Anda di halaman 1dari 18

1.

PERLANTIKAN NABI MUHAMMAD SEBAGAI RASUL


Sebelum menerima wahyu Semasa menerima wahyu Selepas menerima wahyu
1 Nabi Muhammad terkenal dengan 6 Pada malam 17 Ramadhan, Malaikat 11 Rasulullah pulang ke rumah
sifat terpuji di kalangan Jibril menyampaikan wahyu yang dalam keadaan gementar lalu
masyarakat Arab. pertama. Ketika itu Baginda berusia 40 mendapatkan Saidatina Khadijah
tahun. binti Khuwailid, “Selimutkan aku,
Selimutkan aku,”sabda
Rasulullah.
2 Diberi gelaran Al-Amin kerana 7 Malaikat Jibril datang menemui Baginda 12 Saidatina Khadijah
kejujuran. dan berkata “bacalah” tetapi Baginda menyelimutkan Rasulullah
menjawab “aku tidak tahu membaca.” sehingga hilang rasa takut.
Baginda menceritakan apa yang
berlaku dan Saidatina Khadijah
menenangkan Baginda.
3 Baginda mengasingkan diri 8 Malaikat Jibril memegang dan memeluk 13 Rasulullah dan Saidatina
daripada kaumnya yang sesat dan Baginda kali – 1 sehingga lemas. Setelah Khadijah pergi menemui
tidak berakhlak. Malaikat Jibril melepaskan Nabi Waraqah bin Nawfal sepupu
Muhammad, Jibril berkata “bacalah” Saidatina Khadijah. Waraqah bin
tetapi Baginda menjawab “aku tidak Nawfal ialah seorang lelaki
tahu membaca.” menganut agama Nasrani dan
mengikut perkembangan
kemunculan seorang nabi.
4 Baginda memilih Gua Hira’ di Jabal 9 Malaikat Jibril memegang dan memeluk 14 Waraqah bin Nawfal berkata
Nur sebagai tempat Ibadah. Baginda kali – 2 sehingga lemas. Setelah kepada Rasulullah bahawa
Malaikat Jibril melepaskan Nabi Malaikat yang telah menemui
Muhammad, Jibril berkata “bacalah” Rasulullah adalah Malaikat Jibril
tetapi Baginda menjawab “aku tidak yang pernah menemui Nabi
tahu membaca.” Musa A.S.
5 Baginda berulang alik menemui 10 Kemudian Jibril memeluk lagi Nabi 15 Beliau menyatakan bahawa Nabi
keluarganya untuk mengambil Muhammad. Setelah dilepaskan pada Muhammad akan dilantik
bekalan yang disediakan oleh kali ke-3, Malaikat Jibril melafazkan menjadi Rasul.
isterinya Khadijah binti Khuwailid. firman Allah… Surah Al-Falaq ayat 1 – 5 :

Dakwah secara rahsia


SURAH AL- MUDASSIR AYAT 1 HINGGA 6

Ertinya: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan
Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala
kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak)
mendapat lebih banyak daripadanya.
DAKWAH SECARA RAHSIA – 3 TAHUN DAKWAH SECARA TERBUKA
Seruan Baginda Selepas 3 tahun berdakwah secara rahsia, Allah telah
1. Beribadah kepada Allah. memerintahkan Rasulullah berdakwah secara terbuka
2. Bersikap lemah lembut sesama manusia. berdasarkanfirman Allah Surah Hijr ayat 94
3. Bersatu padu.
4. Memberhentikan peperangan.
Larangan Baginda
1. Hidup berpuak-puak. Maksudnya Maka sampaikanlah olehmu secara terang-
2. Melakukan maksiat. terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan
3. Menyembah berhala. berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.
4. Menindasorang yang lemah
Sebab sebab Rasululah menjalankan dakwah secara Rasulullah mula menyeru kaumnya dan pembesar
rahsia. Quraisy untuk berhimpun di Bukit Safa’.
Baginda menyampaikan ucapan dengan menerangkan
1. Ajaran agama Islam bertentangan dengan kerasulannya dan menjelaskan perbuatan manusia akan
amalan musyrikin setempat. dinilai dan diberi pembalasan di akhirat.
2. Supaya tidak dapat dikesan oleh kaum Quraisy.
3. Mengelakkan penentangan terbuka kaum
Quraisy.
4. Untuk mengelakkan masyarakat Arab jahiliah
terkejut dengan sesuatu yang baru.
GOLONGAN AWAL MEMELUK ISLAM TENTANGAN TERHADAP DAKWAH RASULULLAH
1. Wanita – Saidatina Khadijah binti Khuwailid R.A. 1. Abu Lahab, bapa saudara Rasulullah, mengetuai
2. Lelaki – Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. kaumnya mengejek Rasulullah.
3. Kanak-kanak – Saidina Ali bin Abu Talib R.A. 2. Abu Lahab berkata, “Celaka engkau seluruh hari
4. Hamba – Zaid bin Harithah R.A. ini! Adakah kerana ini engkau mengumpulkan
kami?”
3. Kemudian, turunlah
Ayat al-Quran Surah Al-Masad ayat 1:
Maksudnya: “Binasalah kedua-dua tangan Abu
Lahab, dan sesungguhnya dia akan binasa!”
SELEPAS PERHIMPUNAN DI BUKIT SAFA’
1. Rasulullah terus berdakwah dengan memberi
nasihat yang jelas dan bijaksana.
2. Baginda menyatu padukan sahabat-sahabat
untuk berdakwah serta mengajar mereka ayat-
ayat Al-Quran sehingga mereka dapat
menghayatinya.
Orang yang memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM
As-Siddiq R.A. 1. Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Al-Makhzumi
1. Usman bin Affan R.A. yang terletak di atas Bukit Safa. Kedudukannya
2. Zubair bin Awwam R.A. yang agak terpencil menjadikan ia tempat yang
3. Abdul Rahman bin Auf R.A. selamat daripada ancaman kaum Musyrikin
4. Saad Bin Abi Waqqas R.A. Mekah.
5. Abu Ubaidah Al-Jarrah 2. Al-Arqam yang berasal daripada Bani Makhzum
dianggap sebagai pemuda mentah oleh golongan
kafir Quraisy.
3. Disebabkan itu, tiada sesiapa yang terfikir rumah
beliau dijadikan sebagai tempat berkumpul umat
Islam dan penyebaran dakwah.
HIKMAH DAKWAH SECARA RAHSIA HIKMAH DAKWAH SECARA TERBUKA
1. Ajaran Islam diterima tanpa gangguan. 1. Umat Islam berani menegakkan kebenaran.
2. Penentangan terbuka dapat dihindarkan. 2. Memantapkan Akidah umat Islam.
3. Dapat membina kekuatan Islam. 3. Umat Islam bebas menjalankan dakwah.
4. Islam tersebar luas.
Tentangan kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah

Punca atau factor penentangan kafir Quraisy

1. Seruan supaya beriman kepada Allah.


2. Penghapusan amalan menyembah berhala.
3. Pembenteras/penghapusan sebarang bentuk penindasan dan maksiat seperti riba’ dan menjual patung
berhala.
4. Kerisauan pembesar pembesar Quraisy bahawa Rasulullah akan mengambil alih kepimpinan Mekah dan
menggugat kedudukan mereka.
5. Melarang kafir Quraisy mengamalkan cara hidup berpuak-puak dan menindas golongan yang lemah.

Seruan Baginda Rasulullah:


1. Beribadah kepada Allah.
2. Bersikap lemah lembut antara satu sama lain.
3. Bersatu padu.
4. Menghentikan peperangan.

Ancaman Kaum Quraisy Terhadap Rasulullah Semasa Berdakwah


1) Memboikot atau menghentikan semua urusan dengan Rasulullah.
2) Rumah Rasulullah dibaling dengan najis unta.
3) Rasulullah diaibkan dan disakiti terutama ketika Baginda pergi menunaikan solat.
4) Segala bentuk ancaman untuk menghentikan dakwah Rasulullah.
5) Baginda ditawarkan pangkat, harta dan wanita.
6) Seksaan terhadap para sahabat dengan cara:
a) Menyeksa keluarga hamba seperti Bilal bin Rabah dan keluarga Yasir
b) Memulau keluarga Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib.
c) Mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang menerima ajaran Islam.
d) Menghalang keluarga hamba dan orang yang lemah daripada memeluk agama Islam.
e) Menghentikan semua urusan dengan orang Islam.

SETELAH TURUN AYAT DAKWAH SECARA TERBUKA


1) Rasulullah menyeru kaum dan pembesar Quraisy untuk berhimpun di Bukit Safa’.
2) Baginda menyampaikan ucapan dengan menerangkan kerasulannya dan menjelaskan perbuatan manusia akan
dinilai dan diberi balasan pada hari Akhirat

KETIKA RASULULLAH MENYAMPAIKAN UCAPANNYA.


1. Abu Lahab, bapa saudara Rasulullah, mengetuai kaumnya mengaibkan Rasulullah.
2. Abu Lahab berkata, “Celaka engkau seluruh hari ini! Adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?”
3. Rasulullah tetap meneruskan dakwahnya kerana Baginda mengetahui kaumnya masih berpegang dengan
kepercayaan dan adat masyarakat Arab jahiliah.

APAKAH MAKSUD HIJRAH?


Bahasa : Perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat

Istilah :Perpindahan Rasulullah ‫ ﷺ‬dan orang-orang Islamdari Mekah ke Madinah


PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH DAN KE YATHRIB (MADINAH)
Ke SEBELUM HIJRAH SEMASA HIJRAH SEBAB HIJRAH
Habsyah
Kali 1. Para sahabat menderita 1. Ketua rombongan: Saidina 1. Selamatkan agama dan diri
Pertama akibat siksaan dan Usman bin Affan & isterinya. para sahabat daripada fitnah
(615M) penganiayaan kaum Quraisy. 2. Jumlah ahli: 15 orang dan kezaliman kafir Quraisy.
Tahun 2. Rasulullah memerintahkan 3. 10 Lelaki 5 wanita.
ke 5 agar berhijrah ke Habsyah. 4. Berada di Habsyah selama 3
Kerasulan bulan.
Kali 1. Keluarga Rasulullah (Bani 1. Ketua rombongan: Jaafar bin 1. Penyeksaan dan
Kedua Hashim) dikepung dan Abi Talib. penganiayaan terhadap
(617M) dipulaukan oleh musyrikin 2. Jumlah ahli: orang Islam semakin hebat.
Tahun Mekah. 83 Lelaki 18 wanita.
ke 7 2. Rasulullah memerintahkan
Kerasulan untuk berhijrah sekali lagi ke
Habsyah.
RAJA HABSYAH “AN-NAJASYI”, seorang yang adil dan bijaksana. Beliau memberi layanan yang baik semasa hijrah
yang pertama ke Habsyah.
Hijrah kedua juga mendapat sambutan dan perlindungan yang baik. Raja Habsyah menolak permintaan Quraisy
untuk menangkap orang-orang Islam dan menghantar mereka pulang ke Mekah. Jaafar bin Abi Talib berjaya
menjelaskan masalah orang Islam kepada Raja Habsyah.

Kematian Dua Tokoh


1.Pada tahun ke-10 menjadi Rasul, Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang paling setia iaitu isterinya Khadijah
dan bapa saudaranya Abu Talib. Walaupun sedih Rasulullah tidak putus asa untuk menyebar Islam ke luar Mekah.

KEGAGALAN SERUAN KE TAIF


1.KOTA Taif menjadi pilihan dakwah Rasulullah SAW selepas usaha Baginda mengajak penduduk Mekah kepada
akidah dan ajaran Islam tidak berhasil.
2.Menurut ulama, antara sebab Baginda SAW memilih Taif kerana berhampiran kota itu ada perkampungan Bani
Sa’ad iaitu tempat Nabi SAW menyusu dengan Halimatus Saadiah. Baginda pergi ke Taif selama 10 hari ditemani
sahabatnya, Zaid bin Harithah, pada tahun ke-10 menjadi Rasul.
3.Apabila tiba di Taif, Nabi SAW bertemu pemimpin-pemimpin utama Taif dalam kalangan Bani Thaqif.
4.Dari situ terserlah kebijaksanaan Baginda yang memulakan usaha dakwah kepada pemimpin atasan kota itu
terlebih dahulu dan tidak terus berdakwah kepada penduduknya.Namun begitu, pelawaan Baginda SAW ditolak
dengan cara sangat hina serta dihambur dengan kata-kata kesat.
5.Sejak hari pertama lagi, Baginda SAW diejek dan dihina sama seperti penduduk Mekah lakukan yang tidak mahu
menerima dakwah Baginda.
6.Sehinggalah pada hari ke-10, penduduk Taif berhimpun dan semuanya membaling batu dan kayu ke arah Nabi
SAW dan Zaid sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA


1.Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan.
2.Malah kabilah-kabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah jika ingin berurusan dengan Palestin atau Syam.
3.Rakyatnya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab –
Aus dan Khazraj.
4.Madinah tidak maju akibat pergeseran kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi.
5.Perjanjian ‘Aqabah pertama ini adalah hasil daripada pengIslaman enam orang dari penduduk Yathrib (Madinah) di
musim haji tahun ke-11 kerasulan Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
6.Mereka yang berada di Mina ketika itu sanggup dan bersedia menerima Islam dan berjanji kepada Rasulullah untuk
menyebarkan Islam di Madinah, apabila mereka telah pulang daripada menunaikan haji.
7.Pada musim haji berikutnya,
a. pada bulan Zulhijjah tahun ke-12 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w,
b. bersamaan Julai 621 Masihi,
c. seramai 12 orang lelaki telah berjumpa Rasulullah dan membuat Perjanjian Aqabah Pertama.
8.Kandungan Perjanjian Aqabah Pertama:
a. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah S.W.T. Dan Rasul
b. Membantu Nabi Muhammad S.A.W.
c. Tidak meneruskan amalan jahiliah.
9.Rasulullah mengutuskan Musab bin Umair al-Abdariy r.a. ikut pulang bersama rombongan ke Yathrib. Duta ini
membantu umat Islam di Yathrib mengenali syariat-syariat Islam, menguatkan kefahaman Islam dan meninggalkan
amalan jahiliah.

PERJANJIAN AQABAH KEDUA


1.Pada musim haji bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (Jun 622M), lebih 70 orang
Muslim daripada penduduk Yathrib datang ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.
2.Rombongan haji Yathrib itu tidak sanggup melihat tentangan yang Rasulullah dan masyarakat Islam Mekah hadapi.
3.Mereka telah berjanji untuk bertemu Rasulullah SAW di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tashriq (11, 12 dan 13
Zulhijjah).
4.Kandungan perjanjian Aqabah kedua.
a. Suku kaum Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mereka telah mengukuhkan taat setia terhadap Nabi
Muhammad s.a.w.
b. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Mekah dijemput berhijrah ke Madinah.
c. Mereka akan menyediakan tempat tinggal dan melindungi keselamatan orang Islam dan bersedia
mempertahankan Islam.

HIKMAH/KESAN PERJANJIAN AQABAH


1. Islam tersebar secara meluas ke Madinah dan ke seluruh pelusuk dunia.
2. Kefahaman Islam di Madinah diperkukuhkan dengan kesungguhan duta Islam Musab bin Umair.
3. Lebih ramai insan memeluk Islam terutamanya dari suku kaum Aus dan Khazraj. Kekuatan Islam bertambah
dari segi jumlah umat Islam.
4. Lebih ramai rakyat Yathrib yang meninggalkan terus amalan jahiliah.
5. Mengikat dan mengukuhkan persaudaraan Islam suku kaum Aus dan Khazraj.
6. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Mekah berhijrah ke Madinah pada 12 Rabiulawal selepas 13 tahun
Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul bersamaan 622 Masehi.
7. Menjamin keselamatan muhajirin yang baru berpindah ke Madinah.
8. Pembentukan Negara Islam Madinah.
9. Bermula Kalendar Islam Tahun Hijrah.
HIJRAH RASULULLAH KE YATHRIB (MADINAH)
Tarikh
sampai 12 Rabiulawal selepas 13 tahun Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul bersamaan 622 Masehi.
Madinah
Sebab 1. Penyeksaan dan penganiayaan terhadap orang Islam semakin hebat.
2. Pembesar Quraisy telah merancang untuk membunuh Rasulullah.
3. Orang Islam Madinah telah bersedia menerima kedatangan muslimin Mekah dan menjamin
keselamatan muslimin Mekah.
4. Berhijrah adalah satu strategi dakwah Rasulullah.
5. Allah telah menurunkan satu wahyu yang mengizinkan Rasulullah dan orang Islam berhijrah.
Peristiwa 1. 12 orang pemuda Quraisy dilantik untuk mengepung rumah dan membunuh Rasulullah.
yang 2. Saidina Ali bin Abu Talib diminta untuk menggantikan Rasulullah ditempat tidurnya sementara
berlaku Baginda terus keluar menuju ke rumah Abu Bakar As-Siddiq tanpa disedari oleh musuh yang
semasa mengepung rumah Baginda.
hijrah 3. 100 ekor unta telah ditawar sebagai hadiah bagi sesiapa yang berjaya menangkap dan membunuh
Rasulullah.
4. Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur bagi mengelak dari ditangkap oleh orang-
orang Quraisy. Dengan izin Allah orang Quraisy tidak menemui Rasulullah kerana terdapat sarang
burung merpati dan sarang labah-labah yang seperti tidak terusik dipintu gua.
5. Setelah 3 hari dan 2 malam bersembunyi di Gua Thur Rasulullah meneruskan perjalanan ke Madinah
pada 1 Rabiulawal dan telah berhenti di Quba’. Rasulullah dan rombongan Hijrah telah membina
Masjid Quba’ (Masjid Islam pertama).
6. Seorang penjejak Quraisy telah menemui Rasulullah tetapi gagal membunuh Baginda kerana kedua-
dua kakinya terbenam di dalam pasir dan akhirnya dia pulang ke Mekah dan memeluk Islam.
7. Pada 12 Rabiulawal rombongan Rasulullah selamat tiba di Madinah.
CARA SAMBUTAN PENDUDUK MADINAH
1.Keluar beramai-ramai menunggu kedatangan Rasulullah dan sahabat. Sambutan penuh kasih sayang dan gembira.
2.Orang Islam Madinah mempelawa Rasulullah tinggal di rumah mereka. Rasulullah melepaskan untanya berjalan.
3.Unta Rasulullah berhenti di depan rumah Abu Ayyub Al- Ansari. Rasulullah memilih untuk tinggal di rumah itu.
4.Semasa di Madinah, Rasulullah membeli sebidang tanah Bani Najran dan Rasulullah membina Masjid Nabawi.

PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR


Muhajirin terdiri daripada para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ansar adalah penduduk Madinah dari suku Aus & Khazraj yang memeluk Islam & membantu perjuangan Rasulullah.
Persaudaraan dalam Islam adalah hubungan di antara seluruh umat Islam yang dibina atas dasar Akidah yang sama,
TANPA mengira Bangsa dan Keturunan.

SEBAB-SEBAB RASULULLAH MEMPERSAUDARAKAN MUHAJIRIN DAN ANSAR


1. Supaya agama Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas.
2.Untuk menyatupadukan masyarakat Islam tanpa mengira penduduk asal atau pendatang.
3.Mewujudkan suasana aman dan tenteram.
4.Mengelakkan orang Muhajirin berasa terasing untuk memulakan kehidupan baru.
5.Mengelakkan rasa pilu dan hiba orang Muhajirin kerana meninggalkan segala yang pernah mereka miliki.

Reaksi persaudaraan Ansar dan Muhajirin Tindakan Rasulullah disambut baik oleh kedua-dua pihak.
BANTUAN YANG DIBERI OLEH ANSAR Harta Tenaga Makanan Tempat tinggal Wang
Reaksi golongan Muhajirin Menerima sekadar perlu saja sebagai modal mula perniagaan/hidup.
IKTIBAR DARI PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR
1.Menyedari kepentingan persaudaraan dalam Islam.
2.Persaudaraan dalam Islam adalah hubungan di antara seluruh umat Islam yang dibina atas dasar Akidah yang
sama, TANPA mengira Bangsa dan Keturunan.
3.Kita mestilah sayang-menyayangi dan bantu-membantu sesama insan.
4.Pengorbanan masa dan tenaga diperlukan untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan makmur.
5.Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal.
6.Kita harus berpindah ke kediaman lain sekiranya kediaman kita terancam.
7.Orang yang meninggalkan perkara haram dan keji, kemudian berusaha melakukan kebaikan dan suruhan Allah
akan mendapat Kejayaan serta Keampunan dan Perlindungan Allah.
MUKJIZAT
Pengertian Mukjizat dari segi bahasa melemahkan atau mengalahkan.
Pengertian Mukjizat dari segi istilah adalah suatu kejadian luar biasa yang kadangkala menyalahi aturan dunia fizikal
dan sukar dihuraikan dengan logik akal dan biasanya dikatakan sebagai campur tangan Allah.
Mukjizat hanya dimiliki oleh Rasul dan Nabi yang diberikan Allah s.w.t kepada utusanNya.
Contoh mukjizat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w adalah bulan terbelah dua, dhab (biawak padang pasir) boleh
berkata-kata, awan sentiasa memayungi Nabi bila berjalan, batu pengisar tepung boleh berkata-kata dan sebagainya.

TUJUAN ALLAH MENGURNIAKAN MUKJIZAT


1. Membuktikan kebenaran para Rasul.
2. Menguatkan ajaran yang dibawa.
3. Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang.
4. Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan
kerasulan seseorang pesuruh Allah.
5. Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi palsu yang cuba mengaku
dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
6. Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan dengan penentang dan
musuh Islam.

DALIL MUKJIZAT
Surah Al-Qamar ayat 1

Maksudnya: Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
MUKJIZAT ADA DUA JENIS.

MUKJIZAT HISSI iaitu mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat oleh pancaindera. Contohnya,
1. Keluar air dari celah jari jemari Nabi Muhammad S.A.W.
2. Terbelah bulan di langit
3. Tongkat bertukar menjadi ular

MUKJIZAT MAKNAWI yang maksudnya mukjizat yang dapat dikesan dan dihayati melalui minda dan mata hati.
Contohnya,
1. Al-Quran.
2. Isra’ dan Mikraj

PERBEZAAN ANTARA MUKJIZAT DAN SIHIR


MUKJIZAT SIHIR
1. Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah 1. Perkara luar biasa yang berlaku di kalangan
khas kepada Nabi dan Rasul. manusia.
2. Tidak boleh dipelajari atau diajar walaupun oleh 2. Boleh dipelajari dan diajar oleh orang yang mahir
Nabi dan Rasul itu sendiri. dalam ilmu tersebut.
3. Mukjizat adalah kurniaan Allah. 3. Sihir bertentangan dengan Syarak dan membawa
kepada Syirik

Contoh mukjizat Nabi


Nabi Daud Boleh melembutkan besi Boleh memahami bahasa burung
Nabi Sulaiman Kerajaan yang besar Menundukkan angin dan tentera jin
Nabi Nuh Bahtera Umur yang panjang
Nabi Musa Tongkat bertukar menjadi ular Tongkat yang membelah laut
Nabi Muhammad Al-Quran Air terpencar dari jari Baginda
MUKJIZAT RASULULLAH – AL-QURAN
PENGERTIAN AL-QURAN
1.Dari segi bahasa, Al Quran berasal dari bahasa Arab, iaitu bentuk jamak dari kata benda atau masdar dari kata
kerja qara’a – yaqra’u – qur’anan yang ertinya adalah “bacaan” atau “sesuatu yang dibaca berulang-ulang”.

2.Al Quran secara istilah bererti kitab suci umat Islam yang di dalamnya berisi firman-firman Allah SWT yang
diturunkan kepada Rasulullah SAW sebagai mukjizat. Al Quran disampaikan dari Allah SWT dengan perantara
malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat dan membacanya bernilai ibadah.

KEISTIMEWAAN AL-QURAN
1. Kandungan Al-Quran tetap sama tiada perubahan kandungan sepanjang zaman.
2. Kandungan Al-Quran tidak ada perintah yang bertentangan antara satu sama lain.
3. Al-Quran mudah dipelajari dan dihafal.
4. Syariat dalam Al-Quran adalah untuk SELURUH MANUSIA.
5. Bahasa Arab Al-Quran yang bermutu tinggi, tidak dapat ditiru.
6. Membaca Al-Qur’an adalah kegiatan yang mendatangkan banyak pahala.
7. Al-Quran boleh memberi ketenangan batin kepada pembacanya. Membaca Al-Quran adalah penawar perbuatan
dan sifat-sifat buruk seperti syirik, munafik, iri hati, dengki dan lain-lain.
8. Kisah-kisah dalam Al-Quran lebih nyata dan terperinci.
9. Al- Quran adalah Satu-Satunya Kitab yang Memintakan Syafaat Bagi Pembacanya.
10. Al-Quran adalah kitab terakhir dan paling sempurna yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya.
11. Al-Qur’an adalah Kitab Peradaban yang boleh kita dapatkan contoh-contoh membentuk keperibadian tinggi.

DALIL KELEBIHAN AL-QURAN


Nabi Muhammad menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak membaca Al-Qur’an agar kelak
mendapatkan syafaat Al-Quran, sebagaimana Nabi bersabda:

“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya” (Imam
Muslim, Shahih Muslim).

AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERPERINGKAT.

PERINGKAT PERTAMA
Diturunkan oleh Allah dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah pada malam Lailatul-Qadar seperti firman Allah:
Surah Al-Qadr, ayat 1

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar

PERINGKAT KEDUA
Al-Quran diturunkan dari langit dunia kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril selama 23 tahun ( 13
tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah).

HIKMAH MENURUNKAN AL-QURAN SECARA BERPERINGKAT


1. Untuk menanamkan akidah dengan sempurna.
2. Untuk mengiringi peristiwa dari masa ke semasa.
3. Untuk membuktikan tentang mukjizat Al-Quran.
4. Untuk membuktikan bahawa Al-Quran adalah kalam Allah.
PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ
ISRA’ MIKRAJ
Perjalanan malam Nabi Muhammad dari Masjidilharam Perjalanan Nabi Muhammad dari Masjid Al-Aqsa ke alam
ke Masjid Al-Aqsa langit untuk dipertemukan dengan Allah bersama
Malaikat Jibril.

Surah Al-Isra ayat 1:

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-
Haraam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan
kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.

DADA NABI DIBELAH


1. Sebelum Baginda dibawa oleh Malaikat Jibril untuk diIsra’kan ke Masjid Al-Aqsa, dada Baginda dibelah untuk
disucikan HATINYA.
2. Dada Baginda dibelah oleh Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail untuk disucikan dengan air zam-zam serta
membuang ketulan hitam. Ketulan hitam ialah tempat syaitan membisikkan rasa was-was kepada Baginda.
3. Dituangkan hikmah ilmu dan iman ke dalam dada Baginda. Kemudian dada Baginda dijahit semula oleh Malaikat
Jibril.
4. Baginda diberi pilihan oleh Malaikat Jibril samada untuk memilih susu atau arak. Setelah Nabi Muhammad
memilih susu, Malaikat Jibril berkata, ”Engkau telah mendapat fitrah, jika engkau mengambil arak, beerti engkau
menyesatkan umatnya.”
5. Selepas itu didatangkan Buraq untuk peristiwa Isra’. Iaitu perjalanan malam Nabi Muhammad dari Masjidilharam
ke Masjid Al-Aqsa.

NABI MUHAMMAD DIISRA’KAN KE BAITUL MUQADDIS


1. Peristiwa Isra’ Rasulullah berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Hijrah ke Madinah bersamaan 621 Masehi.
2. Nabi Muhammad diIsra’kan dengan jasad beserta rohnya, dari MasjidilHaram ke Masjid Al-Aqsa di Palestin
dengan menaiki Buraq bersama-sama Malaikat Jibril.
3. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Malaikat
Jibril supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah; Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi
Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah; Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan).
4. Dalam perjalanan itu juga Baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dan dapat menyaksikan
peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
a) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
S.A.W. dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

b) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibril : Itulah bau kubur Masyithoh
(tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat
bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
c) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka
sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu
Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

d) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

e) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging
masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan
lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: Itulah orang yang makan
riba`.

g) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu
yang lain. Kata Jibril: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah
yang lain.

h) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang
membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

i) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang
yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan)
orang.

j) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula
lubang itu. Kata Jibril: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah
terlambat.

k) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibril:Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya
umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

l) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W.
tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

m) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

5. Setelah sampai di masjid Al-Aqsa, Baginda melakukan solat serta menjadi Imam kepada Nabi-nabi yang terdahulu.
Sementara itu Buraq ditempatkan di Pintu Masjid Al-Aqsa.
6. Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu
lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat
Baginda akan menjadi sesat.
SEMASA MIKRAJ (NAIK KE HADHRATUL-QUDUS MENEMUI ALLAH):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu
terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S.
Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang
rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa
A.S. dan Nabi Yahya A.S.

c) Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

d) Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

e) Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani
Israil.

f) Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S.
Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat Baginda sendiri yang ramai,
termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

g) Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah
S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah
akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga
iaitu l HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan
salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah
HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah
dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).

h) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan
bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu
tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penjaganya.

i) Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di
dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam
nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid
dan tidak memaki ibu bapanya.

j) Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat
menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.
k) Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T: Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan
dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau
kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan
dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan
orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya
daripada syaitan.
Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan
amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu
sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa
sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,
sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd,
maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan
umatmu 50 (waktu) sembahyang.

l) Mengurangkan Waktu Solat


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang
kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.
Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga).

7. Setelah itu Baginda dibawa turun ke bumi, Baginda menunggang Buraq pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. Rasulullah telah menceritakan pengalamannya itu kepada
kaumnya.
8. Orang yang pertama membenarkan cerita Rasulullah ialah Saidina Abu Bakar. Sebab itulah Saidina Abu Bakar
digelar As-Siddiq yang bermaksud “membenarkan”. Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARI PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ


1. Mengakui kebesaran Allah.
2. Nabi Muhammad adalah Rasul Allah yang mulia.
3. Menjauhi perkara-perkara mungkar dan maksiat.
4. Perbanyakkan perbuatan dan amalan yang baik.
5. Menunaikan solat fardhu adalah wajib.
6. Mestilah jujur dan amanah dalam kehidupan seharian.
7. Fitnah, menipu, mengaibkan dan mengumpat orang adalah perbuatan yang keji dan mesti dijauhi.

Nabi Muhammad diangkat ke Sidratul Muntaha kemudian ke Baitul Makmur dan menerima
perintah menunaikan solat 50 waktu.
Apabila turun semula, Rasulullah bertemu dengan Nabi Musa yang menasihatkan Rasulullah
PENSYARIATA supaya memohon ke Hadrat Allah supaya perintah solat 50 waktu itu dikurangkan dan selepas
N SOLAT sembilan kali merayu, akhirnya Allah memperkenankan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Setelah itu Rasulullah diturunkan ke Baitul Makmur dan bersolat bersama Nabi-Nabi.
Seterusnya Rasulullah turun ke Masjidil Haram dengan menaiki Buraq serta diiringi Malaikat Jibril
dan Mikail.
JIHAD RASULULLAH DAN PARA SAHABAT

Pengertian Jihad adalah perjuangan untuk mempertahankan diri, Agama, keluarga dan negara.
Jihad memerlukan pengorbanan diri, harta, masa dan tenaga.

Dalil tentang Jihad


Surah As-Saff Ayat 10 & 11

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab
seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta
benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

ISLAM HANYA MEMBENARKAN PEPERANGAN KERANA:


1. Mempertahankan diri.
2. Memelihara kesucian agama Islam.
3. Memelihara kedaulatan Negara dari musuh.
4. Menentang pencabulan perjanjian.

JIHAD KECIL (JIHAD ASGHAR)


1. Berjuang untuk mempertahankan AGAMA di medan perang untuk
a. menegakkan kebenaran dan
b. menentang kemungkaran.

JIHAD BESAR (JIHAD AKBAR)


1. Berjuang untuk melawan HAWA NAFSU dalam diri sendiri.
2. Sesiapa yang berjaya melawan HAWA NAFSU dan GODAAN SYAITAN pasti akan berjaya dalam hidup di dunia dan di
akhirat serta mendapat balasan yang dijanjikan Allah.

MENURUT IMAM IBNU QAYYIM, JIHAD ITU ADA 4 TINGKATAN BESAR;


1. Jihad melawan hawa nafsu (Nafsu ada 3 – syahwat, marah dan khayalan)
a. Jihad melawan hawa nafsu terbahagi kepada 4 tingkatan:
i. Jihad terhadap jiwa untuk mempelajari dan mengambil hidayah, dan menjadikan Islam sebagai jalan
satu-satunya menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.
ii. Jihad terhadap jiwa untuk MENGAMALKAN HIDAYAH DAN ISLAM setelah mempelajari dan
mendapatkannya.
iii. Jihad terhadap jiwa agar MENDAKWAHKAN DAN MENGAJARKAN ISLAM kepada orang yang tidak
tahu.
iv. Jihad terhadap jiwa untuk BERSABAR MENGHADAPI KESULITAN dalam mengajarkan ilmu, berdakwah,
dalam menyampaikan kebenaran (amar ma’ruf), dan hidayah.

2. Jihad melawan syaitan


a. Berjihad melawan syaitan dengan cara MENOLAK APA-APA YANG HENDAK DIBISIKKAN kepada hamba, seperti
syubhah dan keraguan yang boleh menncemarkan iman.
b. Berjihad melawan syaitan dengan MENOLAK KEINGINAN-KEINGINAN yang merosakkan dan syahwat.

3. Jihad melawan orang-orang kafir dan munafiq


a. memerangi mereka dengan
i. hati,
ii. lisan,
iii. harta dan
iv. nyawa
4. Jihad melawan orang-orang zalim, ahli bid’ah dan pelaku kemungkaran
a. terdiri dari 3 tingkatan;
i. Menggunakan tangan jika memungkinkan dan mampu.
ii. Jika tidak, maka menggunakan lisan.
iii. Jika tidak mampu, maka menggunakan hati

HIKMAH JIHAD
1. Mendapat Keredhaan Allah.
2. Mendapat ganjaran syurga Allah.
3. Mendapat ganjaran syahid.
4. Berjaya di dalam hidup di dunia dan akhirat.
5. Mendapat pertolongan Allah.

Perkara Perang Badar Perang Uhud Perang Khandak


Tarikh 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, 7 atau 11 Syawal tahun ke 3 Hijrah, 15 Syawal tahun ke 5 Hijrah,
13 Mac 624 Masehi. 23 atau 27 Mac 625 Masehi 9 Mac 627 Masehi
Tempat Hijaz, barat Semenanjung Arab Bukit Uhud Kota Madinah
Sebab 1. Kafir Quraisy ingin 1. Musyrikin Quraisy tekad 1. Sebuah Suku Yahudi, Bani Nadir
berlaku menghapuskan orang Islam di membalas dendam atas telah diusir keluar dari Kota
MADINAH kerana bimbang kekalahan teruk mereka dalam Madinah kerana tidak
perdagangan dengan Syam perang Badar. mematuhi perjanjian damai
terganggu. Satu kafilah dengan orang Islam Kota
pedagang Quraisy bergerak 2. Musyrikin Quraisy menawarkan Madinah. Mereka telah
dari Syam ke Mekah di bawah ganjaran yang lumayan kepada mendiami kawasan Khaibar.
pimpinan Abu Sufian bin Harb. siapa yang ingin menyertai
Tujuan sebenar mereka kumpulan perang balas dendam 2. Mereka telah berjumpa dengan
adalah untuk menangkap ini. kafir Quraisy dan menghasut
Kaum Muslimin dan Abu Jahal kumpulan Quraisy untuk
ingin menghapuskan berperang dengan umat Islam
Rasulullah dan agama Islam. Madinah.

2. Pasukan Rasulullah berjaya 3. Kafir Quraisy telah membuat


mengesan pergerakan musuh. pakatan dengan 5 suku Badwi
Abu Sufian kembali ke Mekah Nadj dan Yahudi Madinah dari
untuk memohon bantuan Bani Quraizah membentuk
tambahan. tentera ahzab (gabungan),
kerana itu perang ini juga
3. Peperangan ini dinamakan dikenali dengan nama PERANG
Perang Badar kerana AHZAB.
pertempurannya berlaku di
pinggir sebuah telaga yang
terletak di antara Mazkah dan
Madinah yang dimiliki oleh
seorang yang bernama Badar.

Bilangan Islam: 313 orang(82 Muhajirin Islam: 700 orang (50 Pemanah) Islam: 3000 orang
tentera dan 231 ansar) Quraisy: 3000 orang
Quraisy: 900 orang (200 tentera berkuda) Quraisy: 10,000 orang
Ketua Islam: Nabi Muhammad S.A.W. Islam: Nabi Muhammad S.A.W. Islam: Nabi Muhammad S.A.W.
Perang
Quraisy: Amru bin Hisyam (Abu
Jahal, ketua tentera), Quraisy: Abu Sufian bin Harb Quraisy: Abu Sufian bin Harb
Abu Sufian bin Harb (ketua
kafilah)
Korban Islam: 14 terbunuh Islam: 70 terbunuh Islam: 0 terbunuh
Perang Quraisy: 70 terbunuh Quraisy: 22-37 terbunuh Quraisy: 3 terbunuh
(43-70 ditawan)
Perkara Perang Badar Perang Uhud Perang Khandak
Cerita Sebagai kebiasaan bangsa Arab, Peperangan dimulakan dengan Penunggang kuda Khuza'ah
Perang sebelum berperang, pahlawan- pertandingan pahlawan yang memberi amaran kepada Nabi
pahlawannya lebih dulu harus dimenangi oleh tentera Islam. Ini Muhammad bahawa tentera
bertanding dengan pahlawan membuatkan tentera Islam Gabungan dijangka sampai di
musuh. bersemangat. Madinah dalam masa seminggu.
Rasulullah SAW bersama orang
3 pahlawan Quraisy yang keluar Rasulullah telah berpesan supaya Madinah untuk mengatur strategi
adalah tentera Islam menyerang dari Bukit bagi menangkis serangan musuh.
1. Utbah Bin Rabi’ah, Uhud dan tidak meninggalkan Bukit
2. Syaibah Bin Rabi’ah dan Uhud walau apa pun terjadi di Akhirnya, orang Islam memilih
3. Walid Bin Utbah. bawahnya. untuk menggali parit yang menjadi
rintangan kepada musuh di kawasan
3 dari tentera Islam ialah Tentera Islam sangat hebat utara Madinah. Orang Madinah
1. ‘Auf bin Al-Harits, sehinggakan tentera Quraisy kucar menuai tanaman mereka lebih awal
2. Mu’adz bin Harts kacir. Ramai tentera Quraisy lari. agar memastikan tentera Gabungan
3. Abdullah bin Rawahah. bergantung pada bekalan makanan
Dari Bukit Uhud tentera memanah mereka sendiri.
Tetapi tentera Quraisy tidak Islam nampak harta perang yang
mahu melawan kaum Ansar. ditinggalkan tentera Quraisy. Tentera Gabungan mengepung
Madinah selama 27 hari. Setiap
Maka Rasulullah mengeluarkan Ramai tentera memanah Islam turun serangan musuh dapat dipatahkan
1. Hamzah Bin Abdul Mutalib, bukit untuk mendapatkan harta. oleh tentera Islam. Walaupun pihak
2. Ali Bin Abi Talib Tinggal 14 pemanah saja Gabungan mengatur anggota
3. ‘Ubadah Bin Al-Harits. mempertahankan Bukit Uhud. mereka di sepanjang parit, mereka
takut untuk bertempur berdepan-
Akhirnya, dari tentera Islam Khalid al-Walid ketua tentera depan dengan orang Islam kerana
hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang berkuda Quraisy bertindak balas pejuang Muslim dianggap lebih
syahid. Ketiga-tiga pahlawan mengelilingi bukit dan melakukan cekap dalam pertempuran
Quraisy mati. serang hendap dari arah belakang. berdepan-depan.

Pertempuran diteruskan oleh Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Berita tentang serangan dalam
kedua-dua belah pihak. Tentera Muhammad untuk membunuh Madinah dari arah penempatan Bani
Islam sentiasa menyebut “Esa! baginda. Nabi Muhammad sendiri Quraizah mula tersebar. Nabi
Esa! Esa!”. membunuh Ubai bin Khalaf dengan Muhammad menghantar 100
tombak. tentera Islam ke pusat bandar.
Kemudian baginda menghantar 300
Rasulullah menyampaikan
askar berkuda lagi untuk
kepada tentera Islam bahawa Tentera Islam berjaya berundur ke
mempertahankan Madinah.
Malaikat Jibril telah turun Bukit Uhud. Tentera Quraisy
bersama tenteranya untuk berhenti mengejar kerana kuda
membantu. Tentera Islam mereka gagal mendaki lereng bukit. Nuaim bin Masud telah pergi ke
semakin bersemangat dan Abu Sufian mengisytiharkan Bani Quzairah dan memberi amaran
berjaya menang. kemenangan tentera Quraisy. jika tentera Gabungan berhenti
mengepung dan balik, tentera
Gabungan akan meninggalkan
orang Yahudi kepada belas kasihan
Nabi Muhammad. Nuaim pergi
berjumpa Abu Sufian dan ahli
Gabungan yang lain untuk
memberitahu Bani Quzairah telah
membelot mereka.

Maka berlaku perselisihan faham


dalam tentera Gabungan dan Bani
Quzairah. Tentera Gabungan
berpecah dan pulang. Bani Quzairah
pula dikepung tentera Islam selama
25 hari. Islam menang. Bani
Quzairah dibicarakan mengikut
kepercayaan mereka sendiri iaitu
UNDANG-UNDANG TAURAT.
PERJANJIAN HUDAIBIAH
1. Rasulullah SAW bermimpi semasa berada di Madinah. Dalam mimpinya Baginda melihat beliau dapat masuk bersama
sahabat-sahabatnya ke Masjidil Haram dan mengambil kunci Kaabah, lalu bertawaf dan berumrah. Sebahagian mereka
mencukur rambut dan sebahagian lagi mengguntingnya. Mimpi itu diberitahunya kepada para sahabatnya.
2. Selepas kejadian tersebut, baginda keluar bersama kira-kira 1500 orang Islam untuk pergi memasuki Baitullah Al-Haram.
Orang-orang Muhajirin dan Ansar sangat teringin untuk melihat Kaabah setelah 6 tahun dilarang memasuk Mekah.
3. Mereka membawa bersama binatang al-Hadyu (unta, lembu, kambing) untuk disembelih di Tanah Haram. Mereka berusaha
mengelak peperangan dengan memilih penyelesaian secara berdamai. Rombongan ini tidak membawa senjata kerana bukan
untuk berperang.
4. Baginda melantik Ibn Ummi Maktum untuk memangku sebagai pemerintah di Madinah, Baginda keluar dari Madinah pada
hari Isnin tanggal 1 Zulkaedah tahun 6 Hijrah. Apabila sampai di Dzul Hulayfah, baginda memasang gelang dan penanda pada
binatang-binatang korban, Baginda juga berihram untuk umrah. Tujuannya adalah supaya manusia tidak memeranginya.
5. Baginda telah mengutuskan seorang perisik dari Bani Khuza’ah untuk menyiasat pergerakan Quraish. Perisiknya yang
bernama Bisyr Bin Sufian al-Ka’bi telah melaporkan: “Semasa saya datang tadi Ka’ab bin Lu’ay telah mengumpulkan angkatan
Ahabish (yang bersekutu di Bukit Habash) dengan perkumpulan yang ramai untuk memerangi Rasulullah dan menghalang
rombongan Rasulullah daripada sampai ke Baitullah.”
6. Untuk mengelak pertempuran Rasulullah telah mengubah laluan. Rombongan Rasulullah tidak mengikut jalan utama yang
menuju ke Tanah Haram melalui Tana’im. Rombongan Baginda mengikut laluan al-Hims dari bahagian bawah Mekah iaitu
jalan yang menuju ke Thaniyyah al-Mirar yang menurun ke Hudaibiah.
7. Apabila sampai ke Thaniyyah al-Mirar, unta Rasulullah “Al-Qaswa” tiba-tiba enggan berjalan. Kemudian baginda menukar
arah perjalanan sehingga sampai di hujung al- Hudaibiah dekat sebuah punca air yang kecil. Rombongan Rasulullah sangat
dahaga, mereka pun berebut-rebut mendapatkan air tersebut sehingga punca air itu kering. Mereka mengadu kehausan.
Rasulullah mencabut sebilah anak panah dari sarungnya kemudian menyuruh mereka meletakkan anak panah itu ke tempat
punca air tadi. Demi Allah, air yang keluar mencukupi bagi mereka membasahkan tekak sehingga puas.
8. Budayl bin Waraqa’ seorang utusan Quraisy telah memberitahu Rasulullah bahawa kumpulan Ka’ab bin Lu’ay telah bersedia
untuk menghalang dan berperang dengan Rombongan Rasulullah.
9. Rasulullah telah meminta Budayl menyampaikan pesanan damai kepada puak kafir Quraisy bahawa rombongan Baginda
tidak mahu berperang. Kumpulan Quraisy tidak mempercayai pesanan damai itu. Quraisy menghantar Mikraz bin Hafs untuk
memberi amaran kepada Rasulullah. Setelah Mikraz bercakap dengan Rasulullah, baginda menyampaikan sama seperti yang
disampaikannya kepada Budayl dan teman-temannya.
10.Musyrikin Quraisy mengutuskan beberapa orang antaranya :
a. Budayl Bin Waraqa’
b. Urwah Bin Mas’ud
c. Al-Hulais Bin ‘Alqamah
d. Mikraz Bin Hafs
11.Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menjelaskan tujuan rombongan Rasulullah kepada Quraisy. Uthman bin
Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh.
12.Mendengar berita itu Rasulullah memanggil para sahabatnya untuk berbai’ah, lalu berebut-rebut mereka datang kepadanya
untuk menyatakan bai’ah (janji sumpah setia) bahawa mereka tidak akan melarikan diri. Mereka telah melakukan bai’ah di
bawah pokok Ridwan. Maka bai’ah itu dikenali sebagai Bai’ah Ar-Ridwan
13. Pihak Quraisy mula risau apabila umat Islam semakin bersatu. Kaum Quraisy telah membebaskan Uthman bin Affan setelah
mengetahui mengenai Bai’ah Ar-Ridwan. Semasa Bai’ah Ar-Ridwan, semua ahli rombongan Rasulullah telah berjanji sumpah
setia kecuali seorang munafik yang bernama Jadd bin Qays. Setelah semuanya selesai berbai’ah, tiba-tiba Uthman pun
sampai, lalu dia pun turut sama berbai’ah.
14.Mereka segera mengutuskan Suhayl bin ‘Amru untuk mengadakan perjanjian. Mereka berpesan dengan tegas kepada Suhayl
supaya isi kandungan perjanjian itu hendaklah meletakkan syarat bahawa Rasulullah mesti pulang dahulu pada tahun itu.
15.Kedua-dua belah pihak bersetuju terhadap beberapa syarat perdamaian seperti dalam Perjanjian Hudaibiah yang berlaku
pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah (Mac 628 M) :
a. Genjatan senjata dilaksanakan antara dua pihak selama 10 TAHUN. Dalam tempoh itu, manusia berada dalam
keadaan aman dan hendaklah sebahagian mereka menghalang sebahagian yang lain daripada menimbulkan
kekacauan.
b. Rasulullah hendaklah pulang pada tahun itu dan tidak boleh masuk ke Mekah. Pada tahun hadapan, orang-
orang Islam boleh masuk ke Mekah dan menetap di situ selama tiga hari. Mereka hanya boleh membawa
senjata orang berperjalanan sahaja iaitu pedang yang disarungkan, sementara pihak Quraish tidak boleh
menghalang mereka dengan apa jua cara sekalipun.
c. Siapa yang suka masuk ke dalam perlindungan dan jaminan Muhammad, maka ia boleh berbuat demikian. Dan
siapa yang mahu masuk dalam perlindungan Quraish dan jaminannya, maka ia boleh berbuat demikian. Mana-
mana kabilah yang bergabung dengan salah satu pihak ini akan dianggap sebahagian daripada pihak tersebut.
Oleh itu, sebarang persengketaan yang ditimbulkan oleh mana-mana kabilah ini dianggap persengketaan
terhadap pihak tersebut.
d. Orang Quraish yang datang kepada Muhammad tanpa kebenaran walinya- iaitu melarikan diri kepada
Muhammad- hendaklah dikembalikan kepada mereka. Orang yang bersama Muhammad jika datang kepada
Quraish- iaitu melarikan diri daripada Muhammad- tidak akan dikembalikan.
16.Kemudian baginda memanggil Ali untuk menulis perjanjian itu. Ali pun menulis di bahagian atas perjanjian dengan kalimat
“Bismillahirrahmanirrahim”. Lantas Suhayl berkata: “Demi Allah, kami tidak faham apa yang dimaksudkan dengan “al-
Rahman”? Tuliskan sahaja: “Bismikallahumma”. Nabi pun menyuruh Ali menulis seperti yang dipinta.
17.Kemudian Ali menulis: “Inilah perjanjian yang dibuat oleh Muhammad Rasulullah”, lantas Suhayl berkata: “Kalau kami
yakin bahawa kamu adalah Rasulullah, tentulah kami tidak menghalang kamu datang ke Baitullah dan kami tidak
memerangi kamu. Tulislah Muhammad bin Abdullah.” Nabi berkata: “Bagaimanapun kamu mendustai, namun aku tetap
Rasulullah.”
18. Kemudian baginda menyuruh Ali menulis Muhammad bin Abdullah dan memadam perkataan Rasulullah. Tetapi Ali enggan
memadam perkataan itu, lantas Nabi Muhammad SAW sendiri yang memadam dengan tangannya. Setelah itu, ditulislah
butir-butirnya sehingga selesai penulisan perjanjian itu.

HIKMAH PERJANJIAN HUDAIBIAH

1. Syiar Islam terus berkembang.


2. Kehidupan bermasyarakat aman dan damai amat penting dijaga.
3. Pengiktirafan terhadap Rasulullah dan Madinah sebagai sebuah negara Islam.
4. Rasulullah bijak dan sabar dalam mempertahankan kepentingan Islam.
5. Rasulullah seorang yang
6. Membuka jalan kepada pembebasan Kota Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
7. Perhubungan umat Islam lebih akrab.
8. Peperangan dapat dielakkan dengan perundigan.

KESAN PERJANJIAN HUDAIBIAH


1. Kafir Quraisy semakin lemah.
2. Agama Islam terus berkembang.
3. Perhubungan umat Islam semakin erat.
4. Negara Madinah semakin maju.

SELEPAS PERJANJIAN HUDAIBIAH DAN PELANGGARAN PERJANJIAN


1. Rasulullah saw memerintahkan para sahabatnya untuk menyembelih unta-unta mereka sebagai korban dan mencukur
kepala.
2. Ada di antara sahabat yang menganggap Perjanjian Hudaibiyah adalah bentuk kekalahan bagi kaum muslimin kerana
kandungannya berat sebelah. Rasulullah masih bersabar dan terus mengajak mereka. Apabila melihat Rasulullah saw
melakukan sendiri apa yang Baginda perintahkan tadi, mereka akhirnya mengikutinya.
3. Pada tahun berikutnya (tahun ke-7 H) Rasulullah saw beserta kaum muslimin berangkat ke Mekah dan tinggal selama 3 hari
untuk menunaikan ibadah umrah tanpa ada halangan dari kafir Quraisy. Peristiwa ini dikenal dengan Umrah al-Qadha.
4. Sejak penandatanganan perjanjian hingga terjadinya pelanggaran perjanjian (22 bulan), jumlah orang yang memeluk agama
Islam jauh melebihi jumlah seluruh muslimin yang sudah ada.
5. Orang Quraisy sengaja melanggar Perjanjian Hudaibiah. Kabilah Bani Khuza'ah merupakan sekutu kaum muslimin dan kabilah
Bani Bakr adalah sekutu kafir Quraisy. Pada pertempuran antara dua kabilah tersebut berlaku pada tahun ke-8 H, orang-
orang Quraisy ikut campur membela Bani Bakr dan membunuh orang-orang Bani Khuza'ah.
6. Ramai orang Khuzaah mati terkorban [20 orang] dan mereka telah mendapatkan perlindungan di kawasan Tanah Haram iaitu
suatu tempat yang diharamkan pertumpahan darah. Bani khuzaah telah menghantar utusan ke Madinah memohon
Rasulullah membela mereka.Walaupun, Abu Sufyan pergi dengan segera ke Madinah untuk memohon maaf, namun
permohonannya ditolak oleh Rasulullah.

PEMBUKAAN KOTA MEKAH  ‫مكة فتح‬, Fathu Makkah

1. Rasulullah mengirim sepucuk surat kepada Musyrikin Mekah mengajukan 3 tuntutan iaitu :
a. Membayar wang sebagai tebusan darah Diyat[ganti rugi]kepada waris Bani Khuzaah yang telah dibunuh, atau
b. Perjanjian setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan, atau
c. Perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak sah lagi
2. Rasulullah mengemukakan tiga tuntutan pilihan terhadap Musyrikin Quraisy;
a. Membayar diat [pampasan atau ganti rugi] kepada waris Bani Khuzaah yang terbunuh.
b. Mengutuk perbuatan Bani Bakr membunuh orang Bani Khuzaah
c. Berperang dengan tentera Islam
3. Orang Musyrikin Quraisy memilih berperang menentang tentera Islam. Pemimpin Quraisy ada yang tidak bersetuju termasuk
Abu Sufian bin Harb dan al-Abbas bin Abd Mutallib.
4. Setelah kaum Musyrikin Mekah memilih tuntutan berperang, Rasulullah mengarahkan 10,000 tentera bersiap sedia dan
berangkat ke Mekah. Mereka berhenti Di Murruz az-Zahran dan MENDIRIKAN KHEMAH untuk bermalam di sana.
5. Pada waktu malam tentera Islam diarahkan oleh Rasulullah supaya MENYALAKAN UNGGUN API YANG BESAR di khemah
masing-masing. Bertujuan sebagai strategik perang saraf utk menimbulkan rasa gerun pihak musuh yg berada di Mekah. Abu
Sufian dan al-Abbas berjumpa Rasulullah dan memeluk Islam.
6. Rasulullah telah mengarahkan tentera Islam MEMASUKI KOTA MEKAH MELALUI 4 PENJURU yang telah ditetapkan oleh
baginda. Baginda melarang tentera Islam menyerang Musyrikin Mekah kecuali jika mereka diserang.
7. Tentera Islam tidak menghadapi tentangan kecuali tentera Khalid bin Al Walid yang diserang oleh tentera dibawah pimpinan
Akramah bin Abu Jahal.

Anda mungkin juga menyukai