Anda di halaman 1dari 7

Soalan Lazim Temuduga Kerajaan (Cari jawapan dan

mahirkan dengan soalan-soalan di bawah ini) :


1. Sila perkenalkan diri anda?
2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?
3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain?
Apa kelebihan anda??
4. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja
dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda
bekerja dengan kerajaan?
5. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal
dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian
ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika
itu)
6. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda
lakukan? Minta ceritakan
7. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama
berjaya diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat?
8. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui?
Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan
membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??
9. Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka
masa pendek dan panjang?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran
teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri
anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan
membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba
boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?
11. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan
bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??
12. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan
bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?
13. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak,
adakah anda sanggup?
14. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance
Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan
menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda
ulas sedikit tentang ini?
15. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau
mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan
mengukur kemampuan seseorang pekerja?
16. Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan
konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan?
Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di
Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?
17. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke
jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami
bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor
swasta??
18. Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan
kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan
Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain
diumumkan tempoh hari??
19. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa
pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri
Malaysia?
20. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia
Kesembilan?
21. Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan
kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan
Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain
diumumkan tempoh hari?
22. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi
menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan
rakan sekerja anda?
23. Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga
timbalannya
24. Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?
25. Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri
Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara
26. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang
dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar.
Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang
sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk
menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang
sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??
27. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke
jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami
bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor
swasta?
28. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi
kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja.
Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini.
Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang
muncul dalam proses perpindahan ini?
29. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan
bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
30. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia?
31. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan
bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?
32. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi
kerajaan. Mengapa?
NOTA IBADAT TINGKATAN 4
UNIT 1: LAMBAIAN KAABAH

TAJUK : HAJI DAN UMRAH
1. Pengertian haji dan Umrah;
Haji dari segi Bahasa : Menuju ketempat mulia
Umrah di segi bahasa : Ziarah

PENGERTIAN HAJI PENGERTIAN UMRAH

Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada 1 syawal hingga 10hb
Zulhijjah dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu
mengikut syarat-syaratnya
Mengunjungi Baitullah Al- Haram pada bila-bila masa
dengan mengerjakan ibadat-ibadat tertentu mengikut
syarat-syaratnya


2. Ibadat haji difardukan pada tahun ke Enam hijrah.

3. Hukum menunaikan haji:
WAJIB sekali seumur hidup

4. Dalil wajib mengerjakan haji dan Umrah:
[surah al-Baqarah:196]
Maksudnya: Sempurnakanhaji dan umrah kerana Allah swt
4.2.
[surah ali Imran: 97]
Maksudnya: Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji
dengan mengunjungi Baitullah kepada sesiapa yang mampu
sampai kepadanya

5. Nyatakan 4 hikmah diperintahkkan haji kepada individu
dan Umat Islam.

INDIVIDU UMAT ISLAM

1. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
2. Mendidik diri bersifat sabar dan sanggup bekorban
3. Dapat berkenalan dengan jemaah dari negera lain
1. Mewujudkan perpaduan kalangan umat Islam
2. Umat islam bertambah kuat dan disegani
3. Dapat bertukar pandangan dan membincangkan masalah
umat Islam seluruhnya.

Latihan

1. Jelaskan pengertian haji dan Umrah dari segi bahasa dan
istilah serta hukum keduanya
2. Mengapakah haji perlu dikerjakan bersama umrah
3. Nyatakan dua perbezaan antara haji dan umrah
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Upah haji
5. Nyatakan tiga hikmat mengupah haji kepada orang lain
6. Bincangkan dengan rakan anda mengenai seseorang yang
telah mendapat hadiah persaraan sebanyal RM 20,000.00.
Dia bercadang untuk mengupah seseorang untuk
menunaikan haji bagi pihaknya.


UNIT 2: CARA MENYEMPURNAKAN IBADAT HAJI DAN
UMRAH

1. Seseorang yang memenuhi semua syarat-syarat wajib haji
ini
dipertanggungjawabkan ke atasnya menunaikan ibadat haji .
Senaraikan syarat-
syarat wajib haji tersebut

2 Salah satu dari syarat-syarat wajib haji ialah istitoah /
berkemampuan / berkuasa.
Nyatakam maksud istitoah / berkemampuan / berkuasa .

4. PERBEZAAN DI ANTARA RUKUN HAJI DAN UMRAH.

RUKUN HAJI

1. NIAT
2. WUQUF DI ARAFAH
3. TAWAF DI BAITULLAH
4. SAI ANTARA SAFA DAN MARWAH
5. BERCUKUR
6. TERTIB DI KEBANYAKAN

RUKUN UMRAH
1. NIAT IHRAM
2. TAWAF DI BAITULLAH
3. SAI ANTARA SAFA DAN MARWAH
4. BERCUKUR
5. TERTIB


PENGERTIAN RUKUN-RUKUN HAJI BERIKUT DENGAN TEPAT;
1. NIAT
Niat mengerjakan haji dan berihram dalam lingkungan masa
antara 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah

2. WUKUF
Berada di Padang Arafah (walaupun seketika sahaja), dari
masa tergelincir matahari 9 Zulhijjah hingga
terbit fajar 10 Zulhijjah.

3. TAWAF
Mengelilingi Baitullah Al Haram sebanyak 7 pusingan
kerana beribadat kepada Allah

4. SAEI
Berulang alik di antara Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak
7 kali

5. BERCUKUR/
BERGUNTING
Bercukur/mengunting rambut sekurang-kurang 3 helai
6.TERTIB
Melakukan rukun dengan teratur pada kebanyakan rukun
[yang dahulu di dahulukan dan yang kemudian di
kemudiankan]

UNIT 3: WAJIB HAJI DAN UMRAH

1. NIAT IHRAM DI MIQAT
- Rujuk di atas
Tajuk "Niat Ihram" di Miqat

iii. PERBEZAAN DI ANTARA WAJIB HAJI DAN UMRAH.

WAJIB HAJI WAJIB UMRAH

1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. BERMALAM DI MUZDALIFAH
3. MELONTAR DI JAMRATAUL AQABAH
4. BERMALAM DI MINA
5. MELONTAR DI KETIGA-TIGA JAMRAH PADA HARI-HARI
TASHRIQ
6. MENINGGALKAN PERKARA LARANGAN IHRAM
1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. MENINGGALKAN PERKAAR LARANGAN IHRAM

Bagi Umrah:
Tempat berniat bagi Penduduk Mekah atau Jemaah yang
berada di
Mekah ialah di TANAH HALAL seperti - TAN'AIM , JA'RANA &
HUDAIBIAH

-Hikmah ditentukan Miqat.

> Supaya kita memahami, setiap pekerjaan ada permulaan
dan pergakhiran
> Supaya kita membuat persiapan awal sebelum melakukan
suatu pekerjaan
PERHATIAN:

Apabila selesai melakukan Tahallul Awal Jemaah terlepas
daripada larangan dalam ihram tiga perkara
1. Melakukan pendahuluan persetubuhan spt bercumbuan
2. Bersetubuh
3. Berkahwin / mengahwinkan (wali/wakil wali/wakil nikah)
[Semua larangan dlm ihram terlepas setelah bertahalui
Thani]

KESIMPULAN

1. MAKSUD BAGI SETIAP PERKARA WAJIB HAJI BERIKUT.
1 Beniat Ihram
di Miqat Niat ihram haji dan umrah di MIQAT . (sempadan
tempat) yang telah ditetapkan oleh Allah
2 Meninggalkan
larangan haji Iaitu mengelakkan dari melakukan perkara
yang dilarang ketika berada dalam ihram haji.
3.Bermalam(mabit)
di Muzdalifah
Bermalam atau berada di Muzdalifah walaupun sekejap
selepas separuh malam 10 Zulhijjah (malam raya haji)
4.Melontar
Jamrah al Aqabah Melontar di Jamrah Al-Aqabah dengan 7
biji anak batu selepas separuh malam 10 Zulhijjah
5.Bermalam(mabit)
di Mina Berada di Mina pada sebahagian besar dari
Malam-malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah
6.Melontar ketiga-
tiga Jamrah pada
Hari Tasyrik Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap
Jamrah
(Jamrah Al Ula, Jamrah Al Wusta dan Jamrah Al-Aqabah)
selepas gelincir matahari hari 11,12 dan 13 Zulhijjah,

2. Ringkasan kaifiat /cara mengerjakan haji

1 syawal 8 Zulhijjah Berihram dan berniat haji di miqat
9 Zulhijjah Wukuf di Arafah (dari gelincir matahari 9 Zulhijah
hingga terbit fajar 10 Zulhijjjah)
Malam 10 Zulhijjah Bermalam di Muzdalifah ( Selepas
separuh malam 10 Zulhijjah (Malam Hari Raya)
10 Zulhijjah Melontar Jamrah Al-Aqabah
Malam 11 ,12 , 13 Zulhijjah Bermalam di Mina
Siang 11 ,12, 13 Zulhijjah Melontar Ketiga-tiga jamrah
(bermula Jamrah Al- Ula Jamrah Al- Wusta dan Jamrah Al-
Aqabah)
14 Zulhijjah Mengerjakan Tawaf Ifadah (rukun)
14 Zulhijjah Melakukan Saie dan Bercukur

3. Kaifiat mengerjakan Umrah.

1. Berniat ihram umrah di miqat
2. Tawaf umraah [ Dilakukan ikut
3. saie antara bukit Safa dan Marwah tertib ]
4. Bercukur atau bergunting rambut

4. Nyatakan Jenis- Jenis Haji dan kelebihan
Jenis-Jenis Haji Maksud Kebaikan Haji Ifrad

(haji dan umrah berasingan) Mengerjakan HAJI dahulu
dalam bulan-bulan haji kemudian menunaikan umrah
@ Mengerjakan UMRAH sebelum tiba bulan haji
( 1 Syawal 10 Zulhijjah)
- Lebih Afdhal
- Tidak wajib Dam

Haji tamattuk
( umrah dahulu) Mengerjakan UMRAH
Dahulu dalam bulan-bulan haji , kemudian mengerjakan
umrah di tahun yang sama - Jemaah haji boleh berehat
- Boleh meninggalkan ihram umrah , sementara
menunggu haji

Haji Qiran
( haji dan umrah serentak] Berniat mengerjakan haji dan
umrah SERENTAK dalam bulan-bulan haji Memberi
kesenangan kpd jemaah haji yg uzur
-Mengambil masa singkat

UNIT 4: CARA MENGERJAKAN HAJI DAN JENIS-JENIS DAM
Miqat

1. Nyatakan miqat bagi jemaah haji berikut:
Miqat bagi jemaah haji berikut ialah:-
-miqat makani bagi jemaah haji Malaysia yang datang
dengan kapal terbang ialah Qarnul manazil
-miqat makani bagi jemaah haji Malaysia dari Singapura
yang melalui Lautan Hindi ialah Yalamlam
-miqat makani rakyat Malaysia yang bermastautin di
Makkah selama 10 tahun ialah makkah atau di rumah
mereka sendiri
-miqat makani rakyat Malaysia yang menetap di Mesir
kerana menuntut dan bertolak dari Mesir ialah Juhfah

2. Apakah maksud miqat makani bagi haji ?
Miqat makani bagi haji ialah tempat bagi jemaah haji
memulakan niat ihram

Wukuf
1. Apakah maksud wukuf ?
Wukuf bermaksud berada di padang arafah pada 9 Zulhijjah
dalam keadaan layak ibadat haji

2. Nyatakan syarat syarat mengerjakan wukuf ?
Syarat syarat mengerjakan wukuf ialah ialah:-
- berada di padang arafah walaupun sekejap pada 9
zulhijjah
selepas gelincir matahari terbit fajar 10 zulhijjah
- dalam keadaan layak beribadat haji

3. Nyatakan perkara perkara sunat semasa wukuf ?
Perkara perkara sunat semasa wukuf ialah :-
- suci daripada hadas
- banyak membaca Al- quran
- memperbanyakkan doa , beristighfar dan berselawat
4. Berikan hikmat hikmat wukuf ?
Hikmat hikmat wukuf ialah:-
- mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan oleh
nabi ibrahim a.s yang mengusir syaitan yang
mengganggunya ketika beribadat kepada allah
- menghalau segala gangguan untuk melakukan ibadat atau
melakukan kebaikan
- mengingatkan manusia supaya menentang musuh musuh
allah S.W.T dan musuh musuh umat islam yang berada di
sekeliling kita

TAWAF
1. Apakah maksud tawaf ?
Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali
dengan syarat syaratnya yang tertentu

2. Nyatakan lima jenis tawaf ?
- tawaf ifadah (rukun)
- tawaf qudum (selamat datang)
- tawaf wida (selamat tinggal)
- tawaf sunat (bila-bila masa)
- tawaf nazar (setelah berniat dan bernazar)

3. Nyatakan syarat-syarat mengerjakan tawaf ?
Syarat-syarat mengerjakan tawaf ialah ialah:-
- suci daripada hadas dan najis
- menutup aurat
- tujuh kali pusingan dengan niat tawaf kepada allah
- bermula dan berakhirnya tawaf hendaklah di hajar aswad
atau bersetentang dengannya
- hendaklah bertawaf dengan cara mengirikan kaabah
- bertawaf di luar kaabah dan di dalam masjid
- rusuk kiri hendaklah bersetentang dengan kaabah

4. Nyatakan perkara sunat mengerjakan tawaf ?
Perkara sunat mengerjakan tawaf ialah:-
- berjalan kaki
- membaca zikir dan doa
- beturut- turut 7 kali pusingan
- tawaf dengan kusyuk/tawaduk
- sembahyang sunat tawaf

2. SEMBELIHAN
PENGERTIAN
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan
cara memutuskan urat halkum dan urat marik dengan
menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

HUKUM
Wajib dengan tujuan untuk dimakan dagingnya.
Binatang yang mati tanpa disembelih atau sembelihan yang
tidak mengikut syarak adalah haram dimakan dan ia dikira
sebagai bangkai dan najis.

RUKUN SEMBELIHAN




PERKARA SUNAT
Menyebut nama Allah seperti membaca Bismillah , takbir
serta berselawat .
Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan
kedua-dua urat.
Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan
membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
Menggunakan alat sembelihan yang tajam
Melakukan sembelihan disiang hari

PERKARA MAKRUH
Menggunakan alat / pisau yang tumpul
Menampakkan alat sembelihan kepada binatang yang
hendak disembelih
Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
Tidak membaca Bismillah.
Menghalakan binatang ke arah selain kiblat
Melakukan sembelihan dihadapan binatang lain yang
hendak disembelih

HIKMAH SEMBELIHAN
Boleh mematikan binatang dengan cara yang lebih cepat
dan selamat
Dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat
membersihkan dagingnya daripada darah bagi menghindari
penyakit
Memastkan daging yang dimakan bersih dan bermutu.
Sembelihan dengan nama Allah bagi memelihara aqidah
Sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhluk Allah
Membezakan antara daging yang halal dan haram
Binatang yang disembelih tidak terseksa

Maksudnya;
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang
yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir),
dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,

3. KORBAN
PENGERTIAN
Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-anam )
pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan
13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada
Allah.

HUKUM
Sunat muakad bagi orang Islam yang mampu Dan
Wajib bagi orang yang bernazar

HIKMAH KORBAN
Membuktikan keimanan, ketaatan dan kesyukuran
seseorang kepada Allah.
Mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang,
simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian
daripada miliknya semata-mata kerana Allah.
Melatih manusia sentiasa berkorban untuk menegakkan
syiar Islam.
Melahirkan kegembiraan di hari kebesaran Islam dengan
sedekah dan hidayah untuk memupuk perasaan muhibbah
dan silaturrahim.
Mengingati dan mengambil iktibar daripada kisah
pengorbanan suci nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s yang
mematuhi perintah Allah.

SYARAT SAH KORBAN
UMUR BINATANG

CARA MENYEMBELIH KORBAN
Binatang yang hendak dikorban dihadapkan ke arah kiblat.
Binatang itu diikat kakinya dan direbahkan di bahagian rusuk
kiri.
Kemudian, letakkan mata pisau di bahagian leher binatang
itu dan berniat korban kerana Allah Taala.
Selesai sahaja berdoa, teruslah sembelih binatang itu
dengan pantas.

CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN

Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan
mentah kepada fakir miskin Islam.
1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan
binatang tersebut.

HIKMAH KORBAN
Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail
Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

4. AQIQAH

PENGERTIAN
Penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika
mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah.
DALIL
Maksud :
Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi
S.A.W. katanya, setiap anak menjadi gadaian sehingga
disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya
dicukur rambut dan diberi nama.
( Riwayat Abu Daud )
HUKUM
SUNAT MUAKAD

Rasulullah melakukan aqiqah
begitu juga para sahabat baginda.

SYARAT SAH AQIQAH



DAGING AQIQAH
Tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
Sunat daging dimasak manis dan dibuat jamuan kepada
orang ramai
Sunat agar tidak dipatah-patahkan tulang binatang yang
dibuat aqiqah

SUNAT AQIQAH
Berdoa ketika hendak menyembelih
Menyembelih ketika matahari sedang naik
Daging masak manis dan dijamu
Tidak mematahkan tulang binatang
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran

HIKMAH AQIQAH
Tanda bersukur kepada Allah di atas kurniaan anak.
Menghebahkan kepada orang ramai tentang anugerah anak
Mengeratkan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran
Menggalakkan amalan bersedekah
Mendedahkan bayi dengan penghayatan Islam semenjak
kecil

Tayammum
Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan
sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan
beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari
wuduk atau mandi.

Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang
bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka
dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan
syarak sebagai pengganti wuduk ataumandi wajib (mandi
junub).

Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan
satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah
yang sunat-sunat.

Dalil
Tayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah.
Allah SWT berfirman, "[43] Wahai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu
hampiri sembahyang(mengerjakannya) sedang kamu dalam
keadaanmabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan
apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampirimasjid)
sedang kamu dalam keadaan Junub(berhadas besar) kecuali
kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi
bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau
salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air
atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu
tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang
suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha
Pengampun." (An-Nisa: 43).

Syarat-syarat tayammum
Sudah masuk waktu.
Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
Dengan debu yang suci.
Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
Suci dari najis.

Rukun tayammum ada empat:
Niat, dengan lafaz Sengaja aku bertayammum untuk
membolehkan mengerjakan solat karena Allah Taala.
Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku
cukup sekali dengan debu yang suci
Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota
tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
Tertib melakukannya.

Sunat Tayammum
Membaca bismillah
Menipiskan debu
Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
Tertib

Yang Membatalkan Tayammum
Setiap yang membatalkan wuduk
Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit
Murtad

Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum
Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan
Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh
digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan
seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya,
seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan
disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka
yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh
menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan
menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa.

Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh
dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.
Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk
bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka
dan dua tangan).
Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati
Air
Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah
bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan
solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali
pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya
tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak
perlu mengulangi solat tersebut.

Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya
bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu
meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa
air, solat yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum
tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu
Sa'id Al-Khudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar
dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat
sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya
bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak
lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang
mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya
tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada
Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda
Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah
mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda
beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau mendapatkan
dua pahala."

Berzanji
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian dan
penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan
dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika
majlis aqiqah, khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul. Isi
berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad,
yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah
keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda
sehingga diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga
mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi
Muhammad, serta pelbagai peristiwa untuk dijadikan
teladan umat manusia.
[sunting]Sejarah
Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya yaitu Syekh
Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir
di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada
tahun 1766. Barzanji berasal dari nama sebuah tempat
di Kurdistan, Barzinj. Karya tersebut sebenarnya berjudul
'Iqd al-Jawahir (Bahasa Arab, bererti kalung permata) yang
disusun untuk meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi
Muhammad saw, meskipun kini nama penulisnya yang lebih
dikenali.
[sunting]Penggunaan
Cukur rambut
Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-
majlis dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya
pada waktu kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah),
acara khatan, perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid
perkampungan, biasanya jemaah duduk secara bersila.
Bacaan Berzanji dialunkan secara bergilir seorang demi
seorang sambil disahuti oleh jemaah lain dengan kalimah
'ALLAH'.
Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang
dilakukan secara bersama-sama dengan bayi yang baru lahir
dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli
keluarga terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang
yang sudah memegang bayi tersebut, kemudian diberi
titisan minyak wangi.

Anda mungkin juga menyukai