Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU (MEMO)

NAMA: MUHAMMAD AMIRUDDIN NAIM BIN ROSLI

MATRIK: D20182086391

SUBJEK: HUBUNGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (HNP3033)

NAMA PENSYARAH: DR NADIRAH BINTI MOHD AZMI


PENGENALAN
Hubungan Malaysia dengan Indonesia telah berlarutan sejak sekian lama dari era kegemilangan

kerajaan Melayu lama di Nusantara sehingga kedua-duanya berjaya mencapai kemerdekaan pada

tahun 1945 dan 1957. Walaubagaimanapun, persahabatan dalam era moden mempunyai

cabarannya dan ianya dihambat dengan pelbagai isu seperti masalah tenaga kerja, isu perbatasan,

isu kebudayaan dan sebagainya dan faktor yang mewarnai hubungan diplomatik diantara Malaysia

dan Indonesia. Hubungan bilateral diantara Indonesia dan Malaysia merupakan hubungan yang

kukuh dengan dasar luar antara Malaysia dan Indonesia yang hampir sama seperti aspek sejarah,

ekonomi, pengaruh politik, geografi dan demografi.

KEPENTINGAN HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN INDONESIA

Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang luas dalam pelbagai aspek. Dalam soal politik,

kedua-dua negara bekerjasama menandatangani perjanjian persahabatan. Kerjasama tambah

ketara dalam aspek sosial khasnya, dalam soal bahasa dan pelajaran. Dalam aspek politik,

hubungan keselamatan menekankan penghapusan ancaman komunis, masalah lanun dan

kerjasama dari segi latihan ketenteraan. Hubungan keserantauan mempamerkan kerjasama antara

kedua-dua negara dalam penubuhan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan

Organization of Islamic Conference (OIC) bagi mengekalkan dan mempertingkat keamanan,

keselamatan dan kestabilan dan selanjutnya untuk memperkukuh nilai yang berteraskan keamanan

di rantau.
Dalam aspek ekonomi, Malaysia dan Indonesia menandatangani Perjanjian Asas tentang

hubungan perdagangan dan ekonomi yang meliputi aktiviti perdagangan, pameran perdagangan,

kerjasama ekonomi dan teknikal dalam pelbagai bidang termasuk perkapalan, perikanan, industri

membina kapal dan pengeluaran bahan mentah seperti getah bijih timah dan sawit. Perjanjian yang

dimeterai dapat mewujudkan satu pasaran dengan pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang

stabil, makmur, berdaya saing dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan

bagi perdagangan dan pelaburan. Hal ini dapat mewujudkan pengaliran bebas barangan,

perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan

tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas.

Kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sosial seperti pertukaran dalam bidang

pendidikan dan ilmu kebudayaan merupakan aspek utama dalam bidang sosial. Kerjasama ini

dieratkan dengan pertukaran kepakaran dalam bidang perfileman, kebudayaan serta sains dan

teknologi. Sebagai contoh dalam program kerjasama seperti pameran batik, pertunjukan

kebudayaan dan program pertukaran pelajar telah memantapkan hubungan kedua negara.

ISU PERTINDIHAN WILAYAH MALAYSIA DENGAN INDONESIA

Kes Ambalat merupakan isu pertindihan wilayah dalam sejarah hubungan Indonesia dan Malaysia.

Hal ini kerana kes Ambalat yang melibatkan perebutan kawasan perairan yang dikenali sebagai

Ambalat iaitu sebuah blok perairan antara Sulawesi, Indonesia dan Sabah, Malaysia telah

meningkatkan ketegangan hubungan kedua-dua buah negara dan bahkan menggugat keselamatan

serantau
Pada tahun 1991 berikutan berakhirnya Perang Dingin, kerajaan Indonesia mendakwa

kerajaan Malaysia telah membina pusat peranginan di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan walaupun

status kedua-dua pulau adalah status quo. Kerajaan Indonesia mendakwa nelayan Malaysia yang

menggunakan Kapal MV Pulau Banggi menceroboh wilayah Indonesia. Sebagai tindakan

keselamatan, pasukan maritim Indonesia menangkap kapal dan tiga belas anak kapal tersebut.

Sebaliknya, kerajaan Malaysia juga mendakwa pasukan keselamatan Indonesia menceroboh

wilayah Malaysia di kawasan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Berikutan siri ketegangan tersebut

kedua-dua kerajaan saling menghantar delegasi untuk melakukan perundingan. Mahkamah

Keadilan Antarabangsa telah memutuskan Sipadan-Ligitan menjadi hak Malaysia dengan bukti

pembinaan menara api dan aktiviti pemuliharaan penyu.

Isu Ambalat timbul kerana kedua-dua buah negara mempunyai perbezaan pentafsiran

berhubung sempadan ZEE (Zone of Economy Exclusive). Malaysia berhujah bahawa garis

sempadan berdasar kepada pendekatan paparan benua, bukan peta 1979 sedangkan Indonesia pula

tidak bersetuju. Indonesia yang merujuk pada fasal 74 dan 83 UNCLOS (United Nations

Convention of Law of the Sea) 1982, memberi hujah bahawa batas akhir ZEE dan paparan benua

perlu ditetapkan dengan perjanjian dan berdasar pada undang-undang antarabangsa.

ISU PENDERAAN PEKERJA WARGA INDONESIA DI MALAYSIA

Pengiriman pekerja Indonesia ke luar negara telah ditetapkan dalam Garis-Garis Besar Haluan

Negara (GBHN) melalui kerajaan Indonesia yang menyatakan bahawa penghijrahan merupakan

salah satu alternatif meningkatkan ekonomi bagi pembangunan ekonomi Indonesia. Sektor

pembantu rumah di Malaysia juga merupakan bidang keempat terbanyak mengambil pekerja asing

selepas sektor pembuatan, pembinaan dan perladangan. Hal ini menyebabkan rakyat Indonesia

tertarik dengan pekerjaan di Malaysia kerana nilai mata wang Ringgit Malaysia lebih kukuh
berbanding Indonesia. Namun begitu, pekerja Indonesia yang datang ke Malaysia diberikan gaji

yang rendah, tempoh waktu bekerja yang tidak terhad, masalah komunikasi antara mereka dengan

majikan, penderaan fizikal dan mental yang membuatkan menjadi punca persengketaan antara

Malaysia dengan Indonesia. Kes penderaan amah warga asing di Malaysia khususnya Indonesia,

sering mendapat liputan yang meluas oleh media sama ada di Malaysia dan Indonesia.

CADANGAN MENYELESAIKAN ISU

Bagi kes Ambalat, ia tidak menjejaskan hubungan baik Indonesia dan Malaysia. Walaupun tunjuk

perasaan dan provokasi media massa dilihat berlebih-lebihan. Sikap bijak daripada kedua-dua

negara serumpun sangat dihargai apabila Indonesia dan Malaysia berhasrat untuk menyelesaikan

masalah tersebut dengan jalan diplomasi dan bukan melalui peperang. Indonesia dan Malaysia

berjaya melakukan perundingan dan bersetuju untuk tidak membawa isu Ambalat ke Mahkamah

Keadilan Antarabangsa. Kedua-dua negara bersepakat untuk menubuhkan suruhanjaya khas yang

terdiri daripada pakar di kedua-dua negara untuk mengkaji dan menyelesaikan isu Ambalat dan

menerima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh suruhanjaya itu.

Manakala kes mengenai pekerja warga Indonesia, satu candangan iaitu penubuhan

Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Indonesia berhubung Pekerja warga Indonesia. Hal ini boleh

dilakukan melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Pembantu

Rumah Warga Indonesia oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia dan Menteri Tenaga Kerja dan

Transmigrasi Indonesia. Suruhanjaya Bersama yang ditubuhkan ini akan menjadi mekanisme

untuk menyelia, memantau dan mengambil tindakan dalam menyelesaikan sebarang isu

berbangkit.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, Malaysia dan Indonesia merupakan sebuah negara yang saling melengkapi.

Persefahaman yang dibina sejak zaman Presiden Suharto dan Tun Abdul Razak membawa keluar

kedua-dua negara daripada kotak perkauman Nusantara dan meletakkan kedua negara dalam

konsep kerjasama serantau di atas dasar ekonomi bebas yang terbukti telah membawa kemajuan,

pemodenan dan kemakmuran kepada Indonesia dan Malaysia.

RUJUKAN

1. Darul Iman Abdul Munaf, “Perlindungan Pembantu Rumah Indonesia Di Malaysia: Antara

Impian Dan Realiti”, Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,

Universiti Malaya.

2. Nasrullah, A. (2009). Akar Konflik dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Paper presented

at the Persidangan Hubungan Malaysia-Indonesia 2009 “Serumpun Merentas Globalisasi”,

6-8 Ogos., Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

3. Yulyadi, L. (2009). Hubungan Dinamik Antara Indonesia dan Malaysia Pasca Merdeka:

Peranan Faktor “Co-Religio” Dalam Hubungan Dua Hala. In Mohamad Redzuan Othman,

Md Sidin Ahmad Ishak, Jas Laile S. Jaafar, Adrianus Meliala & Sri Murni (Eds.), Setengah

Abad Hubungan Malaysia-Indonesia (pp. 359-371). Shah Alam: Arah Publications

Anda mungkin juga menyukai