Anda di halaman 1dari 3

PENTOMIN KEMERDEKAAN

Watak-watak yang terlibat:

1) Pencerita : Aulia

2) Orang –orang kampung


- 3 orang lelaki sedang bercucuk tanam (Yusuf,Heyqal,
- 3 orang wanita sedang melipat kain (Hannah, Hani, Faiqah)
- 3 orang wanita sedang menampi padi (Fatin fatihah,Nadia,Balqis)
- 4 orang kanak-kanak yang sedang bermain congkak dan tengteng
(Aisyah,Irdina,Najihah, Sofea)

3) Pahlawan Negara (tentera melayu)


- Pahlawan yang terkorban – (Janis)
- Pahlawan yang bertempur di medan peperangan (Azim,Nazmi, Fadhil,Haziq,
+ usung jenazah pahlawan yang terkorban.

4) Tentera komunis (5 orang) – Zikri,Amirul Adam, nnnnnnn

5) Rakyat Malaysia yang berbilang kaum (kibarkan jalur gemilang + laungan merdeka)

Props yang diperlukan :

1. Senapang
2. Penyodok sampah + batang penyodok
3. Topi utk pesawah
4. Dulang utk tampi padi
5. Kotak2 + bendera Malaysia – keranda pahlawan Negara

Latar lagu yang digunakan:

1. Instrumental bunyi kedamaian + Ulik mayang


2. Inilah barisan kita (nyanyian Aisyah)
3. Pirates of the Carribean (serangan balas tentera melayu)
4. Peperangan/letupan/tembakan
5. Negaraku (Faizal Tahir) /Lagu Di sini lahirnya sebuah cinta
SKRIP UNTUK PENCERITA

Satu ketika dulu..di desa ini orang-orang kampung hidup dengan suasana yang tenang, aman
dan damai. Suasana kedamaian itu diselang selikan dengan kehijauan flora dan fauna yang
mengindah dengan kicauan burung yang berbunyi riang ria di kampung halaman. Kelihatan
hamparan sawah yang berada di tengah-tengah desa menjadikan pemandangan yang indah.

Setiap daripada penduduk kampung itu sentiasa sibuk dengan tugas masing-masing.
Tanggungjawab dan kerja keras harus dipikul demi meneruskan kehidupan orang-orang
kampung..Si teruna bercucuk tanam..ada juga yang sedang menyabit di halaman rumah
masing-masing. Kaum ibu pula sibuk menampi padi dan tidak lupa juga kanak-kanak yang
sedang bermain dengan penuh girang dan menceriakan lagi suasana kedamaian yang ada.

Latar lagu (bunyi letupan bom) …..

Namun, kedamaian yang dikecapi tiba-tiba bertukar wajah. Desa yang tercinta telah diserang
oleh orang-orang yang tidak kenal akan erti keperimanusiaan yang sebenar. Komunis durjana
datang bertandang dan mula membunuh orang-orang kampung.

Kemudian, tentera Melayu datang memberi serangan terhadap tentera komunis.

(Adegan pergaduhan berlaku antara pahlawan negara dan tentera komunis….akhirnya


seorang pahlawan negara telah terkorban)

Genggam bara api biar sampai menjadi arang..itulah kata-kata terakhir seorang pahlawan
negara. Kini desaku berlinangan dengan darah.

(Latar lagu Inilah barisan kita)

Pahlawan kita yang gagah perkasa telah gugur akhirnya. Perginya mereka ditangisi…Duhai
pahlawan tanah air, namamu sentiasa dikenang dalam doa kami.

Kejahatan komunis semakin berleluasa. Orang kampung diheret ke kem pangkalan dan
diseksa habis-habisan.

Akan tetapi berbekalkan semangat juang yang tinggi, tentera melayu kita telah bangkit dan
memberi serangan balas dalam keadaan yang lebih bersedia untuk bertempur di medan
peperangan.

(Latar lagu Negaraku –Faizal Tahir) – setelah berjaya menumpaskan tentera komunis

Sambutannya berulang kali, saban tahun ia kembali. Keranamu Malaysia aku di


sini..menabur bakti ibu pertiwi. Jalur gemilang berkibar megah. Hanya Malaysia negara
tercinta. Pejuang-pejuang negara bersusah untuk merdeka. Jangan sia-siakan apa yang ada,
sayangilah tumpah darah kita…

(Selepas lagu Warisan dinyanyikan)

Laungan merdeka sebanyak 7 kali sambil kibar jalur gemilang..


Laungan merdeka laungan keramat
Jadikan hati sebagai azimat
Agar jiwa penuh tersemat
Semangat merdeka pembakar semangat

Wahai sahabatku…ingatlah..
Jadilah pewaris yang dapat mengekalkan warisan kemerdekaan Negara kita,
Walaupun siapa kita..namun kita punya tanggungjawab menjaganya..

Sekian daripada kami..terima kasih.

(Semua tunduk hormat sebelum turun dari pentas)

Anda mungkin juga menyukai