Anda di halaman 1dari 4

Jenis : Cerita

Tajuk : Pengalaman pulang ke kampung

Soalan:
Pada cuti sekolah yang lalu, kamu telah bercuti di kampung datuk dan
nenek kamu. Ceritakan pengalaman kamu sepanjang berada di sana.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah


berpeluang pulang ke kampung datuk dan nenek
saya yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Saya
bertolak ke sana pada awal pagi dengan menaiki
bas dari Kota Bharu. Datuk menunggu saya di
stesen bas Pasir Puteh.

Setibanya di rumah datuk, nenek sedang


menunggu dengan hidangan makan tengahari.
Saya makan dengan berselera sekali kerana
terlalu lapar, tambahan pula masakan ikan
haruan dan puyu yang nenek sediakan amat
menyelerakan.
Setelah berehat dan bersolat Zohor, datuk
mengajak saya ke sungai yang terletak tidak jauh
dari rumahnya untuk memancing dan melihat
lukah yang ditahannya. Saya sangat seronok
kerana inilah aktiviti yang amat saya tunggu-
tunggu. Datuk mengajar saya teknik memancing
ikan di sungai. Saya bersorak kegembiraan
apabila dapat memancing seekor ikan sebarau
yang agak besar. Datuk hanya tersenyum
melihat gelagat saya.

Pada sebelah petang pula, datuk mengajak


saya ke sawahnya. Sawah datuk sangat luas.
Di sini, saya berpeluang melihat beberapa orang
petani bekerja di sawah mereka. Ada yang
sedang merumput, membaja dan membaiki
batas-batas sawah. Datuk mengatakan bahawa
padi-padi tersebut akan dituai pada bulan
hadapan. Saya berasa agak kecewa kerana tidak
berpeluang melihat kerja-kerja menuai padi.

Keesokan harinya, beberapa orang sepupu


saya mengajak saya ke hutan untuk mencari
buluh. Mereka bercadang untuk membuat wau.
Saya berasa sangat teruja kerana ini adalah
peluang keemasan kepada saya untuk belajar
membuat wau. Sepupu- sepupu saya mengajar
saya menebang buluh, membelah, dan meraut
buluh untuk dibuat wau. Setelah seharian
bertungkus-lumus, saya berjaya membuat sebuah
wau kucing yang sederhana besarnya. Wau-wau
yang kami buat akan kami terbangkan di padang
berhampiran rumah datuk.

Setelah seminggu berada di rumah datuk dan


nenek, ayah dan ibupun datang menjemput saya
pulang kerana cuti akan berakhir tidak beberapa
lama lagi. Walaupun agak keberatan untuk
meninggalkan kampung datuk dan nenek, tetapi
saya berasa amat gembira kerana mendapat
pelbagai pengalaman menarik pada cuti kali ini.

Anda mungkin juga menyukai