Anda di halaman 1dari 2

Peralatan Mudah Capai - Adalah peralatan yang selalu akan anda gunakan di sepanjang pendakian seperti pisau lipat,

multi purpose tool , beg pertolongan cemas, sun screen , kacamata hitam, botol air, makanan ringan, peta, kompas, lampu suluh, kamera dan topi. Peralatan peralatan ini perlu di letakan di bahagian poket atas atau poket tepi beg kerana ia mudah dan cepat untuk di capai dan tidak perlu untuk anda membuka dan menyelongkar ke dalam beg untuk mendapatkan peralatan tersebut. Beg Tidur (Sleeping Bag) Pada kebiasaanya, beg tidur akan diletakkan di bahagian paling bawah beg galas bagi mengelakkan ia dari selalu diambil keluar sepanjang perjalanan kecuali di tapak perkhemahan. Beg galas akan menggunakan ruang yang banyak semasa menyimpan dan selain daripada itu juga ia adalah untuk mengelakan bebanan berat yang terlampau di bahagian paling bawah beg. Ia akan dijelas kemudian mengapa. Pakaian Pakaian yang akan digunakan di kawasan perkhemahan seharusnya di simpan

menggunakan beg kalis air atau dibungkus dengan plastik yang tebal, contohnya, plastik sampah. Sama seperti beg tidur, pakaian pendaki haruslah di simpan di bahagian bawah beg kerana kita hanya akan menggunakannya setelah tiba di kawasan perkhemahan sahaja. Pakaian seperti baju hujan atau jaket kalis angin boleh di letak di bahagian atas kerana kita mungkin akan menggunakannya semasa dalam perjalanan. Pelapik Tidur (Sleeping Pad / Mat) Ianya boleh digulung dan di ikat di bahgian luar beg tetapi perlu di bungkus dengan bahan kalis air seperti plastik untuk mengelakkan ia daripada basah. Ada sesetengah pendaki yang menyusun pelapik tidur dibahagian dalam beg dengan cara menggulung menikut bentuk beg dan terdapat ruang yang luas di tengahnya. Dengan cara ini, peralatan lain boleh disusun dibahagian tengah tersebut. Ia akan menjimatkan penggunaan ruang di dalam beg galas pendaki. Khemah Khemah adalah peralatan yang berat berbanding dengan yang lain. Cara yang paling baik adalah dengan membahagikan khemah anda kepada rakan yang lain. Asingkan bahagian badan khemah, bumbung khemah, pancang khemah dan juga pole khemah supaya dapat meringankan beban berat dan menjimatkan penggunaan ruang di dalam beg galas. Khemah akan disusun di bahagian tengah dan rapat dengan bahagian tubuh pendaki supaya berat beg lebih rapat kepada tubuh pendaki. Helaian Bumbung (Fly Sheet) Adalah peralatan yang penting semasa pendakian. Ia perlu disusun di bahagian atas dan mudah capai kerana ia mungkin akan digunakan semasa hujan atau semasa keadaan terlalu panas. Makanan dan Peralatan Memasak Makanan yang di bawa perlu disusun di bahagian atas beg untuk mengelakan ia daripada rosak semasa dalam perjalanan. Peralatan memasak yang menggunakan minyak, spirit, alkohol atau kerosene perlu di letak di bahagian bawah makanan. Ini adalah untuk mengelakan ia daripada tertumpah ke atas makanan yang di bawa.

Beg Galas anda boleh dibahagikan kepada 3 zon utama: Zon 1 : susun peralatan yang ringan seperti beg tidur dan pakaian anda

Zon 2 : susun peralatan yang berat seperti air, peralatan memasak, khemah rapat ke bahagian tubuh pendaki. Zon 3 : susun peralatan separa berat dan juga mudah capai. Objektif kita adalah untuk mengelakkan berat yang terlampau dibahagian paling atas kerana ia akan menarik badan pendaki ke belakang dan kurang daya keseimbangan. Susun peralatan yang berat rapat dengan bahagian tengah tubuh anda (centre of gravity) kerana ia akan memberik daya keseimbangan yang lebih kepada anda.

Anda mungkin juga menyukai