Anda di halaman 1dari 19

ISU-ISU SEMASA DAN MASA

DEPAN
6.4 TEORI PERTEMBUNGAN BUDAYA
6.5 DIALOG PERADABAN SEBAGAI MEKANISME
MENGHADAPI CABARAN
6.6 PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA MENERUSI
DIALOG TAMADUN
6.7 ISU-ISU DALAM TAMADUN
6.8 DIALOG TAMADUN: DIMENSI DALAMAN DAN
DIMENSI LUARAN
6.4 TEORI PERTEMBUNGAN BUDAYA
Pada tahun 1989, Francis Fukuyama
mengemukakan teori ‘The End of History’
Ia menyatakan dunia akan menjadi homogen
dengan dicirikan oleh pemikiran liberalisme dan
demokrasi Barat setelah keruntuhan Komunisme
Menurutnya, liberalisme dan demokrasi ala Barat
akan mencorakkan hala tuju sosial, ekonomi dan
politik seluruh dunia
Akan tetapi setelah kejatuhan Kesatuan Soviet,
teori Fukuyama ini dicabar oleh Samuel
Huntington dalam teorinya The Clash of
Civilization.
Menurut Huntington, politik dunia akan
dicorakkan dengan pertembungan tamadun-
tamadun yang berbeza yang tidak akan dapat
dielakkan lagi.
Pertembungan utama adalah diantara Tamadun
Barat dan juga Tamadun Islam.
Beliau menjadikan peristiwa Perang Teluk 1990
sebagai petanda awal.
• Pada tahun 1996 Huntington telah
mengembangkan teori ini melalui buku bertajuk
‘The Clash of Civilizations and the Remaking of
World Order’.
• Buku ini menghuraikan lebih dalam tentang teori
beliau dan juga menjawab kritikan terhadap teori
tersebut.
• Secara umum teori Huntington ini boleh
dirumuskan kepada – selepas perang dingin,
perbezaan yang paling nyata antara masyarakat
dunia bukan dari segi ideologi, politik atau
ekonomi tetapi dari segi budaya.
Oleh kerana tamadun merupakan entiti budaya
yang terbesar, maka konflik yang bakal timbul
adalah disebabkan perbezaan yang wujud diantara
pelbagai tamadun.
Walaupun teori Huntington ini disanggah oleh
pelbagai pihak, namun realiti yang berlaku seperti
Perang Bosnia-Herzgovina dan juga siri-siri
ketenteraan yang dilancarkan oleh Amerika
Syarikat seperti terhadap Afghanistan dan Iraq
telah menunjukkan sebaliknya.
Teori konflik tamadun antara Barat-Islam semakin
kelihatan realitinya selepas peristiwa 11 September
2001.
Serangan 11 September adalah peristiwa yang
sangat penting dalam sejarah dunia.
Kesan yang berlaku akibat peristiwa ini memberi
impak yang besar kepada seluruh dunia.
Konflik Barat-Islam telah disemarakkan oleh
peristiwa ini.
Perasaan curiga terhadap Islam (Islamophobia)
telah melanda hampir seluruh dunia.
Di negara-negara seperti Amerika dan Eropah,
banyak masjid-masjid telah dibakar dan orang-
orang Islam menerima pelbagai diskriminasi.
Banyak pergerakan Islam di seluruh dunia telah
dianggap sebagai pengganas oleh Amerika, sebagai
contoh; perjuangan rakyat Palestin yang
menentang penjajahan Israel telah dilabel sebagai
pengganas.
Serangan keatas Afghanistan dan Iraq pada awal
kurun ke-21 telah dilihat sebagai kesinambungan
konflik Barat-Islam.
“whether you’re with west or the rest” – George W.
Bush. (ketika meminta negara-negara lain di dunia
menyokong operasi ketenteraan Amerika).
Selepas kejadian 11 september dan juga operasi
ketenteraan di Afghanistan dan Iraq, perhatian
dunia kepada dunia Islam dan agama Islam
meningkat.
Perasaan ingin tahu telah mengatasi perasaan
curiga terhadap Islam dan ini telah menyumbang
kepada peningkatan penganut agama Islam
terutamanya di negara-negara Eropah dan
Amerika sendiri.
6.5 DIALOG TAMADUN
Situasi politik dunia dan konflik berterusan
membawa kepada pemikiran – kekerasan tidak
akan dapat menyelesaikan masalah.
Pada tahun 2001, diatas cadangan Presiden Iran
ketika itu iaitu Muhammad Khatami, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) telah
mengisytiharkan Tahun Dialog Tamadun.
Dialog ini penting untuk mengatasi salah faham,
prejudis, jurang komunikasi dan juga konfrontasi.
Masalah-masalah ini tidak dapat diatasi melalui
konflik atau keganasan, sebaliknya melalui
persetujuan bersama dan kefahaman antar satu
sama lain.
Manusia mestilah sedar bahawa setiap agama,
budaya dan tamadun mempunyai nilai-nilai dan
pandangan semesta yang menekankan kesatuan,
kejujuran, maruah dan kebebasan manusia.
Semua nilai-nilai ini bertentangan dengan
perbuatan dominasi yang dijunjung oleh
sekumpulan kecil manusia.
6.6 PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA
MENERUSI DIALOG TAMADUN
Dialog antara masyarakat Islam dan Asia penting
kerana:
Masyarakat Islam dan Asia mencari kata sepakat
sesama sendiri antara tamadun Islam, Melayu,
Cina dan India
Ini kerana mereka mempunyai persamaan antara
agama, budaya dan tamadun masyarakat Timur
Setiap agama menekankan menekankan kebaikan
sesama manusia, memuliakan manusia dan
kebebasan manusia
Masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan
agama hendaklah bergaul dan memahami antara
satu sama lain
Dengan ini, sensitiviti sesebuah kaum dapat
dipelihara
Kaum yang berlainan adat resam juga dapat
mempelajari adat resam kaum-kaum yang lain
selagi tidak melanggar perintah agama mereka
6.7 ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN
Isu-isu yang perlu disentuh dalam dialog-dialog
tamadun ialah:
1. Keganasan dan ketidakadilan – ini berpunca daripada
kegagalan beberapa pihak untuk mencapai persamaan
dan kata sepakat dalam rundingan.
2. Perebutan kuasa dan ekonomi – perebutan sumber-
sumber ekonomi seperti perebutan telaga minyak di
Teluk Parsi.
3. Kejahilan tentang tamadun lain – gagal memahami atau
melihat tamadun lain dari sudut sendiri (ethnocentric).
4. Layanan buruk/ diskriminasi – layanan buruk dan
diskriminasi ini menyebabkan tindak balas yang buruk.
Kebencian, kecurigaan dan keganasan bukan
sahaja ditolak oleh Islam, malah hampir semua
agama-agama di dunia.
Jika kefahaman bersama dapat dicapai, maka
jurang yang wujud itu akan dapat dikurangkan
ataupun dirapatkan demi masa depan manusia
yang lebih baik.
Pilihan yang diberikan kepada masyarakat
antarabangsa adalah samada mencapai kefahaman
bersama untuk keharmonian sedunia ataupun
terus bertelingkah untuk selama-lamanya.
6.8 DIALOG ANTARA TAMADUN
6.8.1 DIALOG ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA
Ia melibatkan golongan etnik berlatarbelakangkan
pelbagai jenis budaya yang berlainan di Malaysia
Antara perkara yang perlu diambil perhatian:
Persefahaman antara kaum yang berasaskan nilai
budaya dan tamadun sepunya
Rukun negara sebagai asas tamadun Malaysia
Mengambil kira kepercayaan dan amalan setiap
budaya dan tamadun di Malaysia
6.8.2 Dialog antara Tamadun Barat dengan
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Dialog yang melibatkan tamadun Islam dan tamadun
Asia dengan tamadun Barat perlu mengambil kira
perkara-perkara berikut:
Nilai-nilai sepunya
Menghormati realiti dunia berbilang kaum
Saling bergantung dalam pembangunan ketamadunan
Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun
Barat dan tamadun Islam
Memahami isu-isu keganasan bukan sahaja dari
perspektif Barat tetapi dari perspektif masyarakat Islam
dan Asia
Deklarasi mengenai dialog tamadun telah dipandu
berdasarkan ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama
mengenai maruah manusia, keadilan, toleransi
dan saling menghormati.
Dialog global bertujuan mengukuhkan hubungan
dua hala antara manusia akan membantu
memelihara keamanan dan mengembangkan
hubungan dari segi sosial, kebudayaan, ekonomi
dan sebagainya.
KESIMPULAN
Peristiwa peristiwa yang berlaku dalam sejarah
banyak memberi pengajaran kepada manusia.
Setiap tamadun perlu mengambil iktibar daripada
setiap tragedi yang berlaku agar ianya tidak
berlaku lagi di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai