Anda di halaman 1dari 6

PUSAT MATRIKULASI

SESI III, TAHUN AKADEMIK 2022/2023

FAPA 1022
TILAWAH

TAJUK : SURAH AL NASR & IDGHAM SYAFAWI


NAMA PENSYARAH : USTAZ MUHAMMAD SIRAJUDDIN

NAMA PELAJAR NO MATRIK

NURHAFIZAH RAUDHA BT ABDUL HAFIZ 22FA02029

DAMIA MARDHIAH BINTI MUHAMMAD MATIN 22FA02031

NUR AZURA BINTI ZAINUDDIN 22FA02021

ISHAMI BINTI ASHRAF 22FA02028

SITI YUSMYRA AWATIF BINTI YUSRIZAL 22FA02034


SEGMEN SURAH :
a. Intisari/Latar belakang surah al-Nasr:
Surah ini dinamakan surah an-Nasr kerana surah ini dibuka dan dimulakan dengan
firman Allah (bermaksud) : “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan”.
Isi pokok surah ini menjelaskan tentang janji Allah SWT bahawa pertolongan-Nya
akan datang dan Islam akan mendapat kemenangan. Allah SWT memerintahkan
agar bertasbih kepada-Nya dan meminta ampun kepada-Nya ketika mendapat
kemenangan atau kegembiraan.
Di dalam surah al-Nasr, Allah menjelaskan bahawa agama golongan kafir akan
lenyap. Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan selepas ujian dan
halangan.
Surah yang pendek ini membawa berita gembira kepada Rasulullah SAW iaitu berita
ketibaan pertolongan dari Allah dan kemenangan membuka negeri Makkah dan
sambutan berduyun-duyun memeluk agama Allah. Ia juga memberi arahan kepada
Rasulullah SAW supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih, tahmid dan
istighfar ketika berita-berita yang mengembirakan itu menjadi kenyataan.

b. 3 pengajaran yang diperoleh daripada surah al nasr

1 ) Penurunan surah ini juga memberi isyarat bahawa kewafatan Nabi


Sallallahu’alaihiwasallam semakin hampir.

Turunnya surah an-Nasr ini merupakan isyarat akan dekatnya ajal Rasulullah s.a.w.,
dan telah sempurnanya perjuangan Rasulullah S.a.w. menyampaikan risalah,
sehingga hampir tiba masanya untuk baginda mempersiapkan diri untuk bertemu
Allah s.w.t. semula. Baginda menerima kemenangan besar daripada Allah
Subhanahuwata’ala di penghujung hayat baginda dengan menundukkan diri kepada-
Nya dan bersyukur kepada-Nya. Baginda memasuki kota Mekah sambil
menunggang di atas belakang unta dengan menundukkan diri kepada-Nya.

2 )Kita perlulah sentiasa memuji Allah dan berzikir kepada Allah

Surah ini diakhiri dengan perintah Allah Subhanahuwata’ala kepada Nabi


Sallallahu’alaihiwasallam agar banyak mendirikan solat dan bertasbih kepada-Nya.
Juga memperbanyakkan pujian kepada-Nya atas kemenangan atau pembukaan kota
Mekah. Seterusnya hendaklah memohon keampunan kepada Allah
Subhanahuwata’ala secara berterusan. Allah Subhanahuwata’ala Maha Penerima
Taubat para hamba-Nya yang banyak bersujud dan beristighfar kepada-Nya.
2 SULIT
Umat Islam sangat dituntut agar banyak bertasbih, memuji dan beristighfar kepada
Allah Subhanahuwata’ala. Sedangkan Nabi Sallallahu’alaihiwasallam yang bersifat
ma’sum pun diperintahkan oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk berbuat demikian,
apatah lagi umat baginda.

3) Setiap nikmat daripada Allah Subhanahuwata’ala adalah mustahak untuk


disyukuri

Allah Subhanahuwata’ala wajib dipuji. Antara nikmat yang paling besar yang Allah
Subhanahuwata’ala kurniakan kepada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam dan umatnya
ialah kejayaan dan kemenangan mereka atas musuh mereka. Juga pembukaan
kota Mekah yang menjadi ibu negara orang Islam dan orang arab, serta
pembebasan Bait al-Haram atau kaabah yang mulia sebagai kiblat bagi umat Islam.
Nikmat Allah Subhanahuwata’ala yang begitu besar ditambah dan digandakan lagi
dengan kemasukan orang Arab dan bangsa lain ke dalam din Islam secara beramai-
ramai.

3 SULIT
SEGMEN TAJIWD :
a.Ta'rif Idgham Syafawi (Idgham Mithain Saghir)

Bahasa - memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu


Istilah - memasukkan huruf pertama yang bertanda sukun (mati) ke dalam huruf
berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta
terangkat lidah ketika menyebutnya.

b.Cara Bacaan Idgham Syafawi

Cara bacaannya adalah lafaz Mim mati perlu dibaca dengan cara memasukkan atau
menggabungkan suara Mim mati itu kepada Mim yang berbaris (bibir dirapatkan)
beserta dengung.

c. Cara Mengenali Idgham Syafawi

Huruf-huruf idgham syafawi adalah:


Satu sahaja iaitu mim (‫)م‬

Contoh Ayat

‫( فِى قُلُو ِب ِهم َّم َرض‬al- baqarah :10)


‫( لَ ُهم َّمش َْوا‬al- baqarah: 20)

4 SULIT
SEGMEN SOAL & JAWAB :
Bagaimanakah cara membaca al-Quran dengan suara yang baik ?

1) Mengenal Huruf Hijaiyah

Cara membaca al-Quran dengan baik dan benar perlu diawali dengan mengenal
huruf hijaiyah terlebih dahulu. Huruf hijaiyah merupakan huruf berbahasa Arab yang
menjadi bahasa al-Quran. Mulailah belajar membaca al-Quran dengan membiasakan
diri mengucapkan setiap huruf hijaiyah seperti saat kamu belajar huruf abjad.Huruf
hijaiyah ini juga perlu dieja dengan cara baca yang tepat. Berikut 29 huruf hijaiyah
beserta cara bacanya:

Alif, ba’, ta’, tsa’, jim’, kha’, kho’, dal’, dzal’, ro’, za’, sin, syin, shod, dhod, tho’, zho,
'ain, ghoin, fa, qof, kaf, lam, mim, nun, wawu, ha, lam alif, hamzah, dan ya’.

2) Niat membaca kerana Allah

Sebelum membaca Al-Quran, tetapkanlah niat yang betul agar anda melakukannya
kerana Allah Taala dan ingin mendapat keberkatan dalam hidup. Elakkan dari
menganggap melakukan sesuatu amalan seperti membaca Al-Quran ini adalah satu
paksaan.Apabila wujudnya rasa terpaksa untuk berbuat sesuatu, bimbang ianya
menjadi perbuatan yang tidak ikhlas. Oleh itu, apa sahaja yang ingin kita kerjakan
haruslah disertai dengan niat yang betul. Jika niat kita ingin membaca
Al-Quran kerana Allah.

3)Mempraktikkan tajwid ketika membaca al-Quran

Dalil as-Sunnah tentang wajib membaca al-Quran dengan bertajwid pula


sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi
s.a.w.) apabila ditanya bagaimanakah bacaan Rasulullah s.a.w. dan solat baginda,
maka beliau menjawab:

5 SULIT
Maksudnya:

“Ketahuilah kamu semua, adalah baginda s.a.w. solat kemudian tidur dengan kadar
baginda solat tadi, kemudian baginda solat semula dengan kadar tidur tadi hingga
menjelang subuh, kemudian (Ummu Salamah) menunjukkan cara bacaan Rasulullah
s.a.w., maka beliau menunjukkan(satu) bacaan yang menjelaskan (sebutan) huruf-
hurufnyasatu persatu”. (Hadith Jamik At-Tarmizi)
Sesungguhnya akan datang beberapa golongan sesudah aku, orang-orang yang
membaca al-Quran seperti cara orang bernyanyi, cara orang ahli kitab dan cara
seperti orang meratap, yakni keluarnya huruf-huruf yang melalui kerongkong mereka
tidak sesuai dengan makhraj al-huruf, semata-mata tujuannya mempersona dan
menakjubkan orang sahaja.

Zaid bin Thabit telah menyebutkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi :-
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Taala menyukai seseorang hambanya membaca al-Quran
secara tepat sebagaimana ia diturunkan”

4)Mempelajari cara bacaan al- Quran dengan guru yang terpelajar

Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya
secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.
Umat Islam dituntut mempelajari al-Qur’an bagi memperbetulkan bacaannya atau
memahami isi kandungannya sebagai pedoman dalam kehidupan.
Apabila seseorang Muslim mempelajari al-Qur’an maka Allah SWT akan
mengurniakan kemuliaan dan kelebihan yang besar. Manakala bagi mereka yang
mahir dengan al-Qur’an dituntut mengajarkannya kerana Allah SWT akan
memberikan kepadanya kemuliaan sebagai ahli al-Qur’an.

6 SULIT

Anda mungkin juga menyukai