Anda di halaman 1dari 2

Pembetulan 2/1B – Berkelah di tepi pantai

Pada hari Ahad yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga berkelah di tepi
pantai. Kami sekeluarga bangun pada awal pagi untuk membuat persediaan. Saya
membantu bapa memasukkan barang-barang seperti tikar, radio, makanan,
pelampung dan sebagainya ke dalam but kereta. Kami juga menikmati sarapan
sebelum bertolak. Kami pergi ke tepi pantai dengan menaiki kereta bapa.

Dalam perjalanan, bapa memandu sambil berbual-bual dengan ibu untuk


mengeratkan hubungan silaturahim. Abang membaca buku untuk menambahkan
ilmu pengetahuan. Dengan ini, dia tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.
Saya mendengar muzik sambil menikmati pemandangan yang indah nian untuk
mengurangkan stres. Kelihatan pokok-pokok di tepi jalan meliang-liuk ditiup
angin sepoi-sepoi bahasa.

Selepas 30 minit, kami pun tiba di destinasi. Pantai dipenuhi orang ramai
bagai ikan dalam belat. Saya dan ibu mengeluarkan barang-barang dari but
kereta. Abang dan bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang.
Mereka meletakkan barang-barang di atas tikar.

Selepas itu, saya dan abang menukar pakaian renang lalu bermandi-mandi di
dalam air laut yang jernih macam cermin. Bapa membaca surat khabar untuk
mengetahui isu-isu semasa manakala ibu mendengar muzik sebagai halwa telinga.
Bapa dan ibu juga mengawasi kami untuk memastikan keselamatan kami.

Pada waktu tengah hari, saya dan abang naik ke pantai untuk menikmati
makan tengah hari. Kami sekeluarga menikmati makanan sambil berbual-bual.
Pelbagai jenis makanan yang enak telah disediakan oleh ibu seperti mi goreng,
ayam goreng, sandwic dan jus oren. Kami makan dengan gelojoh kerana terlalu
lapar. Selepas makan, saya dan abang membina istana pasir. Istana pasir yang
kami bina tersergam indah dengan pacakan bendera di puncak istana pasir.

Pada waktu senja, kami bersiar-siar sambil ambil angin. Ibu dan saya
mengutip kulit siput yang istimewa dan berwarna-warni. Bapa merakamkan
gambar dengan menggunakan kamera digital yang canggih sebagai kenang-
kenangan. Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan.

Saya berasa gembira kerana dapat berkelah di tepi pantai. Perkelahan ini
akan menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan. Saya berharap agar dapat
berkelah di tepi pantai pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai