Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI YUSUF DAN ZULAIKHA

pembuka bicara Nabi Yusuf dan Zulaikha tajuk cerita, Di dalam Al Quran kisahnya tertera Mari dengarkan, hayati bersama. (Pantun)

Nabi Yusuf anak Nabi Yaakub Baginda mempunyai 11 saudara Rupanya tampan semua takjub Zulaikha pula cantik jelita (Nasyid) Nabi yusuf A.S merupakan putera kesayangan Nabi Yaakub, jika dibandingkan dengan saudara-saudaranya yang lain.Zulaikha pula isteri pembesar Mesir al Aziz yang dipandang mulia.

Surah Yusuf ayat 8 yang bermaksud : Ketika mereka berkata: Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa daripada kita. Kawan-kawan, Kemuliaan keturunan adalah satu anugerah Allah. kita dilarang membuat sebarang penyamaran untuk mendapatkan kemuliaan daripadanya. Contohnya ialah penyamaran sebagai kerabat di raja dan mengambil kesempatan di atas penyamaran untuk mendapat sanjungan dan penghormatan daripada orang ramai.

Hadirin Sekalian, Dicampak ke perigi waktu kecilnya Akibat iri hati oleh saudaranya. (Syair ) Sejak hari itu Nabi Yaakub sedih sekali kerana terpisah dengan anak kesayangannya, angkara sifat irihati saudara-saudara Nabi Yusuf. Rupa-rupanya baginda diselamatkan oleh pedagang dan dijual kepada pembesar Mesir . Mulai hari itu tinggal baginda di Istana Al Aziz sehingga dewasa.

Surah Yusuf ayat 9 yang bermaksud: Kamu bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kenegeri yang yang jauh. Kawan-kawan, Allah melarang hambanya mempunyai perasaan hasad dengki dan iri hati sesama manusia. Sebagaimana serangan Israel terhadap bumi Palastein hingga kini yang tidak mempunyai kesudahan akibat daripada perasaan hasad dengki terhadap Negara tersebut. Begitu kejamnya mereka. Setelah dewasa Yusuf tampan menawan Hati Zulaikha amat berkenan Godaan dan rayuan Zulaikha lakukan Namun baginda teguh dalam iman. (Nasyid) Maka terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak. Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu dirahsiakan.

Surah Yusuf ayat 22 yang bermaksud: Begitulah kami membalas orang yang membuat kebaikan.

Kawan-kawan , Hiasilah diri dengan sifat mulia dan terpuji. Sebagaimana rancangan realiti sebuah stesyen televisyen melalui program pencarian Imam Muda yang menitik berat kepada sifat mulia dan berpengetahuan luas. Hadirin sekalian, Berita keburukan Zulaikha tersebar luas. Ini menyebabkan Zulaika berang. Lalu Majlis jamuan segera diadakan Pisau dan epal Zulaikha berikan Tetamu terpegun menyaksikan ketampanan Terhiris jari tidak perasan.(Pantun) Ini bukan manusia.Malaikat agaknya.Kata wanita-wanita tetamu undangan Zulaikha. Zulaikha bertambah marah mendengar pujian itu. Lalu merayu agar suaminya memenjarakan Nabi Yusuf. Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam. Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.

Surah Yusuf ayat 23 bermaksud: Sesungguhnya tidak menang orang-orang yang zalim.

Kawan-kawan, Sesungguhnya Allah melarang kita membuat fitnah ke atas orang lain. Contoh di zaman alaf ke 20 ini penggunaan internet amat beleluasa,tetapi ada segelintir manusia mengambil kesempatan diatas kemudahan yang disediakan untuk memburukkan orang lain melalui laman sosial.

Hadirin sekalian, Kebenaran Yusuf jelas ternyata Nabi dibebaskan dari penjara Zulaikha berasa amat berdosa Lantas akui kesilapannya. Zhulaika menjadi wanita solehah Bermunajat sentiasa kepada Allah Kesilapan lalu menjadi pengajaran Kepada Allah pohon keampunan (Sajak)

Surah Yusuf ayat 55 bermaksud: sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga dan berpengetahuan. Nabi Yusuf dilantik menjadi pembesar negeri dan dengan kekuasaan Allah Nabi Yusuf ditemukan semula dengan Zhulaika dan Allah menggembalikan kecantikannya. Nabi Yusuf pun berkahwin dengan zulaikha. Kawan-kawan, Jodoh pertemuan adalah kekuasaan Allah.Sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi ,maka terjadilah ia. Kawan-kawan, Demikianlah kisah Yusuf bersama zulaikha Jadikan pedoman yang berharga (Pantun) Sekian Wabillahit taufiq walhidayah wassalamualaikum wbh .

Anda mungkin juga menyukai