Anda di halaman 1dari 24

ASSIGNMENT (60 %)

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE

ESE 621

SUBJECT TITLE

SOCIOLOGY OF EDUCATION

LEVEL

MASTER OF EDUCATION

STUDENTS NAME

ROSLAN BIN ASANG

MATRIC NO.

E60101140138

PROGRAMME

E601 - MASTER OF EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR

EN LOSIUS GOLIONG

LEARNING CENTRE

KOTA MARUDU, SABAH

BAHAGIAN A :

1. Who is the underachiever ?


Artikel bertajuk Underachieving Learners : Can They Learn At All oleh Ogbonnia
Chukwu-Etu membicarakan tentang seseorang pelajar yang mempunyai prestasi rendah
(underachiever). Prestasi mereka diukur berdasarkan dengan tahap kecerdasan intelektual
yang dimiliki. Hakikatnya, terdapat pelajar yang memiliki tahap intelektual yang tinggi tetapi
tidak berupaya untuk menggunakannya secara lebih berkesan dalam sesuatu perkara. Pelajar
tersebut tidak berupaya menggunakan segala yang dimiliki untuk belajar dan menjadi pelajar
yang cemerlang.
Pelajar dikategorikan sebagai underachiever jika tidak mahir dan pandai terutamanya
dalam bidang akademik. Ada dalam kalangan mereka yang lemah dalam mata pelajaran yang
memerlukan tahap intelektual yang tinggi. Contohnya dalam mata pelajaran Matematik
Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Pelajar yang mendapat markah rendah dalam ujian
bulanan atau peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut akan dianggap sebagai pelajar yang
berprestasi rendah. Mata pelajaran ini memerlukan tahap intelektual yang tinggi jika
dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Kesusasteraan
Melayu dan Pendidikan Seni Visual.
Selain itu, pelajar yang berprestasi rendah juga tidak menunjukkan minat dalam
bidang akademik. Secara ringkasnya, mereka tidak suka hadir ke dalam kelas dan belajar
semua mata pelajaran. Mereka datang ke sekolah kerana paksaan daripada keluarga
terutamanya ibu bapa. Apabila hadir ke dalam kelas, mereka tidak menumpukan perhatian
terhadap isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Mereka hanya berbual-bual kosong
dengan rakan yang sama perangai dengan mereka. Lantaran itu, mereka lebih suka ponteng
kelas, ponteng sekolah dan berkeliaran di kawasan sekolah semasa proses pembelajaran.
Guru-guru yang mengajar mereka akan melabelkan mereka sebagai seorang yang berprestasi
rendah kerana tidak dapat menujukkan kesungguhan, kebolehan dan kemampuan diri dalam
mata pelajaran yang diajar.
Pelajar yang berprestasi rendah juga merujuk kepada mereka yang mana kebolehan
dan kemampuan terbatas oleh bangsa, budaya dan bahasa. Fenomena ini banyak berlaku di
sekolah yang mempunyai pelajar dari kelompok budaya yang berbilang bangsa.
Kepelbagaian budaya menyebabkan ada kelompok bangsa terutamanya mereka yang
1

daripada golongan minoriti tidak dapat menunjukkan keupayaan sebenar dalam bidang
akademik dan bidang bukan akademik. Mereka akan terpinggir dan akan dianggap pelajar
yang berprestasi rendah. Contohnya, pelajar Melayu yang bersekolah di Sekolah Rendah
Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) akan berasa segan untuk memberikan jawapan, pendapat
dan pandangan mereka semasa aktiviti pembelajaran kerana majoriti pelajar dalam kelas
tersebut berbangsa Cina. Mereka juga rasa terpinggir apabila melibatkan diri dalam kegiatan
bukan akademik seperti dalam persatuan, kelab, permainan dan unit beruniform
Bilangan pelajar lelaki yang amat kurang di sesebuah sekolah turut menyebabkan
mereka berasa segan silu untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Contohnya, mereka amat pasif
di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Mereka
tidak memberikan sebarang idea, cadangan atau komen kerana bilang mereka di dalam kelas
terlalu sedikit dibandingkan dengan pelajar perempuan. Perasaan malu yang menebal
membataskan interaksi mereka, lebih-lebih lagi jika jawapan yang diberikan oleh mereka
terhadap soalan guru salah atau kurang tepat. Dalam hal ini, mereka mungkin tidak akan
menjawab soalan lagi pada lain masa kerana takut situasi lama berulang kembali.
Pelajar underachiever mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ ) yang tinggi
tetapi mereka tidak menggunakannya sepenuhnya. IQ merujuk kepada kemampuan otak
untuk menerima maklumat, membuat analisis, memberikan jawapan dan menyimpan fakta
untuk jangka masa tertentu. Terdapat halangan semasa berada di dalam kelas untuk pelajar
tersebut menunjukkan tahap IQ nya. Bukan semua pelajar mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi semasa memberikan jawapan terhadap soalan yang diberikan oleh guru. Pelajar yang
mempunyai rasa malu dan segan akan cuba mengelak untuk memberikan jawapan, walaupun
sebenarnya dia mengetahui jawapan tersebut. Jadi, dia akan dianggap mempunyai prestasi
yang rendah kerana tidak pernah atau jarang memberikan jawapan terhadap soalan yang
diberikan oleh guru.
2. Discuss the types of underachievers.
Berdasarkan artikel Underachieving Learners : Can They Learn At All oleh
Ogbonnia Chukwu-Etu, beliau menyatakan terdapat enam jenis underachievers dan ciricirinya. Menurut beliau, costing underachievers berlaku kepada pelajar yang berada dalam
lingkungan umur 9 atau 10 tahun. Pelajar yang berada dalam kategori ini sentiasa berasa puas
hati terhadap diri mereka dalam kehidupan seharian. Mereka mempunyai sikap suka
melengah-lengahkan sesuatu perkara atau pekerjaan semasa di rumah atau di sekolah. Jika
2

tidak mendapat markah yang baik dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, mereka akan mudah
menyerah kalah dan berputus asa. Selain itu, mereka akan bimbang terhadap markah rendah
yang diperoleh. Segala tugasan sekolah yang diberikan menyebabkan mereka merasakan diri
mempunyai bebanan dan tidak akan mempedulikan tugasan tersebut.
Anxious underachievers pula berlaku kepada mana-mana pelajar tanpa had umur
tertentu. Kebiasaannya prestasi akademik mereka akan berlaku penurunan antara 10 hingga
20 peratus. Mereka cenderung untuk menjadi lebih tegang dan tidak dapat untuk
mengurangkan perasaan tersebut. Mereka berusaha untuk mengelakkan untuk hadir ke
sekolah dan kadang-kala mempunyai rasa phobia terhadap sekolah. Mereka juga merasakan
apabila berada di kawasan sekolah, mereka berasa bimbang dan tidak yakin dengan
keupayaan diri dan kesilapan yang akan bakal mereka lakukan.
Defiant underachievers seringkali merujuk kepada pelajar lelaki yang melanggar
peraturan sebelum mereka melangkau usia remaja. Pelajar tersebut mudah marah dan hilang
sabar terhadap sesuatu perkara. Kadang-kala mereka sengaja menyakitkan hati orang lain
dengan melakukan sesuatu perbuatan yang salah. Dalam hal ini, mereka akan menyalahkan
orang lain atas tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh mereka sendiri.
Jenis seterunya dikenali sebagai wheeler-dealer underachievers. Golongan ini
cenderung melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan ganjaran sahaja. Mereka juga akan
melakukan pembohongan, menipu atau mencuri untuk mencapai hasrat diri mereka.
Identity search underachievers merupakan percubaan untuk mencari siapakah diri
mereka yang sebenarnya. Perbuatan ini menyebabkan gangguan terhadap segala pekerjaan
yang mereka lakukan. Mereka hanya sibuk mencari identiti sendiri dan makna dalam
kehidupan. Namun, mereka sering bertanggungjawab terhadap segala tindakan, sikap,
keputusan, sistem nilai dan kepercayaan.
Sad or depressed underachievers digambarkan untuk seseorang yang sentiasa berada
dalam tekanan, mempunyai harga diri yang rendah dan sukar membuat keputusan. Mereka
mempunyai tenaga yang kurang untuk melaksanakan tugasan sekolah. Ciri lain yang dimiliki
ialah mereka kelihatan bersikap tidak peduli, kurang berselera atau terlebih makan, tidur
terlalu banyak atau mempunyai masalah untuk tidur, berasa letih, berasa putus asa dan
pesimis.

3. What are the causes of underachievement ?


Gabungan faktor rumah dan sekolah boleh menyebabkan situasi underachievement.
Menurut kajian oleh Ryan yang dalam artikel, 75 peratus pelajar sekolah rendah mempunyai
masalah membaca dalam semua mata pelajaran sedangkan hanya 35 peratus sahaja
mempunyai masalah pembacaan dalam sesuatu mata pelajaran sahaja. Pembacaan merupakan
aspek penting yang dapat mengelakkan pelajar tersebut daripada kelompok yang berprestasi
rendah. Aspek pembacaan ini perlu ditekankan lebih awal lagi terutamanya di sekolah
rendah. Jika masalah ini berlanjutan sehingga ke sekolah menengah, perkara ini akan
menimbulkan masalah yang lebih besar. Kemungkinan pelajar akan mengasingkan diri
daripada terus mengikut sesi pembelajaran di dalam kelas.
Kekurangan motivasi oleh guru sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah
merupakan punca kepada underachievement. Terdapat pelajar yang berbakat di sekolah yang
memerlukan motivasi daripada guru mereka. Hal ini kerana pelajar tersebut tidak berasa
yakin terhadap kemampuan diri mereka. Jadi, mereka tidak dapat mengikuti sepenuhnya sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Mereka memerlukan motivasi dan
bimbingan secara langsung daripada guru mereka supaya dapat menguasai isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Selain itu, pelajar juga tidak mempunyai motivasi daripada ibu bapa
mereka semasa berada di rumah. Ibu bapa tidak mengakui kebolehan anak-anak mereka
menyebabkan mereka tidak memberikan dorongan yang sewajarnya. Fenomena ini
menyebabkan berlakunya underachievement dalam kalangan pelajar.
Faktor keluarga dan rumah boleh menyebabkan seseorang pelajar berprestasi rendah.
Ibu bapa

yang tidak menekankan soal akademik

dalam keluarga kurang menekankan

pencapaian akademik anak-anak. Mereka tidak mengambil peduli tentang apa yang dipelajari
oleh anak-anak mereka semasa di sekolah. Malahan, ibu bapa tidak memantau ulang kaji
yang dilakukan oleh anak-anak di rumah. Ruang untuk belajar dan bahan bacaan serta buku
rujukan yang sepatutnya tidak disediakan untuk anak-anak. Akibatnya, anak-anak tidak ada
mood untuk membuat ulang kaji di rumah dan segala kerja sekolah yang disediakan oleh guru
tidak disiapkan semasa berada di rumah.
Konflik yang dialami boleh menyebabkan seseorang pelajar berprestasi rendah.
Konflik kebiasaannya bermula dari rumah yang mana keadaan porak-peranda keluarga akan
menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi. Pergaduhan yang sering berlaku antara itu
bapa menyebabkan anak-anak menerima impaknya. Jika pelajar tersebut tidak berupaya
4

untuk menangani dan mengatasinya, prestasinya di sekolah akan menurun. Di sekolah,


pelajar tersebut akan sentiasa murung dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap segala
yang diajarkan oleh guru. Kegagalan guru kaunseling untuk mengesan dan mengatasi
masalah ini menyebabkan pelajar tersebut terus dianggap pelajar yang berprestasi rendah.
Masalah kesihatan yang dialami oleh pelajar turut menyebabkan mereka berprestasi
rendah. Kerosakan otak, disfungsi serebrum dan kerosakan neurologi merupakan penyebab
pelajar tidak mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Terdapat pelajar yang mengalami
kerosakan otak sejak kecil lagi. Kerosakan otak biasanya berlaku sebelum, semasa dan
selepas bayi dilahirkan (Jamila K.A Mohamaed, 2005). Mereka mempunyai masalah dalam
soal pembelajaran akibat penyakit yang dialami dan keupayaan sebenar mereka dalam
pelajaran amat terbatas.
4. What was the most significant thing you learned from this article ?
Berdasarkan artikel oleh Ogbonnia Chukwu-Etu, pelajar yang underachiever
merupakan kelompok pelajar yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Mereka
mempunyai potensi dan keistimewaan tersendiri yang sewajarnya dicungkil daripada diri
pelajar tersebut. Terdapat pelajar yang memiliki tahap IQ yang tinggi tetapi tidak
diketengahkan oleh individu bertanggungjawab yang berada di sekeliling mereka. Pelajar
underachiever ini memerlukan bimbingan dan dorongan daripada pihak-pihak tersebut untuk
mengembangkan potensi diri mereka. Sokongan moral, motivasi diri, keprihatinan dan
material diri pelajar tersebut hendaklah disediakan agar mereka dapat bersaing dengan pelajar
lain. Jika mereka dibiarkan begitu sahaja, maka segala bakat, keistimewaan, kelebihan dan
sebagainya akan menjadi sia-sia.
Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting kerana ibu bapa
merupakan insan yang paling rapat dengan pelajar underachiever ini. Ibu bapa harus sentiasa
peka terhadap keperluan anak-anak mereka. Penyediaan makanan harian anak-anak
seharusnya mempunyai zat yang seimbang sebagaimana yang terdapat dalam piramid
makanan. Hal ini bertujuan supaya perkembangan mental dan fizikal anak-anak tidak
terbantut dan terjejas. Perhubungan dan pergaulan dengan anak-anak perlulah dilakukan
dengan harmoni dengan mewujudkan nilai kasih sayang, hormat menghormati

dan

kepercayaan. Hubungan dan pergaulan yang mesra ini akan membentuk anak-anak yang akan
menjadi pelajar berwawasan tinggi di sekolah. Segala keperluan harian anak-anak
terutamanya berkaitan dengan persekolahan hendaklah dipenuhi sesuai dengan kemampuan
5

ekonomi keluarga. Hal in bertujuan bagi mengelakkan anak-anak melakukan pemberontakan


dan sikap tidak puas hati. Sikap negatif yang bermula dari rumah ini akan terbawa-bawa ke
sekolah nanti yang menyebabkan anak-anak tersebut menjadi pelajar yang underachiever.
Kesinambungan daripada peranan dan tanggungjawab ibu bapa di rumah, pihak
pentadbir juga memainkan peranan yang penting di sekolah. Pihak pentadbir hendaklah
menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah. Keadaan persekitaran bilik
darjah, makmal, pusat sumber, kantin, koperasi dan sebagainya hendaklah dalam keadaan
yang mencukupi, menyenangkan dan ceria. Suasana yang kotor, bising, panas dan berhabuk
akan menyebabkan pelajar menjadi tertekan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
sesi pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, prestasi mereka dalam ujian atau peperiksaan
akan menujukkan pencapaian yang rendah
Guru juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk memastikan pelajar mereka
tidak dilabelkan sebagai pelajar yang underachiever. Strategik pengajaran dan pembelajaran
haruslah dipelbagaikan untuk mengelakkan pelajar kebosanan. Pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemampuan dan
kebolehan masing-masing. Pelajar diberi peluang untuk berbincang dan mencari maklumat
yang penting bersama-sama rakan mereka. Dalam hal ini, guru hanya sebagai fasilitator atau
pemudah cara sahaja. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan bahan
memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami sesuatu konsep atau fakta dengan lebih
mudah. Hal ini kerana, maklumat yang di perhati oleh pelajar daripada bahan bantu mengajar
yang digunakan oleh guru akan dapat menguatkan ingatan pelajar. Jika guru menggunakan
pelbagai strategi di dalam kelas, pelajar akan berminat mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut dari awal sehingga akhir. Pelajar tidak akan rasa bosan dan secara
tidak langsung prestasi akademik mereka akan meningkat. Guru perlulah peka terhadap
prestasi pelajar-pelajarnya. Pelajar yang lemah di dalam kelas perlu diberikan bimbingan
yang sewajarnya. Hal ini bertujuan supaya pelajar tersebut tidak ketinggalan dalam
pembelajaran. Sikap pilih kasih terhadap pelajar tertentu seharusnya dikikis daripada diri
guru. Guru tidak seharusnya memberikan bimbingan yang lebih kepada pelajar yang pandai
dan membiarkan pelajar yang lemah. Kesamarataan ini akan dapat mengelakkan wujud
perasaan tidak puas hati bagi pelajar yang lemah. Jadi, pelajar akan sentiasa berada di dalam
kelas dan dapat mengelakkan pelajar yang underachiever

BAHAGIAN B
Setiap insan yang lahir ke dunia ini merupakan ahli sesebuah komuniti kerana mereka
saling berinteraksi dengan orang lain. Komuniti yang paling asas ialah sebuah keluarga yang
terdiri daripada ibu bapa dan akan-anak. Interaksi secara sehala atau pelbagai hala ini dikenali
sebagai sosialisasi. Sosialisasi merupakan proses sosial yang dijalankan seseorang atau proses
sepanjang umur yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi seorang anggota
kelompok dan masyarakatnya melalui pembelajaran kebudayaan dari kelompok dan
masyarakat tersebut (Bagja Waluya, 2007). Melalui proses sosialisasi inilah, individu belajar
menghayati pelbagai nilai, norma, sikap, perilaku untuk menjadi anggota masyarakat yang
berpekerti mulia dan berbudi bahasa.
Sekolah boleh dianggap sebagai sebuah komuniti kerana terdapat ahlinya yang
menjalankan proses sosialisasi. Anggota komunitinya meliputi kelompok pelajar, guru, pihak
pentadbir dan staf sokongan seperti kerani, tukang kebun, tukang sapu, tukang masak,
pembantu makmal dan sebagainya. Proses sosialisasi ini berlaku apabila pelajar berinteraksi
sesama mereka, pelajar berinteraksi dengan guru dan pelajar berinteraksi dengan kakitangan
sekolah. Sepanjang berada di sekolah antara enam hingga lapan jam sehari selama lima hari
dalam seminggu, banyak proses sosialisasi yang berlaku di sekolah sesama ahli komuniti dan
kebanyakannya menjurus kepada bersifat positif.
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah
mengeluarkan huraian dan sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh semua sekolah di
Malaysia. Huraian dan sukatan pelajaran tertentu digubal bertujuan untuk mewujudkan
sosialisasi dalam kalangan pelajar sekolah secara langsung dan tidak langsung. Mata
pelajaran

Pendidikan

Moral,

Pendidikan

Agama

Islam,

dan

Pendidikan

Sivik

Kewarganegaraan mengandungi topik-topik yang menekankan nilai-nilai, kepercayaan dan


sikap positif kepada diri pelajar. Dalam mata pelajaran tersebut, nilai seperti kerjasama,
tolong-menolong, bantu membantu, bertolak ansur dan sebagainya diajar secara terus kepada
pelajar. Pelajar diterangkan definisi bagi setiap nilai murni tersebut oleh guru mata pelajaran
supaya mereka lebih mudah memahaminya. Malahan contoh yang relevan juga diberikan
agar daya pemahaman mereka lebih tinggi. Pelajar juga digalakkan untuk mengamalkan nilainilai murni tersebut apabila berjumpa dengan rakan daripada kelas yang lain. Malahan,
apabila pelajar berada di luar kawasan sekolah, mereka digalakkan mengamalkannya dengan
ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Contohnya, pelajar
7

akan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka dalam masyarakatnya dengan
menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan santun. Apabila pelajar mengamalkannya
nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian, maka akan wujud semangat sosialisasi. Secara
tidak langsung, masyarakat akan hidup dalam keadaan yang harmoni.
Mata pelajaran seperti sains, fizik, kimia dan biologi menekankan pemikiran yang
logik dalam sukatan pelajarannya. Guru yang mengajar mata pelajaran tersebut sentiasa
menggalakkan pelajar mencari kebenaran terhadap topik yang diajar. Pelajar akan berbincang
sesama mereka untuk mencari hubungan antara pemakanan dan tumbesaran. Jika tiada
sumber makanan, maka tumbesaran haiwan dan manusia akan terjejas. Hal ini akan
membolehkan pelajar berfikir secara logik dan bernas. Maka, pelajar berfikir betapa penting
mengamalkan pemakanan yang seimbang sihat setip hari.
Pelajar sentiasa mengamalkan sosialisasi dengan rakan mereka dan secara tidak
langsung akan melahirkan kepercayaan dan tingkah laku murni. Seseorang pelajar akan
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan mendapatkan bantuan
daripada orang lain. Contohnya, seorang ketua kelas akan mendapatkan bantuan daripada
rakan sekelas untuk membersihkan kelas pada awal pagi dan di akhir persekolahan. Jadi, hal
ini akan mewujudkan nilai kerjasama, hormat menghormati dan tolong menolong dalam
kalangan pelajar di kelas tersebut.
Guru merupakan agen sosialisasi yang paling berpengaruh di sekolah. Hal ini kerana
guru akan mendampingi pelajarnya secara langsung kerana pelajar merupakan client utama
mereka. Guru akan menjadi role model kepada diri pelajar. Guru yang sentiasa berpakaian
kemas, berperwatakan baik dan bertatasusila akan menjadi ikutan kepada pelajar. Penampilan
guru akan sentiasa diperhatikan oleh pelajar sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.
Proses meniru penampilan guru ini akan menjadi ikutan pelajar apabila mereka berada di
luar kawasan sekolah sama ada di rumah atau dalam komuniti masyarakatnya. Contohnya,
pelajar tersebut akan sentiasa berpakaian kemas apabila bergaul dengan komuniti
masyarakatnya kerana telah meniru penampilan guru mereka di sekolah.
Guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran bukan sahaja menyampaikan isi
kandungan mata pelajaran semata-mata tetapi turut menerapkan nilai-nilai murni dalam
pengajarannya. Dalam mata pelajaran matematik dan sains, guru sentiasa menggalakkan
pelajarnya berbincang dalam kumpulan. Pelajar digalakkan bekerjasama

mencari jalan

penyelesaian dan jawapan yang diperlukan. Malahan, pelajar diberikan keyakinan diri untuk
8

memberikan jawapan yang diperoleh di hadapan kelas. Dengan cara ini, perasan malu dan
segan akan dapat dikikis diri kalangan pelajar. Selain itu, guru yang prihatin akan sentiasa
mendampingi pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Guru akan sentiasa
mendengar masalah pelajarnya dan memberikan bimbingan secara peribadi kepada pelajar
tersebut. Guru akan turut menerapkan sikap yakin kepada pelajar tersebut dan ini akan
menyebabkan pelar tersebut menganggap guru itu sebagai idolanya.
Nilai-nilai murni diterapkan melalui proses sosialisasi sesama pelajar di dalam kelas
melalui aktiviti pembelajaran berkumpulan. Aktiviti yang dilakukan memberi peluang kepada
pelajar untuk berkolaborasi sesama mereka. Ketua yang dilantik di dalam kumpulan tersebut
diberikan kepercayaan oleh ahlinya untuk memimpin kumpulan mereka sesama
pembentangan di dalam kelas. Dengan cara ini akan wujud sikap menghormati ketua dalam
kalangan ahlinya. Malahan, ahli kumpulan bebas memberikan pendapat dan pandangan
mereka tentang isi pelajaran yang dikehendaki oleh guru mereka. Pendapat mereka yang
bernas dan logik akan diterima oleh ahli kumpulan yang lain. Jika ada penambahbaikan
terhadap isi tersebut, segala teguran tersebut akan diterima dengan hati terbuka. Sikap
bertolak ansur dan bekerjasama sesama pelajar dalam kumpulan ini akan mewujudkan
interaksi yang mesra dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan jayanya.
Proses interaksi antara pelajar dengan guru di dalam kelas akan mewujudkan suasana
yang kondusif. Pelajar berinteraksi dengan guru menggunakan bahasa yang sopan santun.
Segala soalan dan kemusykilan oleh pelajar akan ditanya kepada guru menggunakan bahasa
yang sesuai. Guru pula akan menjawab segala persoalan tersebut menggunakan bahasa yang
lemah lembut sesuai dengan usia pelajar tersebut. Nada tegas tidak akan diabaikan supaya
pelajar sentiasa hormat terhadap guru. Tutur kata yang sopan santun ini akan terbawa-bawa
apabila pelajar berinteraksi dengan orang lain di luar kawasan sekolah. Contohnya, apabila
mereka berada di rumah, mereka akan berinteraksi dengan ahli keluarga yang lebih tua
menggunakan bahasa yang lemah lembut. Penerapan nilai dan norma sopan santun ini
sebenarnya bermula dari sekolah yang telah diterapkan oleh guru secara tidak langsung
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Persepsi yang positif terhadap dunia pendidikan diterapkan kepada pelajar semasa
mereka berada di sekolah. Di sekolah rendah, pelajar diajar untuk membaca, menulis dan
mengira yang merupakan asas kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran.
Apabila mereka berada di sekolah menegah pula, mereka diterapkan dengan pemikiran yang
9

kritis dan kreatif. Guru memainkan peranan yang penting untuk mencorakkan masa hadapan
pelajar tersebut. Guru membimbing pelajar tersebut untuk menjadi seorang yang berjaya
sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Setelah memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia serta diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi, pelajar tersebut akan
mempunyai persepsi yang positif terhadap guru dan sekolahnya yang dahulu. Setiap masa
pelajar akan sentiasa menyanjungi guru di sekolah lamanya kerana guru tersebut telah
membentuk dirinya menjadi insan yang berguna. Kesemua prose ini berlaku disebabkan
adanya proses sosialisasi antara pelajar dengan guru yang mewujudkan persepsi positif dalam
kalangan pelajar.
Di luar bilik darjah, proses sosialisasi yang berlaku sesama pelajar semasa aktiviti
kokurikulum akan mewujudkan kepercayaan dan tingkah laku yang positif. Pembentukan
jawatankuasa unit beruniform, kelab, persatuan dan permainan dilakukan melalui proses
demokrasi. Jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli
jawatankuasa dipilih berdasarkan suara majoriti ahlinya. Semasa pemilihan jawatankuasa ini,
wujud proses sosialisasi sesama pelajar. Mereka akan mengundi pelajar yang diharapkan
dapat memimpin unit beruniform, persatuan, kelab atau permainan mereka menjadi unit yang
aktif di sekolah tersebut. Kepercayaan yang tinggi diletakkan ke atas bahu pelajar yang
dipilih oleh mereka. Pelajar yang dipilih pula akan melaksanakan tanggungjawab tersebut
dengan penuh dedikasi, amanah dan telus. Secara keseluruhannya, proses pemilihan
jawatankuasa ini menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
Selain itu, sikap kerjasama akan ditonjolkan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan.
Perjumpaan minggu yang dilakukan akan dihadiri oleh semua ahlinya. Mereka akan
melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru penasihat secara kerjasama. Contohnya, dalam
latihan kawad kaki, bilangan ahli yang mencukupi akan dapat memastikan aktiviti tersebut
dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Jadi, pelajar sentiasa mengingatkan rakan-rakan
yang lain supaya sentiasa hadir dalam latihan kawad kaki. Selain itu, dalam aktiviti
permainan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan bola keranjang yang memerlukan ahli yang
ramai, interaksi yang wujud sesama pemain akan dapat memastikan latihan dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Penggunaan bahasa badan (body language) dan isyarat tertentu
dalam permainan tersebut juga merupakan satu interaksi. Dalam hal ini, wujud perasaan
saling bantu-membantu dan percaya-mempercayai sesama pemain tersebut dengan rakan
sepasukan mereka.
10

Proses interaksi antara pelajar dengan guru penasihat semasa aktiviti kokurikulum
mewujudkan nilai, norma dan kepercayaan. Pelajar akan sentiasa mendapatkan bimbingan
dan tunjuk ajar daripada guru penasihat semasa menjalankan aktiviti. Pelajar yang tidak
memahami sesuatu perkara akan sentiasa membuat rujukan kepada guru penasihat yang
mempunyai banyak pengalaman. Kebanyakan kemahiran yang terdapat dalam unit
beruniform, kelab dan persatuan dipelajari melalui teori dan praktikal. Pelajar akan meminta
tunjuk ajar daripada guru penasihat bagaimana cara membuat balutan kepada mangsa
kemalangan. Setelah diajar, pelajar sendiri akan melakukannya untuk memudahkan mereka
memahaminya dengan lebih cepat. Perasaan hormat dan menyanjung tinggi akan wujud
dalam diri pelajar terhadap guru penasihat kerana telah memberikan ilmu yang berguna
kepada diri mereka. Ilmu tersebut amat sukar diperoleh jika pelajar tidak menyertai aktiviti
kokurikulum.
Secara keseluruhannya, sekolah merupakan tempat yang dapat mewujudkan
sosialisasi terutamanya kepada pelajar. Semasa proses sosialisasi ini, pelajar akan
memperoleh nilai murni, sikap, pemikiran tingkah laku, persepsi yang positif secara langsung
dan tidak langsung. Apa yang mereka peroleh ini boleh digunakan di dalam sekolah atau di
luar sekolah apabila bergaul dengan masyarakat. Pelajar yang mempraktikkannya dalam
masyarakat akan dianggap sebagai ahli yang berwawasan dan mempunyai hal tuju hidup
yang cerah. Dengan cara ini, masyarakat akan dapat hidup secara harmoni dan kesejahteraan
hidup akan sentiasa terpelihara.

11

BAHAGIAN C

Pengaruh Rakan Sebaya dan Media Terhadap Pendidikan Kanak-Kanak

Pendidikan kanak-kanak
Kanak-kanak merupakan individu yang berumur di bawah 18 tahun seperti yang
termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kebanyakan daripada mereka menerima
pendidikan rendah sewal usia tujuh tahun sehinggalah menamatkan persekolahan di tingkatan
lima. Malahan, terdapat kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal pada usia lima atau
enam tahun di prasekolah. Di Malaysia, pendidikan diwajibkan kepada semua kanak-kanak
tanpa mengira agama, bangsa dan jantina. Ibu bapa yang melanggar perintah ini boleh
dikenakan tindakan. Pendidikan diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka mendapat
ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara.
Kanak-kanak yang berilmu pengetahuan diharapkan akan menjadi pemimpin negara pada
masa hadapan.
Pendidikan kanak-kanak di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, mempunyai akhlak mulia dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa


dan negara. Diharapkan individu yang dilahirkan bukan hanya mempunyai memiliki sijil atau
ijazah sahaja tetapi modal insan diri juga diterapkan ke dalam diri mereka. Falsafah ini
menekankan bahawa pendidikan di negara kita merupakan satu usaha berterusan berpusatkan
Tuhan dan bukaannya manusia (Nik Azis Nik Pa, 2008). Oleh sebab itulah, tumpuan
diberikan secara seimbang meliputi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap seseorang kanak-kanak
daripada segi minda, sikap dan sahsiah. Kanak-kanak dilihat mempunyai hubungan yang
rapat dengan rakan sebaya berbanding dengan ibu bapa, keluarga dan guru mereka. Kanakkanak terutamanya remaja akan bergaul dengan rakan yang mempunyai perangai, sikap dan
tabiat yang hampir sama untuk meneruskan hala tuju hidup mereka. Menurut Zainal Madon
(2004), rakan sebaya adalah kumpulan masyarakat kecil yang sering digunakan oleh remaja
sebagai sumber sokongan dalam menyempurnakan perkembangan remaja. Apabila seseorang
kanak-kanak memilih rakan sebayanya yang terdiri daripada individu yang dahaga
12

kecemerlangan, maka kanak-kanak itu kelak mempunyai dorongan, keinginan serta


berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan (Hasan Haji Muhammad Ali, 2007). Kanakkanak yang bergaul dengan rakan yang ulat buku sudah tentu akan terpengaruh dengan
perangai rakan tersebut. Malahan, kanak-kanak tersebut akan berusaha untuk mengatasi
rakannya untuk mendapatkan maklumat daripada buku di pusat sumber sekolah atau
perpustakaan daerah. Dalam hal inilah, ilmu pengetahuan kanak-kanak tersebut akan
bertambah banyak. Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya mewujudkan lebih banyak
perpustakaan di setiap daerah dan negeri untuk membolehkan kanak-kanak mendapatkan
buku ilmiah yang berkualiti. Perpustakaan bergerak boleh diaplikasikan di kawasan
pedalaman untuk menggalakkan kanak-kanak di situ menjadi ulat buku. Buku yang
disediakan perlu sesuai dengan tahap perkembangan intelektual kanak-kanak tersebut selari
dengan peredaran zaman.

Malahan, pemberian baucar buku 1Malaysia merupakan satu

usaha murni kerajaan untuk menggalakkan kanak-kanak sentiasa mendampingi buku-buku.


Usaha ini seharusnya dilaksanakan secara berterusan tanpa ada niat tersembunyi. Di sini,
jelas bahawa pengaruh rakan sebaya yang banyak membaca buku-buku dan mementingkan
kecemerlangan akademik akan mempengaruhi rakan mereka yang lain. Secara tidak
langsung, ramai kanak-kanak akan mempunyai tahap IQ yang tinggi.
Kanak-kanak yang bergaul rapat dengan rakan sebaya yang pandai dan bijak dalam
sesuatu mata pelajaran dapat membantu mereka untuk menguasai mata pelajaran tersebut
dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Kenyataan ini disokong oleh Quek Miow
Leng

(2006) yang

menyatakan

rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Rakan yang pandai tersebut akan menjadi rujukan utama untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, dalam mata pelajaran Matematik Tambahan,
rakan yang pandai dan bijak akan menolong rakan yang agak lemah. Malahan rakan bijak
tersebut akan sentiasa memberikan motivasi dan dorongan kepada rakan yang lemah supaya
tidak berputus asa semasa mempelajari mata pelajaran tersebut. Jadi, bilangan kanak-kanak
yang mempunyai tahap intelektual dalam mata pelajaran Matematik Tambahan di sekolah
tersebut akan menjadi bertambah ramai. Dapat dibayangkan jika seorang pelajar yang pandai
dapat membantu 10 orang rakannya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan ini, sudah
tentulah 10 orang yang pandai akan dapat membantu 100 orang lagi rakan mereka. Jadi,
peratus lulus pelajar di sekolah tersebut dalam peperiksaan SPM akan meningkat dan ini akan
menggembirakan semua pihak.

13

Selain itu, kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang aktif dalam bidang
sukan dan aktiviti kokurikulum akan mendapat banyak faedah yang bermanfaat. Kanakkanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang suka bermain bola sepak, hoki, badminton
dan ragbi akan turut bermain permainan tersebut. Hal ini kerana, dalam konsep rakan sebaya,
semua aktiviti akan dilakukan secara bersama-sama dan berkumpulan. Jika pelajar selalu
bermain dengan rakan-rakan mereka, secara tidak langsung badan mereka akan menjadi
cergas dan otak mereka menjadi cerdas. Malahan, mereka sukar menghidap penyakit seperti
demam, selesema dan batuk. Jadi, mereka boleh hadir ke sekolah setiap hari dengan badan
yang sihat dan segar. Tumpuan mereka di dalam kelas semasa guru mengajar juga sentiasa
meningkat dan tiada unsur kebosanan. Tambahan pula, aktiviti lepak dan melakukan aktiviti
tidak berfaedah selepas waktu persekolahan dapat dihindarkan sekiranya kanak-kanak aktif
dalam sesuatu permainan. Di samping itu, aktiviti kokurikulum yang dilakukan pada hari
Sabtu dapat menghalang kanak-kanak mengunjungi tempat-tempat yang melekakan seperti
pusat permainan video games dan cyber cafe. Tempat- tempat ini banyak membuang masa
kanak-kanak daripada segi masa dan wang ringgit.
Keluarga yang kurang mengambil perhatian dan belaian kasih sayang kepada kanakkanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menjadikan rakan sebaya sebagai tempat
mengadu dan menceritakan masalah. Rakan sebaya yang memberikan nasihat dan perbuatan
berbentuk negatif akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menurutinya tanpa memikirkan
kesannya nanti. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut mempunyai kepercayaan yang tinggi
terhadap rakan sebaya mereka berbanding orang lain. Perbuatan seperti ponteng kelas,
ponteng sekolah, merokok dan merayau-rayau di kawasan sekolah akibat pengaruh rakan
sebaya menyebabkan kanak-kanak tersebut ketinggalan dalam pelajaran. Akhirnya, kanakkanak tersebut akan mendapat markah yang rendah dalam ujian bulan dan peperiksaan. Lebih
parah lagi, mereka akan gagal dalam peperiksaan awam yang menyebabkan diri mereka
disisihkan oleh keluarga. Malahan, rakan sebaya yang menghasut kanak-kanak melanggar
peraturan sekolah akan menyebabkan kanak-kanak tersebut menurutinya tanpa sebarang
soalan. Mungkin rakan mereka akan menghasut dengan memberitahu apa guna untuk belajar
di dalam kelas. Jika gagal dalam peperiksaan UPSR pun, akan tetap boleh belajar di tingkatan
satu pada tahun hadapan. Begitu juga, jika tidak hadir dalam peperiksaan PT3, tetap akan
boleh belajar di tingkatan empat nanti. Malahan, rakan sebaya akan menghasut kanak-kanak
bahawa apa guna belajar rajin-rajin kerana masih ramai lagi lepasan universiti yang masih
menganggur di luar sana. Akibatnya, kanak-kanak tersebut tidak berminat untuk belajar dan
14

hilang motivasi diri. Dalam hal ini, seharusnya Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah
merombak sistem peperiksaan awam dengan mewajibkan hanya kanak-kanak yang lulus
dalam UPSR dan PT3 sahaja boleh belajar ke tingkatan seterusnya pada tahun hadapan.
Dengan cara ini, kanak-akan akan lebih rajin belajar walaupun ada pengaruh negatif daripada
rakan sebaya.
Pengaruh Media Massa
Media massa berperanan menyampaikan dan menyebarkan maklumat berguna kepada
masyarakat dengan cepat dan efisien. Media massa terbahagi kepada tiga jenis iaitu media
cetak seperti buku, surat khabar dan majalah, media elektronik seperti radio, wayang dan
televisyen serta media siber seperti website, blog, portal. Media massa dapat membantu
kanak-kanak dalam bidang pendidikan dengan memberikan maklumat berkaitan dengan
pelajaran. Buku dan majalah merupakan medium utama untuk menyampaikan maklumat
kepada kanak-kanak dalam bentuk gambar dan tulisan. Penggunaan gambar dan warna yang
pelbagai dapat menarik minat kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
mata pelajaran mereka. Pada masa yang sama, unsur kebosanan dapat dikurangkan. Ismail
Zain (2003) menyatakan bahawa perbuatan melihat kepada gambar dan visual boleh
meningkatkan daya ingatan seseorang itu kepada 40 peratus. Surat khabar pula sesuai kepada
kanak-kanak yang telah mempunyai unsur kematangan kerana maklumat yang terdapat dalam
surat khabar menjurus kepada isu-isu terkini dan mutakhir. Pengetahuan yang luas dalam isu
semasa membolehkan kanak-kanak menjawab dengan mudah mata pelajaran peperiksaan
yang mengutamakan fakta. Contohnya dalam karangan Bahasa Melayu SPM dan Pengajian
Am di peringkat STPM. Selain itu, unsur bahasa yang digunakan dalam buku dan surat
khabar dapat meningkatkan unsur kosa kata pada diri kanak-kanak. Unsur kosa kata ini akan
memberikan manfaat kepada kanak-kanak yang mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di dalam kelas. Perbendaharaan kata di dalam otak mereka akan sentiasa bertambah
jika mereka rajin membaca buku dan surat khabar.
Media elektronik terutamanya televisyen memberikan maklumat kepada kanak-kanak
dalam bentuk audio dan visual. Banyak rancangan yang disediakan untuk memberikan
maklumat pendidikan yang berguna kepada kanak-kanak. Rancangan Tutor TV dan TV IQ
yang dikendalikan oleh pihak ASTRO memberikan maklumat kepada kanak-kanak di semua
peringkat umur. Kanak-kanak yang bijak akan menggunakan saluran tersebut sepenuhnya
untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermanfaat. Contohnya rancangan ASTRO

15

Tutor TV menyediakan rancangan pendidikan untuk kanak-kanak yang bakal menduduki


peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. Hampir kesemua mata pelajaran disediakan dalam
rancangan tersebut. Jadi, isi pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas dapat
diperkukuhkan jika menonton rancangan pendidikan tersebut. Rancangan ASTRO TV IQ
banyak menguji minda kanak-kanak terutamanya dalam bidang sains. Contohnya, kanakkanak didedahkan dengan magic sains yang tidak dipelajari di sekolah melalui rancangan
Backyard Science. Manakala rancangan Oh My English banyak membantu kanak-kanak
dalam penguasaan tatabahasa bahasa Inggeris. Kaedah penyampaian yang menggunakan
unsur humor dan jenaka banyak menarik minat kanak-kanak menontonnya setiap hari.
Seharusnya, para guru menggunakan media elektronik ini untuk mengajar kanak-kanak di
dalam kelas. Hal ini kerana kanak-kanak akan mudah dan senang mendapat maklumat
melalui televisyen berbanding menggunakan buku teks.
Di samping itu, penggunaan radio juga dapat meningkatkan tahap pendidikan kanakkanak. Kanak-kanak yang selalu mendengar radio akan mudah mengusai aspek perbualan
kerana radio banyak menggunakan bahasa baku moden. Di samping itu, mendengar lagu-lagu
yang sesuai dapat memberikan ketenangan kepada diri kanak-kanak. Penggunaan masa yang
lama semasa membuat ulang kaji di rumah menyebabkan otak kanak-kanak dalam keadaan
tegang dan tertekan. Oleh itu, mendengar muzik dan lagu-lagu yang sesuai dapat meredakan
ketegangan tersebut kerana kanak-kanak dapat merehatkan otaknya. Akibatnya, kanak-kanak
akan dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan lebih lancar dan gembira tepat pada
masanya.
Media siber juga memberikan pengaruh terhadap pendidikan kanak-kanak. Kanakkanak boleh mendapatkan maklumat dengan pantas dengan menggunakan internet. Banyak
maklumat yang boleh diakses menggunakan agen cari seperti Google, Yahoo dan MSN.
Maklumat juga boleh diperoleh melalui website, blog dan portal tertentu. Contohnya, portal
Malaysiakini banyak memberikan maklumat semasa yang berlaku di dalam negara dan di luar
negara. Maklumat tersebut meliputi pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi, politik,
perniagaan, pendidikan dan sebagainya. Kanak-kanak yang selalu mencari maklumat melalui
media siber akan sentiasa mendapatkan maklumat yang terkini. Malah, mereka akan sentiasa
peka terhadap segala peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu, kanak-kanak
dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan mudah kerana banyak maklumat
mudah diakses. Melalui aplikasi media sosial pula seperti Facebook, WeChat, Twitter,
Instagram, Telegram dan WhatsApp membolehkan kanak-kanak berhubung dengan rakan
16

lain dengan lebih jimat dan cepat. Mereka boleh berbincang tentang cara-cara menyiapkan
tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Mereka boleh berkongsi maklumat atau isi penting
dengan melakukan proses upload dan download melalui aplikasi tersebut. Melalui Facebook,
pelajar boleh berkongsi maklumat dengan rakan sekelas mereka. Menurut Iskandar (2010),
pelajar boleh menentukan set privasi di dalam akaun Facebook untuk menentukan hanya
rakan-rakan terpilih sahaja boleh membaca nota dan memberikan komen. Oleh itu
penggunaan media siber ini menggunakan cara yang betul akan meningkatkan

tahap

pendidikan kanak-kanak.
Namun, tidak dapat dinafikan terdapat juga rancangan di televisyen yang menghalang
perkembangan pendidikan kanak-kanak. Rancangan yang berbentuk keganasan akan
menjurus kanak-kanak tersebut kepada unsur negatif. Kanak-kanak akan mudah terpengaruh
dengan unsur-unsur pergaduhan, buli dan peras ugut yang mereka tonton melalui rancangan
televisyen. Kanak-kanak akan meniru pelbagai aksi dan adegan yang ditonton kerana kanakkanak memang suka meniru dan ingin tahu kebenaran (Saat Sulaiman, 2008). Kebanyakan
rancangan televisyen yang berasal dari negara Barat mengandungi unsur-unsur keganasan.
Contohnya, dalam rancangan HBO, Cinemax, Fox Movie di stesen berbayar ASTRO yang
banyak memaparkan aksi tembak-menembak, pergaduhan gangster, lumba haram, dadah dan
sebagainya. Contohnya filem Lethal Weapon, Behind Enemy Lines dan Olympus Has Fallen
banyak memaparkan lakonan tembak menembak dan pergaduhan

dengan aksi-aksi

mendebarkan. Kanak-kanak yang suka menonton aksi-aksi tersebut akan terbawa-bawanya


ke sekolah atau ke dalam kelas. Kanak-kanak akan melakukan aksi-aksi pergaduhan yang
mereka tonton dalam filem atau rancangan yang berunsur keganasan terhadap rakan-rakan
mereka. Jika situasi ini berlaku di sekolah, kanak-kanak tersebut akan dikenakan tindakan
disiplin oleh pihak sekolah seperti hukuman gantung sekolah dan buang sekolah. Jika hal ini
berlaku, kanak-kanak tersebut akan ketinggalan dalam bidang pelajaran dan boleh
menjejaskan masa hadapan mereka.
Malahan, rancangan hiburan berbentuk realiti seperti Mentor, Akademi Fantasia dan
Malaysian Idol serta rancangan Maharaja Lawak dan Mencari Cinta yang kerap disiarkan di
televisyen banyak melekakan kanak-kanak. Banyak masa yang dihabiskan di hadapan
televisyen untuk menonton rancangan-rancangan tersebut. Setiap hari kanak-kanak akan
menghabiskan masa untuk menonton rancangan tersebut dua hingga tiga jam. Kadangkadang, rancangan tersebut akan disiarkan sehingga lewat malam. Hampir setiap malam,
rancangan tersebut akan ditayangkan dan di ulang siar. Bayangkan berapa banyak masa yang
17

dihabiskan oleh kanak-kanak untuk menonton rancangan tersebut dalam masa seminggu.
Natijahnya, kanak-kanak akan mempunyai masa yang kurang untuk membuat ulang kaji
semasa berada di rumah. Kanak-kanak juga terpaksa tidur lewat kerana terpaksa menonton
rancangan tersebut sehingga ke penghujungnya. Kanak-kanak akan merasa mengantuk
apabila berada di sekolah pada keesokan harinya. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat menumpukan perhatian terhadap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Kanakkanak juga akan terpengaruh dengan keistimewaan kononnya peserta yang bakal menang
dalam rancangan realiti tersebut yang akan menjadi artis terkenal nanti. Malahan, kemewahan
dan kesenangan mudah dicapai jika menjadi juara. Hal ini menyebabkan kanak-kanak
bercita-cita untuk turut menjadi artis juga. Jadi, tumpuan terhadap pelajaran akan
berkurangan. Setiap hari mereka akan memikirkan cara untuk menjadi artis. Hal inilah yang
menyebabkan mereka suka berkunjung ke pusat hiburan yang menyediakan K-Box karaoke.
Jadi, banyak masa akan dihabiskan untuk berhibur berbanding untuk mengulang kaji
pelajaran.
Pengaruh Ibu Bapa dan Guru
Keluarga mempunyai pengaruh untuk meningkatkan pendidikan kanak-kanak. Abdul
Rahman Abdul Aziz (2002), menyatakan keluarga terdiri daripada suami isteri dan anak-anak
manakala keluarga yang luas mempunyai ahli yang tinggal bersama serumah. Komponen
utama dalam sebuah keluarga yang memainkan peranan penting ialah ibu bapa. Ibu bapa
yang sentiasa memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak akan dapat meningkatkan
prestasi kanak-kanak tersebut di sekolah. Contohnya, menyediakan keperluan asas
pendidikan yang sempurna seperti buku tulis, buku rujukan, alat tulis dan pakaian sekolah.
Selain itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat tuisyen untuk menambahkan ilmu
pengetahuan akan membolehkan kanak-kanak tersebut cemerlang dalam bidang akademik.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh di sekolah akan diperkukuhkan apabila kanak-kanak
tersebut menghadiri tuisyen di luar kawasan sekolah. Walaupun dikenakan bayaran, namun
usaha tersebut sesuatu yang berbaloi. Kebanyakan pusat tuisyen mengehadkan bilangan
pelajar di dalam sesuatu kelas. Hal ini bertujuan supaya kanak-kanak tersebut dapat belajar
dengan lebih selesa. Jadi, guru yang mengajar di pusat tuisyen tersebut dapat memberikan
tumpuan yang lebih kepada kanak-kanak tersebut berbanding guru di sekolah. Bilangan yang
menjangkau 40 orang dalam satu kelas di sekolah menyebabkan tumpuan guru terhadap
seseorang pelajar amat terhad.

18

Selain itu, ibu bapa yang selalu membawa anak-anak ke perpustakaan daerah atau
negeri akan membolehkan kanak-kanak tersebut meminati aspek pendidikan. Hal ini kerana
di tempat tersebut, banyak buku-buku ilmiah yang dapat meningkatkan pengetahuan mereka.
Kunjung ke tempat tersebut seminggu sekali tidak merugikan ibu bapa kerana kanak-kanak
pasti seronok daripada hanya belajar di rumah sahaja. Mengunjungi pameran buku oleh pihak
swasta selain daripada oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di tempat-tempat awam atau
pusat beli belah oleh ibu bapa bersama anak-anak akan membolehkan kanak-kanak tersebut
berasa seronok. Di pameran ini, banyak buku yang dijual sesuai dengan usia kanak-kanak.
Ibu bapa yang tidak kedekut mengeluarkan duit untuk membeli buku yang diperlukan oleh
kanak-kanak akan menyebabkan mereka merasa dihargai oleh ibu bapa. Sebagai balasannya,
kanak-kanak tersebut berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak menghampakan
harapan ibu bapa untuk melihat mereka berjaya pada suatu hari kelak. Di samping itu, ibu
bapa yang rajin membaca buku-buku ilmiah akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka.
Mereka akan cuba meniru segala perlakuan ibu bapa yang mereka lihat setiap hari. Sekalipun
ibu bapa mereka tiada di rumah, mereka akan membaca buku tanpa diberikan arahan. Anakanak belajar meniru daripada orang tua yang rapat dengan mereka dan menjadikan ibu bapa
sebagai role model dalam pelbagai aktiviti harian mereka (Zaba, 1992).
Sikap prihatin dan kasih sayang kepada anak-anak oleh ibu bapa di rumah akan
membuatkan kanak-kanak sentiasa dihargai. Ibu bapa yang selalu menemani anak-anak
mengulang kaji pelajaran dapat membantu kanak-kanak tersebut menyelesaikan masalah
dalam pelajaran. Walaupun bukan semua ibu bapa tersebut mahir dalam bidang pendidikan,
namun sedikit sebanyak hal ini

dapat membantu kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak

mempunyai seseorang yang boleh diajak berbincang dan memberikan pendapat dalam aspek
pelajaran. Ibu bapa juga akan menjadi pakar motivasi kepada kanak-kanak jika mereka gagal
dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Kata-kata pembakar semangat yang diberikan oleh ibu
bapa dapat mengurangkan perasaan kecewa kanak-kanak tersebut.
Namun, ibu bapa boleh menjadi penghalang terhadap perkembangan pendidikan
kanak-kanak. Kenaikan kos sara hidup terutamanya di bandar besar menyebabkan ibu bapa
terpaksa bekerja lebih keras. Ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja menyebabkan kanak-kanak
terbiar di rumah bersama-sama pengasuh mereka. Ibu bapa yang keluar rumah seawal pagi
dan balik pada lewat malam untuk mencari rezeki untuk keluarga akan menyebabkan masa
terluang dengan anak-anak berkurangan. Hal ini ditambah lagi dengan seminar, mesyuarat,
kursus, bengkel dan sebagainya yang terpaksa dihadiri pada hujung minggu. Malahan, ada
19

ibu bapa yang terpaksa bekerja di luar kawasan (out station) selama berhari-hari. Jadi, anakanak yang ditinggalkan di rumah akan cepat merasa bosan. Tiada tempat mereka untuk
mengadu masalah berkaitan dengan pelajaran. Mereka juga dapat bergerak bebas kerana
kurang pengawasan daripada ibu bapa. Akibatnya, mereka akan keluar rumah dan bergaul
dengan rakan sebaya dan melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, berpelesiran
dan gejala sosial negatif yang lain. Kanak-kanak tersebut akan ketinggalan dalam pelajaran
kerana tidak lagi menumpukan perhatian terhadap soal pendidikan. Mereka merasa malas
datang ke sekolah kerana ibu bapa mereka kurang mengambil peduli lagi. Kegiatan tidak
sihat bersama-sama rakan menyebabkan mereka lewat balik ke rumah dan berasa mengantuk
apabila datang ke sekolah. Di sekolah, tabiat mengantuk semasa guru menyampaikan ilmu
menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya.
Akibatnya, mereka akan jauh ketinggalan berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Apabila
ujian bulanan dilaksanakan dan mereka gagal dalam ujian tersebut, mereka akan menjadi
pemalas pula untuk hadir ke dalam kelas. Hal inilah yang menyebabkan gejala ponteng
sekolah dan ponteng kelas tidak dapat dibanteras sepenuhnya. Program motivasi untuk
menyedarkan kanak-kanak terbabit yang dilaksanakan oleh pihak sekolah akan gagal
mencapai objektifnya kerana kanak-kanak tersebut tidak berada di dalam kawasan sekolah
Guru memainkan peranan yang penting untuk mempertingkatkan taraf pendidikan
kanak-kanak. Guru-guru yang diberikan tanggungjawab untuk mengajar kanak-kanak telah
diberikan latihan yang secukupnya semasa di universiti dan Institusi Perguruan Guru untuk
menjadi pendidik yang berwibawa. Guru yang mahir dalam bidang yang diajarnya akan
mencurahkan segala ilmu yang dimiliki untuk membantu kanak-kanak memahami topik
pelajaran agar objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Untuk
jangka masa panjang, guru akan memastikan kanak-kanak yang diajarnya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Malahan, guru sanggup mengadakan
kelas tambahan pada waktu petang dan pada waktu malam untuk membantu kecemerlangan
kanak-kanak dalam pendidikan. Guru tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada
kanak-akan kerana niatnya adalah ikhlas untuk membantu kanak-kanak cemerlang dalam
bidang akademik. Guru menjadi pakar rujuk kepada pelajar yang kurang memahami sesuatu
topik. Guru yang sentiasa mendampingi kanak-kanak akan memudahkan komunikasi antara
mereka. Jadi, kanak-kanak akan mempunyai motivasi untuk belajar di dalam kelas.
Kaedah pengajaran yang pelbagai oleh guru akan menimbulkan minat kanak-kanak
terhadap pelajaran. Kaedah pengajaran bermaksud segala tindakan yang dilaksanakan oleh
20

guru semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. kaedah ini
melibatkan tindak balas antara guru dengan murid (Rahil Mahyudin et.al. 1997). Kaedah
yang digunakan oleh guru di dalam kelas seperti tunjuk ajar, simulasi, projek, latih tubi,
sumbang saran dan penemuan akan membolehkan kanak-kanak sentiasa belajar sesuatu yang
baru di dalam kelas. Kanak-kanak akan berasa seronok apabila guru sering mempelbagaikan
kaedah pengajarannya. Di samping itu, penggunaan strategik pengajaran yang berlainan
setiap hari dapat mengelakkan kanak-kanak berasa bosan semasa di dalam kelas. Strategik
berpusatkan guru sesuai digunakan apabila kanak-kanak kurang memahami sesuatu topik.
Tetapi apabila kanak-kanak telah menguasainya, kaedah berpusatkan pelajar pula perlu
digunakan oleh guru. Dengan cara ini, kanak-kanak boleh memberikan pendapat sendiri dan
mereka boleh berbincang sesama sendiri di dalam kumpulan. Malahan, mereka boleh
memberikan jawapan di dalam kelas. Jadi, penggunaan pelbagai kaedah dan strategik ini akan
membolehkan kanak-kanak meminati mata pelajaran tersebut. Gejala mengganggu rakan lain
semasa di dalam kelas dapat dikurangkan kerana mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti
kumpulan. Malahan, kanak-kanak yang pasif juga akan menjadi aktif kerana semua mereka
telah dilibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak yang pasif selama
ini dan takut memberikan idea, pendapat dan pandangan mereka sudah berani meluahkan
nya. Jadi, kebolehan dan kecekapan guru menyampaikan ilmu pengetahuan banyak
membantu mempertingkatkan tahap pendidikan kanak-kanak
Bukan semua guru yang ditugaskan untuk mengajar kanak-kanak dapat mengajar
mereka dengan cemerlang kerana terdapat kekangan tugas yang lain. Terdapat guru yang
terpaksa terlibat dengan sukan dan permainan sama ada di peringkat daerah, bahagian, zon,
negeri atau kebangsaan. Jadi, kehadiran mereka di sekolah kurang memuaskan terutama pada
awal tahun persekolahan. Ramai guru yang terpaksa menjadi pengadil, pegawai dan jurulatih
dalam sukan dan permainan tertentu yang dianjurkan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD),
Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Jadi,
masa untuk mereka mengajar kanak-kanak di dalam kelas amat terhad kerana terpaksa
melaksanakan tugasan rasmi yang diarahkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan
Pendidikan Negeri. Guru yang jarang masuk ke dalam kelas kerana tugas rasmi tersebut akan
menyebabkan kanak-kanak yang mereka ajar mula merasa bosan. Lama-kelamaan, kanakkanak tersebut hilang minat terhadap mata pelajaran tersebut. Jadi, prestasi mereka dalam
peperiksaan akan mula menujukkan kemerosotan dan akan menjadi lebih parah jika tidak
ditangani segera. Oleh itu, sepatutnya tugas guru tidak boleh dibebankan tugasan lain.
21

Peranan utama seorang guru ialah mendidik kanak-kanak untuk menjadi insan yang berjaya
kelak.
Terdapat juga guru yang sengaja tidak masuk ke kelas kerana tidak tahan dengan
perangai nakal kanak- kanak di dalam kelas tersebut. Mereka lebih suka memberikan tugasan
dan latihan sahaja kepada kanak-kanak tersebut tanpa memberikan sebarang tunjuk ajar atau
panduan. Guru tersebut lebih suka duduk di bilik guru atau kantin sekolah tanpa
mempedulikan kelas yang perlu dia masuki. Lama-kelamaan, kanak-kanak di dalam kelas
tersebut akan melakukan pemberontakan dengan tidak masuk langsung ke kelas. Lebih parah
lagi, mereka akan ponteng sekolah. Hal ini boleh menyebabkan perkembangan pendidikan
kanak-kanak terhalang kerana sikap guru tersebut. Dalam hal ini, pihak pentadbir perlu
mengambil tindakan yang tegas terhadap guru tersebut kerana menyebabkan kanak-kanak
dinafikan haknya untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan sempurna.
Kesimpulannya, kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk
menjamin masa depan mereka. Pengaruh rakan sebaya dan media masa yang negatif haruslah
dikekang dan ditangani segara supaya kanak-kanak tersebut tidak jauh terpesong daripada
matlamat asal hidup mereka. Pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka haruslah
dipantau oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Rakan sebaya yang menghasut kepada sesuatu
yang bersifat negatif perlulah dijauhi daripada kanak-kanak tersebut. Selain itu, ibu bapa
perlu memantau anak-anak mereka yang menggunakan media massa. Tempoh untuk
menonton televisyen setiap hari perlulah dihadkan satu jam sahaja sehari. Malahan,
rancangan televisyen yang mengandungi unsur ganas, seram dan lucah perlulah dihindari
daripada mereka kerana memberikan kesan buruk suatu hari nanti.

22

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002). Sosiologi Untuk Kerja Sosial. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors.
Bagja Walyu. (2007). Sosiologi : Menyelami Fenomena Sosial Di Malaysia. Bandung : PT
Setia Purna Inves.
Hasan Haji Muhammad Ali. (2007). Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur :
PTS Millennia.
Iskandar Ab Rashid. (2010). Kagumkan Kawan-Kawan Dengan Facebook. Sesawang Sosial.
Perpustakaan Negara Malaysia, hlm 1-5.
Ismail Zain. (2003). Pelajar Cemerlang : Melangkah Ke Alam Siber. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Jamila K.A Mohamaed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nik Azis Nik Pa. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia :Pengalaman
50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Quek Miow Leng, 2006. Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh
Rakan Sebaya Dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis Phd. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Retrieved November 25, 2014 from
http://www.medc.com.my/medc/journals/valume7/SIKAP%20RAKAN%20SEBAYA
%20DI%20KALANGAN%20PELAJAR%20PINTAR%20CERDAS%20AKADEMI
K(MEDC)-2.pdf
Rahil Mahyudin et.al. (1997). Psikologi Pendidikan 1 : Pertumbuhan dan perkembangan.
Selangor : Longman
Saat Sulaiman. (2008). Anak Adalah Anugerah. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Zaba. (1992). Mencari Keluhuran Budi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Zainal Madon et. al. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Pahang : PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd
23

Anda mungkin juga menyukai