Anda di halaman 1dari 6

(pantun)

Bismillahhirohmanirohim pemanis bicara,


Hamba puteri bernama Amina,
Datang kemari membawa cerita,
Untuk teladan kita bersama.

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, guru-
guru serta rakan-rakan sekalian.

Assalammualaikum w.b.t

(nyanyi lagu cindai)


Rabiatul Adawiyah wanita beriman,
Warak sifatnya srikandi budiman,
Menjadi ikutan para cendiakawan,
Itulah contoh muslimah pilihan.

Kawan-kawan,
Rabiatul Adawiyah atau nama sebenarnya Rabiah binti Ismail al-
Adawiyah adalah salah seorang wanita yang awal memeluk agama Islam.
Beliau tergolong dalam senarai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah
Islam.
Dia telah meninggalkan segala-galanya yang bersifat duniawi dan
mengabadikan sepenuhnya dirinya kepada ALLAH SWT.

Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota


Basrah di Iraq.
(kota apa kawan-kawan?...)
Beliau mempunyai empat orang adik beradik.

Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi


kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah.

Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi


Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

(nyanyi lagu dipondok kecil)


Tersebutlah kisah di dalam Al Quran..
Srikandi agung menjadi ikutan..
Tinggallah ia bersama ayahnya..
Seorang pendidik dan juga pendayung..

Sambil berdayung ayahnya berdendang..


Nyanyiannya merdu jadi tarikan..
Tabah dan redha..
Jadi pegangan..
Walau hidup di zaman jahilliah…

Rabiatul Adawiyah menggantikan tempat ayahnya sebagai pendayung


sampan dan mendendangkan lagu yang merdu.

Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki


untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia
terpaksa berkhidmat untuk raja.

Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu
raja.

Ya kawan-kawan,

Sehinggakan, suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf


dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan
bapanya adalah seorang guru agama.

Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang
arak lagi.
Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah.
Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat.

Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia
tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah.
Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat
memohon doa kepada Allah.
Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke
arahnya.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul Adawiyah berkhidmat dengan


raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja.
(syair)
Rabiatul Adawiyah berterima kasih
kepada raja dan tidak meminta apa-apa
walaupun raja memberi peluang kepadanya
untuk meminta apa saja sebelum dia pergi.

Apabila dia pulang ke kampung,


rumahnya telah roboh dan penduduk kampung juga ramai yang telah
berpindah.
Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya.

Pada suatu malam yang sunyi sepi,


di kala masyarakat sedang khusyuk tidur,
seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabiatul
Adawiyah.
Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat.
Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali,
Pencuri itu tidak menemui sebarang benda yang harga kecuali sebiji
tempayan yang buruk.
Lalu dia merasa kecewa dan ingin membunuh Rabiatul Adawiyah.
Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah
tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh.
Rabiatul Adawiyah terkejut dan menegur si pencuri tersebut..
"Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini".
Si pencuri berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang
begitu baik hati seperti Rabiatul Adawiyah.

"Silakan ambil sesuatu."


kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

"Tiada apa-apa yang dapat aku ambil dari rumah mu ini."


kata si pencuri berterus terang.

"Ambillah itu!"
kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk sebiji tempayan yang buruk
tadi.

"Ini hanyalah sebiji tempayan buruk yang tidak berharga."


Jawab si pencuri.
"Pergilah kamu ambil wudhu' menggunakan tempayan itu.
Selepas itu solatlah 2 rakaat.
Dengan demikian,
engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada
pondok buruk ku ini."
Balas Rabiatul Adawiyah.

Mendengar kata-kata itu,


si pencuri tadi merasa gementar.
Hatinya yang selama ini keras,
menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabiatul Adawiyah
itu.
Lantas si pencuri itu berwudhu'
dan menunaikan solat 2 rakaat.

Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelezatan dalam jiwanya


yang tak pernah dirasa sebelum ini.

‫ن‬ َِّ ‫ْص ُرونَّ ُه َّْم فإِذا تذك ُروا الشيْط‬


َّ ‫ان ِمنَّ طائِفَّ مس ُه َّْم ِإذا اتق ْوا الذِينَّ ِإ‬ ِ ‫ُمب‬
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-
was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga
mereka melihat kesalahan-kesalahannya

Surah al-A’raf, ayat 201


Ya kawan-kawan,

Rabiatul Adawiyah lantas berdoa:


"Ya Allah,
pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku.
Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri.
Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapan Mu.
Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat
dan rahmat Mu."

Pada masa yang sama di luar kelihatan kereta kuda yang membawa
banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah.
Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang
banyak.
Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin
menyerahkan harta itu,
Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari
Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi
berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya.

Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah
mahligai yang indah.

Kawan-kawan,

Diriwayatkan dalam sebuah kisah bahawa ketika saat-saat akhir


kematian Rabiatul Adawiyah keadaan wajahnya yang berseri-seri
umpama pengantin baru di malam pertama dan tidak sedikit pun
terdapat tanda-tanda kesedihan di raut wajahnya
serta di dalam biliknya pula dipenuhi dengan haruman yang entah dari
mana datangnya.

Rabiatul Adawiyah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika


usianya menjangkau 80 tahun.

Kawan-kawan nak tahu..


Diantara sumbangan Rabiatul Adawiyah adalah :
1.Orang pertama mengalunkan irama cinta ilahi.
2.Pengasas aliran cinta ilahi dalam sejarah perkembangan tasawuf.
3.Tokoh wanita aliran Sufisme yang telah mempopularkan konsep
Mahabbah dikalangan ahli sufi.

Ya, kawan-kawan
Pepatah melayu ada menyebut “sesal dahulu pendapatan. Sesal
kemudian tiada gunanya.
Oleh itu kita hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat.

Demikianlah kawan-kawan,
Dari kisah tadi dapatlah kita beberapa pengajaran yang dapat
disimpulkan.

1. Sebagai umat Islam kita perlu mengingati Allah dan sentiasa


memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.
2. Wanita masa kini perlulah mencontohi wanita Islam yang
terdahulu yang sentiasa mengagungkan Islam dan sentiasa
mengutamakan nilai-nilai murni yang Islam tuntutkan. Jadikan
mereka sebagai ikon untuk menjadi wanita solehah dan berjaya
didunia dan akhirat.

3. Sebagai hamba Allah, kita hendaklah perbanyakan amalan kita


seperti berzikirdan memunajat kepada Allah.

(pantun)
Tabahkan hati seperti Maryam ibunya Nabi Isa,
Cekalkan diri seperti Siti Khadijah,
Bersihkan jiwa sebersih jiwa Siti Aisya,
Dan kuatkan iman seperti RABIATUL ADAWIYAH.

Kicauan burung dipagi hari..


Bersahut-sahutan merdu sekali..
Tanamkan sifat insaf-menginsafi..
Dalam kehidupan setiap hari..

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wasalammualaikum w.b.t

Wailallikok….

Anda mungkin juga menyukai