Anda di halaman 1dari 6

KISAH NABI YUSUF A.S.

DENGAN ZULAIKHA

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh


Terima kasih tuan pengerusi majlis, barisan hakim, seterusnya rakan-rakan
sekalian.

kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha jadi pilihan,


Sidang hadirin silalah dengarkan..

Rakan-rakan,
Nabi Yusuf A.S. adalah anak ke tujuh kepada Nabi Yaakub A.S.

Tampan perkasa, luhur budinya


Dikasihi ayahanda, dicemburui saudara
Dihasut syaitan mereka merencana
Ke dalam perigi Yusuf dicampaknya.

Lalu


dan mereka melumurkan baju yusuf dengan darah palsu
(Surah Yusuf: ayat 17)

Mereka mengatakan bahawa Yusuf telah dimakan oleh serigala.

Ya kawan-kawan..
Kita lihat ramai peniaga Muslim hari ini yang gulung tikar akibat sikap
irihati kepada peniaga seagama mereka sendiri. Jauhilah hasad dengki,
kerana ia punca kemusnahan.

Segerombolan pedagang yang bermusafir mencari air dan terjumpa Nabi


Yusuf A.S. Mereka menyorokkan Nabi Yusuf A.S. bersama barang dagangan
mereka. Apabila sampai di Mesir

Dijual Yusuf sebagai hamba


Tertarik pembesar lalu membelinya

Kawan-kawan,
Pembesar itu merupakan Al-Aziz serta isterinya Zulaikha. Mereka
membesarkan Yusuf seperti anak mereka hingga dewasa. Ketampanan Yusuf
sangat memikat hati Zulaikha. Suatu hari, ketika suaminya tiada di rumah,
Zulaikha menutup semua pintu rumahnya dan cuba untuk menggoda Nabi
Yusuf A.S. Nabi Yusuf A.S. menolak dan cuba untuk melarikan diri ke pintu.
Shreek!!! Terkoyak belakang baju baginda kerana ditarik oleh Zulaikha

Tiba-tiba

Muncul sang suami terkejut Zulaikha


Dikata Yusuf ingin memperkosa
Baju terkoyak itu buktinya
Tahulah pembesar siapa angkara

Pembesar berkata:


Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan kau Zulaikha, mintalah ampun
bagi dosamu.
(Surah Yusuf : ayat 29)

Ya kawan-kawan,
Kini, terdapat pelbagai program realiti yang memaparkan personaliti soleh
dan solehah yang boleh dicontohi. Hiasilah peribadi dengan pekerti mulia.

Kawan-kawan,

Serata Mesir tersebar cerita


Isteri pembesar menggoda hambanya
Lalu dijemput semua wanita
Diberi pisau untuk bekerja
Lalu perintah Zulaikha
Keluarlah kau dihadapan mereka
Jari terpotong, mulut ternganga
Kagumi ketampanan sambil berkata
Ini bukanlah manusia, melainkan malaikat yang mulia

Lalu Yusuf A.S. memohon kepada Allah S.W.T. supaya diberi perlindungan.
Seperti dalam surah Yusuf, ayat 33:


Yusuf berkata : Wahai Tuhanku! Aku lebih suka dipenjara dari apa
yang perempuan-perempuan harapkan daripadaku.

Permohonan Nabi Yusuf A.S. termakbul. Nabi Yusuf A.S. dipenjara agar
suasana menjadi tenang dan bebas daripada fitnah.

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian,


Fitnah adalah perkara yang mesti kita jauhi kerana ia boleh menghuruharakan keadaan. Laman sesawang seperti facebook dan twiter adalah
contoh tempat menabur fitnah pada zaman siber ini.

Kawan-kawan,

Bertahun-tahun Yusuf dipenjara


Akhirnya dipanggil mengadap Sang Raja
Disiasat semula segala punca
Akhirnya kebenaran terserlah jua


Surah Yusuf, ayat 51 yang bermaksud : Zulaikha berkata: dan
sesungguhnya dia dari kalangan orang-orang yang benar.

Lalu Yusuf dibebaskan semula.

Ya kawan-kawan,
Kebenaran pasti akan terserlah. Seperti kisah seorang lelaki dari
Amerika Syarikat yang dibebaskan baru-baru ini kerana terbukti tidak
bersalah dari tuduhan membunuh walaupun telah dipenjara selama 30
tahun.

Kawan-kawan, akhirnya

Mendapat kepercayaan dari Sang Raja


Dilantik Yusuf menjadi Menterinya


Surah Yusuf, ayat 54 yang bermaksud:
Raja berkata kepada Yusuf: Sesungguhnya engkau pada hari ini,
adalah seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai.

Tidak lama kemudian, Yusuf dapat bertemu semula dengan ayahanda dan
saudara-saudaranya. Baginda telah memaafkan saudara-saudaranya itu. Dan
sebahagian pendapat berkata baginda akhirnya berkahwin dengan Zulaikha.

Ya kawan-kawan,

Hari ini kita banyak mendengar ramai yang mencari ibu dan saudara
kandung mereka semula walau telah berpisah berpuluh-puluh tahun
lamanya.
Air dicincang tidak akan putus. Maka jadilah kita sebahagian daripada orangorang yang pemaaf.

Sekian..
Wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai