Anda di halaman 1dari 5

KISAH DUGAAN NABI YUSUF A.

S (PEREMPUAN)

SK PAKATAN JAYA

BIL ISI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh………..

Terima kasih peneraju acara, Barisan hakim bijak berkarisma, Solutasi


Hadirin budiman ceria bahagia.

Dengarkanlah kubercerita,
1 Renungkanlah bersama-sama,
Kisah suka dan kisah duka,
Dugaan Nabi Yusuf itulah tajuknya.

Nabi Yusuf alahissalam adalah putera kepada Yaakub bin Isi 1


Ibrahim. Ibunya bernama Rahil. Baginda memiliki wajah tampan (Pengenalan)
dan pekerti yang sangat mulia. Tertera kalam yang Esa dalam
surah Yusuf ayat 7.
      
 
“Demi sesungguhnya (kisah) Nabi Yusuf dengan saudara- Dalil
saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang
yang bertanya.”

Ya kawan-kawan,
Pepatah ada mengatakan kasih saudara hanya pada masa berada
sahaja namun, adik Mohamad Syawal kanak-kanak yang berusia
6 tahun sanggup berkorban jiwa demi menyelamatkan adiknya Isu semasa
daripada menjadi mangsa kebakaran sehingga dia dianugerahkan
Pingat Hang Tuah baru-baru ini.

2 Kawan-kawan,
Nabi Yusuf dikurniakan wajah yang tampan dan pekerti yang Isi 2
mulia. Ini menjadikan ayahnya bertambah kasih kepada baginda.
Semakin sayang Nabi Yaakub terhadap Yusuf, semakin benci Huraian (ujian
pula saudara-saudaranya. daripada saudara
-saudaranya)
Hidup derita penuh pancaroba,
Angkara saudara cemburu buta,
Dicampak baginda ke dalam telaga,
Dijual pula di pasar hamba.
Akhirnya nabi Yusuf alaihissalam diselamatkan oleh pedagang
dan dibeli oleh pembesar Mesir al-Aziz. Benarlah kalam Ilahi
dalam surah Yusuf ayat 21

      Dalil


“Dan demikian pulalah kami memberikan kedudukan yang baik
kepada Yusuf di atas muka bumi ini”.

Ya kawan-kawan,
Demikianlah takdir yang telah Allah tentukan seperti kejadian
MH 17 juga merupakan salah satu ketentuan yang telah
ditetapkan dan tidak dapat dinafikan lagi. Innalillahi wainna Isu Semasa
ilaihi raji’un.…

3 Kawan-kawan,
Hari silih berganti, Nabi Yusuf meningkat remaja, ketampanan Isi 3
baginda semakin ketara membuatkan Zulaikha rasa tergoda. Pada
suatu hari, Nabi Yusuf dipanggil oleh Zulaikha ke kamarnya. Huraian (ujian
Zulaikha lantas menarik baju Nabi Yusuf. Tiba-tiba tercegat al- daripada Zulaikha)
Aziz. MasyaAllah. Zulaikha terkedu.Dengan kelicikanya
berkata…

“Wahai suamiku, apakah balasan kepada orang yang berbuat


jahat kepada isterimu”? ujarZulaikha.

Kasihan…kasihan Nabi Yusuf. Baginda telah difitnah. Ingatlah


kalam Allah dalam surah al-Baqarah ayat 191

      Dalil

“Dan (ingatlah) fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh”

Ya hadirin,
Elakkan daripada perbuatan memfitnah. Hari ini, fitnah alam Isu semasa
siber semakin menjadi-jadi melalui whatsapp, facebook,
instagram dan lain-lain lagi. Nauzubillah.

Hadirin sekalian,
Ish..ish..cepat sungguh fitnah itu tersebar, malunya Zulaikha
tidak terkira. Rancangan diatur membersihkan namanya, lalu
diundang isteri-isteri pembesar semuanya.

Terpegun mereka tidak terkira,


Jari terhiris tidak terasa, pantun
Demi menutup sebuah cerita,
Di penjara kini Yusuf berada.

4 Kesepian.. kesempitan….kegelapan Isi 4


Mencengkam diri.. (kehebatan ilmu Nabi
Segalanya terbatas… gerakan mahupun pandangan sajak Yusuf)
Namun keredhaan bertamu di hati…
Segalanya pasrah kepada ilahi. Huraian

Hadirin sekalian,
Ketika di penjara Nabi Yusuf alaihissalam menerima wahyu
daripada Allah S.W.T. Baginda dilantik Allah menjadi
Rasul.Baginda diberi kelebihan bijak mentafsir mimpi. Dengan
kelebihan yang ada, baginda mentafsir mimpi dua orang pelayan
raja. Tafsirannya, kini terbukti. Kehebatan ilmu Nabi Yusuf
diketahui raja lalu disuruh mentafsir mimpi baginda.

Tafsiran Yusuf kini menjadi nyata,


Lalu baginda dibicarakan semula,
Kebenaran terbukti memihak baginda,
Lantas dibebas dari penjara.

Jelas tertulis kalam suci surah Yusuf ayat 54


      
“Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf) seorang yang Dalil
berpangkat tinggi lagi dipercayai di kalangan kami.”

Ya kawan-kawan,
Bak kata pepatah, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian. Begitulah penderitaan seorang ibu tunggal Pn Zaleha
Ibrahim yang telah berjaya mendidik 12 orang anaknya sehingga
berjaya dan akhirnya telah dinobatkan sebagai Ibu Mithali 2014. Isu semasa

5 Kawan-kawan,
Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Akhirnya cinta Zulaikha Isi 5
terbalas jua. Allah menyatukan mereka berdua setelah al-Aziz (Ketentuan Allah)
meninggal dunia.
Huraian
Demikian lah hadirin…sesungguhnya benarlah kalam Ilahi dalam
surah ali-Imran ayat 54
       
“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan Allah Dalil
sebaik-baik perancang”

Ya kawan-kawan,

Usaha Jakim wajar di beri pujian, kerana menganjurkan


Perkahwinan beramai-ramai, Mega Seri Pengantin 2014 di
Putrajaya . Isu Semasa

Demikian siri tauladan kisah Nabi Yusuf yang menjadi


pengajaran. Walaupun menderita pada awalnya namun berkat
kesabaran, akhirnya bahagia yang menjelma. Ingatlah setiap yang
berlaku pasti ada hikmah disebaliknya….ya kata pujangga’langit
tidak selalunya cerah, mendung bukan selamanya’ wallahu a’lam Rumusan /Penutup

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai