Anda di halaman 1dari 19

Topik 3 X Sejarah

Perkembangan
Ilmu al-Qiraat

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya akan dapat:


1. Menjelaskan sejarah perkembangan Ilmu al-Qiraat;
2. Menyatakan tokoh-tokoh Qiraat pada zaman para Sahabat dan
Tabi`in; dan
3. Mengenal pasti kumpulan Qiraat yang mutawatirah.

X PENGENALAN
Semenjak wahyu diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, baginda telah membaca
dan mengajarkan al-Quran kepada para Sahabat r.a. Sebenarnya perkembangan
ilmu al-Qiraat ini wujud seawal ayat al-Quran diturunkan. Namun bacaan secara
Qiraat belum diamalkan sehinggalah Rasulullah s.a.w mengadu kepada Allah
s.w.t setelah melihat kesukaran para Sahabat membaca al-Quran. Perkara ini
dikuatkan lagi memandangkan para Sahabat begitu minat dan tekun untuk
mempelajari al-Quran dan membacanya dengan sahih. Kecenderungan mereka
itu menyebabkan ada di antara para Sahabat r.a membaca al-Quran dengan satu
atau tiga huruf (bentuk bacaan) dan sebahagian yang lain pula membaca lebih
daripada itu.

Jesteru, dalam topik ini kita akan membincangkan sejarah perkembangan ilmu
al-Qiraat ini dari sudut penurunannya, tokoh-tokoh dalam era Sahabat dan
Tabi`in, dan kategori ilmu al-Qiraat sebagaimana yang dibahaskan oleh para
ulama bidang ini.
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 29

ȱ
Aktiviti 3.1
ȱ
ȱ
ȱ Buat dalam bentuk halaqah (kumpulan), kemudian perdengarkan bacaan
ȱ dari rakan-rakan anda. Nilaikan sejauh mana tahap penguasaan bacaan al-
ȱ Quran di kalangan ahli kumpulan anda.
ȱ
ȱ

3.1 PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT


ȱ
3.1.1 Sejarah Permulaan Ilmu al-Qiraat
Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Qiyamah: 16-18;
ȱ
Maksudnya: Janganlah engkau (wahai
Muhammad) - kerana hendakkan cepat
menghafaz al-Quran yang diturunkan
kepadamu - menggerakkan lidahmu §ª¯¨ àž°O¯ #\HØÈW*° \W5_° ž°O¯ Ö­JmSVÊ% Y
membacanya (sebelum selesai
dibacakan kepadamu). Sesungguhnya
Kamilah yang berkuasa Vl¯ VÙ §ª°¨ œÈOW5XÄ×mÉXT œÈO\ÈØ+VF X=ÙjQ Wà ‰D¯
mengumpulkan al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya §ª±¨ œÈOW5XÄ×mÉ Õ̯‰"VÙ ÈO›W5Ú WmV
(pada lidahmu); oleh itu, apabila Kami
telah menyempurnakan bacaannya
(kepadamu, dengan perantaraan Jibril
a.s), maka bacalah menurut bacaannya
itu.
ȱ
Al-Imam Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat di atas, beliau menyatakan bahawa
ini adalah merupakan bentuk pengajaran (al-Ta`lim) dari Allah s.w.t kepada
kekasihNya, Nabi Muhammad s.aw al-Ta`lim ini adalah bertujuan untuk
menerangkan bagaimana kaedah penyampaian wahyu Ilahi (al-Quran) iaitu
dengan cara bertalaqqi dengan perantaraan Saidina Jibril a.s. Tambah al-Imam
Ibnu kathir lagi, terdapat 6 kaedah al-Ta`lim yang diperintahkan Allah s.w.t
kepada Rasulullah s.a.w seperti dalam Rajah 3.1 iaitu;
30 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

(1)
Bersegera
dalam
menerimanya.
(6) (2)
Mengajar dan Dimulai
menerangkan dengan bacaan
maksudnya. dari Jibril a.s.

KAEDAH
AL-TA`LIM
(5) (3)
Membaca Mendengar
sebagaimana dengan penuh
disampaikan. tekun.

(4)
Menghafaz ke
dalam dada.

Rajah 3.1: Enam kaedah al-TaÊlim


ȱ
Kaedah bertalaqqi sebagaimana tersebut di atas dikuatkan lagi dengan sepotong
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam sahihnya dari Abu
Hurayrah r.a berkata;
ȱ
ȱ
Maksudnya: Adalah (Jibril a.s)    
         
  
mengemukakan kepada Nabi
Muhammad s.a.w bacaan al-Quran / 0 )(  !*+  ,-+ .  !" # %$ &  
%! !'

setiap sekali setahun (iaitu pada
bulan Ramadan). Maka pada tahun 3
  + 4$5! ) . $1  & 20 %$ &   
   1
baginda s.a.w wafat, dikemukakan
kepadanya dua kali ...%$ &$1
ȱ
ȱ
Kedua-dua dalil di atas menunjukkan bahawa Allah s.w.t memberi pendedahan
asas kepada Rasulullah s.a.w dengan pengajaran (al-Ta`lim) yang amat releven.
Ini bertujuan untuk menjaga al-Quran dari sebarang kesilapan ketika
membacanya. Ini kerana sedikit kesilapan akan membawa kepada perubahan
makna dan maksud di dalam al-Quran. Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w dalam
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 31

mempelajari al-Quran tetap menyemak bacaannya dengan Saidina Jibril a.s.


setahun sekali secara bertalaqqi. Kesinambungan dari amalan ini, maka
Rasulullah s.a.w mengajar kaedah bacaan al-Quran tersebut kepada para
Sahabatnya r.a dengan cara yang sama sebagaimana diterimanya dari Allah s.w.t
melalui perantaraan Saidina Jibril a.s. tanpa menokok tambah. Perkara ini jelas
sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sunan Ibn Majah;
ȱ
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Barangsiapa yang suka
   !" # %$ &   %
! !'
 %$ !  7
"8 !
membaca al-Quran yang menepati  ? @+ > ;<=  ,-+ .  -.  .  9:   0
bacaannya sebagaimana ia diturunkan,
maka bacalah sebagaimana bacaan Ibn .ED   )+   $ CB $  A
. -. &. 1
Ummi Abdin (Abdullah ibn Mas`ud).
ȱ
Justeru, tidak dapat kita nafikan lagi bahawa perkara pokok atau asas dalam
pengajian al-Quran adalah bermula dengan amalan al-Talaqqi atau al-
Mushafahah. Dengan kata lain, mempelajari al-Quran secara bertalaqqi atau dari
mulut ke mulut daripada guru-guru yang dipercayai dan bersambung sanadnya
kepada Rasulullah s.a.w. Perkara ini menunjukkan bahawa apa yang tertulis
dalam mushaf (kitab al-Quran) sebenarnya merupakan panduan bacaan bagi
umat Islam. Namun kaedah yang terbaik dalam membaca al-Quran adalah
dengan cara bertalaqqi dengan guru atau ustaz yang berkelayakan.

Oleh sebab itu, kita dapat lihat bahawa Rasulullah s.a.w amat prihatin dalam
pendidikan al-Quran dan ketepatan bacaannya serta baginda s.a.w telah
melantik beberapa orang para Sahabat r.a yang mempunyai kepakaran dalam
pembacaan al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam sepotong hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam sahihnya; dari Abdullah ibn `Amr r.a
bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
ȱ
ȱ
Maksudnya: Ambillah bacaan al-   %$ ! E$    0$ FD  8   0$  ,-+ . #+5
G
Quran itu dari empat orang iaitu
Abdullah ibn Mas`ud, Salim ibn    +# *( J   K$ 0
# ( $"# HD 7
I
 0
Ma`qil (Maula Abu Huzayfah), Mu`az
ibn Jabal dan Ubay ibn Ka`ab r.a. .9
(  
ȱ
Menurut kajian, pada mulanya penulisan ayat-ayat al-Quran di dalam mushaf
tidak mengandungi titik dan baris. Bentuk kalimahnya pula boleh dibaca dengan
beberapa kaedah atau wajah. Saidina Uthman ibn Affan r.a ketika mengutus
mushaf ke kota-kota Islam, beliau telah menghantar bersama-sama mushaf
tersebut seorang guru yang bacaan dan kepakarannya selari dengan kandungan
32 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

mushaf yang ditulis. Bacaan tersebut, boleh jadi berlainan dengan bacaan dalam
mushaf yang diutuskan ke tempat lain. Keadaan ini berterusan sehingga ke
generasi kedua iaitu Tabi`in r.a di mana mereka mengambil bacaan dan
mempelajari al-Quran dari para Sahabat r.a dan keadaan ini silih berganti dari
generasi ke generasi sehinggalah sampai pada zaman imam-imam Qiraat yang
masyhur (yang akan kita bincangkan pada tajuk akan datang).

Sebenarnya perbahasan dari sudut bacaan (al-QiraÊat) ini mula timbul semenjak
zaman Rasulullah s.a.w lagi. Bermula dengan perbezaan bacaan di kalangan para
Sahabat r.a. Perkara ini merujuk kepada perbezaan bacaan al-Quran yang di
ambil dari Rasulullah s.a.w.

Imam al-Bukhari dalam sahihnya ada meriwayatkan bahawa Saidina Umar ibn
al-Khattab r.a telah menegur bacaan Hisyam ibn Hakim r.a ketika beliau
membaca Surah al-Furqan dengan membaca bacaan yang berbeza sebagaimana
yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada Saidina Umar r.a. Kemudian Saidina
Umar r.a telah membawa Hisyam berjumpa dengan Rasulullah s.a.w bagi
mendapat kepastian tentang bacaan tersebut. Setelah Rasulullah s.a.w
mendengar bacaan Hisyam maka baginda bersabda; ÂBegitulah ia diturunkanÊ.
Kemudian Rasulullah s.a.w mendengar pula bacaan dari Saidina Umar, lalu
baginda bersabda; ÂBegitulah juga ia diturunkanÊ. Lantas Rasulullah s.a.w
menerangkan bahawa sesunggunya al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf
(bacaan), maka bacalah apa yang mudah daripadanya.

Maksud hadis di atas menunjukkan bahawa ilmu al-Qiraat ini adalah bermula
setelah keizinan wahyu dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dengan
penurunan al-Quran dengan tujuh huruf (bentuk bacaan). Kemudian ianya
diikat dengan tawatur (sampai sanadnya kepada Rasulullah s.a.w) dan sahih
melalui penulisan kaedah Rasm Uthmani. Apapun, perkara yang perlu kita
fahami adalah walaupun wujudnya perbezaan bacaan al-Quran di kalangan
para Sahabat, Tabi`in dan Imam-imam Qiraat, namun perbezaan tersebut masih
lagi berada dalam lingkungan tujuh huruf (bacaan) sebagaimana diturunkan
oleh Allah s.w.t.

Pada kurun pertama dan kedua Hijrah iaitu setelah syiar Islam berkembang luas
sehingga melewati Negara Rom dan Parsi, penggunaan Bahasa Arab mula
bercampur dengan bahasa lain. Percampuran bahasa ini merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam
penggunaan Bahasa Arab dan penguasaannya. Kesannya juga sedikit sebanyak
memberi tamparan terhadap pembacaan al-Quran. Maka berlakulah kesalahan
dalam pembacaan al-Quran dan kekeliruan kepada masyarakat Islam terutama
golongan `ajami (bukan di kalangan bangsa Arab). Keadaan ini menyebabkan
Mushaf dinaik taraf dengan meletakkan baris dan titik pada huruf-hurufnya. Ia
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 33

dipimpin oleh Abu Aswad al-Duali (wafat pada 67H) dan al-Khalil ibn Ahmad
al-Farahidi (wafat pada 170H).

Menurut kajian, terdapat dua pendapat dalam menyatakan karangan yang


terawal dalam bidang ilmu Qiraat iaitu bermula seawal kurun Pertama Hijrah
iaitu dalam era generasi Tabi`in r.a dan kurun ketiga Hijrah.

Menurut Abd al-Hadi al-Fadli dalam kitabnya Êal-QiraÊat al-QurÊaniyyah: Tarikh


wa Ta`rifÊ, ada menyebut bahawa Shaykh Yahya ibn Yu`mar (wafat pada 90H)
adalah perintis dalam permulaan era pembukuan ilmu Qiraat iaitu seawal kurun
pertama Hijrah. Ibn Atiyyah pula berpendapat bahawa karya Shaykh Yahya ibn
Yu`mar menjadi rujukan utama dalam bidang ilmu Qiraat sehinggalah lahirnya
Ibn Mujahid al-Baghdadi (wafat pada 324H) dengan karyanya ÊKitab al-Sab`ahÊ.

Jadual 3.1 di bawah menunjukkan perkembangan ilmu Qiraat pada era


penulisan dan pembukuannya mengikut kurun-kurun Hijrah:
Jadual 3.1: Perkembangan ilmu Qiraat

KURUN PELOPOR CATATAN


Pertama 1. Yahya ibn Ya`mur (w. 90H) Beliau mengumpulkan semua riwayat
Hijrah mengenai perbezaan Qiraat dengan Rasm
`Uthmani.
Kedua 1. Aban ibn Taghlab al-Kufi (w. Pendapat ini sebagaimana ditulis oleh Ibn al-
Hijrah 141H) Nadim dalam karyanya Êal-FahrasatÊ.
2. Muqatil ibn Sulayman (w.
150H)
3. ZaÊidah ibn Qudamah al-
Thaqafi (w. 161H)
Ketiga 1. Yahya ibn al-Mubarak al-Yazidi 1. Beliau menulis satu risalah kecil
Hijrah (w. 202H) mengenai Qiraah Abu Amr ibn `Ala.
2. Ya`kub ibn Ishaq al-Hadrami 2. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
(w. 205H) 3. Beliau mengumpulkan 25 orang Qari
3. Abu `Ubayd al-Qasim ibn termasuk al-QurraÊ al-Sab`ah.
Salam (w. 224H) 4. Beliau menulis kitab ÊQiraÊat al-
4. Abu `Umar Hafs al-Duri (w. NabawiyahÊ.
246H)
Keempat 1. Ibn Jarir al-Tabari (w. 310H) 1. Beliau menulis kitab Êal-Jami`Ê.
Hijrah 2. Abu Bakr Abdullah ibn 2. Beliau menulis Kitab Êal-MasahifÊ.
Sulayman (w. 316H) 3. Beliau menulis ÊKitab al-Sab`ahÊ di mana
3. Abu Bakr Ahmad ibn Musa ibn beliau telah mengasingkan ilmu Qiraat
al-`Abbas ibn Mujahid (w. itu kepada tujuh imam yang bersesuaian
324H) dengan penurunan al-Quran dalam tujuh
huruf dan Mushaf Uthmani yang
berjumlah tujuh naskhah.
34 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

Jelasnya, penulisan dalam bidang ini sentiasa berkembang dari generasi ke


generasi berikutnya. Pada kurun keenam hijrah, lahir pula satu karya yang
masyhur karangan Abu Muhammad al-Qasim ibn Fayyurah al-Shatibi (wafat
pada 590H) iaitu ÊHirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-QiraÊat al-Sab`Ê. Karya
ini bersumberkan karangan ÊKitab al-TaysirÊ yang ditulis oleh Abu `Amr al-Dani
(wafat pada 444H) yang mengandungi 1173 bayt.

Kemudian lahirlah satu karya yang dikira sebagai karya agung dalam ilmu
Qiraat iaitu pada kurun kesembilan hijrah. Ini kerana karya tersebut merupakan
rujukan utama sehingga ke hari ini dan kebanyakan generasi selepasnya
mengutip dan mengulangi kandungan karya tersebut. Karya tersebut ditulis oleh
Shams al-Din Muhammad ibn Muhammad ibn al-Jazari (wafat pada 833H)
berjudul Âal-Nashr fi al-QiraÊat al-`AshrÊ dan diringkaskan dalam bentuk puisi
berjudul ÂTayyibah al-NashrÊ. Karya ini juga berjaya membuktikan bahawa
kesemua sepuluh Qiraat yang dikumpulkan dalam 980 turuq adalah
mutawatirah.
ȱ
3.1.2 Peringkat-peringkat Perkembangan Ilmu al-
Qiraat
Secara amnya, peringkat penurunan ilmu al-Qiraat ini bolehlah kita bahagikan
kepada tiga bahagian:

(a) Pertama; Peringkat Penurunan Ilmu al-Qiraat.


Ia bermula seawal penurunan wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad
s.a.w melalui kaedah mushafahah Rasulullah s.a.w dengan Saidina Jibril a.s
setiap setahun sekali. Penurunan ini sejajar dengan penurunan al-Quran
dalam tujuh huruf. Perkara ini dikuatkan dengan dalil hadis-hadis sahih di
mana seramai lebih daripada 20 orang dari kalangan para Sahabat r.a. telah
meriwayatkannya secara mutawatir dari Rasulullah s.a.w.

(b) Kedua; Peringkat Penyebaran Ilmu al-Qiraat.


Ia bermula selepas kewafatan Rasulullah s.a.w di mana peranan para
Sahabat yang dikenali sebagai QurraÊ. Mereka ini menjadi sumber dan guru
kepada generasi Tabi`in dalam meriwayatkan Qiraat secara bersanad.
Maka lahirlah QiraÊah Ibn Mas`ud yang menjadi pegangan penduduk
Kuffah, QiraÊah Ubay ibn Ka`ab yang menjadi pegangan penduduk Sham
dan sebagainya.
ȱ
ȱ
ȱ
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 35

(c) Ketiga; Peringkat Pembukuan Ilmu al-Qiraat.


Ia bermula seawal perkembangan syiar Islam pada kurun pertama Hijrah
ke serata tempat sehingga melewati Negara Rom dan Parsi. Merujuk
kepada karangan Imam Ibn al-Jazari dalam kitabnya Êal-NashrÊ (Jil. 1, hlmn:
8-9), beliau menyatakan bahawa:

‰Setelah Islam berkembang pesat, kekurangan hafazan setelah


ramai di antara ahli QurraÊ yang telah meninggal dunia dan
perselisihan di kalangan Imam-imam Qiraat, maka sebahagian
mereka mula mengumpul dan mengarang ilmu Qiraat yang
masyhur di sisi mereka‰.

Rajah 3.2 di bawah menunjukkan ringkasan peringkat-peringkat perkembangan


ilmu Qiraat:
ȱ
PERINGKAT PERKEMBANGAN
ILMU AL-QIRAAT

ZAMAN RASULULLAH S.A.W


(Peringkat Penurunan)

ZAMAN SAHABAT & TABI`IN R.A


(Peringkat Penyebaran)

ZAMAN IMAM-IMAM AL-QIRAAT


(Peringkat Pembukuan)
ȱ
Rajah 3.2: Peringkat-peringkat perkembangan ilmu Qiraat

ȱ
3.1.3 Masa Penurunan Ilmu al-Qiraat
Dalam membahaskan tentang permulaan ilmu al-Qiraat diturunkan, terlebih
dahulu kita perlu memahami maksud sebenar ÂpenurunanÊ tersebut. Kekeliruan
terhadap penggunaan lafaz (?@) yang bererti ÂmenurunkanÊ menyebabkan
timbulnya salah faham terhadap konsep penurunan ilmu al-Qiraat. Sebenarnya
perbahasan mengenai masa penurunan ilmu al-Qiraat ini amat berkait rapat
dengan konsep penurunan al-Quran dalam tujuh huruf (sebagaimana dalam
36 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

tajuk 2). Adapun maksud sebenar penggunaan lafaz (?@) iaitu menurunkan,
adalah merujuk kepada arahan daripada Allah s.w.t. dalam memberi keizinan
kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. untuk membaca al-Quran dengan tujuh
huruf iaitu permulaan perbahasan dalam konteks ilmu al-Qiraat.

Menurut kajian para ahli QurraÊ, masa penurunan ilmu al-Qiraat (Jadual 3.2) ini
merujuk kepada dua pendapat iaitu sama ada ia diturunkan di Mekah ataupun
di Madinah:

Jadual 3.2: Masa Penurunan Ilmu al-Qiraat

MASA
Bil. CATATAN
PENURUNAN
Pendapat ini merujuk kepada penurunan al-Quran yang
bermula di kota Mekah.

Hujahnya:-
Sebelum Ini kerana ilmu Qiraat ini telah dibaca dan diturunkan selari
1.
Peristiwa Hijrah dengan penurunan al-Quran itu sendiri. Namun
penyebarannya belum meluas. Pendapat ini juga berdasarkan
bahawa sebahagian besar surah-surah al-Quran adalah
Makkiyyah dan pada surah-surah tersebut terdapat wajah
Qiraat yang terdapat dalam surah-surah Madaniyyah.

Pendapat ini merujuk kepada penurunan al-Quran yang


bermula di kota Madinah.
Selepas Peristiwa
2. Hujahnya:-
Hijrah
Ini berdasarkan kepada kedudukan umat Islam di Madinah
dan kebebasan mereka untuk mempelajari ilmu al-Quran
terbuka luas berbanding keadaan mereka di Mekah.

Kesimpulan daripada kedua-dua pendapat di atas, pendapat kedua adalah lebih


tepat jika dikira dari sudut permulaan ilmu al-Qiraat itu dipraktikkan oleh umat
Nabi Muhammad s.a.w. Tambahan pula ketika itu syiar Islam sedang giat
berkembang ke merata tempat dan pengislaman dari pelbagai puak dan kabilah
turut menyumbang ke arah perbezaan bacaan al-Quran. Justeru, permulaan
perbahasan mengenai ilmu al-Qiraat ini amat berkait rapat dengan penurunan
al-Quran dengan tujuh huruf. Ini bermakna keizinan Allah s.w.t kepada
hambanya dalam membaca al-Quran dalam tujuh huruf adalah merupakan
hujah yang kuat di dalam amalan membaca al-Quran secara berqiraat.

Jadual 3.3 di bawah menunjukkan rumusan dalil tarjih (Hujah yang paling kuat)
di sisi para pengkaji dalam bidang ini:
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 37

Jadual 3.3: Hujah yang Rajih (Tepat)

MASA PENURUNAN HUJAHNYA


1. Terdapat hadis sahih yang membahaskan tentang
bacaan tujuh huruf, contohnya:-
a. Peristiwa perselisihan bacaan di antara Saidina
Umar al-Khattab dengan Hisham ibn Hakim
(seperti disebut sebelum ini) adalah berlaku di
Madinah.
b. Peristiwa perbualan Rasulullah s.a.w. dengan
Malaikat Jibril a.s. di terusan Bani Ghifar di mana
Malaikat Jibril a.s. menyampaikan perutusan
keizinan dari Allah s.w.t. dengan tujuh huruf
SELEPAS PERISTIWA
bacaan al-Quran. Hadis yang diriwayatkan oleh
HIJRAH IAITU DI
Imam Muslim ini menunjukkan bahawa terusan
KOTA MADINAH
Bani Ghifar ini adalah berada dekat kota Madinah.

2. Ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah


kebanyakkannya berkaitan dengan akidah. Jadi, ilmu
qiraat secara umumnya tidak ada di dalam ayat-ayat
yang berkaitan dengan akidah.

3. Kedudukan umat Islam dan kebebasan mereka untuk


mempelajari al-Quran amatlah terhad ketika di Mekah
tidak seperti mana kebebasan mereka berada di
Madinah.
ȱ
Aktiviti 3.2

Sila huraikan dua orang tokoh dalam bidang ilmu Qiraat dengan
menyatakan riwayat hidup mereka serta sumbangannya dalam bidang ini.

3.2 TOKOH-TOKOH QIRAAT


ȱ
3.2.1 Para Huffaz
Setiap peringkat generasi dalam susun atur masyarakat Islam bermula pada
zaman Rasulullah s.a.w hingga ke hari ini terdapat satu golongan yang digelar
sebagai ÂHamil al-QurÊanÊ (pembawa al-QurÊan) atau ÂQurÊan al-MutaharrikÊ (al-
QurÊan bergerak) bermaksud para huffaz. Allah s.w.t telah meletakkan
38 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

kecenderungan mereka ini untuk menghafaz al-Quran dan mengajarnya. Dalam


satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas ibn Malik r.a, apabila Rasulullah
s.a.w ditanya oleh para Sahabat r.a. mengenai golongan ini, maka baginda s.a.w
menerangkan bahawa golongan tersebut adalah merupakan ahli-ahli Allah dan
pewaris kalamNya yang terpilih.
ȱ
ȱ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah  
 0 :* & $ N O  0$  & $   %$ !$ !P
s.w.t mempunyai ahlinya di kalangan
manusia. Mereka bertanya; Siapakah S
R  +*   N$,-+ . +*   
:  NRS  7
"8
mereka wahai Rasulullah s.a.w?
Baginda s.a.w menjawab: Mereka .%
T
'
 G#
adalah ahli al-Quran iaitu ahli Allah
dan pilihanNya.
ȱ
Adapun peringkat para Huffaz adalah ramai. Imam al-Qurtubi meriwayatkan
bahawa seramai 70 orang para ShuhadaÊ iaitu pejuang Islam yang mati syahid di
jalan Allah dalam peperangan ÂBiÊr al-Ma`unahÊ dan Âal-YamamahÊ adalah
merupakan para QurraÊ dan Huffaz.
ȱ
3.2.2 Para Huffaz Pada Zaman Sahabat r.a
Generasi para Sahabat r.a adalah merupakan satu era di mana Rasulullah s.a.w
menjamin kehebatan dan keimanan mereka dengan mengklasifikasikan generasi
ini sebagai sebaik-baik kurun selepas kewafatan baginda s.a.w.
ȱ

Maksudnya: Sebaik-baik kurun adalah


kurun di mana aku di utuskan,
U+  V
@7    5$ ! U+  @   $ #
+-.
& G
kemudian mereka yang selepasku, .
V@7    5$ !
kemudian mereka yang berikutnya.

Maka sudah pastinya generasi ini menerima bacaan al-Quran dan menghafaznya
ke dalam dada secara lansung dari Rasulullah s.a.w tanpa membuat sebarang
perubahan. Jadual 3.4 menunjukkan beberapa orang para Huffaz yang terkenal
di kalangan para Sahabat r.a:
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 39

Jadual 3.4: Beberapa Orang Para Huffaz yang Terkenal

Bil. NAMA HUFFAZ CATATAN


Ibn al-Jazari dalam kitabnya ÂGhayah al-NihayahÊ ada
Amirul Mukminin
menyebut bahawa Saidina Abu Bakr r.a adalah merupakan
1. Khalifah Abu Bakr
orang yang pertama mengumpulkan al-Quran dalam
al-Siddiq r.a
bentuk mushaf.
Amirul Mukminin Saidina Umar ibn al-Khattab r.a. juga terkenal di antara
2. Khalifah Umar ibn kalangan Sahabat yang meriwayat hadis berkaitan dengan
al-Khattab r.a huruf (bacaan) al-Quran.
Amirul Mukminin Saidina Uthman pula terkenal dengan pelopor kepada
3. Khalifah Uthman ibn penulisan al-Quran dalam bentuk Rasm dan dihantar ke
`Affan r.a serata tempat bersama para QurraÊ.
Ibn Qayyim al-Jawzi dalam kitabnya Âal-Miftah Dar al-
Amirul Mukminin
Sa`adahÊ ada menyatakan bahawa Saidina Ali r.a
4. Khalifah Ali ibn Abi
merupakan orang yang sangat alim dalam bacaan al-Quran
Talib r.a
yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.
Imam al-Bukhari ada menyatakan bahawa Saidina Ubay
ibn Ka`ab merupakan ketua di kalangan para QurraÊ dan
Saidina Ubay ibn
5. terbaik dalam menghafaz al-Quran serta menerima bacaan
Ka`ab r.a
al-Quran dan pernah membacakannya di hadapan
Rasulullah s.a.w.
Saidina Zaid ibn Thabit memang orang yang sinonim
dengan al-Quran. Beliau pernah menjadi penulis wahyu,
Saidina Zaid ibn
6. pengumpul dan penulis al-Quran semenjak zaman
Thabit r.a
Rasulullah s.a.w hingga zaman Khalifah Uthman ibn
`Affan.
Saidina Abdullah ibn Mas`ud juga merupakan orang yang
terkenal dengan bacaan yang terbaik dari sudut tartil dan
Saidina Abdullah ibn
7. tahqiqnya sehingga Rasulullah s.a.w memuji bacaannya.
Mas`ud r.a
Beliau juga orang yang pertama meriwayatkan al-Quran
dari Rasulullah s.a.w secara mushafahah.
Saidina Abu DardaÊ juga merupakan salah seorang Huffaz,
Saidina Abu DardaÊ
8. pengumpul al-Quran dan tenaga pengajar al-Quran di
r.a
masjid Damshiq.
Saidina Abu Musa juga merupakan salah seorang Huffaz
Saidina Abu Musa al- yang mempunyai suara yang merdu sehingga Rasulullah
9.
Ash`ari r.a s.a.w. menggambarkan suaranya seperti seruling (lunak
dan merdu) warisan suara keluarga Nabi Daud a.s.
40 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

3.2.3 Para Huffaz pada Zaman Tabi`in r.a


Generasi Tabi`in r.a juga merupakan salah satu era yang tergolong dalam
kategori sebaik-baik kurun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya,
di antara mereka bertalaqqi dan menerima al-Quran melalui para Sahabat r.a dan
sanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Jadual 3.5 menunjukkan para Huffaz dalam generasi Tabi`in mengikut tempat
masing-masing:

Jadual 3.5: Para Huffaz dalam Generasi TabiÊin Mengikut Tempat Masing-masing

Bil. TEMPAT NAMA HUFFAZ


Mereka adalah terdiri daripada penduduk Mekah seperti
Kota Mekah
1. `AtaÊ, Mujahid ibn Jabir, Towus ibn Kasan, Ikrimah,
al-Mukarramah
ÂUbayd ibn ÂUmayr dan ramai lagi.
Di antaranya ialah Sa`id ibn al-Musayyab, ÂUrwah ibn
Kota Madinah
2. Zubayr, Salim ibn Utbah, Umar ibn Abdul Aziz, Sulaiman
al-Munawwarah
ibn Yasar dan ramai lagi.
Di antaranya ialah Al-Qamah ibn Qays, al-Aswad ibn
3. Kota Kuffah Yazid, ÂUbaydah ibn `Amru, al-Harith ibn Qays, Umar ibn
Shurahbil dan ramai lagi.
Di antaranya ialah Rafi` ibn Mihran Abu al-`Aliyyah, Abu
4. Kota Basrah RajaÊ al-`Ataridi, Nasru ibn `Asim, Yahya ibn Yu`mar,
Hassan al-Basri dan ramai lagi.
Di antaranya ialah Mughirah ibn Abi Shihab dan Khalifah
5. Kota Sham
ibn Sa`ad.

Menurut kitab Êal-NashrÊ karangan Imam ibn al-Jazari, penduduk yang tinggal di
setiap kota tersebut telah membaca al-Quran dan berpegang dengan bacaan
tersebut mengikut apa yang mereka terima daripada para Huffaz yang mengajar
mereka. Rentetan daripada itu, maka lahirlah Imam-imam yang terkenal dari
setiap kota tersebut dan bacaan mereka diikuti di dalam al-Qiraat.

Rajah di bawah menunjukkan Imam-iman yang terkenal dengan bacaan mereka


dijadikan pegangan:
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 41

Jadual 3.6: Imam-imam yang Terkenal

Bil. TEMPAT NAMA HUFFAZ YANG TERKENAL


Kota Mekah al- Mereka terdiri daripada Yazid ibn al-Qa`qa`, Shaybah ibn
1.
Mukarramah Nassah dan Nafi` ibn Abi Na`im.
Kota Madinah al- Mereka terdiri daripada Abdullah ibn Kathir, Humayd ibn
2.
Munawwarah Qays dan Muhammad ibn Muhsin.
Mereka terdiri daripada Yahya ibn Wathab, `Asim ibn Abi
3. Kota Kuffah
al-Najjub, al-A`mash, Hamzah dan al-KisaÊi.
Mereka terdiri daripada Abdullah ibn Abi Ishaq, Isa ibn
4. Kota Basrah Umar, Abu `Amru ibn al-A`la, `Asim al-Majdari dan
Ya`qub al-Hadrami.
Mereka terdiri daripada Abdullah ibn Amir, `Atiyyah ibn
5. Kota Sham Qays, Isma`il ibn Abdullah, Yahya ibn al-Harith dan
Shurayh ibn Yazid al-Hadrani.
ȱ
ȱ
ȱ Aktiviti 3.3
ȱ
ȱ Pilih dua Imam Qiraat sama ada dalam al-QiraÊah al-Sab`ah atau al-
ȱ `Asharah. Bezakan manhaj bacaan mereka berdasarkan surah al-Fatihah.
ȱ
ȱ
ȱ

3.3 KUMPULAN AL-QIRAAT


Ilmu al-Qiraat yang biasa diperbincangkan selalunya menjurus kepada dua
kumpulan Qiraat yang mutawatirah iaitu Qiraat Tujuh (al-QiraÊat al-Sab`ah) dan
Qiraat Sepuluh (al-QiraÊat al-`Asharah). Adapun Qiraat Empat Belas
dikategorikan oleh para ahli Qiraat sebagai al-QiraÊah al-Shazah iaitu Qiraat
yang bukan mutawatirah (akan kita bincangkan dengan lebih lanjut pada tajuk
yang akan datang).

Adapun kumpulan al-Qiraat itu terbahagi kepada Qiraat Tujuh dan Qiraat
Sepuluh, namun ianya tetap tidak lari daripada pengertian tujuh huruf
sebagaimana al-Quran itu diturunkan. Kesemuanya adalah mutawatir daripada
Rasulullah s.a.w. Ini bermakna, Rasulullah s.a.w membaca dengan keseluruhan
kaedah bacaan Qiraat tersebut.

Sebenarnya perbahasan mengenai Qiraat Tujuh ini adalah merupakan kupasan


dan penjelasan yang dipelopori oleh Imam al-Shatibi. Adapun Imam al-Jazari
pula membahaskan ilmu ini dengan lebih mendalam sehingga beliau dapat
42 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

mengumpul dan menyusunnya sehingga sepuluh Qiraat. Ini bukan bererti Imam
al-Jazari sengaja menokok tambah secara membuta tuli, cuma ia
berkemungkinan pada era pengkajian Imam al-Shatibi, beliau hanya sempat
mengumpul dan menyusunnya sebanyak tujuh Qiraat sahaja. Setelah itu,
pengumpulan dan pengkajian dalam bidang ini diteruskan oleh Imam al-Jazari
sehingga bertambah sebanyak tiga Qiraat dan ianya menjadikannya sepuluh
jenis Qiraat.

Jelasnya, semua sepuluh Qiraat yang dikaji oleh Imam al-Jazari dikenali dengan
al-QiraÊat al-`Asharah al-Kubra. Tetapi jika tujuh Qiraat yang diperkenalkan oleh
Imam al-Shatibi digabungkan dengan tiga lagi Qiraat yang dibahaskan oleh
Imam al-Jazari, maka ia dikenali pula dengan al-QiraÊat al-`Asyarah al-Sughra.

ȱ
3.3.1 Al-Qira’at al-Sab`ah
Al-QiraÊat al-Sab`ah atau Qiraat Tujuh ialah bacaan yang dinasabkan kepada
tujuh imam Qiraat atau al-QurraÊ yang terkenal seperti dalam jadual 3.7 iaitu:

Jadual 3.7: Tujuh Imam Qiraat atau Al-Quran

Bil NAMA IMAM


CATATAN
QIRAAT
1. Imam Nafi` Namanya Abu Ruaim NafiÊ bin Abdul Rahman bin Abi
Nuaim al-Laythi. Rawinya yang terkenal iaitu Qalun dan
Warsh.
2. Imam Ibn Kathir Namanya Abdullah bin Kathir al-Makki. Rawinya yang
terkenal iaitu al-Bazzi dan Qunbul.
3. Imam Abu `Amru Namanya Zaban bin AlaÊ bin Ammar bin ÂUryan al-
Maazini al-Tamimi al-Basri. Rawinya yang terkenal iaitu
al-Duri dan Susi.
4. Imam Ibn Amir Namanya Abdullah bin Amir Al-Shami al-Yahsabi.
Rawinya yang terkenal iaitu Hisham dan Ibn Zakwan.
5. Imam `Asim Namanya `Asim bin Abi al-Najud al-Asadi. Rawinya
yang terkenal iaitu ShuÊbah dan Hafs.
6. Imam Hamzah Namanya Hamzah bin Habib bin Ammarah al-Zayyat.
Rawinya yang terkenal iaitu Khalaf dan Khalad.
7. Imam al-KisaÊi Namanya Ali bin Hamzah al-Nahwi. Rawinya yang
terkenal iaitu Abu Haris dan al-Duri.
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 43

Pada kira-kira tahun 200 Hijrah, Qiraat yang paling terkenal dan menjadi ikutan
di kalangan umat Islam ketika itu adalah Qiraat Tujuh. Di Basrah, penduduknya
memilih Qiraat yang diamalkan oleh Imam Abu `Amru dan Imam Ya`kub.
Penduduk Kufah pula berpegang kepada Qiraat Imam Hamzah dan Imam
ÂAsim. Di Sham, Qiraat Imam Ibn ÂAmir menjadi ikutan penduduknya. Adapun
penduduk Mekah pula menjadikan Qiraat Imam Ibn Kathir sebagai amalan
pembacaan mereka. Manakala penduduk Madinah pula berpegang dengan
Qiraat Imam NafiÊ.

Mengikut sejarah, Qiraat Tujuh dipelajari dan dibaca tanpa dibukukan sehingga
berakhirnya kurun ketiga Hijrah. Sejarah perkembangan ilmu Qiraat selepas
kurun ketiga Hijrah telah berubah dan tersebar luas dengan pengumpulan dan
penyusunan yang lebih kemas dan sempurna. Ianya semakin mantap setelah
munculnya seorang imam kelahiran Baghdad yang tersohor dengan
kepakarannya dalam bidang Qiraat iaitu Imam Ibn Mujahid Ahmad ibn Musa
ibn ÂAbbas. Beliau telah mengumpul Qiraat imam yang tujuh tersebut dengan
memasukkan nama Imam al-KisaÊi dan mengeluarkan nama Imam Ya`kub dari
senarai Qiraat Tujuh.

Sebenarnya, bilangan tujuh Qiraat yang dipilih adalah secara kebetulan sahaja
iaitu ittifaq (setuju) tanpa sebarang niat atau sengaja mereka cipta. Beberapa
syarat bagi memilih Imam Qiraat yang dijadikan sandaran oleh para pengkaji
ilmu ini seperti meriwayat dari imam yang masyhur dengan ingatan yang kuat,
amanah dan kiraan masa yang dihabiskan dalam membuat kajian dalam bidang
ini. Tambahan Qiraat tersebut juga menepati tiga rukun bacaan iaitu:

(a) Tidak bercanggah dengan Bahasa Arab.


(b) Tidak bercanggah dengan al-Rasm al-Uthmani.
(c) Sanad Qiraat yang mutawatir iaitu perawi yang meriwayatkan Qiraat
tersebut satu jamaah yang ramai di mana mustahil mereka itu berpakat
dalam melakukan penipuan.

Hasilnya maka seluruh pendapat digabungkan dan didapati bahawa


mempelajari Qiraat dari imam-imam tersebut (Qiraat Tujuh) dan bertalaqqi
dengannya adalah dipersetujui dan disepakati ramai.

ȱ
ȱ
ȱ
ȱ
44 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

3.3.2 Al-Qira’at al-`Asharah


Setiap Qiraat mempunyai sanad dan riwayat sebagaimana keadaannya dalam
bidang ilmu Hadis. Justeru, bilangan tujuh (Qiraat Tujuh) yang dipilih oleh al-
Shaykh Ibn Mujahid bukanlah menjadi satu kemestian yang perlu dan wajib
diikuti oleh setiap umat Islam. Selama mana sesuatu Qiraat itu menepati tiga
rukun bacaan, maka ia wajib diterima. Oleh sebab itu, pada kurun kesembilan
Hijrah iaitu apabila munculnya seorang lagi tokoh Imam Qiraat yang terkenal,
Imam Ibn al-Jazari. Beliau mengkaji Qiraat-qiraat yang ada ketika itu dengan
lebih mendalam dan meluas.

Natijahnya, beliau telah menambah tiga Qiraat lagi (Jadual 3.8) iaitu Qiraat Imam
Abu JaÊfar, Imam Ya`qub dan Imam Khalaf sebagai Qiraat yang mutawatirah. Ini
bermakna terdapat sepuluh Qiraat yang mutawatirah sambil beliau menegaskan
bahawa tidak ada selepas sepuluh Qiraat ini melainkan Qiraat Shazah.

Jadual 3.8: Tiga Qiraat yang Mutawatirah

Bil NAMA IMAM


CATATAN
QIRAAT
1. Imam Abu JaÊfar Namanya Yazid bin QaÊqaÊ al-Makhzumi al- Madani.
Rawinya yang terkenal iaitu Ibn Jammaz dan Ibn Wirdan.
2. Imam Ya`qub Namanya Ya`qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin
Abi Ishaq al-Hadrami al-Basri. Rawinya yang terkenal
iaitu Ruways dan Rawh.
3. Imam Khalaf Namanya Khalaf bin Hisham bin ThaÊlab bin Khalaf al-
Asadi al-Baghdadi al-Bazzar. Rawinya yang terkenal iaitu
Ishaq dan Idris.

ȱ
3.3.3 Al-Qira’at Arba`a `Ashar
Imam Ibnu al-Jazari dalam muqaddimah kitabnya ÂAl-NashrÊ menyatakan:

„Semua Qiraat yang menepati Bahasa Arab walaupun hanya dari satu
segi sahaja dan sesuai dengan salah satu Mushaf Uthmani serta sanadnya
benar (mutawatirah), maka Qiraat tersebut adalah sahih (benar) iaitu
tidak ditolak bahkan haram pula menentangnya. Ia dikategorikan
sebahagian daripada huruf yang tujuh sesuai dengan penurunan kitab
suci al-Quran. Hukumnya adalah wajib bagi setiap muslim
menerimanya, sama ada timbulnya dari imam-imam yang tujuh
mahupun dari imam-imam yang sepuluh atau selain daripadanya.
Apabila salah satu syarat atau lebih dikenali sebagai rukun Qiraat
TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT W 45

tersebut tidak dipenuhi, maka Qiraat itu dikatakan Qiraat Shaz atau batil,
sama ada datangnya dari aliran yang tujuh mahupun dari tokoh yang
lebih ternama lagi. Inilah pendapat yang benar menurut para ÂmuhaqqiqÊ
dari kalangan salaf mahupun khalaf‰.
ȱ
Adapun Qira'at Arba'a 'Ashar (Qiraat Empat Belas) iaitu Qiraat yang sepuluh
ditambah empat iaitu Imam Ibnu Muhaysin, Yahya al-Tazidi, al-Hassan al-Basri
dan al-A`mash adalah Qiraat tidak memenuhi salah satu rukun Qiraat.

Jadual 3.9 di bawah menunjukkan penambahan imam-imam Qiraat dalam


Qira'at Arba'a 'Ashar (Qiraat Empat Belas):

Jadual 3.9: Imam-imam Qiraat Empat Belas

Bil NAMA IMAM


CATATAN
QIRAAT
1. Imam Ibnu Muhaysin Rawinya yang terkenal iaitu al-Bazzi dan Shabal ibn
`Abbad.
2. Imam Yahya al-Yazidi Rawinya yang terkenal iaitu Sulayman ibn Hakam
dan Ahmad ibn Farah.
3. Imam Hassan al-Basri Rawinya yang terkenal iaitu Shuja` dan Isa al-Saqafi.
4. Imam al-A`mash Rawinya yang terkenal iaitu Hamzah al-Ziyat, Ibnu
Abi Layla dan Aban bin Taghlib.
ȱ
Adapun mempelajari dan mengetahui Qira'at Arba'a 'Ashar (Qiraat Empat Belas)
atau Qiraat Shazah adalah sebagai makluman dan maklumat bagi menyatakan
bahawa golongan para QurraÊ adalah sangat ramai bilangannya. Keperluan
memenuhi syarat dan rukun Qiraat merupakan asas kesahihan sesuatu Qiraat
dan kebolehbacaannya sebagaimana bacaan Qiraat Mutawatirah.

Semak Kendiri 3.1

1. Terangkan secara ringkas sejarah perkembangan ilmu al-Qiraat.


2. Huraikan pendapat mengenai masa penurunan ilmu Qiraat dan
hujahnya. Kemudian sila tarjih pendapat yang paling kuat.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Qiraat al-Mutawatirah?
46 X TOPIK 3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRAAT

ȱ
ȱ RUMUSAN
ȱ
x Terdapat enam kaedah al-TaÊlim iaitu:
(a) Bersegera dalam;
(b) Dimulai dengan bacaan dari Jibril a.s;
(c) Mendengar dengan penuh tekun;
(d) Menghafaz ke dalam dada;
(e) Membaca sebagaimana disampaikan; dan
(f) Mengajar dan menerangkan maksudnya.

x Perkembangan ilmu al-Qiraat terbahagi kepada tiga:


(a) Peringkat penurunan;
(b) Peringkat penyebaran; dan
(c) Peringkat pembukuan.

x Tokoh-tokoh qiraat dikenali sebagai Huffaz.


ȱ
ȱ
ȱ
KATA KUNCI
Ilmu al-Qiraat Peringkat penyebaran
Kaedah al-TaÊlim Peringkat pembukuan
Hijrah Huffaz
Peringkat penurunan

ȱ
ȱ

Anda mungkin juga menyukai