Anda di halaman 1dari 5

DEFINISI HAFAZAN

-Pengertian “ hafazan “ diambil daripada perkataan “ hafaz” yang bererti sudah masuk dalam
ingatan

- dan dapat mengucapkan ayat al-Quran dan lain-lain dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat
buku dan sebagainya.

-.Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.

-Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.

-Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang.

-mereka menyimpannya di dalam dada dan ia membaca selalu supaya tidak lupa .

KEPENTINGAN & KELEBIHAN MENGHAFAL AL-QURAN


1. Hati seseorang yang menghafaz al quran tidak akan terseksa di api neraka.

- Hal ini kerana mereka Mempunyai pendirian dalam belajar mghafaz al quran.

- sebagai contoh,mereka sentiasa betulkan niat untuk menghafaz al quran semata mata .

- mereka lakukannya ikhlas kerana Allah, mengharapkan rahmat-Nya, keredhaan-Nya &


untuk memperoleh syurga.

- Bukan kerana kawan, keluarga atau untuk menunjuk-nunjuk.

- Mereka akan memiliki kontrak seumur hidup untuk sentiasa mengulang hafalannya
agar tetap terjaga. Jika sikap konsisten ini tidak ada dalam diri para penghafal Al-Quran,
maka susah untuk mereka menyelesaikan hafalannya (ADAB)

- Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:

“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran.
Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan
barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

2. MENGHAFAL AL-QURAN ADALAH BEKALAN PALING BAIK di akhirat


- Hal ini kerana mereka Mempunyai tumpuan yang tinggi ketika menghafal al quran.
(adab)

- sebagai contoh,kita dapat lihat para pghafaz al quran menggunakan mushaf yang sama
sejak berumur 14 tahun.

- Hal ini kerana,apabila mereka menggunakan mushaf yang sama, mata mereka akan
terbiasa dengan cara penulisan, warna dan hiasan dalam al quran yang akan
memudahkan lagi dalam hafazan mereka.

- Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:

“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang
paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.

- Hal ini pghafaz al quran akan mendapat keistimewaan di dunia dan akhirat,

- dijadikan sebaik-baik ummat di dunia ,

- mendapat btempat tinggal di syurga

- dan mendapat perlindungan dri allah.

3. DITEMPATKAN DI SYURGA YANG PALING TINGGI

- Hal ini kerana menghafaz al quran telah Menyucikan hati dan diri apabila memulikan al
quran dengan perkara yang baik.(adab)

- Sebagai contoh,Kita hendaklah sentiasa berpakaian sopan dan sempurna apabila datag
ke majlis Al-Quran serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara terlarang
yang disebut dalam Al-Quran.

- Hal ini supaya kita dapat mengagungkan Al-Quran al karim yang akan dihal dan
dipelajari oleh kita.

- Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru dari Nabi, beliau bersabda:

“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Baca dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al
Quran dengan tartil seperti engkau membacanya pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga
berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

4. dapat lebih dekat dengan Allah SWT.


Hal ini demikian kerana ayat-ayat suci al-Quran tersimpan di dalam dada mereka dan mereka
berusaha untuk mengekalkan hafazan dengan baik.(adab)

Sebagai contoh, Para penghafal al-Quran akan sentiasa “muraja’ah” atau mengulang bacaan al-
Quran mereka dengan tujuan untuk menjaga hafazan mereka.

Oleh hal yang demikian, hati mereka akan sentiasa mengingati Allah SWT, dan sesungguhnya hati
yang sentiasa mengingati Allah SWT akan mendapatkan ketenangan seperti yang telah dinyatakan di
dalam surah Al-Ra’d, ayat ke 28 yang bermaksud.

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah.
hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (al-Ra’d: 28)

Ketenangan itu menambah iman dan membersihkan hati. Manakala orang yang berpaling dari al-
Quran hidupnya kan sengsara dan sempit. Kuburnya juga akan gelap, panas dan sempit.

SEJARAH HAFAZAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH SAW,

SAHABAT, TABI’IN DAN ATBA’ AL-TABI’IN

ZAMAN RASULULLAH SAW,

1. Rasulullah mengumpul al-Quran dan mengingat ayat-ayat hafalan dengan kukuh di


dalam dada

2. Baginda dikenali sebagai “Sayyidul Huffaz” dan “Awwal Jumma” atau

manusia pertama yang menghafal al-Quran.

3. peringkat awal penurunan wahyu, Rasulullah SAW sentiasa menggerakkan lidahnya utk
mengulangi ayat-ayat al-Quran walaupun ayat tersebut belum sempurna dibaca oleh
Jibril AS.

4. Baginda segera mengingati ayat-ayat tersebut dan bimbang ayat tersebut mungkin
dilupainya.

5. , Jibril AS sentiasa datang bertadarus bersama baginda SAW Untuk menjamin ketepatan
dan keutuhan ayat-ayat al-Quran di dada Rasulullah
6. Rasulullah s.a.w juga sentiasa membasahkan bibirnya dengan al-Quran sama

ada dalam sembahyang, tahajjud, sewaktu baginda keseorangan atau

semasa dalam kesusahan.

7. Rasulullah s.a.w. mengajar al-Quran itu kepada para sahabatnya juga

menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat

peringkat, sedikit demi sedikit.

8. Setiap masa Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan al-Quran bahkan seluruh akhlaknya
berlandaskan al-Quran.

9. Rasulullah perintahkan para sahabat utk mengulang ayat al quran secara

istiqamah sehingga sebati di dada seterusnya menyebarkan kepada sahabat-sahabat lain dan tabi’in

10. Rasulullah SAW mengarahkan beberapa orang sahabat untuk menulis ayat

ayat yang telah dihafal itu pada pelepah kurma, batu-batu, kulit-kulit binatang,

dan sebagainya

ZAMAN sahabat

11. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar RA telah dilantik

sebagai khalifah untuk meneruskan tugas-tugas baginda.

12. Pada masa itu, telah berlaku peperangan antara pengikut yang masih setia

kepada Rasulullah SAW dan golongan murtad yang dipimpin oleh Musailamah al-Kazzab.
Peperangan ini dikenali sebagai peperangan

Yamamah.

13. Dalam peperangan tersebut seramai 70 orang penghafal al-Quran yang telah

mati syahid.
14. Hal ini mengakibatkan ramai lagi dari HUFFAZ yang terbunuh sehingga boleh
menyebabkan al-Quran hilang dan musnah.

15. Saidina Abu Bakar melantik Zayd bin untuk mengumpul dan menyusun al-Quran menjadi
lembaran-lembaran yang digunakan sehingga zaman Saidina Uthman.

ZAMAN TABI’IN DAN ATBA’ AL-TABI’IN

16. Tabi’in ialah orang yang mempelajari ilmu daripada para sahabat.

17. Pada zaman tabi’in ini lahirlah pusat-pusat pengajian seperti Madrasah.

18. Pembimbing al-Quran yang diutus oleh Uthman binAffan r.a bertindak

sebagai guru yang mengajar apa yang terkandung dalam rasm mengikut

qiraat yang sahih dan mutawatir.

- Zaid Ibn Thabit mengajar al-Quran untuk penduduk Madinah

- Abdullah bin al-Sa’ib membimbing penduduk Makkah

- al-Mughirah bin Abi Shihab mengajar penduduk Sham

- Abu Abd al-Rahman Al-Sulami guru kepada penduduk Kufah

- Amir bin Al-Qays menjadi rujukan kepada penduduk Basrah

Anda mungkin juga menyukai