Anda di halaman 1dari 7

PAKAIAN DAN ALATAN ASAS

Pakaian Dan Alatan Asas Rekreasi Luar

Perkhemahan atau pengembaraan boleh menjadi satu kenangan indah atau igauan ngeri
jika anda tidak menitikberatkan soal pemilihan alatan ketika menjalani aktiviti berkenaan,
dalam menjalankan aktiviti rekreasi luar kesihatan, emosi yang stabil serta pemilihan
peralatan amat penting dan memainkan peranan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.
Boleh dikatakan dari segi teknikal alatan menyumbang hampir 80% daripada kejayaan
sesuatu program, ianya sebagai contoh kita mahir ‘mengukir kayu tetapi tiada pisau’ tidak
ada guna kemahiran yang kita ada tanpa bantuan peralatan yang berkaitan. Tetapi ia
bergantung juga kepada aktiviti yang dijalankan, jika mendaki gunung ‘Alpine’ kawasan
berais, pastinya alatan yang digunakan memainkan peranan, tetapi dalam perkhemahan dan
pengembaraan di hutan hujan tropika penggunaan peralatan teknikal adalah minima tetapi
tidak bermakna ia perlu diabaikan. Dalam ruangan kali ini kita akan berkongsi pengalaman
mengenai pemilihan alatan asas perkhemahan yang perlu ada pada setiap individu…

Parang/Golok

Parang adalah peralatan yang amat penting, ini kerana dengannya kita boleh mencari makanan,
membuat jerat, menebas/mencari jalan apabila hilang arah, ia juga amat berguna ketika anda
melakukan tugas sebagai tukang masak,penggunaannya amat fleksibel serta 'multi purpose usage'.
Pahlawan dahulukala menganggap senjata seperti parang, keris dan pedang sebagai nyawa mereka.

Parang Kampung - Jenis dan parang terbaik, berhulukan kayu, parang jenis ini amat tajam dan tidak
mudah tumpul, tetapi kerapkali terjadi masalah di bahagian hulu yang kadang – kadang akan
tertanggal dari bilah parang. Anda dinasihatkan mengemaskinikan semula hulu apabila membeli
sebagai contoh anda boleh gamkan bahagian yang mempunyai lubang atau lurah, kemudian ada
baiknya jika anda mengikat hulu kayu dengan getah, biasanya getah tayar, ini untuk menguatkan hulu
sekaligus memberikan daya cengkaman yang baik apabila memegangnya. Panjang parang yang terbaik
adalah pada kadar 10 – 12 inci dan lebar 2 – 2 ½ inci ( Jenis Sederhana ). Parang jenis ini juga boleh di
'customized' kan jika anda bertemu dengan pembuat parang yang selalunya di kampung – kampung.

Parang Biasa – Biasanya berhulukan plastik, jenis besi yang amat tebal serta berwarna gelap,
Kelebihannya pula adalah ia amat keras sesuai digunakan pada kerja – kerja berat seperti memotong
dahan pokok yang besar, Sesetengahnya mempunyai bilah gergaji di belakangnya, Parang jenis mudah
tumpul, rapuh dan sukar dibentuk jika tidak dijaga matanya bahagian hulunya juga mudah tertanggal
Pakaian

Pakaian yang dibawa perlulah bersesuaian dengan program, keadaan dan masa program, anda tidak
perlulah sampai membawa satu beg besar berisi pakaian pada program yang hanya 3 – 4 hari, dan anda
tidak perlulah terlalu ‘survival’ sehinggakan hanya sehelai sepinggang pada program yang mengambil
masa 2 – 3 hari. Walaupun jika anda rasa selesa pada keadaan itu, tetapi kesan buruknya adalah pada
jangkamasa panjang. Dalam setiap ekspedisi biasanya pakaian kita hanya mengisi pada kadar 20 –
30% sahaja dalam ‘haversacks’ kita.. 20 – 30 % bagi lelaki 30 – 40 % bagi wanita. Ini kerana banyak
peralatan lain yang anda perlu bawa bersama.

Pemilihan Baju dan Pakaian

Pastikan baju yang anda bawa masih lagi dalam keadaan baik ( kecuali trekking ), untuk baju trekking
anda boleh gunakan 'fabric cotton' atau yang terbaik dari jenis ‘Dry Fit’ seperti jersi, selain dari
cepat kering ia juga selesa dan dingin ketika dipakai. Tetapi jika suhu kawasan +15 ( biasanya dalam
ketinggian 2000m keatas ) tentulah anda perlukan baju yang lebih tebal dan selesa dipakai.

Seluar

Untuk seluar pula adalah lebih baik jika seluar dari jenis Khakis ( berkain tebal ), atau dari jenis seluar
tentera ini kerana dengan keadaan hutan beriklim Tropika, jenis pokok resam dan pokok berduri
biasanya akan dilalui pada awal ekspedisi. Jenis pokok seperti Pakis, duri Rotan, buluh biasanya akan
menyakitkan jika kawasan yang dilalui terlalu sarat dengan pokok – pokok tersebut.
Stokin/Sarung Kaki

Selain menghindarkan kaki daripada melecet dan juga bau, stoking juga berperanan mengekalkan suhu
badan kerana ianya termasuk dalam kategori 4 titik kepanasan, ada beberapa jenis stoking iaitu bahan
jenis 'wool acrylic', 'cotton' dan dari jenis sintetik, dari jenis wool akan mengekalkan suhu kepanasan
meskipun dalam keadaan basah, bahan sintetik pula menyerap peluh. Selain dari wool terdapat stoking
yang dipanggil ‘Thermal Socks’ yang juga baik serta mengekalkan suhu serta selesa.

Baju Sejuk/Jacket ( Wind Proof dan Waterproof )

Adalah lapisan terakhir yang membaluti tubuh, Fungsinya adalah memberi perlindungan
tubuh badan dari angin yang lembab serta mengawal suhu badan, ia juga mesti berperanan
melindungi bahagian pakaian dan badan dari keadaan yang tidak selesa. Jika badan kita
basah dan terkena angin, maka ia akan menyebabkan proses kedinginan badan kita menjadi
cepat dan terjadilah ‘hyporthermia’. Bahan lapisan luar ini juga disebut sebagai ‘shell
garment’. Memiliki beberapa jenis iaitu ‘Wind Proff’ kalis angin, Jenis ini selalunya tidak
‘Waterproof’, satu lagi jenis bahan adalah ‘Waterproof Breathable Garments’/bahan
kalis air yang bernafas, ini kerana kemampuan bahan ini dalam menahan air dan angin juga
mampu mengekalkan kondisi tubuh walau hujan lebat sekalipun, antara bahan yang terkenal
pada masa ini adalah ‘Gore-Tex’.

Sweater Wool

Jenis jaket yang tebal /'Sweater Wool' memang memberikan kehangatan pada tubuh kita,
tetapi ia tidak mampu bertindak balas dan memberikan fleksibiliti dalam mengatur suhu.
Selain itu elakkan memakai jaket jenis jeans ianya susah kering dan mudah lembab.
Sleeping Bag

Sleeping bag merupakan elemen pemakaian yang paling penting dalam aktiviti luar
khususnya mendaki gunung, ini kerana seperti sedia maklum kesejukan akan membawa
kepada 'hypothermia', dan ianya boleh membawa maut!. Sleeping Bag mempunyai ukuran
dan pelbagai klasifikasi yang berbeza Selain dari bahan down atau bulu angsa ia juga
diperbuat dari bahan sintetik seperti 'Polarguard 3D', 'Primaloft', dan yang paling murah
dari jenis 'Holofil' yang lebih berat dari yang lain. Antara kriteria penting dalam pemilihan
Sleeping Bag antaranya :

- Jangan terlalu ketat dan longgar

- - Penutup kepala adjustable

-- Bentuk bahagian bawah kaki yang tidak terlalu sempit

-- Ada bahagian lapisan untuk pengudaraan di belakang

-- Saiz yang terlalu besar kurang sesuai untuk kegiatan luar

-- Pastikan membeli sesuai pada suhunya untuk gunung – gunung di asia tenggara kurang 3000
M sesuai anda menggunakan suhu sleeping Bag antara 10 – 15 darjah celcius

Sleeping bag juga mempunyai beberapa jenis design antaranya jenis


'semirectangular','mummy' dan jenis selimut

Berikut adalah bilangan pakaian yang bersesuaian mengikut bilangan hari :-

Jenis/Hari 2-3 4-5 6 hari keatas

Jumlah
Baju trekking 1 1 2

Seluar Trekking 1 1 2

Baju tidur/solat 1 1 2
Seluar tracksuit 1 1 2
Stokin Trekking 1 1 2
Stokin 1 1 1
Pakaian dalam (L) 2 3 3

Pakaian dalam (P) 2 Set 3 Set 3 Set


Tight 1 Set 1 Set 2 Set
Sarung Tangan 1 Set 1 Set 2 Set
Kain Sarong 1 1 1
Baju Hujan 1 1 1
Baju Sejuk 1 1 1
Sleeping Bag 1 1 1

*Tight adalah seluar yang dipakai sebagai pengganti pakaian dalam ketika trekking baik
lelaki mahupun perempuan ( tetapi pada sesetengah alah pada tight yang menyebabkan
melecet ).

Peralatan Teknikal Asas

Torchlight

Adalah peralatan terpenting dalam kegiatan luar, kegunaannya tidak kira masa, walaupun
diwaktu siang akan tetapi dalam kegiatan rekreasi luar sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Selain dari kegunaan pada waktu malam ia berguna untuk operasi menyelamat dan untuk
anda diselamatkan, jenis yang biasa digunakan adalah jenis head lamp kerana tangan anda
bebas untuk bergerak, ada juga dari jenis pegang, penca

hayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED, selain dari cahaya putih yang terang ia juga
menjimatkan bateri, tempoh ketahanannya antara 50 - 100 ribu jam, sebagai petua anda
boleh balut bateri spare anda dengan surat khabar dan menyimpannya.

Alatan Memasak dan Teknikal Individu

Bahan Masak seperti Messtin wajib dibawa oleh setiap individu, sebaik – baiknya ada barang
teknikal yang lain seperti Lantern ( Lampu ), dan S

tove ( Dapur masak mini ) setiap satu untuk kegunaaan anda. Pastikan anda juga membawa
botol mineral 1.5L sekurang - kurangnya 2 botol seorang.
Ubat – Ubatan

Bagi anda yang kurang sihat atau masih dalam proses perubatan seperti deman belum
sembuh dan lain – lain, anda perlu membawa ubat – ubatan anda bersama. Ubat – ubatan
asas yang perlu ada untuk setiap individu pula adalah panadol, pain killer/ ponstant, minyak
gamat, balm, ORS ( Oral Rehydration Salt ), pelali air dan ubat anti malaria. Pastikan anda
mendapatkan nasihat Doktor sebelum pengambilan ubat - ubatan.

Survival Kit

Survival Kit adalah sesuatu yang amat penting untuk dibawa bersama, didalam kecemasan
dan situasi merbahaya, seperti hilang arah/sesat dan sebagainya, dalam survival kit biasanya
mempunyai beberapa bahagian antaranya :-

- Barangan First Aid

- Pelali air jenis cecair atau tablet

- Komponen menghidupkan api

- Bahan Isyarat

- Alatan mencari makanan

- Bahan untuk membuat teduhan

Antara contoh barangan tersebut adalah :-

- Pemetik api, mancis besi dan mancis kalis air

- Wire/ dawai gergaji pemotong

- Cermin

- Kompas

- Mata kail pelbagai saiz dan Tali pancing


- Lilin

- Kanta

- Safety Pin/ Pin Lampin

- Tablet Oxytetracycline untuk (diarrhea atau Jangkitan kuman).

- Kondom (untuk mengisi air )

- Benang dan Jarum

- Pisau

- Light Sticks

- Aluminium Foil

- Buku nota kecil dan pensil

Anda mungkin juga menyukai