Anda di halaman 1dari 6

(L1/2019)

PERISTIWA NUZUL AL QURAN

SALAM ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


PENGENALAN
Terima kasih peneraju acara, sof kehakiman yang bijaksana, seterusnya hadirin yang mulia.
Sinar ilmu umpama pelita,
Terangi hati tingkatkan iman,
Peristiwa Nuzul Al Quran tajuk cerita,
Mari hayati kisah Al-Quran. ( pantun )

ISI 1 Ya kawan-kawan,
(PENGENALAN Nuzul dari segi bahasa bermaksud turun dari tempat yang tinggi, manakala...istilahnya, turunnya Al Quran
TAJUK) dari Luh Mhafuz ke Baitul Izzah seterusnya sampai kepada baginda Rasulullah s.a.w.
Kalam Allah kalam mulia,
Mukjizat teragung tiada tara,
Bahasa Al Quran bahasa syurga,
Menjadi ibadah jika dibaca. ( lagu – Ya Badratim )

       


28. ( iaitu ) Al Quran dalam bahasa Arab tidak ada yang terpesong (di dalamnya) agar mereka bertakwa.
(L1/2019)

Surah Az Zumar ayat 28

ISU SEMASA Ya kawan-kawan,

Bahasa Arab ialah bahasa Al Quran.. bahasa penghuni syurga. Justeru dalam memperkasakan Bahasa
Arab, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan kurikulum bahasa Arab dalam program JQAF di
sekolah rendah yang berkuatkuasa dari 2005 sehingga kini.

ISI 2 ,Kawan-kawan

Al Furqan,
Telah tersurat di Luh Mahfuz..
Beransur-ansur turun mu kalam yang mulia..
Dari baitul Izzah ke langit dunia..
Si taat Jibril menyampai wahyu
Kepada Rasulullah kekasih sejati...
(L1/2019)

Al Kitab melakar sejarah...


13 tahun di Mekah.. sedekad di Madinah
Bait-baitmu yang indah..
Makkiyah dan Madaniah
Merawat duka bagi yang lara ( Sajak )

DALIL         

Surah Al Buruj 21- 22


ISU SEMASA Ya kawan-kawan,
Al Quran yang mulia sentiasa dalam perlindungan Allah. Ketika tsunami di Palu baru-baru ini,
Kitabullah ditemui dalam keadaan yang masih baik dan tidak rosak sedikit pun.

ISI 3 Kawan-kawan,
Ya kawan-kawan,
ketika itu Nabi berusia 40 tahun, baginda tidak sanggup melihat kemungkaran yang dilakukan oleh
kaumnya. Lantas Rasulullah berulang alik ke Gua Hira’ yang terletak di puncak Jabal Nur mengasingkan
diri untuk beribadah di sana.

17 Ramadhan menjadi saksi


Jibril membawa wahyu Ilahi
(L1/2019)

Iqra bacalah pinta Jibril tiga kali


Ma ana biqori jawapan nabi ( syair )

kali keempat permintaannya, Nabi dipeluk erat lantas baginda membaca...

DALIL : Firman Allah


               
        

Surah Al Alaq ayat 1-5

ISU SEMASA Ya kawan-kawan,

Membaca pelita hidup. Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif untuk menyemarakkan
program gerakan membaca dengan Kempen Dekad Membaca Kebangsaan bermula 2018 hingga 2020.

ISI 4 Kawan-kawan,
Setelah menerima wahyu pertama, Rasulullah pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan. Isteri baginda
Khadijah menyelimut dan menenangkan baginda.
Kemudian, Khadijah membawa baginda bertemu sepupunya, Waraqah bin Naufal seorang pendita nasrani.
Berkata Waraqah bin Naufal “ Wahai Muhammad... Sesungguhnya, kamu telah dilantik menjadi rasul
(L1/2019)

memimpin umatmu, sebagaimana yang terkandung dalam kitab terdahulu..”


Kawan-kawan,
Kepimpinan Rasulullah ibarat Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat ( peribahasa )

DALIL      


Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.
Surah Anbiya’ ayat 107

ISU SEMASA Ya kawan-kawan,


Rasulullah contoh ikutan pemimpin teragung . Justeru Datuk Dr Mujahid Yusof Menteri di Jabatan
Perdana Menteri sering mempromosikan gagasan “rahmatan lil alamin” dalam ucapan beliau.
ISI 5 Kawan-kawan,

Al-Quran panduan penunjuk jalan


Sunnah rasul penerang kegelapan
Al Quran boleh menenangkan
Dan melapangkan jiwa
Untuk kita sampai….. kepada Allah ( Lagu Kebesaran Al Quran – Inteam )
(L1/2019)

PENUTUP Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai