Anda di halaman 1dari 5

KAJIAN LITERATUR

Sukan, dari segi istilah didefinisikan sebagai segala kegiatan yang memerlukan
ketangkasanatau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan (Kamus Dewan
EdisiKeempat). Manakala perpaduan, menurut sumber yang sama, membawa maksud
penggabungan atau persesuaian. Pengaplikasian sukan sebagai medium menyatupadukan kaum
dan masyarakat telah lama terbukti mampu dilaksanakan. Memetik dari kajian ‘Sukan Massa
Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti’ yang ditulis oleh Zaini bin Arshad, negara seperti
United Kingdom yang memiliki kira-kira 13% daripada jumlah populasi rakyatnya yang
mempunyai latar belakang etnik yang berbeza seperti Asia, Caribbean dan Afrika menurut
(figures.service.gov.uk) sejak tahun 1980an telah manjalankan program yang dinamakan
SportAction (McDonald dan Tungatt, 1992; Deane, 1998). Sukan telah diterima dalam agenda
polisinegara berkenaan untuk mengukuh social inclusion dalam komuniti. Di Scotland, sukan
merupakan aktiviti masa lapang dikatakan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan
esteem diri,membina semangat komuniti dan meningkatkan interaksi sosial selain
kepentingannya dalam aspek kesihatan dan kecergasan (Scottish Office, 1999).

Kepelbagaian yang ditawarkan oleh aktiviti sukan membolehkan setiap individu dari
semua peringkat umur dan kaum untuk menyertainya mengikut tahap dan kemampuan yang
sesuai dengan mereka. Kemampuan sukan untuk mendapat penyertaan meluas ini memberi
potensi besar kepada pengukuhan perhubungan antara kaum, khasnya di Malaysia. Sifat inilah
yang menjadikan sukan istimewa berbanding dengan aktiviti-aktiviti lain, menurut Vogler dan
Schwartz (1993). Tambahan lagi, Nixon dan Frey (1996) menyatakan sukan berfungsi untuk
menyatukan ahli masyarakat melalui perkongsian minat dan komitmen. Interaksi yang terjalin
antara individu melalui aktiviti sukan memudahkan sesebuah komuniti melaksanakan kegiatan
kemasyarakatan untuk faedah pembangunan sosial dalam negara.
Sukan yang amat sinonim dengan rakyat Malaysia termasuklah badminton dan
bolasepak. Penulis mengimbas kembali pengalaman menonton pasukan badminton negara ketika
menjuarai Piala Thomas. Pasukan Piala Thomas ketika itu diketuai Allahyarham Tan Sri Elyas
Omar manakala mendiang Dato’ Punch Gunalan bertindak selaku ketua jurulatih sambil skuad
dibarisi pemain handalan negara termasuklah Rashid, Raziff dan Jalani Sidek, Foo Kok Keong,
Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang dan Kwan Yoke Meng. Skuad negara ini sahaja sudah
menunjukkan betapa majmuknya negara ini dan atas satu semangat membawa satu kejayaan
yang amat besar dalam sukan badminton negara.

Memetik dari kajian ‘Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di


Malaysia’ oleh sekumpulan pelajar darpada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sebuah
persidangan pada tahun 2018, aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan dipercayai
menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, bertoleransi, mewujudkan keakraban
dan kerja berpasukan antara pelajar. Menurut pengkaji lagi, aktiviti seperti ini perlulah
melibatkan semua kaum pelajar bagi menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi
nasional dalam kalangan generasi muda.
MAJLIS DAN BADAN YANG BERTANGGUNGJAWAB MENERAPKAN PERPADUAN
DLM SUKAN DAN PENGLIBATAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA

Perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan


menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Penyertaan aktiviti sukan tidak
terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang
berminat. Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan temasya sukan
Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal. Kemudian SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri. Aktiviti sukan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton. perpaduan bukan sekadar dalam kalangan
masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar
perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh.
Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.
Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk
penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan
mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan'
bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu
negara, satu matlamat'.

Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis
Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia. Seterusnya,
Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan
berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. Seterusnya,
sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan, kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkil
bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara
mendalam dalam sukan yang dipertandingkan. Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat,
merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya
adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan
dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat
pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan
kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk
mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan
maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek
kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

Pihak kerajaan juga telah menjalankan beberapa program bagi memantapkan usaha ini.
Antaranya ialah Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) (KPM 2006)
yang menggalakkan program kokurikulum secara integrasi antara jenis sekolah diperluaskan.
Dipetik dari satu artikel Berita Harian, menurut Laporan Tahunan 2014 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM), melalui pemantauan didapati 84.6 peratus atau 66 sekolah sudah
melaksanakan lima kategori RIMUP dan interaksi murid adalah positif dengan 87.2 peratus atau
68 sekolah menunjukkan murid pelbagai etnik berinteraksi ketika dalam aktiviti kokurikulum
dan kelas Pendidikan Jasmani. Selain itu, usaha kerajaan yang lain termasuklah menganjurkan
kejohanan atau karnival sukan di peringkat sekolah, universiti mahupun di peringkat negeri.
Melalui satu portal berita digital UKM pada tahun 2017, kerajaan telah mengadakan Karnival
Sukan PERMATA pintar Negara yang disertai oleh pelajar dari Kolej PERMATA Insan dan
Universiti Sains Islam Malaysia. Sebanyak 14 acara dipertandingkan termasuklah acaran
balapan, renang, tarik tali dan indoor game. Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dalam sesi
perasmian berkata melalui sukan, pelajar akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara
kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan
kedaulatan negara.

RUJUKAN

Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu: Penerbitan Pelangi.

Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai