Anda di halaman 1dari 2

TEMA Soalan: Nilaikan sumbangan al Mas’udi dalam bidang penerokaan (20m)

2.4

Abu Hassan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi, (895M-957M) berbangsa Arab dari
keturunan Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW,
merupakan antara tokoh pengembara dan ahli pelayaran islam terawal dan
P
banyak berjasa dalam bidang pelayaran dan intelektual. Beliau telah
menunjukkan minat terhadap sejarah, pola kehidupan dan adat negara-negara
asing.

F – Hasil Karya

H1 – Kitab MURUJ AD-DHAHAB (THE MEADOW OF GOLD), karya agung 9 jilid


mengisahkan pengalamannya menjelajah banyak negara termasuk China, Sri
Lanka, Alam Melayu dan Indo-China serta mengenali pelbagai bangsa,
menjelaskan kejadian gempa bumi serta perubahan iklim yang dialami oleh
negara2 berkenaan, karya ini memberi sumbangan besar dalam perkembangan
ilmu geografi.
Fakta 1
H2 – Kitab MURUJ AL-ZAMAN (THE HISTORY OF TIME) mengandungi 30 jilid
mengisahkan sejarah politik, geografi dan keadaan penduduk negara yang
dilewatinya.

K- Hasil karya2 beliau memberi sumbangan dalam meningkatkan kegiatan


intelektual dan perkembangan tamadun dunia, khasnya dalam bidang pelayaran
dan penerokaan

F – Sumbangan dalam bidang pelayaran

H1 – Al-Mas’udi berjaya menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan


pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama lautan dan sungai yang
bertindih antara pelbagai nama asing. Beliau menyusun nama-nama lautan
secara kronologi, contohnya, Lautan Hargin kepada lautan Hindi
Fakta 2 .
H2- Beliau membetulkan tanggapan para pelaut yang mengatakan bahawa setiap
laut adalah berasingan. Menurutnya, lautan bersambungan antara satu sama lain
seperti Lautan Hindi, Lautan China dan Lautan Parsi

K- Penemuan Al-Mas’udi dalam ilmu pelayaran ini telah memberikan maklumat


berguna serta sumbangan bermakna kepada para pelaut dan pelayar dunia.

F – Sumbangan dalam bidang geografi

H1 – Al-Mas’udi memberi penerangan secara terperinci dalam karyanya al-Muruj


terhadap perkara yang dilihat mengenai geografi fizikal . Contohnya, tentang
gempa bumi dan gambaran Laut Mati
Fakta 3
H2 – Al-Mas’udi berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal
dan struktur tubuh sesuatu bangsa. Contohnya kulit orang Turki yang tinggal di
utara India berbeza dengan kulit orang Turki yang tinggal di negara asalnya.

Fakta 4
F - Sumbangan dalam bidang sejarah

H1 –Melalui catatan pengembaraanya, al-Mas’udi telah memperkenalkan disiplin


baharu ilmu pensejarahan melalui methologi penulisan sejarah menggunakan
kaedah pemerhatian, pengalaman dan sebagainya.

H2 – Tema2 penulisan beliau meliputi pelbagai bangsa, raja dan dinasti. Dalam
penceritaan peristiwa sejarah, beliau menyajikan bahan yang menarik, dikuatkan
dengan peristiwa politik, peperangan dan adat istiadat disamping pembatasan
keadaan geografi. Pendekatan ilmu sejarah al-Mas’udi menjadi ikutan sejarawan
terkenal seperti Ibn Khaldun.

F- Sumbangan dalam bidang sains dan teknologi

H1- Beliau merupakan pengarang pertama yang menceritakan dalam karyanya


tentang kincir angin yg dicipta oleh seorang saintis Islam di Sijistan manakala
cecair petroleum dinamakan “atam” yang mana tidak pernah disebut oleh mana2
pelayar sebelumnya
Fakta 5

K1 – Penerokaan al-Mas’udi telah memberikan impak besar dalam bidang


intelektual dan pelayaran dunia. Pengembaraan dan penerokaan yang dilakukan
K
oleh tokoh pelayar islam ini telah berjaya membuka mata penduduka Tanah Arab
dan Barat kepada dunia luar.

Anda mungkin juga menyukai