Anda di halaman 1dari 18

MUQADDIMAH

Bismillahirrahmanirrahim, Yang dimuliakan, Tuan Pengerusi Tetap Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharom, Timbalan Naib Canselor UTP, merangkap perasmi Ijtimak Sanawi Rakan Masjid kali ke-10, Yang Dikasihi Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin, Ketua Unit Pentadbiran Masjid, merangkap Penasihat Rakan Masjid UTP Yang Dikasihi Ustaz Rahmat bin Abu Seman, Pengurus, Unit Pentadbiran Masjid, juga merangkap Penasihat Rakan Masjid UTP, Yang Dikasihi Barisan Majlis Tertinggi dan Majlis Eksekutif Rakan Masjid UTP, Yang diraikan, Presiden-Presiden atau Pengerusi-Pengerusi persatuan dan kelab UTP, Ahli Jawatankuasa Rakan Masjid UTP, Barisan Alumni Rakan Masjid UTP, Para pemerhati dari kampus-kampus luar, Dan para perwakilan serta semua sidang muktamirin yang dihormati sekalian Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh

1. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Seinfiniti
kesyukuran kita rafakan kepada Khaliqul Alam kerana dengan izin-Nya membolehkan kita mengadakan Ijtimak Sanawi Rakan Masjid kali ke-10 ini.

2. Pada kesempatan ini, izinkan saya mewakili pihak kepimpinan Rakan Masjid
UTP dan juga Ahli Jawatankuasa Ijtimak Sanawi kali ini dengan rasa penuh kesyukuran dan berbesar hati, mengalu-alukan kehadiran para tetamu kehormat dari luar UTP mahupun dalam UTP, para perwakilan dan seterusnya

para pemerhati yang dimuliakan, dengan ucapan Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum Salam Sejahtera dan Selamat Datang. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian 3. Alhamdulillah, penganjuran Ijtimak Sanawi yang berformatkan muktamar dapat diteruskan pada penggal kepimpinan kali ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan Al Mubarak. Objektif Ijtimak Sanawi ini diadakan, adalah sebagai satu platform yang dapat menyatukan semua AJK Rakan Masjid, duduk bersama memikirkan halatuju Rakan Masjid, bermuhasabah, bertukar fikiran, memberi kritikan membina, melontarkan cadangan yang konkrit, seterusnya menyukat sejauh mana kita sudah melangkah dalam sesi kepimpinan ini. Selain itu juga, turut diadakan majlis pembubaran dan penyerahan watikah perlantikan Majlis Tertinggi dan Majlis Ekskutif pada penggal kepimpinan kali ini kepada saf kepimpinan yang baru.

4. Rakan Masjid UTP terus mara berjuang sejak beberapa tahun dan
kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Pada Ijtimak Sanawi kali ini, sukacitanya saya bacakan ucapan dasar yang bertemakan Bersama Mengekalkan Kesinambungan Perjuangan. Mudah-mudahan dengan keberkatan Ramadhan ini akan menghasilkan keputusan dan output yang berguna untuk perjuangan dakwah ini, insyaALLAH. TEMA IJTIMAK SANAWI 5. Kita berhimpun pada hari ini di kala suasana yang cukup kondusif untuk giat melakukan ibadah fardi demi mendapatkan sijil taqwa yang Allah sudah janjikan. Mujahadahlah untuk terus melakukan ibadah kepadanya. Namun, perlu diingat bahawa di sekeliling kita, berlaku fenomena dan perubahan yang menuntut untuk kita sebagai orang yang berada dalam lapangan dakwah untuk memahami perubahan seterusnya bertindak secara proaktif dalam mendepani perubahan tersebut. Antara perkara yang berlaku ialah perubahan sistem akademik, latarbelakang kemasukan pelajar yang sudah pelbagai berbanding dahulu, polisi-polisi biasiswa dan bantuan kewangan, kemasukan pelajar belum-muslim yang semakin ramai dan perubahan polisi PETRONAS ke atas UTP.

6. Atas perubahan-perubahan inilah yang menyebabkan satu cabaran yang


cukup besar menunggu kepimpinan Rakan Masjid UTP untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan dakwah yang sudah diasas dan dikembangkan. Tema kali ini yang menyeru seluruh jentera Rakan Masjid UTP termasuk subsidiaries ; Smart Group, Alumni RM UTP dan AJK programprogram RM UTP, untuk sama-sama mengekalkan kecemerlangan perjuangan yang dilakukan.

7. Tajuk yang cukup signifikan kepada kita pada hari ini seharusnys difahami di
setiap peringkat terutamanya di peringkat kepimpinan untuk membawa agenda besar ini bersama-sama AJK. Seharusnya kita semua perlu sedar dan bertindak selangkah kehadapan berbanding rakan-rakan kita yang lain kerana

kesedaran Islam yang dihidayahkan oleh Allah merupakan anugerah yang menjadikan kita lebih matang dan bijak dalam lakukan keputusan dan tindakan. Justeru, walaupun AJK sekalian masih dikatakan baru di UTP namun kematangan fikiran itu dapat dibentuk sekiranya kita semua memberi komitmen yang sepenuhnya untuk dibentuk.

8. Tidak dapat disangkalkan lagi dan iainya tidak perlu dilulang berkali-kali untuk
memberitahu berkenaan hasil produk RM UTP. Produk tarbiyah dan pembentukan kita sudah ramai di luar sana yang aktif menjalankan gerak kerja Islam disamping cemerlang dalam bidang kerjaya masing-masing. Jadi, yakinlah dengan kebenaran Islam dan janji Allah terhadap ganjaran-ganjaran bagi mereka yang berada di atas jalan mulia ini.

Dan sesiapa yang menjadikan ALLAH dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) ALLAH, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah : 56)

9. Justeru, cabaran untuk menghasilkan produk yang sama bahkan lebih hebat
kualiti adalah cabaran terpenting yang perlu diamil perhatian oleh semua pihak terutamanya kepimpinan RM UTP demi meneruskan kesinambungan perjuangan ini. Adalah diharapkan melalui perkara-perkara yang akan dinyatakan ini dapat membentuk peribadi warga RM UTP yang kompeten demi kelangsungan dakwah di UTP. Pekara yang akan di sampaikan ialah : i. ii. iii. iv. v. Tarbiyah Tulang Belakang Perjuangan Perhebatkan Dakwah Kewajipan Bersama Penerus Warisan Perjuangan: Kesinambungan Yang Baik Perubahan Mentaliti: Akademik Dan Pembudayaan Intelektual Kebajikan Menifestasi Kesyumulan Islam

TARBIYAH TULANG BELAKANG PERJUANGAN Firman Allah s.w.t.: Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, (62:2) Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Tarbiyah sebagai bekalan

10. Marilah kita mengambil pengajaran daripada ayat ini bahawa tarbiyah merupakan salah-satu tugas utama nabi s.a.w. Maka sewajarnya ia diambil berat oleh setiap ahli dan menjadi agenda penting dalam sesebuah organisasi Islam. Tarbiyah menurut Dr Ali Abdul Halim Mahmud ialah proses pembentukan individu menurut fitrah manusia ke arah melahirkan individu muslim yang sempurna. Apabila disebut tarbiyah sebagai suatu proses, maka sudah tentu terdapat beberapa aktiviti dan program yang perlu disusun untuk memastikan matlamat tarbiyah tercapai, menepati piawaian-piawaian yang diinginkan. 11. Dalam Rakan Masjid, antara misi utama kita ialah melahirkan penggerakpenggerak yang kompeten. Oleh sebab itu, menjadi satu kewajipan bagi pihak kepimpinan Rakan Masjid untuk menyusun program ke arah kejayaan misi tersebut. Usaha telah diambil malah, Rakan Masjid telah mengadakan program-program tarbiyah seperti KPI, KPO, Liqa RM, Mukhayyam Tarbawi, Jaulah Tarbawi dan sebagainya. Pemerkasaan tarbiyah agenda bersama 12. Pada penggal ini, MTME Rakan Masjid telah mengambil initiatif untuk memperkasakan program tarbiyah kita ; objektif, pendekatan serta pengisian dalam program tarbiyah kita telah disemak semula malah telah ditambah dengan Rehlah Tarbawi yang diwajibkan bagi setiap lajnah. Initatif ini diharap dapat menambah kualiti tarbiyah kita dalam Rakan Masjid. Akan tetapi malangnya kita lihat bahawa komitmen AJK perlu dipertingkatkan kerana tidak semua AJK yang hadir. Masalah ini merupakan cabaran bagi kepimpinan akan datang bagi memastikan AJK menerima hak untuk ditarbiyah dan AJK menjalankan tanggungjawab menghadirinya. Berikut merupakan statistik bilangan kehadiran AJK RM dalam program-program RM pada semester Mei 2011. Sama-sama kita muhasabah di mana kedudukan kita.

13. Pada penggal ini juga, Rakan Masjid telah meneruskan kuliah-kuliah di masjid
serta berjaya mengadakan sesi perkongsian setiap sabtu dan ahad malam yang dikendalikan oleh pelajar tahun akhir serta MTME Rakan Masjid. Perkongsian ini adalah sebagai tarbiyah umum yang diharap dapat memberi kesedaran berkenaan kepentingan mendekatkan diri dengan majlis ilmu umumnya kepada masyarakat kampus dan AJK Rakan Masjid khususnya.

14. Selain daripada tarbiyah umum melalui program dan kuliah, pimpinan Rakan
Masjid juga sangat menekankan tarbiyah khusus di kalangan AJK, iaitu mentarbiyah AJK secara peribadi. Wasilah utama dalam tarbiyah khusus ialah usrah lajnah. Usrah merupakan nukleus kecil bagi jemaah dan pembentukan bagi AJK. Jika usrah dalam sesebuah organisasi gagal, maka kebarangkalian organisasi tersebut menghadapi masalah dalaman adalah tinggi. Oleh sebab itu, keberkesanan usrah mestilah ditekankan dan pembawaannya perlu diperkasakan dari semasa ke semasa. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, 15. Antara beberapa inisiatif yang telah diambil bagi memastikan agenda usrah dijalankan secara serius oleh lajnah adalah menyediakan buku usrah bagi setiap lajnah, memastikan masul masulah lajnah sebagai naqib naqibah, penekanan tentang silibus Rakan Masjid yang diselarikan dengan silibus SG, serta peringatan berkala daripada Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan untuk menjalankan usrah. Walaupun pelbagai initiatif telah dibuat oleh pihak MT, kekerapan usrah dan bilangan ahli yang hadir masih lagi perlu ditingkatkan. Perkara ini perlu dilihat serius oleh masul masulah lajnah kerana ia sangat berkaitan dengan pembangunan sumber daya manusia Rakan Masjid.

16. Sekiranya situasi ini berterusan, maka tidak mustahil akan wujud masalah komitmen AJK dalam Rakan Masjid suatu hari nanti. Akan wujud juga situasi di

mana hubungan antara masul masulah lajnah dan AJK dilihat renggang, AJK tidak ingin menjalankan tanggungjawab dan tarbiyah yang merupakan hak AJK pula tidak terjaga. 17. Hasil yang diharapkan daripada sistem tarbiyah kita ini ialah AJK-AJK Rakan Masjid yang komited serta berinitiatif untuk melakukan dakwah seterusnya menegakkan Islam bumi UTP ini. Sifat-sifat mereka berakhlak dan beradab, bersemangat untuk menegakkan Islam, digambarkan dalam firman Allah s.w.t.: Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (5:54)

PERHEBATKAN DAKWAH KEWAJIPAN BERSAMA 18. Sebagai sebuah organisasi Islam yang tunggal di universiti ini, RM UTP terus komited untuk menjalankan tugas bagi menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran; ayat 104

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Penyuburan Dakwah di UTP

Kaedah dakwah menyatakan Bidang dakwah itu luas, maka pilihlah para daie akan dakwahnya. 19. Melihat kepada pentinganya tanggungjawab untuk membawa risalah dakwah ini, RM UTP telah berusaha mempelbagaikan uslub/metod dakwah. Pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan sebagai usaha untuk menarik lebih ramai umat Islam di UTP untuk berjinak-jinak dengan Islam seterusnya menjadi insan yang memahami Islam dengan baik lantas terus mengabdikan

diri dan bertaabud kepada Allah Azza Wajalla secara individu mahupun secara kolektif.

20. Alhamdulillah, inisiatif baru di peringkat RM UTP perlu diteruskan dan


diperhebatkan lagi. Antaranya melalui seni muzik; menerusi Malam Inspirasi Seni, Kembara Sufi dan Alunan Rabbani yang akan datang. Tidak ketinggalan juga kumpulan bola sepak Fasilitator Smart Group, Campus Run, Futsal dan Kembara Syabab kempen Heart For Islam. Kembara Syabab merupakan XPDC konvoi motosikal ke Kuala Kangsar yang mampu menarik minat golongan pelajar yang berminat dalam aktiviti permotoran. Moga-moga dengan permulaan program sebegini mampu mencetus penubuhan satu kelab motosikal yang mempunyai ciri-ciri keIslaman yang segali gus mendapatkan keahlian sejumlah besar pengguna motosikal di bumi UTP ini pada satu masa kelak.

21. Penganjuran Interfaith Understanding Dialogue (InFUD) pada semester Julai


2010 menjadi penanda aras bahawa masih ramai lagi madu yang menunggu tangan-tangan dakwah datang menyapa mereka, dengan pelbagai metod asalkan ianya tepat dan berhikmah. Melihat peluang yang terbuka luas ini, pihak kepimpinan RM UTP telah menjemput beberapa ikon dakwah seperti Brother Shah Kirit untuk memberi input berguna dalam arena dakwah bagi membolehkan ahli RM UTP mempersiapkan diri bagi meneroka cabaran baru dakwah ini. Selain itu, kedatangan ikon dakwah ;Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman khas dari Kelantan dalam Program Ambang Ramadhan menunjukkan bukti bahawa pihak RM UTP mahu mencetus gelombang dakwah dan Ramadhan dengan izin Allah. Begitu juga dengan pelbagai lagi ikon seperti Ust Syaari Abd Rahman, Ust Syed Kader Al Jufree, dan Ust Zaharuddin Muhammad.

22. Dakwah Fardiyah adalah satu elemen dakwah yang amat penting dalam
usaha kita untuk mengubah masyarakat. AJK RM UTP sendiri haruslah berperanan untuk berinisiatif dalam usaha untuk melakukan dakwah fardiyah terutamanya sesama batch akademik. Sebagai contoh, dengan mengajak sahabat-sahabat yang berhampiran seperti rakan sebilik atau rakan serumah untuk melaksanakan solat berjemaah di masjid. Tidak dilupakan juga Liqo Almulk yang diwarnai dengan sedikit tazkirah haruslah dijadikan amalan di kolej kediaman masing-masing dalam usaha untuk memegang hati-hati madu agar kecintaan mereka kepada Islam terus berkembang mekar. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Cakupan Dakwah yang meluas 23. Menyedari dakwah yang dibawa oleh RM UTP haruslah bersifat dinamik dan progresif, sekali lagi kita mengorak langkah untuk meluaskan jaringan dakwah

terutama kepada ahli qaryah Masjid an-Nur sesuai dengan Firman Allah Taala dalam surah an-Nahl ayat ke-36 yang bermaksud:

Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

24. Bagi merealisasikan tuntutan dakwah yang mencakupi masyarakat sekitar,


RM UTP tidak pernah keberatan untuk turun mengadakan lawatan berkala ke kampung Orang Asli Suak Padi untuk membimbing saudara kita di sana mempelajari asas-asas solat serta mengaji al-Quran. Lawatan ke Suak Padi itu bukan sahaja tertumpu kepada golongan Muslim, tetapi turut mendekati golongan yang masih BELUM Muslim dengan mengadakan aktiviti seperti perlawanan bola sepak dan juga perkongsian pengalaman sharing sessions. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut[162] dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah; 256)

25. Melihat kepada fenomena kemasukan pelajar belum-Muslim ke kampus kita


semakin meningkat, kita perlu melihatnya sebagai tanggungwajab baru yang ALLAH berikan. Kemasukan untuk Mei 2011 mencatatkan hampir separuh pelajar yang mendaftar adalah tidak beragama Islam. Bagi mendukung dakwah kepada golongan belum-Muslim, hubungan baik dan mesra perlu diwujudkan di antara RM UTP dengan golongan belum-muslim. Engagement dengan kelab dan persatuan bukan-Muslim perlu diperkasa bagi membuka lebih banyak ruang dakwah melalui kolaborasi dalam aktiviti-aktiviti bersama yang dirasakan bermanfaat. Kesungguhan kepimpinan RM UTP kali ini yang ingin melebarkan sayap dakwah kepada golongan bukan Muslim telah terbukti dengan kejayaan mengadakan pertemuan bersama jawatankuasa pelaksana konsert Euphonius baru-baru ini.

26. Seiring dengan umur 14 tahun Gerakan Islam ini, (dengan pelbagai nama
dahulu), kita perlu bersedia dengan pertambahan tanggungjawab cakupan

dakwah yang ada di kampus. Masih banyak lagi green area yang kita perlu terokai dan menjadi peneraju utama didalamanya. Kita mempunyai beberapa cakupan dakwah yang boleh diperkasakan iaitu batch akademik, pelajar antarabangsa, staff sokongan dan pihak pengurusan. Mereka merupakan golongan strategik yang perlu diambil kira dalam kerja dakwah kita kerana kita perlu membina asas alamiyah yang kukuh.

27. Kita bimbang sekiranya usaha dakwah terhadap masyarakat ini tidak digembleng, Allah akan menurunkan bala-Nya kepada kita semua, bukan sahaja pelaku maksiat, malah kepada semua orang. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Anfal, ayat 25:

Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dari kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah Maha keras seksaannya."

28. Justeru, masih banyak lagi usaha yang perlu digembleng oleh RM UTP bagi
memenuhi tuntutan dakwah kepada masyarakat luar dalam menuju kepada lahirnya masyarakat yang diredhai Allah Taala. Harapan besar saya adalah untuk melihat RM UTP mampu menjadi ikon dakwah kepada masyarakat di luar kampus selari dengan tugas membantu Unit Pentadbiran Masjid UTP dalam menyelia aktiviti-aktiviti sekitar qariah UTP.

PENERUS WARISAN PERJUANGAN: KESINAMBUNGAN YANG BAIK Pengurusan Sumber Manusia

29. Pengurusan sumber manusia yang berkesan merupakan satu faktor yang
penting bagi sesuatu organisasi dalam memastikan visi dan misi organisasi tersebut dapat dicapai. Penyusunan ahli organisasi yang terancang dan tersusun merangkumi setiap skop bidang organisasi tersebut akan memfokuskan lagi setiap gerak kerja yang dirancang agar selaras dengan halatuju yang ingin dibawa oleh organisasi tersebut. 30. Sekiranya kita singkap kembali sirah Rasulullah SAW, dapat kita lihat para sahabat di zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan masing-masing dalam menyebarkan dakwah. Abdul Rahman Bin Auf, seorang peniaga yang terkenal dengan keikhlasan dan kejujurannya dalam berniaga telah mengizahkan

keindahan Islam itu sendiri melalui perniagaan. Jaafar Bin Abu Talib, seorang yang berakhlak mulia dan pemidato yang baik telah berjaya membuatkan Raja Najasyi, Raja Habsyah menangis ketika menjadi wakil bagi kaum muslimin untuk mempertahankan fitnah yang dilemparkan oleh utusan quraisy kepada Raja Najasyi dan menyebabkan Islam telah berjaya tersebar ke bumi Habsyah. Sudah tentu kehebatan para sahabat ini tidak dapat dihasilkan melainkan dengan perancangan dan susunan yang sistematik yang dilakukan oleh nabi kita kepada para sahabat mengikut kepakaran yang ada pada diri mereka sehingga menghasilkan tokoh-tokoh yang tersohor ini.

31. Mengambil ibrah daripada sirah Rasulullah SAW inilah; RM UTP melalui Lajnah
Tarbiyah dan Kepimpinan (LTK) telah menghasilkan satu susunan perkembangan atau flow development AJK RM UTP yang bertujuan untuk melengkapkan ahli dengan ilmu-ilmu dan persediaan yang perlu ada pada setiap AJK RM UTP dalam melahirkan rijal-rijal (pemuda-pemuda) tarbawi, dakwah serta siyasi sekaligus dapat memacu gerak kerja RM UTP selaras dengan visi Membina Biah Solehah. Moga dengan adanya flow development ini akan dapat menyediakan pelapis-pelapis pimpinan RM UTP yang berkaliber pada masa akan datang. Sebagaimana dinyatakan dalam surah an-Nisa ayat ke 9 mafhumnya, Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khawatir terhadap kesejahteraannya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan RM UTP. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Pengurusan Organisasi

32. Kata-kata Saidina Ali yg masyhur: Kebatilan yang terancang dapat


mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Saidina Umar Al-Khattab menyusun atur kerajaan Islam ketika itu dengan sangat berkesan sehingga dapat meluaskan jajahan takluk Islam. Begitu juga dengan keberkesanan perancangan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mengambil iktibar daripada kegagalan pemerintah sebelumnya untuk membenarkan sabda Rasulullah SAW tentang pembukaan Kota Konstantinopel.

33. Dengan kewujudan arkib RM UTP yang ditempatkan di Pejabat RM UTP, Blok
D; telah membawa RM UTP ke satu tahap yang ke hadapan dalam bidang pengurusan. Segala pendokumentasian sama ada hardcopy atau softcopy setiap gerak kerja lajnah telah dikumpulkan dan disimpan di dalam arkib RM UTP. Walaubagaimanapun pendokumentasian ini masih perlu diteliti dan diperkemaskan lagi oleh semua lajnah agar dapat menjadi rujukan yang tepat lagi rojih bagi kepimpinan yang akan datang.

34. Selain itu, melihat kepada program-program utama RM UTP seperti Kempen
Heart For Islam, Ramadhan Discovery, Khemah Ibadah dan lain-lain; program-

program inilah yang menjadi wajah utama RM UTP kepada masyarakat dalam dan luar UTP. Umum mengetahui, RM UTP adalah sinonim dengan mengadakan program dakwah. Maka, program-program inilah yang akan menjadi wajah kepada Islam itu sendiri. Keberkesanan dan kehebatan program RM UTP akan menjadi tanda aras kepada keindahan dan kehebatan Islam itu sendiri.

35. Sehubungan dengan itu, Standard Operating Procedure (SOP) menyeluruh


fasa pertama yang diwujudkan semasa kepimpinan yang lepas telah berjaya disiapkan pada kepimpinan kali ini, Alhamdulillah. Di tambah pula dengan penubuhan Sekretariat Program yang akan memantau program-program RM UTP, sudah semestinya akan memperkemaskan lagi program-program ini lantas menaiktaraf mereka sebaris dengan TEC, EDX dan Convofair. Namun, kerjasama yang jitu dari semua AJK dan kepimipinan RM UTP amatlah diperlukan dalam memastikan SOP ini dapat diaplikasikan semaksimum mungkin serta pantauan yang berterusan melalui Sekretariat Program. Pemerkasaan Jabatan Setiausaha dan Jabatan Bendahari juga perlu diteruskan lagi demi memperkemaskan lagi sistem pengurusan ini.

36. Pengurusan RM UTP dari aspek aset dan kewangan juga haruslah dititikberatkan. Aset yang dimilik oleh RM UTP haruslah menjadi tanggungjawab bersama kepada semua ahli dalam menjaga aset ini agar dapat memastikan kelangsungan aset ini untuk di guna pada masa hadapan. Malanglah sekiranya ada sesetengah pihak yang mengambil sikap enteng dalam hal penjagaan aset ini kerana ianya boleh menjatuhkan nama baik RM UTP sendiri. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Imej Dan Hubungan Luar

37. Selain dari penambahbaikan dari segi pengurusan, RM UTP juga turut dikenali
dengan imej yang dibawa oleh barisan kepimpinan dan seluruh ahlinya. Pemakaian baju-t rasmi RM UTP, acara-acara RM UTP, Smart Group, vest, poster dan sebagainya, telah menjadikan RM UTP tidak asing lagi di mata madu. Namun, masih ada segelintir warga kampus yang masih melihat RM UTP hanya untuk sesetengah golongan sahaja. Penjenamaan terhadap imej RM UTP ini haruslah dilakukan pada masa akan datang bagi memastikan skop capaian dakwah yang lebih luas kepada seluruh warga kampus agar dapat disampaikan keindahan Islam itu kepada semua. Perkara ini termasuk juga perkara-perkara teknikal dalam penyiaran dan kewartawanan. Kesemua medium dakwah dan penyiaran kita seharusnya di naik taraf selari dengan perkembangan zaman yang akan membantu dakwah seperti pemusatan hubungan alam maya seperti portal, blog, you tube dan facebook.

38. Selain itu, hubungan yang baik dengan kelab-kelab lain dan pihak pengurusan
dahulu secara amnya telah menjadikan RM UTP sebagai sebuah badan yang sentiasa menjuarai isu yang berlaku di dalam kampus mahupun di luar kampus. Seharusnya perlu diteruskan kesinambungan ini bahkan meluaskan lagi kerana banyak lagi pembaikan yang perlu dilakukan. Engagement yang baik dengan pelbagai pihak ini akan mampu melahirkan gelombang dakwah yang harmoni. Pertemuan Majlis Tertinggi RM UTP dengan pihak pengurusan UTP dalam menyatakan keberatan dengan penganjuran aktiviti bersifat hedonism dan melalaikan haruslah diteruskan. Hal ini membolehkan kita menyatakan hasrat secara terus tanpa mengabaikan adab dan akhlak dalam menegur.

PERUBAHAN MENTALITI: AKADEMIK DAN PEMBUDAYAAN INTELEKTUAL

39. Perjuangan RM UTP ini tidak akan lengkap tanpa penekanan dalam aspek
akademik dan pembudayaan intelektual. Jika kita susuri sirah penurunan wahyu pada zaman Rasulullah s.a.w, kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu.Wahyu yang pertama iaitu ayat 15 surah Al-Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.Tanpa ilmu dan pengetahuan, kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat menjalankan tugas sebagai hambaNya. Perkataan ilmu disebut kirakira 750 kali dalam Al-Quran melalui berbagai bentuk. Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat Al-Quran antaranya, Firman Allah S.W.T maksudnya:

Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendaki Nya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. (Al-Baqarah:269) Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Pembudayaan intelektual mercu tanda mahasiswa

40. Untuk merealisasikan budaya ilmu di kalangan warga UTP,kepelbagaian


aktiviti intelektual perlu di laksanakan untuk menarik minat orang ramai khususnya mahasiswa UTP dan qariah. Sehubungan dengan itu, satu inisiatif yang baik telah di tunjukkan oleh Kempen Heart For Islam dengan menjayakan Simposium Kecemerlangan Belia yang telah melibatkan warga UTP dan institusi pengajian tinggi di sekitar Perak. Forum Baitul Muslim yang diadakan baru-baru ini memberi dimensi baru kepada warga kampus sebagai medium alternatif untuk memberi kefahaman muamalat dan batas-batas pergaulan berlandaskan Islam. Begitu juga Sembang Santai bersempena isu di timur tengah anjuran Heart For Islam dan pelbagai lagi yang memupuk budaya baik ini.

41. Namun, aktiviti-aktiviti intelektual yang berkala contohnya pengajian kitab,


kuliah, tadabbur quran, kelas sirah, kelas tajwid dan kelas tentang dunia hawa perlu dihebahkan secara menyeluruh supaya golongan sasaran tidak hanya tertumpu pengunjung tetap masjid sahaja. Dalam pada itu, kita juga harus menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang kita ada seperti Islamica Resource Centre dan masjid sebagai pusat intelektual. Juzuk dakwah yang penting : Akademik 42. Melihat kepada perubahan sistem akademik yang drastik, RM UTP perlu menjadi salah satu badan pelajar yang terkehadapan dalam mendepani isuisu yang melibatkan warga kampus amnya terutama isu akademik dan kebajikan.Walaupun perubahan ini memberi impak kepada perancangan RM UTP, namun ia haruslah di lihat dari sudut yang positif sebagai satu peluang untuk kita menjadi lebih proaktif dan dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Ini penting sebagai penyediaan kepada kita mempersiapkan diri untuk menjadi daie yang kompeten.

43. Dalam menghadapi sistem semester yang semakin pendek, kita perlu menilai
kaedah pelaksanaan dan relevensi program. Salah satu inisiatif yang baik telah dilaksanakan oleh RM UTP seperti penggabungan majlis pelancaran pembukaan Ramadan Discovery dan forum baitul muslim. Inisiatif-inisiatif seperti inilah yang perlu diperbanyakkan supaya RM UTP tidak hanya di lihat melaksanakan banyak program tetapi mempunyai objektif yang sama. Secara tidak langsung ini memberi ruang dan peluang kepada AJK RM untuk fokus kepada akademik di samping melibatkan diri dalam program-program pembentukan sahsiah diri. Sehubungan dengan itu, peluang yang ada tidak harus disia-siakan dengan perkara-perkara yang lagho, AJK RM UTP perlu lebih bijak dalam menguruskan masa dan taklifan supaya gerak kerja rasmi RM UTP dapat dilaksanakan seiring dengan gerak kerja akademik . 44. Di samping itu, penubuhan sistem DUTA di lihat suatu inisiatif yang bakal menjadikan pemantauan yang lebih sistematik dapat dijalankan sekiranya setiap orang memberikan kerjasama yang baik. Pemantauan yang lebih khusus dapat dilaksanakan sekiranya usaha ini dimainkan peranan semua AJK

dan kepimpinan RM UTP. Malangnya sistem ini tidak berjalan lancar dan sesuatu perubahan perlu dilakukan. Dalam pada itu, RM UTP mensasarkan GPA AJK RM 3.0 ke atas sebanyak 70%.Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan impian ini.

Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Membangunan modal insan

45. Rasulullah SAW bersabda, "Binasalah orang-orang Islam kecuali mereka yang
berilmu. Maka binasalah golongan berilmu, kecuali mereka yang beramal dengan ilmu mereka. Dan binasalah golongan yang beramal dengan ilmu mereka, kecuali mereka yang ikhlas..." 46. Menyedari sumbangan mahasiswa tidak hanya tertumpu kepada program di dalam kampus sahaja, aktiviti-aktiviti yang bersifat mendidik seperti program motivasi, Kem Solat dan kelas tambahan di sekolah-sekolah perlu diteruskan supaya dengan adanya nilai tambah itu, mampu melahirkan pelajar yang serba boleh selari dengan misi UTP.

47. Selain itu, inisiatif yang baik telah dilaksanakan oleh Lajnah Akademik dan
Pembangunan Insan dengan menubuhkan team expert fasi, namun kumpulan ini perlu diperkemaskan lagi dari sudut pengurusan dan latihan sebagai persediaan untuk menjadi lebih efektif. Dalam pada itu, dakwah melalui akademik tidak boleh dipandang enteng, pelbagai inisiatif baru perlu dilaksanakan oleh semua pihak agar penguasaan daie dalam bidang akademik dapat dijadikan sebagai satu qudwah yang baik kepada madu.

KEBAJIKAN MENIFESTASI KESYUMULAN ISLAM 48. Allah berfirman dalam surah al-Hasyr ayat ke 7,

Maksudnya

Apa saja harta fai-i (yang diambil oleh negara) yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal daripada penduduk sesebuah negeri. Maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. 49. Sebagai sebuah gerakan Islam yang bersifat syumul, RM UTP berusaha sedaya-upaya untuk mengaplikasikan konsep kebajikan yang merangkumi aspek yang lebih luas. Ini kerana Islam meletakkan semuanya dalam amal yang dikira oleh Allah pada hari akhirat, bukan hanya berbudi dan berjasa di dunia sahaja. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Menjuarai kebajikan untuk dakwah 50. Untuk penggal kepimpinan kali ini, RM UTP terus mengorak langkah untuk berusaha menjuarai isu kebajikan yang melibatkan AJK RM UTP, pelajar tempatan dan antarabangsa, pensyarah, staf sokongan, ahli qaryah Masjid anNur dan juga golongan yang memerlukan di seluruh Perak. Bahkan, RM UTP juga telah berjaya melakukan misi kemanusiaan ke Yogyakarta dan meneruskan kesimbungan misi ke Padang, Indonesia, di bawah program Khidmat Bakti Siswa (KBS) sempena Ramadhan Discovery 1432H. Ianya merupakan salah satu syiar dan bukti kesungguhan kita menekankan elemen kebajikan.

51. RM UTP juga turut menunjukkan kecaknaan terhadap staf sokongan yang
bertugas di blok-blok kediaman kita sebagai cleaner. Syabas diucapkan kepada HELWI kerana memperkenalkan inisiatif yang bagus iaitu program With You bagi menjalin kemesraan bersama staf sokongan, pada masa yang sama membuat perkongsian yang bermanfaat bersama mereka. .

52. Tidak dilupakan juga, inisiatif-inisiatif seperti pengagihan kurma Ramadhan


kepada pensyarah UTP, ziarah kematian dan musibah, lawatan interaktif ke rumah orang kurang upaya (OKU) dan rumah anak yatim. Aktiviti-aktiviti ini masih diteruskan dalam usaha untuk menjadikan kebajikan sebagai agenda yang penting. Terbaru, kita berjaya mengadakan program Kembara Amal di Ipoh, Sehari Bersama Remaja (Manjung) dan Kembara Madrasah (Setiawan) kolaborasi bersama Kelab Medtech bawah program Kembara Sufi IX.

53. RM UTP juga telah menjadi qudwah yang baik dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan sebagai manifestasi kepada keindahan Islam. Seluruh jentera RM

UTP telah dikerahkan bagi memberikan yang terbaik untuk kebaikan bersama. Hasilnya, kita berjaya membantu dalam kutipan tertinggi untuk menampung kerugian kebakaran Surau Taman Maju yang berlaku baru-baru ini. Semoga keberhasilan ini akan diteruskan dan dapat menjadi pemangkin kepada kita terus beramal di medan ini. Ikhwan akhawat, para perwakilan dan pemerhati sekalian, Agen perpaduan yang diimpikan 54. Firman Allah,

Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu (an-Nisa: 1). 55. Melalui wadah kebajikan, RM UTP tidak ketinggalan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara Muslim. Alhamdulillah, dengan inisiatif bersama International Student Council (ISC) dan Komiti V4, kita berjaya mengadakan iftar pelajar antarabangsa yang menghimpunkan pelajar muslim antarabangsa dan saf kepimpinan RM UTP. Program seperti ini haruslah dilihat sebagai peluang yang baik untuk kita mengeratkan tali perpaduan dan persefahaman agar keutuhan ukhwah dapat dibina. Atas dasar perpaduan ini juga, kita membantu secara formal dan tidak terhadap An-Nur International Community yang ingin menyampaikan citra dan perkongsian masyrakat antarabangsa. 56. InsyaAllah, pada masa yang akan datang, diharap Lajnah Antarabangsa (LA) dan Lajnah Kebajikan dan Perpaduan (LKP) akan lebih terkehadapan untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan agenda kebajikan dan perpaduan memberi impak yang lebih besar kepada dakwah RM UTP.

PENUTUP

57. Sebagai akhirnya, marilah kita menjadikan Ijtimak Sanawi kita ini sebagai
medan muhasabah yang benar-benar bermanfaat untuk pembangunan Islam. Marilah kita sama-sama memasang tekad dan azam untuk perjuangan Rakan Masjid UTP yang berdasarkan Islam untuk terus relevan di pentas bumi UTP ini.

58. Teguhkan organisasi Rakan Masjid dengan tarbiyah dan beramal dengan
ikhlas kerana Allah, melahirkan ahli yang bersifat benar, amanah, menyampaikan mesej dengan bijaksana, mencontohi sifat Rasul dan salafussoleh, kerana sebenarnya kita menyumbang perjuangan mereka. Terjemahkan secara amalan dan perjuangan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya dengan Islam yang sempurna. Dalam masa yang sama kita wajib menghisab diri dalam Ijtimak Sanawi ini sejauh mana kewajipan Islam yang

telah kita tunaikan, dengan akal yang bijak berpandukan petunjuk Allah yang tersurat dan tersirat.

59. Apa yang diharapkan ialah pembentukan AJK dan pelapis kepimpinan yang
baik dan banyak. Sesungguhnya kejayaan golongan awal Islam ialah dengan pembentukan generasi iaitu melibatkan golonagan yang ramai, bukan sahaja pembentukan sekelompok kecil. Binalah AJK sebaik-baiknya dan kepada AJK sekalian, bersedialah untuk ditarbiyah, dibina dan disusun atur untuk kita menjadikan diri yang lebih baik. Bukalah peluang yang luas untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk gerak kerja RM UTP. Tingkatkanlah usaha untuk berfikir dan inisiatif untuk melaksanakan perancangan. 60. Luaskanlah hubungan dengan ramai pihak termasuk semua kelab-kelab, NGONGO dan badan-badan kerajaan. Sesungguhnya hubungan ini akan membuka fikiran dan menjadikan kita lebih kreatif. Kepada AJK sekalian, janganlah malu untuk bertanya dan berusaha bukan semata-mata bertanya tanpa tindakan. Kekallah bersama-sama usrah yang insyaALLAH akan menjadikan asbab untuk kita kekal di jalan mulia ini. 61. Teruskan dengan kecemerlangan dan ambil kesilapan lepas sebagai pengajara yang jangan diulang lagi. Sesungguhnya sejarah telah menunjukkan kepada kita satu-satu peristiwa yang boleh dijadikan pedoman. Banyakkanlah pembacaan untuk luaskan pengetahuan dan pemahaman kita. Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab :72 Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,

62. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh AJK Rakan Masjid di
semua peringkat di atas sokongan kepada kepimpinan saya dalam meneruskan misi Rakan Masjid UTP itu sendiri. Kepada Tuan Haji Mohamed Noor Rosli bin Baharum yang selama ini banyak memberi sokongan dan nasihat, Ustaz Dawi Cahyono bin Nurdin dan Ustaz Rahmat bin Abu Seman yang tidak jemu-jemu dalam membantu gerak kerja Rakan Masjid UTP baik dalam skala kecil mahupun besar, para ahli jawatankuasa Ijtimak Sanawi yang tertungkus lumus menjayakan muktamar ini, para penaja dan dermawan, dan para pemerhati yang mengikuti Ijtimak Sanawi ini, sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian. 63. Sesungguhnya kemenangan Islam adalah pasti. Teruskan perjuangan dan istiqamah. Tingkatkan kebergantungan kita kepada Rabbi Izzati, Allah swt melihat pada usaha kita bukan pada hasilnya.

64. Dengan peringatan ini saya akhiri ucapan dasar dengan wabillahit taufiq
walhidayah, wassalamualaikum warah-matullahi wabarakatuh. Takbir ! Takbir ! Takbir ! Ijtimak Sanawi ke-10 Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS Dewan Kuliah 1, Universiti Teknologi PETRONAS 13 dan 14 Ramadhan 1432 / 13 dan 14 April 2011

Anda mungkin juga menyukai