Anda di halaman 1dari 5

KISAH ASHABUL KAHFI

Kisah pemuda Ashabul Kahfi telah termaktub dalam al-Quran


dalam 1 surah iaitu Surah al-Kahfi. Al-Kahfi bermaksud gua
dan nama surah ini diambil sempena kisah pemuda yang
tertidur di dalam gua selama beratus-ratus tahun. Terlalu
banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Ashabul
Kahfi.

Ia bukan sahaja kisah sekumpulan pemuda yang


menyembunyikan diri daripada kezaliman pihak penguasa,
tetapi ia adalah kisah yang sangat besar iktibarnya buat kita
umat Islam.

Ashabul Kahfi adalah kisah hidup tentang beberapa orang


pemuda yang beriman kepada keesaan Allah swt pada zaman
pemerintahan Raja Diqyanus (Decius) di Kota Ephesus (kini
sebahagian dari Turki Moden), sekitar tahun 250 Masihi.

Raja Rom yang kufur ini memerintah negaranya secara kuku


besi dan zalim. Barang siapa yang menentang, pastinya diseksa
dan dihukum bunuh. Raja Diqyanus juga memaksa rakyatnya
untuk turut segala kehendaknya termasuklah menyatakan taat
setia mereka pada tuhan pagan Rom dengan melakukan
pengorbanan kepada mereka.

Dikisahkan, pada suatu hari seluruh kaum di dalam bandar


berkumpul untuk menyambut perayaan. Ketika itulah, para
pemuda ashabul kahfi menyaksikan sendiri perbuatan syirik
kaum mereka. Lalu dengan ilham daripada Allah, mereka
mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada kaum
mereka di salah satu gua di pergunungan. Lantas mereka
memohon kepada Allah agar melimpahkan rahmat ke atas
mereka di dalam gua itu. Doa mereka ini tercatat kemas di
dalam surah al-Kahfi ayat 10:
(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua
lalu mereka berdoa “Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada
kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk bagi kami
dalam urusan kami.” 

Kawan-kawan, lihatlah betapa pemuda al-kahfi mengharapkan


rahmat Allah dalam menghadapi ujian tersebut. 
Jadi kawan-kawan, janganlah kita sesekali berputus asa dari
rahmat Allah kerana rahmatNya amatlah luas.

Kawan-kawan, 
Dengan izin Allah akhirnya mereka sampai ke gua. Bersama-
sama mereka terdapat seekor anjing yang setia duduk di pintu
gua dengan menghulurkan kedua-dua kakinya. Allah SWT
kemudiannya telah menidurkan para pemuda dan anjing
tersebut selama 309 tahun.
Ha? 309 tahun?
Ya kawan-kawan. Mereka tidur dengan hanya menutup sebelah
mata dan membuka sebelah mata lagi untuk terus menerima
bekalan oksigen. Allah juga telah membolak-balikkan jasad
mereka ke sebelah kanan dan kiri supaya aliran darah terus
mengalir seperti normal dan jasad mereka tidak dimakan oleh
tanah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 25 dan 26:


Dan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus dan
ditambah sembilan tahun. Katakanlah, “Allah lebih mengetahui
berapa lama mereka tinggal (di gua)….”

Kawan-kawan,
Sesedarnya daripada tidur, mereka semua tertanya-tanya
tentang tempoh masa mereka tertidur. 

“Eh, berapa lama agaknya kita tidur?”


“Hmmm, mungkin sehari atau setengah hari kot.”

Kemudian salah seorang daripada mereka berkata “TuhanMu


lebih mengetahui berapa lama kita di sini.”

Setelah itu, mereka menyuruh salah seorang daripada mereka


untuk membeli makanan. Namun mereka berpesan kepadanya.
“Kau kena berlemah lembut. Jangan sampai tercerita tentang
rahsia kita tau.”
Lalu keluarlah pemuda itu ke bandar. Kebimbangan mereka
telah dicatatkan di dalam surah al-Kahfi ayat 20:
“Sesungguhnya, jika mereka mengetahui tempatmu, nescaya
mereka akan melempari kamu dengan batu, atau memaksamu
kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya
kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”

Kawan-kawan, begitu utuh sekali pemuda al-kahfi


mempertahankan akidah mereka. Mereka begitu bimbang akan
dipaksa mensyirikkan Allah.

Kawan-kawan. 
Dengan kehendak Allah, rahsia mereka telah terbongkar.

“Bukankah itu mata wang lama? Ujar seseorang ketika pemuda


itu membeli makanan.

Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang didengarnya.


Barulah dia sedar bahawa zaman telah berlalu beberapa kurun.
Pemuda itu kemudiannya telah dibawa menghadap pemerintah
pada ketika itu. Lantas, demi melihat kebenaran, pemerintah
dan kaumnya berangkat ke gua untuk melihat keadaan para
penghuni gua yang beriman. Akhirnya para pemuda al kahfi
bertemu dengan pemerintah dan menceritakan kisah mereka.
Mereka berehat kembali dan pada ketika inilah Allah
mematikan mereka. Setelah itu, pemerintah dalam kalangan
mereka telah mengambil keputusan untuk membina masjid di
sisi gua itu.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ayat 21:


“Maka mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan di atas
gua mereka..."

 Alangkah seronoknya sekiranya kita semua dapat mencontohi


sikap kaum dan pemimpin dalam kisah ashabul kahfi yang
terlebih dahulu menyelidik kebenaran serta segera beriman
dengan kebesaran Allah SWT.

Ashaabul kahfi pemuda beriman,


Demi aqidah nyawa dipertaruhkan,
Ayuhlah kawan ambillah teladan,
Itulah contoh mukmin pilihan.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai