Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

SEKOLAH SAINS SOSIAL.

AT 10403 KAEDAH PENULISAN AKADEMIK UNTUK SAINS SOSIAL.

KURSUS : HA24 SEJARAH.

TAJUK PENULISAN :

SUMBANGAN LAKSAMANA ZHENG HE KEPADA MASYARAKAT DUNIA.

NAMA PENSYARAH :

PROF MADYA DR. ROSAZMAN BIN HUSIN.

NAMA TUTOR:

CIK NUR IRYANI BINTI AHMAD.

HASIL PENULISAN:

SITI NADIAH BINTI BASIRON ( BA13110460 ).

1
1.O PENGENALAN.

Sejarah pelayaran dunia telah memperlihatkan kejayaan tokoh-tokoh penjelajah dalam usaha
mereka untuk menjelajah ke seluruh dunia. Sejarah telah mencatatkan tokoh-tokoh pelayaran
dunia yang sangat terkenal dan tidak dapat disangkal lagi kehebatannya dalam mengemudi
armada mereka. Antara mereka ialah tokoh pelayar Eropah seperti Christopher Columbus,
Ferdinand Magellan, Vasco da Gama,pelayar Portugal dan Laksamana Zheng He atau Cheng
Ho,pelayar China. Sejarah mencatatkan bahawa laksamana Zheng He merupakan pelayar
pendahulu Columbus dan Vasco da Gama yang pernah singgah dan bertabligh akhbar di
Surabaya.1

Menurut sejarah, ahli pelayaran Christopher Columbus terkenal hebat kerana berjaya
menemui benua Amerika pada tahun 1492. Namun begitu,terdapat penjelajah yang jauh lebih
hebat iaitu Laksamana Zheng He,seorang Tionghua muslim yang hidup sekitar 6 abad yang
lalu. Selama hidupnya, Laksamana Zheng He telah melakukan pelayaran antara benua selama
7 kali berturut-turut dalam tempoh waktu 28 tahun (1405-1433 ). Pelayaran yang dilakukan
oleh Laksamana Zheng He adalah lebih awal 87 tahun berbanding Columbus2 dan juga lebih
terdahulu jika dibanding dengan ahli pelayaran dunia lainnya seperti Vasco da Gama yang
belayar dari Portugis ke India pada tahun 1497. Begitu juga dengan Ferdinand Magellan yang
merintis pelayaran mengelilingi dunia terlewat 114 tahun selepas Laksamana Zheng He.

Ekspedisi Zheng He ke “ Samudera Barat” ( sebutan untuk lautan sebelah barat laut
Tiongkok selatan sehingga ke Afrika Timur ) dalam mengerahkan armada yang besar. Pertama
mengerahkan 62 kapal besar dan belasan kapal kecil yang digerahkan 27,800 orang awak-
awak. Pada pelayaran ketiga mengerahkan kapal besar dan awak-awak yang berjumlah 27
ribu. Sedangkan pada pelayaran ketujuh terdiri daripada 61 kapal besar dan 27,550 orang
awak-awak. Sementara itu, Columbus ketika menemukan benua Amerika hanya mengerahkan
3 buah kapal dan 88 orang awak-awak. Disini dapat dilihat bahawa Laksamana Zheng He
merupakan tokoh pelayaran yang jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan ahli-ahli
pelayaran yang lain.

Kapal pelayaran Laksamana Zheng He disebut sebagai “Kapal Pusaka” merupakan


kapal yang terbesar pada abad ke 15. Panjangnya mencapai 44,4 zhang (138m) dan lebar 18
zhang (56m) iaitu 5 kali lebih besar daripada kapal pelayaran Columbus. Menurut sejarawan

1 Hazirah Che Sa,”Cheng Ho Kembali”,dlm, www.bharian.com.my/bharian/article/ChengHoKembali/Index , Di


akses 1 Mei 2014.
2“Laksamana Cheng Ho Pencetus Revolusi Tamadun Islam”,dlm, www.ilustrasipenahitam.blogspot.com , Di
akses 1 Mei 2014.

2
JV Mills, kapasiti kapal tersebut ialah seberat 2500 tan. Ini menunjukkan bahawa Laksamana
Zheng He membawa barangan yang banyak semasa ekspedisi pelayarannya. Pelayaran Zheng
He telah menjadi inspirasi kepada ahli pelayaran dunia yang lain khususnya generasi muda
pada hari ini dalam melihat dunia luar.

2.0 LATAR BELAKANG LAKSAMANA ZHENG HE.

Menurut sejarah Dinasti Ming, Laksamana Zheng He dilahirkan pada tahun 1371 M di Distrik
Kunyang , Provinsi Yunnan , wilayah yang sudah lama dihuni oleh pemeluk islam. Laksamana
Zheng He dilahirkan dari keluarga miskin etnik Hui di Yunnan. Hui adalah komunitas muslim
cina berdasarkan campuran Mongol-Turki. Ayahnya bernama Ma Hazhi ( Haji Ma ) manakala
ibunya bermarga Wen. Menurut seorang ahli sejarah bernama Prof Haji Lie Shishou
,Laksamana Zheng He dikatakan berasal dari keturunan ke-37 Nabi Muhammad S.A.W.
Dikatakan bahawa nenek moyang Zheng He yang ke-11 adalah utusan duta besar negeri
Bukhara yang bernama Sayyidina Syafii ( cucu ke-26 dari Nabi Muhammad S.A.W ).3

Laksamana Zheng He dikenali dengan pelbagai nama antaranya Cheng Ho,The


Ho,Sam Po ( Sam Bao ), Sam Po Kong ( San Bao Gong ), Sam Po Taijin ( San Bab Da ren ),

3Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi
Selangor, 2000 ,Hlmn 29.

3
Sam Po Toa Lang dan Sam Po Tai Kam ( San Bao Taijin ).4 Walaubagaimanapun , nama aslinya
adalah Ma He. Nama-nama itu sangat popular dikalangan orang-orang Tionghoa Asia
Tenggara, khususnya dikalangan generasi tua. Namun begitu, pengetahuan mereka mengenai
asal usul sejarah kehidupan Laksamana Zheng He lebih banyak didasarkan kepada lagenda
atau dongeng.

Pada waktu Zheng He berusia 12 tahun, Provinsi Yunnan direbut oleh tentara Dinasti
Ming menggantikan Dinasti Yuan. Saat itu Zheng He dan sejumlah anak muda lainnya ditawan
dan dikebiri oleh tentara Ming. Zheng He dibawa ke Nanjing sebagai kasim atau pelayan intern
di istana. Sejak berbakti kepada pangeran Zhu Di, putera ke-4 Kaisar Zhu Yuanzhang (kaisar
pertama Dinasti Ming), Zheng He memanfaatkan segala fasilitas dengan banyak membaca
dan ikut bertempur. Berkat keberanian dan kecerdasan Zheng He yang turut sama
menggulingkan Kaisar Zhu Yunwen membuat Kaisar Zhu Di kagum padanya. Sejak itu
dianugerahilah nama marga Zheng kepada Ma He (nama asli Zheng He). Diangkatnya sebagai
kepala kasim intern di Istana,Zheng He bertugas membangun istana, menyediakan alat-alat
istana, mengurus gudang, dan lain-lain.5

Pada awal abad ke-15, Kaisar Zhu Di memerintahkan Zheng He untuk melakukan
pelayaran-pelayaran (ekspedisi laut) ke Samudera Barat dalam rangka menjalin persahabatan
dan memelihara perdamaian antara Tiongkok dengan negara-negara asing. Zheng He pun
diangkat sebagai laksamana, dan komandan tertinggi. Dalam ekspedisinya, Zheng He
didampingi oleh wakil dan sekretarisnya, di antaranya: Laksamana Muda Heo hien (Husain),
Ma Huan, dan Fei Shin (Faisal). Selain Ma Huan yang mahir berbahasa Arab, Zheng He juga
mengikut-sertakan Hassan, seorang imam dari bekas Ibukota Sin An (Changan), yang
bertindak sebagai juru bahasa Arab. Dalam “politik diplomasi laut” itu Kaisar Zhu Di menggelar
armada berjumlah 62 kapal besar dan 225 junk (kapal berukuran lebih kecil) serta 27,550
perwira dan prajurit, termasuk ahli astronomi, politikus, pembuat peta, ahli bahasa, ahli
geografi, tabib, juru tulis, dan intelektual agama.

Zheng He telah mengadakan ekspedisi pelayarannya sebanyak tujuh kali mengelilingi


dunia. Ekspedisi Zheng He telah jauh mendahului ekspedisi yang dilakukan oleh pengembara
Eropah seperti Christopher Colombus, Ferdinand Magellan, pengembara Portugal,Vasco da

4 Yusuf Liu Baojun, Admiral Zheng He (1371-1433 ) – The Great Muslim Envoy Of China : Malaysian Institute Of
Historical and Patriotism Studies,2004, Hlmn 30.

5 Adhes Satri, The Great Muslim Traveler,2009, Hlmn 114-121.

4
Gama dan lain-lain sejak tahun 1405-1433.6 Dalam pelayarannya,Zheng telah mengunjungi
lebih daripada 37 buah negara. Pelayaran Zheng He telah banyak memainkan peranan yang
penting kepada masyarakat dunia. Sumbangannya kepada masyarakat dunia amat besar dan
tidak dapat disangkal lagi.

3.0 SUMBANGAN LAKSAMANA ZHENG HE KEPADA MASYARAKAT DUNIA.

Sejarah pelayaran dunia telah memperlihatkan beberapa orang tokoh pelayaran yang cukup
terkenal dan tidak asing lagi namanya di mata dunia. Tokoh pelayaran China pada zaman
Dinasti Ming umpamanya Laksaman Zheng he merupakan seorang yang tidak dapat dinafikan
lagi kehebatannya dalam pelayarannya. Sumbangan Laksamana Zheng He kepada dunia pada
hari ini sangat besar dan sebahagian barangan yang dipamerkan merupakan sebahagian
daripada hasil pelayaran Zheng He ke Samudera Barat. Sebanyak 7 kali pelayaran Zheng He
ke Asia-Afrika pada awal abad ke 15 merupakan suatu lembaran yang gemilang dalam sejarah
dunia. Sumbangan dan jasanya kepada dunia dapat dilihat dalam bidang pelayaran
antarabangsa, bidang perniagaan dan perdagangan serta bidang kebudayaan.

3.1 SUMBANGAN DALAM BIDANG PELAYARAN ANTARABANGSA.

Kawasan-kawasan Asia-Afrika yang dikunjungi oleh Laksamana Zheng He semasa


pelayarannya meliputi kawasan di Semenanjung Indochina ( Campa,Kemboja,Siam,Cap
Varella ), kawasan di Semenanjung Tanah Melayu ( Melaka, Kelantan , Pahang ,Langkawi,
Kuala Kedah, Gunung Sembilan ) , Kepulauan Nusantara ,Kepulauan Filipina ,Teluk Persia (
Ormuz ) ,Arab ( Mekah, Aden ) dan kawasan di bahagian Afrika.7

Laksamana Zheng He merupakan seorang tokoh pelayaran yang jauh lebih awal
memulakan pelayarannya berbanding beberapa ahli pelayaran Eropah yang lain umpamanya
Christopher Colombus ,Vasco da Gama dan Ferdinand Magellan. Setakat ini,data-data seperti
peta pelayaran yang dibuat oleh Zheng He semasa pelayarannya masih sangat berharga
untuk pelayaran antara Negara-negara di Asia-Afrika sehingga hari ini. Peta itu kemudian
dimuatkan dalam buku sejarah Wu Bei Zhi ( jil, 240 ) yang disunting oleh Mo Yuanyi pada
Dinasti Ming dengan judul “Peta Pelayaran Untuk Menuju Negara-negara Asing dari Dok Kapal

6Prof Kong Yuanzhi,Muslim Tionghoa Cheng Ho- Misteri Perjalanan Muhibah Ke Nusantara,Jakarta: Pustaka
Populer Obor,Jakarta,2007,Hlmn 1

7Kong Yuanzhi, Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan


Malaysia,Bangi,Selangor,2000,Hlmn 103

5
Pusaka dan Berangkat dari Bandar Sungai Naga” yang singkatnya disebut sebagai “Peta
Pelayaran Zheng He”. Peta pelayaran itu terdiri daripada 20 halaman dan termuat gambar-
gambar dengan cermat tentang pelayaran Zheng He yang berangkat dari Nanjing ke pelbagai
kawasan ,pulau dan Bandar di Negara-negara Afrika. Peta tersebut bukan sahaja merupakan
peta dunia yang paling tererinci tentang Asia-Afrika di China pada awal abad ke 15 tetapi
merupakn peta pelayaran ke Asia dan AAfrika yang paling awal terdapat di China.8

Peta Zheng He

Sebagaimana yang diketahui oleh Dao Yi Zhi Lue ( Catatan tentang Pulau-pulau di
Luar Negeri ) yang di tulis oleh Wang Dayuan pada tahun 1349 itu telah menyimpulkan
pengetahuan orang China mengenai Negara-negara seberang laut sejak Dinasti Tang ( 608-
907 ) dan Dinasti Song ( 960-1279 ). Nama-nama yang terdapat dalam peta pelayaran Zheng
He berjumlah lebih daripada 500 buah tempat. Namun jumlah nama tempat asing yang
tercatat dalam Dao Yi Zhi Lue tersebut hanya 1/3 daripada yang ada dalam peta pelayaran
Zheng He.9 Kawasan pelayaran Zheng He yang diperlihatkan dalam peta tersebut merangkumi
kawasan di Semenanjung Indochina, Semenanjung Tanah Melayu, Semenanjung Hindia
sampai ke pantai sebelah timur benua Afrika. Daripada peta itu terdapat pula petunjuk
mengenai pemakaiankompas dan tanda-tanda letaknya bintang. Semua itu mencerminkan
kemajuan pelyaran China pada zaman Dinasti Ming yang dilakukan oleh Zheng He.

Pelayaran Zheng He telah banyak memperkaya pengetahuan manusia mengenai


kawasan-kawasan di sekitar Lautan Pasifik dan Lautan Hindia. Daripada peta pelayaran Zheng
He dapat dilihat bahawa tempat-tempat yang didatangi oleh Zheng He semua telah diberikan
nama. Daripada 500 buah tempat iti terdapat nama tempat di luar China yang berjumlah tidak
kurang daripada 300 buah tempat. Nama-nama tempat itu kebanyakkan menunjuk kepada
tempat-tempat di sepanjang pantai Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia, Sub

8Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor : Universiti Kebangsaan


Malaysia,Bangi,Selangor,2000,Hlmn 104

9 Jabatan Pelajaran Sabah,Skema Jawapan STPM Sejarah 1: Sektor Pengurusan Akademik,JPN,2011,Hlmn 20.

6
Daratan Hindia dan Semenanjung Arab. Dalam peta tersebut terdapat juga beberapa tempat
sepi yang tidak dinamakan oleh Zheng He tetapi tetap diberi catatan bahawa disana “ada
penduduk”. Pelayaran Zheng He “telah mencapai suatu hasil yang unik dalam sejarah usaha
pelayaran”.10 Pelayaran-pelayaran itu telah memperlihatkan “teknik pelayaran China yang
melebihi operasi pelayaran sebelumnya di mana jua” .11

Menurut sebuah majalah Indonesia,salah satu hasil terpenting daripada keseluruhan


perjalanan pelayaran Zheng He adalah terdapatnya 24 peta pelayaran yang dicetak dengan
nama Zheng He’s Navigation Map. Dalam peta tersebut juga dinyatakan fakta-fakta mengenai
arah pelayaran,jarak di lautan,pelbagai Bandar dan beting-beting semuanya telah dihuraikan
secara terperinci oleh Zheng He dan rombongannya semasa pelayaran tersebut. Selain
itu,peta mengenai geografi lautan buatan China yang pertama yang ketepatannya tidak kalah
jika dibandingkan dengan peta-peta buatan alat teknologi canggih pada masa kini.12
Semestinya Zheng He telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelayaran
antarabangsa kerana melalui peta-peta tinggalannya telah membolehkan manusia meneroka
alam dan mencari khazanah alam sehingga ke benua Afrika.

Peta pelayaran Zheng He. Replika Kapal Pelayaran Zheng He

3.2 SUMBANGAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN.

Menurut catatan buku sejarah China,barang-barang yang dibawa ke Samudera Barat oleh
Laksamana Zheng He antara lain ialah pelbagai kain sutera,sulaman

10 Encylopedia Of World Biography,1973,Hlmn 547

11 The Encylopedia American,1983,Hlmn 397

12Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2000,Hlmn 106

7
,porselin,emas,perakgangsa,alat besi untuk sembahyang atau memasak,beras,kapur barus
dan buku sehingga sebahagian genteng untuk istana negeri asing pun merupakan hasil
bawaan Zheng He semasa pelayarannya. Manakala yang dibawa pulang oleh Laksamana
Zheng He ke China antara lain ialah mutiara,Kristal,ratna mutu manikam,ramuan seperti
cengkih,kemenyan,cula badak,wangi-wangian,rempah-rempah dan pelbagai jenis kayu serta
kain. Dicatatkan bahawa barang-barang tersebut merupakan cenderamata yang ditukarkan
antara dua pemerintah dan sebahagian yang lain merupakan hasil perniagaan atau tukar
barang yang dikenali sebagi sistem barter.13

Dalam hubungan ini dapat dicatat secara lebih jelas bahawa China memperoleh
daripada empayar-empayar di Asia Tenggara hasil mansul seperti minyak tanah, kapak,
belerang, rempah-remapah, kemenyan ,kayu-kayuan dan sarang burung laying-layang di
samping binatang-binatang yang langka dan ratna mutu manikam yang sangat berharga.
Sedangkan empayar-empayar Asia Tenggara memperoleh daripada China antara lain sutera
dewangga,kain,porselin,alat bercat,alat emas dan perak,alat pertanian,ubat-ubatan dan
pelbagai hasil kerajinan tangan.14 Semua ini sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak
dan semestinya hasil daripada pelayaran Zheng He.

Di Muzium Negara Kuala Lumpur telah dipamerkan banyak alat porselin Dinasti Ming
seperti piring , mangkuk, cangkir, teko ,kendi ,dulang, pedupaan dan guci. Ada yang
bertuliskan ayat-ayat al- Quran atau kalimah syahadat dalam huruf Arab.15 Jenis porselin ini
terkenal dengan “Mohamedan Blue” dan dalam hal ini Othman Mohd Yatim (1981) telah
memberikan banyak data mengenainya. Sebahagian porselin Dinasti Ming itu kemungkinan
dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh rombongan Zheng He kerana dalam buku China
pada masa itu ada mencatatkan bahawa porselin dibawakan sebagai cenderamata atau
barang jualan dalam pelayarannya ke Samudera Barat termasuk ke Semenanjung Tanah
Melayu. Akhbar Malaysia juga pernah mencatatkan bahawa pada tahun 1954 terdapat 33
buah porselin Dinasti Ming yang Berjaya digali atau ditemui di Johor dan kebanyakkan porseli
itu merupakan hasil Jingdezhen Propinsi Jiangxi Dinasti Ming.

Namun peningkatan mutu porselin Jingdezhen yang terkenal itu semacam bahan
porselin yang bernam “boging” ( dalam ejaan bahasa cina ) yang justeru dibawa ke China

13 Jabatan Pelajaran Sabah,Skema Jawapan STPM Sejarah 1: Sektor Pengurusan Akademik,JPN,2011,Hlmn 21.

14Prof Kuang Yuanzhi, Muslim Tionghoa Cheng Ho- Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara,Jakarta: Pustaka
Populer Obor,Jakarta,2007,Hlmn 106.

15Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2000,Hlmn 107.

8
oleh Zheng He dari bahagian utara Pulau Kalimantan. Bahan itu sangat penting untuk
membuat porselin putih yang telah berkembang di Jingdezhen. Dengan kata lain masyarakat
melayu pada ketika itu telah membantu China dalam meningkatkan mutu porselinnya. Di
samping itu,pada zaman Dinasti Ming sudah ada banyak ramuan dan rempah-rempah yang
diimport dari Melaka,Johor dan Pahang ke China umpamanya kayu angsana,kayu
gaharu,damar dan sebagainya. Ramuan Semenanjung Tanah Melayu tersebut telah
memperkaya pasar ramaun di China dan sangat bermanfaat bagi kesihatan rakyat China. Hasil
ini pun sesuatu yang mesti daripada pelayaran Zheng He ke Semenanjung Tanah Melayu. Ini
merupakan suatu jasa besar Zheng He dalam menyelamatkan dan melicinkan serta
memajukan dunia perniagaan dan perdagangan samaada di Samudera Barat mahupun di
China.

Piring Lama Zaman Dinasti Ming di era

pelayaran Laksamana Zheng He ke Tanah Borneo

3.3 SUMBANGAN DALAM BIDANG KEBUDAYAAN.

Pelayaran-pelayaran Zheng He telah berjaya menggalakkan perhubungan budaya antara


China dengan Negara-negara lain di Asia dan Afrika. Zheng He telah memberikan sumbangan
yang besar kepada masyarakat dunia pada hari ini dalam bidang kebudayaan.16 Sejarah
mencatatkan bahawa Zheng He telah membantu dalam penyebaran agama islam di luar China
memandang Zheng He juga merupakan seorang penganut beragama islam. Sumbangan
pelayaran Zheng He dalam bidang kebudayaan dapat dilihat dalam penghasilan 3 buah buku
sejarah yang penting, penyampaian almanak China, seni dan sastera dan penyebaran agama
islam di luar China.

“Laksamana Cheng Ho Pelayar Tersohor Pada Zaman Silam Cina”, dlm,


16

www.malay.cri.cn/147/2006/12/13/101@60255.htm .Di akses 1 Mei 2014

9
3.3.1 Penghasilan tiga buah buku sejarah yang penting.

Sebagai anggota rombongan pelayaran Zheng He, Ma Huan ,Fei Yin dan Gong Zheng telah
menulis 3 buah buku pelayaran mereka. Tiga buah buku tersebut berjudul Ying Ya Sheng Lan
( Pemandangan Indah Di Seberang Samudera ), Xing Cha Sheng Lan ( Menikmati
Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti ) dan Xi Yang Fan Guo Zhi ( Catatan Mengenai
Negara-negara Samudera Barat ).17 Buku-buku tersebut Berjaya mencatatkan negara-negara
utama yang dikunjungi oleh Laksamana Zheng He baik mengenai letaknya alam,iklim,sumber
alam dan hasil mahsulnya mahupun tentang adat istiadat,agama,kehidupan
penduduk,masyarakat dan bahasanya. Catatan yang begitu cermat dan menarik dalam
melukiskan negara-negara di Asia-Afrika tidak ada bandingan di antara buku-buku sejarah
pada masa itu dan sebelumnya baik di China mahupun di luar China.

Misalnya dalam catatan tiga buah buku tersebut dapat diketahui bahawa pada
pertengahan pertama abad ke 15,agama islam sudah tersebar luas di Melaka. Menurut Ma
Huan, di Melaka baik raja mahupun rakyatnya menganut agama islam. Tetapi dalam
memperkenalkan Pahang,Langkawi,Gunung Sembilan dan Pulau Aur ( di sebelah Timur Pantai
Johor ) tidak ada catatan mengenai agama islam malahan tentang Pahang tercatat bahawa
adat istiadat di Pahang sangat aneh. Dalam hal ini catatan-catatan itu telah menunjukkan
suatu fakta bersejarah bahawa agama islam masuk ke Melakalebih awal daripada Pahang dan
beberapa negeri yang lainnya. Dalam kata-kata lain buku-buku tersebut telah membantu
masyarakat melayu dalam membahas sejarah kemasukan agama islam di Malaysia dan juga
mengenai masalah-masalah lainnya.

Ketiga-tiga buah buku tersebut banyak membantu masyarakat dunia untuk lebih baik
mengenal bangsa-bangsa lain di Asia dan Afrika serta di Samudera Barat dan sekaligus
merupakan buku sejarah yang penting bagi sejarawan di rantau ini untuk menyelidiki sejarah
negerinya pada awal abad ke 15. Dalam banyak buku sejarah Indonesia ( Mohammad Said
,1961 ) selalunya terdapat petikan daripada ketiga-tiga buah buku tersebut. Maka tidak
berlebih-lebihan apabila sebuah surat khabar Jakarta yang menulis dan mencatatkan bahawa
karya-karya orang China mengenai Indonesia pada zaman kuno tidak kalah pentingnya jika
disbanding dengan Candi Borobudur, Candi Prambanan dan Candi Sewu kalau dipandang dari
persepktif sejarah dan kebudayaan. ( Republik Ahbar Indonesia, 3 Februari 1960 ). Hal ini
dapat dilihat dengan jelas bahawa tanpa pelayaran Zheng He ke Asia-Afrika,mustahil tiga

17Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2000,hlmn 108

10
buah buku tersebut berjaya dihasilkan. Justeru Zheng He telah memainkan peranan yang
cukup besar dalam penghasilan buku-buku tersebut.

3.3.2 Penyampaian almanak China.

Dalam pelayaran menuju ke Samudera Barat,Zheng He tidak lupa untuk menyampaikan


kepada negara-negara yang dikunjunginya almanak, pakaian kerajaan, buku,alat penimbang
dari China di samping emas, sutera dewangga, porselin dan sebagainya.18 Seperti yang
diketahui umum,almanak China pada Dinasti Ming sudah cukup maju. Almanak itu terdiri
daripada almanak pemerintah dan almanak rakyat. Ianya bukan sahaja menunjukkan
hari,bulan dan tahun inilek sahaja malah turut mencatatkan 62 bidang daripada upacara
kenegaraan sampai kepada cara kehidupan rakyat China umpamanya pemujaan kepada
Tuhan atau nenek moyang, promosi pegawai kerajaan, persembahan laporan kepada
raja,jamuan kenegaraan,pengiriman utusan ke luar negeri ,pengubatan (akupunktur) dan
sebagaainya. Pendeknya almanak itu seperti suatu ensiklopedia China yang merangkumi
keadaan politik,ekonomi,sosial dan kebudayaan dunia pada masa itu.19

Pakaian kerajaan China ada juga disampaikan kepada berbagai-bagai negara yang
dikunjungi Zheng He dengan maksud agar negara-negara itu dapat mencontoh tatakrama
China yang maju. Menurut catatan Ma Huan dalam bukunya pada tahun 1451, pakaian
kerajaan China pernah disampaikan oleh Zheng He kepada Brunei, Siam, Jawa, Campa,
Melaka,Ceylon,Calicut dan sebagainya. Dan pada tahun 1409, empayar Melaka dihadiahkan
mahkota dan pakaian kerajaan. Utusan-utusan asing yang berkunjung ke China merasa suatu
kehormatan apabila dapat memperoleh pakaian kerajaan China. Misalnya pada tahun 1406,
utusan Brunei sebelum balik ke negerinya memohon kepada Raja Zhu Di agar dihadiahkan
topi dan pakaian kerajaan Xhina lantaran mengagumi tatakrama China dan permohonannya
terkabul. ( Catatan Ming Cheng Zu Shi Lu, catatan mengenai Cheng Zu Dinasti Ming, jil .40
).20

Di samping itu,kepada negara-negara yang dikunjungi disampaikan oleh Zheng He


bingkisan atau cenderamata berupa alat penimbang dan buku yang antara lain ialah buku Gu
Jin Lie Nu Zhuan ( Hikayat Wanita Tabah Sepanjang Masa ). Seperti diketahui, tidak sedikit

18Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2000,Hlmn 111

19Prof Kong Yuanzhi,Muslim Tionghoa Cheng Ho- Misteri Perjalanan Muhibah di Nusantara,Jakarta: Pustaka
Populer Obor,Jakarta,2007,Bab 20

20Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2002,Hlmn 110

11
negara di Asia-Afrika pada masa itu belum punya alat penimbang yang baik dan alat
penimbang China yang cukup maju waktu itu amat diperlukan oleh mereka. Sebagai salah
satu contoh, pada tahun 1404, Siam pernah mengirim utusannya ke China dan meminta
dihadiahkan alat penimbang China agar nanti dapat dibuat imitasi di Siam.( Caatatan Ming
Chen Zu Shi Lu ,ctatan mengenai Cheng Zu, vol 31 ). Pelayaran Zheng He menyebabkan
masyarakat dunia dapat mengetahui barangan China yang mutu dan telah memberi kebaikan
dan manfaat mereka di samping mereka dapat mengetahui kebudayaan negara-negara lain.

3.3.3 Penyebaran Agama Islam Di Luar China.

Zheng He telah banyak mengadakan kegiatan Islam di China dan sebagai seorang Laksamana
Muslim,Zheng He sudah pasti akan mengambil inisiantif untuk menyebarkan agama Islam di
negara-negara yang dikunjunginya. 21 Misalnya,penyebaran agama Islam yang dilakukan oleh
Zheng He di Semarang sudah banyak dicatat di kalangan sarjana terutamanya sarjana
Indonesia. Seperti yang diketahui umum, Gedung Batu terkenal sebagai tapak persinggahan
Zheng He di Semarang pada awal abad ke-15. Zheng He pernah menyebarkan agama Islam
di sekitar Gedung Batu yang menjadi merupakan pusat penyebaran agama Islam pada zaman
dahulu ( Christiyano,1982 ). Pada masa berkembangnya masyarakat Islam Cina yang
merupakan hasil binaan para pengikut Zheng He,tempat ibadat yang ada di situ sebenarnya
berupa masjid kecil.22

Bukan itu sahaja, Laksamana Zheng He turut menyebarkan agama islam di pelbagai
tempat di Jawa dan di Sumatera. Zheng He merupakan tokoh Islam yang pertama berkunjung
ke Jawa dan menurut catatan buku-buku Indonesia, terdapat masyarakat Cina Islam di
Palembang pada tahun 1407 iaitu dua tahun kemudian selepas bermulanya pelayaran Zheng
He yang pertama. Pada tahun 1411 ketika Zheng He balik dari pelayarannya yang ketiga, di
Tuban,Gresik,Mojokerto,Jakarta,Cirebon dan tempat lainnya di Jawa terdapat banyak masjid
yang didirikan. Pada tahun 1430,iaitu satu tahun sebelum bermulanya pelayaran Zheng He
yang ketujuh,sudah terdapat masyarakat Cina di Tuban, Gresik dan Cirebon. Terdapat juga
catatan yang menyatakan bahawa Zheng He turut melakukan penyebaran agama Islam di
negara-negara lain di Asia Tenggara semasa pelayarannya.

Pelayaran Zheng He telah menyebabkan agama Islam berkembang dengan pesat. Hal
ini kerana,setiap negeri yang dikunjunginya pasti akan berlaku penyebran agama Islam

21Prof Kong Yuanzhi,Muslim Tionghoa Cheng Ho- Misteri Perjalanan di Nusantara,Jakarta:Pustaka Populer
Obor,Jakarta,2007,Bab 20

22Kong Yuanzhi,Pelayaran Zheng He Dan Alam Melayu,Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi


Selangor,2000,Hlmn 114

12
samaada melalui Zheng He mahupun pengikut-pengikut bersesuaian dengan sebahagian
daripada matlamat pelayarannya iaitu untuk menyebarkan agama Islam di luar China.

Masjid Mohamad Cheng Ho,Surabaya.

4.0 KESIMPULAN.

Laksamana Zheng He merupakan tokoh pelayaran China yang sangat terkenal dan hebat
dalam mengemudi armadanya. Matlamat ekspedisi pelayarannya dari Nanjing ke Samudera
Barat adalah untuk memperluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di
Asia, mengemukakan tentang maklumat tentang wilayah asing,mewujudkan negeri naungan
dan sebagainya. Kehebatannya dalam mengemudi armadanya serta kebijaksanaan dan
kecerdikan Laksamana Zheng He menyebabkan kehadirannya ke tempat-tempat yang
dikunjungi mendapat sambutan yang baik.

Laksamana Zheng He telah banyak berjasa kepada masyarakat dunia sama ada dalam
bidang pelayaran antarabangsa, bidang kebudayaan ,bidang perniagaan dan perdagangan
mahupun dalam bidang perhubungan antarabangsa. Dalam setiap ekspedisi yang
dilakukannya,beliau telah memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat
dunia. Misalnya dalam bidang pelayaran antarabangsa, peta yang digunakan oleh Laksamana
Zheng He semasa pelayarannya masih lagi digunakan oleh masyarakat dunia sehingga pada
hari ini peta tersebut masih berguna dalam bidang pelayarannya walaupun sudah berusia
berabad-abad lamanya. Pelayaran Zheng He telah membolehkan masyarakat dunia meneroka
alam dan mengelilingi dunia. Begitu juga dengan bidang yang lain,Laksamana Zheng He telah
memberi sumbangan yang cukup besar.

Tuntasnya,sememangnya Laksamana Zheng He merupakan tokoh pelayaran China


muslim yang wajar dipandang tinggi dan dikagumi oleh masyarakat dunia. Pelayarannya
sememangnya mampu dijadikan inspirasi kepada masyarakat khususnya kepada generasi
muda pada hari ini.

13
5.0 RUJUKAN.

BUKU.

Adhes Satria.2007.The Great Muslim Traveler.

Chia Lin Sien and Sally K . Church.2012.Zheng He and The Afro Asian World ,Melaka :
Melaka Museums Corporation ( Perzim ).

Hum Sin Hoon.2012.Zheng He’s Art Of Collaboration, Singapore:Institute Of Southeast Asian


Studies Singapore.

Jabatan Pelajaran Sabah.2011.Skema Jawapan STPM Sejarah 1: Sektor Pengurusan


Akademik ,JPN.

Kong Yuanzhi.2000.Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Selangor : Universiti kebangsaan


Malaysia,Bangi Selangor.

Leo Suryadinata.2005.Admiral Zheng He And Southeast Asia , Singapore : Institute Of


Southeast Asian Studies Singapore.

National Library Board.2005.Zheng He and Maritime Asia,Singapore : The National Library


Board,Singapore.

Prof Kong Yuanzhi.2007.Muslim Tionghoa Cheng Ho- Misteri Perjalanan Di


Nusantara,Jakarta:Pustaka Populer Obor,Jakarta.

Yusuf Liu Baojun.2004.Admiral Zheng He (1371-1433) – The Great Muslim Envoy Of China :
Malaysia Institute Of Historical and Patriotism Studies.

14
ENCYLOPEDIA.

The Encylopedia American.1983.

Encylopedia Of World Biography.1973.

INTERNET.

Aznan Bakar. “Uniknya Masjid Cheng Ho”. dlm. www.utusan.com.my/utusan/Bicara_


Agama/20140430/ba_05/uniknya_masjid_cheng_ho . Di akses 1 Mei 2014.

Hazirah Che Sab.Cheng Ho Kembali”. dlm. www.bharian.com.my/bharian


/article/ChengHoKembali/index . Di akses 1 mei 2014.

“Laksamana Cheng Ho Pencetus Revolusi Tamadun Islam”. dlm. www.ilustrasipenahitam


.blogspot.com. Di akses 1 Mei 2014.

“Laksamana Cheng Ho Pelayar Tersohor Pada Zaman Silam China”. dlm. www.malay.cri.cn/
147/2006/12/13/101@60255.htm . Di akses 28 March 2014.

15

Anda mungkin juga menyukai