Anda di halaman 1dari 6

Program Sijil Asas Perguruan Al Quran

Asas Ilmu Al Qiraat

3 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRA’AT

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, peserta akan dapat :

1. Menjelaskan sejarah al-Qira’at pada tiga kurun yang terawal iaitu zaman Nabi SAW, zaman sahabat dan
Tabi’in.
2. Mengetahui kepesatan perkembangan ilmu al-Qira’at pada zaman al-Qurra’.
3. Menghuraikan perkembangan ilmu al-Qira’at di zaman kontemporari.

PENGENALAN

Jika kita memperkatakan tentang sejarah perkembangan al-Quran al-Karim, sebenarnya secara tidak
langsung ia juga melibatkan sejarah awal perkembangan al-Qira’at khususnya pada tiga kurun yang terawal
iaitu zaman Rasulullah SAW, zaman Sahabah dan Tabi’in. Namun begitu, ilmu al-Qira’at ini berkembang
dengan lebih maju dan berdaya saing di zaman al-Qurra’ (para imam al-Qira’at) sehinggakan setiap bacaan
itu digelarkan dengan bacaan mereka. Secara umumnya, sejarah dan latar belakang perkembangan ilmu al-
Qira’at ini bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama iaitu:

13
Program Sijil Asas Perguruan Al Quran
Asas Ilmu Al Qiraat

3.1
PERINGKAT PERTAMA : PENURUNAN AL-QURAN DI ZAMAN RASULULLAH
SAW BERDASARKAN KEPADA TUJUH HURUF

Penurunan al-Quran pada zaman Rasulullah SAW berlaku ketika baginda berada di Makkah dan
Madinah adalah secara berperingkat-peringkat. Namun begitu, kesemua ayat al-Quran al-Karim itu adalah
bacaan yang telah diajar oleh Malaikat Jibril a.s. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang
dijelaskan di dalam hadis :
ْ َ َ َ ْ ُ ‫اج ْعتُ ُه فَلَ ْم أَ َز ْل أَ ْس َت‬
ُ ‫يد ُه َف َي‬ ََ ُ ْ
َ ‫ع َح ْرف فَ َر‬ َََْ َ َ َ ُ َ َّ َ
»‫يد ِن َح َّت انتَه ِإل َسبْ َع ِة أح ُر ٍف‬ ِ ِ ٍ ‫يل‬‫ب‬ ‫ج‬ ‫ن‬
ِ ِ ِ ‫أ‬‫ر‬‫ق‬ ‫«أ‬ :‫ال‬ ‫ق‬ ‫ﷺ‬ َّ ‫الل‬
ِ ‫ول‬ ‫ أن رس‬...
)‫(رواه ابلخاري‬

Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka
aku membacanya, lalu ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf”. (Al-Bukhari, Soheh al-
Bukhari)

Setelah itu, para sahabat pun mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran secara
Musyafahah (mempelajari daripada mulut/bacaan guru) mengikut tujuh huruf tersebut. Walau bagaimanapun,
tidaklah semua sahabat baginda mempelajari dan membaca ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagian daripada
mereka membaca dengan satu huruf, sebahagian yang lain membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih
daripada itu. Hal ini terbukti menerusi sebuah hadis yang menjelaskan perbezaan bacaan huruf al-Quran di
kalangan para sahabat :

ََ ُ َُ َْ َ
‫ورة‬ ‫ يقرأ س‬،َ ٍ‫يم ب ْ ِن ِحزام‬ ‫ك‬ َ ‫ت ه َش‬
‫ام ْب َن َح‬
ُ َُ
ُ ‫ َسم ْع‬:‫ول‬ ‫ق‬‫ي‬ ، ‫اب‬ َّ َ ‫ت ُع َم َر ْب َن اخل‬
‫ط‬ ُ ‫ َسم ْع‬:‫ َأنَّ ُه قَ َال‬،‫القار ِّي‬
َ ْ َ ْ َ ْ َّ ْ َ ْ َ
‫عن عبد الرحن بن عبد‬
ِ ِ َ ِ ِ َ ِ َ َ َ ِ ُ ُ َ َ َ َ ٍَ ُ َ ْ َ ِ َ ِْ َ َ َ ِ َ ْ ُ
ِ
َ ُ ُ ْ َّ َّ ُ َ َ َ ْ َّ َ ُ ُ ْ َ ْ َّ ُ ْ َ َ َ َ ْ ْ ُ ْ َ َ َ ْ
،‫ ثم ْلبته بِ َ ِردائِ ِه‬،‫ ثم أ َمهلت ْه حت انص َف‬،‫ و ِكدت أ َن أ ْعجل علي ِه‬،‫الل َّ ﷺ أقرأ ِن ُيها‬ ‫ وكن رسول‬،‫ي ما أقرؤها‬ ِ ‫غ‬ ‫الفرقان ع‬
َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َّ ُ ُ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ ِ ُ ْ َ ِّ ُ ْ ُ َ َ َُ ِ ُ ْ َ
:‫ قال‬،‫ فقرأ‬،»‫ «اقرأ‬:‫ ثم قال ل‬، »َ ‫ «أر ِسله‬:‫ ف ُقال ِل‬،‫ي ما أقرأت ِنيها‬ ‫ إن س ِمعت هذا يقرأ ع غ‬:‫ فقلت‬،‫الل َّ ﷺ‬ ‫فجئت به رسول‬
ْ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ْ ُ َّ ْ َ ِ ْ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ ِ ْ َ ْ
َ»‫ فَاقْ َر ُءوا ِمنْ ُه َما تَيَ َّس‬،‫ح ُر ٍف‬ َ َ َّ ِ ُ ْ َ ْ ُ ِ ِ َ َ َ ِ
‫ «هكذا أن ِزلت ِإن القرآن أن ِزل ع سبع ِة أ‬:‫ فقال‬،‫ فقرأت‬،»‫ «اقرأ‬:‫ ثم قال ِل‬،»‫«هكذا أن ِزلت‬
)‫(رواه ابلخاري‬

Bermaksud : Dari Abdul Rahman bin Abdul Qari bahawa beliau berkata: Aku mendengar Umar bin al-
Khattab r.a. berkata: Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam sedang membaca surah al-Furqan bukan
sebagaimana yang aku baca, sedangkan Rasulullah SAW telah membacakannya padaku, dan aku hampir-
hampir bersegera ke arahnya, kemudian aku memberi peluang kepadanya sehingga beliau selesai dari
bacaan. Kemudian aku memegang jubahnya (di bahagian dada) lalu aku datang menemui Rasulullah SAW
bersamanya. Maka aku berkata: Sesungguhnya aku mendengar si dia membaca (al-Quran iaitu surah al-
Furqan) bukan sebagaimana yang engkau bacakan kepadaku. Lalu baginda bersabda: “Lepaskanlah dia”
dan bersabda lagi kepadanya (Hisyam bin Hakim): “Bacalah”, maka beliau pun membaca. Kemudian baginda
bersabda: “Demikianlah ia (surah al-Furqan) diturunkan”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
“Bacalah”, maka aku pun membaca. Kemudian baginda SAW bersabda: “Demikianlah ia (surah al-Furqan)
diturunkan, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan tujuh ahruf, maka bacalah daripadanya yang mana
mudah”. (Al-Bukhari, Soheh al-Bukhari)

14
Program Sijil Asas Perguruan Al Quran
Asas Ilmu Al Qiraat

3.2
PERINGKAT KEDUA : PERKEMBANGAN QIRA’AT AL-QURAN PADA ZAMAN
SAHABAT DAN TABI’IN

Pengajaran bacaan al-Quran oleh Rasulullah SAW. kepada para sahabat secara berterusan sehingga
baginda wafat telah melahirkan ramai pakar rujuk dalam bidang al-Qira’at ini. Mereka juga dikenali sebagai
al-Qurra’ iaitu para Qari al-Quran yang mahir dalam bacaannya serta menghafaznya seperti :

1. Uthman bin Affan r.a.


2. Ali bin Abi Talib r.a.
3. Ubai bin Ka’ab r.a.
4. Zaid bin Thabit r.a.
5. Abdullah bin Mas’ud r.a.
6. Abu Musa al-Asy’ari r.a. dan sebagainya.

Namun begitu, ramai di kalangan mereka yang gugur mati syahid kerana menyertai peperangan
seperti Ghazwah al-Yamamah dan Bi’r al-Ma’unah.

Lalu, setelah kewafatan baginda SAW, maka para sahabat pun bertebaran dan berhijrah ke serata
negara dalam menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada umat manusia. Maka terdapatlah mereka (para
Tabi’in) yang mempelajari bacaan al-Quran al-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada
itu berdasarkan kepada bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat. Hasil daripada perbezaan bacaan
secara Musyafahah itu yang diajar oleh para sahabah kepada penduduk Islam di negara masing-masing,
maka ia telah membawa kepada perbezaan bacaan yang ketara di kalangan umat Islam ketika itu. Ada di
kalangan mereka yang mendakwa bahawa bacaan merekalah yang paling tepat dan ada yang mendakwa
bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya.

Dalam sebuah riwayat yang dinyatakan oleh Abu Ayyub bahawa sehinggakan ada yang sanggup
mengkafir orang Islam yang lain hanya disebabkan oleh perbezaan bacaan al-Quran ini. Maka berita ini telah
sampai kepada Khalifah lalu beliau berkhutbah: “Kamu sekalian berselisih pandangan bersamaku padanya
(bacaan al-Quran), maka barangsiapa yang menjauhiku daripada penduduk al-Amsar (negara-negara
Islam ketika itu) maka dia seteruk-teruk perselisihan dan seteruk-teruk kesalahan, bersatu-padulah wahai
para sahabat Muhammad, maka lantiklah seorang imam (pemimpin) di kalangan manusia”. (Subhi al-Soleh,
Mabahith fi Ulum al-Quran)

Lalu pemerintah Islam atau Khalifah Islam ketika itu, Uthman bin Affan RA telah mengusahakan agar
kesemua mushaf dan bacaan yang ada dikumpulkan demi mengelak dan menghindarkan umat Islam daripada
terus berpecah-belah. (Abd. Al-Mun’im Kamil Syair, Al-‘Ijaz al-Qurani fi al-Rasm al-Uthmani)

Setelah al-Quran ditulis berpandukan kepada musyawarah para sahabat dan Khalifah Uthman bin
Affan r.a. (mengikut al-‘Irdhoh al-Akhirah iaitu pembentangan terakhir oleh Rasulullah SAW di hadapan Jibril
AS untuk menentukan ketetapan ayat al-Quran yang kekal dan ayat al-Quran yang dimansuhkan), maka
al-Quran tersebut yang dikenali sebagai Masahif Uthmaniyyah dihantar bersama guru-guru al-Quran di
kalangan para sahabah ke negeri-negeri Islam ketika itu seperti Madinah, Makkah, Kufah, Basrah dan Syam.
Antara para sahabah yang terlibat ialah :

1. Ubai bin Kaab r.a. di Syam


2. Abdullah bin Mas’ud r.a. di Kufah
3. Abu Musa al-‘Asy’ari r.a. di negara-negara lain.

15
Program Sijil Asas Perguruan Al Quran
Asas Ilmu Al Qiraat
Hasil daripada musyawarah para sahabah dan Khalifah Uthman bin Affan r.a., maka ramailah umat
Islam bertalaqqi al-Quran secara Musyafahah dengan guru-guru mereka sebagaimana yang diajar oleh
Rasulullah SAW. Penerimaan yang baik ini telah melahirkan sekumpulan pakar rujuk al-Quran di kalangan
para tabi’in pada akhir kurun pertama dan awal kurun kedua. Antaranya ialah :

1. Madinah : Mu’adh bin al-Harith, Sa’id bin al-Musayyab, ‘Urwah bin al-Zubair, Zaid bin Aslam dan sebagainya.
2. Mekah : ‘Ubaid bin ‘Umair, Tawus bin Kisan, Ibn Abi Mulaikah dan sebagainya.
3. Kufah : ‘Alqamah bin Qais, Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami, ‘Amr bin Maimun dan sebagainya.
4. Basrah : ‘Amir bin ‘Abd al-Qais, Muhammad bin Sirin, Abu al-‘Aliyah, Jabir bin al-Hasan dan sebagainya.
5. Syam : al-Mughirah bin Abi Syihab, Abu al-Darda’, Khalifah bin Sa’ad dan sebagainya.

3.3
PERINGKAT KETIGA : KEPESATAN PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRA’AT DI
ZAMAN AL-QURRA’

Al-Qurra’ ialah kata jama’ bagi kalimah al-Qari yang membawa erti orang yang membaca. Dalam
ilmu al-Qira’at, perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada orang yang pakar dalam ilmu al-Qira’at
secara dirayah mahupun riwayah. Oleh kerana itu, para imam al-Qira’at digelar sebagai al-Qurra’ al-Sab’ah
atau al-Qurra’ al-‘Asyarah iaitu tujuh imam al-Qira’at atau sepuluh imam al-Qira’at.

Kalau dilihat kepada kitab-kitab tarikh dan sejarah al-Qira’at, kita akan dapati bahawa kemunculan
zaman al-Qurra’ ini bermula pada era Tabi’in dan Tabi’ al-Tabi’in iaitu sekitar tahun 8 hijriyyah hingga 80-an
hijriyyah. Pada zaman tersebut, ramai di kalangan para Tabi’in mengajarkan bacaan al-Quran kepada anak-
anak murid mereka (Tabi’ al-Tabi’in) berdasarkan bacaan yang diajar oleh para sahabat di negara masing-
masing.

Kezuhudan dan kealiman para Tabi’in ini khususnya dalam bidang al-Qira’at dapat dilihat menerusi
kesungguhan mereka dalam mengajar, menyebarkan dan mempopularkan al-Qira’at mengatasi orang lain
yang sezaman dengan mereka. Para al-Qurra’ ini diterima oleh ummah Islam pada ketika itu sehinggakan
mereka menjadi ikon dalam ilmu al-Qira’at dan disandarkan bacaan kepada mereka. Antaranya ialah :

1. Mekah : Ibn Kathir, Hamid bin Qais al-‘Araj, Ibn Muhaisin dan sebagainya.
2. Kufah : ‘Asim bin an-Najjud, Hamzah bin al-Zayyat dan sebagainya.
3. Basrah : Abu ‘Amr al-‘Ala’, Ya’qub al-Hadrami dan sebagainya.
4. Syam : Ibn ‘Amir, ‘Atiyyah bin Qais dan sebagainya.

Di samping itu, apabila ilmu al-Qira’at menjadi kian popular dan berkembang pesat di kalangan
ummah Islam, maka lahirlah para ilmuwan pada waktu itu yang berusaha menulis dan menyusun ilmu al-
Qira’at ini kepada bentuk penulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, para sejarawan berselisih pendapat dalam
menetapkan orang yang mula-mula menulis dalam bidang al-Qira’at ini. Antara pandangan mereka ialah :

1. Abu ‘Ubaid al-Qasim bin Sallam (224H)


2. Abu Hatim al-Sijistani (225H)
3. Yahya bin Ya’mur (90H) – pandangan yang masyhur
4. Ibn Mujahid (324H) – yang mempopularkan istilah al-Qira’at al-Sab’

16
Program Sijil Asas Perguruan Al Quran
Asas Ilmu Al Qiraat

3.4
PERINGKAT KEEMPAT : KEMAJUAN PERKEMBANGAN ILMU AL-QIRA’AT DI
ERA GLOBALISASI

Kemajuan pengajian ilmu al-Qira’at di zaman moden kini khususnya di Malaysia boleh dilihat menerusi tiga
aspek utama iaitu :

1. Program Realiti TV Akademi al-Quran (AQ)

Akademi al-Quran atau lebih dikenali dengan AQ adalah sebuah program realiti TV yang berunsur
keagamaan dan menerima impak tersendiri di kalangan penonton di Malaysia. Sejak penubuhannya pada
tahun 2006, rancangan realiti ini telah ke udara di saluran TV9 selama 5 musim. Apa yang menariknya,
para peserta yang terpilih bagi mengikuti program ini dikehendaki memperdengarkan bacaan al-Quran
secara bertarannum mengikut riwayat al-Qira’at yang ditetapkan. Slot program yang menarik seumpama ini
sedikit sebanyak memberi pendedahan baru kepada penonton di Malaysia yang beragama Islam untuk lebih
mengenali jenis-jenis bacaan al-Quran yang Mutawatirah.

2. Penubuhan Sekolah/Maahad Tahfiz

Ilmu al-Qira’at di awal kemunculannya di Malaysia kelihatan agak asing kerana umumnya ketika itu
hanya menganggap bacaan al-Quran hanyalah terdiri dari satu bacaan sahaja yang diwahyukan kepada
junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya, ilmu al-Qira’at pada hakikatnya telah lama diperkenalkan
di Malaysia seiring dengan dakwah yang disampaikan ketika Islam mula bertapak di tanah nusantara sekian
lama dahulu.

Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas lagi apabila sebuah pengajian tahfiz ditubuh secara rasminya
di Malaysia pada tahun 1966 yang diberi nama sebagai Darul Quran. Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian
al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul
ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti
Al-Azhar ketika itu iaitu Syeikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit
di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka
bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966
dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai lapan orang sebagai perintis yang dipilih dan dihantar oleh
negeri-negeri di Malaysia.

Kini, penubuhan sekolah tahfiz atau Maahad tahfiz kian bercambah ibarat cendawan yang timbuh
selepas hujan. Secara umumnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai sebuah sekolah pengajian tahfiz yang
dikelolai oleh kerajaan negeri selain sekolah tahfiz swasta yang bertebaran banyaknya di seluruh pelusuk
Malaysia.

17
Program Sijil Asas Perguruan Al Quran
Asas Ilmu Al Qiraat
3. Penubuhan Program Pengajian Qiraat di IPT

Negara kita tidak ketinggalan dalam mempromosikan pengajian al-Qira’at kepada masyarakat
umum khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Antara universiti dalam negara yang menawarkan
program atau kursus pengajian al-Qira’at secara langsung mahupun tidak langsung ialah Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan lain-lain.

Penubuhan program pengajian al-Qira’at seumpama ini di peringkat yang lebih tinggi sebenarnya telah
membantu dalam mengembangkan lagi seni bacaan al-Quran yang Mutawatirah kepada masyarakat Islam
di Malaysia khususnya.

RUMUSAN

Lipatan sejarah Islam telah merakamkan liku-liku yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para
tabi’in dan generasi al-Qurra’ dalam usaha mereka memartabatkan kesucian al-Quran al-Karim khususnya
dari segi al-Qira’at. Apabila bermulanya zaman penyandaran al-Qira’at dan penulisannya di era Tabi’in dan
Tabi’ al-Tabi’in, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bermulanya zaman kegemilangan al-Qira’at sehinggalah
ia sampai ke hari ini.

LATIHAN

Berdasarkan pembelajaran topik ini, jawab soalan-soalan berikut :

1. Huraikan perkembangan al-Qira’at di zaman Nabi Muhammad SAW.


2. Nyatakan contoh nama tabi’in dan al-Qurra’ yang masyhur pada zaman perkembangan al-Qira’at.
3. Jelaskan contoh-contoh perkembangan al-Qira’at di Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai