Anda di halaman 1dari 8

2018

Ulum Al-Quran dan Mustalah Hadith

1. (i) ‘Ijaaz maksudnya mencabar dan melemahkan orang lain. ‘Ijaaz Al-Quran maksudnya
mensabitkan kelemahan jin dan manusia untuk mencipta sesuatu seperti Al-Quran. Bermula
sejak zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hingga kini, tidak ada makhluk yang sanggup
membuat sesuatu seperti Al-Quran. Jika tidak ada yang sanggup, maka nyatalah bahawa al-
Quran itu adalah kitab yang benar dan Rasul yang membawanya itu juga benar, yang
kesemuanya datang dari Allah Ta’ala.

(ii)Keistimewaan dan kelebihan Al-Quran:


1. Al-Quran adalah mukjizat teragung bagi Rasulullah yang mensabitkan kerasulan baginda.

2. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur, berlainan dengan


kitab-kitab sebelumnya yang diturunkan sekaligus.

3. Al-Quran adalah kitab terakhir yang memansukhkan kitab-kitab yang sebelumnya. Ini
bermakna tidak akan ada lagi kitab yang diturunkan hingga ke Hari Akhirat.

4. Al-Quran mengandungi berbagai jenis ilmu pengetahuan dunia dan akhirat, oleh yang
demikian ia dijadikan sumber rujukan utama yang sesuai digunakan untuk sepanjang zaman.

5. Hukum-hakam yang terdapat di dalam Al-Quran berkekalan,tidak boleh diubah, tidak boleh
ditambah ataupun dikurangi walaupun satu huruf sekalipun.

(iii) SEJARAH PENGUMPULAN AL-QUR'AN PADA ZAMAN RASULULLAH

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam secara beransur-ansur selama lebih
kurang 23 tahun. Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam sangat mengambil berat terhadap setiap ayat al-
Quran yang diturunkan kepada baginda. Untuk menjaganya,setiap kali ayat Al-Qur'an diturunkan,
baginda akan terus menghafalnya kemudian membacakannya kepada para sahabat dengan segera.

Pengumpulan Al-Qur'an Dalam Bentuk Hafalan Di Dada:

Usaha Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang rasul yang ummi(tidak tahu membaca dan
menulis).Kerana itu,baginda sangat bergantung kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap
ayat yang diturunkan sehingga baginda kadang-kadang tergopoh-gapah membacakan wahyu yang
sedang diturunkan kerana takut terlupa. Lantaran itu,Allah Ta'ala menegur Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam dan berjanji untuk membantu agar baginda dapat menghafal setiap ayat Al-Qur'an dan
memahaminya dengan mudah.

Firman Allah Ta'ala:

َ ‫اَل ُت َحرِّ كْ ِبهِۦ ل َِسا َن‬


١٦ ٓ‫ك لِ َتعْ َج َل ِب ِهۦ‬
١٧ ‫ِإنَّ َعلَ ْي َنا َج ْم َعهُۥ َوقُرْ َءا َنهُۥ‬
١٨ ‫َفِإ َذا َق َرْأ َن ٰـ ُه َفٱ َّت ِبعْ قُرْ َءا َنهُۥ‬
١٩ ‫ُث َّم ِإنَّ َعلَ ْي َنا َب َيا َنهُۥ‬

"Janganlah engkau (wahai Nabi Muhammad) menggerakkan lidahmu (membaca al-Qur'an sebelurm
malaikat Jibril selesai membacakan kepadamu) kerana hendak segera menghafaznya.(16)Sesungguhnya
Kamilah yang mengumpulkan al-Qur'an itu (di dalam dadamu) dan (menjadikan engkau pandai)
membacanya. (17) Maka apabila Kami telah selesai membacakannya, ikutlah bacaannya itu. (18)
Kemudian sesungguhnya Kamilah yang akan menjelaskannya"(19)

Surah Al-Qiamah:16-19

Selain itu,kerana sangat mengambil berat terhadap penjagaan ayat-aya tAl-Qur'an.Rasulullah Shallallahu
'alaihi wasallam sering menghidupkan malam dengan menghafalayat-ayat Al-Qur'an, bertadarrus,
mengulangi serta membaca dalam sembahyang sehingga bengkak kakinya disebabkan kuat beribadah
dan banyak berdiri untuk membaca Al-Qur'an semasa sembahyang pada waktu malam.

Firman Allah Ta'ala:

١ ‫َي ٰـَٓأ ُّي َها ْٱلم َُّز ِّم ُل‬


٢ ‫قُ ِم ٱلَّ ْي َل ِإاَّل َقلِياًۭل‬
٣ ‫ِّنصْ َف ُهۥٓ َأ ِو ٱنقُصْ ِم ْن ُه َقلِياًل‬

َ ‫َأ ْو ِز ْد َعلَ ْي ِه َو َر ِّت ِل ْٱلقُرْ َء‬


٤ ‫ان َترْ تِياًل‬

Terjemahannya:

Wahai orang yang berselimut (Nabi Muhammad)! (1) Bangunlah (untuk mengerjakan sembahyang) pada
waktu malam melainkan dari sedikit (untuk istirahat). (2) laitu separuh daripada waktu malam,atau
kurangkan sedikit dari separuh itu. (3) Ataupun lebihkan daripadanya, dan bacalah al-Qur'an secara tartil
(teratur dan jelas)"

Surah Muzammil:ayat 1-4

Malaikat Jibril 'alaihissalam telah menyemak bacaan Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam sekali pada
setiap tahun dan pada tahun yang terakhir hayat baginda, Malaikait Jibril alaihissalam telah menyemak
bacaan baginda sebanyak 2 kali. Maka tidak hairanlah jika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
menjadi hafiz Al-Qur'an paling agung dan menjadi tempat rujukan bagi seluruh umat Islam dalam
perkara mengenai Al-Quran,dan dengan ini, Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam telah mengumpulkan
Al-Qur'an dalam dadanya.

Usaha Para Sahabat Radhiallahu 'anhum

Sebelum Al-Qur'an diturunkan, masyarakat Arab memang terkenal sebagai bangsa yang mempunyai
daya ingatan yang kuat dan cepat menghafal, sehingga mampu menghafal beratus-ratus syair serta
mengetahui salasilah keturunan mereka. Setelah mendengar bacaan Al-Qur'an, mereka tertarik dan
kagum dengan keindahan susunan Al-Qur'ankerana dalam Al-Qur'an ada Ruh Hidayah. Lalu mereka pun
memeluk lslam dan memalingkan perhatian mereka untuk menghafal ayat-ayat Al-Qur'an.

Para sahabat juga sangat mengambil berat untuk menjaga ayat-ayat Al-Qur'an, sehingga mereka
berlumba-lumba untuk menghafal, memahami dan mengajarkan ayat-ayat Al-Qur'an kepada isteri-isteri
dan anak-anak mereka. Mereka juga sangat rajin menghidupkan malam dengan sembahyang dan
bertadarrus.

Pada Zaman Rasulullah,terdapat ramai sahabat yang hafal Al-Qur'an. Mereka itu terdiriari Khulafa Ar-
Rasyidin,Mu'az bin Jabal,Zaid bin Thabit, Ibnu Mas'ud,Ibnu Umar, lbnu Abbas,Mua'wiyah,Ubai bin Ka'ab
dan ramai lagi. Ramai sahabat yang mahir dan hafal al-Qur'an telah diutus ke negeri-negeri Islam yang
lain untuk mengajarkan Al-Qur’an.

4. Zaman RasulullahShallallahu 'Alaihi Wasallam

Semasa Zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,perhatian hadits belum mendapat sepenuhnya
seperti Al-Qur'an. Para sahabat sibuk mencatat ayat-ayat Al-Qur'an.Hadits hanya disebarkan melalui
lisan kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasallam telah melarang para sahabat menulis hadits.

Hadits-hadits mengenai larangan menulis hadits:

Daripada Abu Said Al-Khudri Radiallahu 'Anhu telah berkata: Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam telah
bersabda:"Janganlah kamu tulis (catat) apa-apa dari aku selainAl-Qur'an. Dan barangsiapa yang telah
menulis (mencatat) dari aku selain Al-Qur'an,hendaklah dia menghapuskannya. Dan sampaikanlah
(hadits) dari aku, tidak ada kesalahan didalam melakukan itu. Dan barangsiapa yang berdusta terhadap
aku dengan sengaja, maka dia akan menemui tempatnya di dalam api neraka."

-Diriwayatkan oleh Imam Muslim

Dari Abu Hurairah Radiallahu 'Anhu katanya:“Kami menulis apa yang kami dengar dari Nabi Shallallahu
'Alaihi Wasallam.Maka pada satu hari baginda datang kepada kami dan berkata:"Apakah tulisan-tulisan
ini?”Maka kami menjawab:“Apa yang kami dengar dari engkau" Lalu baginda berkata:"Tulisan bersama
Kitab Allah (Al-Qur'an)?” Kami menjawab:“Ya! laitu apa yang kami dengar (dari engkau)".Lalubersabda
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Tulislah Kitab Allah (Al-Qur'an)dan jagalah ketulenan Kitab
Allah. Tulisan selain kitab Allah? Jagalah ketulenan kitabAllah dan janganlah mencemari ia".

-Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Namun,hadits diatas bukanlah melarang menulis hadits secara mutlak,tetapi ia sebenarnya hanya
melarang menulis hadits pada lembaran yang sama dengan ayat-ayat Al-Qur'an.

Antara tujuan larangan tersebut adalah supaya Al-Qur'an tidak bercampur-aduk dengan hadits,agar para
sahabat mengutamakan Al-Qur'an berbanding hadits,serta untuk mengekalkan keistimewaan para
sahabat yang mempunyai daya ingatan yang tinggi.

Hadits di bawah ini menunjukkan penulisan hadits adalah dibolehkan sebab Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam dengan tegas memerintahkannya.
Hadits mengenai keizinan menulis hadits:

Ada satu peristiwa sepertimana yang diceritakan dalam hadits daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu,
ringkasnya,iaitu ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menakluk kota Makkah,baginda berdiri di
hadapan manusia dan bersabda mengenai sesuatu.Setelah selesai,tiba-tiba seorang lelaki dari Yaman
bernama Abu Syah berdiri dan berkata:"Tulislah untukku wahai Rasulullah!" Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:"Tuliskanlah untuk Abu Syah".

Diriwayatkan oleh Imam Muslim

5.(i) Perbezaan Al-Quran dan Hadith Qudsi

1. Al-Quran diturunkan melalui Ruh al-Amin (Malaikat Jibril) secara lisan dan talaqqi. Manakala hadith
Qudsi sebahagiannya diturunkan melalui Ruh al-Amin (Malaikat Jibril) dan sebahagiannya melalui ilham.

2. Al-Quran membaca al-Quran dikira sebagai ibadat kepada Allah manakala hadith Qudsi membacanya
tidak dikira ibadat.

3. Al-Quran bersifat ‘ijaaz, iaitu tidak ada makhluk yang boleh menandingi atau membuat sepertinya
manakala hadith Qudsi tidak bersifat ‘ijaaz.

4. Al-Quran menggunakan istilah ayat-ayat dan surah manakala hadith Qudsi menggunakan istilah sanad
dan matan.

(ii) Perbezaan Hadith Qudsi dengan hadith Nabawi:

1. Sudut pengertian:
 Hadith Qudsi: percakapan Allah yang diriwayatkan oleh Rasulullah. Untuk itu, ia
membawa erti bahawa baginda bertindak memindahkan firman Allah dengan bahasa
baginda yang tersendiri.
 Hadith Nabawi: ucapan juga perkataan yang keluar daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam tanpa dinisbahkan kepada Allah. Ianya adalah segala yang disandarkan kepada
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sama ada perkataan, perbuatan, sifat tubuh badan atau
kelakuan.
2. Sudut sanad:
 Hadith Qudsi: dinisbahkan kepada Rasulullah sebagai pencerita dan ia dinisbahkan
kepada Allah sebagai yang berfirman.
 Hadith Nabawi: secara langsung dinisbahkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
sebagai orang yang bersabda.
3. Sudut Makna:
 Hadith Qudsi: merupakan sebahagian daripada wahyu Allah.
 Hadith Nabawi: sebahagian besar daripadanya merupakan wahyu dan sebahagian besar
yang lain pula merupakan ijtihad daripada Rasulullah sendiri. Jika terdapat mana-mana
ijtihad baginda itu tidak tepat atau tersalah akan diperbetulkan oleh wahyu ilahi.

(i) Kedua:Peringkat Penulisan Dan Pembukuan lImu-llmu Al-Qur'an

 Pada peringkat ini, ilmu-llmu Al-Qur'an telah menjadi satu llmu pengetahuan yang tertentu dan
banyak kitab telah dikarang mengenal ilmu tersebut.
 Bermula pada abad ke-2 Hijrah, para ulama mula menumpukan perhatian kepada ilmu Tafsir Al-
Qur'an, kerana ia merupakan ibu kepada Ulum Al-Qur'an. Hasilnya,terbitlah kitab-kitab tafsir
yang merangkumi pendapat para sahabat dan tabien. Antara ulama tersebut:
o Syu'bah bin Al-Hajjaj. Sufyan bin 'Uyainah, Waki' bin Al-Jaraah dan Ibnu Jarir At-Tabari.
 Pada abad ke-3 Hijrah, para ulama mula meneroka ilmu-ilmu Al-Qur'an yang lain. Antaranya:
o Ali bin Al-Madini (guru Imam Bukhari) telah mengarang ilmu Asbab Annuzul.
o Abu 'Ubaid Al-Qasim bin Salam telah mengarang ilmu Nasikh Wal-Mansukhdan Qiraat &
Fadail Al-Qur'an.
o Muhammad Ibn Ayyub telah mengarang ilmu ayat Makiyyah dan Madanivvah.
 Pada abad ke-4 Hijrah, antara ulama yang terlibat :
o Abu Bakar As-Sajastani telah mengarang Gharib Al-Qur'an.
o Muhammad Ali Al-Adfawi telah mengarang Al-Istighna' Fi Ulum Al-Qur'an.
 Selain itu, berbagai karangan mengenai Al-Qur'an juga diterbitkan, antaranya Aqsam Al-Qur'an,
Amthal Al-Qur'an, Huiiaiulquran. Bada'iul Al-Qur'an, Rasm Al-Qur'andan bermacam-macam lagi.
 Di samping itu, hadits-hadits Rasulullah Shallallahu 'alalihi wasallam juga dianggapsebagai ilmu-
ilmu Al-Qur'an kerana ianya merupakan syarahan atau penjelasan bagi Al-Qur'an.

(ii) 1. Allah Berkata-Kata Kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Dengan


CaraWahyu,Tanpa Perantaraan Malaikat Dan Tanpa Hijab.

Allah berkata-kata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dengan cara wahyu
(ilham,bentuk ilham,rahsia dan sebagainya) tanpa perantaraan malaikat, dan tanpa hijab.
Sepertimana Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam ketika
peristiwa Mikraj di langit atas, tentang kewajiban sembahyang fardu dan balasan perbuatan baik
dengan 10 kebaikan dan sebagainya. Dan kaedah ini termasuk dalam wahyu yang Allah
sampaikan terus secara rahsia dan segera,tanpa perantaraan.

ٍ ‫َو َما َكانَ لِبَ َش ٍر اَ ْن يُّ َكلِّ َمهُ هّٰللا ُ اِاَّل َوحْ يًا اَوْ ِم ْن و ََّر ۤاِئ ِح َجا‬
‫ب اَوْ يُرْ ِس َل َرسُوْ اًل فَيُوْ ِح َي بِا ِ ْذنِ ٖه َما يَ َش ۤا ُء ۗاِنَّهٗ َعلِ ٌّي َح ِك ْي ٌم‬
Terjemahannya:

"Dan tidaklah palut bagi seorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya(dengan mendengar
suara sahaja)mengutus utusan (malaikat)lalu(utusan itu) menyampaikan wahyu denga izin Allah apa
yang dikehendakinya. SesungguhnyaDia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana"

Surah As-Syura:ayat 51

2. Allah Berkata-Kata Kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam Di SebalikHijab Ketika


Peristiwa Mikraj.
Allah berkata-kata kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam disebalik hijab,tanpa
perantaraan,sepertimana yang berlaku semasa peristiwa Mikraj. Menurut hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari,ketika mana Allah Ta'ala telah pada permulaannya mewajibkan
sembahyang 50 kali sehari, Rasulullah Shallallahu 'alaihiwasallam pun kembali lalu bertemu Nabi
Musa 'alaihissalam yang menasihati baginda untuk memohon agar bilangan tersebut
dikurangkan. Setelah Allah Ta'ala akhirnya mengurangkan hingga kepada 5 kal sehari, Nabi Musa
'alaihissalam berkata;"Sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup melaksanakan lima kali solat
dalam sehari, dan sesungguhnya aku telah mencuba menerapkannya kepada manusia sebelum kamu,
dan aku juga telah berusaha keras mengurus Bani Isra'il dengan sungguh-sungguh. Maka kembalilah
kepada Rabbmu dan mintalah keringanan untukumatmu". Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
berkata:"Akutelah banyak memohon (keringanan) kepada Rabbku hingga aku malu. Tetapi aku telah
redha dan menerimanya".Ketika aku telah selesai, terdengar suara yang berseru:"SungguhAku telah
memberikan keputusan kewajibanku dan Aku telah ringankan untuk hamba-hambaKu".

Juga seperti ketika mana Allah berkata-kata dengan Nabi Musa 'alaihissalam.

Firman Allah Ta'ala:

‫َو َكلَّ َم هّٰللا ُ ُموْ ٰسى تَ ْكلِ ْي ًم ۚا‬


Terjemahannya:

“Dan kepada Nabi Musa,Allah telah berfirman secara langsung(tanpa perantaraan)”

Surah An-Nisa:ayat 164


Tafsir dan Hadith

6. (i) Terjemahan ayat:


“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik-baik yang Kami telah
kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya beribadat
kepadaNya”.(172)

“Sesungguhnya Allah hanya mengaharamkan ke atas kamu memakan bangkai dan darah dan
daging babi dan binatang yang disembelih dengan (menyebut nama) yang lain daripada
(nama) Allah. Tetapi sesiapa yang terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak pula melampaui batas maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”. (173)

(ii) Makanan yang diharamkan:


1. Bangkai:
 Huraian: semua binatang yang mati bukan kerana disembelih, tetapi kerana mati
terjatuh atau terlanggar atau sakit dan sebagainya (kecuali bangkai binatang laut)
 Sebab haram: Bangkai adalah binatang yang mati sama ada dilanggar, sakit dan
sebagainya. Pakar kesihatan menyuruh kita berhati-hati tentangnya kerana
seandainya binatang tersebut mati disebabkan sakit, dikhuatiri penyakit tersebut
akan menjangkiti sesiapa yang memakannya nanti.

2. Darah:
 Huraian: Segala macam darah, walaupun darah binatang yang mati kerana
disembelih (kecuali hati, limpa dan darah yang tidak mengalir)
 Sebab haram: Darah diharamkan kerana ia kotor dan jijik, dan meminum darah
merupakan kebiasaan atau amalan orang jahiliyah dan tidak bertamadun.
Meminumnya boleh menjejaskan kesihatan.

3. Daging bagi:
 Huraian: seluruh bahagian tubuh babi, sama adad aging, organ, lemak,
tulang,kulit, air liur dan sebagainya. Sama ada jinak mahupun liar.
 Sebab haram: Babi adalah binatang najis, paling jijik dan kotor. Babi suka
memakan benda-benda yang kotor dan suka berada di tempat yang kotor,
sehingga ia gemuk hasil dari benda-benda kotor tersebut.

4. Binatang yang disembelih dengan(menyebut nama) yang lain daripada (nama) Allah:
 Huraian: Binatang yang disembelih atas nama berhala, syaitan dan
sebagainya.Bukan atas nama Allah.
 Sebab Haram: Boleh merosakkan aqidah seseorang Islam itu. Manakala dari
sudut yang lain, pakar kesihatan mengatakan bahawa binatang yang mati bukan
kerana disembelih mengandungi penyakit kerana darah kotor binatang tersebut
masih lagi berada dalam tubuhnya. Jika disembelih dengan betul, barulah darah
kotor dapat dikeluarkan dengan sempurna.
(iii) Maksud terpaksa dalam ayat 173 ialah terpaksa memakan makanan yang diharamkan
oleh Allah, kerana tidak ada lagi makanan yang lain, sehingga jika tidak dimakan akan
membawa kemudharatan dan kematian pada waktu itu.

Maksud tidak pula melampaui batas ialah dalam memakannya melebihi makanan yang
halal. Sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan, maksudnya tidak memakannya sampai
kenyang. Namun As-Suddi mentafsirkannya dengan melanggar batas.

Anda mungkin juga menyukai