Anda di halaman 1dari 5

(/INDEX.PHP)
(2895-al-kafi-969-hukum-membaca-qunut-nazilah)
(/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2895-al-kafi-969-hukum-
membaca-qunut-nazilah)

c Laman Utama (/ms/) Artikel


Al Kafi li al-Fatawi (/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi)
AL-KAFI #969: HUKUM MEMBACA QUNUT NAZILAH

AL-KAFI #969: HUKUM


MEMBACA QUNUT NAZILAH
Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Alfilfilany
C Diterbitkan: 19 Disember 2018

Al Kafi li al-Fatawi (/ms/component/tags/tag/al-kafi-li-al-fatawi)

Soalan

Apakah hukum membaca qunut Nazilah ketika orang Islam


ditimpa musibah?
Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai


kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua.
Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan
yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam menjawab persoalan terdapat kisah yang tertulis di


dalam sirah Rasulullah SAW, bahawa Baginda SAW pernah
membaca doa qunut nazilah ketika mana berlakunya suatu
pengkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat
Nabi SAW. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan
kejadian tersebut, antaranya yang diriwayatkan daripada Anas
bin Malik RA meriwayatkan bahawa:

‫ﻮل ا ِ ﺻﻠﻰ ا‬ َ ‫اﺳﺘَ َﻤﺪوا َر ُﺳ‬ ْ ‫ﺎن‬َ ‫ان َوﻋُ َﺼﻴ َﺔ َو َﺑ ِﻨﻲ ﻟَ ْﺤ َﻴ‬ َ ‫ َو َذﻛْ َﻮ‬،‫ﻼ‬ ً ْ‫ان ِرﻋ‬
َ ‫ﻴﻬ ُﻢ ْاﻟ ُﻘﺮ‬
‫اء‬ ِ ‫ ﻛُﻨﺎ ُﻧ َﺴﻤ‬،‫ﺎر‬
ِ ‫ﻴﻦ ِﻣ َﻦ اﻻ ْﻧ َﺼ‬ َ ‫ َﻓﺎ َﻣﺪ ُﻫ ْﻢ ِﺑ َﺴ ْﺒ ِﻌ‬،‫ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻋَ ﻠَﻰ ﻋَ ﺪُ و‬
‫ َﺣﺘﻰ ﻛَﺎ ُﻧﻮا ِﺑ ِﺒ ْﺌ ِﺮ‬،‫ﻮن ِﺑﺎﻟﻠ ْﻴ ِﻞ‬
َ ‫ﺎر َوﻳُ َﺼﻠ‬ ِ َ‫ﻮن ِﺑﺎﻟﻨﻬ‬ َ ‫ ﻛَﺎ ُﻧﻮا ﻳَ ْﺤﺘَ ِﻄ ُﺒ‬،‫ِﻓﻲ َز َﻣﺎ ِﻧ ِﻬ ْﻢ‬
َ ‫ َﻓ َﻘﻨ‬،‫اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ‬
‫َﺖ‬ ُ ‫َﻣﻌُ ﻮ َﻧ َﺔ َﻗﺘَ ُﻠ‬
ِ ‫ َﻓ َﺒﻠَ َﻎ‬،‫ َو َﻏﺪَ ُروا ِﺑ ِﻬ ْﻢ‬،‫ﻮﻫ ْﻢ‬
َ ‫ ﻋَ ﻠَﻰ ِرﻋْ ٍﻞ َو َذﻛْ َﻮ‬،‫ﺎء ْاﻟﻌَ َﺮ ِب‬
‫ان‬ ِ ‫ﺎء ِﻣ ْﻦ ا ْﺣ َﻴ‬ٍ ‫َﺷﻬْ ًﺮا ﻳَ ﺪْ ﻋُ ﻮ ِﻓﻲ اﻟﺼ ْﺒ ِﺢ ﻋَ ﻠَﻰ ا ْﺣ َﻴ‬
َ ‫َوﻋُ َﺼﻴ َﺔ َو َﺑ ِﻨﻲ ﻟَ ْﺤ َﻴ‬
.‫ﺎن‬

Maksudnya: Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak


Lahyan meminta bantuan daripada Nabi SAW untuk
menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk
memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW
menghantarkan kepada mereka tujuh puluh orang lelaki dari
golongan Ansar yang dikenali sebagai Al-Qura’ (penghafaz al-
Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul kayu
api pada siang, dan bermunajat kepada Allah pada waktu
malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada
di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianati. Apabila
berita ini sampai kepada Rasulullah, baginda membaca qunut
(nazilah) selama sebulan dalam solat subuh mendoakan
(kecelakaan) ke atas puak arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan
puak Lahyan.

Riwayat al-Bukhari (4090)


Selain itu, Abu Hurairah R.A, berkata:

‫ﺎل َﺳ ِﻤﻊَ ا ُ ِﻟ َﻤ ْﻦ َﺣ ِﻤﺪَ ُه ِﻓﻲ‬ َ ‫ﺎن ا َذا َﻗ‬َ َ ‫اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ا ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻛ‬ ِ ‫ان‬
‫ﺎش ﺑ َْﻦ ا ِﺑﻲ َر ِﺑﻴﻌَ َﺔ‬ َ ‫َﺖ اﻟﻠ ُﻬﻢ ا ْﻧ ِﺞ ﻋَ ﻴ‬ َ ‫ﺎء َﻗﻨ‬ِ ‫اﻟﺮﻛْﻌَ ِﺔ ْاﻵ ِﺧ َﺮ ِة ِﻣ ْﻦ َﺻ َﻼ ِة ْاﻟ ِﻌ َﺸ‬
ٍ ‫ﻴﺪ اﻟﻠ ُﻬﻢ ا ْﻧ ِﺞ َﺳﻠَ َﻤ َﺔ ﺑ َْﻦ ِﻫ َﺸ‬
‫ﺎم اﻟﻠ ُﻬﻢ ا ْﻧ ِﺞ‬ ِ ‫اﻟﻠ ُﻬﻢ ا ْﻧ ِﺞ ْاﻟ َﻮ ِﻟﻴﺪَ ﺑ َْﻦ ْاﻟ َﻮ ِﻟ‬
‫اﺟﻌَ ْﻠﻬَ ﺎ‬ْ ‫اﺷﺪُ دْ َو ْﻃﺎ َﺗ َﻚ ﻋَ ﻠَﻰ ُﻣ َﻀ َﺮ اﻟﻠ ُﻬﻢ‬ ْ ‫ﻴﻦ اﻟﻠ ُﻬﻢ‬ َ ‫ﻴﻦ ِﻣ َﻦ ْاﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨ‬ َ ‫ْاﻟ ُﻤ ْﺴﺘَ ْﻀﻌَ ِﻔ‬
‫ﻮﺳ َﻒ‬ ُ ُ‫ﻴﻦ ﻛ َ ِﺴ ِﻨﻲ ﻳ‬ َ ‫ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ْﻢ ِﺳ ِﻨ‬

Maksudnya: Bahawa sesungguhnya Nabi SAW apabila berkata


“‫ ” َﺳ ِﻤﻊَ ا ُ ِﻟ َﻤ ْﻦ َﺣ ِﻤﺪَ ُه‬pada raka’at terakhir ketika solat ‘Isya’, beliau
membaca qunut “Ya Allah selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abi
Rabi’ah, Ya Allah selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Ya Allah
selamatkanlah Salamah bin Hisyam, Ya Allah selamatkanlah
orang-orang yang lemah dari kalangan orang-orang yang
beriman, Ya Allah keraskanlah ‘azab-Mu ke atas Mudhar, Ya
Allah jadikanlah (‘azab-Mu) ke atas mereka dalam bentuk
musim kemarau yang panjang sepertimana musim kemarau
zaman Nabi Yusuf AS”.

Riwayat al-Bukhari (6393)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, Imam al-Nawawi mengatakan


bahawa pendapat yang sahih di sisi mazhab al-Syafie adalah:

‫اد ا ْو َﻧ ْﺤ ِﻮ َذ ِﻟ َﻚ‬ ٍ ‫ﺎزﻟَ ٌﺔ ﻛ َ َﺨ ْﻮ ٍف ا ْو َﻗ ْﺤ ٍﻂ ا ْو َوﺑ‬


ٍ ‫َﺎء ا ْو َﺟ َﺮ‬ ِ ‫ان ﻧﺰﻟﺖ ﺑﺎﻟﻤﺴﻤﻠﻴﻦ َﻧ‬
‫ﻴﻌﻬَ ﺎ َواﻻ َﻓ َﻼ‬
ِ ‫َﻗﻨَﺘُ ﻮا ِﻓﻲ َﺟ ِﻤ‬

Maksudnya: Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam


musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan)
belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua
solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca
qunut”. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/475)

Selain itu, Imam al-Syafi’ie di dalam kitab al-Umm menyatakan


bahawa sekiranya ditimpa musibah boleh membaca qunut
Nazilah pada waktu yang dilarang membaca qunut. Ini
berdasarkan pendapat beliau:

ْ‫ﺎزﻟَ ٍﺔ ﻟَ ْﻢ اﻛْ َﺮه‬ ِ ‫ﻼ ِة ْاﻟ ِﻌﻴﺪَ ﻳْ ِﻦ َوﻻَ ِاﻻ ْﺳ ِﺘ ْﺴ َﻘ‬


َ ‫ َوا ْن َﻗﻨ‬, ‫ﺎء‬
ِ ‫َﺖ ِﻋﻨْﺪَ َﻧ‬ َ ‫َوﻻَ ُﻗﻨ‬
َ ‫ُﻮت ِﻓﻲ َﺻ‬

Maksudnya: Tidak ada qunut ketika solat dua hari raya dan
solat Istisqa’. Sekiranya membaca qunut ketika musibah, aku
tidak memakruhkan. (Lihat kitab al-Umm, 2/510)
 

Antara Keadaan yang Dibacakan Qunut Nazilah

Menurut Mulla Ali al-Qari, diriwayatkan bahawa Saidina Abu


Bakar membaca qunut ketika memerangi Musailamah al-
Kazzab dan ketika memerangi ahli kitab. Lihat Mirqat al-
Mafatih (4/417).

Dinyatakan bahawa Saidina Umar RA, ketika memerangi orang


nasrani membaca doa qunut nazilah di dalam solatnya:

" ‫ َو ُﻧ ْﺆ ِﻣ ُﻦ ِﺑ َﻚ‬، َ‫ُﻚ َو َﻧ ْﺴﺘَ ْﻐ ِﻔ ُﺮكَ َو ُﻧ ْﺜ ِﻨﻲ ﻋَ ﻠَ ْﻴ َﻚ َوﻻ َﻧﻜْ ُﻔ ُﺮك‬ َ ‫اﻟﻠ ُﻬﻢ اﻧﺎ َﻧ ْﺴﺘَ ِﻌﻴﻨ‬
‫ َواﻟَ ْﻴ َﻚ‬، ُ‫ َوﻟَ َﻚ ُﻧ َﺼﻠﻲ َو َﻧ ْﺴ ُﺠﺪ‬، ُ‫ اﻟﻠ ُﻬﻢ اﻳﺎكَ َﻧﻌْ ُﺒﺪ‬، َ‫َو َﻧ ْﺨﻠَﻊُ َو َﻧﺘْ ُﺮكُ َﻣ ْﻦ ﻳَ ْﻔ ُﺠ ُﺮك‬
، ‫ﺎر ُﻣ ْﻠ َﺤ ٌﻖ‬ ْ َ ‫َﻚ ان ﻋَ َﺬاﺑ‬
ِ ‫َﻚ ِﺑﺎﻟﻜُﻔ‬ َ ‫ﺎف ﻋَ َﺬاﺑ‬ ُ ‫ َو َﻧ ْﺮ ُﺟﻮ َر ْﺣ َﻤﺘَ َﻚ َو َﻧ َﺨ‬، ُ‫َﻧ ْﺴﻌَ ﻰ َو َﻧ ْﺤ ِﻔﺪ‬
‫ َوا ْﻧ ِﺰ ْل‬، ‫ َو َﺧﺎ ِﻟ ْﻒ ﺑ َْﻴ َﻦ ﻛ َ ِﻠ ِﻤ ِﻬ ْﻢ‬، ‫ﺐ‬ َ ْ‫ﻮﺑ ِﻬ ُﻢ اﻟﺮﻋ‬ ِ ‫ َوا ْﻟ ِﻖ ِﻓﻲ ُﻗ ُﻠ‬، ‫اﻟﻠ ُﻬﻢ ﻋَ ﺬ ِب ْاﻟﻜ َ َﻔ َﺮ َة‬
‫ون ﻋَ ْﻦ‬ َ ‫ﻳﻦ ﻳَ ُﺼﺪ‬ َ ‫ﺎب اﻟ ِﺬ‬ ِ َ‫ اﻟﻠ ُﻬﻢ ﻋَ ﺬ ْب ﻛ َ َﻔ َﺮ َة اﻫْ ِﻞ ْاﻟ ِﻜﺘ‬، ‫َﻚ‬ َ ‫ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻬ ْﻢ ِر ْﺟ َﺴ َﻚ َوﻋَ َﺬاﺑ‬
َ ‫اﻏ ِﻔ ْﺮ ِﻟ ْﻠ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ِﻨ‬
‫ﻴﻦ‬ ْ ‫ اﻟﻠ ُﻬﻢ‬، َ‫ﺎءك‬ َ ‫ﻮن ا ْو ِﻟ َﻴ‬ َ ‫ُﻮن ُر ُﺳﻠَ َﻚ َوﻳُ َﻘﺎ ِﺗ ُﻠ‬ َ ‫َﺳ ِﺒﻴ ِﻠ ِﻚ َوﻳُ ﻜَﺬﺑ‬
‫ات ﺑ َْﻴ ِﻨ ِﻬ ْﻢ َواﻟ ْﻒ ﺑ َْﻴ َﻦ‬
َ ‫ َوا ْﺻ ِﻠ ْﺢ َذ‬، ‫ﺎت‬ ِ ‫ﻴﻦ َو ْاﻟ ُﻤ ْﺴ ِﻠ َﻤ‬
َ ‫ َو ْاﻟ ُﻤ ْﺴ ِﻠ ِﻤ‬، ‫َﺎت‬
ِ ‫َو ْاﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨ‬
‫ َو َﺛﺒﺘْ ُﻬ ْﻢ ﻋَ ﻠَﻰ ِﻣﻠ ِﺔ َر ُﺳﻮ ِﻟ َﻚ‬، ‫ﺎن َو ْاﻟ ِﺤﻜْ َﻤ َﺔ‬ َ ‫ﻳﻤ‬َ ‫ﻮﺑ ِﻬ ُﻢ اﻻ‬ ِ ‫اﺟﻌَ ْﻞ ِﻓﻲ ُﻗ ُﻠ‬ ِ ‫ُﻗ ُﻠ‬
ْ ‫ َو‬، ‫ﻮﺑ ِﻬ ْﻢ‬
َ‫ َوا ْﻧ ُﺼ ْﺮ ُﻫ ْﻢ ﻋَ ﻠَﻰ ﻋَ ﺪُ وك‬، ‫ﻮﻓﻮا ِﺑﻌَ ﻬْ ِﺪكَ اﻟ ِﺬي ﻋَ ﺎﻫَﺪْ َﺗ ُﻬ ْﻢ ﻋَ ﻠَ ْﻴ ِﻪ‬ ُ ُ‫ َوا ْو ِزﻋْ ُﻬ ْﻢ ا ْن ﻳ‬،
‫اﺟﻌَ ْﻠﻨَﺎ ِﻣﻨ ُْﻬ ْﻢ‬
ْ ‫ اﻟَﻪَ ْاﻟ َﺤﻖ َو‬، ‫َوﻋَ ﺪُ و ِﻫ ْﻢ‬

Maksudnya: “Ya Allah kami memohon darimu pertolongan dan


keampunan, kami memujimu dan tidak sesekali kami
mengkufurimu, dan kami beriman kepadamu, kami menjauhi
dan meninggalkan mereka yang menderhakaimu, wahai tuhan
yang kami sembah,dan kepadamu kami menunaikan solat dan
bersujud, dan kepadamu kami menuju, dan kami
mengharapkan rahmatMu, dan kami sangat takut akan
azabMu, Sesungguhnya azabMu untuk mereka yang
mengkufurimu,Ya Allah azabkanlah orang kafir, dan
letakkanlah di hati mereka ketakutan, dan berbalikkanlah
kesatuan mereka, dan turunkanlah laknat dan azab darimu, Ya
Allah azabkanlah orang kafir dari ahli kitab yang menghalang
jalanMu dan tidak membenarkan Rasaul-rasulmu dan
membunuh para auliya’Mu, Ya Allah ampunkanlah orang-orang
mukmin, dan orang-orang Islam, dan perelokkan serta satukan
kesatuan mereka, dan letakkanlah di hati mereka iman dan
hikmah,dan kekalkan mereka di atas agama rasulMu, dan
ilhamkan mereka untuk setia dengan janjiMu yang telah
engkau janjikan, dan bantulah mereka dalam menghadapi
musuhmu dan musuh mereka, Wahai tuhan yang benar,
jadikanlah kami dari golongan yang engkau bantu”. Lihat
Futuhat Rabbaniyah (3/301).

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat bahawa


membaca qunut nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah
besar yang boleh memudaratkan Islam dan Umat Islam secara
keseluruhan seperti diperangi secara nyata atau dikhianati
musuh, adalah diharuskan. Sebagai contoh dalam konteks hari
ini, dapat dilihat ketika mana Gaza dan Syria dilanda
peperangan, imam Masjid al-Haram membaca qunut nazilah
mendoakan kemenangan ke atas orang Islam di sana
sekaligus mendoakan kehancuran serta memohon kepada
Allah diturunkan bala bencana ke atas orang kafir yang
memerangi orang Islam.

Kami juga berpendapat, sewajarnya umat Islam


memperbanyakkan istighfar, taubat, sedekah,dan ketaatan
kepada Allah. Ini kerana ia akan menyelesaikan banyak
kemelut yang dihadapi oleh ummah. Benarlah firman Allah
SWT,

َ َ ‫اﺳﺘَ ْﻐ ِﻔ ُﺮوا َرﺑﻜُ ْﻢ اﻧ ُﻪ ﻛ‬


١٠﴿ ‫ﺎن َﻏﻔﺎ ًرا‬ ْ ‫( َﻓ ُﻘ ْﻠ ُﺖ‬http://tanzil.net/#71:10)﴾ ‫ﻳُ ْﺮ ِﺳ ِﻞ‬
‫ﺎء ﻋَ ﻠَ ْﻴﻜُﻢ ﻣﺪْ َرا ًرا‬
َ ‫اﻟﺴ َﻤ‬ 

Maksudnya: "Sehingga aku berkata (kepada mereka):


`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya
adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat
demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-
curah, kepada kamu”

(Surah Nuh ayat ke: 10-11)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita


dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

 HUBUNGI KAMI

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai