Anda di halaman 1dari 55

PENGERTIAN WALI SONGO

Wali Sembilan tidak asing lagi di kalangan masyarakat Jawa. Malah masyarakat Jawa
begitu akrab hati mereka tentang sejarah perjuangan Wali Songo dalam menyebarkan dakwah
Islam ke Tanah Jawa sekitar awal abad ke 14 Masihi sehingga kerajaan Hindu-Buddha
Majapahit pada ketika itu jatuh. Era Wali Songo adalah era berakhirnya eksploitasi agama
Hindu-Buddha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka
merupakan simbol penyebaran Islam di Nusantara terutamanya Indonesia khususnya di
Kepulauan Jawa. Terdapat banyak tokoh yang berperanan dalam angkatan dakwah ini. Namun
perjuangan Wali Songo memberi impak yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam
di Jawa disebabkan pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat menular secara luas serta
dakwah secara langsung menjadikan para Wali Songo ini lebih banyak disebut dibandingkan
yang lain.

Namun begitu timbul persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Wali
Songo yang sebenar. Adakah Wali Songo itu hanya khusus untuk wali sembilan sebagaimana
masyhur dikalangan masyarakat ataupun ianya merupakan nama suatu kumpulan dakwah yang
berperanan menyebarkan Islam di Nusantara khususnya Kepulauan Jawa? Oleh yang demikian
perlu untuk kita mendalami erti Wali Songo terlebih dahulu menurut beberapa pendapat ahli
sejarah yang telah mengkaji secara terperinci masalah ini.

Perkataan wali berasal daripada kalimah arab yang membawa beberapa pengertian iaitu
dengan makna al-wasi yang bermaksud penjaga, nasir bermaksud penolong, sodiq bermaksud
teman atau sekutu, maula atau sayyid yang bermaksud tuan, malik atau sohib yang bermaksud
pemegang pemilik atau tuan punya. Namun dalam konteks perbincangan kita wali digunakan
dengan makna sakhsun taqiyyun yang bermaksud seorang yang bertakwa kepada Allah yakni
waliyullah.1 Menurut kamus dewan bahasa waliyullah ialah orang yang dipilih oleh Allah SWT
untuk mendapat pertolongan-Nya dengen dirapatkannya pada kehadiran-Nya atau dengan
makna orang yang memerintah sesebuah daerah, negeri atau kawasan.2

1
Kamus Al-Miftah, Al-Azhar Media Enterprise.
2
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dalam satu hadis nabi yang diriwayatkan dari Said r.a, ia berkata:
“Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya: Siapa wali-wali Allah? Maka beliau
bersabda: Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat
mengingatkan kita kepada Allah.”

Tegasnya di sini wali bermaksud seorang mukmin yang bertakwa kepada Allah yang
berperanan menyambung dakwah Rasulullah dalam menyampaikan syiar Islam kepada umat
manusia dan mengajak mereka kepada mentauhidkan Allah serta mengingatkan manusia
tentang Allah di sesuatu tempat atau kawasan. Adapun songo merupakan perkataan Jawa yang
bermaksud sembilan.

Ada beberapa pendapat mengenai erti Wali Songo. Pertama adalah wali yang sembilan,
yang menandakan jumlah wali yang ada ialah sembilan orang atau sanga dalam bahasa Jawa.
Menurut pendapat Prof. K.H.R Moh. Adnan menyebutkan bahwa kata songo/sanga
merupakan perubahan yang berasal daripada kata tsana yang dalam bahasa arab bererti mulia
yang sama maksud dengan perkataan mahmud yang bererti yang terpuji. Namun begitu
pendapat ini dianggap lemah oleh Rachmad Abdullah yang memberi komentar di dalam
penulisannya dengan mengatakan bahawa secara bahasa kalimah Wali merupakan kalimah
yang berbentuk mudzakar mufrad sedangkan Tsana merupakan sifat atau na’at bagi yang
disifati (mausuf atau man’ut) iaitu mudzakar dan mufrod juga menurut kaedah bahasa arab.
Dengan demikian, jika benar Wali Songo merupakan suatu kalimah yang berasal dari Wali
Tsana, maka seharusnya dinisbatkan kepada hanya seorang. Persoalannya siapa seorang wali
yang terpuji tersebut? Seandainya yang dimaksudkan itu adalah Maulana Malik Ibrahim
nescaya ia bukanlah pendapat yang benar kerana Maulana Malik Ibrahim diutuskan oleh Sultan
Muhammad 1 bukan bersendirian malah datang bersama-sama Maulana Malik Ibrahim seramai
delapan orang tokoh lain.3

Menurut R. Tanojo erti tsana bukan berasal dari perkataan bahasa arab yang memberi
makna mulia tetapi pendapat lainnya menyebut kata tsana berasal dari bahasa Jawa, yang
menunjukkan kepada suatu tempat, daerah atau wilayah. Dalam erti kata lain menurut R.
Tanojo Wali Sana bermaksud wali yang berkuasa di suatu tempat, penguasa daerah atau
penguasa suatu wilayah. Walaupun begitu, menurut Rachmad Abdullah pendapat ini juga
lemah dengan alasan yang sama iaitu kalimah wali tersebut berbentuk mufrod atau tunggal,

3
Rachmad Abdullah, S.si., M.Pd. Terbitan Al-Wafi Publishing, Solo, April 2015, hal.69.
sedangkan untuk merangkumi kesemua wali yang lebih daripada tiga perlu menggunakan
kalimah jama’ iaitu auliya’ menurut kaedah bahasa arab.

Pendapat lain mengatakan bahawa Wali Songo adalah sebuah majlis dakwah yang
pertama kali didirikan oleh Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim) pada tahun 1404 Masehi
(808 Hijriah).[1] Menurut Drs. Nur Amin Fattah, Wali Songo merupakan satu organisasi
dakwah atau dewan dakwah atau dewan mubaligh atau dewan ulama atau majlis para wali atau
lembaga dakwah. Apabila salah seorang meninggal dunia maka akan digantikan oleh wali yang
lain. Oleh kerana itu jumlah wali dalam dewan ulama tersebut kekal sembilan dalam setiap
angkatan.4

Pendapat ini dipersetujui dan disepakati bersama oleh Asnan Wahyudi, Abu Khalid dan
Rachmad Abdullah dengan mengatakan bahawa Wali Songo merupakan sebuah nama suatu
lembaga bagi dewan dakwah atau dewan ulama sedangkan perkataan sembilan pula
digambarkan sebagai jumlah ahli yang terlibat di dalam struktur kepimpinan lembaga dakwah
tersebut.

4
Metode Dakwah Wali Songo, Drs. Nur Amin Fattah, hal.19-20.
WALI SONGO YANG MASYHUR DIKALANGAN MASYARAKAT

Menurut pendapat para pengkaji sejarah Wali Songo mengatakan bahawa Wali Songo
merupakan sebuah badan organisasi yang dianggotai oleh sembilan orang ahli dalam satu
tempoh masa. Apabila meninggal dunia salah seorang ahli yang terdapat di dalam organisasi
tersebut ia akan digantikan oleh ahli baru untuk mengekalkan jumlah sembilan keahlian
tersebut. Bukanlah sebagaimana kefahaman setengah masyarakat sekarang yang memahami
Wali Songo itu hanya terbatas kepada sembilan orang wali sahaja sepanjang tempoh beberapa
abad.

Jika di amat-amati secara terperinci, didapati terdapat lebih daripada sembilan orang
wali. Namun begitu kesemua wali ini memainkan peranan mereka di setiap tempoh waktu
hidup mereka yang berbeza-beza dan ada di antara mereka tidak pernah bersua antara satu sama
lain disebabkan faktor tempoh kehidupan yang berbeza. Akan tetapi setiap dari mereka
mempunyai hubungan di antara satu sama lain sama ada hubungan kekeluargaan mahupun
hubungan antara guru dan murid.

Wali Songo yang dikenali masyarakat kebiasaannya seperti berikut:

Bil Nama wali Gelaran Tempat


1. Maulana Malik Ibrahim Sunan Gresik Gresik
2. Raden Rahmat Sunan Ampel Ampel
3. Raden Paku Sunan Giri Giri
4. Makhdum Ibrahim Sunan Bonang Tuban
5. Raden Syahid Sunan Kalijaga Kadilangau
6. Ja’afar Shodiq Sunan Kudus Kudus
7. Raden Qosim/ Maseh Munat Sunan Drajat Tuban
8. Raden Umar Said Sunan Muria Muria
9. Syarif Hidayatullah Sunan Gunung Jati Cirebon
Wali Songo lain yang berlaku perselisihan pendapat seperti berikut:

Bil Nama wali Gelaran Tempat


1. Usman Haji Sunan Ngudung Ngudung,
Jipang
2. Raden Santri Sunan Gresik Gresik
3. Raden Sayed Muhsin Sunan Wilis Cirebon
4. Haji Usman Sunan Manyuran Mandalika
5. Sultan Fattah Sunan Bintoro Demak
6. Raden Jakandar Sunan Bangkalan Madura
7. Khalif Husain Sunan kertosono -
8. Raden Pandan Arang Sunan Tembayat Tembayat,
Klaten
9. Ki Cakrajaya Sunan Geseng Lowanu,
Purwarejo
10. - Sunan Giri Prapen -
11. - Sunan Padhusan -

Para Wali Songo adalah pembaharu masyarakat pada masanya. Pengaruh mereka
terasakan dalam beragam bentuk manifestasi peradaban baru masyarakat Jawa, mulai dari
kesihatan, bercucuk tanam, perniagaan, kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, hingga ke
pemerintahan

Sembilan wali ini dianggap sebagai perintis utama kepada kumpulan pendakwah-
pendakwah Islam lain yang menjalankan kegiatan dakwah mereka di Tanah Jawa dalam usaha
menyebarkan Islam ke seluruh Tanah Jawa. Wali Songo yang dimaksudkan itu ialah Sunan
Gresik iaitu Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Drajat,
Sunan Kalijaga, Sunan Muria, Sunan Kudus dan Sunan Gunung Jati.

Sementara Ibrahim Asmarokandi atau dikenali juga sebagai Maulana Ibrahim, Maulana
Ishak (Syeikh Awlul Islam), Wan Abu Abdullah (Maulana Asy-Syeikh Israel), Sunan
Tembayat, Sunan Ngudung, Sunan Gesen, Sunan Mojoagung, Syeikh Subakir, Syeikh Siti
Jenar (Sidi Jenar), Raden Patah dan lain-lain juga dikatakan termasuk dalam keanggotaan Wali
Songo dan ada di antara mereka itu tidak begitu masyhur dalam masyarakat awam sebagaimana
wali-wali yang sembilan.

Kesemua para wali yang tergolong dalam keanggotaan Wali Songo tidak sama dan
tidak hidup dalam suatu zaman yang sama. Tujuh orang wali daripada sembilan wali tersebut
iaitu kecuali Sunan Kalijaga dan Sunan Muria mempunyai pertalian darah dan nasab keturunan
yang sampai kepada Rasulullah melalui jalur keturunan Sayyidina Husein Bin Sayyidina Ali
Bin Abi Talib dengan Fatimah Az-Zahrah Binti Rasulullah s.a.w.

Wali Songo atau Wali Sanga dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada
abad ke 14. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-
Gresik-Lamongan-Tuban di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon
di Jawa Barat.

Mereka merupakan sekumpulan pendakwah yang banyak menyebarluaskan agama


Islam di Tanah Jawa pada beberapa abad yang lalu. Ini bermakna mereka bukanlah para
pendakwah agama Islam yang terawal di Tanah Jawa kerana agama Islam telah pun tersebar di
sana semasa zaman pemerintahan Bani Umayyah lagi. Akan tetapi agama Islam pada zaman
pemerintahan Bani Umayyah tidak tersebar luas ke seluruh Tanah Jawa sebagaimana yang
dilakukan oleh Wali Songo.
KEANGGOTAAN WALI SONGO DAN TEMPOH WAKTU

Kebanyakan pengkaji sejarah mengatakan bahawa keanggotaan Wali Songo berlaku


selama tempoh enam waktu yang berbeza yang diwakili oleh sembilan anggota yang
berperanan menjalankan misi dakwah terhadap masyarakat di Nusantara.

Tempoh waktu itu berlaku di antara tahun 1404 Masihi sehingga selepas tahun 1478
Masihi iaitu:

Angkatan I (1404-1421) Angkatan II (1421-1436) Angkatan III (1436-1463)


1. Maulana Malik Ibrahim Sunan Ampel Sunan Ampel
2. Maulana Ishaq Maulana Ishaq Maulana Ishaq
3. Syeikh Jamadil Kubro Syeikh Jamadil Kubro Syeikh Jamadil Kubro
4. Muhammad Al-Maghribi Muhammad Al-Maghribi Muhammad Al-Maghribi
5. Maulana Malik Isra’il Maulana Malik Isra’il Sunan Kudus
6. Muhammad Ali Akbar Muhammad Ali Akbar Sunan Gunung Jati
7. Maulana Hasanuddin Maulana Hasanuddin Maulana Hasanuddin
8. Maulana Aliyuddin Maulana Aliyuddin Maulana Aliyuddin
9. Syeikh Subakir Syeikh Subakir Syeikh Subakir

Angkatan IV (1463-1466) Angkatan V (1466-1478) Angkatan VI (1478- )


1. Sunan Ampel Sunan Giri Sunan Giri
2. Sunan Bonang Sunan Ampel Sunan Ampel
3. Syeikh Jamadil Kubro Sunan Bonang Sunan Bonang
4. Muhammad Al-Maghribi Sunan Kudus Sunan Kudus
5. Sunan Kudus Sunan Gunung Jati Sunan Gunung Jati
6. Sunan Gunung Jati Sunan Drajat Sunan Drajat
7. Sunan Giri Sunan Kalijaga Sunan Kalijaga
8. Sunan Drajat Raden Fattah Sunan Muria
9. Sunan Kalijaga Fathullah Khan Sunan Pandanaran
WALI SONGO ANGKATAN PERTAMA (1404M-1421M)5

1. Maulana Malik Ibrahim


2. Maulana Ishaq
3. Maulana Ahmad Jamadil Kubra
4. Maulana Muhammad al-Maghribi
5. Maulana Malik Isra’il
6. Maulana Muhammad Ali Akbar
7. Maulana Hasanuddin
8. Maulana Aliyuddin
9. Syeikh Subakir

Merujuk kepada buku-buku sejarah Nusantara, Islam telah pun tersebar di Nusantara
semenjak abad pertama Hijrah atau kurun ke-7 Masihi lagi. Namun pada awalnya penyebaran
agama Islam tidak menyeluruh ke seluruh pelosok Nusantara. Akibat konflik yang tidak
diduga, dakwah Islam di Nusantara terputus untuk beberapa abad.

Pada abad ke 14 Masihi sekumpulan mubaligh yang terdiri daripada tujuh orang adik-
beradik dari wilayah Deccan, selatan India telah datang ke Asia Tenggara bertujuan
meneruskan usaha-usaha dakwah yang telah dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Islam
yang terdahulu. Kumpulan ini dikenali dengan nama Wali Tujuh yang diketuai oleh Sayyid
Husein Jamadil Kubra.

Sayyid Husein Jamadil kubra bersama ahli yang lain singgah di Samudera-Pasai
terlebih dahulu yang mana Pasai pada ketika itu diperintah oleh Sultan Zainul Abidin(1350-
1349M). Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan melalui Selat Melaka menuju ke Kota
Jeddah, Kelantan pada tahun 751 Hijrah (1350M) dan disambut baik kedatangan mereka oleh
Raja Bharubhasa yang merupakan bekas Raja Chermin yang telah berpindah ke Kelantan.
Setelah menetap di Kelatan untuk suatu tempoh. Sayyid Husein Jamadil Kubra bersama
anaknya Maulana Malik Ibrahim serta beberapa delapan orang berangkat ke Kepulauan Jawa.
Sayyid Husein kemudian meninggalkan Maulana Malik Ibrahim serta delapan orang di Gresik
dan beliau pula menghala menuju ke Pulau Sulawesi.

5
Sumber: Muzium Masjid Agung Demak. Op.Cit: Cikal Bakal Berdirinya Kerajaan Islam, hal.2.
Ketibaan Maulana Malik Ibrahim bersama delapan tokoh lain pada tahun 1404 M/808
H merupakan angkatan pendakwah pertama yang sampai bagi menjalankan misi dakwah yang
telah diamanahkan kepada mereka. Dikatakan ini merupakan perintah daripada Sultan
Muhammad I6 (1379-1421M) iaitu Khalifah Turki Uthmani kepada para wali tersebut.

Setiba mereka di Gresik, mereka membahagikan wilayah dakwah kepada tiga bahagian
iaitu Jawa bahagian barat, tengah dan timur. Pembahagian yang dilakukan seperti berikut:

Wilayah Nama Wali


Jawa Tengah Maulana Malik Ibrahim
Maulana Ishaq
Maulana Ahmad Jamadil Kubra

Jawa Barat Maulana Malik Isra’il


Maulana Muhammad Ali Akbar
Maulana Hasanuddin
Maulana Aliyuddin
Jawa Timur Maulana Muhammad Al-Maghribi
Maulana Syeikh Subakir

Tidak banyak maklumat yang diperoleh berkaitan dengan sembilan wali tersebut kerana
belum diketemui sumber sejarah yang membicarakan tentang mereka secara terperinci
melainkan hanya beberapa orang sahaja yang masyhur seperti Maulana Malik Ibrahim,
Maulana Ishaq dan Maulana Ahmad Jamadil Kubra.

6
Putera Sultan Beyazid I.
MAULANA MALIK IBRAHIM (1404-1419M)

Maulana Malik Ibrahim juga terkenal sebagai Syeikh Maghribi dianggap sebagai
peneroka atau ketua kumpulan Wali Songo di Jawa. Beliau turut dinamakan sebagai “Kakek
Bantal” lantaran beliau adalah tempat berkeluh kesah masyarakat dan tempat menyandarkan
diri saat fikiran sedang kusut. Secara umumnya, nasab keturunan beliau bersambung kepada
Rasulullah s.a.w. namun ada percanggahan pendapat tentang turutan garis nama-nama yang
terdapat di dalam salasilah keturunannya. Nama lain selain daripada nama Maulana Malik
Ibrahim iaitu Sunan Tandhes, Sunan Raja Wali, Wali Quthub, Mursyidul Auliya’, Wali Sanga,
Sayyidul Auliya’ Wali Sanga, Maulana Maghribi, Syeikh Maghribi, Sunan Maghribi atau
Sunan Ghribig.7

Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang bukan sahaja alim dalam bidang agama
malah fakih dalam hal ehwal pentadbiran negara. Beliau dikatakan berasal dari Negara Turki
yang dikenali sebagai Istanbul pada suatu ketika dahulu. Ada setengah sumber mengatakan
beliau berasal dari Gujarat dan ada pendapat lain mengatakan dari Iran serta ada juga pendapat
yang mengatakan dari Arab.

Maulana Malik Ibrahim memiliki sifat dan keperibadian yang luhur. Beliau bukan saja
alim dalam ilmu agama malah beliau juga mempunyai pengetahuan berkaitan pertanian dan
perubatan.

Terdapat pelbagai versi tentang keturunan Maulana Malik Ibrahim. Tidak diketahui
asal kedatangan Maulana Malik dari negeri mana. Menurut setengah fakta sejarah yang
didapati, Maulana Malik Ibrahim merupakan anak yang tertua daripada hasil perkahwinan
Sayyid Husein Jamadil Kubra yang pertama. Sayyid Husein merupakan anak kepada Sayyid
Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat
Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam
bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid
Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-
Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin

7
Sejarah Lengkap Wali Sang: Masa kecil, dewasa hingga akhir hayatnya, Masykur Arif. Penerbitan Diva, Yogyakarta
2013, hal.16. Disebutkan bahawa terdapat suatu pendapat yang mengatakan bahawa Maulana Malik Ibrahim
adalah individu yang sama dengan Ibrahim Asmarokandi yang berasal dari kota Samarkand (As-Samarkandi) iaitu
salah satu daerah di Uzbekistan. Pendapat ini dibantah oleh para penziarah dengan mengatakan bahawa makam
Syeikh Maulana Malik Ibrahim terletak di Gresik manakala makam Syeikh Ibrahim Asmarokandi terletak di Tuban.
bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah.
Ini adalah berdasarkan salasilah Tok Pulau Manis.

Al-Imam As-Sayyid Abdul Malik Azmatkhan lahir di kota Qasam, sebuah kota di
Hadhramaut, sekitar tahun 574 Hijriah. Beliau juga dikenal dengan gelar “Al-Muhajir Ilallah”,
karena beliau hijrah dari Hadramaut ke Gujarat untuk berdakwah sebagaimana datuk beliau,
Al-Imam As-Sayyid Ahmad bin Isa, digelari seperti itu karena beliau hijrah dari Iraq ke
Hadramaut untuk berdakwah.

Maulana Malik Ibrahim kemudiannya diberi didikan secara langsung oleh Sayyid
Husein dengan didikan yang sempurna dalam hal ehwal agama yang merangkumi ilmu hakikat
dan syariat serta tekun beribadat dan berakhlak mulia. Setelah beliau meningkat dewasa, beliau
dilatih oleh ayahandanya untuk menjadi seorang pendakwah Islam yang akan membantu
Sayyid Husein berdakwah dan menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Sementara menurut sumber yang lain tanpa menyatakan tarikhnya mengatakan bahawa
Maulana Malik Ibrahim dilahirkan di Champa (Kemboja). Berdasarkan sumber ini Maulana
Malik Ibrahim merupakan putera kepada As-Sayyid Barakat Zainal Alam bin Sayyid Husein
Jamadil Kubra seorang ulama besar di negerinya. Dan satu pendapat yang lain mengatakan
Maulana Malik Ibrahim pernah bermukim di Champa selama tiga belas tahun sejak tahun 1379.
Ia malah menikahi seorang puteri raja. Dari perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua
orang putera. Mereka adalah Raden Rahmat (dikenal dengan Sunan Ampel) dan Sayid Ali
Murtadha atau dikenali sebagai Raden Santri. Dalam usaha mengembangkan dakwah Islam
Maulana Malik Ibrahim berhijrah ke Pulau Jawa pada tahun 1392 M dan meninggalkan
keluarganya di negeri Champa. Beliau tiba di Jawa pada abad ke-15 atau tepatnya tahun 1404
M.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau berasal dari Turki bertujuan
menyebarluaskan agama Islam sebagai utusan dakwah Khalifah Turki Uthmani.8 Berdasarkan
hal tersebut dapat difahami bahawa asal usul tempat kelahiran Maulana Malik Ibrahim masih

8
Rachmad Abdullah, S.si., M.Pd. Terbitan Al-Wafi Publishing, Solo, Arpril 2015, hal.78: Masa kedatangan Maulana
Malik Ibrahim ke Tanah Jawa tahun 1404 M bertepatan dengan masa pemerintahan Khalifah Turku Uthmani iaitu
Sultan Muhammad I. Ketika zaman pemerintahan Sultan Beyazid I berlaku pelbagai pertempuran di daerah Timur
Tengan. Dalam masa yang sama kerajaan Khalifah Turki Uthmani terpaksa berhadapan dengan Salibis Eropah iaitu
lanjutan perang salib dan berhadapan dengan serangn dari Timur Lenk yang menguasai Persia termasuk
Samarkand dan Uzbekistan.
belum diketahui secara jelas dalam sejarah. Namun, para sejarawan sepakat bahawa beliau
bukan orang Jawa tulen tetapi merupakan pendatang yang berhijrah ke Tanah Jawa.

Maulana Malik Ibrahim memiliki tiga orang Isteri iaitu:9

 Siti Fatimah Binti Ali Nurul Alam Maulana Isra’il (Raja Champa Dinasti
Azmatkhan). Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata
iaitu Maulana Moqfaroh dan Syarifah Sarah. Syarifah Sarah kemudiannya
dinikahkan dengan Sayyid Fadhal Ali Murtadho10 dan melahirkan dua orang
putera iaitu Haji Utsman (Sunan Manyuran) dan Utsman Haji (Sunan
Ngudung). Daripada jalur Utsman Haji lahir Sayid Ja’afar Shadiq (Sunan
Kudus).
 Siti Maryam Binti Syeikh Subakir. Dikurniakan empat orang putera iaitu
Abdullah, Ibrahim, Abdul Ghafur dan Ahmad.
 Wan Jamilah Binti Ibrahim Zainuddin Al-Akbar Asmarokandi dan dikurniakan
dua orang putera iaitu Abbas dan Yusuf.

Pengembaraan Maulana Malik Ibrahim ke Asia Tenggara bermula sekitar awal tahun
1404M. Daerah pertama yang ditujui beliau di Tanah Jawa ialah Gresik iaitu di desa Sembalo
iaitu suatu daerah yang masih berada dalam wilayah kekuasaan Majapahit. Desa Sembalo
sekarang adalah daerah Leran Kecamatan Manyar, 9 kilometer utara kota Gresik. Di Gresik
terdapat sebuah pelabuhan yang sangat besar di Asia Tenggara pada ketika itu dan merupakan
pusat pemerintahan kerajaan Majapahit. Kedatangan beliau ke Tanah Jawa membuka sinar
baru kepada masyarakat Islam Majapahit yang kebanyakan daripada masyarakat pada ketika
itu masih kuat berpegang dengan ajaran Hindu dan Buddha. Hanya segelintir penduduk dari
masyarakat tersebut yang mengamalkan agama Islam. Hal ini kerana ajaran agama Hindu dan
Buddha telah bertapak di kalangan masyarakat Asia Tenggara lebih daripada seribu tahun
sebelum kedatangan Islam pada zaman Bani Umayyah.

Pada abad ke 13, Gresik masih merupakan masyarakat yang memuja dewa cina dan
akhir abad ke 14 masih di bawah taklukan wilayah pemerintahan Hindu Majapahit. Dalam abad
yang sama masyarakat persisiran utara Pulau Jawa masih kuat mengamalkan agama Hindu dan
Buddha. Agama tersebut kebiasaannya dianuti dan diamalkan oleh golongan kerabat diraja,
bangsawan yang tinggal di ibu kota mahupun di kadipaten. Adapun rakyat bawahan masih

9
Menurut tulisan Rachmad Abdullah, S.si., M.Pd. Terbitan Al-Wafi Publishing, Solo, April 2015, hal.69.
10
Dikenali sebagai Sunan Santri atau Raden Santri yang merupakan anak kepada Syeikh Ibrahim Asmarokandi.
banyak yang kuat menganuti kepercayaan animisma dan dinamisma. Hanya sebahagian kecil
penduduk yang beragama Islam.

Maulana Malik Ibrahim meninggal dunia pada 12 Rabiul Awwal tahun 882 Hijrah
bersamaan 9 April tahun 1419 M. Beliau dimakamkan di Gresik, Surabaya. Dipercayai batu
nisan makam Maulana Malik Ibrahim ditempah dari Gujarat, India.11 Selepas kematiannya,
kedudukan dan tanggungjawabnya menyebarkan dakwah diambil alih oleh anak saudaranya
iaitu Sunan Ampel.

Dalam menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat agar mencapai matlamat yang
kehendak perlu kepada strategi dan perancangan yang rapi. Rasulullah merupakan guru agung
kepada segala guru menjadi tauladan di dalam menyebarkan Islam pada peringkat awal di
tengah masyarakat arab jahiliyyah. Begitu juga halnya dengan Maulana Malik Ibrahim atau
Sunan Gresik ketika menyebarkan Islam di Tanah Jawa dalam masyarakat yang
kebanyakannya beragama Hindu-Buddha.

Antara usaha yang dilakukan oleh Sunan Gresik bagi memastikan aktiviti dakwah
beliau berjaya, beliau telah mendirikan sebuah tempat pengajian agama yang berasaskan
kepada sistem pondok. Dari situlah beliau mendidik dan mengajar anak-anak muridnya tentang
agama Islam untuk menjadi guru-guru agama dan melahirkan ramai pendakwah Islam untuk
menyebarkan Islam ke seluruh Tanah Jawa. Sistem pendidikan pondok ini diadaptasikan oleh
Sunan Gresik berdasarkan kepada sistem pendidikan yang telah diamalkan di Pasai yang
berasaskan pendidikan di masjid yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Islam secara
umum sejak zaman Rasulullah.

Di samping membina pusat pengajian yang bertujuan melahirkan para pendakwah,


Sunan Gresik turut menjadikan masjid sebagai pusat tempat kegiatan dakwah dan muamalat
masyarakat dengan istiqamah melakukan solat berjemaah bersama para muridnya dan
mengajar ilmu-ilmu agama. Sehingga saat ini masjid yang didirikan oleh Sunan Gresik masih
wujud dan kukuh terpelihara oleh masyarakat setempat di desa Laren dan merupakan masjid
yang tertua di Indonesia. Keadaan masjid seperti tiang kayu yang asal dan beberapa bahagian

11
Acheh Sepanjang Abad, hal.93: Sejarahwan bernama Moquette melakukan penelitian terhadap batu nisan
Maulana Malik Ibrahim dengan membandingkan tulisan ayat-ayat al-quran mahupun kalimat-kalimat bahasa arab
yang terdapat pada batu tersebut mengatakan bahawa batu nisan tersebut merupakan salah satu batu nisan dari
Cambay (Gujarat India) yang serupa dengan batu nisan Sultan Malikus Saleh di Pasai yang telah mangkat pada
tahun 696 Hijrah atau 1297 .
dalam masjid yang dibina oleh beliau masih lagi kekal seperti asal yang masih dapat dilihat
oleh pengunjung yang datang.

Sunan Gresik juga mengambil langkah mengasimilasikan agama Islam ke dalam agama
Hindu-Buddha secara bijaksana untuk menyesuaikan dan mendekatkan masyarakat kepada
agama Islam bagi mengelakkan berlaku kejutan budaya. Dalam hal-hal yang berkaitan ritual
keagamaan Sunan Gresik mengguna pakai istilah-istilah Hindu-Buddha seperti perkataan
sembahyang. Sembahyang merupakan gabungan dua perkataan daripada perkataan sembah dan
hyang. Begitu juga dengan penggunaan istilah bagi tempat beribadat masyarakat Jawa disebut
sebagai langgar yang diambil daripada perkataan sanggar. Untuk penuntut ilmu pula
mengguna pakai istilah santri yang berasal daripada perkataan India iaitu Shastri yang
bermaksud orang yang mengetahui buku-buku suci agama Hindu.

Sifat kepimpinan dan berjiwa rakyat yang dimiliki oleh Sunan Gresik menarik
masyarakat untuk mengenali beliau. Sunan Gresik turut mengambil langkah mendekati
masyakat setempat untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam melalui adat istiadat, sifat
serta tingkah laku mereka. Dengan cara demikian, beliau mampu memikirkan cara yang terbaik
untuk menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat setempat dan menyeru mereka kepada
agama sehingga mereka memeluk agama Islam dengan rela hati tanpa paksaan di samping
Sunan Gresik menerapkan akhlak dan nilai-nilai Islam secara tidak langsung ke dalam diri
setiap masyarakat.

Beliau tidak menentang adat dan kepercayaan masyarakat setempat secara langsung
bahkan beliau mendidik masyarakat dengan ketinggian dan keindahan akhlak Islam
sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menyampaikan dakwah, Sunan Gresik
menggunakan kefahaman yang mudah dan tidak menakut-nakut masyarakat dengan azab-azab
neraka bagi tujuan menanam minat dan rasa cinta masyarakat terhadap agama Islam.

Masyarakat pada ketika itu sangat kuat berpegang dengan amalan yang syirik dan
khurafat serta mempercayai kewujudan dewa. Sunan Gresik bersama para muridnya dalam
melaksanakan dakwah Islam kepada masyarakat setempat pada suatu ketika berjumpa
sekumpulan orang yang berhimpun mengadakan suatu upacara yang bertujuan meminta hujan
kerana daerah tersebut mengalami musim kemarau yang panjang dengan mengadakan upacara
pengorbanan seorang gadis perawan sebagai persembahan kepada sewa hujan.

Di samping itu masyarakat tersebut turut melakukan sebuah upacara pemukulan iaitu
melakukan upacara saling pukul memukul di antara dua orang pemuda dengan pukulan yang
sangat keras yang mengakibatkan cedera yang parah. Melihat keadaan tersebut, Sunan Gresik
serta muridnya berusaha menyampaikan dakwahnya untuk membetulkan fahaman mereka
yang sesat itu walaupun mendapat tentangan yang kuat daripada pendeta yang mengetuai
upacara tersebut.

Setelah berlaku perbualan yang panjang akhirnya pendeta itu mencabar Sunan Gresik
dengan mengatakan bahawa jika Sunan Gresik dapat mendatangkan hujan nescaya seluruh
penduduk tempatan di situ akan memeluk Islam dan jika sebaliknya Sunan Gresik serta para
muridnya akan dijadikan korban untuk upacara memanggil hujan yang dilakukan oleh mereka.

Sunan Gresik dalam keadaan tenang menerima cabaran tersebut lalu beliau serta murid-
muridnya melakukan solat sunat istisqo’ dan berkhutbah dan memohon doa kepada Allah untuk
menurunkan hujan. Tidak lama selepas selesai memohon hajat kepada Allah tiba-tiba datang
awan mendung dan menurunkan hujan di tempat tersebut. Penduduk di situ takjub dan
kehairanan melihat kejadian tersebut sehingga mereka berbondong-bondong memeluk agama
Islam lantas menjadi murid Sunan Gresik.

Strategi dakwah yang dibawa oleh Sunan Gresik bukan tertumpu kepada masyarakat
bawahan bahkan turut ditujukan kepada golongan pemerintah setempat. Beliau mendekati para
pemerintah bagi mendapatkan pengaruh politik dan kekuasaan setempat agar dakwah yang
beliau bawa tidak dihalang dan disekat oleh pihak musuh yang tidak senang dengan kegiatan
dakwah beliau. Hal ini kerana ia menggugat pengaruh Hindu-Buddha yang telah sekian lama
bertapak di dalam masyarakat Jawa.
MAULANA ISHAQ

Salah seorang pendakwah yang turut terlibat di dalam dakwah angkatan pertama ini
ialah Maulana Ishaq. Dalam menjejaki sejarah sebenar para wali ini tidak ada suatu sumber
yang sahih malah terdapat pelbagai versi cerita daripada ahli pengkaji sejarah para Wali Songo.
Namun menurut beberapa pandangan pengkaji sejarah yang telah menyusun semula fakta yang
didapati mengatakan bahawa Maulana Ishaq merupakan anak kepada Syeikh Maulana Ahmad
Jamadil Kubra.12

Beliau dikatakan berasal dari Samarqand13 yang terletak bersebelahan dengan daerah
Bukhara. Maulana Ishaq merupakan seorang ahli dalam bidang perubatan. Sunan Giri iaitu
Raden Paku merupakan anak Maulana Ishaq bersama isterinya yang bernama Dewi Sekardadu.
Dewi Sekardadu merupakan seorang puteri Adipati14 Blambangan yang bernama Raja Menak
Sembayu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan Allah dua orang cahaya mata iaitu
Raden Paku dan Siti Sarah.

Pada tahun 1404M, beliau datang ke Kepulauan Jawa bersama ayahnya dan juga
Maulana Malik Ibrahim yang merupakan bapa saudaranya yang berlabuh di Gresik buat
sementara waktu. Setelah itu, beliau ditugaskan untuk berdakwah di Kerajaan Siwa-Buddha15
Balambangan oleh Maulana Malik Ibrahim. Sewaktu sampai di Blambangan, Maulana Ishaq
terlebih dahulu bersuluk di sebuah tempat iaitu di Gunung Selangu bagi tujuan mempersiapkan

12
Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah: Setengah riwayat sejarah
menyebut bahawa Maulana Ishaq merupakan anak kepada Syeikh Ibrahim Asmarakandi. Ini secara pasti jika
mengikut riwayat tersebut Maulana Ishaq merupakan saudara kandung kepada Sunan Ampel dan Raden Santri.
13
Samarkand merupakan nama kota di Uzbekistan. Letaknya di bagian tengah. Merupakan kota ketiga yang
terbesar di Uzbekistan. Samarkand adalah kota yang tertua yang didirikan hampir 3 ribu tahun yang lalu. Alexander
Agung menaklukkan kota itu pada tahun 329 SM. Yunani menyebutnya "Marakanda". Pada saat itu dan juga
kemudian Samarkand adalah sebuah kota penting di Jalur Sutera dari Cina ke barat. Pada tempoh awal Islam dari
abad ke-7 kota ini berkembang pesat sampai ditakluk oleh Genghis Khan pada tahun 1220. Pada abad ke-14 Timur
Leng menjadikan Samarkand sebagai ibu kota kerajaan yang besar. Pada tahun 1868, Samarkand menjadi bagian
dari kekaisaran Rusia, dan dari 1925 sampai tahun 1930 kota ini adalah ibu kota Republik Sosialis Uzbekistan.
14
Adipati berasal daripada sebutan bahasa Sanskrit (iaitu adhipati yang bermaksud tuan, kepala atasan, pangeran,
tuan tertinggi atau raja) adalah sebuah gelar golongan bangsawan untuk orang yang menjawat sebagai ketua
wilayah yang tunduk kepada pemerintahan kerajaan di Nusantara seperti di Jawa dan Kalimantan.
15
Wikipedia: Siwa-Buddha merupakan campuran antara dua agama iaitu agama Hindu dan Buddha yang
diamalkan di Indonesia. Pada zaman Majapahit agama Siwa dan Buddha berpadu menjadi satu agama. Hal ini
boleh dilihat dalam beberapa karya sastra seperti Kakawin Sutasoma dan Kakawin Arjuna Wijaya. Pada zaman
sekarang di Pulau Bali dan Lombok, ajaran Hindu Dharma yang beraliran Siwa dan ajaran Buda (Siwa-Buddha) ini
dianggap sebagai dua mazhab yang berbeza dari satu agama yang sama. Di Bali ada sebuah desa yang bernama
Budakeling di Kabupaten Karangasem yang mana seluruh penduduknya menganut mazhab ini.
diri dan bermunajat kepada Tuhan agar diberi taufiq dan hidayat dalam mencapai maksud
keberadaannya di sana.

Ketika masih dalam tempoh bersuluk itu, Maulana Ishaq didatangi oleh seorang
pesuruh raja iaitu pepatih kerajaan Blambangan yang bernama Pepatih Bayul yang sedang
mencari seseorang yang berkepandaian dalam perubatan yang boleh mengubati penyakit
puterinya yang masih belum dapat disembuhkan oleh bomoh atau tabib-tabib yang lain dan
menawarkan ganjaran seumpama akan dikahwinkan dengan puteri tersebut sekiranya puteri
tersebut dapat disembuhkan dan akan diangkat menjadi raja di dalam salah satu daerah
Blambangan. Kedatangan pesuruh raja tersebut ke tempat suluk Maulana Ishaq didorong oleh
suatu peristiwa pelik yang dilihatnya iaitu suatu cahaya yang terang yang memancar dari
tempat suluk Maulana Ishaq. Takjub dengan pancaran cahaya itu, bergegas pergi pesuruh raja
itu ke tempat tersebut dan bertemu dengan Maulana Ishaq yang pada ketika itu sedang
bersembahyang dengan berpakaian serba putih.

Maulana Ishaq kemudiannya bersetuju untuk mengubati puteri tersebut dengan


mengenakan syarat bahawa puteri tersebut perlu memeluk Islam terlebih dahulu dan syarat
tersebut diperkenankan oleh Raja Menak Sembayu. Setelah itu, Maulana Ishaq pun
menunaikan dua rakaat sembahyang sunat kemudian memandikan Puteri Dewi Serkadadu.
Berkat doa dan usaha Maulana Ishaq itu sembuh puteri tersebut.

Sebagaimana telah dijanjikan oleh raja, dikahwinkan Maulana Ishaq dengan Puteri
Dewi Serkadadu dan ditabal sebagai raja. Kesempatan ini dimanfaatkan oleh Maulana Ishaq
dengan menyebar agama Islam ke serata tempat sehingga kepada kerabat diraja dan para
pembesarnya.

Namun begitu lama-kelamaan raja merasa tidak senang dengan dakwah yang
dilakukan oleh Maulana Ishaq atas desakan dan hasutan Pepatih Bayul. Raja Blambangan
berusaha menghalang dakwah tersebut tetapi usahanya itu gagal. Akhirnya Raja Menak
Sembayu merancang suatu pakatan untuk membunuh Maulana Ishaq kerana tidak suka kepada
dakwah Islam yang dibawa oleh Maulana Ishaq. Maulana Ishaq sedar akan pakatan tersebut
dan terpaksa berhijrah ke daerah Kerajaan Pasai16.

16
Pasai (juga dikenali sebagai Kesultanan Samudera Pasai atau kadangkala disebut Samudera Darussalam) adalah
kerajaan Islam yang pertama di Nusantara yang terletak di utara pantai Aceh (secara lebih tepat di
provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sekarang), Sumatera di antara abad ke-13 hingga abad ke-15. Raja
pertamanya bergelar Malikus Saleh yang telah mangkat pada tahun 696 Hijrah atau 1297 atau menurut hikayat
bernama Merah Silu.
Pada tengah malam dengan hati berat karena harus meninggalkan isteri tercinta yang
hamil tujuh bulan, Syeikh Maulana Ishaq berangkat meninggalkan Blambangan seorang diri.
Maulana Ishaq sempat memesan kepada isteri supaya memberi nama anak yang bakal
dilahirkan itu dengan nama Raden Paku.
Kedatangan beliau di Pasai disambut baik oleh pemerintah di sana yang sememangnya
merupakan sebuah kerajaan Islam. Sepanjang keberadaannya di Pasai, beliau giat mengajar
ilmu agama kepada masyarakat di Pasai.

Dikhabarkan Syeikh Maulana Ishaq sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pasai


sempat singgah ke Ampel Denta di Surabaya untuk bertemu Raden Rahmat atau Sunan Ampel
dan dia berpesan apabila bertemu dengan anak yang pernah dibuang ke laut oleh Prabu Menak
Sembayu itu supaya dinamakan Raden Paku dan hendaklah Raden Rahmat suka mendidiknya
secara Islami.

Sudah barang tentu Sunan Ampel tidak berkeberatan menerima amanat itu. Jika kita
amati di dalam Babad Tanah Jawa, sesudah pertemuan dengan Sunan Ampel, Syeikh Maulana
Ishaq masih terus mengembara di sekitar Pulau Jawa terutama di bagian Tengah. Dan
kemudian beliau mendapat sebutan Syeikh Wali Lanang. Kemudian berangkat Maulana Ishaq
ke negeri Pasai. Mendirikan perguruan Islam di sana dan terkenal sebutan Syeikh Awwalul
Islam.
MAULANA AHMAD JUMADIL KUBRA

a. Menurut beberapa penulisan ahli pengkaji sejarah Wali Songo terdapat


beberapa versi tentang riwayat Maulana Ahmad. Satu versi maklumat
mengatakan Maulana Ahmad merupakan ayah kepada Maulana Ishaq. Namun
begitu menurut satu versi lain ayah Maulana Ishaq ialah Syeikh Ibrahim
Asmarokandi.
b. Dikatakan terdapat beberapa versi berkaitan makam Maulana Ahmad. Ada yang
berpendapat makamnya terletak di Troloyo Trowulan17 dan ada pula yang
berpendapat di Semarang atau desa Turga berdekatan Pelawangan, Yogyakarta.
Perkara ini tidak ada kepastian yang jelas. Namun yang masyhur di kalangan
masyarakat Jawa adalah makam yang terletak di Troloyo, Trowulan, Mojokerto,
Jawa Timur.
c. Menurut Kronik Banten, Maulana Ahmad Jumadil Kubra digambarkan seorang
nenek moyang Sunan Gunung Jati. Dikisahkan bahawa salah seorang puteranya
bernama Ali Nurul Alam tinggal di Mesir. Ali Nurul Alam mempunyai putera
bernama Syarif Abdullah dan syarif Abdullah pula mempunyai putera yang
bernama Syarif Hidayatullah iaitu Sunan Gunung Jati.

Demikian juga menurut Babad Ceribon, Maulana Ahmad Jumadil Kubra dianggap
sebagai leluhur Sunan Gunung Jati dan Wali-wali lain seperti Sunan Bonang, Sunan Ampel
dan Sunan Kalijaga.

Manakala menurut Kronik Gresik, Maulana Ahmad memiliki hubungan darah dengan
Sunan Ampel dan tinggal di Gresik. Putera Maulana Ahmad bernama Maulana Ishaq
ditugaskan ke Blambangan untuk melakukan Islamisasi di sana. Maulana Ishaq adalah ayah
Sunan Giri. Jadi, Maulana Ahmad Jumadil Kubra menurut versi ini adalah datuk Sunan Giri.18

Menurut Raffles dalam penulisan yang berjudul “History of Java” yang mencatatkan
kisah-kisah lagenda dari Gresik menyebutkan bahawa Maulana Ahmad Jumadil Kubra adalah
pembimbing wali yang pertama. Dikisahkan, Raden Rahmat iaitu Sunan Ampel mulanya
datang dari Champa ke Palembang kemudian meneruskan perjalanan ke Majapahit.

17
Menurut pendapat Prof. Hasanu Simon, makam Maulana Ahmad Jumadil Kubra terletak di Troloyo, Trowulan,
Mojokerto Jawa Timur. Op.Cit., Syeikh Siti Jenar, hal.55.
18
Wali Songo: Rekonstruksi Sejarah yang Disingkirkan, hal.53.
MAULANA MUHAMMAD AL-MAGHRIBI

Maulana Muhammad Al-Maghribi berasal dari Maghrib atau Moroko. Beliau wafat
pada tahun 1465M. Makam beliau terletak di Jatinom, Klaten Jawa Tengah. Prof. Hasanu
Simon berusaha mengenal pasti tokoh ini sebagai Ki Ageng Gribig.

Setiap bulan Safar, masyarakat di Jatinom Klaten memperingati jasa dakwah beliau
dengan mengadakan acara yang diberi nama Ya Qowiyyu dengan cara membahagi-bahagikan
kue apem.

MAULANA MALIK ISRA’IL

Maulana Malik Isra’il berasal dari Turki. Beliau merupakan ahli dalam mengatur
negara. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menjalan misi dakwah bersama Maulana Malik
Ibrahim di Jawa bersama tujuh tokoh yang lain. Dalam perjalanannya menuju Jawa beliau
sempat singgah di Pasai terlebih dahulu sebelum melanjutkan perjalanan ke Pulau Jawa.
Maulana Malik Isra’il menjalankan misi dakwah bersama Maulana Muhammad Ali Akbar dan
Maulana Hasanuddin di Banten.

MAULANA MUHAMMAD ALI AKBAR

Maulana Muhammad Ali Akbar berasal dari Persia (Iran). Beliau merupakan seorang
yang mahir dalam bidang perubatan. Maulana Muhammad Ali Akbar termasuk dalam
golongan sembilan orang yang diutuskan oleh Sultan Muhammad I untuk menjalankan aktiviti
dakwah Islam di Jawa.

MAULANA HASANUDDIN

Maulana Hasanuddin berasal dari Palestin. Beliau menjalankan tugas yang diserahkan
oleh Sultan Muhammad I dengan menuju ke Pulau Jawa dan menetap di Banten. Beliau wafat
di Banten pada 1462M dan dikebumikan di sekitar Masjid Banten lama.
MAULANA ALIYUDDIN

Menurut sumber sejarah yang dikaji didapati Maulana Aliyuddin berasal dari Palestin.
Tidak terdapat banyak maklumat tentang biodata beliau. Namun beliau bersama-sama Maulana
Hasanuddin dan Maulana Malik Isra’il berdakwah di Banten. Beliau wafat pada tahun 1452M
dan dimakamkan di sekitar Masjid Banten Lama.19

Kesan dakwah Maulana Aliyuddin di Banten memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan agama Islam kerajaan Demak. Hal ini jelas nyata setelah Syarif Hidayatullah
(Sunan Gunung Jati) berjaya menyemarakkan dakwah Islam di Ceribon. Setelah itu, timbul
kekuatan Islam di Ceribon dan Banten. Kemudian, Fatahillah diperintahkan oleh Sultan
Trenggono untuk memerangi Katolik Portugis di Sunda Kelapa dan dibantu oleh umat Islam
Banten yang sejak awal telah diberi didikan oleh Maulana Aliyuddin dan Maulana Hasanuddin
memberi impak yang cukup besar kepada Kerajaan Islam Demak.

SYEIKH SUBAKIR

Menurut seorang pengkaji sejarah, R.Tanojo mengatakan bahawa Sultan Al-Gabah dari Rom
telah menghantar 20 000 keluarga muslim ke Pulau Jawa dalam usaha menyebarkan Islam di
sana. Namun rombongan tersebut telah diserang dan dibunuh. Hanya 200 keluarga sahaja yang
terselamat. Sultan Al-Gabah kemudiannya mengirim beberapa orang yang terdiri daripada
ulama, syuhada dan ahli hikmat ke Jawa untuk menuntut belas atas mangsa yang terlibat. Di
antara ulama yang terlibat itu adalah Syeikh Subakir.20

Syeikh Subakir yang berasal dari Persia merupakan seorang ahli yang mahir dalam
perubatan Islam dan terkenal di daerah angker yang dihuni oleh bangsa jin jahat. Syeikh
Subakir ditugaskan bersama Maulana Muhammad Ali Akbar dan Syeikh Maulana Al-Maghribi
untuk berdakwah di bahagian tengah Jawa.

19
Cikal Bakal Berdirinya Kerajaan Islam, H.M. Imam Soenanto Soenanto, hal.2.
20
Kisah Perjuangan Wali Songo, MB. Rahimsyah Ar, Surabaya, hal.5-6.
WALI SONGO ANGKATAN KEDUA (1421M-1438M)

1. Raden Rahmat (Sunan Ampel)


2. Maulana Ishaq
3. Maulana Ahmad Jamadil Kubra
4. Maulana Muhammad al-Maghribi
5. Maulana Malik Isra’il
6. Maulana Muhammad Ali Akbar
7. Maulana Hasanuddin
8. Maulana Aliyuddin
9. Syeikh Subakir

Meneruskan kesinambungan dakwah yang telah dibawa oleh Maulana Malik Ibrahim
atau Sunan Gresik, tugas tersebut diserahkan kepada anak saudaranya yang bernama Raden
Rahmat atau lebih dikenali dengan panggilan Sunan Ampel. Sunan Ampel merupakan salah
seorang wali Songo yang sering menjadi buah mulut masyarakat setempat di Tanah Jawa.

SUNAN AMPEL

Sunan Ampel nama aslinya adalah Sayyid Ali Rahmatullah dilahirkan kira-kira dalam
tahun 1401 M di champa. Ayahnya bernama Ibrahim Asmaro merupakan saudara kandung
kepada Maulana Malik Ibrahim dan merupakan menantu kepada Raja Champa iaitu Raja Wira
Bhadrawarman21. Syeikh Ibrahim Asmaro yang dibesarkan di Champa telah berkahwin dengan
Dewi Candrawulan Putri Raja Champa. Hasil perkahwinan Syeikh Ibrahim Asmaro bersama
Candrawulan dikurniakan tiga orang putera iaitu Sunan Ampel, Sayyid Ali Murtadho yang
akrab dipanggil Raden Santri dan Maulana Ishak. Sedangkan Abu Hurereh (Sunan Majagung)
ialah saudara iparnya.22

21
Raja Champa yang menggantikan ayahandanya Jaya Sinhawarman pada 1401 M.
22
Wali Songo: Rekonstruksi Sejarah yang Disingkirkan, hal.55.
Sebutan Sunan merupakan gelar kewaliannya, dan nama Ampel atau Ampel Denta, atau
Ngampel Denta (menurut Babad Tanah Jawi versi Meinsme), itu dinisbahkan kepada tempat
tinggalnya, sebuah tempat dekat Surabaya. Tentang nama Campa ini, menurut Endiklopaedi
Van Nederlandish Indie adalah suatu negeri kecil yang terletak di Kamboja (Indocina) yang
kemudian dikuasai oleh bangsa Khmer dari Vietnam. Sedangkan menurut Raffles yang
dimaksudkan adalah Jempa, suatu negeri di Aceh.23
Setelah Sunan Ampel dan Maulana Ishaq meningkat dewasa, mereka berdua dihantar
oleh datuk mereka Sayyid Husein Jamadil Kubra bersama ayahnya Syeikh Ibrahim Asmaro
bagi membantu serta menyambung usaha dakwah yang telah dilaksanakan oleh Maulana Malik
Ibrahim Di Jawa Timur yang telah meninggal dunia pada 1419 M di Gresik.
Sementara Sayyid Ali Murtadho ditinggalkan di Champa. Riwayat berkaitan beliau
tidak pernah disebut secara jelas. Khabarnya beliau pernah bermukim di Kresik, Fathoni.
Makamnya ada di antara makam lama di Kampung Parit al-Marhum, Fathoni. Menurut sumber
lain mengatakan makamnya telah dipindahkan ke maqam keluarga Diraja Kelantan (Kampung
Langgar) yang dikenal sebagai kubur Tok Seban.
Sewaktu mereka dalam perlayaran dari Champa menuju ke Tanah Jawa, mereka telah
berhenti singgah di Palembang dan bermukim di sana selama dua bulan. Menurut satu sumber
yang lain mengatakan mereka bermukim di sana selama 3 tahun. Setelah 3 tahun di Palembang,
kemudian berhijrah ke Gresik. Setelah itu melanjutkan perjalanan ke Majapahit untuk bertemu
dengan ibu saudaranya iaitu seorang puteri dari Champa yang bernama Dworowati yang
diperisterikan oleh seorang raja Majapahit beragama Hindu bergelar Prabu Sri Kerta Wijoyo.
Sepanjang di Majapahit mereka berjumpa dan mendekati Bupati (Temenggung) Majapahit
yang bernama Arya Damar untuk menyeru beliau kepada agama Islam. Akhirnya Arya Damar
memeluk agama Islam dibawah dakwah Sayyid Ibrahim serta anak-anaknya.
Setelah itu mereka meneruskan pelayaran menuju Tuban dan disambut baik oleh Bupati
Tuban iaitu Aria Teja. Persinggahan mereka di sana berjaya mengislamkan Bupati Tuban yang
kemudiannya mengahwinkan Sunan Ampel dengan puterinya yang bernama Dewi
Condrowati24 atau dikenali Nyai Ageng Manila. Hasil daripada perkahwinan tersebut mereka
dikurniakan lima orang anak iaitu Siti Syariat25, Siti Muthmainnah, Siti Hafsah, Maulana
Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) dan Raden Qasim (Sunan Drajat). Selain itu, Sunan Ampel

23
Solichin Salam, Sekitar Walisongo, (Menara Kudus, 1960), h.28
24
Kisah Dan Ajaran Wali Sanga, H.Lawrens Rasyidi: Ada yang mengatakan Dewi Condrowati itu adalah putri Prabu
Kertabumi ada pula yang berkata bahwa Dewi Condrowati adalah putri angkat Adipati Tuban yang sudah
beragama Islam yaitu Aria Teja.
25
Dikenali juga sebagai Nyai Ageng Maloka. http://rembang.dosen.unimus.ac.id/?page_id=1181.
juga turut menikahi dengan Dewi Karimah iaitu Puteri Ki Bang Kuning dan dikurniakan dua
orang puteri yang bernama Dewi Murtasiah dan Dewi Murtasimah.26 Dewi Murtasiah
dinikahkan dengan Sunan Giri manakala Dewi Murtasimah pula dinikahkan dengan Sultan
Fattah.
Setelah kewafatan Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel mengambil alih
tanggungjawab beliau sebagai Ketua Dewan Ulama dalam angkatan Wali Songo ke-2. Sunan
Ampel melatih ramai kader-kader ulama dan pendakwah antaranya Ainul Yaqin (Sunan Giri),
Makdum Ibrahim (Sunan Bonang), Sultan Fattah (Raden Fattah), Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus)
dan Raden Qasim (Sunan Drajat). Sunan Ampel disegani oleh segenap lapisan masyarakat
termasuklah Maulana Ishaq ayah kepada Sunan Giri yang juga merupakan anggota Wali Songo
taat dan patuh kepada beliau.
Sewaktu di Ampel, Sunan Ampel mendirikan sebuah pondok di Ampel Denta
(Surabaya) sebagai tempat untuk melatih dan mempersiapkan para ulama, mubaligh, da’i dan
para pemimpin Islam. Beliau juga merupakan pencetus idea untuk mendirikan Kerajaan Islam
Demak dengan memerintahkan Sultan Fattah berhijrah ke Gelagahwangi dan mendirikan
sebuah Masjid di sana. 27

26
Tarichul Auliya, Bisri Musthafa, Menara Kudus 1952, hal.6.
27
Seputar Wali Songo, hal.28.
WALI SONGO ANGKATAN KETIGA (1436M-1463M)

1. Raden Rahmat (Sunan Ampel)


2. Maulana Ishaq
3. Maulana Ahmad Jamadil Kubra
4. Maulana Muhammad al-Maghribi
5. Sayyid Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus)
6. Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)
7. Maulana Hasanuddin
8. Maulana Aliyuddin
9. Syeikh Subakir

Pada tahu 1435M, Maulana Malik Isra’il dan Syeikh Maulana Ali Akbar telah kembali
ke rahmatullah dalm tahun yang sama. Pada tahun 1436M diadakan Persidangan Wali Songo
ke-3 di Ampel Denta bagi mencari pengganti tempat kepada dua anggota yang telah meninggal
dunia itu. Setelah beberapa tahun berlalu, datang Sayyid Ja’afar Sodiq dan Syarif Hidayatullah
ke Tanah Jawa. Kehadiran mereka dipandang tinggi oleh masyarakat lalu mereka dipilih dan
dilantik untuk menganggotai Dewan Ulama Wali Songo.28

Kehadiran Sayyid Ja’afar Sodiq dan Syarif Hidayatullah menjadikan anggota Wali
Songo kekal sembilan orang dan di tugaskan di kawasan masing-masing seperti:

BIL NAMA WALI TEMPAT


1 Raden Rahmat (Sunan Ampel) Ampel Denta
2 Maulana Ishaq Blambangan (Jawa Timur)
3 Maulana Ahmad Jamadil Kubra Jawa Timur
4 Maulana Muhammad al-Maghribi Jawa Tengah
5 Sayyid Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus) Kudus
6 Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) Jawa Barat
7 Maulana Hasanuddin Banten
8 Maulana Aliyuddin Banten
9 Syeikh Subakir Jawa Tengah

28
Kisah perjuangan Wali Songo, hal.6.
SAYYID JA’AFAR SODIQ (SUNAN KUDUS)

Sunan Kudus atau nama sebenarnya Sayyid Ja’afar Sodiq Azmatkhan berketurunan
Palestin dan datang ke Jawa pada tahun 1436M untuk mengganti Syeikh Maulana Malik Isra’il
yang telah wafat pada tahun 1435M. Beliau dikenali sebagai Sunan Kudus kerana dinisbahkan
kepada tempat beliau berdakwah iaitu Kudus. Sejarah Jawa Kuno (Babad Tanah Jawa)
mengatakan bahawa nama beliau sewaktu kecil ialah Raden Undung.

Sunan Kudus merupakan putera kepada Raden Uthman Haji (Sunan Ngudung) hasil
perkahwinan bersama Siti Syariat atau Nyai Ageng Maloka binti Sunan Ampel.29 Ini boleh
difahami bahawa Sunan Ampel adalah datuk kepada Sunan Kudus melalui ibunya Siti Syariat
(Nyai Ageng Maloka) saudara kandung kepada Siti Muthmainnah, Siti Hafsah, Makhdum
Ibrahim (Sunan Bonang) dan Raden Qosim (Sunan Drajat).

Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahnya (Raden Uthman Haji) sendiri yang
merupakan seorang ulama yang terkenal dan disegani oleh masyarakat setempat. Setelah itu
menurut sumber “Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara” karangan Haji Abdul
Halim Bashah mengisahkan bahawa Sunan Kudus pernah menuntut ilmu di Mekah sehingga
mendapat golokan gelaran “Waliyyul Ilmi” kerana kealimannya yang sangat mendapat dalam
ilmu fekah di samping ilmu tauhid, usul hadis dan mantik. Atmodarminto dalam buku Babad
Demak menyebutkan bahawa Sunan Kudus sebagai satu-satunya wali yang paling menguasai
ilmu Fekah.

Suatu ketika Kota Mekah dilanda dengan satu wabak penyakit yang berbahaya. Dengan
izin Allah, Sunan Kudus berhasil mengubati penyakit tersebut dan menghalang penyakit
tersebut daripada merebak lebih luas. Sebagai menghargai jasanya, Amir negara Arab berkenan
memberinya hadiah tetapi ditolak. Walau bagaimanapun kerana hendak meraih pemberian
hadiah dari Amir tersebut dimintanya hanya sebuah batu yang dikatakan berasal dari Al-Quds
(Baitul Muqaddis) di Jerussalam. Batu itulah yang kemudiannya diletakkan di atas mihrab
Masjid kudus di daerah Semarang yang ditulis di atasnya nama pembinanya iaitu Ja'afar Sodiq,
nama Masjid Al-Aqsa dan nama Al-Quds (Kudus). Dikisahkan nama Kudus diberi berdasar
nama Al-Quds (Baitul Muqaddis) oleh Sunan kudus.

Sunan Kudus dikenali sebagai seorang ulama yang sangat berpegang kuat kepada
syariat Islam. Beliau sangat tegas dan keras dalam mengeluarkan suatu hukum hakam dalam

29
Berdasarkan fakta sumber Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah.
tujuan menjaga kemurnian Islam dari berbagai-bagai penyimpangan. Sunan Kudus dikatakan
orang yang memberi cadangan supaya Ki Ageng Pengging (Kebo Kenongo) dihukum bunuh
disebabkan tidak mahu bertaubat dari ajaran Syeikh Siti Jenar. Beliau jugalah yang
bertanggungjawab menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Syeikh Siti Jenar.30 Disebabkan itulah
semasa perebutan kuasa berlaku (selepas Sultan Terenggono meninggal dunia), anak Ki Ageng
Pengging yang bernama Adiwijiyi gagal menaiki takhta mertuanya sebaliknya Arya
Penangsang dilantik menjadi raja dengan sokongan kuat oleh Sunan Kudus.

Di dalam sejarah Wali-wali Jawa, Sunan Kudus terkenal dengan sifat keberaniannya.
Ketika Sunan Ngudung syahid pada tahun 1524M dalam perang melawan Prabhu Udhoro,
Kerajaan Islam Demak telah melantik Sunan Kudus sebagai Senopati iaitu Panglima Perang
untuk memimpin tentera Demak melawan Majapahit. Hal ini bukan disebabkan beliau anak
Sunan Ngudung tetapi kerana keberaniannya dan pengetahuan yang mendalam Sunan Kudus
berkaitan ilmu peperangan yang diwarisi oleh ayahnya yang berpengalaman dalam
peperangan. Selain itu, beliau juga diamanahkan oleh Sultan Demak menjadi penasihat Sultan
Demak dan hakim negara. Dikesempatan itulah beliau banyak mengambil peluang untuk
menyampaikan dakwah kepada golongan penguasa dan pemimpin.

Sunan Kudus terkenal sebagai seorang pujangga yang giat mengarang cerita-cerita
pendek yang berunsur falsafah yang membangunkan semangat keagamaan. Antara karya
ciptaannya yang masyhur ialah Gending Maskumambang dan Mijil.

Sunan Kudus berkahwin dengan Dewi Ruhil yang merupakan sepupunya sebelah
ibunya iaitu puteri kepada Sunan Bonang. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan
seorang putera benama Amir Hassan.31 Riwayat lain menyebutkan bahawa beliau juga menikah
dengan puteri Pangeran Husen, Pecattanda Terung dan dikurniakan lapan orang anak iaitu:

1. Nyai Ageng Pembayun


2. Panembahan Palembang
3. Panembahan Mekaos Honggokusumo
4. Panembahan Qodhi
5. Panembahan Karimun

30
Wli Songo Period I-V, hal.45, Hamid Akasah.
31
Kudus Purbakala dalam Perjuangan Islam, hal.18; Sunan Kudus, Abdul Rasyad Shiddiq, hal.7.
6. Panembahan Joko
7. Ratu Pakojo
8. Ratu Prodobinabar

Dari lapan orang anak tersebut, hanya empat sahaja yang diketahui makamnya iaitu
Panembahan Palembang, Panembahan Mekaos Honggokusumo, Panembahan Joko dan Ratu
Prodobinabar. Makam mereka terletak dekat kompleks pemakaman Masjid Menara Kudus.

SYARIF HIDAYATULLAH (SUNAN GUNUNG JATI)

Sunan Gunung Jati atau nama sebenarnya Syarif Hidayatullah bin Syarif Abdullah Bin
Nur Alam Bin Maulana Husain Jamadil Kubra merupakan salah seorang penyebar agama Islam
di Tanah Jawa bersama anggota Wali Songo yang lain. Beliau lahir pada tahun 1448M di
Mekah Al-Mukarramah. Sunan Gunung Jati merupakan satu-satunya Wali Songo yang
menyebarkan Islam di Jawa Barat. Ayahnya Syarif Abdullah merupakan seorang penguasa
yang berketurunan Nabi s.a.w yang ke-22 dan dikenali sebagai Sultan Mahmud. Dalam Babad
Tanah Jawa dan Leluhur Sumedang menyebut bahawa Syarif Abdullah adalah Raja Mesir.
Ibunya pula merupakan seorang puteri kepada Prabu Siliwangi 32 penguasa Tanah
Sunda dari Kerajaan Pajajaran yang bernama Dewi Rarasantang. Dewi Rarasantang bersama
abangnya telah lari meninggalkan istana untuk mencari mubaligh Islam kerana mereka telah
terpaut hati pada agama Islam. Setelah bertemu Sunan Ampel dan Maulana Ibrahim dari
Champa, mereka pun memeluk agama Islam yang kemudiannya menukar nama kepada
Syarifah Mudaim dan Somadullah. Setelah itu, mereka disuruh berhijrah ke Mekah supaya
mendalami ilmu agama di sana yang dipimpin oleh Syeikh Bayan dan Syeikh Abdullah. Syeikh
Bayan ialah Maulana Ishaq sementara Syeikh Abdullah pula dikhabarkan Sultan Mahmud iaitu
Syarif Abdullah atau digelar sebagai Maulana Syeikh Isra’il.33
Sewaktu di Mekah Syarifah Mudaim dan Syarifah Abdullah berkahwin. Pernikahan
Syarif Abdullah dan Syarifah Mudaim dikurniakan dua anak iaitu Syarif Hidayatullah dan
Syarif Nurullah. Syarif Hidayatullah adalah nama asli dari pemuka Islam di Cirebon, Sunan
Gunung Jati yang kemudian menjadi Sultan pertama di Kesultanan Cirebon. Antara gelaran-

32
Prabu Siliwangi adalah Raja dari kerajaan bercorak Hindu-Buddha di Jawa Barat.
33
Berdasarkan fakta sumber Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah.
gelaran yang diberi kepada Sunan Gunung Jati ialah Syeikh Nuruddin Ibrahim, Sayid Al-Kamil
dan Ahmad Fatahillah.
Setelah Sunan Gunung Jati meningkat dewasa, beliau bertekad untuk menjadi seorang
guru agama. Beliau kemudiannya ke Mekah untuk mendalami ilmu agama dan berguru dengan
Syeikh Tajuddin Al-Kubri dan Syeikh Ataullah Sazali yang menganut mazhab Imam Syafie.
Setelah itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Baghdad untuk mempelajari ilmu tasawuf.
Setelah beberapa waktu menuntut ilmu, beliau kembali semula ke Mesir. Setelah kemangkatan
ayahandanya, beliau hendak diangkat oleh bapa saudaranya sebagai Sultan Mesir namun beliau
tidak menerima lantikan tersebut kerana beliau bertekad untuk ke Jawa untuk menyebarkan
dakwah Islam di Ceribon. Lalu diangkatkan adiknya Syarif Nurullah sebagai Sultan Mesir.
Syarif Hidayatullah menuju ke Jawa dan sempat singgah di beberapa tempat. Beliau
terlebih dahulu singgah di wilayah penyebaran Islam seperti Gujarat, Pasai, Banten dan Gresik.
Semasa di Pasai, Syarif Hidayatullah sempat berguru dengan Maulana Ishaq yang merupakan
ayah Sunan Giri iaitu Ainul Yakin selama dua tahun. Setelah itu beliau berlayar menuju Banten
yang mana di sana sudah ada orang-orang Islam hasil dakwah Maulana Hasanuddin, Maulana
Aliyuddin dan Maulana Malik Isra’il.
Pada tahun 1470M, Syarif Hidayatullah menuju Ampel Denta dengan menumpang
kapal orang-orang Islam dari Jawa Timur. Setibanya di Ampel, beberapa waktu kemudian Wali
Songo angkatan ke-2 mengadakan musyawarah untuk mencari pengganti Muhammad Ali
Akbar dan Maulana Malik Isra’il serta menetapkan anggota Wali Songo angkatan yang ke-3.
Hasil musyawwarah tersebut memutuskan untuk mengangkat Syarif Hidayatullah
sebagai anggota Wali Songo angkatan ke-3 lalu dibahagikan tugas mengikut daerah masing-
masing. Syarif Hidayatullah diamanahkan untuk menjalankan dakwah di Jawa bahagian Barat
iaitu di Ceribon. Beliau ditetapkan di Ceribon kerana ibunya berasal dari Tanah Sunda dan
Pangeran Walangsungsan yang merupakan bapa saudaranya menjadi penyebar Islam di sana.
Pada tahun 1570M, Sunan Gunung Jati pulang ke rahmatullah dan dikebumikan di
Ceribon.
WALI SONGO ANGKATAN KE EMPAT (1463M-1466M)

1. Raden Rahmat (Sunan Ampel)


2. Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
3. Maulana Ahmad Jamadil Kubra
4. Maulana Muhammad al-Maghribi
5. Sayyid Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus)
6. Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)
7. Raden Paku (Sunan Giri)
8. Raden Qosim (Sunan Drajat)
9. Raden Said (Sunan Kalijaga)

Pada tahun 1463M, keahlian anggota Wali Songo diganti oleh empat orang wali.
Penggantian ini mewujudkan satu organisasi baru yang dikategorikan sebagai Wali Songo
angkatan ke-4. Penggantian ini berlaku bagi mengisi kekosongan wali-wali yang telah
meninggal dunia dan bagi mengimbangi dakwah yang telah dilakukan oleh wali terdahulu
sebagai penyambung rantaian usaha dakwah di Jawa. Persidangan Wali Songo yang ke-4
diadakan di Ampel Denta pada tahun 1463M yang diketuai oleh Sunan Ampel. Pada tahun
tersebut hanya Raden Paku (Sunan Giri) yang diangkat sebagai pengganti Wali Songo
kemudian barulah disusuli oleh yang lain iaitu Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang),
Raden Said (Sunan Kalijaga) dan Raden Qosim (Sunan Drajat).
RADEN PAKU (SUNAN GIRI 1442-1506M)

Mengimbau kisah Raden Paku mempunyai suatu kisah yang sangat menarik. Ia adalah
rentetan peristiwa Maulana Ishaq melarikan diri ke Pasai. Raden Paku atau Syeikh Maulana
Ainul Yakin merupakan kelahiran Blambangan Jawa Timur. Beliau merupakan putera kepada
Maulana Ishaq dan puteri kerajaan Blambangan bernama Dewi Sekardadu. Beliau dilahirkan
pada tahun 1442M.

Raden Paku mempunyai satu gelaran iaitu Joko Samodra. Nama ini diberikan oleh ibu
angkatnya yang menjumpai Raden Paku di pelabuhan yang dibawa oleh golongan pedagang
yang belayar di lautan menuju ke Gresik. Hal ini berikut satu peristiwa yang berlaku di Istana
Prabu Menak Sembayu selepas Maulana Ishaq melarikan diri ke Pasai.

Setelah dua bulan Maulana Ishaq meninggalkan isterinya, Dewi Sekardadu melahirkan
Raden paku dan kelahiran tersebut memberi suatu sinar baru di dalam keluarga Prabu Menak
Sembayu. Prabu Menak serta permaisurinya berasa sungguh gembira dan bahagia melihat
kehadiran cucu mereka yang comel itu. Ini kerana kelahiran tersebut berbeza daripada
kelahiran bayi biasa. Tampak bercahaya di wajah bayi ini menggembirakan hati seisi istana
lebih-lebih lagi Dewi Sekardadu yang terasa terubat hatinya ditinggalkan suaminya.

Tetapi hal ini tidak disenangi oleh seorang pepatih kerajaan Blambangan iaitu Pepatih
Bayul. Pepatih Bayul yang sebelum ini membuat fitnah terhadap Maulana Ishaq masih
menyimpan dendam terhadap Maulana Ishaq kerana telah membantutkan perancangannya
untuk mendapat kuasa takhta Prabu Menak dengan mengahwini Dewi Sekardadu dan kerana
telah memalukan dia dalam suatu majlis perkahwinan pada anggapannya sengaja dilakukan
oleh Maulana Ishaq. Pepatih Bayul membiarkan bayi tersebut dilimpahi kasih sayang selama
empat puluh hari. Sesudah itu, dia telah menghasut Prabu Menak Sembayu untuk membunuh
bayi tersebut. Kebetulan pada saat itu berlaku suatu wabak penyakit berjangkit di Blambangan.
Maka kesempatan ini dimanfaatkan oleh Pepatih Bayul Sengara dengan membuat onar kepada
Maulana Ishaq sebagai penyebab wabak itu berlaku.

Setelah lama Prabu Menak Sembayu dihasut oleh pemikiran jahat Pepatih Bayul, Prabu
Menak memutuskan untuk tidak membunuh bayi tersebut tetapi menghayutkan bayi tersebut
ke laut kerana kasih sayangnya terhadap bayi itu. Lalu diadakan satu majlis upacara untuk
menghayutkan bayi itu ke lautan. Dewi Sekardadu merasa teramat sedih kerana terpaksa
berpisah dengan anak tambah pula dibiarkan di dalam sebuah peti yang dihanyutkan di tengah
lautan samudera.
Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Maulana Ishaq. Syeikh Maulana Ishaq dikatakan
sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pasai sempat singgah ke Ampel Denta di Surabaya
untuk bertemu Raden Rahmat atau Sunan Ampel. Maulana Ishaq berpesan kepada Sunan
Ampel apabila bertemu dengan anak yang pernah dibuang ke laut oleh Prabu Menak Sembayu
itu supaya dinamakan Raden Paku dan hendaklah Raden Rahmat suka mendidiknya secara
Islam. Sunan Ampel menerima amanat tersebut tanpa membantah.
Peti yang dihanyutkan ke lautan bersama bayi itu kemudiannya dijumpai oleh kapal
dagang yang datang dari Gresik melintasi Selat Bali untuk berdagang di Pulau Bali. Namun
setelah mereka menemui peti yang di dalamnya bayi, kapal tersebut tidak boleh bergerak
menuju ke Pulau Bali. Lantas mereka mengubah arah pelayaran pulang ke Gresik semula.
Setelah tiba di pelabuhan Gresik, mereka menyerahkan peti yang ada bayi tersebut
kepada Nyai Gedhe Pinatih34 yang merupakan seorang janda yang kaya yang disegani oleh
masyarakat Gresik dan pemilik barang-barang dagang yang dibawa oleh nakhoda kapal
tersebut. Nyai Gedhe Pinatih mulai menyukai bayi tersebut lalu diambil bayi tersebut sebagai
anak angkatnya dengan menamakan bayi tersebut sebagai Joko Samodra sempena peristiwa
yang berlaku di samudera.
Pada usia 11 tahun, Nyai Gedhe Pinatih mengantarkan Joko Samodra untuk berguru
kepada Sunan Ampel di Surabaya. Menurut beberapa sumber, mula pertama Joko Samodra
setiap hari pergi ke Surabaya dan petangnya kembali ke Gresik. Sunan Ampel kemudian
menyarankan agar anak itu memondok saja di pesantren Ampel Denta supaya lebih memberi
tumpuan dalam mempelajari agama Islam.
Dalam beberapa minggu, Sunan Ampel menyedari bahawa Joko Samodra bukanlah
anak yang sembarangan. Muridnya yang satu ini memiliki kecerdasan luar biasa. Semua
pelajaran yang diberikan mampu dicerna dan dihafal dalam tempoh yang singkat. Pada suatu
malam, seperti biasa Sunan Ampel hendak mengambil air wuduk untuk melaksanakan solat
tahajud, mendoakan murid-muridnya dan mendoakan umat agar selamat di dunia dan akhirat.
Sebelum berwuduk Sunan Ampel menyempatkan diri memantau para murid yang tidur di
asrama. Tiba-tiba Sunan Ampel dikejutkan dengan satu sinar terang yang memancar keluar
dari salah seorang muridnya. Selama beberapa saat beliau terpegun, lalu untuk mengetahui
siapakah murid yang wajahnya bersinar itu maka Sunan Ampel memberi ikatan pada sarung
murid itu.

34
Makamnya terletak di Kompleks Masjid Agung Demak.
Esok harinya, sesudah solat subuh Sunan Ampel memanggil murid-muridnya itu lalu
bertanya “Siapakah di antara kalian yang waktu bangun tidur kain sarungnya ada ikatan?”
Lantas Joko Samodra menyahut sambil mengangkat tangannya untuk membuktikan dirinya
yang dimaksudkan itu. Hal ini menambah keyakinan Sunan Ampel yang mengatakan bahawa
pemuda tersebut bukan orang biasa. Kebetulan pada hari itu, ibu angkat Joko Samodra datang
menziarahi anaknya itu. Kesempatan ini Sunan Ampel mengambil peluang untuk bertanya
lanjut tentang diri Joko Samodra kepada Nyai Gadhe Pinatih secara lebih mendalam.
Nyai Gadhe Pinatih menceritakan semua peristiwa itu kepada Sunan Ampel sejujurnya.
Dikhabarkan kepada Sunan Ampel bahawa Joko Samodra merupakan anak angkatnya yang
dijumpai dalam peti di tengah Selat Bali ketika masih bayi. Peti tersebut masih di dalam
simpanan Nyai Gadhe Pinatih. Kemudiannya Sunan Ampel menziarahi rumah Nyai Gadhe
Pinatih untuk melihat peti yang disimpannya itu. Sunan Ampel mengamati peti itu dan
mendapati bahawa peti itu berasal dari kalangan istana Blambangan berdasarkan ciri-ciri ukiran
dan tanda khusus yang terdapat pada peti itu.
Dari situ timbul keyakinan di hati Sunan Ampel bahawa Joko Samodra itu adalah putera
Maulana Ishaq. Teringat pada pesan Maulana Ishaq sebelum berangkat ke Pasai, maka Sunan
Ampel kemudiannya menyusulkan kepada Nyai Gadhe Pinatih agar nama anak itu ditukar
dengan nama Raden Paku. Nyai Gadhe Pinatih menurut saja apa kata Sunan Ampel, dia
percaya penuh kepada wali besar yang sangat dihormati oleh masyarakat.
Sepanjang Raden Paku berguru di pondok Sunan Ampel, beliau bersahabat baik dengan
putera Sunan Ampel bernama Raden Makhdum Ibrahim. Mereka bagaikan saudara kandung.
Setelah Raden Paku berusia 16 tahun, Sunan Ampel memerintahkan Raden Paku bersama
Raden Makhdum Ibrahim untuk berhijrah ke tanah seberang35 iaitu Pasai36 untuk menimba
ilmu agama serta meluaskan pengalaman. Sunan Ampel mengkhabarkan kepada Raden Paku
bahawa di Pasai terdapat ramai ulama dan salah seorang ulama besar yang dikenali sebagai
Syeikh Awwalul Islam iaitu Maulana Ishaq dan dia merupakan ayah Raden Paku yang terpisah
sejak beliau di dalam kandungan lagi.

35
Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah, hal.98: Menurut setengah
riwayat mengatakan Sunan Bonang dan Sunan Giri termasuk Sunan Kalijaga dan Syeikh Sutabris pernah menuntut
ilmu di Melaka. Hal ini diperkatakan begitu kerana sebutan ‘Melaka” di kalangan orang jawa menunjukkan kepada
Tanah Seberang atau semenanjung. Bukti lain yang mengatakan Jawa menerima Islam dari Melaka itu merujuk
kepada kawasan di sebelah pantai timur Malaysia iaitu Pattani, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini kerana
Kelantan pada masa itu sebagai serambi Mekah yang terkenal sebagai tempat menuntut ilmu.35
36
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Samudera_Pasai: kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara
Sumatera, terletak di sekitar Kota Lhokseumawe dan Aceh Utara, Provinsi Aceh, Indonesia.
Perintah itu dilaksanakan oleh Raden Paku dan Raden Makhdum Ibrahim. Tatkala
sampai di negeri Pasai keduanya disambut gembira, penuh rasa haru dan bahagia oleh Maulana
Ishaq ayah kandung Raden Paku yang tidak pernah melihat anaknya sejak bayi. Raden Paku
menceritakan riwayat hidupnya sejak masih kecil ditemukan di tengah samudera dan kemudian
diambil anak angkat oleh Nyai Gadhe Pinatih dan berguru kepada Sunan Ampel di Surabaya.
Sebaliknya Maulana Ishaq kemudian menceritakan pengalamannya di saat berdakwah di
Blambangan sehingga terpaksa meninggalkan isteri yang sangat dicintainya.
Selama menetap di Pasai, Raden Paku memanfaatkan peluang yang ada dengan
menimba ilmu daripada ramai ulama termasuk ayahnya sendiri. Kebolehan yang luar biasa
dalam menguasai setiap bidang ilmu oleh Raden Paku dikatakan bahawa beliau memperoleh
ilmu laduni dari Allah secara langsung sehingga mendapat jolokan Ainul Yakin. Di samping
mempelajari ilmu tauhid, Raden Paku dan Raden Makhdum Ibrahim juga turut belajar ilmu
tasawuf daripada ulama dari Iran, Baghdad dan Gujarat yang menetap di Pasai.
Setelah tiga tahun menuntut ilmu agama di Pasai, Maulana Ishaq memerintah mereka
berdua kembali ke Tanah Jawa dengan berbekal sebuah bungkusan putih yang berisi tanah.
Maulana Ishaq memesan supaya Raden Paku mendirikan sebuah tempat pengajian di Gresik di
mana terdapat tanah yang sama warna dengan tanah yang diberikan dalam bungkusan putih
tersebut. Kemudian kedua mereka kembali ke Surabaya menemui Sunan Ampel dan
menceritakan pengalaman mereka selama tiga tahun di Pasai. Sunan Ampel kemudiannya
memerintahkan Raden Makhdum Ibrahim supaya berdakwah di daerah Tuban sementara
Raden paku pula dikehendaki berdakwah di daerah Gresik.
Raden Paku kembali ke pangkuan ibu angkatnya untuk berbakti kepada ibunya dengan
mengurus urusan perdagangan sambil melakukan kegiatan dakwah di sana.
Sekembalinya ke Gresik ibunya menyuruh Raden Paku yang pada ketika itu berusia 23
tahun untuk menjaga barangan dagangan untuk dibawa ke Kalimantan. Raden Paku banyak
berlayar dalam mengurus perdagangan mengharungi lautan ke arah utara menuju pulau
Borneo. Peranannya dalam usia yang masih belia dalam dunia perdagangan ini kelak memberi
pengaruhi yang besar dalam penyebaran Islam di Kalimatan Selatan setelah menjadi seorang
mufti Jawa.
Raden Paku kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan puteri Sunan Ampel yang
bernama Dewi Murtasiah dan Dewi Wardah iaitu puteri seorang bangsawan yang bernama Ki
Ageng Supa Bungkul37. Beliau mengahwini kedua isterinya itu pada hari yang sama. Selepas
mengahwini Dewi Murtasiah, Raden Paku menikah pula dengan Dewi Wardah atas permintaan
Ki Ageng Supa Bungkul.
Sesudah berumah tangga, Raden Paku bergiat aktif dalam aktiviti perdagangan dan
berlayar di lautan merentasi pulau. Perdagangan dan pelayaran yang dilakukan itu adalah
bertujuan untuk menyebarkan dakwah agama Islam kepada masyarakat setempat sehingga
nama beliau masyhur di kepulauan Nusantara. Setelah lama berdagang, ia meminta izin kepada
ibu angkatnya untuk berhenti berdagang dan beliau mengambil keputusan untuk mendirikan
sebuah pondok sebagai tempat pengajian bagi memenuhi hajat ayahnya yang pernah
dibekalkan oleh ayahnya sewaktu beliau hendak berangkat pulang ke Jawa.
Sebelum rencana Raden Paku untuk mendirikan pondok bermula, beliau terlebih
dahulu berkhalwat di dalam sebuah gua38 selama 40 hari 40 malam bermunajat kepada Allah
memohon petunjuk. Selesai berkhalwat beliau berjalan mengembara mencari tanah yang
dimaksudkan oleh ayahnya yang di bawa dari Pasai. Melalui desa Margonoto39 sampai Raden
Paku di daerah perbukitan yang berhawa dingin dan damai hatinya. Beliau memilih satu tempat
yang merupakan sebidang tanah yang terletak di atas sebuah gunung di Desa Sidomukti, selatan
Gresik bahagian Jawa Timur di mana tanah di situ serupa dengan tanah yang dibungkus dan
diberikan kepaknya oleh ayahnya. Sempena gunung itulah Raden Paku digelar sebagai Sunan
Giri ambilan daripada bahasa Sanskrit jawa iaitu giri bermaksud gunung atau bukit.
Di tanah tersebut Sunan Giri mendirikan sebuah masjid dan pondok-pondok untuk
murid-muridnya yang datang dari daerah jauh. Usaha Sunan Giri di sokong baik oleh isteri-
isterinya dan ibu angkatnya di samping sokongan spiritual daripada Sunan Ampel.
Dianggarkan dalam masa tiga tahun pondok Sunan Giri masyhur dan terkenal ke seluruh
Nusantara. Di pondok inilah Sunan Giri berusaha keras melatih kader-kader dakwah dan ulama
daripada rakyat jelata yang terdiri daripada nelayan dan pedagang yang datang dari pulau-pulau
Indonesia sebelah timur seperti Madura, Lombok, Maluku, Ternate, Ujung Padang, Hitu dan
Sulawesi.
Menurut sejarah kuno Jawa (Babad Tanah Jawa), murid-murid Sunan Giri bertebaran
ke seluruh penjuru benua besar seperti Eropah, Arab, Mesir Cina dan lain-lain. Pada saat
tersebut, Giri menjadi pusat dan markas gerakan dakwah yang terbesar dan terawal di Jawa.

37
Seorang bangsawan Majapahit yang memiliki sebuah pohon delima yang aneh di perkarangan rumahnya.
Makamnya terletak di Surabaya.
38
Sebuah gua di desa Kembangan dan Kebomas. Tempat tafakur ini masih wujud sehingga hari ini.
39
Sebuah desa yang terletak di daerah Kebomas.
Pengaruh Giri yang begitu meluas mendesak Ratu Majapahit 40 menggabungkan Ampel Denta
dan Gresik ke dalam wilayahnya.41
Setelah Sunan Ampel meninggal dunia dan sebelum berdirinya Kerajaan Islam Demak,
Sunan Giri mengambil alih tugas mertuanya sebagai pemimpin masyarakat Islam di Gresik dan
Ampel Denta sekali gus tampuk kepimpinan Wali Songo berada di tangannya.
Dalam perkembangan politik, Giri memainkan peranan yang besar di mana ia mampu
mempengaruhi daerah Islam yang lain seperti Japara, Tuban dan Gresik bahkan sampai ke luar
Jawa iaitu Makassar, Hitu dan Ternate. Segala keputusan dan rundingan yang hendak
dilakukan terlebih dahulu dirunding dengan Sunan Giri. Bahkan dalam hal perlantikan seorang
raja seakan-akan baru sah kerajaannya setelah diakui oleh Sunan Giri.
Pengaruh Giri yang semakin meluas membawa kepada wujudnya kerajaan Giri yang
sering disebut sebagai Giri Kedaton. Sunan Giri pernah dilantik sebagai raja pertama secara
tidak rasmi sebelum Demak menjadi sebuah Kerajaan Islam dan digelar sebagai Prabu Satmata.
Kehebatan beliau dalam politik dan alim dalam ilmu agama tersebar luas sehingga digelar
sebagai Sultan Abdul Fakih. Bangsa Barat menyebut Sunan Giri sebagai “Paus dari Timur”.
Di kalangan kaum Maluku pula Sunan Giri terkenal dengan nama “Raja Bukit” kerana
pondoknya terletak di atas sebuah bukit. Kewibawaan Giri turut dihormati oleh kerajaan Pajang
dan Mataram II (kerajaan-kerajaan yang tegak selepas kerajaan Demak).
Sunan Giri meninggal pada tahun 1506M dan dimakamkan di atas bukit Giri.
Perjuangan Sunan Giri disambung oleh waris-warisnya iaitu anaknya yang bergelar Sunan
Dalem kemudian disusuli Sunan Sidomargi, Sunan Prapen, Sunan Kawis Guwa dan
Penambahan Agong. Tatkala Penambahan Mas Witana Sideng Rana menggantikan
Penambahan Agong, Giri mula menghadapi zaman kemerosotannya. Manakala kerajaan
Mataram II semakin berkuasa di bawah pemerintahan Sultan Agong Hanjokrokusummo (1613-
1645M) yang lebih dikenali dengan gelaran Mas Rangsang.
Akhirnya pemerintahan Giri mahupun Gresik terus lenyak apabila Amangkurat II yang
dibantu oleh Belanda menjatuhkan kekuasaan Giri pada 27 April 1680 M iaitu selepas
meninggalnya Pangeran Singosari.

40
Ratu Majapahit bernama Puteri Suhita.
41
Berdasarkan fakta sumber Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah.
RADEN MAKHDUM IBRAHIM (SUNAN BONANG)

Raden Makhdum Ibrahim atau digelar sebagai Sunan Bonang merupakan putera kepada
Sunan Ampel dan Dewi Condrowati atau Nyai Ageng Manila yang merupakan puteri seorang
pembesar di Tuban yang telah diislamkan iaitu Aria Teja. Beliau dilahirkan pada tahun 1450M
di Ampel.42
Digelar sebagai Sunan Bonang kerana dinisbahkan kepada nama sebuah desa di Lasem
yang berdekatan Rembang, Jawa Tengah.43 Setengah pendapat yang lain pula mengatakan
gelaran tersebut adalah sebutan daripada Bong Ang sesuai nama marga Bong seperti nama
ayahnya Bong Swi Hoo iaitu Sunan Ampel. Namun ada yang mengatakan ianya dinisbahkan
kepada suatu alat muzik yang dijadikan oleh Sunan Bonang44 sebagai alat dakwah agar
dakwahnya mudah diterima oleh masyarakat.
Sunan Bonang merupakan abang kandung kepada Sunan Drajat. Sementara itu, Sunan
Bonang dan Sunan Kalijaga bertemu satu datuk iaitu Aria Teja di sebelah ibunya Nyai Ageng
Manila. Bahkan beliau merupakan guru pertama Sunan Kalijaga. Adapun Sunan Giri
merupakan sepupunya di mana Sunan Ampel dan Maulana Ishaq adalah putera kepada Ibrahim
Asmarokandi dan Dewi Condrowulan. Sewaktu kecil lagi Sunan Giri dan Sunan Bonang amat
akrab. Mereka bersama-sama menuntut ilmu di bawah didikan Sunan Ampel dan kemudian
menuntut pula kepada Maulana Ishaq di pasai.
Sunan Bonang mendapat pendidikan awal dalam bidang agama di pondok ayahnya di
Ampel Denta. Kemudian ayahnya menyuruh Sunan Bonang bersama-sama Sunan Giri ke Pasai
untuk mencari Maulana Ishaq yang melarikan diri dari ayah mertuanya yang ingin
membunuhnya pada suatu ketika dahulu. Di Pasai terdapat ramai ulama yang datang dari
pelbagai negeri bermukim di sana. Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh Sunan Bonang
dengan menuntut ilmu agama kepada Maulana Ishaq dan beberapa ulama lain.

42
Berdasarkan fakta sumber Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah.
Menurut tulisan Rachmad Abdullah, S.si., M.Pd. Terbitan Al-Wafi Publishing, Solo, April 2015, hal.106: diperkira
Sunan Bonang lahir pada tahun 1465M. Namun fakta tahun yang diberi itu seolah-olah tidak relevan kerana
penulis tersebut mengatakan sekitar tahun 1463M Sunan Bonang menggantikan kedudukan Maulana Hasanuddin
yang wafat pada tahun 1462M. Di samping itu juga disebutkan bahawa Sunan Bonang bersahabat akrab dengan
Sunan Giri yang lahir pada tahun 1442M dan bersama-sama menuntut ilmu. Hal ini tidak relevan disebabkan
perbezaan jurang umur yang ketara sekiranya dianggarkan Sunan Bonang lahir pada tahun1465M.
43
Bonang adalah sebuah kecamatan (daerah) di Kabupaten Demak, Jawa Tengah, Indonesia.
44
http://www.tradisikita.my.id/2015/04/mengenal-10-alat-musik-jawa-tengah.html: Bonang adalah instrumen
musik yang dimainkan dengan cara dipukul dengan menggunakan pemukul khusus. Bonang dibuat dari perunggu,
kuningan dan besi. Dalam gamelan jawa dikenal istilah bonang barung dan bonang penerus.
Menurut setengah riwayat mengatakan Sunan Bonang dan Sunan Giri termasuk Sunan
Kalijaga dan Syeikh Sutabris pernah menuntut ilmu di Melaka. Hal ini diperkatakan begitu
kerana sebutan ‘Melaka” di kalangan orang jawa menunjukkan kepada Tanah Seberang atau
semenanjung. Bukti lain yang mengatakan Jawa menerima Islam dari Melaka itu merujuk
kepada kawasan di sebelah pantai timur Malaysia iaitu Pattani, Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Ini kerana Kelantan pada masa itu sebagai serambi Mekah yang terkenal sebagai
tempat menuntut ilmu.45
Setelah 3 tahun di Pasai menuntut ilmu, Sunan Bonang pulang ke Jawa bersama Sunan
Giri bertemu Sunan Ampel. Pada waktu itu Sunan Ampel berasa yakin dengan ilmu yang
dikuasai oleh Sunan Bonang lalu memerintahkan supaya beliau menjalankan dakwah
pertamanya di Tuban. Manakala Sunan Giri pula diarah pulang berdakwah di daerah ibu
angkatnya di Gresik. Terlebih dahulu Sunan Bonang memulakan dakwahnya di Kediri yang
majoriti masyarakatnya beragama Syiwo-Buddha termasuklah di daerah Daha yang merupakan
bekas kekuatan Majapahit selain di Keling dan Jenggolo. Di Daha Sunan Bonang telah
mendirikan sebuah masjid bagi menyemarakkan lagi gelora dakwahnya di sana.
Kemudian daripada itu, beliau melanjutkan dakwahnya ke sebuah desa kecil di Lasem
dan menetap di Bonang, Jawa Tengah iaitu kira-kira 15km timur kota Rembang. Di desa
tersebut beliau mendirikan sebuah tempat persujudan (zawiyah) dan menjadikan tempat itu
sebagai pondok pengajian bagi menyampaikan ilmu dan melatih pendakwah Islam yang
berwibawa di kalangan golongan bangsawan. Pondok itu kini dikenali dengan nama Watu
Layar.
Sunan Bonang diangkat sebagai imam rasmi pertama Kesultanan Demak bahkan
pernah menjadi panglima tertinggi untuk waktu yang singkat. Walaupun begitu, beliau tetap
sibuk berkelana ke daerah-daerah yang terpencil di antaranya Tuban, Pati, Madura dan Pulau
Bawean. Tugas menyampaikan dakwah ini dilakukan setiap hari tanpa penat dan jemu demi
menyampai dakwah Islam ke pelosok Tanah Jawa.
Sunan Bonang mempunyai strategi dakwah yang menarik. Beliau banyak berdakwah
melalui seni sastera dan bahasa untuk menyampaikan inti pati ajaran Islam agar ia mudah

45
Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah, hal.98: Dikatakan mereka
berguru dengan Syeikh Muhammad Saman atau dikenali sebagai Sayyid Thana’uddin yang merupakan seorang
yang tinggi di dalam bidang ilmu kebatinan dan kerohanian. Syeikh Muhammad Saman kemudiannya pernah
mengarahkan mereka mendirikan sebuah masjid yang terletak di Kampung Laut. Melalui firasat Syeikh
Muhammad Saman meramalkan bahawa detik-detik kemenangan Islam akan hampir bilamana hakisan pasir naik
ke paras lantai masjid (Masjid Kampung Laut).
diterima oleh masyarakat setempat. Strategi dakwahnya yang berkesan menawan hati
masyarakat lalu ramai dari masyarakat memeluk agama Islam lantaran dakwah yang disampai
oleh Sunan Bonang. Kepakaran dalam bidang seni dan bahasa yang dikuasai oleh Sunan
Bonang membawa kepada penghasilan karya beliau yang berjudul “Suluk Sunan Bonang” dan
Tembang Tombo Ati yang sampai sekarang masih sering dinyanyikan oleh kebanyakan orang
Jawa. Suluk Sunan Bonang merupakan suatu karya yang berbentuk prosa dalam bahasa Jawa
Tengahan yang kalimahnya terpengaruh dengan bahas Arab.
Sunan Bonang menggunakan pendekatan dakwah yang bijaksana dan berhemah. Beliau
bijak dalam mengaturkan strategi dakwahnya agar masyarakat sekelilingnya tidak janggal
dengan ajaran yang dibawanya. Untuk menarik hati masyarakat kepada Islam beliau telah
menukar nama-nama hari sial menurut kepercayaan agama Hindu dan nama-nama dewa Hindu
digantikan dengan nama malaikat dan para nabi.
Sunan Bonang meninggal dunia di Pulau Bawean pada tahun 1425M. Sehingga saat ini
keberadaan makam yang sebenar masih diperselisih sama ada terletak di Desa Bonang, Tuban
ataupun di Pulau Bawean. Namun makam yang sering diziarahi adalah makam yang terletak
di kota Tuban.

RADEN SAID (SUNAN KALIJAGA)

Salah seorang yang tidak asing di kalangan Wali Songo merupakan Sunan Kalijaga.
Nama sebenar susuk tubuh tersebut ialah Raden Said46. Sunan Kalijaga disebut juga dengan
beberapa nama seperti Raden Abdurrahman, Lokajaya, Jagabaya, Pangeran Tuban dan Raden
Mas Syahid47. Beliau lahir di Tuban Jawa Timur pada tahun 1450M. Beliau merupakan putera
Adipati Tuban iaitu Temenggung Arya Wilatikta. Tumenggung Arya Wilatikta dikenali dan
dipanggil dengan nama Raden Sahur. Asal keturunan Raden Sahur termasuk dalam keturunan
dari pemberontak Majapahit iaitu Ranggalawe yang beragama Hindu tetapi Raden Sahur
sendiri sudah masuk agama Islam. Ranggalawe merupakan Aria Teja I yang dikenali dengan
nama Aria Adikara adalah pendiri kerajaan Majapahit. Kadipaten Tuban pada waktu itu berada
di bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit.

46
Kisah Dan Ajaran Wali Sanga, H.Lawrens Rasyidi.
47
Kisah Sunan Kalijaga, Ahmad Shadikin, Terbitan Putera Bintoro.
Sebutan Sunan Kalijaga muncul setelah Raden Said bertemu dan berguru dengan Sunan
Bonang. Asal usul nama Sunan Kalijaga masih terdapat perbezaan pendapat di antaranya ada
yang berpendapat bahawa Kalijaga berasal dari Qodhi Zaka yang bermaksud Hakim Suci atau
Pemimpin Suci (yang menegak kesucian/kebenaran). Pendapat lain pula mengatakan bahawa
Kalijaga merupakan asal dari kata Kali dan Jaga. Kali bermaksud sungai yang airnya mengalir
sementara Jaga bermaksud menjaga. Jadi Sunan Kalijaga diertikan sebagai Sunan yang pernah
menjaga aliran air di sungai.48
Raden Said telah bernikah dengan Dewi Sarah binti Maulana Ishaq dan dikurniakan
tiga orang cahaya mata iaitu Raden Umar Said (Sunan Muria), Dewi Ruqayyah dan Dewi
Sofiyyah. Sementara itu, di dalam buku “Pustaka Darah Agung” menyebutkan bahawa Raden
Said pernah berguru dengan Sunan Gunung Jati di Ceribon dan pernah menikah dengan puteri
Sunan Gunung Jati yang bernama Dewi Sarokah. Hasil perkahwinan dengan Dewi Sarokah
dikurniakan lima cahaya mata iaitu:
1. Kanjeng Ratu Pembayun (Isteri Sultan Trenggono).
2. Nyai Ageng Penenggak (Isteri Kyai Ageng Pakar).
3. Sunan Hadi (menjadi Panembahan Kali yang menggantikan Sunan Kalijaga sebagai
Kepala Perdikan Kadilangau).
4. Raden Abdurrahman.
5. Nyai Ageng Ngerang.

Raden Said memiliki sifat kemasyarakatan yang tingi. Walaupun beliau merupakan
anak kepada seorang adipati, namun kedudukan tersebut tidak menjadi jurang kepada beliau
untuk bergaul dengan rakyat jelata. Beliau begitu senang bergaul dan bebas berada di tengah-
tengah masyarakat desa yang hidup dalam serba kesempitan. Sifatnya yang mencintai
kedamaian dan kesaksamaan menjadikan beliau bertindak sebagai penyelamat masyarakat
waktu itu walaupun tindakan tersebut bercanggah dengan kewibawaan batiniahnya. Hal ini
kerana beliau tidak senang melihat para pembesar dan bangsawan yang hidup kaya raya
menindas rakyat miskin dengan cukai yang tinggi sehingga memaksa rakyat hidup dalam
tekanan dan serba kekurangan. Melihat ketidakadilan yang makin parah di dalam masyarakat,
Raden Said nekad merampas dan merompak harta benda para bangsawan dan pembesar untuk
diagihkan kepada fakir miskin.

48
Rachmad Abdullah, S.si., M.Pd. Terbitan Al-Wafi Publishing, Solo, April 2015, hal.109.
Saat masih menjadi perompak dan belum bertaubat beliau terkenal dengan gelaran
Lokajaya. Kegiatan merompak dilakukan setiap malam. Jika sebelum ini malam-malamnya
diisi dengan tekun beribadah dan alunan bacaan al-Quran, namun ia sebaliknya setelah hati
Raden Said nekad menentang kezaliman golongan bangsawan terhadap rakyat jelata dengan
merompak harta di gudang kadipaten sendiri setelah hasratnya yang telah disuarakan kepada
ayahnya seakan-akan tidak berhasil lantaran ayahnya sekadar seorang adipati bawahan yang
terhad kuasa dan kemampuan untuk membantu rakyatnya.
Berbagai-bagai jenis makanan yang dirompak oleh Raden Said dan kemudian diagih-
agih secara sembunyi kepada rakyatnya yang tertindas sehingga tiada sesiapa pun yang tahu
dari mana datang makanan yang mereka terima. Hal ini berlanjutan sehingga suatu malam
tanpa disedari perbuatan beliau diperhatikan oleh penjaga gudang dan akhirnya beliau
ditangkap oleh penjaga gudang lalu dibawa mengadap Raden Sahur. Akibat daripada itu Raden
Said dihukum sebat sebanyak dua ratus sebatan dan dikurung selama beberapa hari. Setelah
bebas dari kurungan ayahnya, Raden Said keluar istana tanpa pulang sehingga menimbulkan
kerisauan hati ibu dan adiknya.
Raden Said kemudian meneruskan aktiviti rompakan seperti biasa namun pada kali ini
dia mengenakan topeng di wajahnya dan menyasarkan harta orang kaya dan pejabat kadipaten
yang menyeleweng. Tanpa sedar perbuatannya diperhatikan oleh seorang ketua perompak
sejati untuk membuat fitnah terhadap Raden Said. Ketua perompak tersebut telah menyamar
seperti Raden Said dengan mengenakan pakaian dan topeng yang sama dipakai oleh Raden
Said lalu merompak segala harta para bangsawan dan rakyat jelata serta memperkosa gadis.
Akibat daripada fitnah tersebut Raden Said terjerat dalam fitnah tersebut lalu ditangkap oleh
penduduk tempatan dan dibawa mengadap penghulu kampung.
Penghulu kampung berasa terkejut kerana orang yang dibawa mengadapnya itu
merupakan anak majikannya sendiri. Kemudian penghulu kampung membawa Raden Said
secara rahsia ke istana kadipaten Tuban mengadap Raden Sahur. Raden Sahur yang berasa
marah dan kecewa terhadap Raden Said mengambil keputusan menghalau anaknya itu keluar
negeri.
Raden Said kemudian merantau keluar meninggalkan negerinya tanpa arah tujuan
sehingga sampai ke hutan Jatiwangi dan menetap di sana. Pada suatu hari lalu seorang yang
berjubah putih dan bertongkat melintasi hutan Jatiwangi. Raden Said beranggapan bahawa
pemegang tokong yang dibawa oleh orang tersebut dibuat daripada emas lalu diekorinya.
Terus diawasinya orang tua berjubah putih itu. Setelah dekat dia menyakat langkahnya
sambil berkata “Orang tua, apa kau pakai tongkat? Tampaknya kau tidak buta, sepasang mata
mu masih awas dan kau juga masih kelihatan tegar, kuat berjalan tanpa tongkat!”
Lelaki berjubah putih itu tersenyum, wajahnya ramah dengan suara lembut dia berkata
“Anak muda ………. Perjalanan hidup manusia itu tidak menentu. Kadang berada di tempat
terang, kadang berada di tempat gelap. Dengan tongkat ini aku tidak akan tersesat bila berjalan
dalam kegelapan.”
“Tapi .......... saat ini hari masih siang. Tanpa tongkat saya kira kau tidak akan tersesat
berjalan di hutan ini.” Sahut Raden Said. Kembali lelaki berjubah putih itu tersenyum arif.
“anak muda ………. Perjalanan hidup manusia itu tidak menentu. Kadang berada di tempat
terang, kadang berada di tempat gelap. Dengan tongkat ini aku tidak akan tersesat bila berjalan
dalam kegelapan.”
“Tetapi .......... saat ini hari masih siang. Tanpa tongkat saya kira kau tidak akan tersesat
berjalan di hutan ini.” Sahut Raden Said. Kembali lelaki berjubah putih itu tersenyum arif.
“Anak muda tongkat adalah pegangan. Orang hidup haruslah mempunyai pegangan
supaya tidak tersesat dalam menempuh perjalanan hidupnya.” Agaknya jawab-jawab yang
mengandung falsafah itu tidak menggugah hati Raden Said. Dia mendengar dan mengakui
kebenarannya tapi perhatiannya terlanjur tertumpah kepada gagang tongkat lelaki berjubah
putih itu. Tanpa banyak bicara Raden Said merampas tongkat itu dari tangan lelaki berjubah
putih. Disebabkan tongkat itu dicabut secara paksa maka orang berjubah putih itu jatuh
tersungkur.
Dengan susah payah orang itu bangun. Sepasang matanya mengeluarkan air walau tak
ada suara tangis dari mulutnya. Raden Said pada saat itu sedang mengamat-amati gagang
tongkat yang dipegangnya. Ternyata tongkat itu bukan terbuat dari emas tetapi hanya
pemegangnya saja terbuat dari kuningan sehingga berkilauan tertimpa cahaya matahari seperti
emas. Raden Said berasa kehairanan melihat orang itu menangis. Segera menghulurkannya
kembali tongkat itu. “Jangan menangis, ini tongkat mu ku kembalikan.”
“Bukan tongkat ini yang ku tangisi.” Ujar lelaki itu sambil memerhati beberapa helai
rumput di telapak tangannya. “Lihatlah! Aku telah berbuat dosa, berbuat kesia-siaan. Rumput
ini tercabut ketika aku jatuh tersungkur tadi.”
“Hanya beberapa hanya rumput. Kau merasa berdosa?” Tanya Raden Said hairan.
“Ya, memang berdosa! Kerana kau mencabutnya tanpa suatu keperluan. Andai kata ia diguna
sebagai makanan ternakan itu tidak mengapa. Tapi untuk suatu yang sia-sia ia merupakan suatu
dosa!” Jawab lelaki itu.
Hati Raden Said agak terkesan atas jawapan yang mengandung nilai iman itu.
Anak muda sesungguhnya apa yang kau cari di hutan ini?”
“Saya mengintai harta?”
“Untuk apa?”
“Saya berikan kepada fakir miskin dan penduduk yang menderita.”
“Hmm, sungguh mulia hati mu tapi sayang ...... cara mu mendapatkannya yang keliru.”
“Orang tua .......... apa maksud mu?”
“Boleh aku bertanya anak muda?”
“Silakan .......... “
“Jika kau mencuci pakaian mu yang kotor dengan air kencing, apakah tindakan mu itu
benar?”
“Sungguh perbuatan bodoh.” Sahut Raden Said. “Hanya menambah kotor dan bau
pakaian itu saja.”
Lelaki itu tersenyum lalu berkata “Demikian pula amal yang kau lakukan. Kau
bersedekah dengan barang yang didapatkan secara haram dengan merompak atau mencuri. Itu
sama halnya dengan mencuci pakaian dengan air kencing.” Raden Said tercengang.
Lelaki itu melanjutkan ucapannya “Allah itu adalah zat yang baik, hanya menerima
amal dari barang yang baik atau halal. “Raden Said makin tercengang mendengar keterangan
itu. Rasa malu mulai menyelubungi tubuh hatinya. Betapa keliru perbuatannya selama ini. Di
pandangnya sekali lagi wajah lelaki berjubah putih itu. Agung dan berwibawa namun
mencerminkan peribadi yang merendah diri. Dia mulai suka dan tertarik pada lelaki berjubah
putih itu.
“Banyak hal yang terkait dalam usaha membasmi kemiskinan dan penderitaan rakyat
pada saat ini. Kau tidak bisa mengubahnya hanya dengan memberi para penduduk miskin
bantuan makan dan wang. Kau harus memperingatkan para penguasa yang zalim agar mahu
mengubah caran mereka memerintah yang sewenang-wenangnya dan kau juga harus dapat
membimbing rakyat agar dapat meningkatkan taraf kehidupannya!”
Raden Said semakin tercengang kerana ucapan seperti itulah yang didambakannya
selama ini.
“Kalau kau tak mahu kerja keras dan hanya ingin beramal dengan cara yang mudah
maka ambillah itu. Itu barang halal. Ambillah sesukamu!”
Berkata demikian lelaki itu menunjuk pada sebatang pohon aren49. Seketika pohon itu
berubah menjadi emas seluruhnya. Sepasang mata Raden Said terbeliak. Dia adalah seorang
pemuda sakti yang banyak ragam pengalaman yang telah diperolehinya. Berbagai ilmu yang
aneh-aneh telah dipelajarinya. Dia mengira orang itu mempergunakan ilmu sihir. Kalau benar
orang itu mengeluarkan ilmu sihir ia pasti dapat mengatasinya. Tetapi setelah ia mengerahkan
ilmunya, pohon aren itu tetap berubah menjadi emas. Ini bererti orang itu tidak
mempergunakan sihir.
Raden Said terpukau di tempatnya berdiri. Dia mencuba memanjat pohon aren itu.
Benar-benar berubah menjadi emas seluruhnya. Ia ingin mengambil buah aren yang telah
berubah menjadi emas berkilauan itu. Mendadak buah aren itu berguguran jatuh menimpa
kepala Raden Said. Pemuda itu tersembam ke tanah. Jatuh dan pengsan. Ketika ia sedar, buah
aren yang berguguran itu telah berubah semula menjadi hijau seperti aren yang lainnya. Raden
Said bangkit berdiri sambil mencari orang berjubah putih tadi. Tapi yang dicarinya sudah tidak
berada di tempat tersebut.
“Pasti dia seorang sakti yang berilmu tinggi. Menilik caranya berpakaian tentulah dari
golongan para ulama atau mungkin salah seorang dari Waliullah. Aku harus mendatanginya
dan aku akan berguru kepadanya.” Demikian fikir Raden Said. Raden Said mengejar orang itu.
Segenap kemampuan dikerahkannya untuk berlari cepat, akhirnya dia dapat melihat bayangan
orang itu dari kejauhan.
Bermula saat itulah, Raden said mula mencari lelaki berjubah tersebut sehingga ke
sebuah sungai. Lelaki berjubah itu adalah Sunan Bonang. Raden Said menyuarakan hajatnya
untuk berguru dengan Sunan Bonang. Sunan Bonang menerima permintaan tersebut dengan
syarat bahawa Raden Said akan diterima sebagai muridnya sekiranya beliau lulus satu ujian
iaitu dia dikehendaki menunggu di sungai tersebut sehingga Sunan Bonang kembali. Lalu
Sunan Bonang memacakkan tongkatnya di tepi sungai. Syarat yang dikemukakan oleh Sunan
Bonang dilaksanakan oleh Raden Said setelah Sunan Bonang menyeberangi sungai tersebut
dan hilang dari pandangan mata Raden Said.

49
Aren (Arenga pinnata, suku Arecaceae) adalah palma yang terpenting setelah kelapa (nyiur) karena merupakan
tanaman serba guna. Tumbuhan ini dikenali dengan pelbagai nama seperti nau, hanau, peluluk, biluluk, kabung,
juk atau ijuk (aneka nama lokal di Sumatra dan Semenanjung Malaya); kawung, taren (Sd.); akol, akel, akere, inru,
indu (bahasa-bahasa di Sulawesi); moka, moke, tuwa, tuwak (di Nusa Tenggara), dan lain-lain. Bangsa Belanda
mengenalnya sebagai arenpalm atau zuikerpalm dan bangsa Jerman menyebutnya zuckerpalme. Dalam bahasa
Inggeris disebut sugar palm atau Gomuti palm.
Raden Said kemudian duduk bersila dan berdoa kepada Allah agar dia ditidurkan
sebagaimana ditidurkan tujuh pemuda kahfi di dalam sebuah gua. Doanya dimakbulkan Allah
lalu Raden Said ditidurkan selama tiga tahun. Selama tempoh tiga tahun itu, tubuh Raden Said
dibalut oleh akar dan rerumput. Setelah tiga tahun kemudian, datang Sunan Bonang kepada
Raden Said dan dibangunkan dia dari tidur tersebut dengan laungan azan. Sunan Bonang
membawa Raden Said ke Tuban untuk diberikan pendidikan yang setaraf para wali. Daripada
peristiwa itulah Raden Said terkenal dengan gelaran Sunan Kalijaga.

Ada yang mengertikan Sunan Kalijaga adalah penjaga aliran kepercayaan yang hidup
pada masa itu. Dijaga maksudnya supaya tidak membahayakan umat melainkan diarahkan
kepada ajaran Islam yang benar. Ada juga yang mengertikan legenda pertemuan Raden Said
dengan Sunan Bonang hanya sekadar simbol saja. Ke mana pun Sunan Bonang pergi selalu
membawa tongkat atau pegangan hidup itu ertinya Sunan Bonang selalu membawa agama atau
membawa iman sebagai penunjuk jalan kehidupan.
Raden Said kemudian disuruh menunggu tongkat atau agama di tepi sungai. Itu ertinya
Raden Said diperintah untuk terjun ke dalam kancah masyarakat Jawa yang banyak mempunyai
aliran kepercayaan dan masih berpegang pada agama lama iaitu agama Hindu dan Buddha.
Sunan Bonang mampu berjalan di atas air sungai tanpa tenggelam ke dalam sungai
bahkan sedikit pun ia tidak terkena percikan air sungai. Itu ertinya Sunan Bonang dapat bergaul
dengan masyarakat yang berbeza agama tanpa kehilangan identiti agama yang dianuti oleh
Sunan Bonang sendiri iaitu Islam. Raden Said sewaktu bertapa di tepi sungai tubuhnya tidak
sampai terhanyut ke aliran sungai sekadar hanya daun, akar dan rerumput yang menutupi
sebahagian besar anggota tubuhnya. Itu ertinya Raden Said bergaul dengan masyarakat Jawa,
adat istiadat masyarakat di pakai sebagai alat dakwah dan diarahkan kepada ajaran Islam yang
bersih, namun usaha itu tampaknya sedikit mengotori tubuh Raden Said dan setelah tiga tahun
Sunan Bonang membersihkannya dengan ajaran-ajaran Islam tingkat tinggi sehingga Raden
Said tergolong dalam kalangan para wali. Dan pengetahuan agamanya benar-benar telah cukup
untuk menyebarkan agama Islam. Demikian sehingga tafsiran dari kisah legenda pertemuan
Raden Said dengan Sunan Bonang.50
Setelah berguru dengan Sunan Bonang, Sunan Kalijaga juga turut berguru dengan
Sunan Ampel dan Sunan Gunung Jati. Dikatakan juga beliau juga menjadi murid kepada
Syeikh Sutabris yang kemudiannya menjadi sahabatnya yang sama-sama mendalami ilmu

50
Kisah Dan Ajaran Wali Sanga, H.Lawrens Rasyidi.
Islam di Pulau Upih51, Melaka. Dikhabarkan juga bahawa beliau pernah bertemu dan belajar
dengan Sayyid Thana’uddin yang pada masa itu mendiami di Pulau Besar52.

Sunan Kalijaga pakar terkenal sebagai seorang yang ahli tauhid, mahir dalam ilmu
syariat dan menguasai ilmu tentang perjuangan dakwah Islam. Bahkan beliau mahir dalam
bidang sastera sehingga terkenal sebagai pujangga dan menghasilkan syair-syair indah dalam
bahasa Jawa. Di samping itu, keilmuannya itu diserap masuk ke dalam permainan wayang kulit
yang seterusnya menjadi alat dakwahnya kepada masyarakat. Kebanyakan pengikut-pengikut
yang menerima dakwahnya terdiri daripada golongan bangsawan kerana asal usul Sunan
Kalijaga yang berasal dari golongan tersebut.

Sunan Kalijaga menempuh kehidupan yang lama sehingga menjangkau tiga waktu
pemerintahan iaitu Kerajaan Majapahit, Kerajaan Islam Demak dan kerajaan Pajang. Hampir
seluruh hidup Sunan Kalijaga dihabiskan untuk tujuan perjuangan dakwah Islam. Banyak jasa
yang disumbangkan oleh beliau yang masih didapati sehingga kini antaranya pendirian Masjid
Agung Demak dengan “soko tatal”, kesenian wayang kulit berserta alat muziknya, lagu Ilir-ilir
dan Gundur-gundur Pacul, Keris Kyai Cerubuk dan kotang Ontokesumo yang sehingga akini
masih lagi berada di bawah jagaan di makam Kadilangau.

Sunan Kalijaga meninggal dunia di Desa Kadilangau dan dimakamkan di sana. Desa
Kadilangau masih termasuk di dalam daerah pusat Kerajaan Islam Demak yang terletak sekitar
1km sebelah timur Masjid Agung Demak. Makamnya menjadi tempat yang paling ramai
diziarahi oleh segala lapisan masyarakat.

51
Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara, Haji Abdul Halim Bashah, hal.111: Kebanyakan orang-
orang Jawa yang datang ke Melaka bermastautin di Bandar Hilir dan Pulau Upih. Dari catatan Cina (dari hal negeri
Melaka pada 1416M), Pulau Upih diubah oleh Portugis dengan nama Tranquerah (ertinya benteng) yang
kemudian disebut dengan sebutan Terengkira (Tengkira).
52
Sewaktu dahulunya pernah didiami oleh suku Orang Laut dari Sumatera, Jawa dan Maluku.
SUNAN DRAJAT (1470-1522M)

Sunan Drajat merupakan putera Sunan Ampel dengan Dewi Condrowati (Nyai Ageng
Manila) yang juga adik-beradik kandung kepada Sunan Bonang di samping tiga orang saudara
kandung perempuan seibu sebapa iaitu Siti Syariat atau Nyai Ageng Maloka (ibu Sunan
Kudus), Siti Muthmainnah, Siti Hafsah serta sebapa melalui isteri Sunan Ampel yang bernama
Dewi Karimah iaitu Dewi Murtasiah (isteri Sunan Giri) dan Dewi Murtasimah (isteri Sultan
Fattah).

Nama sebenarnya ialah Raden Qosim atau dikenali juga dengan nama Maseh Munat
atau Syarifuddin. Beliau merupakan seorang wali yang berjiwa sosial yang memahami dan
sentiasa menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, orang sakit dan suka menyantuni anak-
anak yatim. Sunan Drajat memiliki kelebihan yang luar biasa iaitu memiliki daya ingatan yang
cukup kuat sehinggakan memudahkan beliau mengingati sesuatu ilmu yang dipelajari dan
menguasai ilmu. Oleh sebab itu beliau diberi kepercayaan yang tinggi oleh ayahnya untuk
menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat di sebelah barat Gresik antara Tuban dan
Gresik iaitu suatu daerah yang kurang ulama.

Sunan Ampel mengutuskan Sunan Drajat ke sana untuk membantu membantu Mbah
Banjar dan Mbah Mayang Madu yang giat menjalankan dakwah di sana. Pada tahun 1440M
ada seorang pelaut muslim yang berasal dari Banjar yang ditimpa musibah di pesisir pantai
utara. Kapal yang ditumpanginya pecah terlanggar batu karang dan karam di laut. Adapun Sang
Pelaut Banjar terdampar di tepian pantai Jelaq dan ditolong oleh Mbah Mayang Madu penguasa
kampung Jelaq pada saat itu.

Melihat keadaan dan situasi masyarakat Jelaq yang telah terseret sedemikian jauh dalam
kesesatan, Sang Pelaut muslim itu pun terketuk hatinya untuk menegakkan sendi-sendi agama
Allah. Dia pun mula berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk Jelaq dan
sekitarnya. Lama kelamaan perjuangan Sang Pelaut yang kemudian hari lebih dikenal dengan
Mbah Banjar mulai membuahkan hasil. Berikutan daripada itu Mbah Mayang Madu pun turut
menyatakan diri memeluk Islam dan menjadi penyokong utama perjuangan Mbah Banjar.

Suatu hari Mbah Banjar dan Mbah Mayang Madu berkeinginan untuk mendirikan
tempat pengajaran dan pendidikan agama agar syiar Islam semakin berkembang luas. Namun
mereka menghadapi halangan dan rintangan dalam menguruskan tempat pengajian tersebut
kerana masih kekurangan tenaga pengajar yang layak dalam bidang ilmu agama. Akhirnya
mereka pun bersepakat untuk meminta tolong Sunan Ampel di Ampel Denta di Surabaya.
Sunan Ampel memberikan restu dengan mengutus puteranya Raden Qosim untuk turut serta
membantu perjuangan kedua tokoh tersebut. Akhirnya Raden Qosim mendirikan Pondok
Pesantren di suatu petak tanah yang terletak di kawasan Pondok Pesantren puteri Sunan Drajat
saat ini.

Dia pun mengatakan bahawa barang siapa yang mahu belajar mendalami ilmu agama
di tempat tersebut, semoga Allah menjadikannya manusia yang memiliki derajat luhur. Karena
doa Raden Qosim inilah para pencari ilmu pun berbondong-bondong datang belajar di tempat
beliaua dan Raden Qosim pun mendapat gelaran dengan gelaran Sunan Drajat. Sementara itu
untuk mengenang perjuangan Mbah Banjar, maka dusun yang sebelumnya bernama kampung
Jelaq, diubah namanya menjadi Banjaranyar untuk mengabadikan nama Mbah Banjar dan
Anyar sebagai suasana baru di bawah sinar petunjuk Islam.

Raden Qosim adalah pendukung aliran putih yang dipimpin oleh Sunan Giri iaitu beliau
berdakwah menyebarkan agama Islam secara jalan lurus, jalan yang tidak berliku-liku. Ia
bermaksud agama harus diamalkan dengan lurus dan benar sesuai dengan ajaran Nabi. Tidak
boleh dicampur aduk dengan adat dan kepercayaan lama. Meskipun demikian, beliau juga
mempergunakan kesenian rakyat sebagai alat dakwah. Di dalam muzium yang terletak di
sebelah timur, terdapat seperangkat bekas gamelan Jawa. Ini menunjukkan betapa tinggi
penghargaan Sunan Drajat terhadap kesenian Jawa.
Di samping terkenal sebagai seorang wali yang berjiwa dermawan dan sosial, beliau
juga dikenal sebagai anggota Wali Songo yang turut serta mendukung pemerintahan Kerajaan
Islam Demak dan turut serta dalam mendirikan Masjid Demak yang menjadi simbol kebesaran
umat Islam pada waktu itu. Dalam bidang kesenian, di samping terkenal sebagai ahli ukir,
beliau juga merupakan orang pertama yang menciptakan Gending Pangkur53 yang sehingga
sekarang gending tersebut masih disukai rakyat Jawa.
Setelah beberapa lama dia berdakwah di Banjaranyar, Raden Qosim kemudiannya
mengembangkan daerah dakwahnya dengan mendirikan masjid dan pondok pesantren yang
baru di kampung Sentono54. Dia berjuang hingga akhir hayatnya dan dimakamkan di belakang
masjid tersebut. Kampung di mana Sunan Drajat mendirikan masjid dan pondok pesantren itu

53
Sejenis puisi tradisional Jawa.
54
Sentono adalah desa di kecamatan Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Sebuah desa yang majoriti
penduduknya mempunyai mata pencarian sebagai petani padi.
akhirnya dinamakan pula sebagai Desa Drajat, Paciran-Lamongan.55Tidak jauh dari makam
beliau telah dibangunkan muzium yang menyimpan beberapa peninggalan di zaman Wali
Songo. Khususnya peninggalan beliau di dalam bidang kesenian.

WALI SONGO ANGKATAN KE LIMA (1466M-1478M)

1. Raden Rahmat (Sunan Ampel)


2. Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
3. Sayyid Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus)
4. Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)
5. Raden Paku (Sunan Giri)
6. Raden Qasim (Sunan Drajat)
7. Raden Said (Sunan Kalijaga)
8. Raden Fattah
9. Fathullah Khan

Setelah kematian dua orang anggota Wali Songo iaitu Maulana Ahmad Jumadil
Kubra dan Maulana Muhammad Maghribi, tempat mereka diganti oleh Raden Fattah
dan Fathullah Khan pada tahun 1466M.

55
https://id.wikipedia.org/wiki/Pondok_Pesantren_Sunan_Drajat.
RADEN FATTAH (1448-1518M)

Raden Fattah merupakan putera seorang raja Majapahit iaitu Bhre Kertobhumi yang
bergelar Brawijoyo V dengan seorang puteri keturunan Cina bernama Li Ang. Terdapat
perbezaan pendapat tentang siapakah sebenarnya ayah Raden Fattah. Sebahagian mengatakan
Kertowijoyo raja Majapahit yang berkuasa pada 1447-1451M. Menurut Babad Tanah Jawa
(Salasilah Raja-raja Jawa) mengatakan Brawijoyo menikahi seorang puteri Champa. Pendapat
lain mengatakan Browijoyo menikahi Li Ang dan melahirkan Sultan Fattah. Pendapat lain pula
mengatakan puteri Champa itu bernama Siu Ban Cie yang merupakan puteri Syeikh Bentong.

Raden Fattah dilahirkan pada tahun 1448M di Palembang. Sewaktu kecilnya Raden
Fattah digelar dengan nama Jin-bin (Jimbun) yang bermaksud orang yang kuat. Arya
Palembang memberi nama kepada Raden Fattah dengan nama Hasan. Ibunya pula memberi
nama Yusuf. Sedangkan Brawijoyo pula memberi nama Probo untuk puteranya yang ke-13 ini.
Di kalangan masyarakat beliau dikenali sebagai Raden Patah.

Setelah meningkat remaja, Raden Fattah menuju ke Ampel Denta untuk belajar dengan
Sunan Ampel. Ketika menuntut dengan Sunan Ampel, beliau menikahi Dewi Murtasimah iaitu
puteri Sunan Ampel dengan isterinya yang bernama Dewi Karimah iaitu Puteri Ki Bang
Kuning. Setelah beberapa nama menuntut ilmu dengan Sunan Ampel, beliau diperintahkan
oleh Sunan Ampel untuk berdakwah ke Gelagah Wangi56. Di hutan tersebut beliau mendirikan
sebuah masjid sebagai tempat beliau mengajar ilmu. Lama-kelamaan ramai orang yang datang
dari serata tempat ke untuk berguru dengan Raden Fattah. Nama Gelagah Wangi kemudian
ditukar kepada Bintoro57. Kemudian Bintoro dikenali pula sebagai Demak Bintoro.

Kata Demak mempunyai beberapa pendapat tentangnya. Ada yang mengatakan Demak
berasal dari bahasa jawa kuno yang membawa maksud pegangan atau pemberian. Ada yang
mengatakan Demak berasal dari bahasa Sanskrit dari kata delemak yang bermaksud rawa. Ada
pula yang mengatakan dari bahasa Arab iaitu dama’ yang bererti mata air atau dari kata dhima
yang bererti rawa atau dimyat yang ditujukan kepada nama sebuah kota di Mesir.

Dari pelbagai pendapat tersebut dapat dirumuskan bahawa Demak berasal dari kata
delemak yang bermaksud tanah yang mengandungi rawa (air), dhima yang bermaksud rawa
dan dama’ bermaksud mata air. Demikianlah, Demak merupakan suatu daerah yang banyak

56
Satu wilayah berupa hutan yang penuh dengan tanaman glagah yang berbau harum di daerah Bintoro. Daerah
ini kemudiannya dinamakan dengan nama Demak Bintoro.
57
Berasal dari kata abhiyantoro yang bermaksud halaman istana.
airnya sehingga membentuk rawa-rawa yang banyak ditumbuhi tanaman gelagah. Akhirnya
daerah tersebut berubah menjadi sebuah pusat pemerintahan yang dipimpin oleh Sultan Fattah.

Seiring perubahan waktu, beliau mendirikan madrasah yang mana telah menarik ramai
masyarakat sehingga berkembang pesat. Sultan Fattah mengajar Islam bahkan memerintahkan
solat lima waktu dijaga sebaik-baiknya. Dengan berkat usaha Sultan Fattah dan Wali Songo
majoriti masyarakat Demak Bintoro menganut Islam sehingga mencecah 10 ribu orang. Sultan
Fattah meninggal dunia pada tahun 1518M di Demak Bintoro pada usia 70 tahun.

FATHULLAH KHAN

Fathullah Khan merupakan menantu Sunan Gunung Jati dan diangkat menjadi anggota
Wali Songo untuk menggantikan kedudukan ayah mertuanya yang telah lanjut usia. Beliau
turut digelar dengan nama Fattahillah yang berasal dari Pasai iaitu sebuah Kerajaan Islam di
hujung selatan Sumatera. Bangsa Portugis menyebutnya dengan nama Falatehan.

Kemasukan Sultan Fattah dan Fatahillah ke dalam organisasi Wali Songo membentuk
angkatan ke-5 sekitar tahun 1466-1478M. Fatahillah memberi sumbangan yang besar ketika
pemerintahan Sultan Trenggono sewaktu berperang dengan Portugis di Sunda Kelapa pada 22
Jun 1527M. Kejayaan Fatihillah menumpaskan Portugis membawa kepada pembukaan kota
Sunda Kelapa yang kemudian diubah nama kepada Jayakarta (Jakarta). Sebab pembukaan
Jakarta ini beliau masyhur di dalam masyarakat sehingga kini.
WALI SONGO ANGKATAN KE ENAM (1478M)

1. Raden Rahmat (Sunan Ampel)


2. Raden Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang)
3. Sayyid Ja’afar Sodiq (Sunan Kudus)
4. Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati)
5. Raden Paku (Sunan Giri)
6. Raden Qasim (Sunan Drajat)
7. Raden Said (Sunan Kalijaga)
8. Sunan Muria
9. Sunan Tembayat

Angkatan keenam ini berbentuk setelah berdiri Kerajaan Islam Demak iaitu pada tahun
1477M dan setelah Brawijoyo mengangkat Raden Fattah sebagai Sultan Demak Bintoro. Pada
tahun 1478M kerajaan Majapahit runtuh kerana diserang Girindo Wardhono, trah Jayakatwang
dari Kediri. Kemudian ahli anggota Wali Songo mengadakan musyawwarah untuk
menggantikan tempat Raden Fattah kerana beliau bakal memegang jawatan Sultan Demak
Bintoro. Hasil musyawwarah tersebut memasukkan Raden Umar Said iaitu putera Sunan
Kalijaga yang dikenali sebagai Sunan Muria dan juga Ki Ageng Pandanaran atau Sunan
Tembayat sebagai anggota Wali Songo yang keenam.
RADEN UMAR SAID (SUNAN MURIA)

Raden Umar Said atau dikenali juga sebagai Raden Umar Syahid adalah putera Dewi
Sarah binti Maulana Ishaq dengan Sunan Kalijaga. Semasa kecil beliau dikenali dengan nama
Raden Prawoto. Dewi Sarah merupakan saudara kandung Sunan Giri iaitu Raden Paku. Ini
bererti Sunan Muria merupakan anak saudara Sunan Giri. Sunan Muria berkahwin dengan
Dewi Sujinah iaitu puteri Sunan Ngudung. Dewi Sujinah merupakan kakak kandung Sunan
Kudus. Secara tidak langsung Sunan Kudus merupakan ipar kepada Sunan Muria. Hasil
perkahwinan itu dikurniakan seorang putera yang bernama Pangeran Santri yang bergelar
Sunan Ngadilangau.

Nama Muria diambil kerana dinisbahkan kepada tempat tinggalnya di lereng Gunung
Muria iaitu 18 kilometer ke utara Kota Kudus. Di sana beliau mendirikan sebuah madrasah
bagi menyebarkan agama Islam serta melahirkan para pendakwah Islam. Sunan mempunyai
jiwa yang suka beruzlah. Oleh sebab itu beliau memilih lereng Gunung Muria sebagai tempat
menyebarkan dakwah. Gaya dakwahnya banyak diambil daripada ayahnya tetapi berbeza
dengan ayahnya di mana beliau lebih suka tinggal di daerah yang terpencil dan jauh dari pusat
kota. Beliau sering juga bertemu dengan golongan nelayan dan pedagang dalam
menyampaikan dakwahnya.

Sunan Muria bergaul dengan rakyat jelata sambil mengajar ilmu pertanian, berdagang
dan melaut. Beliau menjadi rujukan masyarakat ketika mana timbul persoalan dan masalah
tentang masalah dalaman Kesultanan Demak. Beliau bijak menyelesaikan berbagai-bagai
masalah yang rumit dan dapat menyesuaikan dengan adat masyarakat setempat. Sunan Muria
berdakwah dari Jepara, Tayu, Juwana hingga sekitar Kudus dan Pati. Salah satu karya yang
dihasilkan oleh Sunan Muria dalam bidang seni sastera yang dinamakan tembang58 Sinom59
dan Kinanti60.

58
Syair yang dilagukan atau puisi.
59
Kata Sinom bermaksud pucuk yang baru tumbuh dan bersemi. Falsafah yang tersirat dalam tembang Sinom
menggambarkan seorang manusia yang mulai beranjak dewasa dan telah menjadi pemuda atau remaja yang
mulai tumbuh.
60
Kata Kinanthi berasal dari kata ‘kanthi’ yang berarti menuntun. Kinanthi merupakan sebuah kisah
penggambaran mengenai kehidupan seorang anak yang masih perlu dituntun supaya dapat berjalan dengan baik
di dunia ini. Tuntunan yang diperlukan seorang anak tidak hanya untuk belajar berjalan, melainkan juga tuntunan
dalam mengetahui serta memahami berbagai norma dan adat yang berlaku dalam masyarakat. Sehingga, mereka
bisa mempelajari dan sekaligus mematuhinya dalam berkehidupan.
KI AGENG PANDANARAN (SUNAN TEMBAYAT)

Sunan Tembayat atau nama sebenarnya Ki Ageng Pandanaran merupakan seorang


bupati daerah Semarang yang diangkat oleh Sultan Demak. Dikatakan nama Semarang
diberikan olehnya kerana di tempat beliau tinggal itu ditumbuhi oleh pohon asam yang jarang-
jarang yang disebut dalam bahasa Jawa sebagai asem arang.

Beliau menetap di Pragota yang sekarang dikenali dengan nama Bergota di kelurahan
Randusari, Semarang Selatan. Raden Pandanaran adalah putera dari pangeran Suryo
Panembahan Sabrang Lor (sultan ke-2 Kesultanan Demak) yang menolak takhta kerana lebih
suka memilih mendalami ilmu kerohanian. Jawatan sultan ke-3 Demak kemudian diberikan
kepada bapa saudaranya. Pendapat lain menyatakan bahawa beliau adalah saudagar asing yang
berkemungkinan dari Arab Persia atau Turki yang meminta izin kepada sultan Demak untuk
berdagang dan menyebarkan agama Islam di daerah Pragota. Sultan Demak kemudian memberi
keaizinan kepada beliau untuk menyebarkan Islam di daerah sebelah barat Demak. Cerita lain
bahkan menyebutkan ia adalah putera dari Brawijaya V (raja Majapahit terakhir) meskipun
tidak ada bukti yang bertulis apa pun mengenainya.

Sunan Tembayat merupakan salah seorang murid Sunan Kalijaga. Pada awal kisahnya,
Raden Pandanaran dilantik sebagai Bupati Semarang sehingga beliau terkenal sebagai Sunan
Pandan Arang. Dikisahkan bahawa ketika beliau menjadi Adipati Semarang, Raden
Pandanaran menjalankan pemerintahan dengan baik dan selalu patuh dengan ajaran Islam.
Lama kelamaan tugas tersebut menjadikan beliau seorang atheis yang terlalu materialistik
kerana terlampau mengejar kemewahan dunia sehingga mengabaikan tugas-tugas
pemerintahannya mengikut syarak. Setelah berita tentang Pandanaran sampai ke pengetahuan
Sultan Demak, Sultan Demak mengutuskan Sunan Kalijaga untuk menyedarkannya. Hasil
dakwah dan didikan Sunan Kalijaga tersebut berjaya mengubah Pandanaran daripada seorang
yang lalai kepada seorang yang paling soleh lagi zuhud serta tersangat alim dan banyak
karamah. Raden Pandanaran kemudian mengundur diri daripada memegang kuasa
pemerintahan Semarang dan menyerahkan kekuasaan Semarang kepada adiknya.

Raden Pandanaran bersama isterinya kemudian menuju ke arah selatan bagi memenuhi
arahan gurunya untuk menyampaikan dakwah di sana. Dalam perjalanan tersebut mereka
menempuh daerah Salatiga, Boyolali, Mojosongo, Sela Gringging dan Wedi. Raden
Pandanaran memilih sebuah tempat di atas Gunung Jabalkat yang terletak di Desa Tembayat
sebagai pusat dakwahnya. Di sana beliau mendirikan sebuah masjid yang dijadikan sebagai
madrasah untuk mengajar ilmu agama.

Makamnya terletak di perbukitan Gunung Jabalkat Kecamatan Bayat, Klaten Jawa


Tengah. Hingga kini makamnya masih diziarahi oleh orang ramai.

Anda mungkin juga menyukai