Anda di halaman 1dari 4

Bengkel Kehakiman MTQSS peringkat kebangsaan

Bahagian Pendidikan Islam KPM

PENGHAKIMAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL QURAN MTQSS (BAHAGIAN ISI)


TEKS 2 : TUJUH ORANG PEMUDA YANG BERIMAN

PENDAHULUAN

Assalamu’alaikum w.b.t. Lafaz salam.

Terima kasih pengerusi acara, barisan hakim, seterusnya hadirin yang Salutasi.
mulia.

“TUJUH ORANG PEMUDA YANG BERIMAN” tajuk cerita, (Nasyid) Tajuk.


Marilah kita hayati bersama

ISI 1

Tujuh orang pemuda yang beriman adalah kisah Ashabul kahfi yang
diceritakan di dalam al-Quran. Mereka hidup pada zaman Raja
Daqyanus yang zalim di Kota Apsus.
Isi baik.
Kekejaman raja menjadi sebutan,
Kebatilan mewarnai pemerintahan, Huraian baik. Tiada unsur
Kezalimannya menggerunkan Israiliyat.
Rakyat yang beriman dihantui ketakutan.

Tujuh orang pemuda menyimpan rahsia,


Keimanan tersemat di dalam dada,
Tekun beribadah kepada Yang Esa,
Sangat tawaduk berjiwa mulia . (Sajak)

       Dalil tepat.


“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada
Tuhan, dan Kami tambah kepada mereka petunjuk”.
(Surah Al-Kahfi ayat 13)

Ya Kawan-kawan, Pengajaran & isu semasa


Peliharalah iman sebagaimana pesan junjungan. tepat & berkait dengan
Ajaran sesat seperti Tuhan Harun perlu dijauhkan. isi.

ISI 2

1
Bengkel Kehakiman MTQSS peringkat kebangsaan
Bahagian Pendidikan Islam KPM

Kawan-kawan,
Rahsia keimanan tujuh orang pemuda telah diketahui raja. Mereka Isi baik.
dianggap penderhaka, lantas dipanggil ke istana. Huraian baik.
“Beta beri tempoh satu hari untuk kamu berfikir. Kembali kepada
agama asal atau kepala kamu semua akan dipenggal.”. Ugut Sang Raja.

Setelah puas berfikir, mereka bersepakat melarikan diri.


Penat dan lelah tiada tara,
Akhirnya sampai ke dalam gua,
Diekori Qitmir anjing yang setia,
Mereka berserah ke hadrat Yang Esa. (Ya Badratim)
     
Mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, Pengajaran & isu semasa
berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu” tepat.
(Surah Al-kahfi ayat 10)
Ya Kawan-kawan,
Banyak berdoa bertambah taqwa. Pengajaran & isu semasa
Contohnya dalam misi pencarian pesawat MH370 . berkaitan.
Berdoa dan bertawakkallah setelah berusaha.

ISI 3
Kawan-kawan,
Keajaiban berlaku tanpa diduga … Isi baik.
Mereka terlelap lantas terlena
Lebih 3 abad di dalam gua Huraian sederhana.
Daqyanus gagal mengesan mereka
Tiada manusia yang menyedarinya.. (Nasyid)

Aneh bukan? Mereka bukan tidur-tidur ayam, tetapi tidur di dalam


iman. Allah memelihara mereka sehingga mereka terjaga dengan
mengallih-alihkan badan Ashabul Kahfi agar tidak dimakan tanah.
Kawan-kawan hendak tahu, berapa lamakah pemuda Ashabul Kahfi
ditidurkan?
      
  Dalil tepat.
“Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus tahun dan Isi disampaikan dalam
ditambah sembilan tahun (lagi).” (Surah al-Kahfi ayat 25) dalil.
Ya kawan-kawan,
Allah Berkuasa melakukan segalanya. Pengajaran & isu semasa
Lihat sahaja hujan yang turun selepas cuaca panas dan jerebu melanda tepat.
negara. Marilah kita mensyukuri nikmat-Nya.
ISI 4

2
Bengkel Kehakiman MTQSS peringkat kebangsaan
Bahagian Pendidikan Islam KPM

Kawan-kawan, Isi baik.


Pagi yang bersejarah…
Terik sekali pancaran suria Huraian baik.
Cahaya menerpa ke dalam gua
Terjaga pemuda lapar dan dahaga
Mereka berbalah tempoh waktu terlena (Nasyid)

Disebabkan kelaparan, mereka keluar mencari makanan. Alangkah


terkejutnya mereka. Wang yang dibawa merungkai rahsia. Rupa-
rupanya 309 tahun terlena…

Bunga kenanga berkembang mekar,


Menghias taman berseri indah
Keadaan di kota sudah bertukar,
Raja yang beriman menjadi pemerintah. (Pantun)

       Dalil tepat & berkaitan
 dengan tajuk.
Dan kami mempertemukan mereka, agar manusia mengetahui,
bahawa janji Allah itu benar,
(surah al-Kahfi ayat 21)

Ya Kawan-kawan, Pengajaran & isu semasa


tepat.
Kata pepatah:
“Raja yang adil, raja disembah. Raja yang zalim, raja disanggah”

Alhamdulillah , Sultan Brunei telah berjaya mendaulatkan


perundangan Islam di negaranya.

ISI 5

3
Bengkel Kehakiman MTQSS peringkat kebangsaan
Bahagian Pendidikan Islam KPM

Kawan-kawan, Isi baik.


Akhirnya, raja yang sangat teruja memberi pelbagai penghormatan
kepada mereka….

    Dalil tepat.


"Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah masjid di atasnya".
(surah al-Kahfi ayat 21)

PENUTUP

Contohi kisah mereka, Ada kesimpulan


Pertahankan iman di dada,
Walaupun dipersenda… Nasihat dan pengajaran
Sabar, redha dan taqwa..
Akhirnya Allah pelihara. (Nasyid)

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamu alaikum w.b.t. Salam penutup.

*Dibentangkan oleh Tn. Hj. Azman bin Hj. Ahmad (Guru Cemerlang Pendidikan Islam) ketika Bengkel Peningkatan
Profesionalisme Kehakiman MTQSS peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Pendidikan Islam KPM pada 27-29
Oktober 2014 bertempat di Hotel Empress, Sepang. Pembentang adalah merupakan Jurulatih Dakwah Pendidikan
Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang MTQSS dan penulisan dakwah. Teks dipetik daripada rakaman
peserta Bercerita Kisah Daripada Al Quran MTQSS peringkat kebangsaan 2014.

Anda mungkin juga menyukai