Anda di halaman 1dari 7

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-163: KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN

MUHAMMAD MUSHFIQUE BIN AHMAD AYOUP @ AYUB

20 FEBRUARI 2017

JUMLAH PAPARAN: 135011

Soalan: Apakah terdapat hadith berkaitan kepentingan mempelajari al-Quran?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah
baginda SAW.

Berkaitan soalan di atas, terdapat banyak ayat al-Quran mahupun hadith Nabawiyyah yang
menceritakan berkaitan kelebihan al-Quran dan juga kelebihan mempelajari al-Quran. Di sini, kami akan
nyatakan sebahagian daripadanya, antaranya adalah:

Firman Allah SWT:

َ ‫ار ًة لَّن َتب‬


‫ُور‬ َ ‫صاَل َة َوَأن َفقُوا ِممَّا َر َز ْق َنا ُه ْم سِ ًّرا َو َعاَل ِن َي ًة َيرْ ج‬
َ ‫ُون ت َِج‬ َّ ‫اب اللَّـ ِه َوَأ َقامُوا ال‬ َ ُ‫ِين َي ْتل‬
َ ‫ون ِك َت‬ َ ‫ِإنَّ الَّذ‬
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta
menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau
terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan
mengalami kerugian”. [Fathir:29]

Firman Allah SWT lagi:

‫آن ل ِِّلذ ْك ِر َف َه ْل مِن ُّم َّدك ٍِر‬


َ ْ‫َولَ َق ْد َيسَّرْ َنا ْالقُر‬

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan
pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-
Qamar:17]

Firman Allah SWT:


‫آن َترْ تِياًل‬
َ ْ‫َو َر ِّت ِل ْالقُر‬

Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)”. [al-Muzzammil:4]

Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hamba-Nya
yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-
Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.
Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

‫آن َفِإ َّن ُه َيْأتِي َي ْو َم ْالقِ َيا َم ِة َشفِيعًا َأِلصْ َح ِاب ِه‬
َ ْ‫ا ْق َرءُوا ْالقُر‬

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat
kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

،‫ َو َغشِ َي ْت ُه ُم الرَّ حْ َم ُة َو َح َّف ْت ُه ُم ْال َماَل ِئ َك ُة‬،‫ت َعلَي ِْه ِم ال َّسكِي َن ُة‬
ْ َ‫ ِإاَّل َن َزل‬،‫ارسُو َن ُه َب ْي َن ُه ْم‬
َ َ‫ َو َي َتد‬،ِ‫اب هللا‬ َ ُ‫ َي ْتل‬،ِ‫ت هللا‬
َ ‫ون ِك َت‬ ٍ ‫َو َما اجْ َت َم َع َق ْو ٌم فِي َب ْي‬
ِ ‫ت مِنْ ُبيُو‬
ُ ‫ََّأ‬
‫ لَ ْم يُسْ ِرعْ ِب ِه َن َس ُب ُه‬،ُ‫ َو َمنْ َبط ِب ِه َع َمله‬،ُ‫َو َذ َك َر ُه ُم هللاُ فِي َمنْ عِ ْن َده‬

Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-
Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi
oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada
di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak
dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

ٌ‫ َولَكِنْ َألِفٌ َحرْ فٌ َواَل ٌم َحرْ فٌ َو ِم ْي ٌم َحرْ ف‬، ٌ‫ اَل َأقُ ْو ُل آلم َحرْ ف‬، ‫ َو ْال َح َس َن ُة ِب َع ْش ِر َأمْ َثالِ َها‬، ‫ب هَّللا ِ َفلَ ُه ِب ِه َح َس َن ٌة‬
ِ ‫َمن َق َرَأ َحرْ ًفا مِنْ ِك َتا‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan
setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak
mengatakan “‫ ”الم‬satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat
al-Tirmizi (2835)]

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

َ َ‫ َفِإنَّ َم ْن ِزل‬،‫ َو َر ِّت ْل َك َما ُك ْنتَ ُت َر ِّت ُل فِي ال ُّد ْن َيا‬،‫ َوارْ َت ِق‬،‫ ا ْق َرْأ‬:‫آن‬
‫ك عِ ْن َد آخ ِِر آ َي ٍة َت ْق َرُؤ َها‬ ِ ْ‫ب ْالقُر‬ َ ‫ُي َقا ُل ل‬
ِ ‫ِصا ِح‬

Maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu
membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu
bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)]

Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ َو َم َث ُل الَّذِي الَ َي ْق َرُأ َكال َّت ْم َر ِة َطعْ ُم َها َطيِّبٌ َوالَ ِري َح لَ َها‬، ٌ‫ َطعْ ُم َهاـ َطيِّبٌ َو ِري ُح َها َطيِّب‬،ِ‫آن َكاُأل ْترُجَّ ة‬
َ ْ‫ِن الَّذِي َي ْق َرُأ القُر‬
ِ ‫َم َث ُل المُْؤ م‬

Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus),
rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran
seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]

Cara Mempelajari al-Quran


Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana
Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan
Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali
sebagaimana di dalam hadith yang sahih:

Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:

َ ‫ َوالَ ُأ َراهُ ِإاَّل َح‬،‫ْن‬


‫ض َر َأ َجلِي‬ ِ ‫ضنِي ال َعا َم مَرَّ َتي‬ َ ‫ َوِإ َّن ُه َع‬،ٍ‫آن ُك َّل َس َنة‬
َ ‫ار‬ ِ ْ‫ضنِي ِبالقُر‬
ُ ‫ار‬ َ ‫َأنَّ ِجب ِْري َل َك‬
ِ ‫ان ي َُع‬

Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril
membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan
isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]

Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini
juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau
mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa
buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi
selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka.

Hukum Mengambil Upah Dalam Mengajar al-Quran

Imam al-Nawawi ada membahaskan berkaitan pendapat ulama’ pada hukum mengambil upah daripada
mengajar al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian: [Lihat: al-Tibyan, 66-67]
Ulama’ yang mencegah seperti al-Zuhri dan Abu Hanifah.

Ulama’ yang mengharuskan mengajar al-Quran tanpa meletakkan syarat seperti Hasan al-Basri, al-Sya’bi
dan Ibn Sirin.

Ulama’ yang membolehkan dengan syarat pemberi upah dan penerimanya perlu bersetuju dengan
pembayaran upah tersebut. Antara mereka ialah Atho’, Imam Malik dan al-Syafie.

Pendapat Syeikh Ali al-Shobuni

Beliau berkata, aku berpendapat bahawa pandangan fiqh yang halus (teliti) ini mengangkat tahap ilmu
ke tahap ibadah. Maka pandangan semacam ini perlu diperhatikan. Namun ilmu syariah hampir saja
tidak memperoleh perhatian sekalipun fatwa ulama’ muta’akhirin tentang bolehnya mengambil upah
mengajar. Apalagi kalau kita mengambil pandangan ulama’ mutaqaddimin yang melarang mengambil
gaji dan upah (mengajar)?. Dengan begitu maka tidak akan ada lagi orang yang mengajar dan orang yang
belajar. [Lihat: Tafsir Rawa’i al-Bayan, 152/1]

Pendapat Dipilih

Setelah melihat beberapa pendapat di atas, kami memilih untuk mengatakan bahawa dibolehkan
mengambil upah daripada mengajar al-Quran. Ini kerana, bagi menampung kos-kos pengajian seperti
usaha, pengangkutan dan masa yang ditanggung oleh guru tersebut. Berkaitan isu yang menular
berkaitan belajar al-Quran di dalam Jet Persendirian dengan harga yang tinggi. Pertamanya, kami
nasihatkan agar disiasat (tabayyun) terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain kerana
dikhuatiri ia adalah fitnah yang direka oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu atau niat
yang tidak baik. Tetapi jika khabar ini benar maka kami nasihatkan agar tidak menjadikan al-Quran atau
mengambil upah yang tinggi sebagai usul atau tujuan utama perniagaan dan menjadikan penyewaan jet
sebagai ikutan (tabi’) daripada tujuan asal. Ini kerana, ia akan menimbulkan fitnah terhadap agama dan
juga orang yang mengajarkan agama itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika tujuan asal adalah
penyewaan jet tetapi disertakan (pakej) pengajian al-Quran secara percuma di dalamnya maka ini
dibolehkan.
Penutup

Kami menutup perbincangan ini dengan nasihat Imam al-Nawawi di dalam al-Tibyan bahawa kita perlu
berwaspada apabila menjadikan al-Quran sebagai satu-satunya punca pendapatan dalam mencari
rezeki. Kesimpulannya, kita dituntut untuk sentiasa mempelajari dan mengajarkannya bagi sesiapa yang
mampu. Ini kerana, Nabi SAW menyifatkan golongan ini sebagi sebaik-baik manusia. Sebagaimana di
dalam hadith:

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫آن َو َعلَّ َم ُه‬


َ ْ‫َخ ْي ُر ُك ْم َمنْ َت َعلَّ َم القُر‬

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-
Bukhari (5027)]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan
melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin.

Wallahua’lam

Anda mungkin juga menyukai