Anda di halaman 1dari 27

ADAB TERHADAP AL-QURAN

DISEDIAKAN OLEH:

MAZAINI
HAFIDZAH
SURIATI
Fadhilat Membaca Al-quran:
‫ قال رسول اهلل‬:‫عن ابن مسعود رضي اهلل عنه قال‬
‫(ص) من قرأء حرفا من كتاب اهلل فله حسنة‬
‫واحلسنة بعشر امثاهلا ال اقول (امل) حرف ولكن الف‬
‫حرف والم حرف و ميم حرف‬.
Daripada Ibn Mas’ud r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab
Allah (al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan satu
kebajikan diganda sepuluh. Aku tidak bermaksud (‫ )ا لم‬itu
satu huruf akan tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf
dan Mim itu satu huruf.

(Hadith Riwayat al-Tirmizi)


Adab Membaca Al-Quran
1. Membaca dengan tertil (iaitu bacaan tenang
tergopoh-gapah dan memenuhi kehendak tajwid).
Firman Allah s.w.t:

Maksudnya:

“Dan Al-Quran itu kami bahagi-bahagikan supaya


Engkau membacakannya kepada manusia dengan
lambat tenang; dan kami menurunkannya beransur-
ansur”
 
(Al-Isra’ 17:106)
2. Pengambilan secara talaqqi dan musyafahah.
Ulama’ tajwid ada menyusun beberapa rangkap
syair:
 
‫و من يأخذ العلم عن شيخ مشافهة يكن عن الزيغ‬
‫والتصحيف يف حرم ومن يكن اخذا للعلم من صحف‬
‫فعلمه عند اهل العلم كالعدم‬
Yang bermaksud:

“Barangsiapa menerima ilmu daripada guru secara musyafahah, dia


akan terselamat daripada terpesong dan diseleweng. Dan
barangsiapa menerima ilmu daripada buku, ilmunya di sisi orang alim
seperti orang jahil.”
 
3. Membaca al-Quran secara tadabbur
Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫من اراد ان يتكلم مع أهلل فليقرأ القرءان‬


Maksudnya:
 
“Sesiapa yang ingin bercakap dengan Allah,
hendaklah dia membaca al-Quran”

(Mulakkhas Ahkam al-Tajwid)


4. Memperelokkan suara semasa membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

‫زين القرءان باصواتكم‬

Maksudnya:
 
“ Perhiaskanlah al-Quran dengan suara kamu”
 
( Sunan al-Nasai dan Abu Daud dari al-Barra’)
 
5. Bacaan dengan lahjah Arab
Sabda Rasulullah s.a.w.:
 

‫اقرأوا القرءان بلحون العرب واصواهتا‬


Maksudnya:
 
“ Bacalah al-Quran dengan gaya pertuturan Arab dan
suaranya”
(‫)ن وادر ا ألصلعنحذيجة وابو دواد‬
6. Tidak mengalunkan suara secara berlebihan
Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
‫أحسن الناس صوتا من اذا قرأ القرءان رأيته خيشى اهلل‬
‫تعاىل‬
Maksudnya:
“Seseorang yang paling baik suaranya ialah mereka
yang apabila membaca al-Quran, engkau
melihatnya taqwa kepada Allah”
( Umdah al-Qari ‘An Jabir)
Fadhilat Mengajar Al-quran:

“ Sesiapa yang mengajar al-Quran kepadaa anaknya


secara melihat mushaf, Allah akan mengampunkan
dosanya yang lalu dan yang terkemudian dan sesiapa
yang mengajarnya secara menghafaz, Allah akan
membangkitkannya di akhirat seperti bulan purnama
dan dikatakan kepada anaknya, bacalah! Tiap-tiap kali
dia membaca satu ayat daripadanya Allah
mengangkat darjat bapanya hinggalah sampai akhir
ayat yang dihafaznya”

Riwayat al-Tabrani
Hukum Mengambil Upah
Mengajar Al-Quran
 Ulama’ Hanafi berpendapat bahawa harus bagi guru
yang mengajar Al-Quran dan hukum agama
mengambil upah atas pengajarannya dengan sebab
keadaan semasa telah berubah dan faktor kesibukan
manusia dengan hal-hal kehidupan. Malah, pandapat
ini mengatakan guru tidak boleh mengajar tanpa
upah.

(Kitab Fiqh Islami wa Adillatuh karangan


Dr. Wahbah Al-Zuhaily )
Adab terhadap Al-Quran

 Adab menyentuh al-Quran


 Adab menyimpan al-Quran
Adab menyentuh al-Quran

Wajib, dengan ada wudhu’,

1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran


termasuk helaian kertasnya biarpun sudah
terpisah daripada kitab tersebut.

2. Menyentuh atau membawa rehal yang


dikhususkan untuk meletakkan kitab Al-Quran.
 3. Menyentuh atau membawa, beg atau sarung
yang ada Al-Quran di dalamnya, apabila beg
atau sarung itu memang dikhususkan untuk
mengisi kitab Al-Quran.
 Tidak haram tanpa ada wudhu’,

1. Menyentuh atau membawa kitab Al-Quran


yang huruf terjemahannya lebih banyak
daripada huruf Al-Quran.

2. Menyentuh atau membawa, beg yang ada


Al-Quran di dalamnya, apabila beg itu bukan
dikhususkan untuk mengisi kitab Al-Quran.
Jika dibawa beg itu, maka diniatkan
membawa beg, bukan membawa Al-Quran.
Adab menyimpan al-Quran

 Tidaklah menjadi wajib meletakkan di


tempat tinggi.
 wajibnya ialah menghindarkan Al-
Quran daripada dibiarkan di tempat
yang kotor seperti longkang atau
menjadi mainan anak-anak.
 Namun begitu, sunat memuliakan Al-Quran
dengan meletakkan dia di tempat yang tinggi
sesuai dengan ianya adalah kitabullah.

 Dan tidak seharusnya meletakkan apa-apa di


atas kitab Al-Quran melainkan Al-Quran juga.
Takut Kepada Allah

Al-Quran akan bertindak menjadi pelindung


dari melakukan sesuatu yang berlawanan dari
syariat Islam.Setiap perlakuan sudah
tentunya akan bersandar pada syariat yang
benar kerana mereka gementar dan takutkan
azab seksaan Allah yang tidak terperi
sakitnya.
Cintakan Kebaikan

 Masyarakat yang sentiasa sahaja berpegang


dengan pengajaran al-Quran,menjadi
mustahil seandainya melakukan kerosakkan
yang melanggar hukum Allah
 Justeru itu, mereka sentiasa sahaja
menjadikan diri lebih rapat dengan Allah
dengan cara mencintai kebaikan.
Menghindari Kejahatan dan
Maksiat
 Hati bila mana sentiasa sahaja dipenuhi
dengan kecintaan kepada Allah SWT sudah
tentunya menjauhi setiap kejahatan dan
maksiat.
 Ini kerana dua keadaan tersebut (kejahatan
dan maksiat) mengundang murka Allah.
 Hal tersebut adalah larangan yang
semestinya dijauhi bagi mereka yang
cintakan al-Quran.
Aman dan Tenteram

 Masyarakat akan berada dalam keadaan


aman dan tenteram.
 Sejarah lampau telah menunjukkan kepada
kita masyarakat Islam akan makmur kerana
berada di bawah payungan Allah SWT.
 Syarat bagi mendapat keamanan dan
ketenteraman adalah mengikut segala yang
ditulis di dalam al-Quran.
Bahagia

 Kebahagiaan adalah impian bagi setiap itu


bersifat subjektif.
 Allah telah menunjukkan kita cara bagi
mendapatkan kebahagiaan.
 Salah satu caranya adalah dengan cara
membaca al-Quran.
 Pembaca al-Quran Allah masukkan padanya
ketenangan.
 Justeru itu, sebagai balasan Allah sediakan
untuknya kebahagiaan.
Suburnya Segala Sifat Yang
Baik
 manusia yang baik adalah hasil didikan Islam
yang cemerlang.
 Keadaan tersebut menjelaskan kepada kita
bahawa untuk mendapatkan sifat yang baik
memerlukan kepada latihan yang gigih.
 Maka melalui tarbiah inilah lahirnya generasi
al-Quran yang subur mekar segala sifat yang
baik.
Beroleh Kejayaan Hidup di
Dunia dan Akhirat
 Kita sudah sedia maklum bahawa sesiapa
sahaja yang menurut setiap perintah Allah
akan beroleh kejayaan hidup sama ada di
dunia atau di akhirat.
 Mereka menjadikan al-Quran sebagai rujukan
dan panduan hidup.
Kesimpulan

 al-Quran itu merupakan kalamuLlah yang


begitu agung.
 Meninggalkannya satu kerugian besar pada
diri.
 Al-Quran adalah rujukan utama bagi kita bagi
membetul dan meletakkan diri kita atas
landasan yang betul dan lurus.
 Marilah mendengar keseluruhan nasihat dan
teguran yang terdapat di dalam al-Quran!!!!!

Anda mungkin juga menyukai