Anda di halaman 1dari 43

1

Penjelasan Yang Digabungkan


Mengenai Muzakarah Antara
Pasukan Ustaz LaRIBA Dengan
Penasihat Syariah CWC/ARBA
Topik-Topik

¨  Maklumat Muzakarah


¨  PART 1: Soalan-Soalan Untuk Penasihat Syariah
CWC/ARBA
¨  PART 2: Latar Belakang Muzakarah
¨  PART 3: Pelan Pemasaran CWC/ARBA
¨  PART 4: Aspek Syariah & Penasihat Syariah
¨  PART 5 (Akhir): Kesimpulan dan Cadangan
Maklumat Muzakarah
3

Waktu & Tarikh


¨  9:15 hingga 11:45 pagi

¨  Ahad, 8 Mei 2016

Tempat
¨  Bilik Mesyuarat, Masjid UKM, Bangi, Selangor

Kehadiran
¨  Ustaz Dr Muhamad Faisal Ashaari (Penasihat Syariah CWC/ARBA)
¤  Penasihat Syariah HSBC Amanah Takaful
¤  Penasihat Syariah Mizuho Bank
¤  Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM

¨  Wakil Pasukan Ustaz Lariba:


¤  Ustaz Dr Ahmad Sufian Che Abdullah
n  Penasihat Syariah Kenanga Investment Bank Berhad
n  Penasihat Syariah Syarikat Takaful Malaysia Berhad
n  Pensyarah Kanan Jabatan Syariah & Pengurusan, Fakulti Pengajian Islam, UM
¤  Ustaz Faizin Shamsudin
n  Eksekutif Syariah Asian Finance Bank
¤  Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor (Ustaz Lariba)
4

PART 1: Soalan-Soalan Untuk


Penasihat Syariah CWC/ARBA
Soalan-Soalan Untuk Penasihat Syariah
5

Kontrak
¨  Tolong email kontrak rasmi yang di tandatangan antara pengusaha CWC dan CWC
pada atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016.
¨  Tolong berikan nama-nama kontrak muamalat Islam yang digunakan dalam kontrak
CWC terebut pada atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016..
Pelan Pemasaran
¨  Tolong email pelan pemasaran CWC yang terkini dan rasmi pada atau sebelum
Sabtu, 7 Mei 2016.
¨  Tolong beritahu kenapa pelan pemasaran CWC berubah-rubah (perbandingan antara
perbualan Dr Faisal dengan Dr Suffian dan yang dikirim oleh seorang KR CWC).
¨  Kenapakah pelan pemasaran CWC semacam dirahsiakan dan tidak terdapat di
mana-mana untuk tatapan umum?
¨  Ada tak “code of conduct” untuk pengusaha CWC?
Lain-Lain
¨  Kalau bukan system MLM, apakah sistem pemasaran CWC? Minta tolong buktikan.
¨  Kalau bukan sistem MLM apakah hubungan Khalifah Ringgit (KR) dengan CWC.
Soalan-Soalan Untuk Penasihat Syariah
6

Penasihat Syariah
¨  Apakah hubungan Ustaz Zaharudin Muhammad dengan CWC?
¨  Kenapa ada seorang penasihat syariah sahaja? Bukankah lebih baik ada sekurang-
kurangnya 2 atau 3 orang, supaya keputusan dibuat secara kolektif ?
¨  Sebagai seorang penasihat syariah, pernah tak Dr Faisal memberikan penyataan
rasmi (yang bertandatangan) mengenai pelan pemasaran, operasi dan produk CWC
untuk tatapan umum? Jika ada, sila email pada atau sebelum Sabtu, 7 Mei 2016.
¨  Jika ada penyataan rasmi patuh syariah, sila buktikan atau sahkan seperti berikut:
¤  Apakah terms of reference memperuntukkan kuasa dan bidang kuasa Penasihat Syariah?
¤  Ada tak mesyuarat Ajk Syariah/ penasihat Syariah, dengan minit mesyuarat?
¤  Ada tak Syariah sekretariat untuk buat kajian, menyediakan kertas kerja mesyuarat, semakan
dalaman dalam SOP, manual produk dan mencatat minit mesyuarat?
¤  Ada tak sijil atau pengakuan patuh Syariah daripada Penasihat/ Ahli Jawatankuasa Syariah
setelah meneliti keseluruhan kerangka produk?
¤  Ada tak pengesahan patuh Syariah tahunan ke atas seluruh operasi syarikat setelah dilihat
laporan kewangan tahunan?
Soalan-Soalan Untuk Penasihat Syariah
7

¨  Jika tiada penyataan syariah rasmi:


¤  Apakah peranan atau tugas sebenar Dr Faisal di CWC?
¤  Bilakah penyataan syariah rasmi akan dikeluarkan? Kenapa mengambil masa
begitu lama? Betulkah pada bulan September 2015, Dr Faisal telah berjanji dalam
FB Dr Faisal bahawa Dr Faisal “akan mengeluarkan penyataan yang lebih patuh
syariah pada bulan 11 nanti.” Kalau janji itu untuk bulan 11 tahun lepas, sudahkah
Dr Faisal keluarkan penyataan tersebut?
¤  Kenapakah kebanyakan ahli CWC menggunakan gambar Dr Faisal dalam aktiviti
pemasaran mereka dengan mendakwa “sebab ada Dr Faisal sebagai penasihat
syariah CWC, maka pelan pemasaran CWC dianggap halal.” Tidakkah ini
menggalakkan fitnah? Apa pendapat Dr Faisal?
8

PART 2: Latar Belakang


Muzakarah
Objektif Muzakarah Dengan CWC/ARBA
9

¨  Objektif menghuraikan latar belakang muzakarah ini adalah


untuk menjelaskan dan mengesahkan bagaimana muzakarah
itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Ini adalah juga
untuk mengelakkan syak-wasangka di kalangan sesiapa yang
mungkin akan mengambil kesempatan dengan mengeluarkan
tohmahan atau kenyataan seperti berikut:
¤  Pihak yang menyertai muzakarah dengan CWC/ARBA akhirnya ingin
mengetahui perkara sebenar. Kenapa tak usul periksa dari dahulu?
¤  Mereka dah bertemu, kira CWC/ARBA tu harus dah.
¤  Mereka dah bertemu, so jangan lagi komen pasal CWC/ARBA.
¤  Kenapa baru sekarang nak bertemu?
¤  Dan lain-lain…
¨  Objektif kami adalah untuk menyelamatkan umat Islam daripada
najis riba dan mencari rahmat serta keredhaan Allah
Kronologi Peristiwa Muzakarah
10

Tarikh Peristiwa
30 April Saya berceramah di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Pulau Pinang bertajuk BAHAYA RIBA.
Antara isi kandungan ceramah itu ialah perbincangan berkenaan skim-skim bermasaalah
termasuk “kopi serangga terbang”. Ia disiarkan secara langsung melalui Zonkuliah.
4 Mei Zonkuliah menyiarkan video bahagian “kopi serangga terbang”.
5 Mei Saya dihubungi melalui Facebook oleh seorang KR CWC/ARBA. Beliau telah meminta latar-
belakang saya dan memberitahu akan menghubungi pengurusan CWC/ARBA mengenai
kesahihan kenyataan saya.
5 Mei Saya dihubungi oleh Dr Faisal, penasihat syariah CWC/ARBA, melalui Whatsapp. Oleh kerana
pertanyaan dari Dr Faisal adalah banyak dan jawapan serta pertanyaan kembali saya adalah
banyak, kami bersetuju untuk berjumpa di Ampang atau Bangi pada pagi hari Ahad, 8 Mei, jam
9 pagi. Saya berjanji akan email soalan-soalan dan akan mengesahkan tempat pertemuan
pada 6 Mei.
6 Mei Saya menghantar email kepada Ustaz Faisal mengesahkan pertemuan akan diadakan di
Masjid UKM, Bangi, sepertimana yang dicadangkan oleh Dr Faisal. Saya juga mengesahkan
kehadiran Dr Sufyan, dari UM dan Ustaz Faizin dari Asian Finance Bank. Saya juga telah email
soalan-soalan yang akan dibincangkan pada 8 Mei (sila rujuk PART 1 untuk senarai soalan).
Perlu dinyatakan bahawa saya telah meminta beberapa dokumen dalam soalan tersebut untuk
memudahkan kami bertanya secara terperinci. Dokumen ini perlu diemail kepada saya pada 7
Mei.
7 Mei Saya mengirimkan versi baru soalan-soalan yang tidak mengandungi soalan-soalan mengenai
Akta Jualan Langsung (AJL) dan MLM.
Sedikit Sejarah…
11

¨  Perlu nyatakan bahawa saya mula-mula dijemput untuk bermuzakarah


dengan Khalifah Ringgit (KR) CWC/ARBA pada bulan September tahun
lepas.
¨  Tetapi oleh kerana pada masa itu saya sibok untuk persiapan ke Turki,
maka saya minta ditangguhkan.
¨  Selepas pulang dari Turki, saya menghubungi KR itu kembali
¨  KR telah menyatakan mereka tidak akan berjumpa dengan saya atas
sebab mereka dah punya penasihat syariah, maka mereka anggap CWC/
ARBA “kira halal lah”
¨  Nantikan PART 3: PELAN PEMASARAN CWC/ARBA…. Insha Allah.
Wallahu’alam.
12

PART 3: Pelan Pemasaran


CWC/ARBA
Evolusi Pelan Pemasaran CWC/ARBA

¨  Version 1
Evolusi Pelan Pemasaran CWC/ARBA

¨  Version 2 – Perkataan “JAMINAN” ditukar kepada “HIBAH”


Evolusi Pelan Pemasaran CWC/ARBA

¨  Version 3:
¤  Memasukkan keperluan untuk memulangkan 75% produk kepada CWC untuk dijual
¤  Pulangan bulanan sama tapi ditukar daripada HIBAH kepada SALES RETURN
¤  Pemberian MODAL kembali setelah setahun ditukar kepada perkataan INSENTIF
Evolusi Pelan Pemasaran CWC/ARBA
¨  Version 4:
¤  Lebih-kurang sama dengan Version 3 tetapi menjual kembali kepada entiti baru iaitu CWIG
¤  Insentif hujung tahun kini diberi nama YAI (Yearly Advertisement Incentive)

¨  Ahli membeli 40 unit produk CWC RM10,000


RM10,000 = 40 unit
Ahli diberi rebet sebanyak 20% dari pakej semasa membeli produk CWC iaitu RM2000. Jadi ahli sebenarnya membeli 40
unit dengan nilai RM8000. Dimana RM2000 itu akan diberi jika ahli berjaya tamatkan kontrak sehingga setahun.
Contoh
RM10,000 x 20% = RM2000 (rebet)
RM10,000 - RM2000 = RM8000 (harga 40 unit produk selepas rebet)
Jadi nilai 1 unit produk ialah:-
RM8000 / 40 unit = RM200
Jadi
1 unit = RM200
CWIG
Ahli menjual 30 unit produk kepada CWIG yang berpusat di Indonesia berharga RM6600 dengan bayaran secara ansuran
RM550 selama 12 bulan iaitu 1 unit produk bernilai RM220.
30 unit produk = RM6600
1 unit produk = RM220
RM6600 / 12 bulan = RM550 sebulan
Genap setahun ahli dibayar rebet pembelian 20% RM2000 + YAI RM10,000 = RM12,000
Sale Return yg diterima hasil jualan 30 unit produk kpd ANI RM6600
Total = RM18,600.00
p/s YAI diberi hasil daripada janaan melalui CWIG.
A.N.I
Produk yang CWIG beli dengan kita akan di pasarkan melalui platform A.N.I melalui pelbagai kaedah dan promosi. (akan
datang ada website A.N.I)
Ringkasan Evolusi Pelan Pemasaran
17

¨  Nama-nama ditukar tapi kaedahnya sama


¨  Pulangan bulanan:

¤  Jaminan à hibah à sales return


¨  Pulangan modal akhir tahun:
¤  Jaminanmodal àinsentive tahunan à Yearly
Advertisement Insentive (YAI)
¨  Version 3 à version 4
¤  Produk
dipulangkan/dijual kembali oleh pelanggan kepada
CWIG/ANI
¨  Masih dijanjikan pulangan modal dan keuntungan
walaupun nama-nama telah ditukar
Dokumen-Dokumen Yang Diminta
18

¨  Antara senarai dokumen yang diminta pada 6 Mei (lihat PART
1) dan minta dikirimkan melalui email pada 7 Mei, sehari
sebelum muzakarah
No Nama Dokumen Dapat/Tidak
1 Pelan pemasaran CWC yang terkini Tidak
dan rasmi
2 Kontrak rasmi yang di tandatangan Diberikan semasa muzakarah tetapi
antara pengusaha CWC dan CWC diambil kembali. Tidak dibenarkan
mengambil foto.
3 “Code of conduct” untuk pengusaha Diberikan semasa muzakarah tetapi
CWC diambil kembali. Tidak dibenarkan
mengambil foto.
4 Kontrak muamalat Islam yang Tidak
digunakan
Penerangan Pelan Pemasaran Oleh
Penasihat Syariah
19

¨  Dr Faisal mengesahkan bahawa pelan pemasaran dahulu yang


memakai kaedah MLM adalah TIDAK patuh syariah:
¤  Apa yang kami faham ialah pelan pemasaran Version 1 dan
Version 2
¤  Iaitu pelan pemasaran sebelum Dr Faisal menyertai CWC/ARBA
pada Mei 2015
¤  Tidak pula dijawab kenapa tidak dinyatakan secara rasmi di laman
web CWC/ARBA
¤  Oleh itu, peserta-peserta CWC/ARBA yang masih dalam Version 1
dan Version 2 atau telah selesai menyertainya mempunyai
masalah kerana pendapatan yang lebih daripada modal asal boleh
diaggap sebagai pendapatan tidak harus yang perlu dibersihkan
¤  Adalah menjadi tugas penasihat syariah untuk memberikan kaedah
untuk membersihkan pendapatan yang tidak harus tadi
Penerangan Pelan Pemasaran Oleh
Penasihat Syariah
20

¨  Oleh kerana pelan pemasaran Version 3 dan Version 4 hampir sama,
maka kami berpendapat bahawa itu adalah pelan pemasaran setelah Dr
Faisal menyertai CWC/ARBA
¨  Dr Faisal telah mengesahkan seperti berikut:
¤  CWC tidak lagi mengadoptasi kaedah pemasaran MLM tetapi hanya
menjalan perniagaan biasa (trading company)
¤  Oleh itu CWC tidak perlu berdaftar untuk mendapat lesen Akta Jualan
Langsung (AJL) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Korperasi dan Kepengunaan (KPDNKK)
¨  Dr Faisal sendiri yang menerangkan kepada kami akan pelan
pemasaran CWC/ARBA kerana kami tidak diberikan pelan pemasaran
yang terkini dan rasmi (walaupun telah diminta 2 hari sebelumnya)
¨  Dari penerangan Dr Faisal, kami dapat merumuskan bahawa pelan
pemasaran yang ditunjukkan kepada kami semasa muzakarah itu ialah
Version 4 yang didapati melalui Whatsapp Khalifah Ringgit (KR)
¨  Pelan pemasaran Version 4 tidak terdapat di mana-mana laman web
CWC atau laman web pengusaha ARBA, pada pendapat kami kena
dapat terus dari KR
Penerangan Pelan Pemasaran Oleh
Penasihat Syariah
21

(2) Menjual 75%


kopi kepada CWIG (1) CWC menjual
(Indonesia) kopi bernilai
RM10,000
kepada
pelanggan. Beliau
boleh berniaga
sendiri atau guna
sendiri atau jual
kembali 75%
(3) Setiap bulan dapat RM550 kepada CWIG.
selama setahun. Hujung tahun Hujung tahun
dapat YAI sebanyak RM10,000. dapat rebate
Jumlah pendapatan selepas RM2,000.
setahun ialah RM18,600 atau
keuntungan 86% setahun.
Kemusykilan Mengenai Pelan Pemasaran
22

¨  Soalan #1: Kenapakah CWIG mesti membeli daripada pelanggan dan kenapa tidak
dibeli kopi terus daripada CWC?
¨  Jawapan Dr Faisal: Ia adalah perniagaan trading yang biasa, tiada alasan yang
perlu diberikan
¨  Jawapan kami: Perniagaan cara ini tiada logik akal atau logik business. Semua
orang berniaga mahu kos paling rendah dan margin paling tinggi. Cara untuk
mendapatkannya dalam kes ini ialah CWIG beli terus dari CWC.
¨  Soalan #2: Apakah itu Year Advertising Insentive (YAI) dan kenapakan ia pulangan
tetap?
¨  Jawapan Dr Faisal: Ia adalah hibah yang merupakan hasil daripada prestasi CWIG.
Lagipun CWC tidak pernah menjamin pulangan YAI itu.
¨  Jawapan kami: YAI adalah dijanjikan sepertimana pelan pemasaran yang diberikan
oleh KR. Jika ia sebagai hibah kenapa tidak dapat ditunjukkan bagaimana YAI
dirumuskan dari segi pengiraan atau peratusan pembahgian keuntungan seperti
dalam kontrak mudharabah. Kenapakah tidak dinyatakan secara rasmi disemua
pelan pemasaran yang YAI ini adalah pulangan tidak tetap?
¨  Soalan #3: Apakah kontrak muamalat yang digunakan?
¨  Jawapan Dr Faisal: Kontrak murabahah
¨  Jawapan kami: Dari apa yang diterangkan ia lebih menjurus kepada kontrak reverse
tawarruq.
Kemusykilan Mengenai Pelan Pemasaran
23

¨  Soalan #4: Ada tak audit dalaman, audit luar dan syariah audit berkenaan dengan
pergerakan kuantiti kopi atau accounting entries?
¨  Jawapan Dr Faisal: Tidak pasti tetapi jika ada tidak boleh dikongsi.
¨  Jawapan kami: Untuk mengharuskan kaedah jualan seperti ini (contohnya kontrak
tawarruq) pembuktian pergerakan inventori kopi dan entri kewangan adalah kritikal.
Kalau tidak ia hanya pergerakan wang yang dilarang dan mungkin tiada langsung
pergerakan inventori kopi. Kena buktikan juga bahawa 20% kopi diberikan oleh
peniaga CWC/ARBA.
¨  Soalan #5: Kenapakah pelan pemasaran yang dikongsi oleh KR atau pengusaha
CWC tidak diseragamkan supaya tidak dapat kekeliruan dalam masyarakat?
¨  Jawapan Dr Faisal: Saya dan CWC tidak berupaya untuk mengawal lebih 300,000
pengusaha.
¨  Jawapan kami: CWC sepatutnya memuatkan pelan pemasaran yang rasmi dalam
laman web sebagai rujukan umum. Ini adalah ketelusan yang dituntut Islam. CWC
perlu ada code of conduct atau tata kelakuan bagi setiap peniaga seperti laman web
yang standard, pelan pemasaran yang standard, do’s and don’t’s yang seragam.
Walaupun code of conduct itu ada (ditunjukkan kepada kami semasa muzakarah), ia
tidak berkesan sebab tiada terdapat standard yang ditunjukkan oleh setiap peniaga.
Contoh lagi, untuk dapat pelan peniagaan kena hubungi KR dan CWC. Kenapa
berahsia jika niat hanya mahu menjalan perniagaan trading biasa?
Kemusykilan Mengenai Pelan Pemasaran
24

¨  Soalan #6: Kenapa tak keluarkan penyataan syariah mengenai pelan pemasaran
CWC/ARBA?
¨  Jawapan Dr Faisal: Tidak perlu keluarkan penyataan syariah sebab CWC/ARBA
bukan MLM tetapi perniagaan biasa iaitu perniagaan trading sahaja.
¨  Jawapan kami: CWC/ARBA BUKAN perniagaan atau trading biasa shaja. Trading
itu hanya pada nama. Bagaimanakah CWC/ARBA boleh jadi perniagaan trading
biasa jika:
¤  Pelanggan kopi boleh jual balik kopi mereka?
¤  Distributor (CWIG) membeli kopi dengan pelanggan?
¤  Memberikan YAI dihujung tahun?
¨  Kami berpendapat Dr Faisal perlu mengeluarkan penyataan syariah oleh kerana
perniagaan CWC/ARBA BUKANLAH perniagaan trading yang biasa atau bukan dari
kalangan urf lazim.
Oleh kerana CWC/ARBA tidak dapat membuktikan pergerakan inventori kopi
dan lain-lain seperti di atas, maka kami merumuskan CWC/ARBA mempunyai
masalah kepatuhan syariah yang asas/basic.
Nantikan PART 4: Aspek Syariah & Penasihat Syariah.. Insha Allah &
Wallahu’alam
25

PART 4: Aspek Syariah &


Penasihat Syariah
Dokumen-Dokumen Yang DiMinta
26

¨  Antara senarai dokumen/maklumat yang diminta pada 6 Mei (lihat PART 1)
dan minta dikirimkan melalui email pada 7 Mei, sehari sebelum muzakarah
No Nama Dokumen/Maklumat Dapat/Tidak
1 Penyataan rasmi syariah (yang bertandatangan) mengenai Tidak
pelan pemasaran, operasi dan produk CWC untuk tatapan
umum
2 Apakah terms of reference memperuntukkan kuasa dan Tidak
bidang kuasa Penasihat Syariah?
3 Ada tak mesyuarat Ajk Syariah/ penasihat Syariah, dengan Tidak
minit mesyuarat?
4 Ada tak Syariah sekretariat untuk buat kajian, menyediakan Tidak
kertas kerja mesyuarat, semakan dalaman dalam SOP,
manual produk dan mencatat minit mesyuarat?
5 Ada tak sijil atau pengakuan patuh Syariah daripada Tidak
Penasihat/ Ahli Jawatankuasa Syariah setelah meneliti
keseluruhan kerangka produk?
6 Ada tak pengesahan patuh Syariah tahunan ke atas seluruh Tidak
operasi syarikat setelah dilihat laporan kewangan tahunan?
Peranan Penasihat Syariah
27

¨  Soalan #1: Kenapakah Dr Faisal sebagai penasihat syariah masih TIDAK mengeluarkan
penyataan syariah?
¨  Jawapan Dr Faisal: Tidak perlu mengeluarkan penyataan syariah sebab CWC bukanlah
syarikat MLM dan tidak berdaftar dengan KPDNKK. CWC adalah syarikat trading sahaja
¨  Jawapan kami: CWC BUKANLAH syarikat trading yang biasa sebab pelanggan boleh
menjual balik kopi kepada CWIG setelah memeterai perjanjian ARBA Affliate. Dalam
perniagaan trading biasa, mana boleh pelanggan menjual kembali kepada syarikat yang
sama atau bersekutu yang menjual barang kepadanya. Dr Faisal ada juga memberitahu
bahawa CWIG (asalnya PT Kopi Klasik) adalah juga pengeluar kopi. Jika benar,
kenapakah pegeluar kopi di Indonesia perlu membeli kopi terus dari pelanggan di
Malaysia. Adakah lebih cost effective untuk mengambil ramuan campuran kopi dari CWC
atau mengilangnya sendiri? Contoh Honda, jika ada kilang di sesebuah negara, mereka
tidak akan mengimpot model yang sama ke negara berkenaan. Lebih-lebih lagi membeli
kereta Honda baru dari pelanggan di Jepun dan mengimpotnya untuk dijual di negara
yang sudah ada kilang Honda. Oleh itu, pada pendapat kami dari penerangan Dr Faisal,
dan maklumat yang kami perolehi daripada KR dan umum, CWC BUKANLAH
menjalankan perniagaan trading biasa. Ia menjalankan satu perniagaan antara MLM dan
trading serta ada elemen “money game”.
Peranan Penasihat Syariah
28

¨  Dan kaedah perniagaan yang dijalankan sekarang memerlukan satu penyataan
syariah kerana secara uruf lazim (budaya atau cara biasa) pun ia tiada logik akal
atau logik business kerana adanya pemberian Yearly Advertisement Incentive (YAI)
dan sales return tanpa perlu menjual yang tiada dalam trading biasa. Dan pula tiada
penyataan rasmi dari Dr Faisal atau CWC tentang pelan pemasaran dahulu yang
TIDAK patuh syariah. Ini tidak menepati etika sebagai penasihat syariah.

¨  Soalan #2: Dalam FB sekitar akhir September


2015 (lihat grafik à), Dr Faisal pernah ditanya
“Bagaimanakah status hukum mengenai plan
ARBA sekarang?” Dr Faisal menjawab “ARBA akan
ada plan baru yang lebih patuh syariah.” Boleh tak
Dr Faisal terangkan maksud Dr Faisal itu dan
adakah penyataan syariah sudah dikeluarkan pada
bulan 11 (November 2015) lalu? Kalau sudah, sila
berikan maklumat bagaimana kami dapat
memperolehinya? (Nota: Kami tidak bawa graphik
nukilan dari FB pada masa itu tetapi soalan ini
telah dihantar pada 6 Mei – rujuk PART 1 dan
ditanya semasa muzakarah)
Peranan Penasihat Syariah
29

¨  Jawapan Dr Faisal: Saya tak ingat saya mengatakan begitu dalam FB. Tapi itu tidak
bermaksud saya akan keluarkan penyataan syariah.

¨  Jawapan kamil: Jawapan Dr Faisal dalam FB itu, pada pendapat kami, telah menjadi viral
dan digunakan oleh ramai pengusaha CWC/ARBA sebagai penyataan patuh syariah.
Malahan, gambar Dr Faisal yang dilantik sebagai penasihat syariah dengan CEO CWC
telah juga digunakan mereka sebagai alasan bahawa “kalau ada penasihat syariah maka
kira halal.” Pada pendapat kami, seorang penasihat syariah perlu peka dan mengelak
serta mengambil tindakan atas fitnah yang mengancam kredibiliti beliau dan syarikat yang
beliau wakili serta profession penasihat syariah itu sendiri.

¨  Soalan #3: Kenapakah CWC tidak melantik 2 orang penasihat syariah? Adalah lebih
efektif untuk adakan 2 orang atau lebih penasihat syariah untuk ditubuhkan satu
sekretariat syariah, untuk adakan mesyuarat syariah, untuk semakan dalaman dalam SOP
dan manual produk. Sebab itulah bank melantik paling kurang 5 orang penasihat syariah.

¨  Jawapan Dr Faisal: Seperti yang saya katakan tadi, CWC bukanlah suatu perniagaan
MLM dan oleh itu tidak lagi berdaftar dengan KPDNKK sejak September 2015. Kalau
perniagaan MLM, barulah kena ikut Garis Panduan MLM oleh JAKIM yang memerlukan
sekurang-kurangnya 2 orang penasihat syariah.
Peranan Penasihat Syariah
30

¨  Jawapan kami: Pada pendapat kami, oleh kerana CWC/ARBA tidak menjalankan
trading biasa dan terdapat elemen “money game”, maka adalah kiritkal pelantikan
penasihat syariah yang kedua dipercepatkan. Kami diberitahu bahawa Dr Zaharudin
Muhamad telah dilantik sebagai penasihat syariah CWC/ARBA yang kedua bersama
Dr Faisal tetapi telah menarik diri di peringkat awal. Elemen “money game” yang
tidak patuh syariah terdapat di dalam pelan pemasaran seperti mendapat YAI di akhir
kontrak. Cuba lihat di bawah contoh-contoh elemen ”money game” daripada
pengusaha CWC/ARBA (sampai RM1 juta pun ada!):
Peranan Penasihat Syariah
31

¨  Dari contoh-contoh berkenaan, tiada cerita tentang subjek kopi seperti kelebihan kopi
tersebut dan perbezaan antara kopi tersebut dengan kopi-kopi lain. Kesemuanya
memberi penekanan kepada peluang jana wang dengan cepat. Persoalan tambahan
ialah di mana tanggung-jawab penasihat syariah dan syarikat dalam membendung
perkara ini jika contoh-contoh ini bukanlah cara syarikat memasarkan produk? Atau
adakah penasihat syariah dan syarikat “merestuinya” kerana boleh meningkatkan
pendapatan syarikat?
¨  Pada pendapat kami, penasihat syariah dan syarikat adalah bertanggung-jawab
kepada semua elemen-elemen tidak sihat (mafsadah) yang berlaku dalam
masyarakat di mana ramai orang hutang keliling pinggang sehingga melebihi
RM100,000, bukan untuk berniaga atau minum kopi tetapi sebab objektif utama
mereka ialah untuk mendapat pulangan hujung tahun yang menggiurkan sehingga
86%. Mereka tertarik dengan model 4D iaitu Duduk Diam Dapat Duit. Produk kopi
hanyalah untuk menghalal cara atau sebagai hilah.
¨  Penasihat syariah bukan sahaja bertanggung-jawab terhadap syarikat tetapi
tanggung-jawab yang lebih utama ialah melaksanakan amanah Allah dan umat Islam
dalam memastikan semua umat Islam mematuhi syariah dan menjauhi diri sejauh-
jauhnya daripada elemen riba yang terdapat dalam mana-mana perniagaan mirip
“money game” seperti ini.
Kenapa Ada Riba Dalam Money Game?
32

¨  Money game tulin ialah skim piramid atau Ponzi, di mana tiada produk langsung
dalam sistem pemasarannya
¨  Skim piramid adalah skim MLM dan subjeknya hanyalah wang dan ahli mendapat
imbuhan daripada yuran keahlian (sponsorship bonus) downline. Terdapat juga pairing
bonus dan sebagainya tetapi semuanya berdasarkan ahli baru yang masuk
¨  Money game tulin ini akan runtuh apabila pendapatan yuran ahli baru kurang daripada
wang yang dibayar kepada upline-upline, maka meranalah mereka-mereka yang baru
menyertainya
¨  Money game tidak tulin boleh berdasarkan kepada sistem MLM/piramid atau tidak
¨  Selalu money game bukan tulin ada produk tetapi produk itu adalah sebagai helah/
hilah. Yang menjadikan ia money game ialah kerana:
¤  Fokus ialah kepada penjanaan keuntungan yang cepat dan tinggi, oleh itu subjek sebenar
adalah wang
¤  Harga produk selalunya adalah jauh lebih tinggi daripada harga produk yang sama di
pasaran ataupun harganya hampir sama dalam pasaran tapi pengedarannya bukan secara
tabii.
Kenapa Ada Riba Dalam Money Game?
33

¤  Jika ia bukan sistem MLM/piramid, sistem pemasarannya ialah satu sistem yang bukan
dari sistem perniagaan lazim. Sistem perniagaan yang lazim ialah seperti sistem
perniagaan daripada pengeluar à pengedar à agen à pelanggan atau jualan langsung.
Dalam sistem ini pengeluar tiada hubungan perniagaan dengan pihak selain daripada
pihak terdekat. Maksudnya pengeluar tiada hubungan dengan pelanggan kerana
pengeluar tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada jualan daripada agen kepada
pelanggan.
¤  Dalam sistem money game jenis ini akan ada sistem di mana keuntungannya adalah
luar-biasa dalam masa yang singkat seperti lebih daripada 50% setahun
¤  Sistem ini juga biasanya ada jaminan pulangan modal dan keuntungan
¨  Sistem money game terlibat dengan riba sebab subjek sebenarnya ialah wang
dan wang adalah barangan ribawi (mengambil ‘illah emas), maka pertukarannya
harus sama. Nabi SAW bersabda:
“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama
dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi
perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama
dilakukan antara tangan dan tangan.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari
Ubadah bin Shamit r.a., dan lafaz ini milik Muslim)
Side Note…
34

¨  The concept of tawakul can be used to highlight the interlinking of Shariah and
tabi’ law. Investing in Shariah approved stocks implies that firstly, one must know
what constitutes the halal stocks. This is the Shari’ aspect. Once, the screening is
done, the tabi’ aspect is in play. To select a stock, one should consider its price-
earning ratio, the return on investment, the earning per share. This is the company
analysis. But company performance can be affected by macroeconomic variables
such as inflation, unemployment, the gross domestic product and exchange rates.
This is where knowledge on the market and economy is crucial. This is tabi’ law.
The Shariah scholars know less about these things as they have no expertise on
modern economics and finance. Their main role is to define and execute the
Shariah sreeening process and ensure that the Shariah stocks are always free
from the prohibited elements. But sometimes the tabi’ operations may implicate
riba or gambling.For example, to avoid currency risk, a Shariah approved
company may indulge in currency trading as it tries to hedge against market
volatilities. Promotion and marketing of mutual funds may be associated with
unethical practices. Thus, there are some tabi’ operations are purely free from
Shariah rules but some may not. This is because the Shariah does not only deal
with the legal aspects (hukm) of financial transactions but also the moral and
ethical aspects (akhlak) – Professor Saiful Azhar, INCEIF
http://www.kantakji.com/markets/islamic-financial-markets-shari%E2%80%99-and-tabi%E2%80%99-principles.aspx
Kesimpulannya….
35

¨  Penasihat syariah CWC/ARBA TIDAK AKAN mengeluarkan penyataan syariah, oleh
itu akan terus terdapat persoalan besar terhadap kepatuhan syariah CWC/ARBA
kerana konsep perniagaan bukanlah konsep perniagaan trading yang biasa
¨  CWC/ARBA menawarkan pulangan modal dan pulangan keuntungan yang
ditetapkan, maka pada pendapat kami ini boleh dikategorikan sebagai kontrak
pinjaman dengan riba
¨  Jawatan penasihat syariah secara uruf lazim (kebiasaan yang diterima-pakai oleh
umum) adalah bersangkut-paut untuk mengeluarkan penyataan syariah. Masyarakat
secara otomatik akan menganggap perniagaan itu patuh syariah kerana sudah ada
penasihat syariah. Jika penasihat syariah CWC/ARBA tidak akan mengeluarkan
penyataan syariah, maka kami menasihatkan beliau supaya nama jawatan itu ditukar
kepada yang lain dengan segera, contohnya, guru ugama dsbg, supaya jawatan
penasihat syariah itu sendiri tidak akan membawa dan menggalakan fitnah
¨  Majlis Sharīʾah AAOIFI memutuskan seperti berikut: “Tanggungan para rakan kongsi
terhadap modal perkongsian adalah tanggungan jenis amanah, maka tiada jaminan
boleh diberikan kepada rakan kongsi kecuali apabila wujud pencerobohan atau
kecuaian. Tidak juga harus disyaratkan jaminan (walau) diberikan oleh mana-mana
rakan kongsi kepada modal rakan kongsi yang lain.” (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah,
AAOIFI, hlm 164)
Kesimpulannya….
36

¨  Selain itu, dalam resolusi berkaitan Ad-Ḍamānāt, AAOIFI memutuskan sebagai
berikut: “Tidak harus disyaratkan kafālah atau rahn dalam kontrak-kontrak amanah…
disebabkan bercanggah keduanya dengan kandungan kontrak amanah, kecuali jika
syarat itu hanya terhad kepada ketika wujud`nya kecuaian dan pencerobohan atau
percanggahan, khususnya dalam kontrak mushārakah dan muḍārabah..dan tidak
harus juga dipromosi seolah produk pelaburan ini adalah sebuah pelaburan yang
dijamin.” (Kontrak jual-beli adalah termasuk dalam kontrak amanah)
¨  Kaedah fekah (qawaid fiqqihiyyah) mengatakan: “Keuntungan adalah melalui
penanggungan risiko. (Al-Qawāʾid Al-Fiqhiyyah, Al-Nadwi Ahmad.A, Dār Al-Qalam,
Syria, 2000), p. 411; Durar al-Ahkām Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 87, 9/90).
Maka jika perniagaan seperti ini tiada risiko sebab pulangan modal dan/atau
keuntungannya nya ditetapkan atau dijamin, maka kemungkinan besar terjebak najis
riba.
¨  Sila lihat di sini contoh-contoh penyataan patuh syariah di sini
… http://www.kenshido.com/distributor/download/forms/LAPORAN.pdf dan
http://qaseh.com.my/mlm-patuh-syariah-oleh-uzar/
Akan datang PART 5 (Akhir): Kesimpulan & Cadangan… Insha Allah.
Wallahu’alam….
37

PART 5: Kesimpulan dan


Cadangan
Kesimpulan
38

¨  Berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan oleh penasihat syariah


CWC/ARBA dan yang diperolehi dari sumber-sumber lain, kami
berpendapat pelan pemasaran dan operasi CWC terdapat beberapa
masalah kerana mempunyai elemen-elemen berikut:
¤  Gharar al-kabir (gharar besar):
n  Penjualan kopi dari pelanggan kepada CWIG Indonesia tiada logik
perniagaan (no business logic)
n  Pelan perniagaan yang tidak telus dan berubah-rubah
n  Elemen skim pelaburan yang berselindung disebalik lesen syarikat trading
¤  Riba:
n  Menjanjikan keuntungan dalam bentuk Yearly Advertising Insentive (YAI)
¤  Maisir (judi):
n  Berisiko tinggi sebab ia adalah skim 4D (Duduk Diam Dapat Duit)
n  Berunsur money game disebabkan ada ciri-ciri zero sum game
¤  Risiko syariah
n  Tiada dan tidak akan mengeluarkan penyataan syariah rasmi
Ringkasan Pelan Pemasaran CWC/ARBA
39

(2) Menjual 75%


kopi kepada CWIG (1) CWC menjual
(Indonesia) kopi bernilai
RM10,000
kepada
pelanggan. Beliau
boleh berniaga
sendiri atau guna
sendiri atau jual
kembali 75%
(3) Setiap bulan dapat RM550 kepada CWIG.
selama setahun. Hujung tahun Hujung tahun
dapat YAI sebanyak RM10,000. dapat rebate
Jumlah pendapatan selepas RM2,000.
setahun ialah RM18,600 atau
keuntungan 86% setahun.
Dalil-Dalil Sebagai Rujukan
40

¨  Allah SWT berfirman: “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai
larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka
hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian)
kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa.” (Al-Baqarah: 279)
¨  Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas
dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat
(samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap
syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa
yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang
diharamkan. Sebagaimana pengembala yang menggembalakan hewan gembalaannya
di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan
memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal
daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah
seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati.“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cadangan Kepada Pengusaha CWC/ARBA
41

¨  Menghentikan perniagaan yang berdasarkan kepada pelan pemasaran Version 1


dan 2 kerana telah disahkan tidak patuh syariah oleh penasihat syariah CWC/
ARBA (sila lihat PART 3)
¨  Membatalkan perjanjian ARBA Affliate untuk pengusaha yang di dalam pelan
perniagaan Version 3 dan 4, dan menuntut kembali wang perniagaan/pelaburan
asal tanpa YAI. Boleh mula kembali bila ada penytaan syariah rasmi.
¨  Membersihan pendapatan yang melebihi pokok asal pelaburan/pembelian
mengikut kaedah seperti berikut:
¤  Jika pendapatan melebihi modal asal, maka dinasihatkan dikembalikannya kepada CWC.
¤  Ini adalah kerana besar kemungkinan pendapatan lebih itu adalah dari wang pengusaha
lain. Allah SWT berfirman: “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan harta
sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan suka sama suka diantara kamu” (An-Nisa : 29).
¤  Jika CWC enggan menerima pulangan wang lebih tadi, maka bolehlah disedekahkan
kepada fakir-miskin atau Baitulmal dengan niat untuk pengusaha lain
¨  Walaubagaimana pun, pembelian kopi secara terus daripada CWC untuk
kegunaan sendiri, untuk berniaga sendiri (tanpa melibatkan CWIG) atau untuk
perniagaan kiosk tidak mempunyai apa-apa masalah Insha Allah…
Cadangan Kepada CWC
42

¨  Melantik sekurang-kurangnya seorang lagi penasihat syariah bertauliah.


¨  Mengeluarkan terms of reference untuk penasihat syariah.
¨  Mengeluarkan penyataan syariah rasmi dengan kadar segera.
¨  Menghentikan pembelian kopi daripada pelanggan untuk dijual kepada CWIG.
¨  Kopi sepatutnya dibeli terus dari CWC atau dikilangkan sendiri oleh CWIG.
¨  Jika hendak meneruskan pemberian YAI, YAI sepatutnya diberikan berdasarkan
keuntungan yang sebenar.
¨  Pembahagian YAI boleh dibuat berdasarkan peratusan keuntungan yang
dipersetujui antara CWC dan pengusaha. Contohnya 20:70 dan seumpamanya.
¨  Kontrak antara pengusaha dan CWC boleh didasarkan kepada musyarakah iaitu
kontrak pelaburan lebih daripada dua orang.
¨  Mempunyai lesen-lesen yang sah dan yang bersusuaian supaya tidak melanggar
undang-undang negara jika melaksanakan kontrak pelaburan musyarakah
¨  Memfailkan akaun semasa di Suruhanjaya Syarikat (SSM) (filing terakhir pada
tahun 2012), Insya Allah…
Akhir Kata…
43

¨  Kami memohon maaf jika lapuran penjelasan ini serta cadangan-cadangan
kami tidak menepati citarasa CWC dan pengusaha CWC
¨  Insya Allah, niat kami ikhlas kerana Allah semata-mata untuk membantu
pihak-pihak yang terlibat untuk mengelakkan terjebak dengan najis riba dan
perkara-perkara lain yang dilarang Islam
¨  Kami kasihkan anda semua kerana Allah
¨  Kami bersedia untuk perbincangan lanjut jika diperlukan
¨  Kami mendoakan agar kami dan pihak yang terlibat diampuni, diberi hidayah,
diberi rahmat dan dijauhi dari perkara-perkara haram dan syubhat sepanjang
hidup. Insha Allah. Ameen & Wallahu’alam….

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai