Anda di halaman 1dari 7

NOTA SAJAK PESTA SENJA

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1 Pada waktu senja, ketika azan maghrib dilaungkan seorang ayah
bersiap sedia untuk menunaikan sembahyang fardhu maghrib dan
menerangi biliknya dengan menyalakan pelita. Setelah itu, dia mula
menunaikan sembahyang dengan menyerahkan diri pada Allah serta
penuh khusyuk dan tawadhu’.

Rangkap 2 Di luar rumah anaknya menyambut pesta ulang tahun yang kelima
belas tahun dengan penuh kegembiraan atau keseronokan. Lilin lima
belas batang yang diletakkan di atas kek menunjukkan anaknya sudah
matang atau baligh.

Rangkap 3 Di pesta ulang tahun itu, anaknya meniup lilin di atas keknya yang
menjadikan suasana malam itu penuh meriah ditambah lagi dengan
kehadiran kawan-kawannya yang bertepuk tangan. Setelah itu keadaan
menjadi kelam. Anaknya meraikan pesta ulang tahunnya seperti ala
barat.

Rangkap 4 Sebagai seorang ayah yang telah tua merasa dirinya tercabar oleh
sikap anaknya itu.

MAKSUD KESELURUHAN SAJAK


Sajak Pesta Senja ini bermaksud seorang ayah yang mengerjakan solat maghrib
dalam biliknya yang diterangi oleh cahaya pelita dengan menyerahkan diri pada Allah serta
penuh khusyuk. Sementara di luar rumah anaknya menyambut pesta ulang yahunnya yang
kelima belas tahun dengan meriah yang dihadiri oleh kawan-kawannya. Sebsgai seorang ayah
dia rasa tercabar dengan sikap anaknya yang itu.

1
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

BENTUK

Bentuk sajak ini bebas dan tidak terikat dengan puisi lama atau tradisional, seperti berikut:-

1.RIMA

Rima sajak ini tidak menentu, iaitu:-

Rangkap 1 a, b, c, d.

Rangkap 2 a, b, b, c, c.

Rangkap 3 a, a, b, b, c, b.

Rangkap 4 a, b, c.

2.BARIS

Baris sajak ini juga tidak sama atau tidak seimbang, seperti berikut:-

Rangkap 1 Azan senja mengalun


seorang ayah memasang pelita di kamarnya 4 Baris (Quatrain)
menunaikan salat
pasrah.

Rangkap 2 Di luar
seorang anak menyeri pesta
sambil bertepuk mesra 5 Baris (Quint)
menghadapi lilin lima belas batang
tanda sudah matang.

2
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

Rangkap 3 Anak itu berdiri di pesta


sambil menghembus lilin dengan nafasnya
cahayanya pun padam 6 Baris (Sekstet)
halaman jadi kelam
orang-orang yang datang bertepuk tangan
meraikan pesta malam.

Rangkap 4 Seorang ayah yang latah


di pinggir senja 3 Baris (Terzina)
tercabar kelelakian.

3.SUKUKATA
Jumlah sukukata tidak seimbang 2-15 sukukata iaitu yang paling pendek 2 sukukata (rangkap
1 baris 4) dan yang paling panjang 15 sukukata (rangkap 1 baris 2), seperti berikut:-

Rangkap 1

A/zan sen/ja meng/a/lun 7 sukukata


se/o/rang a/yah me/ma/sang pe/li/ta di ka/mar/nya 15 sukukata
me/nu/nai/kan sa/lat 6 sukukata
pas/rah. 2 sukukata

Rangkap 2
Di lu/ar 3 sukukata
se/o/rang a/nak me/nye/ri pes/ta 10 sukukata
sam/bil ber/te/puk mes/ra 7 sukukata
meng/ha/dap/i li/lin li/ma be/las ba/tang 12 sukukata
tan/da su/dah ma/tang. 6 sukukata

3
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

Rangkap 3
A/nak i/tu ber/di/ri di pes/ta 10 sukukata
sam/bil meng/hem/bus li/lin de/ngan na/fas/nya 12 sukukata
ca/ha/ya/nya pun pa/dam 7 sukukata
ha/lam/an ja/di ke/lam 7 sukukata
o/rang-o/rang yang da/tang ber/te/puk ta/ngan 12 sukukataa
me/rai/kan pes/ta ma/lam. 8 sukukata

Rangkap 4
Se/o/rang a/yah yang la/tah 8 sukukata
di ping/gir sen/ja 5 sukukata
ter/ca/bar ke/le/la/ki/an. 8 sukukata

PROSA

Rangkap 1 Azan senja mengalun lalu seorang ayah memasang pelita di kamarnya
seterusnya menunaikan salat dengan pasrah.

Rangkap 2 Di luar seorang anak menyeri pesta sambil bertepuk mesra dan
menghadapi lilin lima belas batang tanda sudah matang.

Rangkap 3 Anak itu berdiri di pesta sambil menghembus lilin dengan nafasnya
lalu cahayanya pun padam dan halaman jadi kelam. Sementara orang-
orang yang datang bertepuk tangan untuk meraikan pesta malam.

Rangkap 4 Seorang ayah yang latah, di pinggir senja rasa tercabar kelelakian.

4
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

GAYA BAHASA
1.Mudah difahami kerana tidak ada bahasa simboli dan sukar untuk difahami.
2.Ada kata gandaan seperti ‘orang-orang’ dalam rangkap 3 baris 5 iaitu ‘orang-orang yang
datang bertepuk tangan’.
3.Asonasi iaitu pengulangan vokal a, e dan i seperti berikut:-
Vokal a Azan senja mengalun (rangkap 1 baris 1)
seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2)
Vokal e tercabar kelelakian (rangkap 4 baris 3)
Vokal i menghadapi lilin lima belas batang (rangkap 2 baris 4)
Anak itu berdiri di pesta (rangkap 3 baris 1)
4.Aliterasi iaitu pengulangan konsonan m, l dan n, seperti berikut:-
Konsonan m seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2)
Konsonan l menghadapi lilin lima belas batang (rangkap 2 baris 4)
Konsonan n orang-orang yang datang bertepuk tangan (rangkap 3 baris 5)
5.Anafora iaitu pengulangan kata di awal iaitu ‘di’, ‘seorang’ dan ‘sambil’, seperti berikut:-
‘di’ Di luar (rangkap 2 baris 1)
di pinggir senja (rangkap 4 baris 2)
‘seorang’ seorang ayah memasang pelita di kamarnya (rangkap 1 baris 2)
seorang anak menyeri pesta (rangkap 2 baris 2)
Seorang ayah yang latah (rangkap 4 baris 1)
‘sambil’ sambil bertepuk mesra (rangkap 2 baris 3)
sambil menghembus lilin dengan nafasnya (rangkap 3 baris 2)
6.Repetasi iaitu pengulangan kata di mana-mana seperti pesta, ayah dan anak.

ALIRAN
Aliran sajak Pesta Senja ini ialah realisme dan didaktisme kerana penyajak mengatakan
sesuatu kisah yang benar-benar terjadi dalam kehidupan sehari-hari yang tidak menghormati
laungan azan dan memberi pengajaran atau nasihat kepada masyarakat tentang perbuatan
mereka yang bertentangan dengan agama Islam itu.

5
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

CORAK

Corak sajak ini ialah elegi dan satira kerana penyajak merasa kecewa dengan sikap setengah
masyarakat yang tidak menghormati laungan dan orang tua malahan mereka lebih suka
berbuat bising atau melakukan sebarang aktiviti ketika laungan azan kedengaran berbanding
mengerjakan sembahyang. Di samping itu, penyajak juga ingin menyindir perbuatan mereka
itu yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam.

NADA

Nada sajak ini pula ialah kecewa, hampa dan sinis kerana sedih dengan perbuatan sesetengah
masyarakat yang seperti tidak menghormati agama sendiri dan tidak belajar tentang agama.

TEMA DAN PERSOALAN

Untuk mengetahui tema sesuatu sajak ia berkaitan dengan persoalan kerana kita hendaklah
mencari persoalan sajak dulu baru dapat mengetahui tema sajak. Persoalan sajak ini ialah
tentang keruntuhan moral seperti yang ditonjolkan oleh sikap anaknya yang tidak
menghormati laungan azan dan ayahnya serta tanggungjawab terhadap Tuhan iaitu seorang
yang mengerjakan suruhan Allah iaitu sembahyang. Oleh itu, dari persoalan yang
diungkapkan tema sajak ini ialah tentang keruntuhan akhlak baik dari segi agama mahupun
perbuatan seorang anak yang tidak tahu menghormati orang tuanya.

PERUTUSAN/PENGAJARAN

Perutusan atau pengajaran sajak ini ialah:-

1.Sebagai seorang Islam kita hendaklah menghormati orang tua dan agama seperti hormati
laungan azan dan ibu bapa.

2.Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan melakukan


perintah atau suruhan Allah.

3.Golongan remaja atau sesiapa saja hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang membawa keruntuhan moral.

4.Kita hendaklah memilih waktu yang sesuai untuk menyambut ulang tahun atau apa saja
aktiviti bukan semasa azan dilaungkan. Hendaklah tunggu sehingga azan selesai dilaungkan.

6
RAFIDAH BINTI NORSAM
NOTA SAJAK PESTA SENJA

5.Sebagai ibu bapa hendaklah menegur sikap anak yang dirasakan salah dan bertentangan
dengan agama Islam bukan menunggu sehingga perbuatan anak itu melampaui batasan.

6. Sebagai anak pula hendaklah ingat dan mempraktikkan didikan ibu bapa yang telah
diajarkan kepada mereka bukannya melupakan didikan orang tua itu.

7
RAFIDAH BINTI NORSAM

Anda mungkin juga menyukai