Anda di halaman 1dari 3

Sukan sebagai alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa .

Malaysia terdiri
daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan
pelbagai etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami di samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Selain
itu,kegiatan sukan juga boleh menyumbang ke arah perpaduan serta dapat
mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan
negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat
antarabangsa pula,pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat
mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara
yang lain.Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan
fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global yang baik.

Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan
dalam satu-satu jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri
daripada pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama seperti yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan memberi peluang
kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah
pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, tak
kenal, maka tak cinta. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu
bangsa atau agama akan lebih meningkat

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk


mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini
demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam
pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang
erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga
dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi
minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti
bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan
melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam
bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat
bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan.

Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan


rakyat di sesebuah negara. Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta
daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling
membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada
dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam
kalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan
kaum di negara kita. Selain itu, perpaduan turut dapat disemai dalam
kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama. Nilai
perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan negara.

Setiap kali Malaysia bertarung di medan antarabangsa, rakyat pelbagai


bangsa bersatu memberi sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang
di gelanggang sukan.

Justeru, sukan jelas menjadi wadah yang dapat mengintegrasikan


masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tidak kira apa jua bentuk sukan yang menjadi pilihan - bola sepak,
badminton, olahraga - rata-rata penggemar sukan yang ditemui percaya
semua jenis sukan mampu mengeratkan silaturahim antara kaum.

Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.
Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk
perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara
pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam
sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang
majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Anda mungkin juga menyukai