Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH ISLAM STPM (TEMA 2 – PENEROKAAN)

Soalan 1: Al-Mas’udi telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang intelektual dan pelayaran.
Bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan
Nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin. Ali al-Masudi. dilahirkan pada 283 Hijrah dan beliau berketurunan Arab.
ajaran Islam sememangnya menggalakkan umatnya menjelajah dengan tujuan untuk menambahkan keimanan, menyebarkan
dakwah dan menambahkan ilmu pengetahuan. Penjelajahan yang dilakukanoleh al-Masudi telah memberikan sumbangan
yang yang besar dalam bidang intelektual dan pelayaran

Isi-Isi

1. Hasil karya al-Masudi

 Pelayaran al-Masudi meliputi China, India, Sri Lanka, Alam Melayu dan Indocina. hasil pelayarannya telah dibukukan
dalam karya Muruj al-Dhahab dalam 9 jilid. catatan-catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan
sumbangan yang besar kepada perkembangan bidang geografi. beliau telah berjaya menggabungkan disiplin
geografi dengan sejarah dalam karya ini
 Beliau berjaya menjelaskan kejadian gempa bumi dan perairan Laut Mati. hasil karya lain ialah akhbar al-Zaman
sebanyak 30 jilid dan kitab al-Tanbihwa al-Ishraf. hasil-hasil karya ini telah berjaya meningkat keintelektualan Islam
dan perkembangan tamadun dunia

2. Teori Determinisme Alam Sekitar

 Iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia. hasil penyelidikannya adalah
mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di kawasan lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan dan
penduduknya dikatakan panjang umur
 Perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang pasir yang memerlukan
ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan

3. Bidang Geografi

 Beliau menekankan nama-nama tempat dan kedudukannya, jarak antara satu dengan yang lain dan keadaan tempat
tersebut. maklumat ini amat berguna kepada peneroka lain dan memberikan pengetahuan yang lengkap kepada
sesiapa sahaja tentang sesuatu tempat
 Di India pula, beliau menganalisa fauna dan flora. Nama diberikan kepada pelbagai binatang yang terdapat di India.
Antaranya gajah, burung kakak tua dan burung merak. catatan ini sangat berguna kepada bidang keintelektualan

4. Bidang Pelayaran

 beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran. beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pelaut dan ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-nama sungai yang mereka
lalui dalam pelayaran beliau juga membetulkan kesilapan pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah
berasingan. Sebenarnya setiap laut adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi
 beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab Bahasa Laut Kaspia dan Laut Hitam bersambungan. Kedua-dua
laut ini tidak bersambungan. beliau telah berjaya menganggarkan jarak di antara benua Eropah dengan benua China
iaitu bersamaan dengan separuh daripada lingkungan bumi. penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat
yang berguna kepada pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran

Kesimpulan

Sememangnya hasil-hasil penerokaan al-Masudi telah memberikan sumbangan besar dalam bidang intelektual dan
pelayaran. Penyelidikan yang dilakukannya telah berjaya memperkenalkan kepada penduduk di Tanah Arab kepada
dunia luar. Seterusnya dapat menambahkan keimanan umat Islam
Soalan 2: Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan

Pendahuluan

Nama penuh beliau ialah Shihab al-Din Ahmad bin majid al-Nadji. Beliau dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan
pelayar Arab termuka pada abad ke-15 M. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu
pelayaran serta arif dengan Laut Merah. Ibn Majid digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi.

Isi-isi Penting:

1. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.Buku beliau yang paling ialah al-Fawaid fi
usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid (kaedah dan faedah ilmu laut).Buku bertarikh 1490 M.Ini dihasilkan dalam bentuk
prosa dan mengandungi 12 bab.
2. Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut Merah,dan Lautan
China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan
semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.

3. Di dalam buku ini, Ibn Majid menulis tentang permulaan pelayaran, jarum magnet,dan angin monson yang sesuai bagi
melakukan pelayaran mengikut perkiraan orang parsi.

4. Ibn Majid menghasilkan Hawiyat al-ikhtisar fi Usul ‘Ilm Al-Bihar’ berkaitan tanda hampirnya barat,ilmu bintang,ilmu
astronomi.

5. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang
astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya.Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam
telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.

6. Ibn Majid menjadi jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi (pantai timur Afrika) hingga ke Kalikat,
India. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malemo Canaqua. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya
mengharungi Lautan Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn
Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Penutup

Ibn Majid telah memberikan sumbangan yang besar dalam ilmu penjelajahan dan penerokaan

Soalan 3: Huraikan sumbangan Ibnu Battutah terhadap perkembangan tamadun manusia.

Pengenalan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. dilahirkan pd tahun 730 Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah,
Maghribi. bapa dan datuknya terdiri daripada ulama. beliau menerima pendidikan agama Islam sejak kecil. sumbangan
terpenting dalam bidang pelayaran melalui karyaTuhfat al-Nazar. Pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:-
peringkat 1 : merentasi Afrika Utara ke Makkah, peringkat 2 : dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke
Makkah, peringkat 3 : dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki dan peringkat 4 : dari
Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan Andalusia. sarjana Barat menggelarkan Ibnu Battutah
sebagai The Prince of Muslim Travelers

Isi-Isi

1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan

 Beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad pertengahan. terkenal dalam
kalangan masyarakat antarabangsa. Hasil pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat
dunia dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan
 Di India : beliau memfokuskan tentang: kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat
membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)dan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di India
untuk upacara penyucian diri. dari aspek yang lain : beliau mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama
Islam di beberapa negara di Asia Tenggara, China dan lain-lain
2. Gambaran umum tentang negara Islam

 beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan Muhammad Tughliq (era Kesultanan
Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives. catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-
kota terkenal seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan
 beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Kaabah,
makam para imam. hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam

3. Kepentingan karya al-Rihlah

 beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar. kitab ini lebih dikenali sebagai al-Rihlah
Ibnu Battutah. hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana sejarah di seluruh
dunia
 karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan
sebagainya. karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb dikenali sebagai The
Travels of Ibn Battutah

4. Motivasi kepada pelayar lain

 kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain untuk mengikut jejak
langkahnya. hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri
 contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara, negara-
negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily

5. Sumbangan dalam bidang geografi

 sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi. beliau gemar mencatat keadaan
geografi kawasan yang dilawati
 antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di Afrika Utara. catatan
ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk disinggahi oleh mereka

6. Sumbangan dalam bidang sejarah

 beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati. ketika sampai di negara tersebut : beliau
berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai tinggi
 dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong dengan sumber-sumber lain
yang berkaitan. di Kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya
yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar seperti St Sophies. di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan
sebagai kawasan yang amat subur dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu

Kesimpulan
Kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan beliau sebaris dengan ahli
pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo. yang paling penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan
ilmuwan yang berikutnya. Sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat

Anda mungkin juga menyukai