Anda di halaman 1dari 8

26/06/2023 10:54 am

Hukum 2 surah dlm serakaat

MENGGABUNGKAN DUA SURAH DALAM SATU


RAKAAT

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Bolehkah


bacaan surah dalam solat dibaca dengan
menggabungkan dua surah dalam satu rakaat?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi


dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang
tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan
salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan
yang mengikut jejak langkahnya hingga hari
kesudahan.

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Tidak


mengapa menggabungkan dua surah dalam
satu rakaat. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A,
katanya:

‫اﻟﻨﺒﻲ َﺻﻠﻰ ا ُ َﻋﻠَ ْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠ َﻢ َﻳ ْﻘ ُﺮ ُن‬ِ ‫ﺎن‬ َ ‫ﻟَ َﻘﺪْ َﻋ َﺮ ْﻓ ُﺖ‬


َ َ ‫اﻟﻨﻈﺎ ِﺋ َﺮ اﻟ ِﺘﻲ ﻛ‬
‫ﻳﻦ ُﺳﻮ َر ًة ِﻣ ْﻦ ْاﻟ ُﻤ َﻔﺼﻞ ِ ُﺳﻮ َر َﺗ ْﻴﻦ ِ ِﻓﻲ ﻛُﻞ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬
َ ‫ َﻓ َﺬﻛ َ َﺮ ِﻋ ْﺸ ِﺮ‬، ‫َﺑ ْﻴﻨ َُﻬﻦ‬

Maksudnya: Aku telah mengetahui surah-surah


yang pernah Rasulullah SAW
menggabungkannya. Dia menyebut 20 surah
dari surah-surah al-Mufassal, setiap dua surah
dalam satu rakaat.

Riwayat al-Bukhari (822) dan Muslim (742)

Kami telah kemukakan dari ramai ulama


salafus soleh yang melakukan pembacaan
al-Quran dengan khatam dalam satu rakaat.
(Lihat al-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran
(terjemahan), hlm. 99)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut: Ucapan Imam


al-Bukhari pada “Bab Menghimpunkan Dua
Surah pada Satu Rakaat serta Bacaan dengan
al-Khawatim (Akhir Surah) dan Surah Sebelum
Surah.” Bab ini mengandungi empat masalah.
Pertamanya, menghimpunkan antara dua
surah, maka hukumnya zahir keharusan
berdasarkan kepada hadis Ibn Mas'ud dan juga
hadis Anas. (Lihat Fath al-Bari, 2/255)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan


daripada Aisyah R.Anha menyebut:

، ‫ﻼ َﻋﻠَﻰ َﺳ ِﺮﻳ ٍﺔ‬


ً ‫ﺚ َر ُﺟ‬ َ ‫ َﺑ َﻌ‬-‫ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬- ِ ‫ﻮل ا‬ َ ‫ن َر ُﺳ‬
( ٌ‫)ﻗ ْﻞ ُﻫ َﻮ ا ُ َﺣﺪ‬ ُ ‫ﻼ ِﺗ ِﻬ ْﻢ َﻓ َﻴ ْﺨ ِﺘ ُﻢ ِب‬
َ ‫ﺎن َﻳ ْﻘ َﺮ ﻻ ْﺻ َﺤ ِﺎﺑ ِﻪ ِﻓﻰ َﺻ‬
َ َ ‫َوﻛ‬
-‫ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬- ِ ‫َﻓﻠَﻤﺎ َر َﺟﻌُ ﻮا ُذ ِﻛ َﺮ َذ ِﻟ َﻚ ِﻟ َﺮ ُﺳﻮل ِ ا‬
َ ‫ َﻓ َﺴ ُﻟﻮ ُه َﻓ َﻘ‬.« ‫ﺎل » َﺳ ُﻠﻮ ُه ﻻى َﺷﻰ ٍء َﻳ ْﺼﻨَﻊُ َذ ِﻟ َﻚ‬
‫ﺎل ﻻﻧﻬَ ﺎ ِﺻ َﻔ ُﺔ‬ َ ‫َﻓ َﻘ‬
ْ
ُ َ َ
‫ ﻓ َﻘﺎل َر ُﺳﻮل ا ِ ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ‬.‫اﻟﺮ ْﺣ َﻤﻦ ِ َﻓ َﻧﺎ ِﺣﺐ ْن ﻗ َﺮ ِﺑﻬَ ﺎ‬
ْ
‫ ْﺧ ِﺒ ُﺮو ُه ن ا َ ُﻳ ِﺤﺒ ُﻪ‬: ‫وﺳﻠﻢ‬

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW telah


mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin
kepada satu pasukan tentera. Dalam
mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi
imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu
mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas.
Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah
dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu
Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan
daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?”
Mereka pun bertanya kepada Sahabat
berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah
tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan)
sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk
sentiasa membacanya.” Lantas Rasulullah SAW
pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau
bahawa Allah mengasihinya.”

Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)

Ibn Battal berkata: Di sini menjadi hujah bagi


sesiapa yang mengharuskan mengulangi
bacaan surah pada satu rakaat dalam
sembahyang sunat. (Lihat Syarh Sahih
al-Bukhari, 2/392)

Daripada ‘Alqamah dan al-Aswad, mereka


berdua berkata:

، ‫ اﻧﻲ ْﻗ َﺮ ْاﻟ ُﻤ َﻔﺼ َﻞ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬: ‫ﺎل‬ َ ‫ َﻓ َﻘ‬، ‫ﻮد َر ُﺟ ٌﻞ‬ ٍ ُ‫َﺗﻰ ا ْﺑ َﻦ َﻣ ْﺴﻌ‬
‫اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ا‬ ِ ‫ ﻟَ ِﻜﻦ‬، ِ ‫ َو َﻧ ْﺜ ًﺮا ﻛَﻨ َْﺜ ِﺮ اﻟﺪ َﻗﻞ‬، ‫ َﻫﺬا ﻛَﻬَ ﺬ اﻟﺸ ْﻌ ِﺮ‬: ‫ﺎل‬ َ ‫َﻓ َﻘ‬
‫ اﻟﺮ ْﺣ َﻤ َﻦ‬، ‫اﻟﻨﻈﺎ ِﺋ َﺮ اﻟﺴﻮ َر َﺗ ْﻴﻦ ِ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ َ ‫ﺎن َﻳ ْﻘ َﺮ‬َ َ ‫ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻛ‬
‫ َواﻟﻄﻮ َر‬، ‫اﻗﺘَ َﺮ َﺑ ْﺖ َو ْاﻟ َﺤﺎﻗ َﺔ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ ْ ‫ َو‬، ‫اﻟﻨﺠ َﻢ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ ْ ‫َو‬
‫ َو َﺳ َل‬، ‫ﻮن ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ َ ‫ َو ُﻧ‬، ‫ َوا َذا َو َﻗ َﻌ ْﺖ‬، ‫ﺎت ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ ِ ‫ار َﻳ‬
ِ ‫َواﻟﺬ‬
، ‫ﻴﻦ َو َﻋ َﺒ َﺲ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ َ ‫ َو َو ْﻳ ٌﻞ ِﻟ ْﻠ ُﻤ َﻄﻔ ِﻔ‬، ‫ﺎت ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ ٌ
ِ ‫َﺳﺎ ِﺋﻞ َو‬
ِ ‫اﻟﻨﺎز َﻋ‬
‫ﺎﻣ ِﺔ‬َ ‫ َو َﻫ ْﻞ َﺗﻰ َوﻻَ ْﻗ ِﺴ ُﻢ ِﺑ َﻴ ْﻮ ِم ْاﻟ ِﻘ َﻴ‬، ‫َو ْاﻟ ُﻤﺪﺛ َﺮ َو ْاﻟ ُﻤﺰﻣ َﻞ ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬
‫ﺎن َوا َذا‬ َ ‫ َواﻟﺪ َﺧ‬، ‫ﻼ ِت ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬ َ ‫ﻮن َو ْاﻟ ُﻤ ْﺮ َﺳ‬َ ‫ﺎء ُﻟ‬ َ ‫ َو َﻋﻢ َﻳﺘَ َﺴ‬، ‫ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬
‫اﻟﺸ ْﻤ ُﺲ ﻛُﻮ َر ْت ِﻓﻲ َرﻛْ َﻌ ٍﺔ‬

Maksudnya: Telah datang seorang lelaki


menemui Ibn Mas’ud seraya berkata:
Sesungguhnya aku membaca surah Mufassal
pada satu rakaat, maka lantas jawab Ibn
Mas’ud: Adakah bacaannya cepat seperti
cepatnya sya’ir,seperti kurma kering yang
rosak jatuh. Akan tetapi Nabi SAW membaca
dua surah yang hampir sama panjangnya, surah
al-Najm dan al-Rahman dalam satu rakaat,
al-Qamar dan al-Haqqah dalam satu rakaat,
al-Tur dan al-Zariyat dalam satu rakaat,
al-Waqi’ah dan al-Qalam dalam satu rakaat,
al-Ma’arij dan al-Nazi’at dalam satu rakaat,
al-Mutaffifin dan ‘Abasa dalam satu rakaat,
al-Muddathir dan al-Muzzammil dalam satu
rakaat, al-Insan dan al-Qiyamah dalam satu
rakaat, al-Naba’ dan al-Mursalat dalam satu
rakaat, al-Dukhan dan al- Takwir dalam satu
rakaat.

Riwayat Abu Daud (1396)

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa


Baginda Nabi SAW pernah
melakukannya.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada nas-nas di atas, maka


dibolehkan untuk imam membaca dua surah
selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama.
Walaupun begitu, kebiasaannya Rasulullah
SAW membaca satu surah pada setiap rakaat
selepas al-Fatihah. Justeru, kebolehan untuk
melakukan dua surah bukanlah semestinya
menjadi kelaziman sentiasa. Lebih-lebih lagi
ketika imam solat bersama dengan jemaah
yang ramai, yang memerlukan sifat meraikan
ahli jemaah sementelahan ada yang uzur, tua
dan kurang sihat serta mereka yang ada hajat.

Semoga pencerahan yang ringkas ini memberi


kefahaman kepada kita berkenaan dengan
agama kita seterusnya dapat menghayati dan
mengamalinya dengan sebaik mungkin.

Al Kafi li al-Fatawi
CETAK
EMEL
Bayan Linnas
Irsyad Fatwa
Al Kafi li al-Fatawi
Irsyad al-Hadith
Irsyad Usul Fiqh
Tahqiq al-Masail
Al-Afkar
Bayan Li al-Haj
Tashih al-Mafahim
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

: 03-8870 9000
: 03-8870 9101 / 03-8870 9102
: ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my
Adakah infomasi di dalam Portal PMWP
memenuhi ekspektasi dan keperluan
pelanggan?
Sangat Memuaskan
Memuaskan
Perlu Penambahbaikan
Undi
Hak Cipta Terpelihara © 2021 Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan

Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin


minimum 1920x1080 pada pelayar web
Mozilla Firefox atau Google Chrome versi
terkini

Back To Top
Utama
Info Korporat
Perkhidmatan
Media
Artikel
Falak
Hubungi Kami

Anda mungkin juga menyukai