Anda di halaman 1dari 1

10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat.

6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? -jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

2. Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?-jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal hahaha

3. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? -jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!

4. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? -jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

5.

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? -

jawapan: Penguin

Anda mungkin juga menyukai