Anda di halaman 1dari 16

KESENIAN ISLAM 

Pengenalan
Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri
manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. 
Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan
memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa
menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap
bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan
falsafah mencari kebenaran.

Difinisi seni
Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik,
drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak,
muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert
Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk
mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu
merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk 

Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta
perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran,
kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah
nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang Seni


Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa
menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam
telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun
Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan
tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi
yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan
ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)

Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam
kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun
perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop
yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak
pula kikir dan sempit. 

Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu
sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya
Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan
perhiasan Allah yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf,
ayat 31-32)

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran
sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah
manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan
permai. 

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia.
Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu
sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni
sastera dan lain-lain.

Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada
keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan
binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa.
Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan
salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah
nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu
dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi. 

Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada
keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. 


1. Seni Ukiran
i. Tembikar
ii. Ukiran Logam
iii. Ukiran Kaca
iv. Ukiran Kayu.
v.Ukiran Perhiasan
vi. Permata

2. Kaligrafi Khat Arab

3. Seni Bina Bangunan 

4. Muzik, 

5. penulisan dan puisi

GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Pengenalan

Ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi umat Islam, kerana dari ilmu
inilah akan dapat diketahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga
tempat mereka menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mereka mempelajari ilmu
ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan benua Afrika dan
Bahagian Utara pula telah sampai ke Rusia. 

Tokoh Geografi dan pelayaran Islam

1. Sulaiman
Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan
laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Siraf, ke negeri China dan India.
Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan. 

2. Thabit Ibn Qurrah (289H/901M) 


Beliau telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan beberapa tempat di bumi
berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud. 

3. Ibn Khurdazbih
Beliau berketurunan Parsi telah menghasilkan sebuah buku geografi yang amat bernilai pada
tahun 232H/846M yang diberi judul "Kitab al Masalik wa al-Mamalik". Buku yang bernilai khusus
tentang topografi ini dikatakan merupakan karya pertama dalam bidang ini yang ditulis secara
bebas. Ia telah dipergunakan oleh Ibn Faqih, al-Maqdisi, Ibn Hawqal dan penulis-penulis
geografi lain pada masa selepasnya. 

Abu AbdullahAl-Battani (868- 929M)


Al-Battani dikenali di Barat dengan nama Albategnius. Beliau amat terkenal dalam bidang
matematik dan astronomi. Penemuan beliau yang agung termasuklah menetapkan tahun
syamsiah menepati penemuan pada hari ini, iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat. Battani
juga menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik. Beliau memperincikan kaedah kiraan
dengan menggunakan konsep sinus dan tangen. Buku-buku beliau dalam bidang astronomi
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad kedua belas di bawah tajuk De scienta
stellerum — De numeris stellerum et motibus. Copernicus dalam bukunya, De Revolutionibus
Orbium Clestium menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada Al-Battani.

5. Ibn Batuta (704 – 779H / 1304 – 1372M) – Bapa Pelayaran


Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Ibrahim Al Lawati iaitu ahli geografi dari Moroko. Lahir di
Tanja, dan mati di Marakas, Moroko, berketurunan Libya. Beliau sangat meminati pelayaran dan
pengembaraan dan telah menjelajah negara-negara Asia, Afrika dan Timur Eropah yang
memakan jarak sejauh 120 ribu kilometer selama 38 tahun . Beliau sangat prihatin dalam
pengembaraan. Apabila memasuki sesebuah negara, ia akan bertanya segala yang menyentuh
pakaian, makanan, kebudayaan dan peralatan. Beliau pernah dilantik menjadi kadi di Delhi, India
ketika mengembara di sana dan beberapa kali diutus menjadi wakil di beberapa tempat.
Pengembaraannya yang masyhur ialah pada 1/3 yang terakhir , ketika menjelajahi negara Afrika
dan negara-negara Islam. Selepas itu beliau menetap di Pas, Maghribi bagi mentafsirkan hasil
pengembaraannya. Salah seorang dari penulis Dar al Ifta’ di Pas iaitu Mohd. Ibn Juzu telah
menyunting buku beliau dan menyusunnya dengan gaya bahasa yang teratur. Ada di kalangan
pengkaji barat meragui sebahagian pengembaraan Ibn Batuta tetapi pendapat ini ditolak dan
diakui oleh pengkaji yang lain. Pengembaraan Ibn Batuta disebarkan dalam buku “Tuhfat al
Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa” oleh Ibn Juza. Buku ini telah diterjemahkan ke
dalam pelbagai bahasa.

Ibnu Majid 
Nama lengkap beliau ialah Sihabuddin Ahmad bin Majid bin Amr ad-Duwaik bin Yusuf bin Hasan
bin Husain bin Abi Ma'lak as-Sa'di bin Abi ar-Raka'ib an-Najdi. Tidak diketahui tanggal lahir dan
kematiannya. Namun, beberapa sumber sejarah menyebut beliau hidup pada abad 9 H atau 15
M. Keluarga Ibnu Majid berasal dari daerah Gurun Nejd, Yaman.Lautan menjadi tempat yang tak
asing bagi Ibnu Majid sejak kecil lagi. Beliau sering mengikuti pelayaran yang dilakukan ayahnya
di kawasan Laut Merah. Ketika meningkat dewasa, pelayaran bersama kawan-kawannya
dilakukan tidak hanya di kawasan Laut Merah, tetapi sudah melangkau Samudra Hindi.
Penguasaannya ke atas kawasan Samudra Hindi mendorong dirinya membuat catatan-catatan
khusus dalam bidang ini. Ayah Ibnu Majid sendiri telah merintis penulisan buku tentang
pelayaran yang diberi judul al-Hijaziyya. Buku ini membahas tentang kondisi lautan sekitar
kawasan Hijaz. Ibnu Majid pula mengikuti jejak ayahnya dengan menulis buku-buku
tentangpelayaran yang lebih luas dan mendalam. Beberapa karangannya menjadi pedoman
pelaut ketika itu dalam mengharungi samudra yang luas. Kepandaian Ibnu Majid dalam
perhitungan pelayaran mencapai puncaknya ketika ia berhasil membuat kompas dengan 32 arah
mata angin. Kompas yang jauh lebih baik daripada kompas buatan ahli-ahli pelayaran lain ketika
itu, terutama orang Mesir dan Moroko yang merupakan bentuk awal kompas moden.

ASTRONOMI

Pengenalan
Astronomi daripada sudut bahasa bererti ilmu bintang iaitu peraturan bintang - "law of the
stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau
Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan
penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi . Astronomi juga
sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan salah satu cabang ilmu yang tertua di kalangan ilmu sains. Sejarah
pertumbuhan ilmu ini sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Pengesahan dari al-Quran
ke atas Ilmu Bintang serta kecenderungan orang Arab kepada ilmu ini menjadikan satu
dorongan yang kuat kepada kajian terperinci tentang astronomi. Ilmu falak atau astronomi
mendapat perhatian yang serius pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah sehingga
diletakkan ke tahap yang ketiga selepas ilmu tauhid serta fiqh dan kedoktoran dari segi
kepentingannya
.
Pada ketika itu, astronomi tidak hanya dipelajari dan dilihat dari perspektif keperluan ibadat
khusus saja. Ia sebagai asas kepada perkembangan bidang sains lain seperti ilmu pelayaran,
pengembaraan, ketenteraan dan pemetaan.

Sumbangan dalam bidang ini bermula apabila Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari
menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk "Siddharta" ke dalam Bahasa Arab
pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula "Jadual Pahlavi" yang diberi
nama "Zij",diikuti dengan penterjemahan karya-karya astronomi berbahasa Yunani. Antara
saintis-saintis Islam yang berjaya mengkaji ilmu astronomi terdiri daripada Yakub Ibn Tariq, al-
Kwarizmi, al-Battati, al-Farghani, al-Suffi, al-Biruni, al-Tusi dan Umar al-Khayyam.

Balai cerap telah banyak dibina di kawasan wilayah Islam. Antaranya Jundishapur, Baghdad dan
Tadammur. Terdapat juga balai cerap di Kaherah, Isfahan, Malaga, Almeria, Samarqand dan di
bandar-bandar Islam yang lain. 
Hasil pembinaan balai cerap juga dapat membantu pengkajian bagi menentukan arah kiblat
yang tepat walau berada di mana sahaja kita berada di dunia termasuk di Malaysia. 

Balai-balai cerap tersebut dilengkapi berbagai peralatan astronomi, antaranya termasuklah


astrolab yang membolehkan yang berfungsi sebagai :

i. Mengukur jarak antara sesuatu bintang diukur, 


ii. Pengukuran paksi bumi dan luas bumi. 
iii. Alat ini juga boleh digunakan untuk mengira latitud matahari dan bintang-bintang di galaksi. 

Tokoh Astronomi Islam

Al-Battani
Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan
sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai
365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

2. Al-Khawarizmi
Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah
yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang
dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari. 

3. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus


Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan
matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very
Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang
mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan
hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan
sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin
Abi Mansur, ketika pemerintahan Khalifah Al-Makmun (kira-kira pada tahun 810 Masihi).Hasil
kajian Ibn Yunus menjadi sumber data bagi pembentukan model peredaran bulan termasuk
pengiraan perubahan sekular (secular variations) bagi pergerakan bulan dan planet oleh S
Newcomb (1878) dan R Newton (1970), yang diguna pakai sehingga hari ini.

4. Nasiruddin al-Tusi 
Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai
pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau
menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda
penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China. 

5. Ibn al-Zarqiyali 
Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk
menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat
Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu
kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat. 

6. Al Bategnius
Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di
Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan
musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau
juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya.
Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan
sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat. 
bukunya “ Al Zaiju al Sabik". Bukunya terdiri dari muqaddimah dan 57 bahagian tentang cara-
cara pengiraan, sifat buruj, kadar miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim,
ukuran masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya. Karangan–
karangan beliau yang lain ialah “Zaiju al Ralqani" , “Syarah Arbau’u Maqolat Li Batlimous", “
Kitab Ta’ dil Kawakib" , “Kitab Ma’rifatul Matoli’u al Buruj fima Baina Arba’i al Falak"dan beberapa
rencana di bidang geografi. Beliau merupakan seorang yang genius dalam bidang astronomi
Islam kerana mampu menyatukan ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan teori
astronomi sehingga digelar Batlimous Arab.

MATEMATIK

Pengenalan 
Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam
bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang
menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana
Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar.
Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini
telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor
dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang
diperlukan untuk penjumlahan. 

Firman Allah
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab),
dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : 25) 
Ini semua membuktikan bahawa ilmu Sains dan juga Ilmu Hisab sudah ada di dalam Quran,
walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam
hati kita, Kitab Quran bukanlah kitab Sains, Ilmu Hisab atau Sejarah tetapi ianya adalah kitab
pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika
beramal dengannya. 

Tokoh Matematik

1. Al-Khawarizmi 

Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M). Beliau
dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena
tempat kelahirannya di Khawarizm..beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau
adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama
buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah.

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya
diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga
diasaskan oleh Khwarizmi. 

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik.
Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif
terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan
penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi
digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada
bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti
kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.
Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan
sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh
orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah
membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

2. Umar al-Khayyam 
telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-
pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses
mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan
al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan
sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar
dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf. 

3. Al Bironi dan Trigonometri 


Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya
menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang
dinamakan kaedah Al Bironi.

PERUBATAN

Pengenalan
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira bangsa,
keturunan atau ugama kerana sesiapa boleh diserang penyakit. Usaha untuk mendapatkan ubat
bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehingga
sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi
dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam sekitaran. 
Rasullullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud”

“Setiap penyakit ada ubat melainkan penyakit tua dan mati”.

Walaupun berbagai jenis ubat telah dicipta oleh manusia, namun masih banyak lagi penyakit
yang belum diketahui punca dan ubatnya. Umat Islam juga tidak terkecuali dari diserang dan
berbagai usaha dan cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasullullah s.a.w. menggalakkan
umatnya berusaha untuk mendapat ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah Baginda
menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu.

Tokoh Perubatan Islam


Sejarah Islam telah berjaya melahirkan ramai sarjana yang pakar dan tokoh yang memberi
sumbangan dalam ilmu perubatan. Antara mereka Zakaria al-Razi yang menghasilkan "Kitab al-
Hawi", Ammar bin Ali yang menulis "Kitab al-Muntakhab", Ibn Sina tahun (al-Qanun fi al-Tibb), Ali
Ibnu Abbas al-Majusi (al-Maliki), Ali al-Tabari (Firdaus al-Hikmah), Ibnu Rusyd tahun 1126 -
1198(al-Kuliyah), dan al-Baitar yang merupakan pakar terulung dalam ilmu surgeri. Antara
lainnya Al Zahrawi dan Ibnu Nafis 

1. Ibnu Nafis ( 1208 - 1288). 


Nama sebenar beliau ialah Ala-al-Din Ibn Nafis. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah
dari Syria, beliau meninggal dunia di Kaherah. Ibnu Nafis yang turut dikenali dengan gelaran
Bapa Perubatan. Selain seorang cendikiawan Islam yang mengkaji pembangunan dalam
perubatan moden, beliau juga dikenali kerana kajiannya dalam ilmu logik (mantiq), falsafah,
bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Sumbangan Beliau
i. Beliau memberi penjelasan mengenai sistem kecil peredaran darah, melalui rongga-rongga
jantung dan paru-paru. Dalam kajiannya, beliau mendapati darah beredar antara jantung dengan
paru-paru. 
ii. Beliau adalah seorang doktor dan pakar bedah dari Syria. Beliau telah menghasilkan teknik
pembedahan dan perawatan selepas pembedahan

Karya beliau

i. Kitab ‘Al-Shamil fi'l-sina At-tibbiyah’ (Suatu Kajian Men yeluruh Bagi Seni Perubatan) yang
merangkumi bidang pembedahan
ii. Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya, yang mengupas tentang efek diet bagi kesehatan. 
iii. Kitab al-Shamil fi al-Tibb, menjadi sebuah ensiklopedia yang terdiri dari 300 jilid, tapi terhenti
di tengah jalan karena Al-Nafis wafat.

2. Al-Zahrawi/Albulcasis(936-1013M) 

Nama sebenar beliau ialah Abul Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi beliau dikenali juga
dengan Abulcasis dalam penulisan Barat dan dianggap sebagai Bapa Bedah Moden.Beliau
dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Penglibatan beliau dalam
bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan di Sepanyol pada abad ke-10.
Umum mengenalinya sebagai pakar bedah yang terbaik pada Zaman Pertengahan dan tidak
mustahillah ketokohannya itu menyebabkan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan
Moden"Selain daripada bidang pembedahan, beliau juga pakar dalam bidang pergigian. Beliau
telah memperkenalkan banyak pembaharuan dalam bidang ini 

Sumbangan beliau
Al-Zahrawi sememangnya seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Ramai
pesakit dan pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan dan meminta
nasihat. Antara sumbanganbeliau dalam bidang ini ialah :
Sebagai seorang pengkaji alat-alat pembedahan,Al-Zahrawi terkenal dalam menghasilkan alat-
alat untuk mengenalpasti bahagian dalaman badan seperti telinga dan saluran kencing. 
ii. Beliau ialah orang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai
hemofilia.
iii. Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan dan aplikasi teknik-teknik
dalam pembedahan. 
iv. Beliau juga menjadi orang yang pertama menceritakan dengan terperinci mengenai hemofilia
dan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat.
v. Sebagai seorang pengamal perubatan, al-Zahrawi mengkaji penyakit dan pengkelasan
penyakit, dan membincangkan mengenai cara-cara mengelakkan penyakit (profilaksis),
meningkatkan kesihatan dan mengurangkan kesakitan.
vi. Sebagai seorang ahli bedah beliau telah membincangkan tentang pembedahan dan
membicarakan mengenai alat-alat yang beliau guna secara terperinci. Sebagai seorang ahli
kimia ubat, beliau telah memberi sumbangan yang banyak terhadap bentuk ubat atau dos, teknik
dan alat penyediaan ubat.
vii. Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Bahagian yang
terakhir dalam buku ini membincangkan mengenai penyakit gigi dan pengubatannya. Ia
mengandungi lakaran-lakaran alat yang diciptanya.Beliau juga mengenal pasti langkah-langkah
untuk menyediakan gigi tiruan yang dibuat daripada tulang haiwan.

IBN SINA (981-1037M)


Nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana
berhampiran Bukhara (kini dikenali sebagai Uzbekistan). Beliau yang lebih dikenali sebagai
Avicenna di kalangan masyarakat Eropah merupakan pakar perubatan, sains, falsafah, muzik,
matematik, puisi dan kaji bintang pada masa tersebut. Ibn Sina dianggap sebagi 'Bapa
Perubatan' oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan
Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil
pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan. 

Sumbangan Beliau
Antara sumbangannya dalam bidang perubatan ialah :

a. Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi.
Hasilnya, beliau mendapati jantung mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan
sendirinya semasa jantung mengepam darah. 
b. Beliau juga memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk
mengenalpasti ketidakseimbangan hormon yang berkenaan. Apa yang menarik mengenai ilmu
ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit jiwa 
c. Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan menemui ilmu yang kita
kenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara
psikologi dengan kesihatan. Ibn Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha
pemulihan pesakit. Minatnya yang mendalam dalam bidang berkaitan kesan akal ke atas jasad
menyebabkan banyak daripada hasil karyanya berkisar mengenai gangguan psikologi.
d. Beliau juga ada menceritakan simptom-simptom penyakit kencing manis (diabetes) dan
masalah yang akan timbul daripadanya.
e. Ibn Sina juga menjadi saintis yang pertama menerangkan mengenai bahagian-bahagian
berbeza pada mata seperti kornea, koroid, iris, retina, lapisan kanta dan lain-lain.

Al-Razi (864-930 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-Razi.Beliau dikenali di Barat
sebagai Rhazes. Beliau yang berbangsa Parsi Beliau pernah digelar sebagai Jalinus Arab
(Galen of the Arab) dan pernah menjadi guru kepada Ali Ibn Rabban al-Thabari,Hunayn Ibnu
Ishaq dan Ibn Sina Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik, astronomi, sastera,
dan kimia dan belajar ilmu falsafah. Ar-Razi amat menonjol dalam bidang kimia dan perubatan. 

SUMBANGAN
Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam bidang perubatan. Antaranya :

a. Beliau merupakan orang yang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar
b. Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl)
untuk tujuan perubatan.
c. Orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius.
d. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai
hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.
e. Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis
penyakit mata.Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara
menarik keluar lensa 
f. Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati
litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada
bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing.
g. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati
penyakit cacar dan campak.Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua
penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut.\

FIZIK

Pengenalan
Fizik merupakan kajian tentang fenomena alam semulajadi - strukturnya dan dinamiknya, dari
skala yang terkecil seperti elektron kepada yang terbesar seperti alam semesta. Ilmu ini
mengenai jirim, tenaga, ruang, masa, pergerakan dan daya. Ia merupakan asas kepada kimia,
biologi moden, sains bumi dan teknologi. Kejuruteraan, perubatan moden dan teknologi
komunikasi dan maklumat bergantung erat kepada kemajuan dalam fizik. 

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena
Alam agar memahami serta mencapai ilmu pengetahuan dan dapat membina tamadun di dunia
ini. Antaranya ayat menjelaskan , bahawa alam yang dicipta Allah SWT ini adalah tertaluk
kepada hukum-hukum tertentu dan apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah
untuk kemudahan dan kegunaan manusia. Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia
dengan tuhan, bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. 

Firman Allah :
“Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit.
Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat ) dalam
kitab yang nyata (Luh Mahfuz)" Surah Yunusayat 61

“Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahanmu apa yang ada di
langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di
bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan batin” (Surah
Luqman Ayat 20) 

Tokoh fizik Islam dan sumbangan mereka

1.Ibn Haitham (965-1040 M)

Nama sebenar beliau ialah Abu All Muhammad Hasan Ibn Al-Haitham.Beliau dikenali di Barat
sebagai Alhazen Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah dan dianggap sebagai Bapa Optik Moden.
Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi,
bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya.Beliau telah
menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan,
dan falsafah. 

2. Al-Biruni (973-1048M) 
Nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362
H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Ketika hidupnya
beliau banyak membincangkan dan menganalisis dengan mendalam akan konsep asas fizik
seperti graviti , jirim dan ruang dan gerakan bumi dimana manafaatnya dapat kita kecapi hari ini. 

3. Suhrahwadi 
Beliau telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Beliau menyatakan alam dan planet adalah
tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Ini tidak asing dari hukum graviti semesta.
Eksperimen untuk menentukan gerakan lurus linear bagi cahaya, sifat bayang-bayang,
penggunaan kanta dan mengkaji secara matematik tentang fenomena penting dalam optik.
Dalam kitabnya yang boleh diterjemah sebagai ritis fizik

ZOOLOGI 

Pengenalan 
Zoologi adalah disiplin ilmu dari biologi yang secara khusus mempelajari haiwan.

Dalam salah satu ayat Al Qur’an yang diturunkan di masa awal, Allah mengarahkan perhatian
masyarakat Arab kepada unta, haiwan yang menjadi bagian kehidupan mereka sehari-hari:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?” (Al Ghaasyiyah,
88:17)

Tokoh Islam Dalam bidang Zoologi

1. Al Jahiz 
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku "The Book of
Animals" atau kitab al Haiwan(Buku Tentang Haiwan).Kitab ini menyentuh tentang psikologi
haiwan, persaingan antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan adaptasi kepada alam sekitar.
Beliau telah mengkaji lebih dari 350 jenis haiwan

Beliau telah membahagikan haiwan kepada jenis terbang, berenang dan berjalan. Haiwan yang
berjalan dipecahkan pula kepada haiwan bertutur seperti manusia dan haiwan mendatang
seperti binatang buas, liar dan serangga. 

Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam
sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan
beberapa faktor. 

Satu lagi karya beliau ialah “Al Qaul fi al Baghal” yang membicarakan tentang asal kaldai, sifat
dan kehidupannya.

2. Asma'i dari Basrah(739-783 M) 


Nama sebenar beliau Abd Al-Malik Ibn Quraib Al-Asmai.Abd Al-Malik merupakan seorang
philologis yang membuat sumbangan berharga dalam bidang Zoologi, Botani, dan penjagaan
haiwan.
Beliau telah menulis beberapa buah buku seperti "Kitab al-Ibil, Kitab al-Khail, Kitab al-Wuhusy,
Kitab al-Sya' (mengenai biologi haiwan) dan Kitab al-Khalq al-Insan" yang terakhir mendedahkan
mengenai anatomi manusia. 

3. Al-Damiri 
Beliau telah menghasilkan "Hayat al-Hayawan" dan dicetak beberapa kali di Kaherah,
sebahagiannya diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh A.S.G. Jayakar.
BOTANI

Pengenalan 
Botani merupakan salah satu bidang kajian dalam biologi yang mengkhususkan diri dalam
mempelajari seluruh aspek biologi tumbuh-tumbuhan.Dengan demikian, dalam botani dipelajari
semua disiplin ilmu biologi untuk mempelajari pertumbuhan.metabolisme, perkembangan,
interaksi dengan komponen biotik dan abiotik, serta evolusi tumbuhan.Bidang botani telah
menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-
tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu

Tokoh Botani 

1. AL JAHIZ (164-255H / 780 – 868M) 


Beliau ialah Abu Osman Amru b. Bahr yang bergelar Al Jahiz (besar) kerana matanya yang
besar, lahir, membesar dan meninggal di Basrah Iraq. 
Diriwayatkan beliau telah menghasilkan 350 buah buku di dalam berbagai bidang seperti biologi
kehaiwanan, tumbuhan, serangga, antropologi, ilmu ekonomi, perdagangan dan geografi.Dalam
bidang botani beliau telah menulis buku “Al Zar’u wa al Nakhl" dan "Al Ma’adin". Perbahasan
buku ini selain menerangkan keadaan tumbuhan, ianya juga menyentuh masalah tanah dan
serangga.

2. Ibn Al-Baitar 

Beliau ialah Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar. Beliau merupakan seorang ahli
botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.
Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau
Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-
Nabati. telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1,400 jenis dadah yang diproses
daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan bahan galian. Karyanya al-Mughni fi al-
Adwiyah al-Mufradah dan al-Jami'fi al-Adwiyah al-Mufradah paling berpengaruh dibidang
farmakologi. Sebahagian karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman.
Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul
tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua
Afrika.Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara
sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.Bagaimanapun antara tempat-
tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli,
Barqa and Adalia. Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang
merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan
perubatan 

3. Al-Riyasa Ibn Jarit (meninggal 1193M)


Beliau menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Belau adalah seorang doktor
dari Mesir yang juga doktor peribadi kepada Salahuddin al-Ayubi.

4. Al-Ghafiqi (meninggal 1165M)


Beliau berasal dari Cordava telah berjaya mengkelaskan tumbuhan yang dikutip dari Sepanyol
dan Afrika.Belau telah memberi nama tmbuh-umbuhan yang dikajinya dalam bahasa Arab, Latin
dan Barbar. Beliau telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 buah jenis
pokok buah-buahan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain selepasnya Karya beliau iaitu “
Al-Adwiah Al-Mufaradhah” mengenai herba perubatan telah menjadi rujukan oleh pakar-pakar
yang lain dalam bidang tersebut.

5. Al-Nabati 
Beliau menjalankan penyelidikan yang meluas sehingga ke Sepanyol, Afrika Utara, Arabia dan
Lautan Merah dan menghasilkan Al-Rihlah, yang menceritakan tentang tumbuhan-tumbuhan
yang dijumpainya.

BIOLOGI

Biologi adalah ilmu mengenai kehidupan (kaji hayat). Berasal dari kata Yunani, Bios yang
berarti hidup atau kehidupan dan Logos artinya Ilmu. Ilmu biologi berurusan dengan ciri-ciri fisik
dan perilaku makhluk hidup pada masa sekarang dan masa lalu, bagaimana mereka tercipta dan
interaksi antara sesama mereka dan dengan alam sekitar.Pemahaman asas mengenai habitat,
kelakuan dan pengkelasan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Bidang ini telah dikaji dan dicatat oleh orang-orang Islam sejak zaman Bani Umaiyah. Pada
zaman tersebut mereka berminat di dalam pembiakkan kuda dan unta, sehubungan dengan itu
mereka berjaya menghasilkan suatu penemuan asas untuk memulakan kajian dalam bidang
zoologi dan biologi biak-baka. 

Bidang botani telah menarik minat dan menjadi perhatian khusus pakar sains Islam kerana
kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan amat diperlukan oleh masyarakat
Islam ketika itu.

KIMIA

Pengenalan 
Perkataan “ alikimia” diambil daripada bahasa arab dan diubah ke dalam bahasa inggeris
dengan panggilan “ alchemy”. Kini ianyanditakrifkan sebagai “ bidang ilmu yang berkenaan
dengan pnukaran barang zahir-bahan kimia berbentuk gas, cecair atau pepejal– melaui tinak
balas antara bahan atau penukaran kandungan kimia melaui proses penceraian / pencernaan”. 

Ilmu kimia kini telah berkembang begitu pesat. Barat mampu mengembangkan ilmu tersebut
untuk meraih berbagai kemajuan. Miskipun sebenarnya, pada mulanya ilmu kimia dirintis oleh
sarjana Islam dalam bidang tersebut, seperti Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, yang di negeri Barat
lebih akrab dipanggil dengan sebutan Ibnu Geber.
Tokoh Kimia Islam

1. Jabir/Gaber Ibn Hayyan (750-803 Masihi) 


Beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dan dikenali juga dengan gelaran Al Harani. Lahir dan
wafat di Kufah, Iraq. Merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua. Beliau hidup di zaman
Khalifah Harun Al Rasyid beliau digelar Bapa Kimia Dunia, mahaguru kimia Arab dan Bapa
Kimia
.
Bidang kimia yang di pelopori orang Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad
ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan. Beliau menghasilkan banyak penulisan yang
kemudiannya ditambah lagi oleh penuntut-penuntutnya yang menulis mengikut doktrin
Jabir.Himpunan hasil penulisan ini dikenali sebagai "Korpus Jabir".
Sumbangan beliau
Menyumbang kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta
campuran bahan cat dan gris.

Beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.Idea
eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada
bahan logam, bukan logam, dan penghuraian bahan kimia.

iii. Mengemukakan kaedah percubaan sains. 


Antaranya kaedah sejatan, pernyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam
bakar, percantuman dan turunan. Jabir orang pertama yang mencipta asid galian seperti HNO3,
H2SO4 dan lain-lain. 

iv. Beliau telah dapat menganalisa asid nitrik dan acetik yang tulin. 

Karya beliau
Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan
diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia antaranya :

i. Kitab Al-Kimya
Kitab ini telah diterjemahan dan diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444,
dengan judul The Book of the Composition of Alchemy 

ii. Kitab Al-Sab'een 


Kitab ini telah diterjemahkan oleh Gerard dari Cremona sementara Berthelot pula
menterjemahkan beberapa buku beliau antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book
of the Balances dan Book of Eastern Mercury. 
Pada 1678, seorang berbangsa Inggeris iaitu Richard Russel mengalih bahasakan karya Jabir
yang lain dengan judul Sum of Perfection.Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richard
adalah yang pertama kali menyebut Jabir dengan sebutan Geber dan memuji ilmuwan itu
sebagai seorang pendeta Arab dan ahli falsafah.Buku Richard kemudiannya menjadi sangat
popular di Eropah selama beberapa abad lamanya dan telah memberi impak serta pengaruh
besar kepada evolusi ilmu kimia moden.

2. Muhammad Abu Zakariyya al-Razi (865-925M)


Belau menghasilkan "Kitab al-Asrar" dan "kitab Sirr al-Asrar" serta "al-Madkhal al-Thalim" yang
masih digunakan oleh para ahli kimia terkemudian kerana al-Razi masih mengekalkan bahasa
simbol kimia di dalam penulisannya. Sumbangan terpenting al-Razi termasuklah :
i. Pengkelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. 
ii. Beliau juga memberikan penerangan yang lebih teliti tentang proses pemejalwapan
penyulingan, penghabluran, penurasan dan sebagainya.
iii. Al-Razi juga menerangkan berbagai alat radas pegujian kimia seperti bikar, kelalang, lampu
nafta, relau pelebur, dan berbagai lagi. 

3. Al-Kindi (875M) 
Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800
Masehi.Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Beliau sebenarnya seorang
yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan,
astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.
dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam
bidang optik geometrikal. 
membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Dalam bukunya berkenaan kimia
pewangi dan penyulingan, al-Kindi menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. 

4. Abbas Ibn Firnas 


Bliau telah memperkenalkan teknik membuat kaca, dan lain-lain. 

5. Utarid Ibn Muhammad al-Hasib 


Beliau pula menyusun kitab "Manafi al-Ahjar" yang membicarakan berkenaan dengan sifat-sifat
logam.

SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG SAINS

Sains Islam telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains
termasuklah biologi, kimia, astronomi dan lain-lain lagi. Umat Islam Sepanyol contohnya telah
menjadi teladan kepada masyarakat Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun tinggi
dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera dan sains di Sepanyol tidak ada tolok
bandingnya di Seluruh Eropah.
Penuntut-penuntut datang dari semua pelusuk dunia termasuklah dari Perancis, Jerman dan
England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar-bandar negara orang
Islam seperti di Sepanyol. Dalam bidang Matematik, Ilmu Falak, Sains Hayat, Sejarah, Falsafah
dan undang-undang semuanya hanya dimonopoli dan dikuasai oleh Sepanyol sahaja.
Antara kejayaan cemerlang mereka dalam bidang keilmuan Islam adalah disebabkan oleh
keperluan mereka terhadap perkara berkenaan dalam perkara-perkara yang menyangkut soal
hukum-hakam syarak. Sebagai contohnya, umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan
sembahyang fardu lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan. Kewajipan ini amat berkait rapat
dengan ilmu pengetahuan Geografi dan Astranomi. Mereka diwajibkan lagi dengan zakat. Ia
amat berkait rapat dengan ilmu matematik dan perakaunan. Kewajipan ibadah Haji pula amat
berkaitan dengan ilmu pengangkutan, geografi dan kedoktoran.Umat Islam di arahkan agar
mempertahan negara dari serangan musuh. Dengan ini mereka perlulah mendalami ilmu
persenjataan dan peperangan dengan sebaik-baiknya agar Islam akan tetap terus terpelihara.
Mereka menuntut ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan hukum-hakam Allah agar mereka
dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan cara yang lebih sempurna.
Sarjana Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan
sains dunia. Mereka menggunakan AL Quran dan As Sunnah sebagai sumber rujukan utama
dalam meneroka pelbagai bidang ilmu. Sarjana Islam juga memperolehi pengetahuan menerusi
penterjemahan dokumen yang dihasilkan oleh tamadun sebelumnya bagi memantap dan
memperkembangkan bidang ilmu berkenaan. 
Peringkat pertama penterjemahan ditumpukan kepada ilmu yang boleh memberi penyelesaian
kepada masalah kehidupan harian seperti perubatan, astronomi, dan kimia. 
Peringkat kedua penterjemahan mencakupi ilmu Mantik Yunani dan Matematik Hindu. Antara
penterjemah yang terkenal ialah Hunnaim Ibn Ishak (808 - 873M) Thabit Ibn Qurah (834 - 901M)
yang telah menterjemahkan buku Element karya Euclid ke Bahasa Arab.Salah satu sumbangan
Tamadun Islam dalam Matematik ialah sistem nombor yang digunakan pada hari ini (1, 2,
3, .....9). Sarjana Al Khawarizmi (780 - 850 M)sentiasa diingati oleh ahli sains kerana
sumbangannya yang besar dalam ilmu Aljabar dan bukunya Al Jabr Waalmuqabala sentiasa
dirujuk. Al Battani mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Kaedah ini
sentiasa dirujuk oleh tokoh astronomi Eropah sehingga abad ke tujuh belas, Para sarjana Islam
telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun dan perkembangan Sains dan
Teknologi hari ini. Hakikat ini jelas diperlihatkan dengan terdapatnya lebih daripada suku juta
manuskrip sarjana Islam dalam perpustakaan-perpustakaan besar hari ini.
Untuk lebih jelas lagi sumbangan Islam dalam bidang sains cuba kita perhatikan sumbangan
mereka pada setiap ilmu sains seperti kimia, biologo, fizik, perubatan, botani, matematik,
astronomi, geografi dan pelayaran, kejuruteraan dan kesenian

Anda mungkin juga menyukai