Anda di halaman 1dari 13

Kajian Ringkas Berkenaan

Isu Pematuhan Syariah


Program Pemasaran

22 April 2016

1
Isu #1: Insurans Konvensional
2

¨  Tone Excel menawarkan Tune Talk Insurans Kemalangan Diri (PA Insurance)
secara percuma dengan top-up minima RM50 sebulan dan memberi perlindungan
sebanyak RM100,000
¨  Tune Talk Insurans adalah satu skim insurans konvensional dan skim insurans
seperti ini terlibat dengan riba, gharar dan maisir yang tidak patuh syariah (rujuk
http://e-muamalat.islam.gov.my/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-
halal-atau-haram)
¨  Ada yang menganggap insurans ini sebagai hibah dan jika tidak mengambilnya,
maka tidak terlibat dengan perkara yang tidak patuh syariah
¨  Pertama sekali, hibah adalah akad yang tiada imbalan, maksudnya subjek hibah
adalah sesuatu yang diberikan dengan tiada syarat atau pertimbangan
(consideration) dan atas budi bicara penderma/pemberi (rujuk
http://www.bnm.gov.my/guidelines/05_shariah/CP_Hibah.pdf)
¨  Subjek hibah pula mesti patuh syariah untuk menjadikan transaksi hibah itu patuh
syariah
¨  Dalam skim ini, anda mendapat insurans konvensional dengan syarat anda
membeli top-up minima RM50 sebulan, maka terdapat syarat imbalan
Isu #1: Insurans Konvensional
3

¨  Juga subjek adalah insurans konvensional yang tidak patuh syariah, maka
pemberian itu tidak dikira sebagai hibah
¨  Apakah dengan tidak mengambil insurans kemalangan yang diberikan oleh Tone
Excel, itu maka penerima akan terlepas daripada kesalahan najis riba?
¨  Nabi SAW bersabda: “Hadith daripada Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW
melaknat orang yang memakan riba, orang yang mewakilinya, orang yang
membuat catatan mengenainya dan orang yang menjadi saksinya. Kemudian
beliau bersabda, “Mereka itu semuanya sama.” (H.R. Muslim no. 2995, kitab Al
Masaqqah)
¨  Mengikut hadis tersebut, kita tidak boleh terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam aktiviti riba
¨  Oleh itu, walaupun insurans kemalangan itu diberikan secara percuma apabila kita
membeli top-up RM50 minima sebulan, walaupun kita tidak mengambilnya, kita
masih bertanggung-jawab ke atas aktiviti tidak patuh syariah yang melibatkan
produk yang mempunyai unsur riba
¨  Dengan isu insurans konvensional ini sahaja, pada pendapat saya, sudah cukup
untuk menjerumuskan program Tone Excel ini sebagai skim tidak patuh syariah
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
4

¨  Apakah kategori perniagaan top-up pra-bayar ini? Ia adalah termasuk


dalam perniagaan MLM (multi-level marketing) kerana terlibat dalam
pemasaran perlbagai tingkat
¨  Demikian disebut dalam carta di bawah di mana disebut “3 level referral
program”
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
5

¨  Untuk menjadi pelan pemasaran yang patuh syariah, kita boleh rujuk
kepada Garis Panduan MLM Menurut Syariah (rujuk Rujuk
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/gp_mlm.pdf) (saya beri nama
Panduan MLM)
¨  Saya akan rujuk kepada garis panduan tertentu sahaja untuk memberi
pendapat
¨  Pek permulaan (starter pack) Tone Excel (mengikut perbandingan singkat
yang saya lakukan) adalah pek permulaan termahal dengan harga
RM98.60 dan tiada opsyen pek-pek yang lain yang mungkin lebih murah
¨  Mukasurat 16, Panduan MLM menyebut:

¨  Jelas pelan pemasaran tidak mematuhi garis panduan di atas kerana ada
unsur-unsur berikut…
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
6

¨  Harga tinggi dari biasa


¤  Harga pek permulaan (starter pack) iaitu RM98.60 adalah harga pek yang
termahal jika di bandingkan dengan harga pek permulaan dalam pasaran yang
telah saya bandingkan
¤  Maksud saya, harga pek permulaan adalah tidak selari dengan harga biasa
(tidak lazim atau ‘urf) seperti dalam pasaran
¤  Tune Talk adalah syarikat yang membekalkan khidmat kepada Tone Excel dalam
menawarkan servis pra-bayar ini

¤  Namun harga caj panggilan dan SMS dua kali lebih tinggi daripada Tune Talk

Caj Tone Excel


(harga promosi)
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
7

Caj Tune
Talk

¨  Menjual produk dengan harga yang jauh lebih tinggi dari biasa (ghabnun
fahisy), amat tidak digalakkan menurut Islam, menurut sebahagian ulama,
aqad boleh terbatal
¨  Maka jelaslah harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk
dalam sistem MLM ini
¨  Nilai top-up ialah RM30, oleh itu ke manakah baki dari RM98.60 pek
permulaan iaitu RM68.60 mesti dijelaskan tetapi saya tidak mendapat satu
gambaran yang pasti
¨  Rumusan saya adalah begini…
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
8

¨  Sebahagian dari bayaran untuk pek permulaan itu digunakan untuk
perkara-perkara berikut:
¤  RM20 diberikan kepada setiap direct referral.
¤  Tinggal baki
RM48.60 yang perlu
dijelaskan.
¤  Pada pendapat saya
sebahagian besar
baki ini digunakan
untuk pembayaran
pendapatan pasif
seperti yang
dijanjikan
¤  Adakah pendapatan
pasif diharuskan
dalam Islam?
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
9

¨  Pada pendapat saya, RM48.60 serta harga mahal panggilan dan SMS
seterusnya daripada top-up digunakan untuk “passive income”
¨  Ini adalah “money game” yang dilarang Islam sebab sistem ini “buat
wang atas wang”
¨  Struktur “money game” dalam sistem ini adalah seperti berikut…

¨  Bayaran dari baki pek permulaan dan harga mahal dari top-up daripada
ahli-ahli tingkat 1, 2, dan 3 “mengalir” ke atas dengan % seperti yang di
atas
¨  “Money game” beginilah yang dilarang sebab ia adalah sistem “buat
wang dari wang”
Isu #2: Analisa Pelan Perniagaan
10

¨  Dalam muamalat Islam, keuntungan mesti mengandungi elemen-elemen risiko


(ghorm), usaha (kasb) dan liabiliti (daman), seperti berikut:

¨  Tetapi pendapatan pasif tiada langusng elemen-elemen tersebut, malahan


pendapatan pasif adalah hasil usaha orang lain dan boleh dikategorikan sebagai
memakan harta orang lain secara bathil (Al-Quran: An-Nisa: 29)
Isu #3: Keperluan Penasihat shariah
11

¨  Mukasurat 18, Panduan MLM menyebut:

¨  Tone Excel tidak melantik Penasihat Syariah sebab tiada maklumat ini dalam
laman web mereka, maka telah melanggar syarat MLM patuh syariah
¨  Ada yang menyatakan bahawa kenapa Tone Excel mesti melantik penasihat
syariah sedangkan Maxis, Celcom and Digi tidak ada penasihat syariah?
¨  Keperluan Penasihat Syariah untuk skim MLM adalah penting kerana skim MLM
berbeza dengan skim satu tingkat seperti yang diamalkan oleh Maxis, Celcom dan
Digi
¨  Skim MLM terdapat berbagai isu yang boleh menjadikan skim itu tidak patuh
syariah seperti riba tersembunyi, gharar, maisir dan juga kemungkinan terdapat
sistem piramid dan “money game”
¨  Apabila terdapat pengesahan patuh syariah daripada Penasihat Syariah, maka
tanggungan jaminan halal terletak di atas bahu Penasihat Syariah sepenuhnya dan
bukan ke atas ahli-ahli skim MLM
Isu #3: Keperluan Penasihat shariah
12

¨  Jika tiada Penasihat Syariah, maka ahli-ahli sendiri akan menanggung beban
patuh syariah atau beban dosa
¨  Siapa pula yang layak dilantik sebagai Penasihat Syariah?
¨  Seperti dalam Panduan MLM di atas, sekurang-kurangnya mempunyai ijazah
dalam bidang syariah dan Usul Fiqh serta Muamalat
¨  Penasihat syariah tidak boleh terlibat dalam perniagaan seperti berikut (mukasurat
19, Panduan MLM):
Isu #4: Fokus Perniagaan
13

¨  Saya dapati banyak iklan-iklan seperti di bawah dalam Internet:

¨  Fokus pemasaran majoriti usahawan Tone Excel ialah ke arah pendapatan pasif,
bukan kepada produk top-up
¨  Tiada fokus biasa syarikat telekomunikasi untuk memenangi pelanggan seperti
servis yang baik, kelajuan internet dan liputan servis dan sebagainya
¨  Oleh itu, saya berpendapat terdapat elemen “money game” dalam pelan
pemasaran Tone-Excel dan sumber dana kepada “money game” itu ialah dari baki
dari Pek Permulaan dan juga dari caj yang tinggi terhadap panggilan, SMS dan
pelan data
¨  Wallahu’alam….

Anda mungkin juga menyukai