Anda di halaman 1dari 27

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2)


UNIT 1: METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APLIKASI
MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF
Latihan m/s : 16
Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada
Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi, Takrir & Tadarus

Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah


106 :
Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang

dan Kami menurunkannya

beransur-ansur.

18 :

Maksudnya : Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu


dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.




:



]






Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata
kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay
berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah
telah memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.

BA 2111

Shamsul Anuar Ahmad

Pendidikan Al-Quran

:
:


[






Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat
orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab

Dalil Kaedah Tasmi


:


:



:




"

"
]

:




Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata
kepadaku : Bacalah Al Quran kepadaku Aku berkata : Adakah aku perlu membaca
kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi : Sesungguhnya
aku suka mendengar bacaan daripada orang lain Maka aku membuka surah Al Nisa

" ,tatkala sampai kepada ayat :

" Nabi berkata : Cukup! Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata
dari kedua-dua matanya

[
:









]

2

BA 2111

Shamsul Anuar Ahmad

Pendidikan Al-Quran


Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al
Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi
Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di
bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

Dalil Kaedah Takrir













... ]


Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Muminin r.a katanya : Wahyu yang mula-mula
turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi
itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik
hendak mengasingkan diri ke Gua Hira . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak
pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah
bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira hingga ke suatu ketika dating kepadanya al
Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira
tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : Bacalah! Jawab Nabi : Aku tidak
pandai membaca . Kata Nabi selanjutnya menceritakan Aku ditarik dan dipeluknya
sehingga aku merasa payah dan sukar .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya
pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai membaca Aku
ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku
dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku
tidak pandai membaca Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian
dilepaskannya seraya berkata :


Dalil Tadarus
















]








Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah s.a.w adalah seorang yang
amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang
menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan
Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih
bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Aktiviti tutorial
Soalan 1
Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan
kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan caracara mengatasinya.
Talaqqi Mushafahah
Kaedah mempelajari bacaan al- Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s
kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril
memmbaca ayat suci al- Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan
diperhatikan oleh Jibril. Seterusnya Rasulullah SAW membacanya kepada para sahabat,
para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya
tulisan itu di baca dan dihafalkan.
Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al- quran mesti
berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid
tahu betul secara amali bagimana pelaksanaan semua hokum-hukum tajwid dalam bacaan
yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hokum tajwid.
Kelebihan
a)

Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara


bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian di ikuti
oleh pelajar.

b)

Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar
Nabi Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda.
Ketika itu Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

nabi membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada


sahabat-sahabatnya.
c)

Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan
mengikut tajwid.

d)

Murid-murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar


atau disebut oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil.

Kelemahan
a)

Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di
bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.

b)

Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca


dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan.

c)

Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini


menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan
sebutan huruf hijaiyah.

Cara-cara mengatasinya
a)

Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat
menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah.
Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas
mambantu murid yang lemah.

b)

Sebelum

memulakan

pengajaran

dan

pembelajaran,

guru

hendaklah

menayangkan carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil


menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu
murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut.
c)

Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi,
contohnya: dan disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir
guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Tadarus
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4
orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat
kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua
kumpulan. Murid-murid membaca secara berglir-gilir dalam kumpulannya.jika sampai
kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan
membimbingnya membaca atau mengeja.
Kelebihan
a)

Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara
satu sama lain.

b)

Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan


mereka.

c)

Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar
mengeja dan membaca.

Kelemahan
a)

Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan


dalam bacaan murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara
beramai-ranai dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir.

b)

Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir
pelajar yang lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa
surah Al-Fatihah.

Cara mengatasi
a)

Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah


membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti
oleh murid.

b)

Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam
bacaan Al-Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Tasmik
Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca
mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih, menelaah, menguji dan
mengesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid
diminta membaca dan guru mendengar.
Kelebihan
a)

Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta
dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan.

b)

Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat


yang dibaca.

c)

Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari


segi tajwid.

d)

Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut
hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

Kelemahan
a)

Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya
tidak sesuai untuk bacaan.

b)

Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada
seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang
sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

Cara mengatasinya
a)

Ketika guru sedang mentasmik salah seorang murid, guru hendaklah


menyediakan lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk
mengelakkan daripada berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2. Aplikasikan mana-mana kaedah pilihan anda semasa anda semasa interaksi


dengan pensyarah anda.

Talaqqi Mushafahah
Kaedah talaqqi musyafahah adalah merupakan kaedah yang sering digunakan
semenjak zaman rasulullah lagi,kerana kaedah ini senang dan mudah untuk pelajar
menginggat.Kaedah ini walaupun pelajar tidak mengenal huruf-huruf tetapi pelajar dapat
mengingat dan dapat membaca melalui guru yang mengajar.
Contoh : guru membaca pelajar mengikut apa yang guru baca.Tetapi kaedah ini
melambatkan pelajar untuk mengenal huruf-huruf dan membaca dengan sendiri sewaktu
guru tidak ada di hadapan.Kaedah ini merupakan kaedah hafazan pelajar akan dapat
mengingat surah apa yang dihafal.

Tadarus
Kaedah Tadarus pula adalah kaedah halaqah kecil bersama kawan-kawan yang
lain kerana kaedah ini adalah pembacaan secara beramai-ramai tetapi pada satu ketika ia
akan didengar oleh kawan yang lain untuk membetulkan bacaan yang tersilap.Setelah
selesai orang pertama orang yang kedua akan pula akan membaca dan didengar oleh
ahli kumpulan yang lain sekiranya ada bacaan yang salah orang berada dalam kumpulan
akan menegur dan membetulkan cara bacaan tadi,kaedah ini sering digunakan didalam
kelas semasa pensyarah menyuruh membuat tugasan dalam kumpulan.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 25
1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi
Khatam

Al Quran.
PERBEZAAN

MODEL 6 BULAN

MODEL TASMI

Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuk


tahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 6

Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembangan


bacaan Al Quran murid secara individu

Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiap


tahun (Jan-Jun)

Dibimbing secara berterusan

Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan

Dilakukan diluar waktu persekolahan

Proses P&P dijalankan secara individu menggunakan


kaedah talaqqi dan musyafahah

Menggunakan kaedah tasmi & seterusnya pencapaian


murid dinilai.

Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satu


masa

Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan


Pembimbing
terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihak
juzu 1
sekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaan


Iqra (6 bulan pertama)
Penilaian bacaan Iqra direkodkan pada setiap bulan.

10

Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurangkurangnya sekali seminggu

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas


dengan

menjelaskan

permasalahan

yang

dihadapi

serta

cadangan

penyelesaiannya
Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua
model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah :

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.


1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan.
Cara penyelesaian :
Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut
tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi
dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai
pembimbing rakan al-Quran.
2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran.
Cara penyelesaian :
Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain
dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.

Model Tasmik
1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi.
Cara penyelesaian :
Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk
menjadi guru pembimbing.
2. Buku Iqra tidak mencukupi.
Cara penyelesaian :
Sekolah telah menfotostatkan buku iqra dan dibekalkan kepada murid.

11

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

12

BA 2111

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Pendidikan Al-Quran

UNIT 2 : TILAWAH DAN TAJWID SERTA APLIKASINYA


Latihan m/s : 28
Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi

13

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 32
Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada
ayat 4 surah al Muzzamil

o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy (

Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau
telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : Mengelokkan / berlembut-lembut dalam
bacaan
o Al Dhahak ( )
Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : Menjelaskan bacaan huruf
demi huruf
o Ibnu Abbas (

Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya


o Tafsir Al Qurtuby (

Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-lahan


dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya .
Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi
dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis .
Maka sabda Rasulullah : Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala yang
berbunyi : (

? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

o Tafsir Ibnu Kathir ( )


Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu
untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya.

14

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

o Tafsir Al Khazin ( )
Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam ,
disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang
bersembahyang itu hadir (khusyu) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada
hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati
Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat
untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala
sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengitibaran.Maka akan
tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju
akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang
dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.
o Tafsir Al Nasafi ( )
Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca
dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan
harakat (yang perlu dipanjangkan)

15

Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.

MUTAMASILAI
N

MUTAQARIBAI
N

Berlaku diantara dua huruf yang


bersamaan dari segi makhraj
dan sifat.

Berlaku diantara huruf-huruf


yang berhampiran dari segi
makhraj dan sifat.

Hukum bacaannya Wajib Idgham


mengikut bacaan Riwayat Hafs

Hukum
bacaannya
Izhar
mengikut Riwayat Hafs kecuali
huruf lam dan ro wajib
diidghamkan secara Idgham
Kamil tanpa dengung.

Dinamakan juga dengan nama


Idgham Al Mutamasilaini Saghir
Contoh dalam 2 kalimah

Dinamakan juga dengan Idgham


Al Mutaqaribaini Saghir

Contoh dalam 1 satu kalimah

Contoh:

Kecuali :

i.


ii.

MUTAJANISAIN

Berlaku diantara dua huruf yang


bersamaan dari segi makhraj
tetapi berlainan sifat.
Hukum
bacaannya
Izhar
mengikut bacaan Riwayat Hafs ,
kecuali pada enam tempat dari
tiga makhraj wajib dibaca
Idgham.

Dinamakan juga dengan Idgham


Al Mutajanisaini Saghir
Contoh:

i.
ii.

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 39
Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :
mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim.

1. Mad wajib muttasil

) bertanda sukun sebelumnya satu

Mad wajid muttasil ialah apabila huruf mad ( alif (


huruf berbaris di atas atau wau (
hadapan atau ya (

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf berbaris

) sukun sebelumnya satu huruf berbaris di bawah bertemu) dengan

huruf hamzah di dalam satu kalimah. Ia di namakan mad wajib kerana para ulamak
Qura telah bersepakat memanjagkannya lebih daripada mad asli iaitu empat, lima atau
enam harakat dan di namakan muttasil kerana huruf mad bertemu dekat huruf hamzah
dalam satu kalimah. Di dalam al- Quran rasam Uthmani huruf mad wajib muttasil di beri
tanda mad (~) seperti:

2. Mad jais munfasil


Mad jais munfasil ialah apabila huruf mad ( alif (
huruf yang berbaris di atas atau wau (
berbaris hadapan atau ya (

) bertanda sukun sebelumnya satu

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang

) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang berbaris di

bawah ) bertemu dengan huruf hamzah di dalam dua kalimah. Ia di namakan mad jais
kerana para ulamak Qura telah berbeza pendapat tentang kadar panjangnya ada yang
membacanya dengan kadar dua harakat, ada yang membaca dengan kadar empat atau
lima harakat dan di namakan munfasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah
di dalam keadaan berpisah dari satu kalimah iaitu huruf mad bertemu dengan huruf
hamzah di dalam dua kalimah. Di dalam al-Quran rasam Uthmani huruf mad jais munfasil
di beri tanda mad ( ~ ). Contohnya:

18

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

3. Mad lazim
Mad lazim ialah selepas huruf mad terdapat satu huruf bertanda sukun asli tetap.
Dinamakan mad lazim kerana tanda sukun atau tashdid lazim dengan huruf mad dalam
satu kalimah dan lazim dimadkan dengan enam harakat tanpa khilaf. Mad lazim ini
terbahagi kepada dua iaitu:
Mad lazim kalimi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam
kalimah-kalimah al-Quran.
Mad lazim harfi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada hurufhuruf pembukaan al-Quran.
Setiap mad lazim kalimi dan harfi pula terbahagi kepada dua bahagian:

Musaqqal iaitu huruf sukun selepas huruf mad di idghamkan ke dalam huruf
selepasnya.

Mukhaffaf iaitu huruf sukun selepas huruf mad tidak di idghamkan ke dalam huruf
selepasnya .

Contoh:

Mad lazim kalimi musaqqal

*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim kalimi mukhaffaf

*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi musaqqa

*kadar bacaannya 6 harakat

Mad lazim harfi mukhaffaf

*kadar bacaannya 6 harakat

19

Pendidikan Al-Quran

4.

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Mad farq

Mad farq ( mad yang membezakan atau istifham) terdapat pada huruf hamzah istifham di
awal kalimah, pada pertemuannya dengan huruf hamzah wasal untuk mengekalkan
antara ayat pertanyaan dengan ayat pemberitahuan. Bacaan hamzah istifham dimadkan
dengan 6 harakat kerana huruf hamzah bersambung di tukarkan menjadi huruf mad alif
dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga di namakan mad lazim kalimi. Jenis mad ini
hanya terdapat pada tiga kalimah di dalam al- Quran.

Surah al-Anam ayat 143 dan 144


Surah Yunus ayat 51 dan 59


1. Surah Yunus ayat 59 dan Surah Naml ayat 59


2.
3.

5. Mad tamkin
mad tamkin ( mad tetap) mad pada huruf ya (
diikuti dengan huruf (

) bersabdu serta berbaris di bawah yang

) sebagai huruf mad. Bacaan madnya tetap dengan 2 harakat

pada ketika bacaannya bersambung dengan uruf yang berikutnya seperti:

6. Mad takzim
Mad takzim ( mad memperagungkan) mad pada perkataan
pertemuannya dengan perkataan (

beerti

tidak ketika

yang terdapat pada kalimah tauhid. Di baca


dengan 6 harakat. Ia juga di namakan mad mubalaghah. Contonya:-

20

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 40
Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran &
kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

Waqaf Jibril 1
Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan bacaan
pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi oleh kerana
itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al Quran terdapat
sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulamak.

Mengikut semakan ada terdapat sebelas tempat bagi wakaf Jibril iaitu:-

1. Surah al- Baqarah ayat 148


2. Surah al-Imran ayat 29
3. Surah al- Imran ayat 95
4. Surah al- Maidah ayat 48
5. Surah al-Maidah ayat 116


6. Surah Yusuf ayat 108
7. Surah al- Radu ayat 17
8. Surah al-Nahl ayat 5
9. Surah Sajdah ayat 18

10. Surah annaziat ayat 23


11. Surah al-Qadr ayat 3

Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , Bughyatu cIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim ,
Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

21

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama dalam menentukan waqaf
Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah 2 terdapat dua ayat yang berbeza
dengan ayat-ayat di atas iaitu :
1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitabkitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini

Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

22

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Latihan m/s : 42
Layari laman web qquran (www.qquran.com)
a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal
1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi
Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal
dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.
Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran. Beliau
telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-Namki
sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh Muhammad Abu
Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah menziarahi beberapa
negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh sebahagian negara-negara
tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman bacaan al-Quran dengan stesen
radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain.
Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang
pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-Quran
daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan mempunyai
sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah seorang yang
sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok bandingannya
di dalam dunia tilawah Al Quran.

23

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi


Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330
bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah
Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan menerima
pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk mempelajari
ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran yang baik.Beliau
pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk bacaan didalam
siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi Qari masjid AlAhmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari di Mesir.
Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs
daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam bacaan
riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri
dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al
Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi Persatuan Qari-Qari
Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-muktamar. Beliau juga banyak
menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia dan negara-negara Afrika serta
telah mengislamkan ramai orang.
Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan
pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan
jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-Quran
di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan
institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah.
Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahadmaahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah mewasiatkan
1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-Quran dan
derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin 16 Muharram
bersamaan 24 November 1980 .

24

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

Antara tulisan beliau :


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.
11.
12.
13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah

Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad


Kelahiran & Nasabnya
Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Mara cizah yang terletak di
bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah kawasan
yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran. Datuknya adalah
merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan dan hukum hakam
Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama Tajwid.
Sebahagian

adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini

mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu
juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al
Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana
beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk
berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika

25

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir


menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat
menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada
beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum
hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida di samping kelunakan suaranya
yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa
yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti setiap
orang yang mendengarnya.
Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya Ketika umurku 10 tahun aku
telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti
sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan.
Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka berdua
untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke bandar Tanta di
Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat di hadapan
Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang merupakan salah satu
bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu bandar di Al Wajhu Al
Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat dan masa depanku,
aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta aku mendapat tahu
Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di situ sebagai seorang
guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung Armanat telah telah
menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui kemampuan beliau dalam
bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah menetapkan bahawa sheikh ini
datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga telah menubuhkan satu persatuan
Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu
Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari segala ilmu Al-Quran di samping aku
menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan matan khas dalam ilmu qiraat.
Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah di
setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun
Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi. Di
penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba yang merupakan salah seorang gurunya telah
meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin

26

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana
proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba berjaya
juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah
bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah
Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan
seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.
Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama
mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminatpeminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi
jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia tilawah
Al-Quran.

27

Pendidikan Al-Quran

Shamsul Anuar Ahmad

BA 2111

b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya
terhadap Al Quran.
Sheikh Mahmud Khalil Al- Husairi
Pengenalan
Fadhilah sheikh al-Qari Mahmud Khalil Al- Husairi di lahirkan pada tahun 1335
bersamaan 17 September 1917 masihi di Syubra Namlah. Beliau mula menghafaz al-Quran
ketika beliau berusia 8 tahun. Beliau belajar di Al-Azhar. Kemudian beliau melanjutkan
pelajarannya dalam bidang ulum Quran. Beliau memiliki suara yang unik dan merdu.
Beliau wafat pada tahun 1401 bersamaan 24 November 1980.
Sumbangannya terhadap Al-Quran:
i.

Beliau merupakan Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini.

ii.

Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada
Asim pada tahun 1961.

iii.

Merakamkan bacaan riwayat Warsh dan pada tahun 1968 pula merakam
bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah
merakam bacaan yang dinamakan al-Mushaf al muallim (mushaf guru).

iv.

Ketua bagi persatuan Qari-Qari Dunia Islam.

v.

Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan


pertubuhan Qari al-Quran di Mesir.

vi.

Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap Bandar dan kampung dan


melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-insititut untuk
tahfiz al-Quran di Kaherah.

vii.

Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al- Quran dan penghafaz
penghafaz al- Quran dan menderma semua kegiatan yang baik.

28

Anda mungkin juga menyukai