walaupun gogo itu baru dan belum cukup pengalaman,
itu pentingnya ada seseorang yang lebih berpengalaman membantu. Lama kelamaan, boleh belajar
menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan cekap dalam mengurus dan menganjur ekspedisi di
masa akan datang. Aku percaya pengalaman adalah guru terbaik.

Dari sini perlu ada timbul rasa hormat dan patuh pada arahan ketua atau gogo. Tanpa disiplin yang
betul oleh gogo sendiri dan para peserta ekspedisi, trip akan jadi tak teratur dan terdedah kepada
banyak risiko yang tak diingini berlaku. Isu kebersamaan dan teamwork perlu jadi agenda utama.
Tidak timbul isu siapa lagi lama terjebak dalam dunia hiking, maka dia lagi berkuasa membuat
keputusan. Tak betul tu. Tanggungjawab sepenuhnya kepada gogo yang dilantik dan para peserta
perlu bersama-sama menjayakan ekspedisi dalam mencapai objektifnya. Sebab sama-sama masuk
hutan, keluar pun kena sama-sama lah. No one left behind!

2) Rangka aktiviti
Bagi menjayakan objektif yang sudah ditetapkan dan disepakati bersama, maka secara kasar, aktiviti
yang bakal dibuat juga perlu ditetapkan yang akan dimasukkan dalam rangka tentatif.

Contohnya, aktiviti makan-makan di tapak perkhemahan tertentu, camping dan mandi sungai sambil
BBQ. Ada juga trip yang memiliki aktiviti yang terhad, dan fokus kepada objektif trip. Contohnya nak
menghabiskan perjalanan trans-titiwangsa V1 dalam masa sehari (24jam).

Aktiviti bergantung kepada objektif yang jelas.

3) Pilih lokasi
Poin ketiga ini selari dengan poin yang pertama dan kedua. Apabila objektif telah ditetapkan,
kebiasaannya akan terbayang terus di kepala di manakah destinasi yang bakal dituju. Maka,
maklumat yang betul dan tepat perlu ada sebelum memilih lokasi sesuai dengan objektif.

2
4) Rangka tentatif dan tempoh masa jangkaan
Penting. Tentatif bukanlah suatu perkara yang main-main atau sengaja direka-reka oleh guide atau
gogo. Tentatif atau itenari ekspedisi biasanya mengandungi maklumat seperti tarikh, masa, tempat
dan aktiviti. Berapa jam perjalanan dari poin A ke poin B, rehat di mana, tidur di mana, waterpoint di
mana, dan sebagainya perlu dimasukkan dalam tentatif supaya para peserta dapat jadikan panduan
dan merancang perjalanan sebelum, semasa dan selepas trip.

Gogo bertanggungjawab memastikan tentatif berjalan sebaiknya


mengikut tentatif yang dibuat. Bukan gogo sahaja! Bahkan peserta perlu
disiplin dan tak terlepas individu-individu penting yang dilantik seperti
sweeper (orang paling belakang dalam posisi aturan peserta semasa
ekspedisi) perlu sentiasa memastikan peserta mengikut tentatif
sepertimana gogo/guide cuba melaksanakan tentatif dengan baik.
Peranan posisi akan diterangkan kemudian.

5) Rangka bajet kewangan


Kewangan adalah penting. Kebiasaannya bajet ekspedisi bergantung kepada sebaik mana kita
merancang bermula objektif sehinggalah tentatif. Perkara ini memerlukan kajian dan pengetahuan
yang luas dalam banyak aspek. Namun begitu, aspek kewangan ini terbahagi kepada beberapa poin
penting yang mempengaruhi tinggi rendah kos keseluruhan iaitu :

1) Perbelanjaan organizer (urusetia)


2) Peralatan dan kelengkapan (sewa/beli)
3) Kos pengangkutan (4WD/carpool/bot etc)
4) Kos permit dan insuran
5) Kos guide, ration (makanan)
6) Kos latihan fizikal dan persediaan skil*
7) Kos pemeriksaan kesihatan
8) Kos lokasi (tiket, orang asli)
9) Kos selepas ekspedisi (kru, sijil, gambar etc)
10) Kontengensi dalam bentuk tunai (biasanya 10-15% dari kos keseluruhan program)

Secara berkumpulan, gogo perlu beri tumpuan kepada kos keseluruhan program. Secara individu,
setiap peserta perlu merancang kos secara persediaan. Kebiasaannya, gogo akan maklumkan berapa
bayaran yang perlu dibayar dan tanggungjawab kepada gogo dan kru untuk menggunakan wang
tersebut sebaiknya mengikut faktor-faktor di atas.

More money, more expectations! 

6) Pelaksanaan
Seterusnya, fasa penting selepas perancangan atas kertas adalah pelaksanaan ekspedisi.
Perancangan yang baik juga memerlukan pelaksanaan yang baik. Kalau tak, trip akan jadi tempang
dan bakal dikecam kalau tak menepati sebagaimana yang dirancang. Oleh itu, aku senaraikan dan

3
terangkan pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas trip. Apa yang korang perlu lakukan khususnya
sebagai seorang gogo.

SEBELUM
1) Buat kajian dan dapatkan sumber maklumat

Ini asas. Tanpa pengetahuan dan info yang betul, akan beri kesan kepada keberjayaan trip korang.
Malah mungkin terdedah dengan banyak risiko yang tak dijangka. Dengan info dan maklumat yang
betul, banyak perkara boleh disusun sebaiknya.

Contohnya, berapa ramai yang boleh sertai ekspedisi, apa keperluan yang perlu dibawa, sejauh
mana tahap persediaan fizikal dan mental diperlukan dan sebagainya. Oleh itu, gogo WAJIB
menyediakan info yang padat dan betul untuk para peserta supaya para peserta bersedia secara
optimum (mengikut kapasiti masing-masing) dan dapat melaksanakan objektif sebaiknya.

2) Pendokumentasian dan permohonan permit

Ini jelas memerlukan kecekapan gogo dan kerjasama para peserta. Antaranya maklumat yang perlu
didokumentasi adalah,

a. Nama penuh peserta


b. No kad pengenalan
c. Alamat tempat tinggal
d. No telefon
e. Nama dan no telefon waris

Kemudian, permohonan permit dari pihak


ketiga perlu dibuat selewat-lewatnya 2
minggu sebelum tarikh ekspedisi. Itu yang
terbaik. Ada gunung yang hanya
mengenakan bayaran di kaki gunung
sebagai ‘tiket’ atau permit masuk hutan.
Tapi kebanyakan gunung memerlukan
pendokumentasian yang lengkap dan
permohonan serta kadar bayaran tertentu
kepada Jabatan Perhutanan mengikut
negeri masing-masing. Pastikan tahu lokasi
gunung tersebut (atau starting point)
terletak di bawah penyeliaan jabatan negeri apa.

Selepas permit dibuat, pastikan gogo bertanggungjawab membuat laporan polis dengan
menyertakan salinan senarai dan perincian peserta ekspedisi . Di balai polis mana? Balai polis yang
berdekatan. Sebab itu penting segala maklumat lokasi perlu diselidiki terlebih dahulu dan ambil tahu
mana balai terdekat. Dan jangan lupa, sebelum korang meninggalkan tempat tersebut lapor diri
semula di pejabat yang korang buat sebelum ini.

Perkara ini super penting dan tidak boleh diabaikan! Expect the worst! Sekurang-kurangnya pihak
berkuasa maklum dengan trip kita.

4
3) Persediaan fizikal dan mental

Persediaan fizikal tak perlu ulas panjang. AkuBudakGunung


ada tulis berkenaan aspek ini di artikel lain. Secara asas,
fizikal perlu disediakan selari dengan tuntutan objektif
ekspedisi. Trip jauh? Trip banyak pacak atau menurun?
Pastinya memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal yang
tinggi. So, sila training.

Mental? Biasanya orang pewai sebab tak mengalami situasi


yang tak dijangka atau diketahui. Contohnya ingatkan trek
3km sahaja, sekali kena layan trek sampai 10km. Boleh jadi juga sebab memang tak fit dan tak
bersedia secara fizikal. Boleh jadi juga sebab tekanan dari lineup, gogo atau sesiapa yang mendesak.
Konklusi aku mudah, semua ini berpunca dari sikap malas ambil tahu detail trip dan malas training.
Barangkali. Mungkin tak betul.

4) Pemilihan peserta

Isu pemilihan peserta bergantung kepada objektif trip. Siapa yang pilih? Guide atau gogo. Keputusan
sepenuhnya terletak di tangan mereka. Isu pemilihan terletak pada poin berikut bersesuaian dengan
jenis trip :

a. Siapa

Ada jenis open trip, trip terbuka kepada sesiapa. Peserta tak dikenali dan perlu di-interview.

Ada jenis di-recommend oleh kenalan, ada jenis peserta adalah dari group yang biasa hiking bersama.
Tiada masalah. Poin aku adalah gogo perlu kenal setiap peserta. Begitu juga dengan guide dan
sweeper. Itu paling baik.

b. Tahap kecergasan

Tak fit, tak enjoy. Tu je nak cakap. 

c. Pengalaman hiking

Jauh mana dah masuk hutan, gunung mana yang sudah didaki, pengalaman survival, etc.

d. Tahap kesihatan (masalah kesihatan)

Pastikan peserta bebas dari masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung, masalah
tulang/ligamen, asthma kronik, darah tinggi, etc. Sekiranya terkawal, pastikan ada langkah kawalan
seperti ubat-ubatan.

5) Pembahagian tugasan

Tugas gogo selaku ketua ekspedisi untuk melantik orang yang dipercayai menjadi Penolong atau kru
ekspedisi bagi melancarkan pelaksanaan tentatif dan mencapai objektif. Siapa sweeper, siapa tanker,
siapa tukang masak, siapa tukang sampah, siapa tukang basuh ground, dan sebagainya.

5
6) Pengangkutan dan logistik

Selepas selesai menyenaraikan lineup peserta yang ‘layak’ pada perkiraan gogo atau guide, maka
gogo juga bertanggungjawab memastikan para peserta tiba di lokasi tertentu pada masanya secara
selamat. Tidak kisah la secara memandu kereta, carpool, motosikal, atau menyewa bas.

Begitu juga dengan tempahan kenderaan tertentu seperti kenderaan 4WD yang dibuat lebih awal
bagi mengangkut para peserta pergi dan balik dari lokasi-lokasi tertentu mengikut tentatif. Pastikan
kemudahan pengangkutan disemak dan dipastikan perkhidmatan tersebut masih kekal berfungsi
atau tidak. Buat semakan terakhir. Jangan terkejut sekiranya ada pihak tertentu mengambil
kesempatan atas trip korang.

Pengurusan logistik merangkumi aspek peralatan dan kelengkapan berkhemah, saiz dan jenis beg
yang perlu dibawa, pakaian, ration company (makanan kumpulan), peti pertolongan cemas (first aid
kit), kelengkapan navigasi, parang, mercun dan sebagainya yang berkait dengan hal-hal teknikal.
Kemudian, gogo perlu tahu dan bahagikan individu bertanggungjawab ke atas setiap satu item dan
memastikan segalanya tersedia.

SEMASA
Ekspedisi bermula sebaik sahaja semua peserta kumpul di poin mula beserta dengan kelengkapan
masing-masing.

1) Warm-up dan taklimat

Mulakan dengan renggangan badan (ada dijelaskan dalam tulisan Persediaan Fizikal) yang dibuat
secara dynamic stretching. Taklimat ringkas tentang perjalanan ekspedisi oleh gogo/guide yang
bertanggungjawab dan lantik seseorang untuk bacakan doa, sebaiknya ketua ekspedisi (gogo) atau
mana-mana individu jantan.

Doa penting untuk memohon perlindungan Tuhan Maha Kuasa. Penting!

2) Kedudukan posisi dan peranannya

Secara umum, formasi lineup ekspedisi adalah seperti berikut :

i. Perintis
ii. Guide
iii. Navigator
iv. Ahli Biasa
v. Gogo
vi. Ahli Biasa
vii. Penolong Gogo
viii. Ahli Biasa
ix. Sweeper

Posisi lain, seperti medik,tanker, runner,dan radioman. Selain gogo dan ahli biasa, semuanya
dipanggil Kru yang bertanggungjawab kepada ekspedisi di bawah arahan gogo.

Kerap kali, line up akan terpisah kerana banyak faktor (akan dihuraikan lanjut bawah topik Penilaian
dan Membuat Keputusan). Tapi penting untuk ditegaskan di sini individu yang lebih berpengalaman
atau kru yang bertanggungjawab di bawah arahan gogo perlu berada dalam setiap kumpulan yang

6
terpisah. Pengalaman dari sudut pengetahuan tentang trek yang dilalui, pengetahuan survival dan
kecemasan. Sebaiknya, formasi ini dikekalkan. Sekiranya lineup sedikit, seperti dua orang. Mesti
seorang bertanggungjawab sebagai gogo dan seorang lagi menjadi sweeper. Boleh jadi seorang
individu memegang peranan gogo, guide dan medik secara serentak.

Bilangan bergantung kepada bilangan peserta. Seorang guide sebaiknya bertanggungjawab ke atas
10-12 peserta sahaja. Sekiranya ada 30 orang peserta, lebih baik melantik 3 orang guide.

Peranan dan fungsi

GOGO (KETUA EKSPEDISI)

Kedudukan : Bergantung. Biasanya di tengah-tengah kumpulan. Gogo boleh juga merangkap sebagai
guide atau sweeper.

Peranan :

i. Bertanggungjawab melaksanakan objektif dengan jayanya.


ii. Bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan
ahli kumpulan terjaga.
iii. Menilai dan membuat keputusan bersama secara rasional dan
tidak mengikut emosi.
iv. Memiliki pengetahuan paling dalam tentang perancangan dan
pelaksanaan ekspedisi (A-Z)
v. Memastikan semua ahli masuk dan keluar hutan dengan
selamat.

PENOLONG GOGO (SWEEPER)

Kedudukan : Bergantung. Kebiasaannya paling belakang selaku sweeper.

Peranan :

i. Bertanggungjawab membantu gogo melaksanakan objektif dengan jayanya.


ii. Bertanggungjawab membantu gogo memastikan keselamatan dan kebajikan ahli kumpulan
terjaga.
iii. Membantu gogo menilai dan membuat keputusan bersama secara rasional dan tidak
mengikut emosi.
iv. Individu paling berkelayakan memimpin kumpulan selepas gogo termasuk dalam membuat
keputusan bagi pihak gogo ekspedisi.
v. Sweeper perlulah dari kalangan orang yang memiliki mental yang kuat, sabar dan
bertanggungjawab.
vi. Sweeper berperanan mengikut pace orang paling belakang yang mungkin pewai atau cedera
dan memastikan semua orang keluar dengan selamat.

7
PERINTIS

Kedudukan : Paling hadapan

Peranan :

i. Memastikan trek selamat dan boleh dilalui oleh kumpulan.


ii. Mengenalpasti bahaya dan beri maklumat tentang trek yang bakal dilalui.
iii. Merangkap ‘shooter’ yang menjadi orang pertama sampai ke poin tertentu.
iv. Dalam kalangan ahli biasa yang mahir selok belok hutan.
v. Bergilir-gilir mengikut keperluan dan berjalan berdua (kiri-kanan).
vi. Bawa parang sebagai kelengkapan, walkie talkie dan wisel.*

GUIDE

Kedudukan : Posisi kedua selepas perintis atau orang paling hadapan (ikut situasi)

Peranan :

i. Orang tempatan atau individu yang mahir dan berpengalaman tentang trek hutan tertentu.
ii. Penunjuk arah yang sepatutnya dilalui dan menyenangkan pergerakkan kumpulan.
iii. Panduan yang diberikan boleh membantu gogo dalam membuat sebarang keputusan utama.

NAVIGATOR

Kedudukan : Di belakang guide

Peranan :

i. Bertanggungjawab kemaskini laluan dan kedudukan terkini


kumpulan.
ii. Memberi maklumat tentang kedudukan terkini kepada gogo dan
ahli.
iii. Orang yang dilengkapi dengan kelengkapan peta, kompas dan
GPS.

MEDIK (PEMBANTU PERUBATAN)

Kedudukan : Di mana-mana kedudukan, sekiranya kumpulan terpisah dua atau tiga, seorang medik
perlu ada dalam setiap kumpulan. Gogo atau sweeper boleh merangkap sebagai medik.

Peranan :

i. Bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan ahli berada dalam keadaan baik.


ii. Dilengkapi dengan kelengkapan perubatan dan alat kecemasan.

8
RADIOMAN

Kedudukan : Bersama gogo atau penolong gogo. Seorang radioman dalam satu-satu kumpulan
(sekiranya terpisah). Selalunya, setiap kru memainkan peranan sebagai radioman (dilengkapi
dengan alat komunikasi).

Peranan :

i. Kebiasaannya dalam ekspedisi yang melibatkan ahli kumpulan yang besar dan memerlukan
perhubungan komunikasi yang baik.
ii. Dilengkapi dengan alat komunikasi seperti walkie-talkie, telefon satelit.
iii. Melaporkan kepada gogo, ahli atau pihak luar berhubung pergerakan dan perkembangan
terkini kumpulan ekspedisi.

RUNNER

Kedudukan : Mana-mana kedudukan. Boleh jadi dalam kalangan ahli biasa.

Peranan :

i. Digunakan dalam situasi-situasi tertentu seperti kecemasan dan tugasan-tugasan khas.


Contohnya berlaku kelewatan dari tentatif, runner dipertanggungjawabkan untuk tiba di
lokasi 4WD menunggu dan memaklumkan tentang hal tersebut.
ii. Terdiri dari orang yang paling fit dan paling laju ontrek.

TANKER

Kedudukan : Kebiasaannya, di barisan belakang. Boleh jadi sesiapa dalam kalangan ahli ekspedisi.

Peranan :

i. Orang yang memiliki fizikal yang kuat dan mampu memikul beban paling berat lebih dari
semua ahli. 15-20kg atau lebih.
ii. Biasanya menjadi orang penting memikul keperluan penting ekspedisi seperti menu utama
masakan, peralatan dan kelengkapan memasak, khemah, dan lain-lain.

AHLI BIASA

Kedudukan : Mana-mana kedudukan.

Peranan :

i. Orang yang diberi kepercayaan mengikuti ekspedisi tertentu dan bersedia menjalankan
tugasan atas arahan gogo.
ii. Kelancaran ekspedisi bergantung kepada sejauh mana persediaan dalam menjayakan
objektif.

9
PENDEK CERITA, semua orang ada peranan masing-masing. Cuba berpegang pada kedudukan dan
posisi masing-masing sehingga habis trip. Barangkali ada sistem pergiliran kecuali gogo dan guide.
Takda yang ‘berlenggang’. 

3) Keselamatan dan kesihatan

Sekali lagi Gogo bertanggungjawab memastikan segala checklist beberapa minit sebelum mula
hikingdiperiksa sebaiknya.

i. Check barang kelengkapan (semua item-item penting)


ii. Check kecergasan fizikal dan kesediaan mental ahli

iii. Sistem nombor


Buat kiraan sebelum, semasa (ketika regroup) dan selepas ekspedisi. Tidak dapat dielakkan
satu kumpulan boleh menjangkau seramai 30 orang atau lebih. Untuk mengawal semua ahli
adalah sukar dan kemungkinan berlaku pecahan kepada beberapa kumpulan kecil. Jikalau
keadaan ini berlaku, lebih baik kumpulan yang besar tersebut dapat dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil (A,B,C,..) dan sistem nombor yang menjadi nombor tetap ahli
diperkenalkan sebagai langkah awal keselamatan. Sebagai contoh, jikalau kumpulan
seramai 20 orang maka hendaklah dipecahkan kepada kumpulan kecil contoh Kumpulan A
(dari 1-10) dan Kumpulan B (dari 11-20).

iv. Doa – mohon perlindungan dari Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
v. Solat jangan tinggal bagi yang Muslim.
Kewajipan yang tiada diskaun 5 waktu. 5 tetap 5. Hanyalah kemudahan (rukhsah) dari sudut
pelaksanaannya (dijelaskan dalam artikel lain*). Banyak kes berlaku, diganggu makhluk halus
kerana tidak menjaga solat. Maka, solatlah wahai budak gunung. #donedakwah

vi. Buddy System!


Pastikan berjalan ontrek paling kurang berdua. Elakkan berjalan seorang. Berjalan seorang
mendedahkan diri dengan risiko yang lebih tinggi pada keselamatan diri. Kalau nak mandi,
buang air kecil / besar atau menikmati keindahan hutan jangan pergi bersendirian. Make
sure korang bawa seorang member bersama dan maklumkan pergerakan korang kepada
gogo dan memberitahu ke mana, berapa lama dan siapa bersama korang.

vii. Wisel.
Sediakan payung sebelum hujan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, gogo atau penganjur ekspedisi digalakkan untuk menyediakan
atau mengingatkan setiap ahli bawa satu wisel. Pastikan wisel berada dekat dengan korang
(gantungkan di leher). Jika tersesat, tiup wisel sekerap mungkin. Tentunya ahli-ahli yang
sedang mencari akan dapat mengesan bunyi wisel korang.

viii. Leave No Trace (LNT)


LNT merupakan suatu gagasan idea mengajak para penggiat outdoor supaya mematuhi etika
ketika beraktiviti. Contohnya, tidak membuang sampah merata-rata, tidak membuat
kerosakan di dalam hutan, mengekalkan semulajadi flora, menjaga attitude dalam hutan dan
tidak bercakap besar. LNT dihuraikan dalam artikel lain*

10
4) Pendokumentasian

Gogo bertanggungjawab memastikan permit pendakian dan maklumat ahli dijaga dengan baik.

Ambil gambar, buat log dan rekod pendakian. Rekod guna GPS tracker seperti Garmin, Suunto atau
telefon bimbit yang siap dimuatturun apps seperti ViewRanger, Wikiloc, Strava, GaiaGPS atau lain-
lain. Ini yang biasa aku guna. Set GPS on, dan set airplane mode. Jimat bateri. Offline dari dunia maya.

SELEPAS
1) Cool-down dan fasa recovery

Selesai ekspedisi, pastikan semua keluar dengan selamat, dan orang terakhir adalah sweeper dilantik.
Lakukan sedikit renggangan dan rehat.

2) Pemeriksaan kesihatan dan logistik

Semak semula status terkini ahli dan kelengkapan sepertimana yang dilakukan sebelum ekspedisi
bermula.

3) Dapatkan feedback dan soal selidik peserta ekspedisi

Jangan lupa bertanyakan prestasi penganjuran, pengurusan dan pelaksanaan ekspedisi dari peserta.
Tak kesah la tanya dalam group whatsapp (secara random) atau secara personal.

4) Penilaian dan penambahbaikan

Sudah tanya, bincang dan nilai semula. Sebarang kekurangan terima dengan hati terbuka dan baiki
untuk di masa akan datang.

7) Kelemahan yang biasa berlaku.


Aku nak mengetengahkan beberapa kelemahan yang biasa berlaku dalam dunia outdoor. Perkara
biasa dan perlu dielakkan oleh mana-mana gogo dan budak gunung. Ada banyak lagi, tapi ini yang
biasa sangat berlaku.

Tiada pendokumentasian

Tiada rekod perincian ahli ekspedisi. What a shame. Nama sahaja. Itu pun nama pendek atau
nickname.

Tiada permit atau laporan kepada pihak berkuasa. Bergantung lah. Ikut tempat. Poin aku, masuklah
dalam hutan dengan pengetahuan pihak berkuasa macam renjer, jabatan hutan, polis etc.

11
Guide/gogo tidak berpengalaman

Ini senario biasa. Dah tahu tak pandai. Jangan buat-buat pandai. Kalau masih baru nubis, please ada
orang kanan yang berpengalaman yang korang jadikan panduan dan bantu korang rancang dan
laksanakan trip baik-baik.

Paling teruk, guide/gogo yang menipu. Tipu pasal permit, pasal kos trip, pasal ration. So,
tanggungjawab korang adalah jangan jadi penipu dan pastikan Guide/Gogo trip yang korang nak join
adalah dari kalangan orang yang ada kredibiliti dan dipercayai.

Satu lagi, guide atau gogo yang ‘tinggalkan’ lineup. Sikap ‘lepas tangan’ ini memang minta kecam.

Ration company tidak cukup

Sedih. Dah la pewai. Tolong angkut ration tapi tak dapat makan. Sebab lambat menjamu makan dan
orang lain dah makan dulu. Menjadi tanggungjawab gogo memastikan kebajikan asas ini dipenuhi
selari dengan expectation ahli ekspedisi sebelum sertai trip korang.

Kadang-kadang bukan salah gogo pun, dan perkara di luar kawalan sebab terpaksa layan ‘saka’
kelaparan. Haha. So, peserta ekspedisi pandai-pandailah ingat orang belakang. Ingat member woi!

Tiada sweeper

Penganjur takda sweeper yang dilantik yang bertanggunjawab memainkan peranan sepatutnya.
Kesannya besar, ekspedisi terdedah dengan risiko hilang, kumpulan terpisah tanpa pengetahuan
ketua dan ahli, ahli yang cedera atau pewai tiada pengiring yang di bawah tanggungjawab penganjur
dan lain-lain risiko bahaya.

Tidak berdisiplin

Situasi ini biasa berlaku. Sama ada dari pihak penganjur ekspedisi mahupun dari ahli ekspedisi
sendiri. Taklimat dan tentatif sudah diberikan. Maka menjadi tanggungjawab semua pihak untuk
mematuhinya.

Apa yang berlaku adalah, tidak menepati masa, tidak mematuhi arahan guide/gogo, tidak beretika
ketika ontrek, tidak menjaga mulut, berjalan seorang, berlengah-lengah masa dan macam-macam
yang beri kesan kepada objektif dan pelaksanaan ekspedisi.

12
8) Menilai situasi dan membuat keputusan
Seorang budak gunung yang bijak, mampu membuat penilaian yang baik dan membuat keputusan
yang betul mengikut situasi. Semua ini memerlukan pengalaman dan ilmu yang mendalam. Sebab itu
penting untuk mendapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman atau bertanya sekiranya
tak tahu. Aku rujuk tulisan “Aktiviti Pergunungan Malaysia” untuk hal ni.

Antara situasi yang biasa berlaku adalah :

Pertama : Kumpulan terpaksa berpecah kepada dua kumpulan disebabkan oleh halangan seperti
ahli yang cedera.

 Bagi kes begini, pengorbanan ahli kanan yang mahir selain daripada ketua adalah perlu.
 Keputusan sebegini hendaklah dibuat setelah perbincangan sebulat suara dan diputuskan
oleh ketua dibuat.
 Sebaiknya bagi kes kecemasan, ianya hendaklah ditemani sekurang-kurang dua orang dan
dibekalkan perubatan dan makanan bagi tempoh tertentu.
 Jikalau kumpulan bergerak bagi melakukan Trans, pengiring pesakit hendaklah dibekalkan
makanan cukup sehingga selamat keluar dari hutan.
 Pemeriksaan terhadap pesakit hendaklah dilakukan dalam selang masa tertentu.
 Pesakit jikalau masih mampu berjalan hendaklah bergerak sendiri dan dibekalkan bahan
ikhtiar hidup dan sedikit makanan.
 Peranan medik/pembantu perubatan sangat penting. Lebih-lebih lagi kes patah tangan, kaki
atau mana-mana anggota badan. Sekiranya tidak dirawat dengan baik, keadaan akan
bertambah teruk.

Kedua : Kehilangan peralatan penting.

 Kemungkinan untuk sesuatu program mendaki kehilangan peralatan penting ada terutama
yang melibatkan gajet penting seperti GPS, peta dan kompas yang menentukan arah
pergerakkan sesebuah kumpulan.
 Bagi kes yang memang memerlukan kelengkapan tersebut tindakan untuk mencari /
berpatah balik ke kawasan yang disyaki tertinggal hendaklah dibuat setelah
mempertimbangkan segala bentuk kemungkinan dan dibincangkan bersama. Paling penting
tidak membuat tindakan melulu.

Ketiga : Kekurangan bekalan minuman dan makanan.

 Kebanyakkan kes adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan makanan dan minuman
disebabkan tempoh perjalanan terpaksa dilanjutkan beberapa hari lebih dari yang dirancang.
 Ianya dapat diatasi dengan mengadakan jadual makanan yang terancang di samping bekalan
lebihan bagi kes-kes kecemasan.
 Catuan makanan perlu dibuat dan keutamaan bagi mereka yang benar-benar
mengkehendaki.
 Bekalan air selalu kehabisan dan perlu diisi semula. Adalah amalan yang baik mengisi
keperluan air individu sebelum sampai ke punca air terakhir.

13
 Ahli boleh mengisi air terus jikalau ianya berdekatan dengan sungai tetapi jikalau ianya
berjauhan dari laluan adalah sebaiknya meninggalkan beg anda di tengah laluan sebagai
tanda anda masih di sana.
 Perjalanan menuju puncak kebiasaannya tiada punca air kekal.
 Hujan di puncak adalah rahmat bagi mereka yang memerlukan air. Namun perjalanan bagi
kawasan yang belum diketahui punca air faktor air merupakan perkara yang perlu
dipertimbangkan.

Keempat : Kumpulan terpaksa berpecah kepada 2 kumpulan disebabkan oleh halangan seperti
kesuntukkan masa dan lewat sampai ke tapak seterusnya.

 Keputusan bagi meneruskan perjalanan disebabkan kelewatan untuk sampai ke tapak


khemah hendaklah diputuskan bersama ahli lain.
 Pemeriksaan tahap kesihatan dan fizikal adalah perlu. Perancangan dalam membahagikan
tugas dalam merangka perjalanan malam perlu diselaraskan.

Tindakan pertama yang perlu diambil kira adalah REGROUP di satu poin (checkpoint) tertentu.

 Gogo bertanggungjawab memastikan ahli ekspedisi berada dalam situasi selamat dengan
berkomunikasi menggunakan alat komunikasi seperti walkie-talkie.
 Pastikan ahli ekspedisi tidak terpisah lebih dari dua atau tiga kumpulan utama dan tiada
yang berjalan berseorangan.
 Dengan regroup, kumpulan tidak terpisah jauh dan kekal dalam kumpulan utama.
 Pastikan gogo dan kru (contohnya sweeper) berada dalam dua kumpulan berbeza bagi
memudahkan perhubungan. So ada dua ketua di bawah satu arahan.
 Bincangkan situasi dan buat keputusan sama ada ingin regroup atau teruskan perjalanan.
 Sekiranya keputusan sudah dibuat, dan TERUSKAN PERJALANAN. Maka dua kumpulan
terpisah itu ada peranan tertentu yang perlu dimainkan.

Kumpulan pertama

 Pemilihan tapak khemah.


 Hendaklah bergerak dan menyediakan perkhemahan sebaik sahaja tiba.
 Makan dan minum air panas untuk memulihkan tenaga.
 Menghantar bantuan jikalau masa melebihi daripada yang dianggarkan.

Kumpulan kedua

 Hendaklah bergerak dan berhenti dalam sela masa tertentu.


 Berehat hanya untuk seketika. Kurangkan moving time. Cuba sedaya upaya bergerak lebih
laju walaupun masih pewai. Ketika ini, kita tak bercakap tentang fizikal dah, ni pasal
kekuatan mental.
 Makan bila berasa lapar untuk mendapat tenaga seterusnya.
 Jimat penggunaan bateri.
 Berlindung daripada angin gunung seperti belakang tebing atau pokok.
 Duduk hendaklah di kawasan dan persekitaran yang dipastikan selamat.

14
 Memeriksa keadaan mereka yang pewai dan lemah.
 Kehilangan ahli kumpulan dapat dielakkan terjadi dengan kerap memeriksa nombor ahli atau
menyemak kesemua ahli terutama bagi kumpulan yang ramai.
 Pemeriksaan begini dapat dilakukan di kesemua checkpoint (tempat regroup) maka jikalau
terdapat seorang yang tertinggal / sesat maka dapat diketahui ianya berada diantara dua
tempat checkpoint tersebut.

Kelima : Kumpulan atau individu yang tertinggal atau tersesat dari kumpulan utama. Maka berikut
peranannya,

 Bertenang dan menyemak semula dengan gambaran kasar sepanjang perjalanan yang telah
ditempuhi. Jangan panik.
 Persiapkan diri atau kumpulan korang untuk bermalam di kawasan yang difikir
sesuai dan selamat.
 Jangan cuba untuk mencari jalan keluar kerana mungkin akan tersesat lebih jauh
lagi. Lagi mudah bagi korang ditemui sekiranya stay diam di satu tempat dari
meneruskan perjalanan.
 Membuat keputusan yang tetap kerana makanan dan tenaga adalah terhad.
 Sekiranya terpaksa bergerak juga, tinggalkan tanda atau jejak pada jalan yang
dilalui supaya mudah dikesan oleh pasukan SAR dan mudahkan juga korang untuk
berpatah balik.
 Memakai pakaian yang terang dan mudah dilihat (sekiranya ada).
 Bersedia menghasilkan signal komunikasi. Nyalakan unggun api supaya mudah di
kesan dari udara.
 Memastikan denai yang dilalui adalah denai manusia dan bukan denai binatang.
 Berjimat dan memeriksa semua bahan yang ada pada beg yang dibawa.

Keenam : Terserempak atau diancam dengan binatang buas.

 Amat banyak tetapi selalunya boleh dielak. Binatang buas selalunya tidak akan menyerang
manusia melainkan ia diancam terlebih dahulu.
 Cuba elak dari tempat yang dikenal pasti terdapat harimau, gajah atau buaya. Maklumat
macam ni boleh didapati dari pejabat perhutanan atau balai polis yang berdekatan dengan
tempat yang korang nak pergi.
 Belajar ilmu menjejak binatang buas dan kenal pasti sekiranya jumpa jejak ontrek sama ada
di tanah, di pokok,najis binatang, bau atau bunyi. Aktifkan deria korang!
 Minta nasihat dari pihak berkuasa tempatan sebelum anda melangkah ke sesuatu kawasan
hutan. Kebiasaannya pihak perhutanan atau renjer ada memantau pergerakkan binatang
buas di kawasan jagaan mereka.

Ular

 Ular dapat merasa getaran apabila ada musuh menghampiri dan selalunya ia akan
menjauhkan diri.
 Jangan sekali-kali cuba menggali lubang yang terdapat di dalam hutan dikhuatiri ianya
adalah sarang kepada ular yang berbisa. Sekiranya korang nak gali lubang untuk dijadikan
lubang sampah, gali lubang baru atau jauh dari lubang yang korang jumpa tu.

15
Beruang

Beruang selalunya tidak akan menggangu manusia tetapi ia boleh menjadi agresif sekiranya
terkejut dan berkemungkinan menyerang sekiranya terserempak dengan manusia.

Kala Jengking, lipan, lebah dan ulat bulu beracun adalah diantara banyak serangga yang biasa di
temui di hutan.

 Sengatan mereka agak menyakitkan tetapi agak kurang bahaya. Tetapi kepada mereka yang
alah kepada racun serangga ini boleh mengakibatkan gatal gatal atau mungkin
mengakibatkan kematian.
 Bawa bersama pil Antihistamine atau epinephrine tablet merupakan langkah berjaga-jaga
yang baik.
 Untuk mengelakkan dari serangga ini memasuki khemah taburkan sedikit garam atau
belerang di sekeliling khemah atau tempat tidur korang.

Pacat juga merupakan satu ancaman.

 Gigitan pacat boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan tetapi ianya tidak
membahayakan.
 Keadaan tu boleh menyebabkan rasa gatal yang berpanjangan dan mungkin akan
menyebabkan jangkitan dan berkudis sekiranya tidak di rawat dengan ubat anti-septik.

Malaria

 Di sesetengah kawasan, demam malaria merupakan ancaman yang agak merbahaya.


 Aku nasihatkan supaya anda mengambil pil anti-malaria satu minggu sebelum, memulakan
pengembaraan terutama pengembaraan yang memerlukan korang tinggal di dalam hutan
lebih dari seminggu.
 Aku cadang better elak pergi ke kawasan pembiakan nyamuk (sekiranya ada maklumat
terlebih dahulu) atau boleh juga menggunakan krim pencegah serangga.
 Sentiasa tutup (zipped-up) khemah sepanjang masa untuk mengelakkan dari nyamuk atau
serangga masuk. Pasang kelambu sekiranya tidur dalam hammock.

Ketujuh : Sungai dan kepala air

 Batu adalah merbahaya. Kebanyakkan kasut akan menggelonsor di atas batu yang basah.
Walaupun kecil batu adalah sangat licin. Sekiranya tergelincir, ianya boleh menyebabkan
cedera. Berhati-hatilah semasa melangkah terutama di kawasan berbatu dan berair.
 Alur sungai juga boleh bertukar menjadi sungai yang besar sekiranya terdapat hujan di hulu.
Korang mungkin menyeberang alur sungai beberapa jam sebelumnya tetapi ianya mungkin
bertukar menjadi sangat deras dan ganas dalam masa beberapa minit sahaja.

16
 Kepala air adalah fenomena yang biasa di hutan terutama di kawasan hutan hujan tropika
seperti terdapat di Malaysia. Kepala air boleh meghanyutkan kayu balak yang besar dan
sangat merbahaya sekiranya korang berada di laluan sungai tersebut.
 Jangan sekali kali pasang khemah terlalu hampir dengan tebing sungai, silap haribulan
korang mungkin dihanyutkan air semasa sedang tidur. Huhu.

9) Kesimpulan
Aku cuba sampaikan langkah-langkah merancang ekspedisi atau trip
seringkas dan sesantai mungkin. Banyak lagi perkara yang boleh
diselitkan tapi aku ingin tekankan tentang langkah-langkah asas yang
sistematik bagi merancang trip korang supaya berjalan lancar dan takda
masalah. So aku tujukan kepada gogo, atau bakal gogo dan budak
gunung sekalian.

Aku nak ingatkan bukan kerja gogo sahaja buat kerja A sampai Z. Ahli atau peserta trip juga main
peranan penting. Semua harap gogo jer, pewai ler gogo tu. Harap bermanfaat lah.

“Serius, bukan senang nak jadi gogo…”

Chow!

AKUBUDAKGUNUNG

17

Anda mungkin juga menyukai