Anda di halaman 1dari 30

MAJLIS SAMBUTAN

NUZUL QURAN
5/8/2012 BERSAMAAN
16 RAMADHAN 1433 H
TUJUAN MAJLIS

1. Menyedarkan akan kelebihan al quran dan


kaitannya dengan ramadhan

2. Mengingat akan kelebihan membaca al quran

3. Menimbulkan motivasi membaca al quran

4. Menjelaskan adab membaca al quran


YOU TUBE NUZUL QURAN

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi


petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang
benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185)
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan
berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah
cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya
dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-
Quran.”
Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali
sebagai seorang yang bengis dan amat membenci
Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam
hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang
akhirnya memeluk Islam.
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah
maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan
sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif
Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf.
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada
Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang
berlipat kali ganda dan barang siapa yang
membacanya adalah baginya cahaya pada hari
Qiamat
Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat
disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap


satu huruf seratus kebajikan.

2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi


tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan
apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya
akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu
berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi
bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri
mengamalkan dengannya.
ANTARA CONTOH HIDAYAH ASBAB AL
QURAN

1.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir


(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain
masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya
dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al
Furqan:53)
Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli
oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Video air sunagai dalam laut
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir
(berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain
masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya
dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al
Furqan:53)
2. KISAH KETUA SAINTIS MASUK
ISLAM
PPT DR
Hubungan Lailatul Qadar
dan Nuzul al-Quran
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai


hubungan yang rapat antara satu sama lain
Satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari
Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel
yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu
para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu

VIDEO SURAH ALQADAR


Firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-
Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya
engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam
Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan
Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit
fajar! (al-Qadar:1-5)
ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN

1. Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan


berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di
baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah
digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala
menggunakan kedua-dua belah tangan semasa
memegang Al-Quran.
2. Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih,
seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang
dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di
dalam masjid.

3. Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika


membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan tenang.

4. Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya


sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan
terlebih dahulu dengan kayu sugi.
5. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca
ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari
gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati
juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca
ta'awwudz.

6. Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu


membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.

7. Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang


merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan
tersebut.
8. Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan
hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin
berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran
hendaklah di jaga.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah


membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).
Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan
yang kena rejam.
10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah:
(Bismillahirrahmanirrahim).
Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal
surah kecuali pada surah At-Taubah.
11. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara
hukum Tajwid).
Firman Allah S.W.T:

Kami membaca Al-Quran itu dengan tartil. (Surah


Al-Furqan: 32)
Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil.
(Surah Al-Muzammmil: 4)
12. Hendaklah meletakkan Al-Quran di riba atau di
tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali
meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah.
Sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:
Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Wahai kaum ahli-ahli Al-Quran jangan gunakan Al-
Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu
membacanya dengan teratur siang dan malam.”
13. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

14. Disunatkan berpuasa di hari khatam Al-Quran dan


diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai
bersama-sama di dalam hari khatam Al-Quran. Dalam
sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah
khatam Al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:
Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w, sesiapa yang telah
khatam Al-Quran baginya doa yang dimakbulkan
Badar al-Kubra

Rasulullah bermunajat kepada Allah:-


‫ اللهم إن تهلك هذه العصابة ال تعبد في‬،‫اللهم أنشدك عهدك و وعدك‬
‫األرض‬

Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah,


jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini
(yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak
akan disembah lagi di mukabumi ini.
KESIMPULAN
1.  Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2.  Al Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk di jadikan


panduan dalam kehidupan.

3. Al quran meninggikan darjat manusia Video budak jd imam

4. Al Quran adalah kalamullah yang amat lengkap, sempurna


dan tidak terbanding oleh manusia Video quran dok terbakar Ppt quran dok terbakar

5. Rebutlah peluang untuk bersedia dan beramal di malam


lailatul Qadar Ppt quran dgital
Sekian
Semoga kita dapat amal dan sampaikan

Anda mungkin juga menyukai