Anda di halaman 1dari 1

Laksamana

Zheng He

(1371 1433M)

SEJARAH H IDUP
Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak
beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina
berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh
tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382.

Zheng He berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik Barat dari benua Asia hingga ke Afrika. Dalam ekspedisi itu, beliau berlabuh di
30 negara.

Sejarah mencatatkan, beliau


adalah
pemimpin
unggul
mengetuai armada lebih 100 kapal
bersama 27,000 orang ke lautan
Barat mendahului Vasco da Gama
dan
Christopher
Colombus
menemui laluan ke Laut Timur.

Kisah Zheng He adalah perjuangan
mencari kesempurnaan hidup
menerusi Islam dan perjuangan
menyempurnakan
kecacatan
hidupnya yang ditindas dan
terpaksa menghambakan diri
kepada maharaja.

Kejayaan tokoh Islam ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran.

SEORANG M USLIM S EJATI


Cita-citanya tinggi untuk menunaikan
ibadah haji sebagai penyempurnaan
kehidupan
beragamanya.
Bagi
mencapai matlamat itu, beliau perlu
membuktikan kesetiaannya kepada
Maharaja.

Zheng He adalah contoh Muslim sejati
dan lambang keamanan sejagat.

TUJUAN P ELAYARAN

Zheng He merupakan seorang yang sangat berhati mulia. Jika dibandingkan niat
pelayaran yang dibuatnya dengan pelayar-pelayar Eropah terawal :

Contohnya, pelayaran Columbus ke Amerika untuk mencari emas, tanah jajahan,
membunuh ramai Red Indian dan menjual hamba ke Sepanyol.

Maggellan pula mengelilingi dunia dengan menganggap dirinya sebagai penjajah.
Akhirnya, dia mati dalam peperangan dan sewaktu pulang hanya tinggal satu
kapal dengan 18 orang.

Keadaan itu sangat berbeza dengan Zheng He. Armadanya paling kuat di dunia,
tetapi tidak pernah menjajah satu negara pun.

Jelasnya, Laksamana Zheng He memartabatkan maruah China di pentas dunia
dengan menjalinkan hubungan-hubungan luar diplomatik antara China dan lebih
kurang 30 buah negara yang dilawatinya.

Anda mungkin juga menyukai