Anda di halaman 1dari 3

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU SATU TEKAD DAN HARAPAN

MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI BERSEDIA HADAPI CABARAN ARUS TANPA SEMPADAN PENDIDIK YANG BERKUALITI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI MENGIMBANGKAN ROHANI JATI DIRI DAN JASMANI GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA SATU MALAYSIA SATU MALAYSIA LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalag ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (Dedikasi khas kepada Semua Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat cikgu kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979
TEMA HARI GURU 2011 Guru penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Dan Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kesejahteraan Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Rakyat 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan 1975 Guru Dan Pembangunan Negara 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains Dan Teknologi 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Anda mungkin juga menyukai