Anda di halaman 1dari 17

1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA


SATU AYAT !

22 JAN

Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309


Tahun Di Dalam Gua

Posted 22/01/2015 by Shafi-Q in KISAH TAULADAN, MOTIVASI. Tagged: 3/7 Pemuda Tertidur 309
Tahun di dalam gua, Ar-Raqim, Cerita / Kisah Penuh / Lengkap Ashabul Kahfi (penghuni/ ahli gua),
Kisah / Sejarah Ashabul Kahfi, Pemuda Ashabul Kahfi, surah al kahfi, tidur 300/ 309 Tahun Di Dalam
Gua, wang dinar emas / dirham perak. 2 Comments

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 1/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

‫ِبۡس ـــــــــِم ٱِهَّلل ٱلَّر ۡح ـَم ٰـ ِن ٱلَّر ِح يِم‬


(https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/17/fadhilat-membaca-
kalimah-basmallah-bismillah/)

‫َالَّلُه َّم َص ِّل َعَلى ُم َح َّم د َو َعَلى آِل ُم َح َّم ٍد‬

(https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2015/01/kisah-ashabul-kahfi.jpg) .

Kisah Ashabul Kahfi (‫أصحاب الكهف‬‎) merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang pemuda yang
tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26; Surah Al-Kahfi
(https://shafiqolbu.wordpress.com/?s=al-kahfi) , diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang
telah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬tidurkan mereka selama 309 tahun.

Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita tentang Ashabul Kahfi termasuk suatu kejadian pelik,
luar biasa dan menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang boleh
tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan meyakini
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬bahawa tiada yang mustahil jika Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mengkehendakinya demikian.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman;

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 2/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

٩﴿ ‫َأْم َح ِس ْبَت َأَّن َأْص َح اَب اْلَكْه ِف َو الَّر ِقيِم َكاُنوا ِم ْن آَياِتَنا َعَج ًبا‬

“Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘Ashabul Kahfi’ (penghuni gua) dan ‘Ar-
Raqiim’ termasuk antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan?” (Surah Al-Kahfi; Ayat 9)

Dimanakah Terletaknya Gua Ashabul Kahfi

Telah menjadi perdebatan daripada zaman berzaman mengenai gua dan tempat persembunyian Ashabul
Kahfi. Banyak tempat mendakwa dimana berlakunya kisah ini seperti di Gua di Jabal Qassiyyun, Syria
dan Gua di Ephesus (Tarsus), Turki. Namun Gua Ashabul Kahfi (Kahf Ahlil Kahf) yang terletak di Abu
Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih
menepati ciri-ciri yang dikisahkan di dalam Al-Quran.

Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Ar-Raqim’ kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang
bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan ‘Ar-Raqim’ juga disebut di dalam Al-Quran
dan Ahli Tafsir menafsirkan ‘Ar-Raqim’ sebagai nama anjing dan ada menyatakannya sebagai batu
bersurat.

Walau bagaimanapun, Allah ‫ سبحانه وتعالى‬tidak menunjuk dan menyatakan dengan jelas di mana tempat
sebenar mereka bersembunyi. Sebab utamanya adalah kerana ia tidak memberi manfaat bagi umat Islam
kerana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬hanya mahu hamba-Nya mengambil iktibar kisah pejuangan tujuh pemuda
mempertahankan akidah mereka.

Namun begitu berdasarkan ayat 17 surah al-Kahfi (https://shafiqolbu.wordpress.com/?s=al-kahfi) , dapat


kita ketahui kedudukan sebenar pintu gua yang menjadi tempat persembunyian ketujuh-tujuh pemuda
tersebut berada di sebelah utara. Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬

‫َو َتَر ى الَّشْم َس ِإَذا َطَلَعت َّتَز اَو ُر َعن َكْه ِفِه ْم َذاَت اْلَيِم يِن َو ِإَذا َغَر َبت َّتْقِر ُض ُهْم َذاَت‬
‫الِّش َم اِل َو ُهْم ِفي َفْج َو ٍة ِّم ْنُۚه َٰذ ِلَك ِم ْن آَياِت الَّلـِۗه َم ن َيْه ِد الَّلـُه َفُه َو اْلُمْه َتِۖد َو َم ن ُيْض ِلْل َفَلن‬

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 3/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

١٧﴿ ‫َتِج َد َلُه َو ِلًّيا ُّم ْر ِش ًدا‬

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia
terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua
itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat
menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 17)

Kisah Pembuktian

Ashabul Kahfi bukanlah kisah epik jenaka, dongeng atau suatu cerita rekaan manusia. Sejarah kejadian
tersebut sebenarnya mempunyai hubungan erat dengan kegelisahan Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Iaitu semasa
ditanya oleh beberapa orang Yahudi untuk membuktikannya bahawa Baginda memang seorang Nabi
Utusan Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

Orang-orang Yahudi bertanya Rasulullah ‫ﷺ‬, “Wahai Muhammad! Tolong ceritakan kepada kami
tentang kisah 7 pemuda yang rela mengasingkan diri untuk mempertahankan keyakinannya kepada
Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Jika engkau sanggup menceritakan dengan benar, maka kami juga akan
mengikuti ajaranmu dan menjadi sebahagian daripada orang Islam.”

Lalu Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬memohon pertolongan pada Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan selepas 15 hari kemudian
baginda mendapat wahyu tentang penjelasan kisah Ashabul Kahfi atau cerita mengenai 7 pemuda yang
ditanyakan oleh orang Yahudi tersebut. Penjelasan mengenai kisah Ashabul Kahfi ini terdpat pada
Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26, di dalam kitab suci Al-Quran.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 4/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Kisah Ashabul Kahfi


(https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda…n-di-
dalam-gua/)

Sebagaimana yang telah dikisahkan turun-temurun. Pada asalnya penduduk sebuah negeri itu beriman
kepada Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dan beribadat mengEsakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan
seorang raja bernama Diqyanus (Decius).

Raja kufur dari Rom ini, memerintah secara kejam dan kuku besi. Sesiapa yang menentang keinginan
raja, maka samalah seperti ingin mengakhiri hidupnya lebih awal. Dia memaksa rakyat di bawah
pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah ‫ سبحانه وتعالى‬serta bertukar kepada agama kufur dan
menyembah batu berhala yang dianutinya. Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja
tersebut terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.

Dalam pada itu terdapat sekumpulan pemuda beriman enggan tunduk dengan tekanan Raja Diqyanus
yang kafir. Di tengah-tengah kekufuran raja, bangsa dan kaum mereka, kesemua tujuh pemuda tersebut
secara sembunyi-sembunyi tetap beriman kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Mereka teguh mempertahankan
aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat
demikian.

Pengesahan keberimanan pemuda-pemuda ini dinyatakan oleh Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dalam firmanNya;

١٣﴿ ‫َّنْح ُن َنُقُّص َعَلْيَك َنَبَأُهم ِباْلَح ِّۚق ِإَّنُهْم ِفْتَيٌة آَم ُنوا ِبَر ِّبِه ْم َو ِز ْد َناُهْم ُهًدى‬

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka
itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka
hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 13)

Kepercayaan dan keyakinan 7 pemuda ini terus bertahan sehingga kemudiannya sampai ke
pengetahuan raja dan akhirnya mereka dipanggil mengadap Raja Diqyanus.

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat, petah berhujah
mempertahankan iman dan prinsip aqidah yang mereka yakini. Pemuda-pemuda tersebut mengakui
bahawa hanya ada satu Tuhan yang layak disembah dan diminta pertolongan. DIA-lah Allah ‫سبحانه وتعالى‬

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 5/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

yang Esa, Yang Maha Menguasai alam beserta isinya yang kekal abadi dan tidak akan ada sebarang
kekurangan, DIA-lah tempat kita meminta pertolongan dalam susah atau senang, suka mahupun duka.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman dan menceritakan peristiwa mereka berhujjah;

‫َو َر َبْط َنا َعَلٰى ُقُلوِبِه ْم ِإْذ َقاُم وا َفَقاُلوا َر ُّبَنا َر ُّب الَّسَم اَو اِت َو اَأْلْر ِض َلن َّنْد ُعَو ِم ن ُدوِنِه‬
‫﴾ َهٰـ ُؤ اَل ِء َقْو ُم َنا اَّتَخ ُذوا ِم ن ُدوِنِه آِلَه ًۖة َّلْو اَل َيْأُتوَن َعَلْيِه م‬١٤﴿ ‫ِإَلٰـ ًه ۖا َّلَقْد ُقْلَنا ِإًذا َشَطًطا‬
١٥﴿ ‫ِبُسْلَطاٍن َبِّيٍۖن َفَم ْن َأْظ َلُم ِم َّم ِن اْفَتَر ٰى َعَلى الَّلـِه َكِذًبا‬

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka
berkata (membentangkan dan menegaskan tauhid): “Tuhan kami adalah Tuhan (yang mencipta dan
mentadbirkan) langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan selain Dia,
sesungguhnya jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui
sesuatu yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-
tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang
kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah ‫( ”?سبحانه وتعالى‬Surah Al-Kahfi; Ayat 14-15)

Raja Decius dan pengikut-pengikutnya terkejut dan gagal menjawabnya. Walaupun tidak mampu
membalas hujah-hujah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman tersebut, raja yang kufur dan zalim
itu tetap berkeras mahu mereka murtad daripada agama mereka.

Raja Diqyanus menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk mengancam dan memaksa para
pemuda meninggalkan agama mereka, jika dalam tempoh 2 hari para pemuda tersebut gagal membuat
demikian dan tidak mahu mengubah keyakinan mereka dengan segera, maka mereka akan
dimurtadkan secara paksa atau akan dijatuhi hukum mati.

Ramai ‘mufassirin’ (ahli tafsir) generasi salaf dan ‘khalaf’ (generasi awal Islam dan generasi yang
terkemudiannya) yang menyebutkan, para pemuda tersebut terdiri daripada anak-anak raja Rom dan
orang-orang terhormat mereka yang bersatu kerana iman. Mereka tidak takut dengan ancaman itu dan
telah bertekad untuk saling bantu-membantu dan mempertahankan keimanan mereka hingga titisan
darah terakhir. Bagi mereka lebih baik mati menggenggam iman daripada mengikuti jejak raja yang
menyekutukan Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda tersebut bermesyuarat sesama
sendiri untuk mencari satu keputusan muktamad. Kumpulan pemuda itu akhirnya membuat
kesepakatan untuk bersembunyi.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 6/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman ;

‫َو ِإِذ اْع َتَز ْلُتُم وُهْم َو َم ا َيْعُبُدوَن ِإاَّل الَّلـَه َفْأُو وا ِإَلى اْلَكْه ِف َينُشْر َلُكْم َر ُّبُكم ِّم ن َّر ْح َم ِتِه‬
١٦﴿ ‫َو ُيَه ِّيْئ َلُكم ِّم ْن َأْم ِر ُكم ِّم ْر َفًقا‬

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain
Allah ‫سبحانه وتعالى‬, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan
dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan
kamu dengan memberi bantuan yang berguna.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 16)

Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung ke suatu tempat tersorok di
kawasan pendalaman. Berangkatlah mereka bertujuh ke kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di
situ terdapat sebuah gua untuk dijadikannya tempat bersembunyi dan di pintu gua itulah mereka
berdoa sebelum memasukinya.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman pada ayat 10, Surah Al-Kahfi;

‫ِإْذ َأَو ى اْلِفْتَيُة ِإَلى اْلَكْه ِف َفَقاُلوا‬

“(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa
(https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/12/09/fadhilat-doa-ashabul-kahfi/) :

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 7/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Menurut para ulama’ Ashabul kahfi (penghuni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, terdiri
daripada tujuh orang pemuda bernama;

1. Tamlikha (‫)تمليخا‬
2. Maksalmina (‫)مكسلمينا‬
3. Marthunus (‫)مرطونس‬
4. Nainunus (‫)نينونس‬
5. Saryunus (‫)ساريونس‬
6. Zunuwanus (‫)ذونوانس‬
7. Falyastathyunus (‫)فليستطيونس‬

Dan semasa dalam perjalanan ke gua itu, ketujuh-tujuh mereka telah ditemani oleh seekor anjing
bernama Qithmir (‫)قطمير‬. Diriwayatkan juga bahawa Qitmir adalah anjing milik Tamlikha iaitu salah
seorang daripada tujuh orang pemuda tersebut.

Anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan bersembunyi di dalam gua tersebut.
Oleh kerana keletihan, ketujuh pemuda ini tertidur sementara si anjing berada di sekitar pintu gua.

Keesokan harinya raja memerintahkan agar segera membawa para pemuda untuk dihukum mati, tetapi
arahan raja kejam ini menemui kegagalan kerana para pemuda telah menghilangkan diri dan sukar
ditemui. Seluruh rakyat dikerahkan untuk mencari para pemuda yang dianggap menderhaka itu.

Pencarian

Pencarian pun bermula, mereka diburu oleh para pembantu setia raja. Mereka bukan sahaja diburu oleh
tentera Rom bahkan turut diberi tekanan oleh penduduk tempatan yang berpegang kuat terhadap
agama nenek moyang mereka. Sesiapa di kalangan mereka yang mampu mencari dan membawa
pemuda-pemuda tersebut ke hadapan, raja telah berjanji untuk memberikan hadiah dan kenaikan
pangkat.

Ada sekumpulan pencari dan pegawai kerajaan yang akhirnya menemui sebuah gua di kawasan
pedalaman. Tetapi oleh kerana gua itu dianggap sangat menggerunkan, mereka takut untuk
memasukinya.

FirmanNya lagi;

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 8/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

‫َو َكْلُبُه م َباِس ٌط ِذ َر اَعْيِه ِباْلَو ِص يِۚد َلِو اَّطَلْعَت َعَلْيِه ْم َلَو َّلْيَت ِم ْنُهْم ِفَر اًر ا َو َلُم ِلْئَت ِم ْنُهْم ُر ْعًبا‬
١٨﴿

“…dan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua. Dan jika kamu melihat
mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan (diri) dari mereka, dan tentulah (hati) kamu akan
dipenuhi rasa gerun takut kepada mereka.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 18)

Demi menyenangkan hati raja, para pegawai kerajaan melaporkan bahawa mereka telah menyusuri
semua tempat di negeri tersebut dan telah menutup sebuah gua dengan tujuan sekiranya para pemuda
tersebut berada di dalam, maka mereka tidak akan boleh keluar dan akan mati kelaparan.

Itulah batas logik manusia yang mempunyai kuasa dan merasa paling hebat berbanding dengan yang
lain, padahal kita semua mengetahui bahawa terdapat suatu kekuatan yang tidak mungkin boleh
ditakluki oleh kuasa akal dan fikir manusia. Dialah Allah ‫ سبحانه وتعالى‬yang tak akan membiarkan orang-
orang membuat kerosakan dan penderitaan kepada hamba-hamba yang dikasihiNya.

Jasad Terpelihara

Sementara itu di dalam gua, kesemua tujuh pemuda tersebut diberi ketenangan dan keselamatan oleh
Allah ‫سبحانه وتعالى‬. Mereka telah ditidurkan oleh Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dengan nyenyaknya dalam gua tersebut
untuk sekian lama.

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬berfirman tentang mereka di dalam gua;

١١﴿ ‫َفَض َر ْبَنا َعَلٰى آَذاِنِه ْم ِفي اْلَكْه ِف ِسِنيَن َعَد ًدا‬

“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun-tahun lamanya.” (Surah
Al-Kahfi; Ayat 11).

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 9/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui


peristiwa ini. Maka Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa
yang sangat lama iaitu selama 309 tahun: tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab / Tahun Masihi) dan
tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu / Tahun Hijrah).

Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬

٢٥﴿ ‫َو َلِبُثوا ِفي َكْه ِفِه ْم َثاَل َث ِم اَئٍة ِسِنيَن َو اْز َد اُدوا ِتْس ًعا‬

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka selama tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab),
dan hendaklah kamu tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun).”
(Surah Al-Kahfi; Ayat 25)

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah ‫سبحانه وتعالى‬,
badan dan jasad mereka tidak hancur atau rosak. Dengan kuasaNya juga, kedudukan gua tempat
persembunyian ketujuh-tujuh pemuda yang berada di sebelah utara secara tidak langsung telah
memelihara pencahayaan, pengudaraan dan kesegaran tubuh mereka sepanjang 3 abad itu.

Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬

‫َو َتَر ى الَّشْم َس ِإَذا َطَلَعت َّتَز اَو ُر َعن َكْه ِفِه ْم َذاَت اْلَيِم يِن َو ِإَذا َغَر َبت َّتْقِر ُض ُهْم َذاَت‬
‫الِّش َم اِل َو ُهْم ِفي َفْج َو ٍة ِّم ْنُۚه َٰذ ِلَك ِم ْن آَياِت الَّلـِۗه َم ن َيْه ِد الَّلـُه َفُه َو اْلُمْه َتِۖد َو َم ن ُيْض ِلْل َفَلن‬
١٧﴿ ‫َتِج َد َلُه َو ِلًّيا ُّم ْر ِش ًدا‬

“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia
terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua
itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang
disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat
menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 17)

Allah ‫ سبحانه وتعالى‬sengaja memberi ilham kepada ketujuh-tujuh pemuda tersebut untuk menemui gua
tersebut sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui bahawa Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah menetapkan
aturannya. Bahkan Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 10/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

itu, nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. Maha Suci Allah Yang Maha
Bijaksana.

FirmanNya lagi;

‫َو َذاَت الِّش َم اِۖل َو َكْلُبُه م َباِس ٌط ِذ َر اَعْيِه‬ ‫َو َتْح َسُبُهْم َأْيَقاًظا َو ُهْم ُر ُقوٌۚد َو ُنَقِّلُبُهْم َذاَت اْلَيِم يِن‬
١٨﴿ ‫ِم ْنُهْم ِفَر اًر ا َو َلُم ِلْئَت ِم ْنُهْم ُر ْعًبا‬ ‫ِباْلَو ِص يِۚد َلِو اَّطَلْعَت َعَلْيِه ْم َلَو َّلْيَت‬

“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam
tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang
anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka
tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan
dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 18)

Kebangkitan

Masa terus berlalu, zaman pun telah berganti dari beberapa generasi. Kini kerajaan yang dahulu
dipimpin oleh raja kejam dan musyrik telah berubah menjadi sebuah negeri yang maju dan bebas dalam
menjalani keyakinan agama masing-masing.

Apabila sampai tempoh yang ditetapkan Allah ‫( سبحانه وتعالى‬9 + 300 tahun), mereka pun dibangunkan.
Pemuda-pemuda tersebut telah terjaga kerana perut mereka terasa lapar, dan ketika bangun mereka
saling bertanya tentang berapa lama mereka tertidur. Para pemuda menyangka mereka hanya tertidur
dalam masa sehari atau separuh hari sahaja, tanpa menyedari bahawa mereka telah tidur dalam jangka
masa yang amat lama di dalam gua.

Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 11/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

‫ۚ َقاَل َقآِئٌل ِّم ْنُهْم َكْم َلِبْثُتْم ۖ َقاُلو۟ا َلِبْثَنا َيْو ًم ا َأْو َبْعَض َيْو ٍم‬

“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka
menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari…..” (Surah Al-Kahfi; Ayat 19)

Atas rasa lapar itu, lalu sebahagian daripada mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk
ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih pemuda bernama
Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa
bersama bekalan wang perak.

Firman Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;

‫َو َكَٰذ ِلَك َبَعْثَناُهْم ِلَيَتَساَء ُلوا َبْيَنُه ْۚم َقاَل َقاِئٌل ِّم ْنُهْم َكْم َلِبْثُتْۖم َقاُلوا َلِبْثَنا َيْو ًم ا َأْو َبْعَض َيْو ٍۚم‬
‫َقاُلوا َر ُّبُكْم َأْع َلُم ِبَم ا َلِبْثُتْم َفاْبَعُثوا َأَح َد ُكم ِبَو ِر ِقُكْم َهٰـ ِذِه ِإَلى اْلَم ِديَنِة َفْلَينُظْر َأُّيَه ا َأْز َكٰى‬
‫﴾ ِإَّنُهْم ِإن َيْظ َه ُر وا َعَلْيُكْم‬١٩﴿ ‫َطَعاًم ا َفْلَيْأِتُكم ِبِر ْز ٍق ِّم ْنُه َو ْلَيَتَلَّطْف َو اَل ُيْش ِع َر َّن ِبُكْم َأَح ًدا‬
٢٠﴿ ‫َيْر ُج ُم وُكْم َأْو ُيِع يُدوُكْم ِفي ِم َّلِتِه ْم َو َلن ُتْفِلُح وا ِإًذا َأَبًدا‬

“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak kamu ini,
dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka
hendaklah dia membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan
janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat
mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali
kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”
(Surah Al-Kahfi; Ayat 19-20)

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang cemas dan sukar
serta kelaparan, mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari
makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih lagi halal. Ini menandakan bahawa
mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

Walaupun Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menyatakan dalam ayat di atas bahawa para pemuda tadi amat berhati-hati
dan berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain kerana mereka menyangka raja yang memerintah
negeri masih lagi raja kafir yang dahulu, namun Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah mentakdirkan supaya berita
tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukkan akan keagungan
kekuasaan dan kehebatanNya.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 12/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Semasa pemuda-pemuda Ashabul Kahfi itu dibangkitkan Allah ‫ سبحانه وتعالى‬selepas tidur selama 309
tahun, suasana negeri telah banyak berubah. Kebetulan Raja dan pemerintah negeri merupakan orang
yang beriman kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬, begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.

Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu dan mempertikaikan
tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu bagaimana Allah ‫ سبحانه وتعالى‬boleh menghidupkan
orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu malah berjuta tahun lamanya dimakan tanah.
Maka bertepatanlah masanya Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ membangkitkan Ashabul Kahfi
(https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda…n-di-dalam-gua/) pada zaman tersebut
dan menzahirkan kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya yang masih lagi ragu-ragu.

Firman Allah ‫;سبحانه وتعالى‬

‫َو َكَٰذ ِلَك َأْع َثْر َنا َعَلْيِه ْم ِلَيْعَلُم وا َأَّن َو ْع َد الَّلـِه َح ٌّق َو َأَّن الَّساَعَة اَل َر ْيَب ِفيَه ا ِإْذ َيَتَناَز ُعوَن‬
‫َبْيَنُهْم َأْم َر ُهْم‬

“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa
janji Allah ‫ سبحانه وتعالى‬menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari
kiamat tidak ada keraguan padanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 21)

Pendedahan ini berlaku semasa orang ramai bertelagah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya
semula orang mati. Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah mendedahkan perihal pemuda-pemuda Ashabul Kahfi semasa
wakil mereka itu datang ke kota hendak membeli makanan.

Pemuda yang keluar menuju ke pasar mencari makanan. Dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya
sampai ke kota. Dia berasa hairan melihat keadaan kota tersebut dan penduduknya yang berubah sama
sekali, tidak seperti ketika ditinggalkan dahulu.

Dalam terpinga-pinga itu, akhirnya sampai juga dia ke pasar dan menemui salah seorang penjaja
makanan. Namun penjual hairan dan pelik dengan wang yang digunakan oleh pemuda ini. Penduduk
kota yang telah kehairanan melihat keadaan dia dan mereka semakin syak apabila melihat wang perak
yang dibawanya ialah wang yang sudah berzaman tidak digunakan lagi.

Dia telah disyaki menjumpai harta karun lalu dipanggil penguasa pasar yang sangat bijak. Dalam
perbualannya, maka terbuktilah kepada orang ramai bahawa pemuda itu adalah pemuda yang lari dari
kepungan raja pada tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, daripada cerita yang
masyhur dan telah disedia maklum oleh orang ramai. Larinya pemuda-pemuda itu kerana tidak rela
menjual agama mereka kepada raja yang zalim dan memaksa mereka untuk menyembah batu.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 13/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Lalu salah seorang di antara mereka berkata kepada pemuda tersebut: “Janganlah kamu khuatir kepada raja
ganas yang kamu katakan tadi. Raja itu sudah mati 300 tahun yang lalu. Raja yang memerintah sekarang ini
adalah seorang raja mukmin yang soleh juga baik hati. Raja kami yang sekarang ini orangnya beriman seperti
mana yang kamu imani.”

Barulah pemuda itu sedar dan insaf akan apa yang sebenarnya sudah terjadi. Dengan ketenangan yang
amat jelas serta dengan alasan dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka
berada dalam gua bukan semalam atau setengah hari tetapi sudah tiga abad lamanya.

Orang ramai kemudiannya membawa pemuda tersebut mengadap raja beriman yang mengambil berat
hal agama itu. Betapa terkejutnya raja ketika pemuda menceritakan siapa dia sebenarnya, raja memeluk
pemuda dengan juraian air mata yang tak terhingga. Seketika suasana istana menjadi sangat hening dan
terharu oleh kehadiran pemuda yang luar biasa tersebut.

Raja yang soleh ini kemudian menjelaskan kepada pemuda itu bahawa raja kejam Diqyanus telah mati
309 tahun yang lalu. Selepas mendengar kisah menakjubkan itu, raja lalu mengajak para pembesarnya
dan semua orang yang hadir berangkat ke Gua Ashabul Kahfi bersama wakil pemuda itu, untuk
menjemput dan bertemu dengan kesemua pemuda tersebut, apalagi mereka sedang menunggu dengan
kelaparan dalam gua, di samping ingin mengetahui keadaan di gua dan untuk mendengar kisah
sebenar mereka.

Setelah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka
ke dalam istana dan diberinya tempat di istana yang indah itu. Tidak lama kemudian walaupun raja
berkali-kali meminta agar para pemuda ini tetap tinggal di istana, tapi kumpulan pemuda tersebut
menolak dengan baik dan tetap memilih untuk kembali ke gua semula.

Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: “Kami ini sudah tidak mengharap hidup yang lebih panjang
lagi kerana kami sudah melepasi beberapa keturunan dan kesemuanya telah meninggal dunia, malah
negeri dan binaan besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang ini adalah
serba baru. Kami pun puas hati melihat raja dan penduduk yang hidup di negeri ini sudah sama-sama
beriman kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬.”

Di hadapan orang ramai, para pemuda ini menyarankan supaya mereka hendaklah sentiasa beriman
kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬, jangan sesekali tunduk kepada sesiapa yang mengajak pada jalan kesesatan
dan kemusyrikan.

Tidak lama kemudian selepas mereka memberi ucapan selamat tinggal kepada raja dan rakyatnya yang
beriman itu. Para pemuda lalu sama-sama bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah ‫ سبحانه وتعالى‬agar
menurunkan rahmatNya dan agar Allah ‫ سبحانه وتعالى‬mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Sejurus
selepas mengucapkan doa itu mereka merebahkan badan di tempat pembaringan lalu menghembuskan
nafas mereka yang terakhir dengan tenang dan tenteram. Termaklumlah bahawa Allah ‫ سبحانه وتعالى‬telah
mengambil roh pemuda-pemuda itu dan kembali kepadaNya untuk selama-lamanya.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 14/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

Keadaan dan kejadian itu, menjadi asas yang amat kuat bagi mereka untuk tetap beriman dan tunduk
kepada Allah ‫سبحانه وتعالى‬, Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah ‫سبحانه وتعالى‬
itu benar belaka dan Hari Qiamat serta akhirat itupun benar semuanya.

Sepeninggalan para pemuda itu, orang ramai lalu berbincang bagaimana cara untuk memberi
penghormatan sewajarnya agar mereka sentiasa dapat memperingati pemuda-pemuda suci itu. Ada
yang mencadangkan supaya didirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Manakala Raja
mencadangkan agar sebuah masjid (rumah ibadat) dibinakan di sisi gua itu supaya dari dalam masjid
itu orang ramai dapat sama-sama menyembah dan membesarkan nama Allah dan sentiasa insaf akan
kebesaran Allah ‫سبحانه وتعالى‬.

Hal ini diceritakan Allah ‫ سبحانه وتعالى‬dengan firmanNya;

‫َفَقاُلوا اْبُنوا َعَلْيِه م ُبْنَياًنۖا َّر ُّبُهْم َأْع َلُم ِبِه ْۚم َقاَل اَّلِذيَن َغَلُبوا َعَلٰى َأْم ِر ِه ْم َلَنَّتِخ َذَّن َعَلْيِه م‬
٢١﴿ ‫َّم ْس ِج ًدا‬

“Setelah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka,
Allah ‫ سبحانه وتعالى‬jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa
atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina sebuah masjid di
sisi gua mereka.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 21)

Penutup

Allah ‫وتعالى‬ ‫سبحانه‬ menerangkan kisah Ashab al-Kahfi


(https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda…n-di-dalam-gua/) ini bukanlah sesuatu
yang ganjil dan menghairankan jika dibandingkan dengan ayat-ayat lain. Banyak lagi kejadian lain
seumpamanya yang menunjukkan kekuasaan Allah ‫سبحانه وتعالى‬, Yang Maha Kuasa mengatur alam
menurut kehendak-Nya tanpa ada yang mampu menandinginya seperti penciptaan langit dan bumi
serta segala yang ada di alam ini lebih mengagumkan lagi.

Sepertimana dikatakan Prof. Hamka; Maksud ayat al-Kahfi ini adalah apakah engkau menyangka atau
manusia menyangka bahawa manusia yang dicipta Allah tertidur beratus tahun di dalam gua yang
sunyi terpencil itu sudah sebahagian daripada kuasa Allah ‫ ?سبحانه وتعالى‬Padahal banyak lagi takdir Allah
https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 15/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

‫ سبحانه وتعالى‬di dalam alam ini yang lebih menakjubkan dan lebih ganjil.

Pada hakikatnya, kisah yang penuh pengajaran ini masih belum cukup untuk menarik perhatian umum.
Justeru marilah kita melakukan amal kebaikan dan menjadikan kehidupan sebagai suatu cita-cita luhur
bagi meraih kebaikan dunia atau akhirat. Insya‘Allah…

‫وهللا أعلم بالصواب‬

WAllah ‫سبحانه وتعالى‬u A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah ‫ سبحانه وتعالى‬Maha Mengetahui apa yang benar)

Artikel Berkaitan:

Fadhilat Doa Ashabul Kahfi (Klik Di Sini) (https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/12/09/fadhilat-doa-


ashabul-kahfi/)

‫َو الَّسَالُم َعَلْيَكْم َو َر ْح َم ُة ُهللا َو َبَر َكاُته‬

~ shafiqolbu (https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/15/2012/01/04/2011/11/20/) ~

2 responses to this post.

Posted by saiful amri on 29/09/2015 at 12:30 am

Assalamualaikum saudara,

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 16/17
1/16/24, 5:11 PM Kisah 7 Pemuda Ashabul Kahfi Ditidurkan Selama 309 Tahun Di Dalam Gua | Shafiqolbu

saya baru selesai membaca artikel yang saudara tulis ini. saya dapati ada ayat Al-Quran yang telah
diletakkan pada tempat yang salah. Ayat tersebut ialah ayat 19, tetapi ayat yang dipamerkan ialah
ayat 18.

mohon pandangan saya ini diambil berat,

Reply
Posted by Shafi-Q on 02/10/2015 at 11:09 am

‫َو َعَلْيُكْم الَّسَالُم َو َر ْح َم ُة ِهللا َو َبَر َكاُته‬

Alhamdulillah… syukur atas keperihatinan Akhi Saiful… telah ana perbetulkan ayatnya.

‫َج َز اَك ُهللا َخْيًر ا‬

Reply

https://shafiqolbu.wordpress.com/2015/01/22/kisah-7-pemuda-ashabul-kahfi-ditidurkan-selama-309-tahun-di-dalam-gua/ 17/17

Anda mungkin juga menyukai