Anda di halaman 1dari 5

Quraisy cuba pujuk an-Najasyi

Pemergian mereka tambah meningkatkan perasaan


marah kaum Quraisy. Maka, mereka menghantar satu
rombongan dianggotai Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru
bin al-Aas bin Wail untuk berjumpa dengan al-Najasyi
supaya menghantar balik orang Islam ke Mekah. Utusan
ini dibekalkan dengan hadiah-hadiah yang terbaik, di
antaranya kulit-kulit binatang yang halus dan cantik
untuk
dihadiahkan
kepada
an-Najasyi.
Sebelum
mengadap an-Najasyi, pelbagai hadiah juga diberikan
kepada semua ketua perang. (Prof. Dr. Ab. Aziz, h. 171)
Ummu Salamah menceritakan, kemudian kedua utusan Quraisy itu
menyerahkan hadiah-hadiah kepada an-Najasyi dan diterimanya.
Keduanya berkata kepada an-Najasyi, wahai tuanku, sesungguhnya
telah menyusup ke negeri tuanku anak-anak muda kami yang tidak
waras. Mereka meninggalkan agama kaumnya dan tidak masuk
kepada agamamu. Mereka membawakan agama yang mereka ciptakan
sendiri. Kami tidak mengenali agama tersebut, begitu juga tuanku.
Sungguh kami diutus ayah-ayah mereka, bapa-bapa saudara mereka,
dan keluarga besar mereka untuk membawa mereka pulang kepada
kaumnya, kerana kaumnya lebih faham apa yang mereka katakan dan
lebih mengerti apa yang mereka cela. (Ibnu Hisyam, h. 314)

Ketua-ketua perang yang mengadap bersama mereka


berdua berkata: Benar wahai tuanku! Serahlah mereka
itu (muhajirin) kepada mereka berdua.
An-Najasyi mengusul periksa

Pujukan itu bagaimana pun tidak mudah diterima oleh anNajasyi. Katanya kepada utusan Quraisy: Tidak! Aku
tidak akan menyerahkan mereka kepada kamu. Setiap
orang yang datang ke negeri ini akan mendapatkan
perlindungan.
Aku akan memanggil dan bertanya kepada mereka tentang apa yang

kamu katakan. Jika mereka seperti yang kamu ceritakan, aku akan
mengembalikan mereka kepada kamu. Jika ternyata tidak, aku akan
tetap melindungi mereka.
Maka, Jaafar bin Abi Talib selaku ketua kumpulan kaum muslimin
datang bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap anNajasyi. An-Najasyi bertanya: Apa agama kamu sehingga kamu
meninggalkan agama kaum kamu, tidak pula masuk ke dalam
agamaku atau agama-agama lain yang ada?
Jaafar perjelaskan risalah Nabi

Jaafar bin Abu Talib menjawab: Wahai Tuanku, dulu kami


daripada golongan jahiliah. Kami menyembah berhala,
memakan bangkai, berzina, memutuskan silaturrahim,
melayan buruk terhadap jiran-jiran dan yang kuat di
antara kami memakan yang lemah. Begitulah keadaan
kami, sehingga diutuskan Allah kepada kami seorang
Rasul dari kalangan kami. Kami mengetahui nasab
keturunannya,
kebenarannya,
amanahnya
dan
kesuciannya.
Beliau menyeru kami kepada keesaan Allah dan
menyembah-Nya, menyuruh kami supaya meninggalkan
pemujaan kepada berhala sepertimana yang dilakukan
oleh datuk-nenek kami, menyuruh kami supaya bercakap
benar, menunaikan amanah, menghubung silaturrahim
dan berhubung baik dengan jiran, menahan diri dari halhal yang haram dan tidak membunuh.
Beliau melarang kami melakukan perzinaan, bercakap
bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh zina
wanita yang baik. Beliau menyuruh kami hanya
menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun.

Jaafar terus menghuraikan pokok perkara agama Islam.


Tambahnya: Kami membenarkannya, kami beriman
dengannya, kami mengikuti ajarannya yang didatangkan
dari Allah dan kami menyembah hanya Allah Yang Esa
tanpa mensyirikkan-Nya dengan apa pun. Kami
mengharamkan apa yang diharamkan ke atas kami dan
kami menghalalkan apa yang dihalalkan bagi kami.
Sambungnya lagi: Namun, tiba-tiba kami dihalang dan diazabkan
oleh kaum kami, kami difitnahkan terhadap agama kami supaya kami
kembali semula kepada penyembahan patung berhala daripada
penyembahan Allah dan supaya kami kembali melakukan keburukan
sepertimana yang telah kami lakukan dahulu. Apabila mereka
memaksa kami, menzalimi kami, menyempitkan hidup kami dan
memisahkan kami dengan agama kami, maka kami berpindah ke
negeri tuanku, kami memilih tuanku dari yang lain dan kami gembira
dengan layanan tuanku. Kami berharap tidak dizalimi di sisi tuanku.
(Ibnu Hisyam, h. 315)
Raja an-Najasyi terpukau dengan penjelasan Jaafar. Baginda
kemudian bertanya: Apakah kau boleh menunjukkan sesuatu yang
Nabi itu terima dari Allah?
Ya!, jawab Jaafar.
Baiklah, bacakan untukku!, kata an-Najasyi.
An-Najasyi, pendeta menangis
Yang dibacakan Jaafar adalah permulaan surah Maryam. An-Najasyi
dan para pendeta mendengar penuh teliti. Ayat demi ayat yang
dibacakan Jaafar membuat mereka menangis, sehingga air mata
membasahi janggut An-Najasyi.
Seluruh ruangan hening. An-Najasyi menyeka air mata, kemudian
berkata, sesungguhnya ayat tadi dan yang dibawa Nabi Isa adalah
dari sumber yang sama.

Raja lalu menoleh kepada Abdullah bin Abi Rabiah dan Amru bin alAas, seraya berkata: Kamu pulanglah! Sungguh aku tidak akan
menyerahkan mereka kepada kamu dan mereka tidak boleh diganggu
oleh siapa pun!
Kedua-dua utusan Quraisy itu sangat kecewa. Malam itu mereka
berpikir panjang. Mereka tidak boleh pulang dengan tangan kosong
setelah melewati perjalanan melelahkan dan dengan biaya mahal. Ia
amat memalukan.
Kemudian, Amru bin al-Aas mengusulkan, besok aku akan
menghadap semula an-Najasyi dan memujuknya lagi!
Percubaan kedua juga gagal
Esok harinya, Amru sekali lagi mendapatkan izin untuk menemui anNajasyi. Dengan penuh keyakinan, Amru bersuara: Wahai tuanku,
Jaafar dan kawan-kawannya telah mengatakan sesuatu yang tidak
baik mengenai Isa bin Maryam. Tuanku boleh bertanyakan mereka
tentang hal itu!
Para sahabat Muhajirin sekali lagi dipanggil menghadap an-Najasyi.
Mereka tahu, itu adalah tipu muslihat utusan Quraisy lagi. Mereka
khawatir juga jika sang raja mungkin terpengaruh oleh pujukan itu.
An-Najasyi lantas bertanya: Apa yang kamu tahu tentang Isa bin
Maryam?
Jaafar bangun dan menjawab: Kami bercakap mengenai Isa seperti
yang diajar kepada kami oleh Nabi Muhammad saw, bahawa dia
adalah seorang hamba Allah, Pesuruh Allah, Roh dan Firman Allah
ditiup ke dalam Si Dara Maryam.
An-Najasyi lantas bertitah: Kami juga berkeyakinan begitu. Allah
akan memberi rahmat ke atas kamu dan ketua kamu.
Beliau kemudian beralih ke arah para pembesar dan pendeta dari
kaumnya, seraya berkata: Kamu mungkin risau dan marah, ikut suka
hati kamulah, tetapi Isa tidak lain dan tidak bukan seperti yang diucap

Jaafar mengenainya. (al-Mubarakpuri, h. 94)


Kemudian, an-Najasyi mengisytiharkan akan melindungi kumpulan
muhajirin itu. Baginda turut memulangkan hadiah-hadiah yang
diterimanya kepada dua orang utusan Quraisy. Mereka akhirnya
terpaksa pulang dengan kehampaan.
An-Najasyi peluk Islam
Raja an-Najasyi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramai
rakyat di negerinya. Beliau telah membenarkan kenabian Muhammad
saw, namun menyembunyikan keimanannya dari pengetahuan
kaumnya. Sikap tersebut kerana beliau mengetahui keadaan kaumnya
yang tetap tidak berganjak atas kebatilan, sangat cenderung kepada
kesesatan dan jumud atas kepercayaan yang terseleweng, walau pun
bertentangan dengan akal fikiran dan perkhabaran wahyu. (Prof. Dr.
Ab. Aziz, h. 174)
Abu Hurairah ra pernah menjelaskan satu hadith yang Nabi saw
berdukacita pada hari kematian an-Najasyi. Baginda segera
mengumumkannya kepada kaum muslim dan menyeru mereka untuk
melaksanakan solat ghaib.

Nabi saw bersabda (maksudnya): Daripada Jabir, Nabi


saw memberitahu ketika kematian al-Najasyi, hari ini
meninggallah seorang lelaki yang soleh, maka berdiri dan
sembahyanglah untuk saudara kamu yang bernama
Ashamah (Ashamah bin Abhar ialah nama sebenar anNajasyi). (HR Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai